Model Sukses Sejarah SPM 2014 JPN Pulau Pinang
Model Sukses Sejarah SPM 2014 JPN Pulau Pinang
Model Sukses Sejarah SPM 2014 JPN Pulau Pinang
PULAU PINANG
JAWATANKUASA PEMIKIR
SEJARAH PULAU PINANG
MODUL SUKSES SEJARAH SPM2014
PANEL PENGGUBAL:
EN.ROZMAN B MATHIAS
EN.MOHD FADZIL B YAACOB
EN. KALIAPPAN A/L P. ATHEE MULUM
PN. SHANTINA BT JUSOH
PN. CIK SALMIAH BT AYOB
PN. AZIANS BT ABU HASSAN
CIK SOPIAH BT SAID
PN. JAMALIYAH BT SHAIK ABDULLAH
PN. SARATHAMANI A/P PAKIRI
PN.ROSHILAWATI BT MD. SALLEH
MODUL SUKSES SEJARAH GC/JU JPN PP 2014
1
BAB 1 : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA
TAMADUN MESOPOTAMIA
Nyatakan sumbangan tamadun Mesopotamia dalam bidang perundangan.
Kod Undang undang Hammurabi
Ia digubal oleh Rja Hammurabi pemerintah Babylon
Ia berteraskan hak rakyat terhadap keadilan
Hukuman mestilah setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut susun lapis
masyarakat
Ia dipahat pada tembok dan tiang besar
Ia menjadi dasar perundangan tamadun Mesopotamia
Undang undang ini mengelakkan masalah pelbagai kaum
susun lapis masyarakat dan membawa perpaduan
mewujudkan perpaduan dan menguuhkn organisasi dalam kehidupan masyarakat
Huraikan sumbangan sistem tulisan dalam masyarakat Mesopotamia.
Melahirkan jurutulis
Jurutulis merekodkan urusan pentadbiran dan perniagaan lengkap dengan resit , nota
dan surat kredit
Lahirnya epik Gilgamesh hasil sastera mengenai falsafah dan cara hidup orang
Mesopotamia
Nyatakan sumbangan ilmu pengetahuan dalam tamadun Mesopotamia.
Ilmu astronomi pencerapan pergerakan bulan ,bintang ,matahari telah
memperkembangkan ilmu matematik seperti tambah , tolak , darab dan bahagi
Ilmu Astronomi membantu mereka menggunakan jalan laut
Kalendar mereka berasaskan system solar (12 bulan satu tahun )
Ilmu perubatan mementingkan kesihatan tentera menggunakan ubatan herba . Ramuan
perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya dan cara mengubatinya telah
dicatatkan
Jelaskan sumbangan pengangkutan dalam tamadun Mesopotamia
Roda menghasilkan kereta kuda untuk perang dan ketika aman pula ia digunakan
sebagai kincir air untuk pertanian dan mengawal banjir
Kapal layar dan kenderaan roda menghubungkan mereka dengan wilayah di India dan
Laut Mediterranean
Sumbangan tamadun Mesopotamia dalam seni bina
Mereka membuat batu bata dari tanah liat
Mereka mencipta arca seperti patung Raja Gudea
Arca dan tiang batu ada pada bangunan Zigurat
MODUL SUKSES SEJARAH GC/JU JPN PP 2014
2
Jelaskan kegunaan roda dalam kehidupan masyarakat tamadun Mesopotamia.
Kenderaan / kereta kuda.
Tujuan peperangan
Kegunaan masa aman
Pengangkutan barangan
Mencipta kincir air
Mengalirkan air ke kawasan tandus
Meningkatkan hasil pertanian
Mengawal banjir
Bagaimanakah untuk mengatasi kesesakan jalan raya kesan daripada peningkatan
jumlah kenderaan di negara kita ?
Berkongsi kenderaan
Berjalan kaki
Menggunakan pengangkutan awam
Jalan raya yang sistematik
Kenderaan berat dilarang menggunakan jalan raya pada waktu puncak
Penyelenggaraan jalan berjadual
Meningkatkan kecekapan sistem pengangkutan awam
Pemanduan berhemah
Bertolak ansur
Mana-mana jawapan yang munasabah
Sebagai Menteri Pengangkutan, cadangkan cara meningkatkan sistem kecekapan
pengangkutan awam di negara kita.
