PENDAHULUAN

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

PENDAHULUAN

Teori konstruktivisme didefinisikan sebagai tindakan mencipta sesuatu makna dari apa
yang dipelajari. Kontruktivisme lebih memahami belajar sebagai kegiatan manusia membangun
atau menciptakan pengetahuan dengan memberi makna pada pengetahuannya sesuai dengan
pengalamanya. Konstruktivisme sebenarnya bukan merupakan gagasan yang baru, apa yang
dilalui dalam kehidupan kita selama ini merupakan himpunan dan pembinaan pengalaman demi
pengalaman. Ini menyebabkan seseorang mempunyai pengetahuan dan menjadi lebih dinamik.
Belajar menurut konstruktivisme adalah suatu proses mengasimilasikan dan mengkaitkan
pengalaman atau pelajaran yang dipelajari dengan pengertian yang sudah dimilikinya, sehingga
pengetahuannya dapat dikembangkan.

Tokoh yang mempelopori teori ini ialah Lev Semonovich Vygotsky juga dikenali sebagai
Vygotsky. Beliau dilahirkan pada tahun 1896 di Tsarist Russia. Vygotsky menekankan
pentingnya memanfaatkan lingkungan dalam pembelajaran. Lingkungan sekitar siswa meliputi
orang-orang, kebudayaan, termasuk pengalaman dalam lingkungan tersebut. Orang lain
merupakan bagian dari lingkungan (Taylor, 1993), pemerolehan pengetahuan siswa bermula
dari lingkup sosial, antar orang, dan kemudian pada lingkup individu sebagai peristiwa
internalisasi (Taylor, 1993). Vygotsky menekankan pada pentingnya hubungan antara individu
dan lingkungan sosial dalam pembentukan pengetahuan yang menurut beliau, bahwa interaksi
sosial yaitu interaksi individu tersebut dengan orang lain merupakan faktor terpenting yang
dapat memicu perkembangan kognitif seseorang.

Vygotsky menekankan kepentingan zon perkembangan proksimal (ZPD). Bahwa kanak-


kanak akan dapat mempelajari konsep-konsep dengan baik jika berada dalam ZPD. kanak-
kanak bekerja dalam ZPD jika kanak-kanak tidak dapat memecahkan masalah sendiri, tetapi
dapat memecahkan masalah itu setelah mendapat bantuan orang dewasa. Bantuan dimaksud
agar si anak mampu untuk mengerjakan tugas-tugas atau soal-soal yang lebih tinggi tingkat
kerumitannya dari pada tingkat perkembangan kognitif si anak. Terdapat pelbagai kaedah
pembelajaran yang berteraskan teori pembelajaran kontruktivisme diguna pakai sehingga hari
ini.
KAEDAH PEMBELAJARAN

Sumbang saran ialah suatu kaedah pembelajaran yang berteraskan teori pembelajaran
konstruktivisme. Sumbang saran teknik kreativiti kumpulan direkakan untuk menjanakan
banyak idea untuk penyelesaian kepada masalah. Kaedah ini yang menjadi popular pada akhir
1930an oleh Alex Faickney Osborn, eksekutif pengiklanan dan satu daripada penubuh BBDO,
dalam buku dipanggil Applied Imagination. Osborn mencadangkan bahawa kumpulan boleh
menggandakan output kreatif dengan menggunakan kaedah pemerahan otak.

Tujuan kaedah sumbang saran adalah untuk menggalakkan murid menggunakan


imaginasi mereka secara kreatif. Objektif keseluruhannya bertujuan untuk mencari idea-idea
baru serta kombinasi idea. Murid digalakkan memberi sumbangan idea terhadap sesuatu
kemahiran yang diajar guru dalam bentuk jawapan, kesimpulan, fakta serta penerangan.
Pemikiran yang kreatif biasanya diarahkan kepada penyelesaian masalah-masalah tertentu,
mencari cara-cara baru untuk bertindak dalam sesuatu situasi atau menghasilkan pelbagai
interpretasi bagi sesuatu kejadian. Masalah atau kejadian menjadi fokus sumbang saran.
Sumbang saran perlu membincangkan sesuai dengan kebolehan murid. Selain itu, murid harus
diagihkan kepada kumpulan terdiri dari murid yang pelbagai kebolehan supaya mereka dapat
membantu satu sama lain.

