Institut Pendidikan Guru

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 45

SOALAN ESEI SOALAN 1 (A) jelaskan, peranan guru dalam membantu murid-muridnya mencapai pertumbuhan dan perkembangan potensi

yang optimum. Fokus perbincangan anda berdasarkan aspek-aspek berikut ; i. ii. iii. iv. Teori-teori perkembangan manusia Potensi manusia Motivasi Perbezaan individu

Jawapan ( i ) Perkembangan manusia bermula sejak dari zaman nenek moyang lagi, ianya dianggap pergerakan yang lancar dari bayi hingga dewasa. Bila kanak-kanak mencapai umur enam atau tujuh tahun, mereka sudah dianggap boleh berfikir dan bertindak seperti orang dewasa, kecuali mereka kekurangan pengalaman dan pendidikan. Walaubagaimana pun, pada abad ini, ahli psikologi perkembangan mendapati bahawa kanak-kanak sebenarnya tidak berkembang secara beransur-ansur, malah mereka melalui peringkat-peringkat dalam perkembangan. Di setiap peringkat, kanakkanak dapat menguasai pemahaman, kebolehan dan kepercayaan kualitatif yang berbeza. Peringkat perkembangan manusia mengikut beberapa teori, antaranya adalah Teori Kematangan Gesell, Teori Perkembangan Tugasan Havighurst,Teori Perkembangan Kognitif Piaget, Teori Perkembangan Psikososial Erikson, Teori Penaakulan Moral Kohlberg. Semua kelima-lima teori ini akan di terangkan dengan lebih jelas di perenggan berikutnya.

Teori pertama mengikut urutan ialah Teori Kematangan Gesell yang di pelopori oleh Arnold Gesell, iaitu seorang ahli psikologi perkembangan yang menyatakan bahawa perkembangan berlaku secara dalaman. Ini bermakna, ciri-ciri yang tertentu akan muncul bila tiba peringkat kematangan yang bersesuaian. Sekiranya otot, saraf, otak dan tulang tidak bersedia atau tidak matang, peluang-peluang yang diberikan kepada kanak-kanak untuk belajar sesuatu kemahiran tidak akan mencapai hasil yang positif jadual 1 menerangkan secara ringkas perkembangan kanak-kanak dari lahir hingga umur 16 tahun.

Umur Lahir-4 tahun 5-6 tahun

Ciri-ciri Masa perkembangan yang lancar Masa transisi, keperluan sekolah, rakan sebaya dan pengubahsuaian kepada peraturan

7-10 tahun 11-14 tahun 15-16 tahun

Masa penyatuan dan penyesuaian kepada alam persekolahan Maasaa transisi, konflik berhubung dengaan baligh daan keremajaan Masa penyatuan, persediaan untuk menghadapi alam dewasa

Berikutnya, Teori Perkembangan Tugasan Havighurst iaitu teori yang dihasilkan oleh Robert Havighurst yang menyatakan di setiap peringkat umur seseorang individu mesti menyelesaikan tugasan pada setiap peringkat perkembangan pada satu tahap. Jika tidak, individu itu akan mengalami masalah perkembangan di peringkat berikutnya. Beliau yang mencadangkan teori ini mendifinisikan tugasan sebagai kemahiran, sikap, kefahaman, dan pencapaian sebagai ciri-ciri setiap peringkat perkembangan. Beriut adalah jadual yang menunjukkan perkembangan tugasan dari lahir hingga remaja.

Peringkat Lahir hingga aawal kanakkanak

Umur 0-6 tahun

Perkembangan tugasan Belajar makan makanan pepejal, berjalan, bercakap, membuang najis dan pengubahsuaian emosi Belajar perbezaan jantina Membentuk konsep betul dan salah.

Kanak-kanak

6 12 tahun

Belajar kemahiran fizikal untuk bermain

Membentuk konsep diri yang sihat

Menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira

Awal remaja dan remaja

12 18 tahun

Mengguna fungsi badan dan deria dengan berkesan

Belajar tanpa bantuan Boleh mengurus kewangan peribadi

Teori Perkembangan Kognitif Piaget :

Peringkat Peringkat deria motor

Anggaran umur 0-2 tahun

Ciri-ciri Mula menggunakan kemahiraan meniru,ingatan dan fikiran Mula mengenal bahawa objek itu tidak hilang jika disorok dari pergerakan refleks ke aktiviti yang bermatlamat

Peringkat pra operasi

2-7 tahun

Berkebolehan untuk menyelesaikan masalah konkrit (hands-on) dengan lojik Memahami hukum pengekalan dan boleh membuat

Peringkat operasi konkrit

7-11 tahun

Berkebolehan untuk menyelesaikan masalah konkrit (hands-on) dengan lojik Memahami hukum pengekalan dan boleh membuat klasifikasi dan serialisasi

Memahami penimbal-balikan Peringkat operasi formal 11- dewasa Berkebolehan untuk menyelesaikan masalah abstrak secara lojik Berfikir secara saintifik Membantu rasa tanggungjawab ke atas isu sosial dan identiti

Teori Perkembangan Psikososial Erikson

Peringkat Kepercayaan lawan ketidakpercayaan

Anggaran umur Lahir 18 bulan

Ciri-ciri Bayi mesti menjalinkan hubungan kasih sayang dan kepercayaan dngan pengasuh atau membentuk perasaan tidak percaya.

Autonomi lawan malu/keraguan

18 bulan- 3 tahun

Tenaga kanak-kanak disalurkan untuk perkembangan kemahiran fizikal iaitu berjalan, menggenggam dsb. Kanakkanak boleh belajar mengawal tetapi mungkin membentuk perasaan malu dan keraguan sekiranya tidak diuruskan dengan baik.

Inisiatif lawan perasaan bersalah

3 tahun 6 tahun

Kanak-kanak menjadi lebih mendesak dan berinisiatif tetapi kemungkinan

keterlaluan hingga menimbulkan perasaan bersalah. Ketekunan lawan rasa rendah diri 6 tahun 12 tahun Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan, dan tidak cekap Identiti lawan kekeliruan identiti 12 tahun 18 tahun Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pekerjaan, peranan jantina, politik dan agama. Kerapatan lawan pengasingan Generativiti lawan pemusatan kendiri 35 tahun 60 tahun 18 tahun 35 tahun Dewasa membina hubungan rapat atau merasa terasing. Setiap dewasa mencari jalan untuk memuaskan hati dan menyokong generasi akan datang. Kesepaduan lawan putus asa 60 tahun akhir hayat Kemuncak ialah perasaan diterima oleh masyarakat dan perasaan kepuasan.

Teori Penaakulan Moral Kohlberg Tahap 1 : PENAAKULAAN MORAL PRA-KONVESIONAL Pertimbangan berdasarkan keperluan individu dan peraturan orang lain Peringkat 1 : Orientasi hukuman-patuh Peraturan dipatuhi untuk mengelakkan hukuman. Perbuatan yang baik buruk ditentukan oleh akibat fizikal. Peringkat 2 : Orientasi ganjaran individu Keperluan individu menentukan salah dan betul. Pertolongan adalah atas dasar mengharapkan balasan Tahap 2 : PENAAKULAN MORAL KONVESIONAL Pertimbangan adalah berdasarkan persetujuan orang lain, harapkan keluarga, nilai traditional, undang-undang masyarakat, dan kesetiaan kepada Negara. Peringkat 3 : Orientasi kanak-kanak baik ( good boy-nice girl orientation) Ini berdasarkan apa yang baik, bantuan, dan dipersetujui oleh orang lain. Peringkat 4 : Orientasi mengekal susunan sosial Undang-undang adalah mutlak. Pihak berkuasa mesti dihormati dan susulan sosial dikekalkan.

Tahap 3 : PENAAKULAN MORAL POS-KONVESIONAL Peringkat 5 : orientasi perjanjian sosial Kebaikan dinilai dari standard hak individu yang ditentukan secara sosial. Peringkat 6 : orientasi prinsip etika universal Kebaikan dan betul adalah perkara-perkara yang melibatkan hati nurani seseorang individu dan
7

melibatkan konsep abstrak seperti keadilan, maruah insan dan kesamaan. Teori Psikoanalisis Sigmund Freud

Menurut beliau tentang fitrah manusia, Freud mempercayai manusia dilahirkan dengan desakan naluri semula jadi (inbon drives). Berdasarkan pandangan ini, lahirlah konsep antirasionalisme di dalam segala gerak-geri manusia. Fahaman ini berpendapat manusia tidak rasional, tidak sosial dan penuh dengan desakan yang merosakkan dirinya dan manusia sebagai individu, tidak dapat menentukan arah tujuan kehidupannya. Freud percaya bahawa di dalam diri manusia terdapat tiga alam kesedaran seperti berikut :
a) Alam sedar ialah bahagian yang berkaitan dengan pemikiran, perasaan dan ingatan.

