APAKAH ITU BAJA ORGANIK ATAU ORGANIK FERTILIZER Internet

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

APAKAH ITU BAJA ORGANIK ATAU ORGANIK FERTILIZER?

Baja kompos
Baja organik atau organik fertilizer adalah baja yang
dihasilkan melalui bahan berasaskan binatang,
tumbuhan dan bahan mineral. Namun secara umum
pengeluaran baja organik yang terbesar antara bahan-
bahan ini ialah daripada bahan mineral
seperti limestone,phosphate rock dan ammonia (dalam
pengeluaran industri).

Tidak seperti baja kimia atau urea, baja organik ialah


baja yang digunakan di kebun atau ladang di mana
tipikalnya terhasil melalui satu bahan dan
membekalkan nutrisi yang diperlukan untuk kebun
anda. Untuk mengklasifikasikan kualiti sesuatu baja
organik tersebut, bahan yang digunakan adalah bahan-
bahan semulajadi. Baja organik adalah baja yang
mengandungi satu atau lebih bahan organik di
dalamnya. Bahan-bahan mungkin terdiri daripada
haiwan atau tumbuhan atau kombinasi antara
keduanya.

Bilamana membincangkan baja organik ini, penting


diketahui bahawa definisi organik sama dan teraplikasi
juga kepada makanan organik di mana elemen
pengomposan fertilizer yang dihasilkan adalah bahan
alami tanpa campuran komponen sintetik
atau additives. Ini bermaksud, baja harus 100 peratus
semulajadi.

JENIS-JENIS BAJA ORGANIK


Contoh-contoh dan sumber baja organik lazimnya
berbeza penggunaan kerana perbezaan sumber nutrisi.
Setiap bahan mempunyai fungsi berbeza mengikut
keperluan kebun dan tanaman anda. Tidak seperti baja
kimia yang mungkin mempunyai baja pelbagai-guna.
Berikut ialah contoh-contoh baja organik dari sumber
berlainan.

1. Sumber haiwan

Sumber tinja binatang seperti ayam, lembu, kuda,


arnab dan guano (tahi kelawar). Selain itu juga bahan-
bahan binatang seperti tulang, darah dan sebagainya
diproses menjadi baja organik seperti darah dan tulang
kambing, lembu dan ikan. Misalnya, bloodmeal, bone
meal, hides, hoofs dan tanduk adalah sumber
penghasilan baja organik.

2. Sumber tumbuhan

Bahan tumbuhan yang sesuai diproses menjadi baja


organik seperti kompos, baja alfalfa, baja biji-kapas,
baja gluten jagung dan baja rumpai laut.

3. Sumber mineral
Sumber mineral yang kaya dengan kalsium, magnesium
dan phaspate di mana boleh membantu untuk
membaiki tanah serta memudahkan tumbuhan
menyerap makanan. Contohnya serbuk kapur, batu
phosphate,chilean saltpeter. Kadang-kadang peat juga
digolongkan dalam kelompok sumber mineral walaupun
sebenarnya tidak membekalkan nilai nutrisi kepada
tumbuhan tetapi memperbaiki pengudaraan dan
menyerap air pada batas.

KESESUAIAN PENGGUNAAN BAJA ORGANIK


PADA TANAMAN.

Seringkali kita mengatakan bahawa membubuh satu


jenis baja organik sudah memadai untuk tanaman.
Pendapat ini silap sama sekali. Setiap baja organik
berbeza kandungan nutrisi untuk tanaman kerana
bahan yang digunakan untuk membuat baja organik
tidak semua mempunyai nilai nutrisi atau hanya sedikit
sahaja jumlahnya. Oleh yang demikian, penanam
hendaklah tahu kandungan nutrisi pada setiap jenis
baja organik. Berikut adalah contoh baja organik dan
fungsi pada tanaman.

1. Tinja haiwan

Tinja haiwan kaya dengan kandungan nitrogen.


Nitrogen adalah bertujuan untuk tumbuhbesaran
tanaman di mana membantu kesuburan pada batang
dan daun. Oleh itu, selepas dua minggu anak benih
pokok ditanam bubuh kompos tinja binatang bagi
membantu pertumbuhan pada batang dan daun.
Lazimnya sayuran berdaun perlukan nitrogen yang
banyak. Contoh tinja haiwan ialah tinja kambing, tinja
lembu, tinja arnab dan tinja kelawar (guano). Selain
itu, blood meal juga tinggi kandungan nitrogen untuk
pertumbuhan tanaman dengan baik.

2. Bone meal

Dihasilkan dari tulang haiwan yang kaya dengan


phosphorus di mana berfungsi menguatkan akar dan
bunga. Membekalkan kalsium dan sedikit nitrogen.
Untuk bunga dan buah pada tanaman bubuh baja ini
untuk pengeluaran hasil buah yang baik.

KEBAIKAN BAJA ORGANIK KEPADA BATAS DAN


TANAMAN.

1. Membaikpulih tanah kepada tanah yang kaya humus


untuk tanaman.

