CPR

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 7

salah tu..

sekarang guna formula DRCAB 1- Danger - Perhatikan kawasan mangsa dan elakkan perkara2 yg boleh mendatangkan bahaya 2- Respond - 1. Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak balas atau pernafasan terhenti, telefon unit kecemasan (999) dan segera berikan perhatian kepada mangsa 3- Chess compression - Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua hembusan dan 15 tekanan dikira satu pusingan. Buat dua pusingan. 4- Airflow - Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagu ke atas. Lihat, dengar dan rasa: Letakkan telinga anda di mulut mangsa. Jika tiada pernafasan, bersedia berikan dua kali bantuan pernafasan. Keluarkan benda asing (jika ada) dari mulut mangsa. Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter dari ulu hati (hujung tulang dada, di antara buah dada). Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan perlahan (dari tangan anda saja, bukan dari badan). Tekanan perlu dibuat dengan cepat pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari satu tekanan sesaat. 5- Breath - Jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik. ulang step 3 dan 4 sehingga mangsa bernafas atau bantuan ambulance tiba.. Sorry ye TT terpaksa betulkan.. Kita ada masa 4 minit je untuk memberi bantuan CPR jika lewat mangsa mungkin akan mati otak kerana oksigen tak sampai ke otak (Brain dead) Iskandar Zulkarnain 11-01-2013, 06:27 PM awek cun laju jer.. BelalangTempur 11-01-2013, 08:02 PM salah tu.. sekarang guna formula DRCAB 1- Danger - Perhatikan kawasan mangsa dan elakkan perkara2 yg boleh mendatangkan bahaya 2- Respond - 1. Periksa keadaan mangsa dan lihat gerak balasnya. Jika tiada gerak balas atau pernafasan terhenti, telefon unit kecemasan (999) dan segera berikan perhatian kepada mangsa 3- Chess compression - Jika mangsa masih tidak bernafas, batuk atau bergerak, tekan dadanya dengan kedua-dua belah tangan anda. Tindihkan tangan kanan di atas tangan kiri anda dan tekan dada mangsa 15 kali. Dua hembusan dan 15 tekanan dikira satu

pusingan. Buat dua pusingan. 4- Airflow - Dongakkan kepala mangsa dan angkat dagu ke atas. Lihat, dengar dan rasa: Letakkan telinga anda di mulut mangsa. Jika tiada pernafasan, bersedia berikan dua kali bantuan pernafasan. Keluarkan benda asing (jika ada) dari mulut mangsa. Pastikan kedudukan yang hendak ditekan adalah betul, iaitu dua sentimeter dari ulu hati (hujung tulang dada, di antara buah dada). Pastikan tangan anda lurus dan beri tekanan perlahan (dari tangan anda saja, bukan dari badan). Tekanan perlu dibuat dengan cepat pada kadar 100 tekanan/minit; lebih cepat dari satu tekanan sesaat. 5- Breath - Jika mangsa bernafas, alihkan badan mangsa supaya mengiring bagi membolehkan mangsa bernafas dengan lebih baik. ulang step 3 dan 4 sehingga mangsa bernafas atau bantuan ambulance tiba.. Sorry ye TT terpaksa betulkan.. Kita ada masa 4 minit je untuk memberi bantuan CPR jika lewat mangsa mungkin akan mati otak kerana oksigen tak sampai ke otak (Brain dead) akhirnya... bagus.. bagus.. saling memperingati dan update serta terus update sebab ianya akan berubah dari masa ke semasa.

Bantuan Hidup Asas

PANDUAN PENYELAMAT JANTUNG


BUKU PANDUAN RESUSITASI KARDIOPULMONARI DAN PERTOLONGAN CEMAS BAGI MANGSA TERCEKEK

TEKNIK-TEKNIK CPR (Resusitasi kardiopulmonari)


Resusitasi kardiopulmonari (CPR) yang awal adalah penghubung penting di dalam kitar mandiri kepada mangsa jantung terhenti atau pernafasan terhenti. CPR termasuklah pernafasan bantuan mulut ke mulut (ataupun pernafasan bantuan dengan cara lain) dan tekanan dada. Dengan cara ini darah yang mengandungi oksigen akan terus mengalir ke otak dan organ-organ penting hingga rawatan perubatan sewajarnya tiba untuk memulihkan jantung. Jantung terhenti menyebabkan mengsa pengsan dalam masa beberapa saat. Hubungilah sistem rawatan kecemasan dengan segera. Jika cepat melakukan CPR, difibrilasi dan rawatan lanjutan, mangsa mempunyai peluang untuk dipulihkan. CPR merangkumi tiga kemahiran penyelamat asas: saluran pernafasan, pernafasan dan edaran darah (ataupun disebutkan ABCs of CPR: Airway, Breathing and Circulation).

