ORKID

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

Monday Habitat Bunga Orkid

Habitat bunga orkid atau anggerik boleh dibezakan melalui empathabitat yang berbeza iaitu : 1.epifit - menumpang pokok lain 2.terrestrial - hidup dan membesar secara terus diatas tanah 3.litofit - tumbuh diatas batu-batan 4.saprofit - tumbuh melalui bahan organic Terdapat 750 genus dan lebih kurang 25,000 spesies asal dan 60,000 lagi spesies bunga orkid hibrid. Antara spesies hibrid yang dihasilkan oleh MARDI, Malaysia seperti 1. MOKARA SITI AISHAH Nama orkid ini diberi sempena lawatan Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong ke 11 dan Seri Paduka Raja Permaisuri Agong Tuanku Siti Aishah ke ibu pejabat MARDI Hasil Kacukan orkid Arachnis Maggie Oei dan Asconda Raja Puteh 2. DENDROBIUM TUANKU NAJIHAH Orkid ini dinamakan sempena nama Seri Paduka Raja Permaisuri Agong Ke 10 iaitu Tuanku Najihah Hasil kacukan Orkid Dendrobium Caesar Giant dan Dendrobium Sonia ORKID Nama Biasa Nama Saintifik Nama Keluarga Asal : Orkid atau Anggerik : Arachnis flosaeris : Orchidaceae : Indonesia

Pokok orkid terbahagi kepada dua golongan 1. Terrestrial spesies = Tumbuh di atas tanah 2. Ephiphyte spesies = Menumpang di atas dahan pokok lain Pokok orkid mempunyai akar udara yang berfungsi menyerap nutrien Pokok orkid di kelaskan kepada dua kumpulan mengikut kaedah pertumbuhannya Monopodial Simpodial ORKID MONOPODIAL Orkid yang mempunyai Batang yang tumbuh tinggi Daun keluar dari sisi Akar keluar dari sisi Bunga keluar di hujung batang Contoh orkid: Vanda sp. Aranda sp Arachnis sp.

ORKID SIMPODIAL Orkid yang mempunyai Satu jambak bungapada satu batang Hidup seolah serumpun Mempunyai batang atau bebawang Contoh orkid : Cattleya sp. Dendrobium sp. Oncidium sp. CIRI-CIRI FIZIKAL ORKID Ada empat berdasarkan a. Bentuk b. Tekstur c. Ukuran d. Warna BENTUK Jenis Aranda : Tunggal, berbunga Sederhana Jenis Arachnis : Tunggal, Berbunga Sederhana Jenis Vanda dan Cattleya : Tunggal, Berbunga Besar Jenis Dendrobium : Berumpun, Berbunga Sederhana Jenis Oncidium : Berumpun, Berbunga Kecil TEKSTUR Tekstur halus contoh : Oncidium sp. Tekstur sederhana contoh : Dendrobium sp. Tekkstur kasar contoh : Cattleya sp. UKURAN Saiz dan ketingggian orkid bergantung pada jenisnya: Ketinggian orkid antara 50mm -1000mm WARNA Orkid mempunyai pelbagai warna bunga yang menarik Fungsi dan kegunaan pokok orkid Jualan orkid berpasu Jualan keratan bunga Jualan orkid pada pasu gantung Hiasan majlis rasmi Hiasan halaman rumah Hadiah Kaedah pembiakan orkid Guna biji benih Guna keratan Guna belahan rumpun Guna kultur tisu Cara menanam orkid Masukkan separuh ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa kedalam pasu Letakan anak pokok orkid ditengah pasu Masukkan ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa hingga 3/4 kedalam pasu Siram (dua kali sehari bila cuaca panas) (Bila hujan tidak perlu siram) Letak tempat teduh