Pada alam sedar ini, manusia menyedari dan boleh mengingati apa telah dan sedang dilakukannya.
b) Alam pra-sedar, manusia biasanya sukar menyedari sesuatu yang sudah berlaku, tetapi

boleh mengingatinya semula sekiranya diberi tumpuan dan renungan yang bersungguhsungguh. Alam ini termasuk pengalaman, ingatan persepsi dan perasaan.
c) Alam tidaak sedar pula merupakan bahagian yang terbesar dalam fikiran mnusia. Ia

merupakan pendorong asas kepada tingkah laku manusia.Ia mengandungi kesemua naluri serta keinginan manusia. Akibatnya, manusia akan bertindak dan menunjukkan tingkah laku yang sukar diterima oleh orang ramai. Menurut Freud, ingatan tentang peristiwa lalu disimpan secara tidak sedar dan dipengaruhi oleh faktor jantina. Jika terdapat gangguan, terutama tentang seksual akan memberi kesan terhadap kehidupan remaja dan dewasa.

Kesimpulannya, dapat kita simpulkan bahawa pertumbuhan ialah suatu proses perubahan yang bersifat kuantitatif. Ia merangkumi perubahan dari segi saiz, tinggi dan berat badan. Perubahan-perubahan tersebut mudah dilihat serta diukur. Manakala perkembangan pula membawa maksud perubahan kuantitatif dan kualitatif yang berlaku secara berterusan terhadap manusia dari janin hingga mati. Perubahan ini sukar diukur tetapi dapat dilihat.
8

Berdasarkan teori-teori yang dapat diperkenalkan oleh pakar-pakar psikologi yang terdiri daripada Arnold Gesell, Robert Havighurst, dan Jean Piaget, pengetahuan tentang pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak banyak membawa banyak faedah kepada guru untuk membantu murid supaya mencapai pertumbuhan dan perkembangan optimum dengan cara : i) Menyediakan isi pelajaran yang sejajar dengan keupayaan mental murid contohnya, lembaaran kerja diagihkan mengikut keupayaan murid di dalam kelas. ii) Menyediakan objektif yang sesuai arasnya. Contohnya ojektif yang perlu dibuat oleh guru mesti bersesuaian dengan tahap penerimaan murid. Murid yang lemah objektif yang disasarkan mestilah lebih rendah berbanding dengan murid yang lebih pintar. iii) Menyediakan pelajaran bermula daripada yang senang kepada yang susah, konkrit kepada abstrak, umum kepada khusus dan sebagainya. Tujuannya adalah untuk menilai keberkesanan pengajaran dan pembelajaran murid agar objektif tercapai. iv) Menggunakan strategi pengajaran-pembelajaran yang secocok dengan perkembangan mental, jasmani dan emosi murid. v) Memotivasikan murid dengan pelajaran yang menarik serta bermakna. Jawapan (ii)

Setiap kanak-kanak dan setiap individu mempunyai potensi masing-masing untuk berjaya dalam kehidupan. Terdapat banyak cara untuk melihat potensi yang ada ada kanakkanak. Satu kriteria untuk mengukur potensi kanak-kanak adalah melalui kecerdasan. Terdapat pelbagai kecerdasan mengikut kelebihan masing-masing seperti yang dinyatakan oleh Howard Gardner (1983,1993- yang dipetik dari Santrock,2001) dan percaya terdapat lapan jenis kecerdasan seperti berikut :

Verbal / linguistik
9

Kebolehan penguasaan, pembentukan dan

memproses bahasa. Pemikiran simbolik dan penaakulan abstrak tergolong dalam kategori ini seperti juga kebolehan untuk menghasilkan corak verbal konsepsi (corak kata-kata yang menghasilkan idea-idea). Membaca,menulis dan perkembangan penulisan simbolik dan kemahiran bahasa metafora, perumpamaan dan analogi adalah contoh kecerdasan verbal. Kanak-kanak yang mula bercakap di usia yang muda, suka membuat corak-corak bunyi dan puisi berirama, pembaca yang profilik, dan mempunyai ingatan yang baik bagi puisi, lirik, pemutar lidah (tongue-twister) dan ungkapanungkapan mempunyai kecenderongan ke arah ini. Individu ini suka perkataan, samada dalam bentuk verbal atau bentuk tulisan, dan selalu berfikiran dengan perkataan. Mereka belajar dengan cara menyatakan kata-kata, melihat dan mendengar perkataan dan suka permainan perkataan. Logikal/ matematik Kebolehan berfikir secara logikal; induktif dan ke satu tahap deduktif; mutlak ; mengenali corak gometri dan juga corak numerikal, dan boleh mengamati konsep abstrak. Kanakkanak yang memiliki kecerdasan ini selalu bertanya, mudah memahami permainan yang melibatkan strategi yang canggih- contoh seperti permainan chess, mencipta dan mengguna format eksperimental untuk menguji ide-ide mereka. Mereka terpegun dengan komputer atau teka-teki yang
10

melibatkan kebolehan logik dan penaakulan. Spatial kebolehan mengesan imej.kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini berfikir menggunakan imej dan selalunya mereka dapat menjumpai objek yang hilang kerana mereka mempunyai ingatan visual yang kuat. Mereka adalah yang mula-mula dapat perasan objek yang diubah atau disusun semula. Mereka mulai melukis di usia yang muda-suka pada bentuk, garisan dan warna. Muzikal Kebolehan menghasilkan dan menghayati muzik. Kanak-kanak ini perlu muzik bila belajar, mereka selalu menyanyi menghasilkan bunyi mengikut rima, dan bersiul. Mereka mempunyai pendengaran yang tajam, dapat membezakan nuansa dalam muzik dan dapat mengenal pasti bunyi-bunyi yang ada di persekitaran. Kinestatik Anugerah pergerakan badan, sama ada sistem otot kasar atau otot halus. Kanak-kanak ini suka bergerak.Mereka selalu menggeliat, menghayun dan ada kalanya terjatuh dari kerusi bila dikehendaki duduk dalam menghasil dan mentafsirkan gerak isyarat (gesture) dan mahir dalam menghasil dan mentafsirkan gerak isyarat (gesture) dan dapat berkomunikasi dan membaca bahasa gerakgeri orang lain. Mereka ada waktunya memasuki ke ruang individu lain atau memegang individu tersebut semasa berkomuniasi.kanak-kanak ini perlu belajar melalui perlakuan dan pergerakan, berdasarkan pengalaman mereka ini
11

dinamakan pembelajaran melalui pengalaman(experiental learning). Interpersonal Berkaitan dengan kebolehan untuk memahami dan berkomunikasi dengan orang lain serta untuk memudahkan hubungan dan proses kumpulan. Ungkapan mereka boleh mengerjakan bilik dengan tepat menghuraikan kebolehan ganjil mereka untuk memahami orang. Intrapersonal Berkaitan dengan kebolehan untuk agak melindungi daripada rakan sebaya; mempunyai rasa kendiri Naturalis Kebolehan untuk memerhatikan corak dalam alam semula jadi dan memahami alam semula jadi dan sistem buatan manusia. Kecerdasan ini,