2. Kelembapan tanah dan melambatkan kekeringan


pada tanah.

3. Sumber nutrient yang tinggi kepada tanaman.

4. Memberi lebih pengudaraan dan saliran yang baik


kepada tanah.

5. Penambahan mikroorganisma yang baik dalam batas


membolehkan ia menguraikan komponen baja organik
seterusnya menghasilkan nutrisi kepada tanaman.

6. Struktur tanah lebih gembur dan peroi dengan


kehadiran kompos.
7. Mesra alam tanpa pencemaran.

Menggunakan baja organik pada tanaman adalah satu


tindakan yang bijak. Pastikan kita mengikut peraturan
penggunaan seperti mana pada label pembungkus.
Bukan sahaja penguaran tanaman organik tetapi ia
tidak mencemarkan alam sekitar.

Wikipedia

Baja ialah sebatian kimia yang diberikan kepada tumbuhan-tumbuhan untuk menggalakkan
pertumbuhan. Ia seringkali dikenakan ke atas tanih, tetapi boleh juga diletakkan terus pada akar
atau disembur pada daun-daun tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua, iaitu baja asli dan kimia.
Baja asli, kadangkala dikenali sebagai baja organik, mengandungi bahan-bahan organik atau
berasal daripada organisma hidup, manakala baja kimia pula, kadangkala dikenali sebagai baja
tak organik atau baja buatan, mengandungi bahan-bahan kimia tak organik atau galian-galian.
Baja boleh wujud secara semula jadi seperti gambut dan bahan galian, atau dikilangkan setelah
melalui proses semula jadi (seperti penguraian) atau proses kimia (seperti proses Haber).
Sebatian kimia sebegini menjadikan halaman, taman-taman dan tanah tampak lebih indah
kerana ia membekalkan zat-zat penting yang menggalakkan kesuburan tumbuhan.
Baja diformulasi khusus bagi tujuan tertentu, contohnya untuk membantu pertumbuhan daun
atau pengeluaran buah. Ia lazimnya mengandungi tiga unsur kimia utama,
iaitu nitrogen, fosforus dan kalium dalam kadar yang berbeza-beza. Unsur-unsur lain
seperti kalsium, sulfur, magnesium atau zat-zat mikro (micronutrients) turut digunakan
berdasarkan keperluan atau penggunaan baja tersebut. Walaupun nitrogen boleh didapati
di atmosfera bumi, hanya terdapat sekumpulan kecil tumbuhan (contohnya kekacang) yang
melakukan proses ikatan nitrogen (proses penukaran nitrogen atmosfera kepada bentuk-bentuk
yang lebih berguna seperti nitrat, ammonia dan nitrogen oksida). Hampir semua tumbuhan
memerlukan sebatian nitrogen di dalam tanih untuk tumbuh subur
sisa haiwan[sunting | sunting sumber]
Najis ternakan yang dijadikan sebagai baja, sama ada digunakan secara terus atau setelah
diproses. Biasanya, najis tersebut diasingkan daripada rumput dan sampah, dan disimpan
selama 40 hari sehingga mengalami penguraian bakteria bagi menghasilkan baja kompos. Baja
ini boleh digunakan terus atau dikeringkan. Baja ini dalam bentuk kering sering digunakan
kerana keadaannya yang lebih mudah ditangani dan tidak berbau.
Gambut[sunting | sunting sumber]
Dihasilkan melalui proses penguraian secara semulajadi. Organisma-organisma hidup seperti
dedaun, bahagian-bahagian tumbuhan lain, bangkai-bangkai haiwan, cangkerang dan
sebagainya diurai oleh bakteria-bakteria di dalam tanah dalam tempoh tertentu.

Racun serangga ialah racun makhluk perosak yang digunakan terhadap serangga. Ia banyak
digunakan dalam bidang pertanian, perubatan, industridan isi rumah. Ia termasuklah racun untuk
membunuh telur dan larva seranga. Penggunaan racun serangga dipercayai telah berjaya
meningkatkan hasil pertanian dalam abad ke-20.[1]
Racun serangga telah lama digunakan walaupun tarikh yang tepat agak sukar ditentukan.
Sebelum tahun 1945, kadar penggunaan racun serangga masih rendah tetapi selepas
tamatnya Perang Dunia Kedua kadar penggunaan racun serangga mulai meningkat dengan
pesatnya. Pada peringkat awal, racun serangga yang digunakan terdiri daripada bahan-bahan
kimia yang agak ringkas seperti arsenik, sulfur, nikotin, piretoid, rotenon dan minyak petroleum.
Namun selepas 1945, lebih banyak racun serangga daripada sebatian organik mula
disentisiskan dan diperkenalkan kepada pengguna. Hampir kesemua racun serangga memiliki
potensi untuk mengubah sistem ekologi secara besar; kebanyakannya beracun pada manusia;
dan yang lain terkumpul dalam jaringan makanan.

Anda mungkin juga menyukai