Matlamat utama sumbangsaran adalah untuk menerbitkan idea sangat bernilai tanpa
batasan yang dianggap logik dalam suasana yang tenang dan menghiburkan. Di samping itu
juga idea-idea daripada ahli kumpulan akan dapat menyelesaikan permasalahan yang selama
ini tidak ditemui jalan penyelesaiannya. Pekara yang paling penting dalam aktiviti
sumbangsaran adalah mencari dan membangunkan idea-idea yang berkualiti berdasarkan
pada idea-idea yang di terbitkan dan dikemukakan oleh ahli kumpulan. Sumbang saran
merupakan suatu kaedah pembelajaran yang berteraskan pembelajaran abad ke-21 kerana
kaedah ini berpusatkan murid.
Implikasi

Sumbang saran sangat efektif untuk murid sekolah rendah. Kaedah ini sesuai
terutamanya dalam mengemukakan pandangan terhadap sesuatu isu atau topik dalam masa
yang singkat. Walaupun terdapat pelbagai kekurangan tetapi kaedah ini memberi banyak
implikasi kepada pengajaran dan pembelajaran.

Sumbang saran dapat melancarkan p&p kerana aktiviti akan meningkatkan kefahaman
murid terhadap topik yang diajar oleh guru. Hal ini kerana sumbang saran berfungsi sebagai
satu agen untuk menyampaikan pembelajaran dalam carayang kreatif. Kaedah ini tidak
memakan masa yang banyak, oleh itu kaedah ini dapat sesuai untuk dilaksanakan di dalam bilik
darjah. Hal ini dapat dapat memastikan guru menghabiskan silibus pada masa yang ditetapkan.
Sumbang saran juga meyakinkan keupayaannya mencapai sasaran melahirkan pelajar bertaraf
global sebagaimana sasaran Pelan Pendidikan Pembangunan Malaysia 2013-2025.

Selain itu, kaedah ini juga bersifat aktif kerana memerlukan penglibatan murid-murid.
Peranan guru merupakan pembimbing, pemudahcara serta perancang dan pelajar memainkan
peranan utama dalam aktiviti pembelajaran. Malah, pengalaman dan kesediaan pelajar adalah
faktor penting yang mempengaruhi proses pembentukan ilmu baru. Ini bererti tahap isi
pelajaran hendaklah sesuai dengan kebolehan pelajar. Contohnya, jika guru hendak mengajar
tentang sistem pernafasan manusia, guru perlu memaklumkan kepada murid lebih awal supaya
murid dapat membat persiapan awal. Oleh itu, murid juga dapat memainkan peranan yang
membolehkan mereka faham lebih mendalam. Hal ini kerana manusia lebih mudah memahami
dan mengingati perkara yang mereka sendiri lakukan secara amali berbanding lisan.

Akhirnya, sumbang saran juga dapat mewujudkan satu persaingan antara murid kerana
kerja kumpulan akan mewujudkan persaingan antara kumpulan. Murid akan cuba yang terbaik
untuk memastikan kumpulan mereka menjadi kumpulan yang terbaik. Konsep ini dapat
digunakan untuk menigkatkan kefahaman murid terhadap pengajaran guru. Bukan sahaja
perkongsian ilmu tetapi murid juga akan berusaha bersungguh-sungguh untuk membincangkan
topik yang diberikan.

KESIMPULAN

Setiap teori pembelajaran mempunyai kelebihan yang tersendiri. Oleh itu, guru harus
mempelbagaikan kaedah pengajaran kerana murid akan mudah bosan jika satu-satu kaedah
digunakan banyak kali. Guru harus main peranan dalam membuat kajian terhadap anak murid
mereka serta merancang kaedah pengajaran sebelum memulakan pengajaran dan
pembelajaran.

Anda mungkin juga menyukai