Pintar Cerdas
Pintar Cerdas
Pintar Cerdas
Mohd Zuri Ghani [email protected] Suzana Ibrahim [email protected] Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia
Abstrak: Pelajar Pintar cerdas dan berbakat adalah merupakan aset Negara yang kian diberi perhatian. Kewujudan permata pintar telah menyuntik stigma baru tentang kewujudan golongan ini. Namun apa yang menjadi persoalan adakah kita sudah bersedia untuk memenuhi keperluan golongan ini?. Adakah sistem persekolah dinegara ini boleh memenuhi keperluan pendidikan mereka?. Adakah guru-guru sudah bersedia dan mampu mengajar serta melengkapkan diri bagi memberi didikan kepada golongan ini?. Istilah Pemecutan mungkin sangat jarang didengari dalam sistem pendidikan kita. Apa yang nyata ialah sistem pendidikan kita masih berorentasikan umur kronologi dan bukannya umur mental. Untuk melihat dan memenuhi keperluan pelajar yang dianggap sebagai pintar cerdas dan berbakat, maka kertas konsep ini telah menghuraikan konsep pemecutan bagi memenuhi keperluan pembelajaran bagi mereka yang pintar cerdas dan berbakat. Gambaran dan ulasan yang tergkandung dalam kertas konsep ini akan memberi gambaran sama ada program seumpama ini sudah mampu diwujudkan atau kita masih perlu bertatih melatih guru dan menyediakan prasarana yang tidak berkesudahan sehingga mengabaikan keperluan pembelajaran golongan ini.
Pengenalan Program pemecutan (acceleration) merupakan salah satu kaedah yang diguna pakai oleh pembuat dasar pendidikan bagi kanak-kanak pintar cerdas dan berbakat (PCB) di seluruh dunia. Program pemecutan direka bentuk bagi memenuhi keperluan murid PCB yang memerlukan pendekatan berbeza dari pendidikan formal di sekolah. Camillia P. Benbow (1991) menulis, The pacing of educational programs must be responsive to the capacities and knowledge of individual children. ( ms 157)
Fox
penempatan awal atau pemberian kredit `. Pemecutan tidak membawa makna menyelesaikan kurikulum pada waktu yang singkat tetapi lebih kepada menguasai kurikulum secara mendalam pada jangka masa lebih pendek dari murid normal. Gary dan Sylvia (2004) juga menjelaskan berkenaan pemecutan iaitu;
Acceleration implies moving faster through academic content, which typically offering standard curriculum to students at a younger than usual age.
Penulisan ini mengupas tentang pelaksanaan program pemecutan (acceleration) yang sedia ada di Amerika Syarikat, rasional dan kebaikan program ini dilaksanakan serta mengulas lebih lanjut adakah program ini dapat dilaksanakan dalam sistem persekolahan di Malaysia atau tidak.
Istilah-Istilah Yang Sering Digunapakai Bahagian ini membincangkan makna istilah-istilah yang sering digunapakai dalam penulisan ilmiah ini. Antaranya ialah berbakat, pintar cerdas, pintar cerdas dan berbakat. Berbakat : Gifted merujuk kepada keadaan seseorang yang mempunyai potensi untuk menjadi cemerlang dalam bidang-bidang tertentu sama ada dalam bidang akademik atau dalam bidang bukan akademik. Menurut Gagne (1995), seseorang itu dianggap berbakat dalam bidang-bidang tertentu apabila dia menampakkan potensinya dalam bidang tersebut. Kadang-kadang pencapaiannya dalam bidang itu belum terbukti cemerlang. Pintar cerdas: Talented ialah keadaan seseorang yang berbakat berjaya menempa kecemerlangan dalam domain-domain bakatnya pada peringkat-peringkat tertentu
(Gagne1998 ; Piirto 1999). Individu pintar cerdas ialah individu yang berbakat. Seseorang yang berbakat belum pasti akan menjadi seorang yang pintar cerdas. Banyak factor yang mempengaruhi laluan seseorang itu daripada berbakat menjadi pintar cerdas (Gagne 1998;Piirto 1999). Seseorang yang dianggap pintar cerdas dalam sesuatu bidang tertentu ialah seorang yang berbakat dan juga cemerlang dalam bidang tersebut. Pintar Cerdas Berbakat (PCB) : Gifted and talented (GAT) satu kategori umum yang merangkumi semua jenis bakat atau kecerdasan di kalangan individu. PCB merupakan satu trait sama ada masih dalam bentuk potensi atau sudah menempa kecemerlangan pada tahaptahap tertentu. Renzulli (2002) menyatakan bahawa PCB tidak merujuk kepada satu sifat
yang tetap atau kekal. Sebaliknya PCB sentiasa berubah mengikut keadaan dan persekitaran. Ada kalanya persekitaran akan menyumbang kepada perkembangan individu menjadi pintar cerdas (talented) daripada keadaannya yang asal yang dikenali sebagai berbakat (gifted). Program Pemecutan Program pemecutan merujuk kepada pengubahsuaian yang dilakukan terhadap tempoh masa pembelajaran untuk memenuhi keupayaan kognitif seseorang. Program ini membolehkan kanak-kanak PCB mencapai potensi mereka tanpa dibatasi kadar kelajuan pembelajaran yang ditentukan oleh pelajar biasa (Fox,1979: Davis & Rim,1989; Rogers,2003; Van TasselBaska,1992,2004).