Sistem jalan raya sistematik
Komuter
Monorel
Teksi bermeter
Bas yang mempunyai jaringan internet
Sistem kaunter bas / teksi
Jadual perjalanan sistematik
Kemudahan tempat duduk
Kebersihan
Pemandu yang cekap/ bertanggungjawab
Mana-mana jawapan yang munasabah
MODUL SUKSES SEJARAH GC/JU JPN PP 2014
3
TAMADUN MESIR PURBA
Namakan dua tuhan yang disembah oleh masyarakat tamadun Mesir Purba ?
Re / tuhan matahari
Ra-Atum / tuhan langit
Amun / tuhan angin
Nyatakan dua kepentingan sistem tulisan hieroglif tamadun Mesir Purba
Mencatat rekod aktiviti pertanian
Pengutipan cukai
Keagamaan
Amalan ritual kepercayaan
Nyatakan dua tujuan ilmu geometri, sains dan matematik diberi penekanan dalam
sistem pendidikan tamadun Mesir Purba
Melahirkan golongan terlatih
Mengurus hal ehwal pertanian
Mengawal air sungai Nil
Pembinaan bangunan
Pembinaan piramid
Nyatakan sumbangan tamadun Mesir Purba
Sumbangan utama adalah senibina iaitu piramid
Ilham Imhotep seorang saintis, ahli fizik, arkitek dan penasihat Firaun Djoser
Teknik pembinaan bangunan dengan menggunakan batu-bata
Pengamal ilmu perubatan dan pengarang buku sains dan sastera
Kemajuan pendidikan dan penciptaan kertas
Mencipta kertas dari pokok papyrus yang terdapat disepanjang Sungai Nil
Penyimpanan khazanah bangsa dan menggantikan penggunaan kepingan batu
Sistem tulisan iaitu hieroglif yang cantik, halus dan penuh seni
Hieroglif berkembang kepada hieratik dan demotik
Sistem pendidikan kepada kanak-kanak golongan atasan sejak umur rendah
Diuruskan oleh rumah ibadat dan diletakkan dibawah pentadbiran kerajaan
Bertujuan melahirkan pegawai kerajaan dan jurutulis
Ilmu geometri, matematik dan sains bagi melahirkan golongan terlatih untuk
menguruskan pertanian, pengawalan air sungai serta pembinaan bangunan dan piramid.
Sumbangan perubatan seperti memumiakan mayat
Pengawalan air sungai untuk mengelakkan banjir
Menukarkan padang pasir kepada kawasan pertanian
Firaun Senuusret III membina tembok pengairan sejauh 123KM
Memperkenalkan sistem kalendar 365 hari dalam 12 bulan setahun
MODUL SUKSES SEJARAH GC/JU JPN PP 2014
4
Pada pandangan anda, mengapakah kerajaan Malaysia mewajibkan setiap kanak-
kanak menerima pendidikan?
Celik huruf
Pandai
Generasi wawasan
Moden
Teknologi
Inovatif
Kreatif
Mana-mana jawapan yang munasabah
Sebagai seorang pelajar berwawasan, cadangkan langkah-langkah untuk
meningkatkan penguasaan pelajar dalam mata pelajaran sejarah
Ada buku teks sejarah
Ada buku rujukan sejarah
Menanam minat terhadap mata pelajaran sejarah
Rajin
Sering bertanya
Minggu sejarah
Persatuan sejarah
Mana-mana jawapan yang munasabah
TAMADUN HWANG HO
Namakan dua dinasti yang wujud dalam Tamadun Hwang Ho.
Dinasti Hsia
Dinasti Chou
Dinasti Shang
Dinasti Chin
Dinasti Ching
Sumbangan Tamadun Hwang Ho
Bidang politik/pemerintahan
Sistem pemerintahan berbentuk monarki
Gelaran raja ditukar kepada maharaja
Raja dikaitkan dengan konsep anak syurga dan mandat dari syurga
Bidang ekonomi
Pembinaan sistem pengairan
membina terusan untuk mengairi
Kemajuan dalam teknologi pembajakan
Penciptaan cangkul dan sabit
Penggunaan batas untuk tujuan penanaman
Petani menggantikan alat pertanian yang dibuat daripada kayu kepada besi
MODUL SUKSES SEJARAH GC/JU JPN PP 2014
5
Bidang agama dan kepercayaan
Pemujaan roh nenek moyang
Konsep Yin dan Yang serta Feng Hsui
Percaya kepada ying yang
Konsep Feng Hsui
Sistem kalendar
Kalendar dicipta semasa Dinasti Shang.
30 hari dalam sebulan dan 360 hari setahun.
Raja menggunakan kalendar untuk menentukan musim menanam dan menuai
Untuk menjalankan aktiviti harian.
