Muzik Klasik Barat

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

Muzik Klasik Barat ZAMAN BAROK (1600-1750)

Pengenalan

1.

Zaman Barok adalah dari tahun 1600 1750.

2. Berasal dari perkataan barroco, perkataan bahasa Portugis yang bermaksud mutiara yang tidak rata bentuknya atau tidak bulat bentuknya. 3. Muzik pada zaman Barok mengandungi not perhiasan (ornaments),

4. Muzik pada zaman Barok berwarna dengan mempunyai kesan dramatik, ekspresif dan penuh emosi.

CIRI CIRI MUZIK ZAMAN BAROK

Secara ringkasnya muzik Zaman Barok mempunyai ciri-ciri yang nyata dan tersendiri.

1. Tekstur/jalinan Awal zaman ialah homofoni - melodi disokong oleh kord mudah tetapi teksturpolifoni kembali popular dan digunakan dengan meluasnya menghasilkan tekstur yang tebal dan berat yang terdapat di dalam kedua-dua genre muzik vokal dan instrumental.

2.

Harmoni

Penggunaan sistem notasi ini digelar figured Bass atau bes kontinuo.

Ia adalah melodi di garis bes yang ditulis nombor di bawahnya untuk mengiringi melodi utama.

Nombor itu adalah indikasi jeda-jeda tertentu yang patut dimainkan di atas garis bes untuk menjadi asas kepada pelbagai jenis muzik. Biasanya bahagian bes ini dimainkan oleh satu atau lebih alat muzik asas atau kontinuo seperti organ, harpsikord, klavier, lute atau dan ditekankan lagi dengan alat muzik yang mempunyai renj yang rendah seperti celo, bes gamba atau basun.

3.

Stail

Terdapat dua stail penciptaan : Stail Antico ( amalan pertama atau lama) - muzik gereja polifoni dari zaman Renaisance dikekalkan bersama dengan stail moden dan komposer mencipta keduadua stail. Stail Moderno (amalan kedua atau moden) - di mana teks diutamakan dari muzik.

Pada akhir abad ke 17, muzik dikategorikan sebagai muzik gereja, muzik kamar dan teater yang kadang kala tanpa stail yang jelas. 4. Ekspresi Menggunakan satu mud dan ia dikekalkan dan berterusan sehingga akhir muzik dimainkan.

5. Warna Ton Komposer zaman ini mula tertarik dengan mencipta muzik untuk sesuatu alat muzik yang spesifik seperti violin atau untuk suara solo.

6. Melodi Frasa panjang dan pada akhir abad ke 17 sistem mod digantikan dengan sistem / nada major minor.

7. Bentuk

Bentuk yang lazim digunakan ialah binari, tenari, rondeau, variasi, ritornello dan fugue.

Jenis / genre muzik utama pada zaman itu ialah chorale, recitatif, aria, opera, oratorio, cantata, overture Itali, Overture Peranchis, toccata, prelude, chorale, prelude, dance suite, sonata da camera, sonata da chiesa, konserto grosso dan konserto solo. Antara genre muzik yang wujud dan dikekalkan di zaman itu adalah :

Muzik Vokal :

Opera, oratorio, kantata, mass, verse anthem, chorale,

Muzik Instrumental : Kibod, Konserto Solo, Konserto Groso, Sonata Kamar, Sonata Gereja

KARYA Concerto Grosso - Brandenburg Concerto oleh J.S. Bach Solo Concerto for Violin and String Orchestra Op 8, No. 1, from Four Seasons ( La Primavera or the Spring) oleh Vivaldi

JOHANN SEBASTIAN BACH Dilahirkan di Eisenach, Thuringia pada 21 Mac 1685 dan meninggal di Leipzig ketika berumur enam puluh lima tahun dalam keadaan buta pada 28 Julai 1750. Bach boleh bermain berbagai alat muzik termasuk organ, harpsikord dan klavikord. Pada 1703 untuk pertama kalinya beliau dilantik sebagai pemain organ di Neuekirche. Beliau mempelajari muzik vokal dan organ Buxtehude stail Jerman utara. Beliau mengambil alih jawatan Johann Georg Ahle sebagai pemain organ di Gereja St. Balsius pada 1708. Beliau diminta memberi cadangan tentang teknik bermain organ. Namun beliau meletak jawatan beliau kerana dibangkang oleh Pietists kerana penggunaan karya muzik gereja beliau terlalu beradun dan kompleks. Gott ist mein Konig, kantata No.71 merupakan karya muzik organ dan harpiskord yang pertama yang telah dicetak.

