1.0 Pendahuluan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENDAHULUAN

Menurut kementerian Pendidikan Malaysia (2017), Gimnastik Asas memberi fokus


kepada kemahiran pengurusan tubuh badan. Kemahiran Gimnastik Asas yang
dilakukan oleh murid akan meningkatkan fleksibiliti, ketangkasan, imbangan,
kekuatan dan kawalan badan. Justeru, guru perlu memastikan lakuan murid betul
dan selamat semasa melakukan kemahiran dalam Gimnastik Asas.

Pembelajaran Abad Ke-21 (PAK21) merupakan pendekatan yang harus


diterapkan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani. Hal ini kerana PAK21
merupakan proses pembelajaran yang berpusatkan murid dan berteraskan elemen
komunikasi (Ming. C. C et al. 2014) kolaboratif, kreativiti serta aplikasi nilai murni
dan etika. Oleh itu, penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPC) Pendidikan Jasmani dapat memenuhi
penglibatan yang seimbang antara guru dengan murid dalam memenuhi matlamat
PAK21.

2.0 LATAR BELAKANG INOVASI

Pada era ini, penggunaan TMK dalam PdPC telah digunakan secara meluas bagi
memenuhi kehendak Pendidikan semasa. Beseler, B & Plumb, M. S. (2018) dalam
kajiannya telah menggunakan Window Live Movie Maker (MLMM) sebagai bahan
bantu mengajar. Dimana ianya telah digunakan dalam pengajaran Pendidikan
Jasmani bagi membolehkan murid melihat dengan jelas mengenai pergerakan yang
mereka lakukan dalam sesuatu kemahiran.

Berdasarkan kajian tersebut, inovasi SMM dihasilkan dengan menggunakan


aplikasi Wondershare filmora dan rakaman video melalui telefon pintar. Rakaman
video yang diambil merupakan lakuan sebenar murid. Kemudian, rakaman video
tersebut akan diedit dan dimainkan secara slow motion kepada murid. Dengan
demikian murid dapat melihat dan menilai teknik lakuan yang salah pada video
tersebut. Seterusnya dapat memperbaiki teknik kemahiran yang salah melalui
penilaian kendiri yang dijalankan oleh guru melalui video tersebut. Sebagai
tambahan, inovasi SMM terhasil melalui beberapa kekangan yang dihadapi semasa
PdPC seperti:
i. Murid merasa sukar untuk membetulkan atau memperbaiki sesuatu
kemahiran dalam gimnastik asas.

ii. Guru sukar untuk menjelaskan kesalahan pada lakuan yang dilakukan oleh
murid.

iii. Guru kurang bersikap kreatif dalam menambahbaik pembelajaran murid


seiring dengan Pendidikan abad ke-21.

3.0 TUJUAN DAN KEPERLUAN INOVASI

i. Membantu murid menguasai kemahiran gimnastik asas dalam Pendidikan


Jasmani.

ii. Membantu guru Pendidikan Jasmani dalam melaksanakan PdPC khususnya


bagi membetulkan lakuan murid yang salah dalam kemahiran gimnastik
asas.

iii. SMM bertujuan untuk menimbulkan minat dan memotivasikan murid.

4.0 MENETAPKAN SKOP DAN HAD BATASAN

i. Inovasi SMM sesuai digunakan kepada murid Tahap 2 yang mempelajari


topik kemahiran Gimnastik Asas.

ii. SMM hanya digunakan bagi topik Gimnastik Asas.


5.0 DRAF DAN SEMAKAN

Draf dan semakan pelaksanaan inovasi SMM.

BIL PERKARA CATATAN


.
1. Memuat turun aplikasi √
Wondershare Filmora dalam
komputer riba.
2. Memastikan rakaman video √
pada telefon pintar berfungsi
dengan baik.

6.0 UJIKAJI DAN REFLEKSI

Inovasi ini dibina berdasarkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)


sebagai panduan isi utama inovasi. Ia juga menerapkan elemen merentas
kurikulum dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) iaitu
mengintegrasi penggunaan teknologi dalam PdPC semasa pengajaran Pendidikan
Jasmani.