Amnya, setiap kanak-kanak ada potensi untuk berjaya dalam kehidupan. Terdapat banyak cara untuk melihat potensi yang ada pada kanak-kanak. Satu criteria untuk mengkaji potensi kanak-kanak adalah melalui kecerdasan. Menurut Howard Gardner, kecerdasan terbahagi kepada 8 jenis iaitu : i) Verbal / linguistic iaitu kebolehan penguasaan, pembentukan dan memproses bahasa. ii) Logikal / matematikal iaitu kebolehan berfikir secara logical, induktif dan ke satu tahap deduktif, mutlak, mengenal corak gometri dan juga corak numerikal, dan boleh mengamati konsep abstrak. iii) Spatial iaitu kebolehan mengesan imej. iv) Muzikal iaitu kebolehan menghasilkan atau menghayati muzik.
12

v) Kinestatik iaitu anugerah pergerakan badan, sama ada sistem otot kasar atau otot halus. vi) Interpersonal iaitu berkaitan dengan kebolehan untuk memahami dan berkomunikasi dengan orang lain serta untuk memudahkan hubungan dan proses kumpulan.vii) Intrapersonal iaitu berkaitan dengan kebolehan untuk agak melindungi daripada rakan sebaya, mempunyai rasa kendiri yang kuat, mempunyai kebolehan kepimpinan merujuk kepada hal yang membuat keputusan yang barangkali tidak digemari oleh orang lain. viii) Naturalis iaitu kebolehan untuk memerhati corak dalam alam semula jadi dan memahami alam semula jadi dan sistem buatan manusia. Terdapat beberapa cara untuk guru membantu murid supaya mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum melalui konsep ini iaitu : a) Verbal / Linguistik : Guru boleh i) membaca kepada murid dan biarkan mereka membaca kepada guru ii) membincangkan pengarang buku bersama kanak-kanak iii) membuatkan kanak-kanak merumus dan bercerita semula yang telah dibaca. b) Logikal-matematikal : Guru boleh i) bermain dengan kanak-kanak permainan logik ii) sentiasa menuggu untuk situasi yang boleh merangsangkan kanak-kanak untuk berfikir dan membina pemahaman tentang nombor. c) Ruang (Spatial) : Guru boleh i) mempunyai pelbagai bahan kreatif untuk digunakan oleh kanak-kanak. ii) membuatkan kanak-kanak menyelesaikan teka silang kata dan mencipta carta.
13

d) Muzikal : Guru boleh i) memberi kanak-kanak peluang untuk bermain dengan alat-alat muzik ii) menggalakkan kanak-kanak untuk mencipta lagu mereka e) Tubuh / Kinestatik : Guru boleh i) membawa kanak-kanak ke acara-acara sukan dan ballet ii) menggalakkan kanak-kanak menyertai aktiviti tarian f) Interpersonal : Guru boleh i) menggalakkan kanak-kanak bekerja dalam kumpulan ii) menggalakkan kanak-kanak menyertai persatuan g) Intrapersonal : Guru boleh i) menggalakkan kanak-kanak mempunyai hobi dan kegemaran iii) menggalakkan kanak-kanak menggunakan imaginasi mereka h) Naturalis : Guru boleh i) membawa kanak-kanak ke muzium sains semula jadi ii) mewujudkan pusat pembelajaran semula jadi di bilik darjah

Jawapan (iii)

14

Motivasi merupakan sebab mengapa seseorang bertingkah laku sedemikian cara tingkah laku bermotivasi adalah bertenaga, terarah dan berkekalan (Santrock, 2001 : 394). Motivasi ialah minat murid dalam tugas-tugas akademik dan bahan pembelajaran akademik. Motivasi terbahagi kepada dua jenis iaitu motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Motivasi ekstrinsik merupakan motivasi yang diasaskan oleh ahli-ahli behavouris dan melibatkan insentif luaran seperti memberi ganjaran dan denda. Misalnya, seorang murid belajar bertungkus-lumus kerana dia mahu memperoleh gred baik aatau mahu mengelakkan daripada didenda oleh ibu-bapanya. Sebaliknya, motivasi intrinsik yang diasaskan oleh mazhab kognitif, menekankan faktor-faktor seperti azam diri, rasa ingin tahu, cabaran dan usaha. Ia berdasarkan andaian bahawa persepsi dan pemikiran kita tentang aktiviti atau peristiwa atau sumber-sumber intrinsik, mempengaruhi cara kita memberi respons. Fikiran Bolehkah saya berjaya atau Apa akan berlaku jikaa saya gagal? mungkin akan mendesak kita untuk bekerja keras. Contohnya, Ali bertungkus-lumus di sekolah kerana dia rasa bahawa dia berkebolehan berbuat demikian. Di sini, jelas bahawa Ali bekerja keras kerana kepercayaan atau pandangan akan kecekapannya sendiri dan bukan kerana mendapat sebarang ganjaran. Selain itu, motivasi juga merupakan kecenderungan seseorang untuk menjalankan aktiviti yang dirangsangkan oleh sesuatu insentif. Motivasi ialah minat murid dalam tugas-tugas akademik dan bahan-bahan pembelajaran akademik. Motivasi terbahagi kepada 2 jenis iaitu motivasi ekstrinsik dan motivasi intrinsik. Motivasi ekstrinsik diasaskan oleh ahli-ahli behavouris dan melibatkan insentif luaran seperti memberi ganjaran dan denda. Misainya, seorang murid belajar bertungkus-lumus kerana dia mahu memperoleh gred baik atau mahu mengelakkan daripada didenda oleh ibu-bapanya. Manakala motivasi intrinsic pula diasaskan oleh mazhab kognitif yang menekankan faktor-faktor seperti azam diri, rasa ingin tahu, cabaran, dan usaha. Ia berdasarkan andaian bahawa persepsi dan pemikiran kita tentang aktiviti atau peristiwa atau sumber-sumber intrinsik, mempengaruhi cara kita memberi respons. Terdapat beberapa cara untuk guru meningkatkan motivasi murid-murid iaitu :
15

a) Suasana pengajaran dan pembelajaranGuru-guru harus menyediakan suasana yang kaya dan kondusif bagi murid-murid untuk pembelajaran mereka. Harus terdapat pelbagai jenis sumber supaya mereka dimotivasikan untuk belajar. b) Pembelajaran koperatif dan kolaboratif Murid yang bekerjasama akan meningkatkan tahap motivasi kerana keperluan sosial, emosi murid serta keperluan akademik mereka diambil kira. Strategi ini akan membantu murid berkembang sebagai suatu kumpulan. c) Pengukuhan semula Pengukuhan positif atau negatif boleh digunakan untuk memotivasikan murid untuk belajar. Misalnya, tugasan-tugasan baik murid boleh dipamerkan di dalam bilik darjah untuk menggalakkan murid lain melakukan tugasan yang baik.

Seterusnya kita melihat kepada beberapa faktor yang mempengaruhi motivasi. Antaranya ialah kepercayaan seseoraang tentang kebolehan untuk melakukan sesuatu atau berjaya, minat seseorang untuk melakukan sesuatu, rasa ingin seseorang untuk mencari yang lebih tentang sesuatu, keperluan untuk memperoleh maklumat aatau menyelesaikan masalah, dan keinginan untuk memahami sesuatu. Faktor-faktor ini mungkin telah memotivasikan seseorang untuk melakukan sesuatu.

16

Jawapan (iv)

Perbezaan individu ialah cara yang stabil, konsisten di mana orang itu berbeza daripada satu sama lain (Santrock, 2001 : 126 ). Manusia atau setiap individu berbeza dari sudut kebolehan atau kecerdasan, kadar pencapaian, jantina, gaya pembelajaran, dan keetnikan dan budaya. Terdapat jenis-jenis perbezaan individu iaitu perbezaan fizikal, kognitif, sosial, emosi dan rohani. Perbezaan fizikal dapat kita lihat dari segi jantina, rupa, saiz badan dan lain-lain. Kognitif pula iaitu murid-murid yang berbeza dalam kebolehan berfikir, dan membuat penaakulan. Perbezaan sosial iaitu sesetengah murid suka bersosialisasi sementara yang lain suka bersendiri. Perbezaan emosi adalah perbezaan dari segi emosi sensitif, riang, murung dan lain-lain. Rohani pula, perbezaan dari sistem kepercayaan murid. Merujuk kepada definisi yang diberikan oleh Borich dan Tombari (1997), perbezaan individu ialah : Individual differences are the variations we observe among members of any group in a particular characteristic, such as temperament, energy level, friendship patterns and parentchild attachment. Daripada definisi yang diberi dapat difahami bahawa perbezaan individu adalah variasi yang boleh diperhatikan di kalangan ahli satu kumpulan daripada ciri-ciri tertentu, seperti temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak. Temperamen adalah tret personaliti,emosionaliti dan pola tingkah laku yang sebahagian besar diwarisi daripada ibu bapa seseorang. Tahap tenaga pula merujuk kepada keadaan fizikal seseorang semasa terlibat di dalam aktiviti, sama ada bertenaga, berstamina atau mudah penat. Manakala, pola persahabatan merujuk kepada aktiviti persahabatan di dalam sesuatu kumpulan. Menurut Moreno (1953), persahabatan boleh diukur melalui teknik sosiometri dan beberapa pola persahabatan boleh dikenal pasti dan boleh di petakan di dalam bentuk rajah sosiogram.
17

