Kertas Kerja Internship

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

SEKOLAH KEBANGSAAN MERU JALAN TAP

KLANG, SELANGOR.

KERTAS KERJA PROJEK INOVASI BAHASA MELAYU


TINGGAM

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU)


PPG BAHASA MELAYU AMBILAN FEB 2012
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BAHASA ANTARABANGSA

DISEDIAKAN OLEH:
HAPIZAH BT HARON
750119016978

1.0

PENGENALAN

Internship merupakan satu program latihan yang bertujuan untuk mengaitkan


pengetahuan dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar tugas guru. Dalam
pada itu, pelajar dikehendaki merancang, melaksana dan menilai projek/aktiviti yang
berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah.
Lantaran itu, satu projek inovasi Tinggam telah dirancang bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu.
Bahan bantu mengajar Tinggam merupakan satu bahan yang dijalankan
dengan membuka tetingkap yang terdapat dalam gambar. Setiap tetingkap
mempunyai soalan asas yang dapat membantu murid membina ayat berpola FN+FK
dengan betul. Cantuman jawapan-jawapn berdasarkan soalan tersebut itu boleh
menghasilkan satu ayat dasar yang lengkap. Aktiviti ini mudah keran murid hanya
perlu membuka tingkat-tingkap yang terdapat pada gambar aktiviti. Di sebalik
tingkap-tingkap tersebut terdapat kata tanya yang perlu dijawab. Sebagai
penambahbaikan, guru boleh menyediakan imej-imej yang berbeza dalam kepingan
Tinggam bersaiz A3. Soalan yang disertakan disebalik tetingkap tersebut ialah
siapa, buat apa, apa dan di mana.
Adalah menjadi matlamat dan kehendak Kurikulum Standard Sekolah Rendah
(KSSR) untuk membentuk dan melahirkan murid yang aktif, kreatif, inisiatif, inovatif
dan berilmu pengetahuan. Oleh itu selain penerapan nilai-nilai murni dalam setiap
mata pelajaran, aktiviti-aktiviti yang boleh menambahkan kemahiran pelajar adalah
satu perkara yang tidak boleh dinafikan kepentingannya. Penggunaan bahan bantu
mengajar dalam pengajaran dan pembelajaran adalah satu alternatif dalam usaha
menjayakan agenda tersebut. Di dalam kajian ini pengkaji telah menggunakan
tinggam sebagai bahan bantu mengajar untuk mencapai objektif pembelajaran.

2.0

OBJEKTIF

Dapat menarik minat pelajar untuk mengulangkaji mata pelajaran.


Dapat memupuk serta meningkat tahap kerjasama diantara pelajar-pelajar.
Dapat menyelesaikan masalah-masalah proses pengajaran dan pembelajaran
yang membosankan.
Dapat merangsang kemahiran berfikir murid secara menghubungkaitkan
bahan pembelajaran.
Menggunakan pengetahuan kefahaman dan kemahiran praktikal yang yang
diperolehi semasa P&P.
Memupuk budaya kreatif dan inovatif melalui kerja secara berpasukan
dikalangan murid.
Berkomunikasi dengan berkesan dan menyampaikan maklumat, idea,
masalah, penyelesaian secara jelas dan menyakinkan.
Penyediaan ke arah kemahiran berfikir aras tinggi (HOTS) bagi murid-murid
dan warga sekolah.
Memenuhi objektif Plan Pembangunan Pendidikan ke arah tranfomasi
pendidikan yang dapat memenuhi

aspek aspirasi sistem dan murid bagi

membentuk hala tuju yang jelas untuk menghasilkan pendidikan yang


berkualiti dan bertaraf antarabangsa.
Memenuhi kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah
Pendidikan Khas yang dapat membentuk keseimbangan murid dari aspek
intelek, jasmani ,emosi, rohani dan sosial.

Memberikan ruang
dan peluang

kepada

murid-murid

untuk

memperkembangkan bakat, minat dan potensi dalam menghasilkan projek


inovasi dengan mengikut kreativiti murid berdasarkan garis panduan yang
disediakan.

3.0

RASIONAL
Rasional projek inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu proses pengajaran

di dalam dan di luar kelas. Projek ini adalah satu projek yang dapat menarik minat
pelajar terhadap permainan dan seterusnya memberi pengetahuan tentang sesuatu

subjek. Pelajar-pelajar mendapat ilmu pengetahuan sambil permainan tangram yang


diminati oleh pelajar. Projek ini juga dapat mempelbagaikan teknik pengajaran dan
pembelajaran yang boleh digunakan oleh guru-guru di dalam kelas.

4.0

TARIKH
28 Ogos 2015

5.0

TEMPAT
Kelas 1 Mutiara

6.0

KUMPULAN SASARAN
Murid- murid kelas 1 Mutiara seramai 36 orang

7.0

ANGGARAN KOS
BARANG
Mounting Board
Marker pen
Kertas A3
Gam
Manik
Fotostat Saiz A3
Jumlah

8.0

HARGA
RM 15.00
RM 10.00
RM 10.00
RM 2.50
RM 2.50
RM 20.00
RM 50.00

PENUTUP
Secara keseluruhannya, projek inovasi Tinggam ini memerlukan
kerjasama berpasukan dalam kalangan

pelajar. Pelajar-pelajar dapat

berbincang dan mengemukakan idea-idea yang kreatif untuk menjayakan


projek ini. Perbincangan dengan guru pembimbing memantapkan lagi
pengembangan idea yang kreatif. Bantuan daripada semua pihak akan

menjadikan projek ini dapat mencapai sasarannya. Sesungguhnya, untuk


menterjemahkan sesuatu idea yang kreatif dan inovatif itu memerlukan usaha
yang jitu daripada semua pihak.

Disediakan oleh,
.........................................
( HAPIZAH BT HARON )
Pelaksana Projek Inovasi Internship
PPG BMD Ambilan 2012

Disemak oleh,
..........................................
( MOHD SALMIZAN BIN IBRAHIM )
Mentor Projek Internship,
Guru Bahasa Melayu SK Meru

Disahkan oleh,
..........................................................
( AZIZAH BT MAT)
Besar,
Meru .

Guru
SK

Anda mungkin juga menyukai