Islam Dan Hiburan

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 17

Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan

untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu

DEFINISI DAN PANDANGAN ISLAM TERHADAP HIBURAN




Menurut Kamus Dewan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) rekreasi membawa pengertian "kegiatan yang menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan dan melapangkan fikiran seperti beristirehat, menghiburkan hati, beriadah dengan tujuan untuk menyegarkan badan dan akal fikiran. Berdasarkan definisi ini dapatlah dirumuskan bahawa rekreasi dalam bentuk muzik dan seni suara ialah satu aktiviti yang menyeronokan yang boleh melapangkan fikiran, menenangkan hati dan perasaan, melupakan kesedihan, bahkan dapat menguatkan kemahuan dengan mematuhi peraturan-peraturan dan disiplin-disiplin tertentu. Persoalan yang timbul sekarang ialah apakah pandangan Islam terhadap amalan hiburan yang diamalkan masa kini? Bagi kita orang Islam, kita meyakini bahawa Islam adalah satu cara hidup yang sempurna dan pasti dapat menjawab setiap persoalan hidup manusia yang mempunyai keinginan yang bermacam-macam dan tidak terkecuali dalam urusan yang berkaitan dengan hiburan. Tujuan syariat Islam bukanlah untuk menyekat segala bentuk kebebasan manusia tetapi sebaliknya lebih kepada mengawal dan mendidik, kerana Islam itu sesuai dengan fitrah semulajadi manusia itu sendiri.

Hiburan dalam Islam sangat berlawanan dengan konsep mencari hiburan dan kepuasan murahan bagi memenuhi tuntutan nafsu badani tanpa sempadan. Malah hiburan itu juga adalah suatu yang terkawal dan terarah, dan bukannya satu cara mencari keseronokan dengan cara yang amat bebas sehingga tidak terkawal dan tidak terikat dengan batas-batas perundangan dan nilai keagamaan. Konsep hiburan yang berunsurkan leisure' melulu semata-mata biasanya dilakukan untuk berbagai-bagai tujuan. Dalam Islam, konsep hiburan ialah untuk mencari kesejahteraan, ketenangan dan kepuasan, terlepas dari perasaan bersalah, ketegangan dan keresahan. Ia dapat dilakukan di waktu lapang, secara individu, bersama keluarga atau kawan-kawan, bahkan ketika beribadah seperti seni taranum membaca al-Quran, gubahan sajak dan syair yang membesarkan Allah dan sebagainya.

Konsep berhibur dengan tujuan untuk kesejahteraan, menenangkan fikiran dan kerehatan tubuh badan ini dapat dilihat dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Amr bin Al-As , yang bermaksud: "Wahai Abdullah bin Amar, "Sesungguhnya ke atas kamu hak untuk Allah s.w.t., dan ke atas kamu hak untuk tubuh kamu, dan ke atas kamu hak untuk keluarga kamu. Maka berilah kepada yang miliki hak tersebut." Selain itu, terdapat hadis daripada Rasulullah s.a.w. yang mengizinkan gendang dimainkan pada majlis-majlis tertentu, sebagaiman Imam Tarmizi telah meriwayatkan daripada Aishah, katanya: Rasulullah s.a.w. telah bersabda, yang maksudnya: "Isytiharkanlah perkahwinan ini dan akadlah di masjid serta pukullah rebana." Begitu juga sejarah Islam telah menceritakan bagaimana gendang telah digunakan untuk menaikkan semangat pahlawan-pahlawan Islam yang berada di medan peperangan.