Amalan menggunakan kalendar diteruskan untuk upacara perkahwinan / perburuan /
pengkebumian.
Pengamalan falsafah perang Sun Tzu
Karyanya the Art of War membincangkan selok belok perang dan cara menangani musuh
dalam pelbagai bahasa
Falsafah tersebut diaplikasikan sebagai taktik dalam perniagaan
Nyatakan nama pusat kerajaan Dinasti Shang
Anyang
Berikan dua ciri istimewa yang terdapat di bandar tersebut.
Terletak di kawasan tanah tinggi di Sungai Huan
Terdapat istana, kuil dan pusat pentadbiran
Golongan pembeser dan agama tinggal dikawasan Bandar
Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan
Dikelilingi oleh perkampungan yang dikelilingi oleh masyarakat tani
Mengapakah berlakunya peralihan kuasa daripada Dinasti Shang kepada Dinasti
Chou?
Kezaliman pemerintah Raja Shang
Kebangkitan golongan hamba
Kepercayaan kepada mandat daripada Tuhan
Langkah yang dilaksanakan oleh Raja-raja Dinasti Chou untuk mendapat sokongan
daripada pembesar mereka
Melalui ikrar taat setia kepada pemetintah
Memberi hadiah seperti kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang
Diminta melindungi Raja
Memberikan bantuan tentera pada masa perang
Diberi hak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan
MODUL SUKSES SEJARAH GC/JU JPN PP 2014
6
Peranan golongan bangsawan dalam Tamadun Hwang Ho
Mentadbir wilayah di luar pusat pentadbiran Raja
Diberi hak oleh Raja untuk mewujudkan sistem pentadbirannya sendiri
Bertanggungjawab memungut cukai
Menguruskan pertahanan
Mentadbir undang-undang di wilayah masing-rnasing
Nyatakan dua peranan pembesar tempatan semasa pemerintahan beraja dinasti Chou.
Ikrar taat setia
Memberi hadiah / kereta kuda / senjata gangsa / hamba / binatang
Melindungi raja
Memberi bantuan tentera
Ketua agama
Menjalankan upacara keagamaan
Ketua menteri
Enam badan / pertanian / tentera / kerja awam / upacara agama / hal ehwal monarki /
undang-undang
Apakah kesan amalan penilikan tulang oracle oleh masyarakat Tamadun Hwang Ho?
Sistem tulisan awal China / ideogram
Nyatakan dua kepentingan sistem pengairan terhadap pembangunan pertanian
Tamadun Hwang Ho
Terusan
Mengairi kawasan pertanian
Kawalan banjir
Berdasarkan pemerhatian anda, apakah kepercayaan masyarakat Tamadun Hwang Ho
yang masih diamalkan sehingga ke hari ini ?
Pemujaan roh nenek moyang
Unsur makanan / duit kertas / barangan perhiasan
Yin dan Yang
Feng Hsui
MODUL SUKSES SEJARAH GC/JU JPN PP 2014
7
BAB 2 PENINGKATAN TAMADUN
PERLUASAN KUASA
Tamadun India
Bermula pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya
Mempunyai pasukan tentera yang besar iaitu 600 ekor gajah, 1000 orang tentera
berkuda dan 10000 infantri
Menguasai seluruh India Utara
Menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus sehingga India Barat
Bindusara anak kepada Chandragupta meluaskan empayar Maurya ke mysore di Selatan
india
Berubah semasa Asoka yang lebih lembut dan terbuka
Memberi penekanan kepada agama Buddha
Semasa Asoka seluruh India telah menjadi kawasan takluk empayar Maurya
Berlaku kerana kemenangan Asoka ke atas Kalinga dalam Perang Kalinga
Tamadun China
Shih Huang Ti menyatukan seluruh kerajaan kecil di China.
Beliau memerintah secara automatik ( tegas dan mutlak ).
Bangsawan dihapuskan dan gabenor serta panglima tentera dilantik mentadbir wilayah.
Beliau membina Tembok Besar China untuk menghalang serangan orang gasar.
Maharaja Han Wu Ti (Dinasti Han ) meluaskan empayar ke Sinkiang, Lembah Tarim,
Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung. Pada masa ini pengaruh China hingga ke Jepun
dan Turkistan dan keamanan China diwujudkan.