1.SALURAN PERNAFASAN 2.PERNAFASAN 3.EDARAN DARAH


SALURAN PERNAFASAN (AIRWAY) Tindakan utama untuk kejayaan resusitasi ialah membuka saluran pernafasan serta merta dengan membetulkan posisi kepala mangsa. Perlu dinigat bahawa bahagian belakang lidah dan epiglotis selalu menghalang saluran pernafasan mangsa yang tidak sedarkan diri. Oleh kerana lidak dan epiglotis tercantum dibahagian bawah rahang, dengan cara mendongakkan kepala ke belakang dan mengangkat dagu keatas, anda boleh mengangkat lidah dan epiglotis daripada bahagian belakang tekak. Ini biasanya membuka saluran pernafasan

PERNAFASAN (Breathing) Apabila Pernafasan Terhenti badan kita hanya mempunyai oksigen yang masih ada dalam paur-paru dan darah. Oleh sebab itu apabila pernafasan terhenti, jantung akan terhenti dan mangsa akan mati sejurus selepas itu. Bantuan pernafasan

mulut kemulut adalah cara yang tercepat untuk menyampaikan oksigen ke paru-paru mangsa. Udara yang anda hembus mengandongi cukup oksigen untuk sekurang-kurangnya menampung sebahagian daripada keperluan mangsa. Pernafasan bantuan perlu diteruskan sehingga mangsa boleh bernafas sendiri atau sehingga para profesional terlatih tiba. *sekiranya mangsa tidak sedar tetapi bernafas dan tiada tanda-tanda trauma, anda perlu meletakkan mangsa mengiring dalam posisi pemulihan. * Jika jantung mangsa masih berdenyut, anda perlu

pastikan saluran pernafasan sentiasa terbuka dan beri pernafasan bantuan *Jika jantung mangsa tidak berdenyut beri tekanan dada

EDARAN DARAH (CIRCULATION) Tekanan dada mengekalkan edaran darah ke paru-paru, otak, arteri koronari, dan

organ-organ penting yang lain. Apabila tekanan dadda dijalankan pernafasan bantuan mulut ke mulut juga patut dilakukan bersama

Jika mangsa mula bernafas dan nadinya kembali semasa atau selepas resusitasi, anda perlu meletakkan mangsa dalam posisi pemulihan
PESANAN: CPR seperti juga kemahiran lain, perlu dipraktikkan selalu supaya anda ingat langkah-langkah penting. Dengan cara ini apabila berlaku sebarang kecemasan, anda dapat menolong menyelamatkan nyawa. Perbaharuilah kemahiran anda sekurangkurangnya 2 tahun dengan cara menghubungi Jawatankuasa CPR dan mengambil kursus ulangkaji. Kursus ulangkaji tahunan yang lebih kerap adalah digalakkan. Ini akan mengambil sedikir masa sahaja untuk mengkaji semula langkah-langkah kecemasan dan anda akan merasa lebih yakin kerana masih mampu melakukan CPR. Kursus ulangkaji juga akan memberikan penerangan mengenai teknik CPR yang terbaru. ANDA DILARANG BERLATIH ATAU MENCUBA KEMAHIRAN INI KEATAS ORANG LAIN!. IA MERBAHAYA KEPADA ORANG YANG SEDAR DAN SIHAT, TETAPI ADALAH PENYELAMAT KEPADA MANGSA JANTUNG TERHENTI.

UNTUK MENDAPAT KEMAHIRAN YANG BERTERUSAN ANDA DIPERLAWA UNTUK MENYERTAI JABATAN PERTAHANAN AWAM MALAYSIA (JPA 3) ANDA JUGA AKAN DIAJAR DENGAN PELBAGAI MATA PELAJARAN LAIN SEPERTI BOMBA TAMBAHAN, PERTOLONGAN CEMAS, DAN LAIN-LAIN. SELAIN DARIPADA ANDA MENDAPAT PELAJARAN PERCUMA ANDA JUGA AKAN DIBERI ALAUN SERTA PAKAIAN SERAGAM

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI PEJABAT PERTAHANAN AWAM YANG TERDEKAT DENGAN TEMPAT TINGGAL ANDA.

Anda mungkin juga menyukai