ORKID Orkid tergolong dalam keluarga Orchidaceae iaitu famili yang mempunyai banyak perbezaan dari segi bentuk bunga dan pokok bagi menentukan genus dan spesies. Terdapat lebih daripada 111 genus dan 808 spesies orkid di Malaysia. Pada amnya, pokok orkid boleh dikenali melalui bentuk bunga, akar, daun dan batangnya. Walau bagaimanapun, bunga adalah bahagian pokok yang paling sesuai digunakan atau dilihat untuk mengenalpasti genus tanaman orkid. Secara umum, orkid komersil boleh dikelaskan kepada dua jenis kumpulan yang besar, iaitu orkid simpodium dan monopodium. Simpodium adalah cara pertumbuhan yang berakhir dengan pengeluaran bunga. Orkid dalam kumpulan ini boleh tumbuh sama ada di atas pokok (epifit) atau di atas tanah (terestrial). Batang pokok berbentuk seperti bebawang semu, menjalar dan mempunyai pertumbuhan dua atau berbagai hala. Ia mempunyai bebawang semu yang panjang beruas-ruas atau pendek tanpa beruas. Akar dan daun akan terbit daripada bebawang semu manakala tunas baru pula akan mengeluarkan bunga apabila matang. Genus-genus orkid komersil yang terdapat di dalam kumpulan simpodium ialah Oncidium, Cattleya dan Dendrobium. Monopodium adalah cara pertumbuhan yang tidak berakhir dengan pengeluaran bunga. Batangnya kecil dan diliputi oleh upih-upih daun. Akar udara yang keluar daripada batang terpaksa menembusi upih daun. Batang orkid monopodium tidak bercabang dan boleh mengeluarkan tunas-tunas baru selepas dipotong. Keratan batang kemudian di tanam di dalam pasu di atas tanah yang tidak lembab. Genus-genus komersil yang terdapat di dalam kumpulan monopodium ialah Venda, Arachnis, Renanthera, Aranda dan Mokara. Bunga orkid adalah daripada sepal, petal, stamen dan pistil yang mempunyai daun urat selari. Gabungan stamen dan pistil dinamakan kolum. Di bahagian luar sepusar bunga ada tiga kelopak sepal manakala di sebelah dalamnya pula terdapat dua kelopak petal. Kelopak petal ketiga berubah bentuk menjadi labelum atau bibir. Kolum mengandungi cepu debunga di bahagian atas, stigma di bahagian tengah dan benang sari di bahagian bawah. Debunga terletak dalam pundi yang dipanggil polinia dalam bilangan yang genap 2-12. Ovari terletak bawah sepal dan berfungsi sebagai tangkai bunga atau pedisel. Setelah persenyawaan, ovari akan membesar menjadi buah orkid yang mengandungi biji benih.

Penghasilan bunga banyak bergantung kepada keadaan 'photoperiodic' dan suhu sekitaran. Untuk orkid Dendrobium, Oncidium, Cattleya dan Phalaenopsis, pokok akan terangsang untuk berbunga selepas terdedah kepada masa gelap/malam yang panjang. Oleh itu, pokok orkid jenis tersebut perlu naungan untuk menggalakkan pengeluar orkid jenis Aranda, Aranthera, Arachnis, Mokara, Renanthera dan Vanda akan hanya terangsang mengeluarkan bunga setelah di dedahkan kepada matahari sepenuhnya. Oleh itu, orkid jenis ini tidak memerlukan naungan pada peringkat matang. Jangkamasa matang bagi setiap orkid berbeza-beza antara genus, spesis, hibrid dan jenis bahan tanaman yang digunakan. Ia bergantung kepada sifat-sifat semulajadi bahan genetik yang terdapat dalam setiap jenis dan varieti. Pada kebiasaanya pokok-pokok yang dihasilkan dari biji benih mengambil masa 1-3 tahun untuk matang, manakala pokok-pokok yang dihasilkan dari bahan keratan tampang mengambil masa antara 4-12 bulan bergantung kepada saiz dan pokok induk dari mana keratan tersebut di ambil. Menanam orkid adalah satu hobi yang menarik, menceriakan dan terapeutik sekiranya kita memahami ciri-ciri dan keperluan spesifik jenis orkid yang ditanam. Terdapat beberapa faktor asas yang perlu diambil kira untuk mencapai kejayaan di dalam penanaman bunga orkid. Namun, ramai yang lebih suka membeli dari menanamnya. Pada kebiasaannya, kecantikan bunga merupakan kriteria utama bagi peminat orkid apabila membeli orkid. Membeli pokok orkid yang sedang berbunga merupakan satu panduan penting. Walaupun harganya agak mahal, namun, kita dapat mengetahui bahawa pokok itu sudah matang dan sekira dijaga dengan baik ianya akan berbunga lagi. Tambahan pula, jenisnya dapat diketahui dan ini memudahkan bagi penyediaan keperluan penjagaan kerana setiap jenis orkid berbeza keperluannya. Fungsi dan Kegunaan Pokok Orkid Jualan orkid berpasu Jualan keratin bunga Jualan orkid pada pasu gantung Hiasan majlis rasmi Hiasan halaman rumah Hadiah Kaedah Pembiakan Orkid Guna biji benih Guna keratin Guna belahan rumpun Guna kultur tisu Cara Menanam Orkid Masukkan separuh ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa ke dalam pasu Letakkan anak pokok orkid di tengah pasu Masukkan ketulan batu bata, arang kasar dan sabut kelapa hingga ke dalam pasu Siram (dua kali sehari bila cuaca panas) (bila hujan tidak perlu disiram) CONTOH ORKID : Orkid mokara