Kesimpulannya, perbezaan individu merujuk kepada ketidaksamaan di kalangan individu-individu sama ada dari segi fizikal (seperti tinggi dan berat tubuh badan), mental, sosial dan emosi. Bagi menghadapi perbezaan individu kanak-kanak, guru boleh mengambil langkah-langkah berikut : a) Cuba memahami perbezaan-perbezaan itu, menerimanya, berempati dengan pelajar itu serta berusaha untuk membantu mereka. b) Pelbagaikan isi pelajaran agar pelajar yang berbeza dari segi kognitif dapat faedah dari satusatu pelajaran itu. c) Mengumpulkan murid mengikut pencapaian mereka,iaitu kumpulan A,B dan C. Guru boleh memberi bimbingan yang lebih kepada murid lemah di dalam kumpulan C manakala muridr yang cerdas dalam kumpulan A boleh digalakkan membantu murid yang sederhana pencapaiannya di dalam kumpulan B. d) Pelbagaikan strategi pengajaran agar sesuai dengan kebolehan murid yang berbeza itu. e) Alat bantu mengajar hendaklah juga dipelbagaikan agar murid yang berbeza dari segi kebolehan atau minat mendapat faedah daripadanya. f) Aktiviti-aktiviti pembelajaran hendaklah sejajar dengan kebolehan dan minat murid. Aktiviti yang terlalu sukar akan membosankan mereka yang lemah, manakala yang terlalu senang tidak pula mencabar bagi yang cerdas. g) Aktiviti pemulihan hendaklah dikendalikan untuk murid yang lemah. Sebaliknya, aktiviti pengayaan hendaklah disediakan untuk murid yang cerdas dan yang telah selesai menyempurnakan satu-satu unit pembelajaran. h) Perhatian dan layanan individu hendaklah diberi kepada amat lemah. Layanan seperti ini meningkatkan keyakinan dan harapan murid berkenaan.

18

SOALAN 1 (B) Jelaskan faktor-faktor mempengaruhi pembentukan personaliti dan konsep kendiri dalam kalangan murid-murid dan peranan anda untuk membentuk tingkah laku yang positif terhadap murid-murid anda. Apakah yang dimaksudkan dengan personaliti? Dalam perbualan sehari-hari kita dapat mendengar kenyataan-kenyataan seperti Encik A memang mempunyai personaliti yang baik, Cik Siti ialah personaliti televisyen yang terkenal. Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang. Sebenarnya pengertian personaliti dapat dibahagikan kepada beberapa pendapat seperti berikut :

PEMBENTUKAN PSIKOLOGI

MISHEL (1968)

BAHASA LATIN

PENGERTIAN PERSONALITI

ALLPORT (1961)

WATSON (1919) KAGEN,J & SEGAL,J (1988) EYSENCK

BAHASA LATIN Personaliti berasal daripada Bahasa Latin iaitu persona yang bermaksud topeng muka. Topeng muka ini di gunakan oleh pelakonpelakon Yunani di atas pentas untuk berlakon. Mereka memakai topeng yang bersesuaian dengan watak mereka yang hendak dipersembahkan.

19

PEMBENTUKAN PSIKOLOGI Personaliti merujuk kepada pembentukan psikologi seseorang individu secara kesuluruhan. Ini merangkumi pelbagai aspek seperti berikut: Perangai Kecerdasan Sentimen Sikap Minat Kepercayaan Cita-cita Nilai-nilai

Personaliti seseorang individu dibayangkan oleh tensensinya untuk bertingkah laku mengikut suatu cara tertentu. MISHEL (1968) Pada pandangan Mishel personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing-masing. Ini bermaksud segala kerja atau kegiatan yang dilakukan oleh seseorang dapat mengambarkan personality mereka yang sebenar. ALLPORT (1961) Allport pula mendefinasikan personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. Dinamik membawa maksud perubahan yang boleh berlaku di dalam kualiti tingkah laku seseorang individu. Organisasi membawa implikasi bahawa semua trait seperti kerajinan, kesabaran dan daya tuju adalah saling berkait. Sistem psikofizikal pula merujuk kepada tabiat, sikap, nilai, kepercayaan, kebiasaan, emosi dan sentimen yang terdapat dalam bentuk psikologi tetapi yang mempunyai asas fizikal di dalam urat saraf dan tubuh badan HANS EYSENCK (1981) Menurut Eysenck pula personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya.
20

KAGEN,J & SEGAL,J (1988) Kagen,J dan Segal,J mentakrifkan personaliti sebagai corak kesuluruhan seseorang individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya. WATSON (1919) Watson berpendapat bahawa personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang dan behaviorisme. Seterusnya, konsep kendiri boleh didefinisikan sebagai penilaian seseorang ke atas dirinya sendiri atau bagaimana ia menganggap tentang dirinya sendiri sama ada secara positif atau negatif. Ia berkait rapat dengan perasaan kita terhadap kebolehan kita, perkara yang berlaku pada diri kita dan perkara yang akan berlaku pada diri kita. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. konsep kendiri seseorang meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui derianya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya. Konsep kendiri meliputi aspek jasmani dan juga psikologi. Ia juga berkaitan dengan pembelajaran yang dialami semenjak kanak-kanak masih kecil lagi. Menurut Harter (1983) dalam buku Personaliti: Becoming a Person, konsep kendiri ialah agen perkembangan diri individu terutamanya kanak-kanak. Kanak-kanak akan berkembang sebagai objek iaitu merupakan sesuatu yang unik dan boleh diperhatikan tahap perkembangannya. Oleh itu ini memerlukan kerjasama daripada banyak pihak supaya konsep kendiri kanak-kanak subur secara positif.

21

Konsep kendiri boleh dianggap sudah menjadi satu perkataan yang biasa diperkatakan oleh orang ramai dalam kehidupan mereka. Tetapi setakat mana seseorang individu faham dan jelas dengan istilah ini bersama dengan struktur-strukturnya jawapannya hanya boleh dirujuk kepada beberapa pengertian dan pendapat oleh ahli-ahli psikologi dan kaunseling berikut. Menurut Rogers (1951) yang mengemukakan Terapi PusatanKlien, beliau berpendapat bahawa konsep kendiri adalah terdiri daripada gabungan di antara penilaian sendiri, penilaian orang lain dan penilaiannya mengenai persepsi orang lain terhadap dirinya seperti yang ditunjukkan dalam rajah 1 di bawah. Misalnya, jika seseorang individu mempunyai konsep kendiri yang dirinya adalah seorang yang baik dan bila berada di dalam sesuatu persekitaran, dia dilayan dan diberi perhatian sebagaimana yang sepatutnya diberikan kepada orang baik. Persepsi individu itu sendiri mengenai dirinya

KENDIRI

Penilaian individu akan persepsi orang lain terhadapnya

Penilaian individu akan persepsi orang lain terhadap dirinya.