Program pemecutan (acceleration) dan pengayaan (enrichment) berjalan seiring dan saling berkaitan dalam pelaksanaan program untuk kanak-kanak PCB di seluruh dunia. Program pemecutan memberikan kredit kepada pelajar bagi menghabiskan kurikulum dalam masa yang singkat atau mendalami satu-satu cabang ilmu secara lanjutan. Manakala, program pengayaan(enrichment) merupakan kerangka dan strategi yang dirancang sebagai aktiviti tambahan yang mengukuhkan pemahaman pelajar terhadap cabang ilmu seperti kursus bahasa asing, pengajian drama atau fotografi yang tidak menyumbang apa-apa kredit untuk kemasukan atau penempatan awal pelajar pintar cerdas dan berbakat. Karen Roger (1991) juga mencadangkan bahawa program pemecutan akan lebih memberi manfaat apabila dilaksanakan pada tahap umur berbeza; Pendidikan permulaan; kemasukan awal, melangkau kelas, pembelajaran bukan di kelas, memampat kurikulum. Pendidikan menengah rendah; melangkau kelas, memendekkan kelas (grade telescoping), pendaftaran serentak (concurrent enrollment), pemecutan berasaskan subjek dan memampat kurikulum. Pendidikan menengah atas; pendaftaran serentak di sekolah dan universiti (concurrent enrollment), pemecutan berasaskan subjek, kelas AP (advanced placement),program mentor, kredit melalui peperiksaan (credit by examination), dan kemasukan awal ke pengajian tinggi. Karen Roger (1991) menggariskan 12 prosedur pelaksanaan program pemecutan yang telah sedia ada dan diguna pakai oleh kebanyakan kajian berkenaan pelajar PCB di
seluruh dunia. Hasil daripada 314 kajian yang menggunakan 12 prosedur iaitu kemasukan awal, melangkau kelas, non-graded classes, curriculum compacting, grade telescoping, pendaftaran serentak, pemecutan subjek, program mentor, advanced placement (AP), credit by examination, kemasukan awal ke pengajian tinggi dan kombinasi mana-mana program. Garis Panduan Pelaksanaan Program Pemecutan Di Amerika Syarikat Bagi memastikan kanak-kanak pintar cerdas berjaya dalam pelaksanaan program pemecutan, Gary Davis dan Sylvia Rimm (2004) mencadangkan garis panduan yang perlu dipatuhi dalam pelaksanaan program pemecutan terhadap kanak-kanak PCB ini; a) kanak-kanak tersebut harus mempunyai skor IQ 130 ke atas; b) kanak-kanak ini hanya dibenarkan melangkau satu tahun sahaja dalam kelas pembelajaran pada satu-satu masa. Pelaksanaan program pemecutan seterusnya harus dilaksanakan pada tahun berikutnya; c) kanak-kanak yang melalui proses pemecutan dalam pembelajaran harus dinilai tahap kemahiran mereka kerana ditakuti ada kemahiran yang belum dikuasai semasa proses pemecutan dilaksanakan. d) Guru yang menerima kanak-kanak pintar cerdas yang melalui proses pemecutan harus kuat menyokong dan memantau perkembangan mereka; e) Ibu bapa kanak-kanak pintar cerdas seharusnya banyak menyokong dan membantu mereka, menyediakan keperluan yang perlu dalam proses penyesuaian; f) Proses melangkau kelas harus merujuk kepada keperluan kanak-kanak pintar cerdas tersebut sendiri, dan bukannya berdasarkan faktor lain serta harus mengambil kira keseluruhan aspek perkembangan pelajar. g) Tempoh percubaan harus disediakan, supaya kanak-kanak pintar cerdas boleh kembali ke kelas asal tanpa rasa kegagalan.
Garis Panduan Untuk Sekolah Yang Menjalankan Proses Pemecutan Panduan di bawah boleh diambil kira semasa proses pemecutan dilakukan di sekolah di Amerika Syarikat.
1) Penilaian. Keperluan menyediakan penilaian bersesuaian dan komprehensif terhadap kanak-kanak PCB dari sudut fungsi intelektual, aras kemahiran akademik dan penyesuaian emosional dan sosial. 2) Aras akademik. Kanak-kanak PCB dari segi akademiknya harus menunjukkan keupayaan melebihi atau sama taraf dengan kelas yang ingin dimasuki. 3) Keupayaan penyesuaian diri. Dari segi sosial dan emosi, kanak-kanak ini seharusnya tidak mengalami masalah penyesuaian yang serius. Pentadbiran sekolah harus peka dan mengambil inisiatif yang sesuai. 4) Saiz dan kesihatan fizikal. Kesihatan fizikal kanak-kanak PCB. Saiz murid pula bergantung pada penglibatan kanak-kanak ini dalam bidang sukan yang menjadi perhatian kajian sejak akhir-akhir ini. 5) Kemahuan serta minat murid untuk ke hadapan. Satu elemen penting adalah kemahuan perlu ada pada diri murid sendiri dan bukannya dipaksa oleh ibu bapa. 6) Penerimaan guru. Guru yang bersedia menerima kanak-kanak ini serta mempunyai attitude positif terhadap proses pemecutan serta harus mahu membantu kanak-kanak ini menyesuaikan diri dengan situasi yang baru. 7) Kematangan sosial dan emosi. Penilaian tentang emosi dan sosial harus dilakukan bersama pakar psikologi serta bantuan informasi dari ibu bapa. Kanak-kanak PCB kadang kala tidak diterima olah rakan sekelas. Adalah penting bagi guru tidak keliru antara ketiadaan rakan sekelas yang rapat dengan ketidakmatangan sosial. 8) Masa yang sesuai. Secara idealnya, awal sesi persekolahan merupakan masa terbaik untuk merancang transisi murid PCB. Walaupun begitu, proses yang dilakukan pada pertengahan semester kadang kala memberi ruang untuk guru semasa berbincang tentang prestasi murid dengan guru sebelumnya( kelas asal). 9) Masa percubaan. Semua program yang dirancang harus dimulakan secara percubaan untuk sekurang-kurangnya enam minggu. Murid harus faham jika proses transisi secara percubaan ini tidak berjaya, mereka akan kembali ke kelas asal. Kanak-kanak seharusnya dibimbing supaya tidak mereka bahawa mereka telah `gagal`.