SUMBER
Dalil dari al-Quran


a) Firman Allah di dalam Surah al-Jumaah ayat 11: Maksudnya: Dan apabila mereka mengetahui kedatangan barang-barang dagangan ( yang baru tiba) atau (mendengar) sesuatu hiburan, mereka bersurai (lalu pergi) kepadanya dengan meninggalkan engkau berdiri ( diatas mimbarberkhutbah). Katakanlah (Wahai Muhammad:Pahala-balasan) yang ada disisi Allah, lebih baik dari hiburan dan barang-barang dagangan itu, dan Allah sebaikbaik pemberi rezeki Istinbat dari ayat di atas: Sahabat-sahabat sedang mendengar khutbah Jumaat, meninggalkan Rasulullah saw dan pergi kepada perniagaan disamping mendengar nyaniyian yang menggembirakan (al-lahwu), namun demikian al-Quran tidak mengharamkan allahwu itu. Rasulullah saw juga tidak menempelak perbuatan itu. Ertinya: Nyanyian yang menggembirakan seperti itu adalah harus

b) Firman Allah di dalam Surah al-Anaam ayat 32 Maksudnya: Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan mainan( yang sia-sia) dan hiburan yang melalaikan. Istinbat dari ayat di atas: Allah SWT menggambarkan penghidupan dunia ini seluruhnya ibarat permainan dan sukaria (al-laywu) kedua-duanya harus. c) Firman Allah di dalam Surah al-Anbia" ayat 16-17 Maksudnya: Dan (ingatlah) kami menjadikan langit dan bumi serta segala yang ada diantaranya, secara main-main (16) Sekiranya kami hendak mengambil sesuatu ntuk hiburan, tentulah kami akan mengambilnya dari sisi kami, kami tidak melakukannya (17) Istinbat dari ayat di atas: Kedua-dua ayat di atas menyentuh dua perkara: i-mainan dan ii- kegembiraan (lahwu). Kedua-dua perkara tersebut tidak diharamkan. Ianya diharuskan( difahami dari gaya ayat).

 

Dalil dari as-sunnah




a) Daripada Aisyah r.a katanya: Rasulullah saw telah masuk (menemui saya), ketika itu dua orang jariah (budak perempuan) sedang menyanyi- nyanyi (memperingati perang) Baath. Baginda (mendengar nyanyian) sambil berbaring ditempat baringku dan dipalingkan mukanya. (Tiba-tiba) masuk Abu Bakar r.a serta mengherdik saya dengan katanya serunai (mizmar) syaitan disisi nabi saw. Rasulullah saw mengadap Abu Bakar seraya berkata: Biarkan mereka menyanyi (tidak mengapa). Apabila keadaan Rasulullah saw agak selesa dan leka, aku mengisyaratkan dengan mataku kepada dua penyanyi tadi maka mereka pun berbenti menyanyi dan keluar (meninggalkan kami).(Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim) Istinbat dari hadis: Hadis soheh ini jelas menunjukkan nyanyian adalah diharuskan. Kalau tidak harus masakan Rasulullah saw mendengar nyanyian bersama Aisyah. Abu Bakar yang berkecendurangan melarang dan cuba menegur putrinya Aisyah, telah ditegur oleh Rasulullah kepanya, tidak mengapa. Nyanyian adalah harus.

b) Daripada Khalid bin Zakwan katanya: Ar-Rabi" binti Ma"waz berkata: Telah dating mengunjungiku nabi saw bersempenan hari perkahwinanku, baginda mengambil tempat duduk diatas hamparanku dihadapanku, sepertiman kamu berada dihadapnku sekarang. Ketika itu sekumpulan perempuan sedang mengadakan persembahan nyanyian dengan iringan duff (sejenis alat muzik). Menggunakan senikata memuji pejuang-pejuang yang terqurban dikalangan bapa-bapa kami diperistiwa perang Badar. Salah seorang penyanyi tersebut meneruskan nyanyian dengan menggunakan lirik: bersama kami nabi Allah yang mengetahui apa yang alan berlaku esok hari. Mendengar lirik terakhir itu Rasulullah saw menyapa: tinggalkan lirik itu dan teruskan nyanyian dengan lirik yang telah kamu nyanyikan sebelumnya. ( Hadis riwayat al-Bukhari) Istinbat dari hadis: Rasulullah saw menghadiri majlis perkahwinan yang serikan dengan nyanyian wanita-wanita muda menggunakan alat muzik. Rasulullah saw tidak melarang malah turut mendengar nyanyian itu. Rasulullah saw tidak melarang malah turut mendengar nyanyian itu. Yang dilarang adalah lirik lagu yang jelas bertentangan dengan hokum syarak. Tidak ada insan( (walaupun ia Rasulullah) yang mengetahui apa yang akan berlaku besok. Nabi melarang lirik dan tidak melarang nyanyian.