Terdapat dua faktor utama yang akan mempengaruhi personaliti seseorang itu. Dua faktor yang utama tersebut adalah faktor baka/genetik dan faktor persekitaran. Setiap faktor tersebut sedikit sebanyak akan mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu tersebut : FAKTOR BAKA/GENETIK Faktor genetik merujuk kepada faktor baka. Secara umumnya baka ibu bapa akan mempengaruhi personaliti anak-anak mereka terutamanya dari segi bentuk badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya.
22

Menurut Sheldon (1985), ciri personaliti seseorang adalah berkaitann rapat dengan bentuk tubuh badannya. Beliau telah menggolongkan bentuk badan manusia kepada tiga kategori, iaitu endomorf, mesomorf dan ektomorf, yang berkaitan dengan ciri-ciri personaliti. Jadual dibawah menerangkan serba ringkas berkenaan dengan perkaitan antara bentuk tubuh badan manusia dengan ciri-ciri personaliti yang berkenaan. Jenis bentuk badan Endomorf Bulat dan lembut Trait Viscerotinia: Suka bergaul, cepat mesra, berlega, mengandur. Mesomorf Otot-otot kuat, berkemahiran psikomotor Trait Somatotonia: Tegas, agresif, suka riadah, sedia menghadapi cabaran. Ektomorf Kurus dan tinggi Trait Cerebrotonia: Tidak suka bergaul, introvert, tidak suka aktiviti fizikal. Rupa bentuk badan Ciri-ciri personaliti

Selain daripada bentuk badan, keadaan fizikal, khasnya penyakit seperti lelah(asma), kencing manis dan sebagainya, yang kebanyakkannya disebabkan oleh faktor genetik, pula mempengaruhi perkembangan personaliti seseorang. Seseorang kanak-kanak yang kerapkali jatuh sakit dan tidak dapat menyertai segala aktiviti sosial dan lambat laun akan membantutkan perkembangan sosialnya. Hal ini akan mempengaruhi perkembangan personalitinya. Kebiasaannya individu ini mempunyai personaliti introvert dan bersifat pendiam serta pemalu.
23

Sebagaimana yang diketahui umum, kecerdasan seseorang adalah berkait rapat dengan baka ibu bapa. Oleh sebab itu, baka memainkan perkembangan peranan yang penting seseorang. dalam pembentukan individu dan yang personaliti Misalnya,

mempunyai darjah kecerdasan yang tinggi biasanya menonjolkan ciri personaliti yang berkeyakinan, berbudi bicara, berpewatakan bijaksana dan bersifat berani. Disamping itu, kadangkala pelajar yang terlalu cerdas juga mengalami masalah penyesuaian sosial. Ini adalah kerana kanak-kanak seperti itu mungkin berasa bongkak dan dengan itu boleh menjadikannya tidak popular. Disamping itu emosi yang diwarisi juga boleh mempengaruhi personaliti seseorang. Seseorang individu yang mewarisi emosi yang tidak stabil akan menonjolkan ciri personaliti yang agresif dan pemarah. Manakala seseorang individu yang mempunyai emosi yang lebih stabil serta dapat mengawal perasaan kekecewaan merupakan seorang individu yang lebih popular serta suka dihampiri oleh kanak-kanak yang lain.

FAKTOR PERSEKITARAN Persekitaran memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu. Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya. KELUARGA Sesungguhnya pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang bermula dalam keluarga. Bermula dengan keadaan ataupun suasana didalam rumah tersebut. Suasana yang mesra dan harmonis boleh menggalakkan perkembangan personaliti yang sihat. Perhubungan ibu bapa yang baik akan menjamin suasana rumah yang tenteram yang

24

amat diperlukan untuk perkembangan personaliti seseorang individu tersebut. Selain daripada itu, pemakanan juga mempengaruhi didalam perkembangan personaliti seseorang itu. Makanan yang seimbang yang disediakan adalah penting perkembangan secara menyeluruh bermula dari peringkat kanak-kanak lagi. Tanpa makanan yang seimbang, mungkin akan membantutkan perkembangan seseorang individu tersebut dan akan mengangu didalam perkembangan personaliti seseorang itu. Disamping itu, taraf sosioekonomi keluarga juga memainkan peranan didalam pembentukan dan perkembangan personaliti. Kedudukan kewangan sesebuah keluarga akan menentukan jenis-jenis kemudahan yang boleh disediakan untuk anak-anaknya. Dengan adanya segala kemudahan yang disediakan ini akan dapat memberikan pendedahan yang luas terutamanya kepada kanak-kanak. Seseorang individu yang memperoleh pencapaian akademik yang baik serta boleh bermain pelbagai permainan dan alat muzik memang mempunyai aras keyakinan yang tinggi berbanding dengan individu yang mempunyai taraf ekonomi yang rendah.

KEBUDAYAAN Kebudayaan yang berbeza memang mempunyai norma dan nilai yeng berbeza. Penekanan terhadap satu-satu nilai didalam sesebuah kebudayaan tertentu akan mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak juga. Didalam kebanyakan kebudayaan, banyak ditekankan mengenai nilai-nilai murni sepertihormat-menghormati, bertoleransi, tolong-menolong dan banyak lagi nilai-nilai murni yang ditekankan. Individu yang dibesarkan dengan kebudayaan seperti ini tentu akan menjadi seorang yang penuh kesopanan dan akan menonjolkan personaliti yang seimbang.
25

PENGARUH SEKOLAH

Sebahagian masa yang ada dihabiskan disekolah bagi pelajarpelajar. Oleh sebab itu pengaruh sekolah adalah kedua penting berbanding pengaruh keluarga. Jenis kepimpinan dan suasana di sekolah amat mempengaruhi perkembangan personaliti kanak-kanak. Hal ini adalah bergantung kepada corak pentdbiran yang dibawa oleh guru besar ataupun pengetua. Jika corak pentadbiran menitik beratkan soal disiplin, maka akan membentuk personaliti pelajarnya menjadi seorang yang berdisiplin dan mematuhi arahan. Jika sebaliknya, jika pengetuanya kurang tegas dalam segala hal maka pelajar akan menjadi lebih pasif,menarik diri, takut mengambil risiko, kurang inovatif dan takut mendatangkan perubahan. Selain itu guru berperanan didalam membentuk perkembangan personaliti pelajarnya. Jika sikap yang ditonjolkan oleh guru adalah sikap yang positif, maka pelajar akan terikut-ikut dengan sikap positif yang ditonjolkan oleh guru tersebut dan begitu jugalah sebaliknya.

RAKAN SEBAYA Rakan sebaya juga adalah merupakan salah satu faktor yang terpenting didalam mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang. Ini kerana setiap rakan sebaya mempunyai nilai-nilai tersendiri. Rakan sebaya juga adalah orang kedua terpenting selepas keluarga bagi remaja. Oleh sebab itulah kebanyakkan tindak tanduknya dipengaruhi oleh rakan
26

sebaya mereka. Samaada nilai ataupun sikap yang dibawa itu adalah ynag positif ataupun yang negatif.

MEDIA MASSA Pada zaman yang moden membangun ini, media massa adalah merupakan medium perhubungan yang terpenting didalam kehidupan seharian. Maka tidak hairan jika media massa juga memainkan peranan yang penting didalam membentuk perkembangan personaliti seseorang. Oleh sebab itu, pendedahan kepada media massa yang sihat adalah penting untuk menjamin perkembangan personaliti yang sihat. Jika kanak-kanak sentiasa didedahkan kepada tayangan video atau filem yang berunsurkan keganasan, kezaliman dan sebagainya, maka mereka akan bertendensi untuk berkelakuan yang lebih agresif. Sebaliknya jika kanakkank lebih didedahkan dengan tayangan yang bercorak ilmiah seperti taman sesame dan sebagainya, akan dapat membantu perkembangan intelek seseorang pelajar.

PENGALAMAN AWAL Pengalaman awal kanak-kanak amat mempengaruhi

perkembangan personliti sesorang individu. Sebagai contoh, kanakkanak yang selalu dihukum kerana melakukan kesilapan seperti membuang air kecil di katil, membuat kotor dan sebagainya menyebabkan kanak-kanak tersebut sentiasa berasa bimbang dan bersalah. Kanak-kanak yang tidak pernah didedahkan kepada pengalaman prasekolah akan berasa rendah diri serta terancam apabila didapati dia tidak tahu membaca abjad atau menulis angka-angka yang senang ketika berada di Tahun satu. situasi ini akan memberi impak kepada harga diri serta konsep kendiri positif seseorang kanak-kanak.
27

MASYARAKAT Aspirasi, harapan dan nilai sesuatu masyarakat boleh

mempengaruhi pembentukan personaliti seseorang individu. Sebagai contoh masyarakat kebendaan menegaskan betapa pentingnya kekayaan dan harta benda.dengan itu,kanak-kanak membesar menjadi individu yang sentiasa mengejar kekayaan harta benda. Nilai murni-murni mungkin akan ketinggalan. Ini akan melahirkan masyarakat yang sanggup menipu, merompak, membunuh dan mengamalkan rasuah demi mencapai tujuannya. Keadaan ini menunjukkan dengan jelas bagaimana nilai masyarakat boleh menghasilkan personaliti yag tidak diiingini. Sebaliknya, jika nilai-nilai dan norma-norma masyrakat adalah sihat, individu-individu yang membesar dalam situasi itu, akan menjadi anggota masyarakat yang bertanggungjawab, berdedikasi, rajin dan sedia untuk berkorban kerana hendak menolong orang lain.