Orkid Dendrobium Orkid cattleya

Jenis-Jenis Orkid di Malaysia Jenis-jenis Orkid Secara ringkas orkid di kelaskan kepada beberapa peringkat seperti cara pertumbuhan dan cara hidupnya.Baca selanjutnya A) Spesis merujuk kepada orkid liar. Di dalam penulisan piawai adalah mudah untuk mengetahui sama ada sesuatu orkid itu adalah spesis dengan melihat pada: a. Huruf italic digunakan b. Hanya huruf pertama sahaja huruf besar, yang lain adalah berhuruf kecil Contoh : Phalaenopsis bellina B) Hibrid merujuk kepada orkid yang telah dikacukan di antara sesama genus atau sesama famili. Cara mengenal pasti sesuatu orkid itu hibrid mengikut penulisan piawai adalah seperti berikut; a. Huruf tegak digunakan sepenuhnya b. Setiap huruf pertama bagi setiap perkataan akan dimulai dengan huruf besar. Contoh : Phalaenopsis Timothy Christopher Contoh orkid kacuk sesama genus : Bulbophyllum Meen Garuda adalah hasil kacukan orkid daripada genus bulbophyllum. Ia terhasil daripada kacukan Bulbophyllum lasiochilum dengan Bulbophyllum echinolabium. Contoh orkid kacuk sesama famili: Aranda Majul Rimau adalah kacukan orkid daripada famili Vanda. Ia terhasil daripada kacukanArachnis Maggei Oei dengan Vanda insignis. (Nota : Arachnis Maggei Oei = Arachnis hookeriana X Arachnis flos-aeris)

Orkid yang popular di tanam di Malaysia Kebanyakkan orkid yang mendapat permintaan ramai ialah orkid hibrid. Ini kerana beberapa faktor seperti; warna bunga yang lebih menarik bunga yang tahan lama pokok tahan lasak berbanding dengan orkid liar harga yang murah berbanding orkid liar saiz bunga yang lebih besar berbanding orkid liar sesuai untuk jualan keratan bunga Terdapat beberapa jenis genus orkid yang popular di tanam di nurseri nurseri di dalam kuantiti yang besar kerana mendapat permintaan tinggi di pasaran Malaysia khususnya. Antaranya; 1. Dendrobium 2. Phalaenopsis 3. Arachnis 4. Vanda 5. Cattleya 6. Oncidium Orkid boleh diketegorikan kepada beberapa peringkat dalam kitaran hidupnya. Iaitu terdapat 2 kelas iaitu Orkid Liar dan Orkid Hibrid. Jom saya ajar macam mana nak mengenalpasti dan membezakan Orkid Liar dan Orkid Hibrid. Dalam mengenal pasti piawai penulisan nama Orkid ini, Orkid liar menggunakan huruf besar pada huruf pertama sahaja dan diikuti dengan huruf kecil dan huruf 'italic' digunakan. Sebagai contoh nama orkid liar Phalaenopsis bellina. Sementara Orkid Hibrid pula menggunakan huruf tegak dan setiap perkataan dimulakan dengan huruf besar. Contoh nama orkid hibrid adalah Phalaenopsis Timothy Christopher. Jadi dari nama dan format penulisan kita boleh membezakan antara yang liar dan hibrid. Orkid mempunyai 2 cara pertumbuhan iaitu :Monopodial - Orkid jenis ini mempunyai satu batang yang dipanggil stem dan hidup menegak dan daun-daun Orkid akan tumbuh pada setiap hujung batang stem tersebut. Ia akan mengeluarkan bunga melalui celah daun stem tersebut. Simpodial - Orkid jenis bebawang ini akan mengeluarkan anak pokok apabila ia mencapai tahap matangnya. Bunga Orkid jenis ini juga akan mengeluarkan bunganya melalui celahan bebawang pokok.

Anda mungkin juga menyukai