Peribahasa (Tingkatan 3)

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

BIL PERUMPAMAAN/

PEPATAH
MAKNA
1 Air beriak tanda tak dalam

Banyak bercakap tanda tiada berilmu.
2 Alang-alang berminyak biar licin Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung.

3 Alang-alang menyeluk pekasam,
biar sampai ke pangkal lengan
Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu,
biarlah diperoleh hasil daripadanya.

4 Ayam di kepuk mati kelaparan, itik
di air mati kehausan
Sangat menderita kesusahan meskipun
bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan
orang kaya) atau hidup miskin di negara
yang kaya dan makmur.

5 Bagai air mencari jenisnya Berusaha untuk mencari ilmu dengan tidak
berhenti-henti; usaha dengan tidak mengenal
jerih payah.

6 Bagai ayam disambar helang Mati tanpa sakit.

7 Bagai cendawan tumbuh selepas
hujan
Terlalu banyak pada sesuatu masa.
8 Bagai cincin dengan permata Pasangan pengantin yang sepadan.
Contoh ayat: Suami isteri itu sama cantik
sama padan seperti cincin dengan permata.

9 Bagai kerakap tumbuh di batu,
hidup segan mati tidak mahu
Hidup dalam kemelaratan.
Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak dimakan
orang.

10 Bagai layang-layang putus tali Tiada berpedoman. @ sudah putus
harapan,bergantung pada nasib sahaja.

11 Bagai menatang minyak yang
penuh
Memelihara anak dengan penuh kasih
sayang.

12 Bagai minyak dengan air Orang baik kalau duduk dengan orang jahat
tidak akan menjadi jahat.

13 Bagai murai dicabut ekor
14 Bagai pucuk dilancarkan Amat cepat.
15 Bagaimana acuan begitulah
kuihnya; bagaimana contoh
begitulah gubahannya
Perangai anak biasanya mengikut orang
yang mengasuhnya.
16 Baik membawa resmi padi
daripada resmi lalang
Tidak sombong; rendah diri.
17 Belayar sambil memapan,
merapat sambil belayar
Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga
maksud tercapai.
18 Belum duduk sudah berlunjur Belum memperoleh sesuatu yang
dikehendaki, sudah bergirang hati atau
gembira lebih dulu.

19 Berat mata memandang berat lagi
bahu memikul
Betapa berat kita melihat kesusahan yang
dialami oleh seseorang, berat lagi
penderitaan itu pada orang yang
menanggungnya.

20 Berjagung-jagung dahulu
sementara padi masak
Sementara menunggu apa yang baik,
lakukan juga perkara-perkara yang
berfaedah.

21 Biar jatuh terletak, jangan jatuh
terhempas
Lebih baik menarik diri terlebih dahulu
sebelum diberhentikan dengan tidak
terhormat.

22 Biar mati anak jangan mati adat Adat yang tidak boleh dilanggar.

23 Biar putih tulang jangan putih mata Lebih baik mati daripada menanggung malu.

24 Carik-carik bulu ayam , lama-
kelamaan bercantum juga
Perselisihan faham antara saudara-mara dan
adik-beradik tidak berpanjangan, akhirnya
akan berbaik semula.

25 Diam-diam ubi berisi; diam-diam
besi berkarat
Orang berilmu yang berdiam diri lebih baik
daripada orang diam tetapi tidak berilmu.

26 Diibaratkan sebagai condong
ditumpil, lemah dianduh
Memberi pertolongan kepada orang-orang di
dalam kesusahan.

27 Dimana ada kemahuan, disitu ada
jalan
Seseorang yang bercita-cita tinggi akan
berusaha untuk mencapainya.

28 Genggam bara api biar sampai
jadi arang
Membuat sesuatu pekerjaan yang susah,
hendaklah sabar sehingga mencapai
kejayaannya.

29 Harimau mati meninggalkan
belang; manusia mati
Orang baik meninggalkan nama baik, orang
jahat meninggalkan nama jahat.
meninggalkan nama Setiap manusia akan dikenang kerana jasa
dan budi yang telah dilakukan semasa
hidupnya.

30 Hendak belajar berenang
dapatkan itik, hendak belajar
memanjat dapatkan tupai
Hendak mengetahui sesuatu perkara
bertanyalah kepada orang yang mahir
tentang sesuatu perkara itu.
31 Hendak seribu daya tak hendak
seribu dalih
Setiap yang berkemahuan, tentu ada jalan.
32 Ibarat burung, mata terlepas
badan terkurung
Tidak ada kebebasan atau kemerdekaan.
Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan
komunis itu ibarat burung,mata terlepas
badan terkurung.

33 Jika ada kemenyan sebesar lutut
pun, jika tidak dibakar tidak akan
berbau
Kepandaian hendaklah diajarkan kepada
orang lain, kerana kalau disimpan akan
hilang begitu sahaja.
34 Kalau tak berada-ada tak akan
tempua bersarang rendah
Tentu ada sebab yang tersembunyi
menyebabkan sesuatu hal terjadi @ Setiap
kejadian meninggalkan kesan.

35 Kalau tiada rotan akar pun
berguna
Sesuatu perkara yang dihajatkan sekiranya
tidak dapat diperolehi memadai dengan apa
yang ada.

36 Kalau tidak dipecahkan ruyung
manakan dapat sagunya
Kita tidak akan mendapat hasil jika tidak
berusaha.

37 Kalau tidak kerana angin tidak
akan pokok bergoyang
Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada sebab-
sebabnya.

38 Perempuan serasan, lelaki pemalu Pegangan hidup yang tidak serupa.

39 Sebagai gembala diberi keris Orang yang mendapat sesuatu yang tidak
berguna.

40 Sekali membuka pura, dua tiga
hilang berbayar
Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud
tercapai.
41 Semacam besar pacak daripada
tiang
Belanja lebih besar daripada pendapatan.

42 Seperti air dalam dulang Negeri yang aman sentosa.

43 Seperti api di dalam sekam Kejahatan yang dilakukan secara diam-diam
atau tanpa disedari


44 Seperti aur dengan tebing Dua orang yang berkawan rapat dan saling
membantu
Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup
menyendiri sebaliknya hiduplah seperti aur
dengan tebing.

45 Seperti aur ditarik songsang Pekerjaan atau perkara yang sukar
diselesaikan kerana sudah tersalah jalan.

46 Seperti embun dihujung rumput Tidak kekal

47 Seperti harimau menyembunyikan
kukunya
Orang yang menyembunyikan kelebihannya.
48 Seperti hujan jatuh ke pasir Nasihat yang tidak dihargai atau sesuatu
pekerjaan yang sia-sia.
Contoh ayat: Nasihat kaunselor kepada
pelajar itu tidak ubah seperti hujan jatuh ke
pasir kerana kedegilannya.

49 Seperti lintah menghisap darah Meletakkan faedah yang tinggi; menipu
dengan cara lemah lembut.
50 Seperti lipas kudung Selalu bergerak dengan cepat.

51 Ular menyusur akar tidak akan
hilang bisanya
Orang besar yang merendahkan diri tidak
akan jatuh martabatnya.
Contoh ayat : Sekalipun beliau bergaul
dengan orang kebanyakan,namun hal itu
bagai ular menyusur akal takkan hilang
bisanya.

52 Yang dikejar tak dapat yang
dikendong berciciran
Terlalu tamak untuk mencari keuntungan
hingga menyebabkan kehilangan sesuatu
yang sudah dimiliki.

Anda mungkin juga menyukai