HIBURAN YANG BERCANGGAH DENGAN ISLAM




Hiburan melampau merujuk kepada individu yang setiap masa dan ketika kehidupan mereka dipenuhi dengan hiburan. "Hiburan tidak boleh dinikmati secara berlebihan. Imam Ali r.a mengibaratkan hiburan dalam hidup seseorang seperti garam dalam makanan; cukup dipergunakan sekadarnya saja. Apabila berlebihan, maka ia akan merosakkan. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan janganlah kamu berlebih-lebihan. Sesungguhnya, Allah tidak menyukai orang yang berlebihan." (Surah al-A'raaf ayat 31) Kata Badli Shah, seharusnya hiburan tidak dicemari dengan hal diharamkan syariat. Orang Arab jahiliah bebas berhibur dengan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan selain turut meminum arak. "Mereka sememangnya begitu memuja arak sehingga dalam bahasa Arab saja terdapat lebih kurang 250 kalimah melambangkan arak. Hal ini ada disebutkan dalam Tafsir al-Azhar oleh Hamka,"

Faktor keruntuhan kebanyakan tamadun serta empayar Islam pada zaman dahulu juga adalah berpunca daripada masalah berkaitan dengan hiburan melampau "Jika ditinjau antara sebab keruntuhan khalifah Abbasiyyah adalah kerana mereka tidak pernah terlepas daripada gaya hidup hedonisme, berfoya-foya dan bermewah-mewahan," katanya. Menurut Khatib al-Baghdadi, "Khalifah Abbasiyah bernama al-Muqtadir memiliki 11,000 pelayan dari Sicilia, Rom dan Ethiopia serta memiliki kemewahan yang tidak ada taranya dalam sejarah. Sehubungan itu, hiburan perlu dinikmati secara baik yang jauh daripada perbuatan cela. Ia adalah bentuk hiburan dinyatakan Rasulullah melalui sabdanya: "Seorang yang berakal tidak selayaknya menghabiskan waktu, kecuali untuk tiga perkara iaitu mencari bekalan akhirat, memperbaiki taraf hidup atau menikmati hiburan tidak diharamkan." (Riwayat Ahmad dan Ibnu Hibban).

OPERASI
Tujuan penganjuran nyanyian untuk kebaikan

Tempat dan gaya persembahan yang tidak mengundang maksiat

Cara Hiburan

Berpakaian sopan serta menutup aurat

Senikata/ lirik bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak

Tidak bercampur aduk lelaki perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan merangsang kemaksiatan

Senikata/ lirik bermutu dan tidak bercanggah dengan hukum syarak Hendaklah dipastikan muzik / lagu / skrip yang tidak mempunyai perkataan yang boleh membawa ke arah bertentangan dengan aqidah seperti menyalahi syariat Allah SWT, memburuk-burukkan Rasulullah SAW, melekehkan para sahabat, meragui hari kiamat dan pembalasan dosa pahala juga tiada unsur memuja atau taksub kepada wanita. Berpakaian sopan serta menutup aurat Penyanyi, pembuat persembahan dan penonton yang hadir hendaklah menjaga auratnya, tidak melakukan gerak badan yang memberahikan, sekalipun lagu dan senikata yang disampaikan adalah baik, dalam keadaan ini ianya tetap menjadi haram Tidak bercampur aduk lelaki perempuan sehingga menimbulkan fitnah dan merangsang kemaksiatan Hendaklah dipastikan tiada percampuran di antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa sekatan dan had hingga membawa kepada bersentuhan antara lelaki wanita ajnabi, tiada majlis tari-menari, tidak berlakunya lakonan-lakonan liar dan seumpamanya