SOALAN 2 (A)
28

Dalam kalangan murid anda, pilih seorang murid yang bermasalah pembelajaran yang dihadapinya. Jelaskan bagaimana tindakan anda bagi membantu menangani masalah tersebut dan meningkatkan ciri-ciri positif kepada murid anda tersebut. Terdapat beberapa cadangan atau tip-tip yang dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi bertujuan supaya para pendidik atau guru-guru dapat manggunakannya ketika proses pembelajaran berlaku bagi menolong seorang introvert. Yang pertama melibatkan pelajar tersebut di dalam aktiviti yang mudah dimana dia akan menikmati perasaan kejayaan. Bagi seorang pelajar introvert seorang guru harus menanamkan sifat yakin kepada diri sendiri dan sanggup mengambil risiko. Dengan ini guru haruslah memulakan aktiviti pembelajaran dan pengajaran dengan yang mudah agar pelajar tersebut berasa yakin pada diri sendiri dan dengan ini pelajar ytersebut akan bersedia untuk aktiviti yang lebih sukar pada masa ke masa. Yang kedua, guru hendaklah memastikan isi pelajaran dan latihan yang disediakan untuk pelajar yang bersifat introvert adalah setimpal dengan kebolehannya. Dengan ini ia akan menjadikan pelajar itu lebih berkeyakinan dan mempunyai dan melahirkan semangat yang baru untuk terus belajar dan berusaha sengan lebih gigih lagi. Seterusnya adalah dengan menghentikan segala ejekan seperti bodoh , si gemuk atau lain-lain perkataan yang menyinggung perasaan pelajar tersebut yang pernah digunakan untuknya. Yang keempat adalah dengan melibatkan pelajar introvert di dalam aktiviti berkumpulan. Di mana di dalam kumpulan tersebut pelajar berkenaan akan menjadi ketua kumpulan di mana dia terpaksa berinteraksi dengan ahli-ahli lain di dalam kumpulannya dan belajar untuk mengawal keadaan di dalam kumpulan tersebut. Ini dapat menjauhkan ciri-ciri yang terdapat pada seorang yang bersifat introvert iaitu suka bersendirian. Sifat ini harus dikikiskan daripada seorang
29

pelajar dari awal lagi agar pelajar tersebut dapat berinteraksi dan bergaul dengan orang lain tanpa perasaan malu.

Cara-cara lain adalah dengan mengadakan sesi kaunseling untuk mengenal pasti punca yang menyebabkan seorang pelajar tersebut bersifat introvert. Selain daripada itu guru haruslah mengadakan latihanlatihan tegas diri untuk palajar introvert agar dia dapat berfungsi sebagai seorang individu yang lebih berkesan. Pada masa yang sama guru perlu menggalakkan pelajar berkenaan menyertai aktiviti kelab sukan, permainan dan badan beruniform di mana pelajar berkenaan mempunyai peluang untuk berinteraksi dengan individu-individu yang lain. Cara yang terakhir adalah dengan berusaha untuk membantu pelajar tersebut meningkatkan konsep kendirinya. Konsep kendiri yang positif tetap akan membantu seorang introvert menjadi lebih bersifat sosial dan optimistik dalam pandangan hidupnya. Selain daripada cadangan tersebut, dapat kita kenal pasti muridmurid yang ekstrovert merupakan orang berminat terhadap hal yang berlaku di sekitanya (di luar dirinya), dan tidak mengikut emosi serta suka bergaul dengan orang lain dan mereka berfikran terbuka. Manakala introvert pula membawa maksud orang yang lebih suka memusatkan perhatiannya kepada fikiran dan perasaanya sendiri. Ciri-ciri ekstrovert : i) ii) iii) iv) v) vi) gemar bercampur gaul suka aktiviti luar mudah bercakap mudah bertindak balas bersifat agak relaks tidak mudah tersinggung perasaan
30

vii)

berupaya memimpin

viii) tidak mudah berasa bimbang ix) optimis dan sentiasa sukakan excitement

Ciri-ciri introvert : i) ii) iii) iv) v) vi) suka menyendiri (berseorangan) menfokus terhadap dirinya. sukakan aktiviti solo contohnya melukis dan berpuisi. Pemalu Sensitif Cermat Reflektif atau sentiasa berfikir dahulu sebelum menjalankan

sesuatu. vii) asa). viii) Kurang bersedia untuk menanggung risiko. Mempunyai pandangan hidup yang pesimistik (mudah putus

Cara-cara untuk meningkatkan atau membantu kedua-dua personaliti ini ialah : a) Libatkan dia dalam aktiviti yang mudah di mana dia akan dapat

menikmati perasaan berjaya. Contohnya memberi soalan kuiz yang lebih mudah atau mengikut kemampuannya,dengan cara begini memberi mereka perasaan dilibatkan. b) Pastikan isi pelajaran dan latihan adalah setimpal dengan
31

kebolehannya. Ini

akan meningkatkan keyakinan dirinya. c) Hentikan segala gelaran negatif seperti bodoh pelajar tidak

berguna dan sebagainya kerana boleh merendahkan motivasi dirinya. d) Libatkan dia dalam aktiviti kumpulan contohnya,jadikandia

seorang ketua di mana dia terpaksa berinteraksi dengan ahli-ahli kumpulannya. e) Adakan sesi kaunseling untuk mengenalpasti punca yang

menyebabkan dia seorang introvert. f) Adakan latihan-latihan tegas diri untuk introvert agar dia dapat

berfungsi dengan lebih berkesan. g) lain. h) Bantu dia meningkatkan harga diri atau konsep kendirinya. Galakkan dia menyertai aktiviti-aktiviti kelab sukan, permainan

atau unit beruniform di mana dia berpeluang berinteraksi dengan orang

Harga diri positif akan membantu seorang introvert menjadi lebih optimistik pandangan hidupnya serta lebih mudah bercampur gaul dengan orang lain. b) Berdasarkan pemerhatian dalam bilik darjah, bincangkan

pelbagai mekanisme helah bela diri yang digunakan oleh murid-murid anda yang mempunyai i) konsep kendiri positif ii) konsep kendiri negatif Beri sebab-sebab bagi tindakan mereka. Freud mendefinisikan helah bela diri merupakan satu strategi mental yang digunakan oleh seseorang untuk membela dirinya daripada ancaman id serta tekanan superego.
32

Helah bela diri mempunyai dua ciri iaitu : i) ii) ia berfungsi pada tahap di bawah sedar ia mengubah, menidak dan memalsukan persepsi realiti dengan

tujuan untuk mengurangkan kadar ancaman pada seseorang individu. Seseorang yang mempunyai konsep kendiri positif ialah mereka yang dapat menyesuaikan diri dengan orang lain serta persekitaran dengan baik. Manakala seseorang yang mempunyai konsep kendiri negatif adalah mereka yang mempunyai masalah menerima dirinya sendiri serta tidak boleh menyesuaikan diri dengan orang lain dan persekitaran denggan baik. Terdapat pelbagai mekanisme atau jenis helah bela diri yang sering digunakan oleh murid-murid yang mempunyai konsep kendiri positif dan konsep kendiri negative iaitu : a) Represi Represi ialah satu proses mental yang aktif di mana seseorang sengaja melupakan peristiwa yang pahit dengan menolaknya ke kawasan tak sedar otak kita. Represi menghalang pemikiran yang membimbangkan daripada pemikiran sedar manusia. Ia digunakan oleh ego yang membolehkan helah bela diri psikologi berlaku. Represi membantu manusia menghadapi masalah harian. Namun begitu, represi tidak mampu menghapuskan memori yang tidak diingini dari ingatan manusia teapi sebaliknya ia akan menjurus kepada masalah psikologi yang lebih serius.
33