10) Hati-hati/ Langkah pemerhatian. Sesetengah kanak-kanak PCB yang terlalu `advance` tahap keintektualan mereka merasakan pemecutan setahun masih membuatkan mereka tidak tercabar. Perancangan yang fleksibel harus disediakan bagi mereka. Mereka mempunyai pelbagai peringkat kognitif, perkembangan emosional dan fizikal yang memerlukan penyediaan khusus di bidang tersebut. 11) Membuat keputusan yang tepat. Keputusan kanak-kanak PCB menjalani program pemecutan mesti berasaskan fakta dan informasi yang tepat. Kajian tentang pemecutan menunjukkan bahawa proses ini memberi manfaat kepada kanak-kanak PCB dalam bidang akademik dan sosial. Manakala, kegagalan proses ini akan menyebabkan tingkah laku pembelajaran yang negatif, kurang motivasi serta timbulnya keadaan yang tidak sesuai. Program Pemecutan Sedia Ada Diluar Negara 1.1 Kemasukan awal ke sekolah
Kanak-kanak pintar cerdas di Amerika Syarikat biasanya sudah bersedia memulakan alam persekolahan seawal usia 4 tahun. Pada waktu itu, ada di antara mereka sudah boleh membaca atau paling tidak sudah bersedia untuk belajar membaca. Sungguhpun begitu, undang-undang kebanyakan negeri di Amerika Syarikat menggariskan peraturan permulaan persekolahan pada usia 5 tahun untuk memenuhi syarat kemasukan ke prasekolah. Kajian ke atas kanak-kanak yang memasuki prasekolah lebih awal, tidak kira lelaki atau perempuan, akan menunjukkan keupayaan intelek yang tinggi jika mendapat sokongan ibu bapa dan guru secara realistik. Feldhusen (1992), menyatakan bahawa majoriti kanak-kanak yang telah bersedia dan memasuki prasekolah lebih awal dapat menyesuaikan diri, seterusnya memiliki pencapaian yang seiring atau lebih baik dari rakan sekelasnya (yang lebih berusia). Kajian juga menunjukkan bahawa tiada sebab untuk membuat kesimpulan tentang pencapaian akademik dan penyesuaian sosial akan lebih baik apabila kanak-kanak pintar cerdas memasuki alam persekolahan seiring dengan rakan sebaya mereka.
1.2
Melangkau kelas atau `double promotion` merupakan cara tradisional bagi program pemecutan. Cara ini paling mudah dan dapat mengurangkan kos. Secara umumnya, kaedah pemecutan ini tidak memerlukan pentadbiran sekolah menyediakan kemudahan atau material
khusus untuk kanak-kanak yang melangkau kelas. Kaedah ini boleh diguna pakai untuk atasi masalah murid PCB yang kebosanan, membuat gangguan kepada rakan sebaya atau
memudahkan guru menyediakan pembelajaran untuk aras yang sama. Secara umumnya, program melangkau kelas akan memberi sedikit kelebihan kepada murid PCB ini; meningkatkan keyakinan dan motivasi, menyelesaikan persekolahan lebih awal serta dapat mengurangkan kos pengajian. Rimm, (1992) menggunakan kaedah ini untuk mengelakkan berlakunya tidak mencapai tahap(underachievement) terhadap kanak-kanak PCB. Gross (1992), pula menyatakan bahawa perancangan dan pemantauan berkesan terhadap proses melangkau kelas akan menyebabkan murid PCB lebih terangsang inteleknya, mempunyai hubungan sosial yang lebih baik serta menunjukkan motivasi diri yang lebih positif. 1.3 Melangkau subjek (subject skipping) Jika melangkau kelas(grade skipping) juga dikenali sebagai `full acceleration ` , melangkau subjek ( subject skipping) pula dikenali sebagai `partial acceleration`.
Melangkau subjek bermaksud mengambil subjek atau kursus tertentu bersama dengan murid kelas lebih tinggi. Kaedah ini sangat sesuai bagi murid PCB yang mempunyai kemahiran dan bakat dalam satu bidang tertentu. Contohnya, murid PCB yang mahir dalam Matematik mengambil subjek itu bersama murid lain yang berada di kelas lebih tinggi, tetapi masih mengambil subjek lain di kelas asal. Antara kelebihan kaedah ini adalah memberi peluang kepada murid PCB dalam bidang tertentu ini mencabar keupayaan diri mereka berada di aras lebih tinggi. Kaedah ini juga membenarkan murid masih berada bersama rakan sebayanya di waktu lain dalam proses sosialisasinya. Kaedah ini juga boleh dijadikan panduan jika murid PCB layak atau tidak mendapatkan langkau kelas (grade skipping). Pemantauan dan penilaian oleh guru amat penting sewaktu proses langkau kelas berjalan.
