Kesan Solat Berjemaah

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

ANJURAN SEMBAHYANG BERJEMAAH

Rasulullah saw sebagai teladan telah memberikan contoh dan mengajarkan kepada kita
bahawa sembahyang sunat sebaiknya dilakukan sendiri-sendiri (kecuali sembahyang sunat
tertentu) atau di rumah masing-masing, namun kalau sembahyang fardhu alangkah dilakukan
berjemaah iaitu di masjid. Anjuran solat berjemaah terdapat dalam banyak hadis Rasulullah
saw antara lain ialah sabdanya: ''Sebaik-baik solat seseorang ialah di rumahnya, kecuali solat
fardhu'' (Muttafaq 'alaih)

Anjuran Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah saw telah bersabda: ''Demi (Tuhan) yang
diriku di tangaNya, sesungguhnya aku hendak menyuruh (orang-orang) sembahyang, lalu
diadakan azan buatnya, kemudian aku perintahkan seseorang mengimani orang ramai,
kemudian aku pergi kepada orang-orang yang tidak hadir solat lalu aku bakar rumah orang
yang tidak hadir solat , lalu aku bakar rumah-rumah mereka buat kerugian mereka. Dan demi
Allah yang diriku di tanganNya, sekiranya seorang daripada mereka mengetahui
bahawasanya ia akan mendapat tulang yang berdaging gemuk atau daging dua rusuk yang
baik, nescaya ia hadir sembahyang Isyak.'' (Muttafaqun Alaih, tetapi lafaz itu bagi Bukhari)

Dari keterangan hadis di atas dapatlah difahami bahawa sembahyang sekali di dalam Islam.
HIKMAH SOLAT BERJEMAAH

Sebahagian besar umat Islam memandang remeh akan solat berjemaah. Mereka
meremehkan ibadah ini dengan alas an kesibukan dan kesempitan waktu. Padahal di sebalik
solat berjemaah terdapat hikmah yang besar.

Pertama, mematuhi perintah Allah iaitu dengan solat berjemaah bererti seseorang
telah mematuhi salah satu perintah Allah kepada umat manusia yang beriman. Dalam mazhab
Syafi'e, sembahyang berjemaah adalah fardhu kifayah yang mesti didirikan dalam sebuah
perkampungan. Seterusnya, ia sebagai saksi keimanan. Solat berjemaah adalah alat utama
untuk memakmurkan masjid-masjid. Jika bukan dengan sembahyang berjemaah, tentu
masjid-masjid menjadi lengang dan sepi. Allah bersaksi bahawa ''Sesungguhnya orang-orang
yang memakmurkan masjid-masjid Allah adalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan
hari akhir, serta tetap mendirikan sembahyang, menunaikan zakat dan tidak takut kepada
sesiapa pun selain Allah. Maka merekalah orang-orang yang diharapkan termasuk golongan
orang-orang yang mendapat petunjuk.''(Tafsir Ibnu Kathir Jilid: 2, halaman:376)

Disamping itu, untuk mendapat tazkiyah. Bagi mereka yang melakukan solat secara
berjemaah, akan mendapat tazkiyah (penyucian jiwa) dan anugerah besar di sisi Allah.
Mereka adalah orang-orang yang tidak lalai melaksanakan solat hanya kerana bisnes,
perniagaan mahupun kegiatan yang lain. Mereka selalu mengingati Allah, mendirikan
sembahyang dan menunaikan zakat. Seterusnya, mengagungkan yang diagungkan Rasulullah.
Solat berjemaah memiliki erti yang besar dan penting sekali serta bentuk dari pengagungan
apa yang diagungkan Rasulullah saw dan menekankan apa yang baginda tekankan. Perintah
melakukannya tidak sahaja dalam suasana bisasa, tetapi Allah memerintahkan dan
menekankan sembahyang berjemaah sampai dalam suasana yang tidak aman dan
menakutkan. Rasulullah juga menekankan tentang pentingnya sembahyang berjemaah.
Baginda memerintahkan solat berjemaah dan tidak memberikan keringanan (rukhsah) kepada
orang yang meninggalkan.