Pada 1714 beliau dilantik sebagai pemain organ istana di Weimar dan ketua konsert orkestra kamar yang ditubuhkan oleh Duke Ernst August. Dengan dipengaruhi oleh stail Itali beliau mencipta karya untuk organ seperti prelude, fugues dan toccata, disamping mencipta muzik kantata. Pada 1717 beliau menjadi Capellmeister di istana Prince Leopold. Bach banyak mencipta muzik jenis keagamaan dan antara muzik instrumental yang dicipta ialah muzik kibod dan muzik kamar untuk pengajaran dan konserto. Pada 1720 beliau menggantikan Johann Kuhnau sebagai kantor di sekolah koir St Thomas disamping menjadi pengarah muzik di beberapa gereja di Leipzig. Di Leipzig, merupakan tahun-tahun yang terakhir bagi Bach dan beliau telah mencipta muzik koral termasuk kantata, Mass, Passion, Magnificat in D major (S. 243) , Christmas Oratorio. Beliau juga mencipta muzik harpsikord dan organ the Musical Offering (S. 1079) dan the Art of Fugue (S. 1080) Bach mempunyai stail penciptaan yang tersendiri. Ini adalah hasil dari mengkaji karyakarya komponis lain dan menggunakan kaedah meniru atau menggubah skor, mengasimilasikan ciri-ciri yang terbaik dari setiap komponis. Beliau telah mencipta boleh dikata semua genre muzik kecuali opera. Beliau mencipta 200 karya organ, muzik untuk Harpsikord dan Klavikord, muzik kamar, muzik untuk orkestra, muzik vokal termasuk mass, kantata (gereja dan sekular), oratorio, motet dan lain-lain muzik.

Concerto Grosso - Brandenburg Concerto No 5 in D Major ( J.S. Bach ) Definisi Concerto Grosso - jenis karya muzik instrumental yang mengandungi alat-alat bertali yang dibahagikan kepada dua kumpulan : tutti atau ripieno ialah orkestra penuh melawan concertino dengan sekumpulan 2-3 pemain muzik. Kesannya ialah dinamik yang kontras. 2. Ditulis pada tahun 1721.

3. Ia telah dicipta oleh J.S.Bach dan ditujukan kepada Christian Ludwig, dengan harapan untuk mendapat peluang pekerjaan di bawah institusi muzikal beliau.

4. Ia merupakan sebuah concerto yang mengandungi 6 buah concerto untuk beberapa alat muzik. 5. Bentuk - Terdapat bentuk ritornello di dalam karya ini. Ritornello berlawan dengan ripieno. 6. Definisi ritornello bahasa Itali yang bermaksud muzik yang dimainkan secara berulang-ulang oleh keseluruhan orkestra atau tutti. 7. Warna Ton - Sebagai contoh, Brandenburg Concerto No. 5 telah ditulis untuk flut, solo violin, obbligato harpsichord dan alat muzik bertali. 8 Tekstur polifoni. Apabila tutti bermain, tekstur menjadi agak tebal dan tekstur menjadi nipis apabila alat solo ripieno mengambil alih untuk bermain.

ANTONIO VIVALDI (1678 1741) 1. 2. 3. Dilahirkan di Venice, Itali. Seorang pemain violin virtuoso, seorang guru violin dan komposer. Beliau diajar oleh bapanya.

4. Sebelum beliau berkecimpung dalam bidang muzik, Anonio Vivaldi adalah seorang paderi. 5. Beliau meninggal dunia di Vienna, Austria pada tahun 1741.

6. Vivaldi telah menghasilkan 450 buah karya yang terdiri daripada muzik concerto, solo untuk violin, flut, piccolo, cello, basun dan mandolin dengan iringan orkestra. 7. Selain daripada itu beliau juga terkenal dengan muzik opera, muzik gereja dancantata. Di antara hasil karyanya yang terkenal ialah The Four Seasons yang terdiri daripada 4 set solo concerto untuk violin dengan iringan orkestra alat muzik bertali.

Karya ini menceritakan empat musim dalam setahun iaitu Spring, Summer, Autumndan Winter. Karya ini mempunyai melodi yang merdu dan irama yang bertenaga.

Solo Concerto for Violin and String Orchestra Op 8, No. 1, from Four Seasons ( La Primavera or the Spring) oleh Vivaldi

1. Karya Vivaldi yang paling popular ialah concerto La Primavera, Spring dari The Four Seasons, satu set yang terdiri daripada empat concerto untuk violin orkestra untuk alat muzik bertali dan basso continuo. 2. Setiap concerto cuba mengajuk bunyi dan perkara yang berkaitan dengan satu daripada empat musim seperti nyanyian burung dalam musim bunga, dan angin sepoi musim panas. Concerto-concerto Spring, Summer, Autumn dan Winter(musim bunga, panas, luruh dan sejuk) menampakkan contoh program music atau muzik instrumental dalam zaman Barok yang berkaitan dengan sebuah cerita, sajak, pemikiran atau babak. 3. Definisi Solo Concerto : Jenis karya muzik instrumental muzik yang mengandungi sebuah alat - selalunya violin solo melawan tutti atau ripieno orkestra penuh 4. Spring adalah sangat popular di zaman Vivaldi.

First movement Allegro Bermula dengan tutti dengan orkestra keseluruhan dalam E major menggambarkan ketibaan musim bunga. Tema pembukaan diulang dengan lembut dan terraced dinamik. Terdapat tema baru yang diulang secara lembut.

Tiga violin solo mengajuk bunyi burung-burung berkicauan menggunakan trill tinggi

Anda mungkin juga menyukai