1.4
Kredit melalui peperiksaan (Credit by examination) `Salah satu mekanisme bagi mengimbangi program langkau subjek (subject
skipping) adalah kaedah pemberian kredit melalui peperiksaan. Kaedah ini memberi peluang kepada murid PCB yang telah menguasai sesuatu subjek/ kursus dalam satu-satu semester/tahun pengajian melalui pembelajaran kendiri atau bantuan tutor dari luar sekolah
diberi kebenaran untuk mengambil ujian/ penilaian dan jika didapati mereka telah menguasai subjek / kursus tersebut, murid PCB ini akan menerima kredit akademik. Sebagai langkah awal, murid PCB ini akan diberikan garis panduan dan perancangan kursus bagi satu-satu semester/tahun pengajian supaya berlaku adil kepada mereka. Di Amerika Syarikat, program seperti College Level Examination Program (CLEP), tidak menawarkan kursus tetapi hanya peperiksaan yang meliputi 30 bidang termasuk Matematik, English, Ekonomi, pengaturcaraan komputer, bahasa asing dan sebagainya.
1.5
Kursus universiti di sekolah menengah (concurrent enrollment) Satu kaedah yang berkesan bagi menangani permasalahan kebosanan dalam
kalangan murid PCB di sekolah menengah atas adalah melalui kaedah pengambilan sesetengah subjek universiti bagi subjek yang telah mereka kuasai di sekolah menengah. Robinson dan Noble(1992) menulis dalam pemerhatiannya, for the young person who intellectually development is marked above the average, the pace of ordinary secondary school classes is. like going through every day in a slow motion movie ( pg21-22)
Kaedah ini dilaksanakan menggunakan pendekatan pembelajaran setengah hari di sekolah menengah dan kemudiannya mengambil kursus-kursus tertentu di universiti/kolej pada waktu petang. Kredit bagi subjek dan kursus yang diambil akan diambil kira semasa memasuki kolej/ universiti serta meliputi keperluan graduasi di sekolah menengah bagi mengelakkan murid PCB yang menjalani dual-enrollment ini terbeban dengan keperluan sekolah dan universiti. 1.6 Program advanced placement (AP) Satu lagi pilihan kaedah bagi program pemecutan adalah program `advanced placement`. Berbeza dengan CLEP yang hanya menyediakan peperiksaan kepada murid PCB, AP pula mengandungi kursus bertaraf universiti dan peperiksaan kepada pelajar sekolah tinggi (Zimmerman& Brody, 1986). Kursus ini biasanya diambil bagi kumpulan kelas
terpilih di sekolah tinggi yang dikendalikan mengikut deskripsi program AP. Bidang yang ditawarkan termasuklah bahasa, muzik, kalkulus, sejarah, psikologi politik dan sebagainya. Seterusnya, mereka akan belajar secara individu dan kemudiannya mengambil ujian yang
dilaksanakan di sekolah tinggi. Kaedah ini diterima pakai oleh lebih 1300 kolej/universiti bagi pemindahan kredit. 1.7 Program perantis (apprentice programme) Program perantis (pelatih) mula diperkenalkan sejak tahun 1978 lagi. `Apprentice` bermaksud terikat atau ditempatkan bersama majikan, mereka yang pakar atau mahir dalam sesuatu bidang supaya mendapat bimbingan secara terus. Kanak-kanak PCB akan bertemu dan bekerja bersama golongan profesional yang berkongsi pengalaman mereka, kepakaran, kegiatan yang mereka lakukan serta semangat profesionalisme yang berkobar-kobar. Program ini menyediakan latihan hands-on, kerja-kerja belakang tabir serta memberi peluang kepada kanak-kanak ini membuat pertalian dengan organisasi dan persekitaran yang dapat membantu mereka jika mereka meneruskan pembelajaran dalam bidang tersebut. Murid PCB yang mengikuti program ini dapat membuka mata dan minda mereka terhadap bidang kerja yang sebenar serta menggalakkan mereka menyelesaikan masalah secara kritis dan menyedari potensi sebenar tahap intelektual mereka. Sebagai seorang perantis, kanak-kanak ini akan; bekerja bersama sekumpulan saintis, penyelidik, artis atau golongan profesional dalam industri, mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan dalam dunia sebenar, memaksimakan potensi dan daya intelek, menyumbang sesuatu kepada masyarakat menggunakan anugerah (gifted) yang ada. Mempelajari cara penyelesaian masalah secara kritis yang boleh digunapakai dalam apa jua bidang kerjaya, Membina kemahiran berpasukan(teamwork) Boleh berkongsi minat, keinginan dan cita-cita bersama kanak-kanak PCB lain.
Aktiviti yang dijalankan dalam program perantis seperti yang dilaksanakan oleh AIU Gifted and Talented Education (GATE). Program ini menganjurkan kepelbagaian aktiviti yang mempromosi pembelajaran dan penerokaan minat kerjaya murid. Antara aktivitinya adalah; Berlakon (Pittsburgh Public Theater)- murid akan menggerakkan kumpulan teater dan kemahiran-kemahiran berkaitan.