memasuki

b) RasionalisasiIa merupakan jenis helah bela diri yang berlaku apabila seseorang individu cuba menipu diri dengan tujuan menjaga harga dirinya. Ia merupakan satu alas an atau penjelasan mengapa satu-satu situasi itu tidak dapat diterima. Contohnya, guru pelatih gagal dalam latihan mengajar. Dia menyalahkan pensyarah dan tidak mahu menerima kelemahan diri. c) Projeksi Projeksi ialah tindakan di bawah sedar yang membalikkan konflik dalam dirinya seperti perasaan, pemikiran dan tujuan kepada orang lain. Ia berlaku apabila seseorang itu melindungi harga dirinya daripada mengakui kualiti-kualiti yang tidak diingini dengan cara menagihkan kualiti tersebut kepada orang lain. Contohnya, pelajar lemah bercadang untuk menipu dalam peperiksaan tetapi hati kecilnya mengetahui perbuatan itu salah. Tetapi dia ingin cuba kerana dia mengesyaki pelajar-pelajar lain juga menipu walhal tidak. Dia sedang melakukan projeksi. d) Pemindahan Ia digunakan apabila sesuatu perkara yang dapat memuaskan diri tidak dapat diperolehi
34

atau sesuatu perkara itu akan menimbulkan perasaan tidak senang. Oleh itu, perhatian manusia akan dipindahkan ke sasaran lain. Manusia sering mengubah perhatian daripada situasi yang mengancam kepada situasi yang lebih

menyenangkan. Contohnya, sekiranya kita marah kepada ketua kita tetapi kita tidak dapat meluahkan perasaan marah itu. Sebaliknya perasaan itu dilepaskan kepada anak kita. e) Regresi Regresi berlaku apabila seseorang kembali kepada jenis tingkah laku yang menjadi kebiasaan di peringkat perkembangan yang terdahulu daripada peringkat kini. Dengan kata lain, individu yang mengamalkan regresi sebenarnyamengundur ke masa lalu. Contohnya, kanak-kanak 10 tahun, mula menangis, menggigit kuku, atau menjerit apabila tidak diterima oleh rakan-rakannya. Amalan-amalan ini adalah amalan yang pernah dilakukan ketika umur mereka 4 hingga 6 tahun. f) Intelektualisasi Intelektualisasi ialah helah bela diri memendam emosi yang tidak menyenangkan dengan menghuraikan satu-satu situasi menggunakan penaakulan. Kadangkala, manusia mengasingkan komponen emosi dalam proses ini. Mereka ini sering
35

mewujudkan jurang dalam hubungan interpersonal mereka. Contohnya, kaunselor tidak boleh memberi kaunseling kepada kliennya kerana emosinya

mempengaruhi dirinya ketika mendengar kisah sedih klien. Dia seharusnya menggunakan perkataan bukan perasaan untuk menjelaskan klien agar klien berada di tahap yang stabil. g) Penafian Penafian ialah menafikan perkara yang tidak ingin dipercayainya. Ini bagi membolehkan mereka dapat menempuh detik-detik sukar. Contohnya, apabila pesakit tidak dapat menerima kenyataan apabila diberitahu doktor bahawa dia menghidap penyakit barah. Dia cuba menyatakan diagnosis doktor itu salah. h) Sublimasi Sublimasi adalah strategi helah bela diri yang boleh memberi kebaikan atau pun keuntungan. Ini adakalanya digunakan sepanjang hayat apabila menyedari diri tidak mendapat apa yang diingini. Contohnya, seseorang ingin hilangkan perasaan sunyi, dia akan cuba mengisi masa lapangnya itu dengan mengubah puisi, pantun dan sebagainya. i) Identifikasi
36

Identifikasi ialah apabila seseorang cuba membuat penyesuaian dengan menyifatkan dirinya seperti orang yang diminatinya. Helah bela diri ini digunakan secara tidak sedar untuk melindungi diri sendiri dan menaikkan harga diri. Contohnya, kanak-kanak tahun 1 menggunakan identifikasi apabila dia menyatakan kepada rakannya Ayah saya kaya. Dia ada kereta Mercedes. Ayah saya lebih baik daripada ayah kamu. Antara sebab-sebab bagi tindakan mereka ialah: j) untuk memberikan masa untuk seseorang menilai tentang cara menyelesaikan masalah. ii) ia menambahkan kemahiran hidup kita. Kita dapt mengurangkan sedikit perasaan kebimbangan. iii) sesetengah helah bela diri seperti sublimalimasi dan rasionalisasi menjadikan diri kita lebih kreatif. iv) helah bela diri dapat mententeramkan jiwa seseorang secara

langsung sebelum individu berkenaan dapat berjumpa dengan kaunselor yang boleh membantunya.

SOALAN 2(B) Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian anda, bincangkan ciri-ciri bilik darjah yang kondusif, masalah-masalah disiplin dalam bilik darjah dan cara-cara menangani masalah disiplin dalam bilik darjah.
37

Ciri-Ciri Iklim Bilik Darjah Yang Kondusif (i) Hubungan yang saling hormat-menghormati di antara guru dengan murid-muridnya. (ii) Kesukarelaan murid-murid menerima aspirasi dan peraturan bilik darjah yang diaturkan oleh pihak pentadbiran sekolah. (iii) Perasaan kekitaan yang timbul di antara murid-murid dan guruguru sebagai sebuah keluarga yang mesra dan bahagia. (iv) Kewujudan satu keadaan yang setiap murid melibatkan diri dalam kegiatan keilmuan dalam setiap kesempatan, termasuk usaha menggunakan bahasa dengan betul dan sesuai. (v) Iklim bilik darjah yang baik adalah iklim bilik darjah yang terbuka dan akan menggalakkan pelajar bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru, serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti bilik darjah. Guru pula gembira bekerja dalam keadaan mesra dan sempurna. (vi) Iklim bilik darjah yang dikatakan kondusif adalah sebuah bilik darjah yang dikelolakan dengan baik, yang elok dipandang dan yang teratur susunannya. Keadaan ini akan memberi kesan cita rasa, semangat, kesejahteraan, dan bahagia kepada murid-murid yang menggunakannya untuk menjalankan aktiviti pembelajaran mereka.
(vii) Di dalam bilik darjah, berbagai-bagai jenis interaksi boleh

diwujudkan oleh guru untuk menambahkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Jenis interaksi ini yang diwujudkan biasanya berkait rapat dengan objektif pelajaran, pendekatan dan strategi pengajaran yang digunakan.

Masalah-Masalah Disiplin Dalam Bilik Darjah


38

Faktor pertama masalah disiplin ini adalah daripada guru itu sendiri di mana pendekatan dan kaedah pengajaran yang digunakan tidak menarik atau tidak sesuai. Sesetengah guru gagal memilih dan menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang dapat menarik dan mengekalkan minat murid kepada perkara yang disampaikan oleh guru. Hasilnya, murid menjadi bosan, tidak menumpukan perhatian dan menimbulkan masalah disiplin. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007) Sebaliknya, jika seseorang guru itu bijak,kreatif dan inovatif ,maka dia akan dapat menggunakan kaedah pengajaran pembelajaran yang berkesan dan melibatkan pelajar secara aktif dan terkawal. Kaedah berkesan yang digunakan akan dapat mengurangkan masalah yang tidak dikehendaki. Kepelbagaian kaedah, teknik dan strategi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi pelajar aktif, seronok dan mudah menerima apa yang diajar oleh guru. Dengan itu karenah disiplin dapat dikurangkan. (Abdul Rahim Abd Rashid, 1999) Kedua, perwatakan dan sahsiah guru juga merupakan salah satu faktor dalam masalah disiplin ini. Menurut (Mok Soon Sang, 2008) guru yang kurang berpengalaman dan kurang tegas atas disiplin bilik darjah tidak akan mendapat penghormatan dan kepercayaan daripada muridmurid. Murid-murid yang nakal sering menimbulkan masalah dengan tujuan untuk membuli guru yang kurang tegas. Menurut (Ahmad Mohd Salleh, 2004) antara sifat-sifat guru yang disukai murid menurut Atan Long (1993) ialah mempunyai emosi yang stabil dan mental yang sihat, mempunyai badan yang sihat dan sahsiah yang dinamik, mempunyai kecerdasan otak yang lebih tinggi daripada kebanyakan orang, mempunyai sifat kreatif, imaginasi dan ikhtiar, mempunyai suara dan tingkahlaku yang beradab, bertata tertib, bertimbang rasa, mempunyai simpati dan bijaksana dalam menghadapi masalah, sabar, jujur dan ikhlas, tegas, menepati masa dan berkebolehan mengurus, mempunyai sikap yang positif dan menggalakkan, memberi bimbingan yang demokratik dan menjaga status ikhtisas perguruan.
39

