Modul RBT 3103

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 104

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

TAJUK 1

Pemasaran : Rancangan Pemasaran

1.0 SINOPSIS
Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar memahami tentang kepentingan mengurus
usaha pemasaran. Ia mengambil kira bagaimana untuk membentuk satu rancangan pemasaran.
Termasuk juga memberi pendedahan kepada pelajar tentang mengenalpasti masalah di dalam
melaksanakan rancangan dan program pemasaran. Modul ini juga menghuraikan elemen dalam
proses pelaksanaan pemasaran dan pengorganisasian dan cara mengawal aktiviti jabatan
organisasi.
1.1 Hasil Pembelajaran
1. Mengetahui definisi pemasaran
2. Mengenali pasaran sasaran.
3. Menentukan trend dan saiz pasaran
4. Menerangkan unsur-unsur persaingan
5. Mempelajari cara membuat ramalan jualan
6. Membincangkan strategi pemasaran dan belanjawan pemasaran.
7. Menjelaskan masalah-masalah dalam melaksanakan rancangan
pemasaran

dan

program

1.2 Kerangka Konsep Tajuk 2


Pasaran Sasaran
Trend & Saiz Pasaran
Persaingan
Syer Pasaran
PEMASARAN

Ramalan Jualan
Strategi Pemasaran
Belanjawan
Pemasaran
Masalah Pemasaran

1.3

Pengenalan

Aspek penting dalam perniagaan ialah pemasaran ia memastikan barang dan perkhidmatan
yang dikeluarkan sampai kepada pengguna dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
Kita mungkin sering didedahkan dengan perkataan pemasaran samada melalui
media mahupun orang-orang perseorangan yang terlibat dengan dunia perniagaan.
Pemasaran merupakan satu proses sosial dan pengurusan di mana individu atau
kumpulan memenuhi keperluan dan kehendak mereka melalui penghasilan dan
penukaran
produk
atau
nilai
di
kalangan
mereka.
DefinisiPemasaran:

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Persatuan Pemasaran Amerika (AAM): Satu proses perancangan dan pelaksanaan ke atas
harga, promosi dan pengedaran terhadap barangan atau perkhidmatan supaya proses
pertukaran dapat dilakukan yang mana akan memenuhi kepuasan individu dan mencapai objektif
organisasi.
Kotler (1991): Pemasaran ialah satu proses sosial ataupun pengurusan dimana individu ataupun
kumpulan memperolehi apa yang dikehendaki dan diperlukan samada dengan menciptakannya
sendiri ataupun melalui pertukaran produk atau nilai dengan atau pihak yang lain.
Pemasaran bukan hanya berkisar tentang jualan, tetapi ia juga melibatkan urusanurusan sebelum jualan seperti kajian, pembangunan produk, kualiti produk,
perletakan harga, pengagihan produk, pembungkusan, urusan selepas jualan dan
sebagainya. Pemasaran bermaksud satu proses perancangan dan pelaksanaan pernyataan
konsep sesuatu produk, perletakan harga dan lain-lain. Pemasaran berfungsi untuk memenuhi
keperluan dan kehendak pengguna.Usaha pemasaran yang dibentuk perlu diuruskan dengan
baik agar berjaya dalam mencapai objektif pemasaran.
Pemasaran memainkan peranan dalam membantu memperkenalkan sesuatu produk kepada
pengguna. Ia merangkumi bidang seperti berikut:i.
Konsep pemasaran
ii.
Strategi pemasaran
iii.
Teknik pemasaran
iv.
Peranan agensi
Pemasaran mempunyai objektif untuk menyediakan barang dan perkhidmatan yang
diperlukan oleh pengguna bagi memenuhi keperluan dan kehendak mereka. Ia juga
meliputi objektif untuk mencari keuntungan yang maksimum
Konsep pemasaran adalah ia merupakan satu cara mengenal pasti dan memenuhi
kehendak dan keperluan yang disasarkan. Pemasaran dapat memberi nilai kualiti
dan kepuasan kepada pengguna dalam jangka panjang.