Pengiklanan/ Perhubungan Awam (Point Park University) Murid akan diberi pendedahan oleh profesional tentang realiti bidang pengiklanan dan perhubungan awam.
Animasi (Pittsburgh Filmmakers) Meneroka teknik-teknik animasi terkini serta mempelajari seni dan sains animasi. Senibina (Pittsburgh History and Landmarks Foundation) Murid akan diperkenalkan dengan proses mereka bentuk dan reka bentuk tapak projek secara spesifik. Murid akan dibawa melawat kawasan tapak pembinaan dan bertemu dengan golongan arkitek profesional.
Kejururawatan dan Healthcare (University of Pittsburgh Medical Centers) Murid akan mendalami cara profesional perubatan bekerja (rasa keyakinan, sabar, keselamatan dan sebagainya) Murid akan digandingkan bersama pekerja kesihatan sepanjang program berjalan.
Penjagaan Haiwan Zoo (Pittsburgh Zoo and Aquarium)- objektif yang ingin dicapai termasuk memahami tingkah laku dan keperluan veterinar yang diperlukan oleh haiwan di zoo. Murid akan didedahkan juga cara penjagaan haiwan, cara memberi makanan dan prosedur kebersihan dan penjagaan kesihatan haiwan yang pelbagai jenis.
1.8
Correspondent courses Setiap universiti akan menawarkan ini kepada pelajar yang baru. Selain itu, kursus
pengajian ini merupakan sebagai kemudahan untuk murid PCB yang tinggal di kawasan luar bandar atau bandar kecil atau bandar. Pelajar pintar cerdas akan menjalani kursus pengajian ini secara sepenuh masa. Pelajar ini akan diawasi oleh pensyarah, pengajar, atau mahasiswa pasca sarjana yang memenuhi syarat. Kursus yang sedia dalam pelbagai bidang, seperti matematik , algebra, atau statistik, atau pengantar psikologi, psikologi pendidikan, sosiologi, ekonomi, antropologi, dan lain-lain. Pelajar perlu mempunyai motivasi diri yang tinggi serta keupayaan belajar secara berdikari. Pelajar yang mempunyai motivasi diri yang tinggi diperlukan untuk menyelesaikan kursus korespondensi agar kursus ini berjaya. Pelajar mungkin berjaya jika beberapa dari mereka mengambil kursus yang sama, sehingga memungkinkan saling menyokong, tindak balas, dan bantuan antara satu sama lain. Hal ini juga sangat membantu jika ahli sekolah serta fakulti boleh berfungsi sebagai penasihat ketika pelajar memerlukan bantuan.
Sebagai contoh, di University of Wisconsin-Madison, menawarkan kursus korespondensi dalam pendidikan berbakat. Korespondensi program boleh di ambil ketika musim panas, sebagai bentuk kajian bebas, atau sebagai bentuk pengayaan dalam hubungannya dengan program sekolah menengah. Biasanya, program yang memerlukan interaksi pelajar dan guru atau makmal tidak diajarkan oleh e-biologi misalnya, fizik, atau pengucapan awam.
1.9
Program teleskop Telescoping bermaksud memampatkan kurikulum bagi sesuatu subjek. Sebagai
contoh, dalam pengajaran algebra atau biologi yang biasanya dihabiskan dalam 3 tahun diselesaikan dalam tempoh 2 tahun. Program ini agak sukar dilaksanakan kerana sekolah umumnya memilih bahawa pelajar yang mengikuti rancangan mereka sebelum mulai tahun pertama mereka namun pada tahun berikutnya mereka akan mengalami kesukaran. Di samping itu, para pelajar pintar cerdas dan berbakat perlu mempelajari sesuatu konsep dan isi pembelajaran pada peringkat awal mengikut susunan dan kesesuaian dalam sesuatu topik yang ingin dipelajari dan mereka kemungkinan akan mengalami ketinggalan dalam sesetengah topik atau konsep yang penting. Program ini juga memerlukan pelajar pintar cerdas merancang sendiri pembelajaran di sekolah menengah agar bersesuaian dengan minat dan kemampuan pelajar sendiri. Ini memudahkan bagi pelajar pintar cerdas ini untuk memulakan pembelajaran mereka dengan lebih awal dan konsisten. Program ini juga memerlukan seorang kaunselor yang khusus kepada pelajar PCB dan boleh membantu para pelajar membuat keputusan dan merancang masa depan selepas mengikuti kursus pelajar memperoleh pengalaman di sekolah tinggi atau universiti.
1.10
Kemasukan awal ke universiti/kolej Terdapat ramai golongan pelajar pintar cerdas di sekolah menengah diberi kebenaran
untuk memasuki ke kolej/universiti awal secara sepenuh masa (Brody & Stanley, 1991; Gregory & Mac, 1985; Karnes & Chauvin, 1982; Olszewski-Kubilius, 1995) . Dalam kes lain keperluan sekolah menengah lebih fleksibel diberi kebebasan dan mahasiswa yang memenuhi syarat hanya masuk kuliah secara sepenuh masa tanpa memenuhi semua keperluan kelulusan. Selain itu, untuk kemasukan ke universiti juga memerlukan persetujuan daripada pentadbiran atau pejabat sebelum perancangan ini sebagai salah satu langkah yang lebih maju ke hadapan terutama kepada pelajar pintar cerdas.