PENDIDIKAN
Tamadun Yunani
Di Athens pendidikan untuk melahirkan manusia yang seimbang dari sudut rohani dan
jasmani
Manusia yang cemerlang ialah yang dapat memenuhu tuntutan mental dan fizikal
Menitikberatkan pendidikan, sukan, muzik, kesusasteraan, seni berpidato, membaca,
menghafal dan menulis
Sparta pula melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada
negara kota
Menekankan latihan fizikal dan penggunaan senjata
Sekolah falsafah berkembang di Athens, Thebes, Elea dan Miletus
Menjadi pusat cendiakawan yang penting semasa pemerintahan Pericles
Melahirkan sejarawan seperti Thucydides dan Herodotos dan pemikir seperti Thales
Tamadun Rom
Pendidikan menekankan aplikasi ilmu praktikal dan semangat setia kepada Rom
Rom terkenal dengan infrastruktur dan kemudahan awam untuk kesejahteraan rakyat
Pada tahap awal Rom hanya mengambil dan menyerap unsur dari Yunani
Kemudian pusat pendidikan telah berkembang dengan pesat
Melahirkan jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya
Juga melahirkan ahli falsafah dan sejarahwan yang menulis tentang kegemilangan Ro
MODUL SUKSES SEJARAH GC/JU JPN PP 2014
8
Tamadun India
Mementingkan keagamaan
Agama Hindu sebagai teras
Didominasi oleh kaum lelaki
Kaum wanita tidak mempunyai ruang menerima pendidikan tumpuan pembelajaran kitab-
kitab veda
Bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran penting
Kaedah hafalan digunakan untuk mendalami kitab-kitan veda
Berteraskan agama Hindu dan Buddha
Belajar sains dan falsafah
Pendidikan peringkat awal diberikan di istana dan di rumah
Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahma
Lahir universiti agama Buddha, iaitu Nalanda
Tujuan pendidikan
Untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati
Mempelajari hukum agama
Untuk capai taraf sebagai Brahmin
Untuk meningkatkan ilmu sains.
Untuk menambah ilmu
Mengatasi buta huruf
Untuk mendapatkan jawatan dalam pemerintahan
Tamadun China
Matlamat pendidikan untuk lulus peperiksaan awam
Tiga peringkat pendidikan ialah rendah, menengah, tinggi
Peringkat rendah mengenal/menghafal tulisan ideogram dan 9 buku suci
Peringkat menengah menumpukan karangan dan sastera
Peringkat tinggi menterjemah buku suci
Peperiksaan awam 3 tahap Hsiu Tai (ijazah pertama), Chun Jen (sarjana) dan Chin
Shih (doktor falsafah)
Peperiksaan tahap 1 di daerah, tahap 2 di ibu kota daerah dan tahap 3 di ibu kota
empayar diadakan di istana / di hadapan Maharaja)
Peluang kerjaya ialah menjadi pegawai kerajaan dan pada tahap 3 mereka akan menjadi
pendidik
Waktu peperiksaan tahap satu (3 tahun 2 kali), tahap dua dan tiga (3 tahun sekali)
SENI BINA
Tamadun China
Tembok Besar China sebagai kubu pertahanan sepanjang 1500 batu dari Kansu ke
Peking
Bandar purba tembok batu iaitu Changan, Anyang dan Peking
Mereka turut menggunakan tanah liat, batu bata, pintu gerbang, parit besar dan menara
Kota Larangan iaitu istana maharaja yang banyak dewan seperti balai penghadapan,
tempat hukuman, keraian dan taman
Kuil dan Pagoda yang mempunyai tempat tinggal, ruang tamu dan pemujaan
MODUL SUKSES SEJARAH GC/JU JPN PP 2014
9
BAB 3 TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA
KERAJAAN AGRARIA
Antara kerajaan agraria awal yang terkenal ialah Sailendra, Angkor dan Sukhotai.
Berikan maksud kerajaan Agraria.
Kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi berasaskan pertanian dan penternakan,
pemungutan hasil hutan dan sungai
Terbentuk di kawasan pertanian yang subur
Terbentuk di lembah sungai
Terbentuk di kawasan pendalaman
Terbentuk di kawasan berbukit
Terbentuk di lereng tanah gunung berapi
Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan kerajaan agraria maju dalam bidang
pertanian
Sistem pengairan yang baik
Bersumber dari Tasik Tonle Sap
Peranan raja membina sistem pengairan
Kerajaan bertanggungjawab secara langsung dalam sistem pengairan yang baik
Raja Indravarman I membina sistem pengairan dan baray
Hasil padi dapat menampung keperluan beras kerajaan Angkor
Kedudukan berhampiran dengan Tasik Tonle Sap
Tanah yang subur
Iklim yang panas dan lembab
Sumber ikan air tawar dari Tasik Tonle Sap
Jelaskan faktor perkembagan Kerajaan Angkor
Perkembangan pertanian iaitu padi sawah dan padi huma
Tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran
Sistem pengairan yang baik
Bersumber dari Sungai Mekong iaitu Tasik Tonle Sap
Mengairi tanah yang luas / seluas 12.5 juta ekar
Menampung keperluan beras untuk keperluan asas rakyatnya
Penglibatan raja membina sistem pengairan dan mengurus sistem pengairan dan
mengurus sistem pengairan
Raja Indravarman I membina sistem pengairan / baray
Kedudukan berhampiran Tasik Tonle Sap
Air tasik datang dari Sungai Mekong
Tanah di sekitarnya amat subur
Iklim panas lembap sepanjang tahun
Sesuai untuk pertanian padi
Punca air utama mengairi sawah
Menjadi punca bekalan air minum
Sumber ikan air tawar
Mampu menampung keperluan makanan penduduk
MODUL SUKSES SEJARAH GC/JU JPN PP 2014
10
Mengapakah kerajaan Malaysia memberi tumpuan kepada bidang pertanian pada hari
ini?
keperluan makanan dalam negara
tidak bergantung import makanan / keperluan sendiri
menggalakan kemajuan bioteknologi
member peluang pekerjaan
menghidupkan kembali program bumi hijau
menambahkan pendapatan
MODUL SUKSES SEJARAH GC/JU JPN PP 2014
11
BAB 4 - KEMUNCULAN TAMADUN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA DI MAKKAH
KERASULAN NABI MUHAMMAD s.a.w.
Jadual berikut menerangkan peristiwa penerimaan wahyu oleh Nabi Muhammad
s.a.w daripada Allah..
Tarikh 6 Ogos, 610 Masihi
Tempat Gua Hirak
Namakan wahyu pertama yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w .
Surah al-Alaq
Apakah yang diberi penekanan dalam wahyu tersebut?
Membaca
Apakah kepentingan wahyu pertama kepada masyarakat Arab?
Menjadi tanda pemisah antara antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam
Menjadi titik tolak dalam perkembangan tamadu
Menggalakkan aktiviti membaca
Apakah yang terkandung dalam wahyu kedua, surah al-Muddasir?
Pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasulullah atau nabi
Mewajibkan Baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia
Bagaimanakah Nabi Muhammad s.a.w mengubah akidah masyarakat Arab Quraisy?
Menanamkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa
Menggesa masyarakat meninggalkan amalan yang keji
Berdasarkan pengetahuan sejarah anda, mengapakan amalan membaca dituntut
dalam agama Islam?
Melalui pembacaan, seseorang itu mendapat ilmu/menambahkan ilmu
Menggalakkan kajian terhadap sesuatu perkara/penyelidikan dapat dijalanka
Dengan ilmu sesuatu bangsa dapat mencapai kejayaan yang cemerlang
Dapat meningkatkan tamadun bangsanya.
Ilmu yang dituntut mestilah yang dapat membina masyarakat.
Kejayaan yang cemerlang dapat dicapai
PENYEBARAN ISLAM DI MAKKAH
Terangkan bagaimana Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan dakwah Islamiah di
Makkah.
Secara tersembunyi/rahsia
Secara rahsia selama tiga tahun
Dakwah Islamiah secara rahsia ditujukan kepada keluarga Baginda
Sahabat rapat dan kaum kerabat Baginda
Mereka yang awal memeluk Islam ialah Khadijah binti Khuwailid, Ali bin Abu Talib, Zaid
bin Harithah, Abu Bakar.
MODUL SUKSES SEJARAH GC/JU JPN PP 2014
12
Melalui sahabat Baginda Abu Bakar al-Siddiq, beberapa orang tokoh Quraisy lain
memeluk Islam
Nabi Muhammad s.a.w menjadikan rumah al-Arqam sebagai pusat kegiatan Islam untuk
menyebarkan Islam
Ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w dan kejujuran para sahabat telah
menyebabkan dakwah Islamiah pada peringkat awal mendapat sambutan
Berjalan selama sepuluh tahun
Dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul Mutalib iaitu kaum kerabat
Baginda
Setelah turunnya ayat al-Quran
Nabi Muhammad s.a.w bermusyawarah dengan para sahabat untuk melaksanakan
perintah ini.
Mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abu Talib untuk menerangkan Islam
Dakwah Islamiah secara terbuka kepada orang ramai dilakukan di Bukit Safa, dihadiri
oleh semua pentadbir kota Makkah.
Perbahasan hebat telah berlaku antara Nabi dengan Abu Lahab, bapa saudara Nabi
Mengapakah orang Arab Quraisy menentang penyebaran Islam di Makkah ?
Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan
Ajaran Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa
Sedangkan orang Arab Quraisy mempercayai dan mengamalkan tradisi turun temurun
menyembah patung berhala dan mempercayai animisme
Islam mengamalkan konsep persamaan taraf sesama manusia yang bertentangan
dengan sistem sosial masyarakat Arab Jahiliah
Masyarakat Arab Jahilah mewujudkan perbezaan darjat antara golongan atasan dengan
bawahan.
Menolak konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan dengan konsep
assabiyah yang menjadi pegangan mereka
Amalan dan akidah yang keji
Seperti mencuri dan menindas yang menjadi kebiasaan mereka tetapi dilarang sama
sekali oleh Islam
Orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas Nabi
Mereka beranggapan jika menerima Islam terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi
Sejak dahulu mereka sentiasa bersaing untuk menjadi ketua
Menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka di Makkah
Nabi Muhammad s.a.w berasal daripada keturunan orang yang menguasai kepimpinan
kota Makkah
Menggugat ekonomi orang Arab Quraisy
Menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala kerana Islam mewajibkan
menyembah Allah s.w.t
Apakah iktibar yang boleh diambil daripada Nabi Muhammad s.a.w dalam usaha
menghadapi orang Quraisy Makkah?
Bersabar menghadapi cabaran
Tidak berputus asa menghadapi rintangan dan halangan
Terus berusaha tanpa jemu
Sentiasa berusaha mencari/memikirkan strategi baru untuk mengatasi masalah
Setiap usaha keras akan membuahkan hasil
Yakin pada diri sendiri
Mengamalkan sikap bekerjasama secara berpasukan
Bijak mengatur strategi
MODUL SUKSES SEJARAH GC/JU JPN PP 2014
13
Mempertahankan akidah
Kesabaran
Pengorbanan
Mempertahankan kebenaran
Islam bersaudara
Tidak bermusuh
Jangan berdendam
Tabah
Penyebaran Islam diteruskan
Tidak berputus asa
Memohon pertolongan Allah
MODUL SUKSES SEJARAH GC/JU JPN PP 2014
14
BAB 5 KERAJAAN ISLAM DI MADINAH
PERJANJIAN AQABAH PERTAMA DAN PERJANJIAN AQABAH KEDUA
Apakah isi perjanjian Aqabah Pertama?
Suku Aus dan Khazzraj hendaklah beriman kepada Allah dan Rasul
Mereka berjanji akan membantu perjuangan Nabi Muhammmad s.a.w
Tidak akan melakukan amalan jahiliah
Seperti mencuri, meminum arak dan membunuh bayi perempuan
Apakah isi perjanjian Aqabah Kedua?
Suku Aus dan Khazraj memeluk Islam
Mengukuhkan taat setia kepada Nabi uhammad s.a.w
Menjemput nabi Muhammad berhijrah ke Madinah
Menjemput umat Islam berhijrah ke Madinah
Menjanjikan keselamatan Nabi Muhammad s.a.w
Menjanjikan keselamatan orang Islam
Menyediakan tempat tinggal kepada orang Islam
Sedia mempertahankan Islam
HIJRAH
Peristiwa Hijrah orang Islam Makkah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal
bersamaan 12 September tahun 622M dan penghijrahan ini berlaku secara rahsia dan
berperingkat-peringkat.
Apakah yang dimaksudkan dengan hijrah?
Mengikut Islam
Perkataan Arab bermaksud berpindah
Konteks tamadun Islam bermaksud perpindahan umat Islam dari Kota Makkah ke Kota
Madinah
Memperkukuhkan kedudukan Islam
Strategi baru menyebarkan Islam
Perjuangan menegakkan kebenaran
Meninggalkan keburukan dan kejahatan
Berubah sikap, cara berfikir dan tingkah laku
Nyatakan faktor penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dan orang Islam ke Madinah
Perintah Allah menerusi wahyu iaitu surah al-Anfal
Pakatan orang Quraisy untuk membunuh Nabi Muhammad s.a.w
Strategi Nabi untuk meneruskan penyebaran Islam
Jemputan masyarakat Arab Madinah
Orang arab Madinah memerlukan nabi sebagai pemimpin mereka