KELEBIHAN
PRODUK

1.4

STRATEGI
HARGA
Pasaran Sasaran dan Sasaran Pasaran

TARGET
JUALAN
PROMOSI

1.4.1
Pasaran Sasaran
Pasaran sasar ialah sekumpulan pengguna yang menjadi sasaran perniagaan dalam
menjalankan usaha-usaha pemasarannya bagi menjualAGIHAN
produk atau perkhidmatan
perniagaan.Pelbagai indikator digunakan di dalam memilihpasaran sasar iaitu
jantina,
demografi,
pekerjaan,usia,
taraf
sosial,
agama,
bangsa
dan
sebagainya.Campuran pasaran dirancang untuk memastikanpasaran sasar
mendapat maklumat penuh produk

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Usahawan khususnya perlu terlebihdahulu mengenal pasti siapakah sasaran pasaran


yang akan menggunakan produk ataupun perkhidmatan yang ditawarkan oleh
usahawan. Sasaran pasaran boleh ditafsirkan sebagai pengguna ataupun pelanggan.
Usahawan perlu menerangkan dengan jelas profil pelanggan yang ingin disasarkan
dari segi:1. Demografi
Umur
Jantina
Pendapatan
Pekerjaan
Taraf pendidikan
Bilangan ahli keluarga
2. Psiko grafik
Keinginan
Cita rasa
Ego
Status atau perkhidmatan yang dijual oleh perniagaan.
1.4.2

Sasaran Pasaran

Sasaran pasaran pula merujuk kepada strategi untuk menembusi pasaran-pasaran


kecil yang homogenus yang telah dikenalpasti dalam segmentasi pasaran.
1.
Mengenal pasti kumpulan pengguna yang mempunyai keperluan dan
kehendak yang serupa,
2.
Mengenal pasti kumpulan pengguna yang mempunyai minat terhadap
produk yang serupa
3.
Mengenal pasti pasaran yang ingin ditumpu perhatian oleh syarikat yang
mengeluarkan sesuatu produk
Strategi
1.
2.
3.
4.

sasaran berasaskan:
Pemasaran tidak dibezakan
Pemasaran dibezakan
Pemasaran tertumpu
Pemasaran mikro

Kepentingan Pemasaran
1.
Dapat memasarkan produk dan perkhidmatan dengan lebih efisyen.
2.
Menghadapi persaingan yang sedikit jika pesaing tidak memfokuskan
kepada segmen tertentu sahaja.
3.
Firma yang memilih satu jenis pasaran dan pasaran sasaran biasanya
mendapat lebih banyak peluang untuk menjadi pakar dalam industri
tersebut
1.5

Trend & Saiz Pasaran

Trend dan Saiz Pasaran merujuk kepada jumlah pembeli yang berpotensi dalam satusatu
kawasan dagangan yang disasarkan oleh usahawan
1.5.1

Trend Pasaran

Usahawan yang terlibat perlu membuat penyelidikan terhadap pasaran yang ingin
dimasukinya. Ini adalah bertujuan untuk mengenal pasti aliran perkembangan
semasa industri yang ingin diceburi. Perlu dinyatakan sama ada industri tersebut
3

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

sedang berkembang, menurun atau dalam keadaan yang stabil. Berikan statistik jika
ada bagi menyokong kenyataan yang dibuat. Penyelidikan secara berterusan di
dalam mengenal pasti perubahan terhadap keinginan dan cita rasa pengguna juga
perlu dijalankan untuk mengetahui perubahan cita rasa semasa dan perubahan cita
rasa di masa akan datang. Ini dapat membantu dalam meramalkan jualan.
1.5.2 Saiz Pasaran
Saiz pasaran ialah jumlah keluasan pasaran atau lebih tepat lagi, jumlah potensi
pasaran untuk satu-satu kawasan dan dalam jangka masa setahun. Dalam mengira
saiz pasaran, beberapa faktor perlu diambil kira di antaranya ialah :o
o

Tidak mengambil kira/mengira pembahagian mengikut pesaing di dalam pasaran


yang luas.
Saiz pasaran perlu dinyatakan di dalam bentuk unit atau Ringgit Malaysia (RM).