Ketiga, hubungan guru dengan pelajar kurang baik dan kurang mesra juga merupakan salah satu faktornya. Menurut Tengku Sarina Aini Tengku Kasim & Yusmini Md. Yusoff 2006, menyatakan bahawa tugas guru bukan bersifat statik dan hanya tertumpu kepada objektif akademik sahaja. Tetapi guru berperanan dan mempunyai pengaruh yang besar kepada pembetukan kehidupan sosial pelajar. Sehubungan itu, pembinaan hubungan berkesan antara guru dan murid adalah pendekatan terbaik bagi mencapai hasrat ini. Antara kelebihan apabila wujud hubungan baik antara guru dan pelajar ialah akan melahirkan persahaman yang baik antara mereka serta wujud rasa percaya mempercayai dan ini dapat memberi kesan positif kepada proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab itu,sudah pasti masalah disiplin akan dapat dikawal dan dikurangkan. Faktor keempat seterusnya ialah suasana bilik darjah yang kurang selesa. Keadaan bilik darjah yang tidak terurus,kerusi meja yang banyak dan nampak berselerak, cahaya yang tidak mencukupi, panas, bekalan elektrik tidak ada atau sudah tidak berfungsi menimbulkan ketidakselesaan kepada pelajar ,menyebabkan mereka gelisah. Oleh sebab itu,mereka tidak dapat menumpukan perhatian kepada pelajaran sepenuhnya dan ini memungkinkan berlaku gangguan kepada pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, bilangan murid yang terlalu ramai juga merupakan faktor yang mendorong kepada masalah disiplin ini. Guru tidak akan dapat mengawal kelasnya dengan baik apabila bilangan murid terlalu ramai lebih-lebih lagi terdapat berbagai-bagai tahap kebolehan pelajar. Ada pelajar yang lemah, sederhana dan tinggi tahap kebolehan menerima apa yang diajar oleh guru. Guru tidak mampu melayan semua karenah pelajar di dalam kelas tersebut. Jadi,pelajar yang tertinggal atau atau tidak berminat mengikuti pengajaran guru akan melakukan aktivitiaktiviti yang mengganggu pengajaran dan pembelajaran. Contohnya membuat bising, mengganggu rakan dan bergerak ke sana sini. (Shahabudin Hashim, Rozihani Yaakub, Mohd Zohir Ahmad, 2007)
40

Kesimpulannya, terdapat banyak faktor yang mendorong kepada berlakunya masalah disiplin dalam bilik darjah ini. Lantaran itu, langkah-langkah berkesan haruslah dikaji dan dilaksanakan bagi mengatasi masalah disiplin ini. Penting untuk seorang guru itu mangawal disiplin pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dengan cara yang sesuai agar dapat membentuk sahsiah pelajar yang berahklak dan berpekerti mulia.

Cara-Cara Menangani Masalah Disiplin Dalam Bilik Darjah Pendekatan yang rasional dan teratur dalam menyelesaikan masalah dapat meningkatkan kemungkinan masalah dapat diatasi dengan penyelesaian yang paling sesuai. Pendekatan diagnostik akan lebih memberikan hasil yang berkualiti tinggi. Oleh itu, penyelesaian masalah perlu dilihat sebagai kemahiran yang harus dikembangkan can bukan bergantung pada intuisi. Respons intuitif bermula dengan mengesan masalahnya, berusaha mencari sebabnya dan kemudian mengesyorkan penyelesaiannya. Hasil pendekatan ini termasuk : 1. Menyelesaikan gejalanya tetapi bukan masalahnya 2. Menyelesaikan masalahnya tetapi pada kos yang tinggi. 3. Menyelesaikan satu masalah tetapi menyebabkan masalah baharu 4. Tidak menyelesaikan masalah atay gejalanya tetapi cuba belajar menerima kedua-duanya. Dalam persekitaran kualiti tiada satu pun hasil ini yang dapat diterima. Masalah sebenar haruslah diselesaikan ; penyelesaian jangan sekali-kali menambahkan kos dan harus boleh dilaksanakan dengan sepenuhnya. Komponen Penyelesaian Masalah :
41

Mengenal pasti Peringkat ini melibatkan usaha mengenal pasti masalah sebenar yang hendak diselesaikan, iaitu bukan tanda gejalanya tetapi penyebab utamanya. Untuk melakukannya, perlu ditetapkan seberapa banyak yang mungkin aspek dan komponen berlainan. Teknik seperti subang saran, analisis Pareto, lima mengapa serta sebab dan akibat sesuai di gunakan di peringkat ini. Apabila masalah sudah dikenal pasti, ia perlu dikupas. Yakni ditakrifkan selanjutnya dengan cara membezakan sebab dan akibatnya. Analisis Pareto dan lima mengapa sesuai digunakan di sini. Mendiagnosis Selepas masalah sebenar yang hendak diselesaikan dikenal pasti, maka mungkin dicari sebabnya secara analisis yang sistematik. Pemerahan otak serta analisis sebab dan musabab sesuai digunakan. Setelah dikembangkan bolehlah hipotesis itu diuji dengan menggunakan cara pengukuran, analisis Pareto atau pengujikajian secara aktif, bergantung pada sifat persoalannya. Pada peringkat ini punca sebabnya sepatutnya sudah dapat dikesan. Menghasilkan penyelesaian Peringkat pertama adalah untuk menghasilkan sebanyak mungkin penyelesaian dan dalam hal ini sumbang saran ternyata teknik yang hebat, atau teknik kumpulan nominal juga boleh digunakan ; lima bagaimana mungkin paling sesuai. Selepas semua pilihan dikenal pasti dikenal pasti maka teknik membuat keputusan wajar dilakukan berasaskan pasukan konsensus digunakan. Mengenal pasti

Mengetahui masalah

mendiagnosis

42

Menghasilkan penyelesaian Menyelesaikan masalah

Melaksanakan penyelesaian

Memastikan penyelesaian berjaya

Memantau dan mengkaji semula

Pendekatan rasional kepada penyelesaian masalah

Melaksanakan Penyelesaian

Selepas penyelesaian terbaik dikenal pasti, maka penting untuk segera beralih kepada pelaksanaan. Penyelesaian sebenar hendaklah dinyatakan dalam bentuk yang sama dengan pernyataan yang berkaitan penyerahan kuasa dan tugas serta pasukan yang berkesan, dan yang paling penting, tentukan sasaran khusus kepada individu yang ditentukan namanya
43

dalam tempoh masa yang jelas, dengan sumber dan kuasa yang sewajarnya.

Memantau Dan Mengkaji Semula

Pemantauan perlu untuk memastikan penyelesaian yang dipilih benarbenar berjaya. Maklum balas segera akan diperoleh dengan menggunakan teknik yang sama seperti yang digunakan untuk mengenal pasti masalah. Apa yang lebih khusus, carta ukuran boleh digunakan untuk menghasilkan data bandingan dan menemu bual orang yang terlibat juga boleh menghasilkan maklum balas segera. Kajian semula pada jangka masa panjang diperlukan atas dua sebab. Pertama, memastikan penyelesaian itu diinstitusikan, yakni diterima sebagai sebahagian cara bekerja. Kedua, proses penyelesaian masalah itu sendiri perlu dikaji semula untuk memastikan proses tersebut berkesan dari segi kos dan boleh meningkatkan kemahiran pasukan.

Kesediaan Serta Keupayaan

Tujuan aktiviti ini adalah untuk menganalisis dan meningkatkan pemahaman individu yang terlibat dalam sesuatu proses dari segi : 1. Kesediaan mereka ; yakni motivasi, komitmen keupayaan dan kesanggupan untuk dilibatkan.
2. Keupayaan ; yakni pengetahuan, kemahiran, pengaruh, dan kuasa

positif atau kuasa negatif yang mungkin.

44

Kesimpulannya, Mereka yang rendah tahap kesediaannya tetapi tinggi tahap keupayaannya pula patut dilibatkan dan diberi motivasi bagi memastikan mereka tidak menjadi tenaga negatif.

Sumber rujukan

45

Anda mungkin juga menyukai