Berikut merupakan manual penggunaan bagi menghasilkan video slow motion


menerusi aplikasi Wondershare Filmora.

BI GAMBAR RAJAH CATATAN


L
1. a. Pertama sekali pindahkan
rakaman video pada telefon pintar
ke komputer riba.

2. a. Buka aplikasi Wondershare


Filmora dan tekan butang Full
Feature Mode
3. b. Muat turun fail atau video

4. c. Pilih video

5. d. Double click pada video yang


telah dimuat turun sehingga
keluar tetapan di sebelah kiri
paparan.

6. e. Tambahkan brightness video


kepada 50 (sekiranya perlu).

7. f. Seterusnya, tekan butang crop


dan ubahsuai rakaman video agar
kelihatan lebih jelas. (sekiranya
perlu).

8. g. Kemudian, kurangkan speed


kepada 150.

9. h. Sesudah itu, tekan butang export

10. i. Pilih butang MP4 (atau mana-


mana yang sesuai) kemudian
tekan butang export.
11. j. Akhir sekali, tunggu video dimuat
turun sehingga selesai.

7.0 PEMURNIAN DAN SPESIFIKASI

Kekurangan Penambahbaikan
Video yang diambil melalui Telefon pintar yang
telefon pintar mempunyai digunakan perlu
kualiti yang rendah. mempunyai sekurang-
kurangnya 16megapixel
dan 1080pixel pada kamera
dan video. Hal ini
membolehkan rakaman
pergerakan yang diambil
lebih terperinci

8.0 GUNA SEMULA

i. Guru boleh menggunakan SSM dengan pebagai kemahiran yang terdapat


dalam topik Gimnastik Asas. Contohnya, kemahiran putaran serta hambur
dan pendaratan.
ii. Video slow motion yang terhasil boleh diulang tayangkan, pause dan
diubahsuai mengikut kreativiti guru.
iii. Kandungan SSM boleh dimodifikasi dari masa ke semasa.
iv. Inovasi ini membolehkan guru menyediakan media instruksional TMK
dengan mudah.

9.0 PROSES PEMBANGUNAN INOVASI

9.1 Kos projek

BI PERKARA BILANGA KOS


L N
1. Komputer riba 1 Sedia ada
2. Telefon pintar 1 Sedia ada
3. Perisian aplikasi 1 Sumber terbuka
Jumlah Rm0.00

9.2 Pelan perancangan projek


9.3 Pelaksanaan mengikut jadual
TARIKH AKTIVITI
23/1/2019 Membincangkan idea-idea yang terhasil dari setiap
individu.
30/1/2019 Berbincang mengenai pemilihan tajuk bersama
pensyarah
5/2/2019 Memuat turun aplikasi Wondershare Filmora ke dalam
komputer riba.
13/2/2019 Membincangkan format penulisan proposal inovasi
SMM bersama pensyarah.

14/2/2019 Pembentangan proposal inovasi

10.0 KESAN INOVASI TERHADAP PDP

i. Inovasi SMM menjadikan pembelajaran lebih interaktif dengan berorientasi


bahan murid bersama bahan dan guru sebagai fasilitator.

ii. SMM menggabungjalinkan teori pembelajaran konstruktivisme dan kerangka


Teknologi Pedagogi kandungan Pengetahuan (TPACK) dalam menghasilkan
media instruksional TMK yang berkesan dalam PdPC Pendidikan Jasmani.

11.0 ASPEK INOVASI YANG BOLEH DIKOMERSIALKAN

i. Video kemahiran melalui inovasi SMM yang dihasilkan boleh disimpan


dalam bentuk CD.

12.0 LANGKAH PROMOSI INOVASI

a. Memperkenalkan penggunaan SSM di peringkat sekolah.


b. Mengadakan kerjasama dengan individu atau sekolah-sekolah dalam
meluaskan penggunaan SSM.
c. Menyebarkan iklan inovasi SSM pada media sosial.

Anda mungkin juga menyukai