Jadual 1: Contoh pengiraan bagi menentukan saiz pasaran

1.6

Persaingan
Di dalam melaksanakan pemasaran bilangan pesaing yang menjalankan perniagaan di tempat
yang sama akan memberi kesan menjejaskan jualan. Oleh itu usahawan perlu kenal pasti
kekuatan dan kelemahan setiap pesaing. Dalam usaha mengenal pasti kekuatan dan
kelemahan pesaing, Usahawan perlu menerangkan keadaan sebenar yangberlaku di
pasaran. Di samping itu usahawan perlu mengenal pasti siapa pesaing yang
menawarkan baranganataupun perkhidmatan yang serupa mahupun barangan
pengganti kepada kumpulan pelanggan yang sama. Seandainya terdapat pengeluarpengeluar lain yang telah dan akan mengeluarkan barang-barang yang serupa,
nyatakan keupayaan pengeluaran masing-masing, kualitikeluaran pesaing, harga
jualan pesaing serta kekuatan dan kelemahan pesaing

1.7

Syer Pasaran
4

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Syer pasaran merujuk kepada jumlah peratus (%) jualan yang bakal diperoleh usahawan
daripada potensi pasaran dengan mengambil kira jumlah perniagaan yang bersaingSyer
pasaran merupakan satu anggaran yang perlu dibuat oleh organisasi di dalam
mengenal pasti bahagian (syer) pasaran yang boleh dikuasai oleh perniagaan di
dalam sesuatu pasaran yang ingin diceburi. Di dalam mengenal pasti syer pasaran
sesuatu organisasi perlu mengambil
kira beberapa aspek penting. Di antaranya, mengambil kira keseluruhan saiz
pasaran dan syer pasaran bagi setiap pesaing yang terdapat di dalam industri yang
sama. Syer pasaran biasanya dinyatakan di dalam bentuk peratusan(%). Di dalam
mengenal pasti syer pasaran, kaedah yang
selalu dikaitkan ialah konsep sharing of cake, di mana pasaran itu sendiri dianggap
sebagai sekeping kek yang perlu dipecah-pecahkan mengikut pasaran yang
berlainan. Setiap perniagaan mempunyai pasarannya tersendiri. Perniagaan yang
mempunyai bahagian yang besar dikenali sebagai pemimpin pasaran atau market
leader.
Jadual 2: Mengenal pasti syer pasaran

1.8

Ramalan Jualan

Semasa pelaksanaan pemasaran anggaran jualan perniagaan dalam tempoh tertentu perlu
disediakan.Pegawai pemasaran yang terlibat perlu menyediakan pengunjuran jualan
bulanan untuk tahun pertama dan anggaran jualan untuk tahun kedua dan ketiga.
5

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Di dalam menyediakan ramalan jualan pegawai perlu mengkaji beberapa faktor


penting iaitu: Kesedaran pelanggan tentang barangan atau perkhidmatan yang
ditawarkan
Mengambil kira musim perayaan, cuti sekolah, perubahan cuaca
Mengenal pasti jenis perniagaan atau projek yang ingin dijalankan
sama ada dalam sektor perniagaan atau industri, penternakan ataupun
perladangan.
Formula di dalam menentukan ramalan jualan: Tentukan saiz pasaran
Kenal pasti siapa pesaing
Menganggarkan syer pasaran
Meramal jualan
Pengunjuran jualan bulanan perlu disediakan untuk tahun pertama dan anggaran
jualan tahun kedua dan ketiga juga perlu disediakan (Lampiran 1).