Sebagai contoh, selepas sebuah kajian berjaya dijalankan oleh California State University di Los Angeles (CSULA) pada tahun 1983 memasang kekal Awal Masuk Program kuliah sepenuh masa untuk kelayakan pelajar SMP dan SMA di sekolah tinggi atau menengah (Gregory, 1984; Gregory & Mei, 1985). Syarat yang ditetapkan dalam kajian ini ialah mahasiswa harus sekurang-kurang berumur 14 tahun. Mereka juga harus menghasilkan skor di Washington Pra-College Test atau Scholastic Aptitude Test (SAT) dengan memperoleh markah percentil ke-80 dengan baik pada bahagian lisan atau matematik, dan memperoleh markah percentil ke-50 untuk bahagian lain. Pelajar yang menghadiri pada peringkat awal di CSULA secara sambilan, mereka akan terus dimasukkan ke kelas junior atau senior mereka di sekolah tinggi atau menengah. 1.11 Residential high school Menurut Gary A. Davis dan Sylvia B. Rimm dalam Education of the Gifted and Talented, kaedah baru bagi program pemecutan bagi pelajar berbakat adalah
penempatan(live-in) sekolah tinggi di kampus universiti. Sekolah-sekolah ini didasarkan pada anggapan bahawa sekolah tinggi biasa tidak mampu untuk menawarkan sejumlah program lanjutan atau kurikulum yang cukup pelbagai bagi pelajar pintar cerdas dan berbakat. Residential sekolah tinggi biasanya terletak di kampus, yang menyediakan asrama yang diperlukan seperti kafetaria, dan kemudahan rekreasi serta akademik. Pada tanggapan umum, sekolah tinggi residensial lebih ke arah Matematik dan Sains. Program AP bagi subjek seperti kalkulus, fizikal, kimia, sains komputer, dan bentuk biologi asas kurikulum, membolehkan pelajar untuk melihat kemasukan awal ke kolej/universiti dengan satu atau lebih tahun kredit di beberapa daerah.
Rasional Program Pemecutan Dilaksanakan Seseorang yang mempunyai kemampuan kognitif yang tinggi tidak sentiasa, pada setiap ketika boleh dianggap pintar cerdas. Seseorang it dianggap pintar cerdas sekiranya dia bukan sahaja memiliki kemampuan kognitif yang tinggi bahkan boleh menggunakan kemampuan tersebut dengan baik (Gagne,1995; Piirto,1999). Lantaran itu, individu terbabit tidak akan mempamerkan sifat pintar cerdasnya sekiranya persekitarannya tidak menyokong penggunaan kemampuan semulajadi yang ada pada dirinya. Sokongan yang dimaksudkan boleh diberi menerusi pelbagai pendekatan pembelajaran seperti pengayaan, pemecutan dan pemampatan kurikulum.
Secara holistik, kestabilan personaliti, emosi, kognitif dan tingkah laku pelajar pintar cerdas adalah penting bagi menjamin kesinambungan sesuatu program pendidikan. Pelajar ini perlu dibimbing dalam segala aspek agar sikap dan tingkah laku negatif cenderung menimbulkan masalah di sekolah. Mereka akan mudah merasa bosan, malas, tidak memberi kerjasama, sukar untuk fokus dan menunjuk-nunjuk kebolehan. Justeru, satu program atau kurikulum khas perlu diadakan khas untuk pelajar-pelajar pintar cerdas ini.
Program Pemecutan Di Malaysia Pembangunan pendidikan pelajar pintar cerdas di Malaysia amat jarang diberi perhatian walaupun Malaysia telah merdeka 53 tahun yang lalu. Antara program-program pemecutan yang sedia ada di Amerika Syarikat, program melangkau kelas grade skipping pernah dilaksanakan di Malaysia. Pada tahun 1962, program melangkau yang pertama iaitu kelas ekspres telah dijalankan di sekolah-sekolah biasa. Permulaan program ini menandakan usaha awal para pendidik untuk memenuhi keperluan kanak-kanak pintar cerdas dalam bidang akademik. a) Kelas Ekspres
Menurut Mohd Hussain Ibrahim(1995), pelajar dalam kelas ekspres dapat menamatkan pendidikan sekolah rendah mereka dalam masa 5 tahun, berbanding dengan tempoh biasa, 6 tahun. Tiada kurikulum khas dibina. Kemasukan ke kelas ekspres adalah berdasarkan keputusan peperiksaan akhir tahun dalam beberapa mata pelajaran tertentu. Ia juga mirip kepada Program Teleskop yang mana empoh pengajian dapat dipercepatkan sebanyak 1 ata lebih tahun (Rogers & Span, 1993). Menurut Chiam (1994), program melangkau kelas ini hanya dipraktikkan di sekolah rendah kerana pelaksanaannya di tahap menengah dikhuatiri akan membebankan pelajar kerana sukatan pelajarannya adalah lebih luas dan sukar. Program ini tidak kekal lama dan telah diberhentikan pada tahun 1970-an. b) Penilaian Tahap Satu (PTS)
Selepas program kelas ekspres menemui jalan buntu, pendidikan pintar cerdas di Malaysia menerima nafas baru pada tahun 1996 apabila PTS diperkenalkan. Penilaian ini merupakan satu proses saringan untuk memilih murid Tahun 3 yang pintar cerdas untuk melangkau kelas ke Tahun 5. Secara amnya, maklumat tentang PTS diringkaskan dalam Jadual 1.