Mematuhi perintah Rasulullah saw dengan melaksanakan sembahyang berjemaah,


bererti mematuhi perintah Rasulullah dan mengikuti sunnah Baginda samada ucapan
mahupun perbuatan. Rasulullah saw memerintahkan kepada umatnya untuk segera
melasanakan solat berjemaah. Melebihi sembahyang berjemaah. Solat berjemaah
keistimewaannya melebihi sembahyang bersendirian. Dua puluh tujuh kali ganda, berbanding
dengan darjat solat bersendirian. Lebih mulia di sisi Allah. Solat berjemaah, sekalipun
dengan jumlah yang sangat sedikit, pelakunya lebih suci dan lebih mulia dalam pandangan
Allah daripada sembahyang bersendirian, sekalipun jumlah orangnya lebih ramai.

Memelihara diri dari syaitan. Solat berjemaah akan menyelamatkan pelakunya dari
godaan syaitan yang menjadi musuh tradisinya. Kerana syaitan tidak pernah berputus asa
untuk menggodanya, sehingga terjerumus ke jurang neraka. Membezakan daripada orang
munafiq. Melaksanakan solat berjemaah secara berterusan dapat menyelamatkan seseorang
dari sifat munafiq. Orang munafiq akan diancam dimasukkan ke neraka yang paling bawah.
Di antara sifat orang-orang munafiq yang paling nyata, adalah meninggalkan solat berjemaah,
lebih-lebih lagi sembahyang Isyak dan Subuh. Mendapat ampunan dosa. Solat berjemaah
adalah salah satu antara sebab diampuni segala dosa, samada yang baru sahaja dilakukan
mahupun yang telah lalu. Langkah kaki berpahala besar. Pahala besar yang diterima oleh
orang yang melangkahkan kaki menuju masjid tidak sahaja ketika pergi, tetapi ketika pulang
pun mendapat pahala yang sama.

UZUR YANG MENINGGALKAN SOLAT BERJEMAAH

Tidak ada sebarang keringanan atau kelonggaran untuk meninggalkan solat fardhu
berjemaah kecuali bila terdapat keuzuran. Uzur terbahagi kepada dua, uzur umum dan uzur
khusus.

Uzur umum misalnya hujan deras, samada pada malam hari atau pada waktu siang,
angin kencang pada waktu malam,hujan salji, udara sejuk yang menyengat, udara panas yang
bersangatan pada waktu tengahari dan seumpamanya.
Uzur khusus ialah seperti sakit yang memberatkan penderitanya menghadiri
sembahyang berjemaah. Tidak termasuk di dalam sakit ringan, seperti pening kepala, selsema
ringan dan seumpamanya. Kedua, keadaan tidak aman yang dapat membahayakan diri, harta
dan kehormatan. Allah berfirman: ''Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai
dengan kesanggupannya.'' (Surah al-Baqarah: 286)

Menahan al-Akhbatain (menahan membuang air kecil dan air besar). Kerana hal ini
akan menghalangi daripada solat dengan sempurna.Selain itu, semasa makanan telah
dihidangkan. Berdasarkan hadis sabda Nabi: ''Tidak boleh mengerjakan sembahyang saat
makanan telah dihidangkan.''

Seterusnya, baru memakan makanan yang menimbulkan bau tidak sedap. Kewajipan
sembahyang berjemaah gugur atas orang yang baru memakan makanan yang menimbulkan
bau tidak sedap, seperti bawang merah, bawang putih dan seumpamanya. Seterusnya, kerana
imam mengerjakan sembahyang terlalu panjang hingga memberatkan makmum. Mengantuk
sangat kuat, tidak mempunyai baju, dalam keadaan safar dan bimbang ditinggal rombongan,
sibuk mengurus jenazah dan kerisauan yang menghalangi khusyuk dalam sembahyang.

ORANG YANG WAJIB SEMBAHYANG BERJEMAAH

Sembahyang berjemaah diwajibkan ke atas kaum lelaki. Kaum wanita tidak


diwajibkan menghadiri sembahyang berjemaah, mereka lebih dianjurkan mengerjakan di
rumah dan lebih afdhal lagi di dalam bilik. Kedua, orang merdeka. Hamba tidak wajib
menghadiri sembahyaang berjemaah kerana ia sibuk melayani tuannya.Selain itu, tiada uzur
yang menghalang. Seterusnya, yang hendak dikerjakan adalah sembahyang yang wajib iaitu
solat lima fardhu, selain itu tidak wajib menghadirinya seperti sembahyang Kusuf
(sembahyang gerhana), sembahyang itisqa', sembahyang terawih dan solat-solat lima yang
diqadha.

Anda mungkin juga menyukai