Tujuan penganjuran nyanyian untuk kebaikan Suatu persembahan yang dijalankan hendaklah tidak berlebih-lebihan sehingga hak-hak Allah dan kewajipan yang lain terabai seperti menunaikan ibadah, hak mencari dan memberi nafkah, menuntut ilmu dan sebagainya. Maka apabila berlaku sedemikian, ia adalah dikategorikan sebagai lagho dan sia-sia. Oleh itu, ia hendaklah dijauhi berdasarkan firman Allah s.w.t. dalam surah al-Qasas ayat 55 : Dan apabila mereka mendengar perkataan yang sia-sia (lagha), mereka berpaling daripadanya.." Tempat dan gaya persembahan yang tidak mengundang maksiat Orang yang melakukan persembahan tersebut hendaklah dari kalangan lelaki jika penontonya adalah lelaki dan wanita manakala jika persembahan itu tertutup dan semua yang berkait dengannya adalah wanita maka dibolehkan persembahan tersebut dari kalangan wanita. Ini adalah bagi mengelak segala fitnah dan punca kerosakan dari suara wanita dan pergerakan manja dan mengghairahkan. Rasulullah SAW juga bersabda Daripada Abu Malik al-Asy'ari daripada Nabi saw bersabda; Sesungguhnya sebahagian daripada umatku akan meminum arak dan menamakannya dengan bukan nama asalnya dan dialunkan muzik kepada mereka dan dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi perempuan. Allah akan membenamkan mereka ke dalam perut bumi dan Allah akan menjadikan mereka kera dan khinzir.~hadis riwayat ibnu majah~

IKLAN
Media Massa & Elektronik Media Cetak

Facebook Radio Ikim Astro Oasis

Majalah Solusi Majalah Al Islam Majalah Gen Q

Rancangan di Astro Oasis seperti Imam Muda, Ustazah Pilihan, Zikir Munajat menyajikan hiburan berbentuk islamic kepada penonton. Pages di facebook seperti ILoveIslam, Islam World, Islam Itu Indah dan sebagainya adalah salah satu unsurunsur dakwah siber Radio Ikim menghiburkan pendengar dengan alunan lagulagu nasyid dan ceramah serta motivasi berkaitan Islam kepada para pendengar

Majalah-majalah seperti SOLUSI, GenQ dan Al Islam memberikan maklumat yg berguna kepada pera pembaca seperti hukumhukum melaksanakan sesuatu perkara,keistimewaan beribadat, fakta-fakta menarik berkaitan Islam dan sebagainya.

DANA

KESIMPULAN
Islam menggalakkan umatnya berhibur dengan cara tertentu dan ia bertentangan dengan konsep 'mencari' hiburan dalam memenuhi tuntutan nafsu tanpa batasan Kesan hiburan itu sendiri perlu berbalik kembali kepada Islam yang mana jelas membezakan perkara yang halal atau haram. Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang jijik (keji, buruk)." (Surah al-A'raf, ayat 157) Kita perlu mewujudkan jaringan hiburan yang sesuai dan terpisah daripada pengaruh barat. Hiburan yang diketengahkan barat terlalu sarat dengan tarian separuh bogel, meminum arak, lelaki berimej samseng yang ternyata jauh tersasar daripada peradaban manusia. Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sebahagian dari penghuni neraka ialah perempuan yang memakai pakaian yang telanjang, pakaian yang sesat dan menyesatkan. Mereka tidak masuk ke syurga dan tidak mencium baunya." (Hadis riwayat Muslim). Ia dilihat sebagai 'alat' yang menyelinap secara halus dalam misi untuk menghanyutkan umat Islam. Jika tidak dibendung maka dengan mudah umat Islam terjerumus ke lembah kefasikan.

Anda mungkin juga menyukai