Jadual 1 :Penilaian Tahap Satu (PTS) Perkara Jenis Penilaian Butiran Kemahiran Berfikir (Soalan Objektif)(wajib) Kemahiran Menulis dalam Bahasa Malaysia (wajib) Kemahiran Menulis dalam Bahasa Cina/Tamil Pusat peperiksaan yang disediakan di setiap negeri RM2.00 Sehari sebelum peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR) Tidak memerlukan kelayakan khas Sukarela(tidak wajib) Pelajar yangdidapati layak akan dibenarkan melangkau ke Tahun 4 dan terus menyambung pelajaran mereka ke Tahun 5 (Melissa, 2008)
Kelayakan
Kelebihan peperiksaan
Berdasarkan keputusan PTS pada tahun 1996, seramai 0.8% daripada 407,150 orang murid Tahun 3 telah dibenarkan melangkau Tahun 4 dan terus ke Tahun 5 (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2001). Namun pada tahun 20011, selepas PTS diimplimentasikan selama 5 tahun, ia telah ditamatkan. Hal ini kerana lebih daripada 50% kanak-kanak yang melangkau kelas telah mencapai keputusan yang lebih buruk dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR) berbanding rakan sebaya lain yang tidak melangkau kelas. Ringkasnya, program pemecutan yang pernah dilaksanakan dalam sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia, baik kelas ekspres mahupun PTS tidak membuahkan hasil yang memuaskan, malahan kedua-dua program ini gagal diteruskan. Walau bagaimanapun, kajian literatur menunjukkan bahawa program pemecutan di sekolah swasta Cina, yang mula serentak dengan perlaksanaan kelas ekspres kerajaan (1960-1970) telah berkembang dengan baik malahan ia telah bertahan sehingga ke hari ini. c) Program Pemecutan di sekolah swasta Cina
Menurut kajian yang dilakukan oleh Melissa Ng(2008), program pemecutan melangkau kelas telah dijalankan dengan jayanya di sebuah sekolah swasta Cina dan dapat bertahan lebih daripada 25 tahun. Pelajar yang pintar cerdas dari segi akademik telah berjaya menghabiskan persekolahan mereka jauh lebih awal daripada pelajar-pelajar seusia yang lain, khususnya
pelajar dari sekolah kebangsaan. Program pemecutan yang dijalankan di sekolah tersebut amat fleksibel kerana tingkat umur bukan penentu untuk menempatkan pelajar dalam sesebuah kelas tetapi keupayaan akademik merupakan kriteria utama. Pihak sekolah memberi peluang kepada pelajar pintar cerdas untuk diterima masuk ke sekolah menengah melalui Peperiksaan Khas Prakemasukan Kelas Ekspres. d) Program PERMATA pintar
Projek PERMATApintar Negara yang dikendalikan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia menggunakan dana yang diberikan oleh Bahagian PERMATA, Jabatan Perdana Menteri. Program ini adalah satu program yang komprehensif ditujukan khusus untuuk pelajar-pelajar pintar cerdas di Malaysia bagi membantu perkembangan jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial mereka. Justeru, Program PERMATA pintar Negara mengadunkan beberapa program termasuk pencarian bakat, Perkhemahan Cuti Sekolah, sekolah PERMATA pintar dan program ASASI pintar agar wujud kesinambungan antara program-program tersebut bagi menampung keperluan pembelajaran pelajar-pelajar pintar cerdas yang unik. Program ini masih lagi dalam proses pengenalan dan dengan adanya program sebegini diharap akan dapat mewujudkan kembali program pemecutan di Malaysia (Rosadah, 2009).
Kebaikan Program Pemecutan (Kajian Kes Di Sekolah Swasta Cina) Secara umumnya, kesan dan manfaat program pemecutan ini adalah berbeza dan bergantung pada keupayaan individu murid PCB itu sendiri. Pada dasarnya, pemecutan banyak menyumbang kepada peningkatan pencapaian murid PCB yang menjalaninya secara betul dan terancang. Menurut kajian Melissa(2008), berikut adalah kelebihan dan kebaikan program pemecutan yang telah dilaksanakan di sekolah tersebut. 1) Menjimatkan masa
Dengan adanya program pemecutan, pelajar PCB dapat menamatkan pengajian sekolah rendah dan menengah lebih awal daripada rakan sebaya yang tidak mengikuti program pemecutan. Contohnya, pelajar PCB di sekolah swasta Cina dapat menamatkan pengajian sekolah rendah dan menengah dalam masa 8 tahun sahaja berbanding dengan pelajar di sekolah kebangsaan yang mengambil masa 11 tahun.
2)
Mudah dilaksanakan
Program pemecutan jenis kelas ekspres mudah dilaksanakan kerana ia tidak melibatkan sebarang program khas. Malahan pedagogi dan kurikulum sekolah juga tidak berubah. Perbezaannya terletak kepada kelajuan proses pengajaran dan pembelajaran. 3) Menjimatkan kos
Menurut pengkaji, program pemecutan yang dilaksanakan di sekolah tersebut dapat menjimatkan kos pengajian termasuklah kos buku, pakaian sekolah, yuran pengajian, yuran tuisyen dan sebagainya. 4) Tidak ada sukatan pelajaran yang ditinggalkan
Program pemecutan yang dilaksanakan di sekolah swasta Cina tidak meninggalkan sukatan pelajaran seperti yang dilaksanakan dalam PTS yang meninggalkan sukatan pelajaran Tahun 4. Kelas-kelas tambahan akan diadakan pada cuti sekolah dan hujung minggu untuk membantu pelajar menguasai sukatan pelajaran. 5) Fleksibel
Pihak sekolah memberi fokus untuk membantu pelajar mencapai potensi dari segi akademik. Justeru, sesi kaunseling untuk pelajar dan ibu bapa diadakan untuk menerangkan cara pelaksanaan program pemecutan supaya tidak timbul tekanan dan persaingan di kelas ekspres.
6.0
Kesimpulan
Tegasnya, meskipun kelas ekspres di sekolah kerajaan telah diberhentikan pada tahun 1970andan PTS pada tahun 2001, program pemecutan di sekolah swasta Cina masih berkembang dengan baik. Program pemecutan ini menggabungkan tiga jenis program pemecutan iaitu (a) Kelas Ekspres, (b) Kemasukan Awal, dan (3) Program Teleskop. Dapatan kajian mendapati program pemecutan yang dilaksanakan di sekolah swasta Cina ini mantap dan bersistematik. Kerajaan harus mengambil iktibar dan petua yang diamalkan agar program pemecutan dapat dijalankan di semua sekolah di Malaysia.
Program pemecutan di Malaysia masih lagi baru bertapak dan harus terus berkembang dengan menjadikan garis panduan pelaksanaan program di Amerika Syarikat sebagai panduan yang boleh diikuti. Pelajar-pelajar pintar cerdas di Malaysia merupakan aset Negara yang perlu dipelihara melalui pelbagai aktiviti yang boleh merangsang minda mereka menjadi lebih kreatif dan inovatif. Semoga dengan adanya Program PERMATA pintar, akan muncul da wujud pelbagai program yang dapat membantu menggalakan lagi potensi diri pelajar-pelajar PCB ini termasuklah melaksanakan kembali program pemecutan (Rosadah, 2009).
Bibliografi
Brody, L.E., & Stanley, J.C. (1991). Young college students: Assessing factors that contribute to success. In W. T. Southern & E.D. Jones (Eds.), The academic acceleration of gifted children (pp. 102-132). New York: Teacher College Press. Camillia P. B. (1991) Underachievement of highly able student and the peer society. Gifted and Talented International, 10(2) ,67-68. Chiam, H.K (1989). Education For The Gifted:Future Perspective For Malaysia, 2 nd National Symposium On Gifted Children:Education For The Gifted, 29th July,1989. Chiam, H.K (1994). Bringing publications:Selangor Darul Ehsan. up Children inn Troubled Times. Pelanduk
Feldhusen, J.F. (1992). Talent identification and development in education. Gifted Child Quarterly,36,123. (Diubahsuai dari: Feldhusen, JF, Proctor, TB & Black, KN (1986): Guidelines for Grade Advancement of Precocious Children. Roeper Review, 9(1), 25-27.] Fox ,L.H (1979). Program for the gifted and talented; An overview. Chicago: National Society for the Study Education Fox, L. H. (1979). Program for the Gifted and Talented: An overview. In Gary, A.D, Sylvia B.R (2004). Education of the Gifted and Talented. Edisi kelima, Boston: Pearson Education. Gagnes,F(1993). Constructs and models pertaining to exceptional human abilities. In K.A Heller, FJ Monks. International Handbook of Research and development of Gifted and Talent 9pp.63(85). Oxford :pergamon Press. Gary, A.D, Sylvia B.R (2004). Education of the Gifted and Talented. Edisi kelima, Boston :Pearson Education. Gross, M.U.M (1992). The use of radical acceleration in cases of extreme intellectual precocity. Gifted children Quarterly, 36, 91-99.
Kementerian Pelajaran Malaysia.(2001). Penilai Tahap Satu (PTS). Kementerian Pelajaran Malaysia. Kuala Lumpur. Kollof, P.B. (2003). State-supported residential high school. In N. Colangelo & G. A. Davis (Eds). Handbook of gifted education (3rd ed.; pp. 238-246). Boston: Allyn & Bacon. Mellissa Ng. L.Y.A (2008). Program Pemecutan Untuk Kanak-kanak Pintar Cerdas :Satu Kajian Kes di Sekolah Swasta Cina. Pembangunan Kanak-kanak:Teori, isu dan Cabaran. Arah Publication, bab 12. Mohd. Hussain Ibrahim. (1995). Pendidikan Pintar Cerdas: Teori dan Pendekatan. Kuala Lumpur:Pustaka Aman Press. Rimm, S. B(1992). On rising kids. Watertown,WI : Apple Robinson, N.M dan Noble, K.D(1992). Acceleration: Valuable high school to college options. Gifted Child Today.15(2). 20-23 Rogers, K. (1991). The relationship of grouping practices to the education of the gifted and talented learner. Storrs, CT: National Research Center on the Gifted and Talented : Arkansas.
Rosadah Abd.Majid, Noriah M.Ishak & Siti Rahayah Ariffin.(2009). Sejarah dan Konsep PERMATApintar. PERMATApintar:Pengalaman UKM.Pusat PERMATApintar Negara, UKM. Bab 1 Van-Tassel-Baska, J.(2004). The acceleration of gifted students programs and curricula. In Karnes, F.A & Stephens, K.R (eds) Fastback Series, Waco, TX:Prufrock Press. Zimmerman, W.E dan Brody, L.E (1986). Part time college for gifted high school students. G/C/T, 32-33.