1.9

Strategi Pemasaran

Strategi pemasaran ialah segala usaha yang dilaksanakan untuk mendapatkan


pelanggan bagi barang yang dikeluarkan. Ia perlu dibentuk sebelum sesuatu
keluaran siap diproses untuk dipasarkan. Strategi pasaran terdiri daripada sasaran
pasaran dan campuran pasaran. Sasaran pasaran merujuk kepada bakal pelanggan
bagi sesuatu keluaran. Campuran pemasaran merangkumi empat komponen penting
yang menentukan kejayaan sesuatu perniagaan iaitu produk, harga, tempat dan
promosi.
6

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Untuk mencapai strategi pemasaransyarikat perlu membuat analisis tentang


peluang pertumbuhan produksyarikat perniagaan pada masa akan datang.
a) Produk
Produk merupakan elemen utama dalam campuran pemasaran. Produk adalah apa
sahaja yang ditawarkan oleh usahawan kepada sasaran pasaran ataupun
pengguna. Pengguna selalunya bukan setakat mahukan produk, mereka mencari
beberapa manfaat yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak mereka.
Mewujudkan nilai bermaksud usahawan memahami apa yang diperlukan dan
dikehendaki oleh pengguna dan menawarkan nilai tersebut kepada pengguna,
oleh itu tawaran produk usahawan mestilah merangkumi produk utama ditambah
lain-lain manfaat yang boleh menarik dan memujuk pengguna untuk membeli.
Di samping itu, usahawan perlu memastikan kualiti, reka bentuk, prestasi barangan
yang ditawarkan benar-benar mencapai piawaian yang telah ditetapkan.
Dari segi pembungkusan usahawan perlu memastikan cara pembungkusan yang
digunakan memenuhi ciri-ciri keselamatan, sesuai dan menarik. Pengguna masa
kini sudah mula mencari produk ataupun keluaran yang mempunyai bungkusan
dan pelabelan yang menarik. Ini adalah kerana terlalu banyak barangan yang
terdapat di pasaran yang menawarkan fungsiyang sama. Oleh yang demikian
usahawan perlu bijak di dalam menarik minat pelanggan dengan memastikan
pembungkusan selari menepati ciri-ciri asas dapat menunjukkan perbezaan
dengan ketara dengan produk pesaing
b) Promosi
Promosi ialah strategi berkomunikasi antara pengguna dan pemasar atau peniaga.
Ianya melibatkan proses komunikasi dua hala daripada peniaga kepada pengguna
dan daripada pengguna kepada peniaga. Tujuan komunikasi ialah supaya pemasar
boleh menyampaikan mesej kepada pengguna dan mengetahui maklum balas
pengguna terhadap tawaran usahawan.
Strategi promosi merangkumi strategi pengiklanan, promosi jualan, jualan
perorangan, perhubungan awam dan publisiti dan pemasaran langsung. Objektif
utama promosi ialah memberitahu, mengingatkan dan memujuk pengguna
dan/atau pengguna berpotensi
Di dalam strategi promosi pemasar perlu:
Menetapkan objektif (AIDA)
Konsep AIDA selalu ditekankan semasa objektif sesuatu strategi promosi dirangka.
Konsep AIDA boleh ditakrifkan sebagai:A (Attention) Usahawan perlu memikirkan sesuatu yang boleh menarik perhatian
pengguna mahupun sasaran pengguna melihat atau memperhatikan aktiviti
promosi yang dijalankan oleh usahawan. Sebagai contoh, ini boleh dilaksanakan
dengan memilih iklan percetakan yang berwarna, menggunakan watak kartun
sekiranya usahawan ingin menarik minat kanak-kanak dan sebagainya.
I (Interest) usahawan perlu pandai menarik minat pelanggan denganmemberikan
diskaun ataupun pendorong yang negatif menarik pelanggan melihat kepada iklan
mahupun promosi yang dijalankan.
D (Desire) Faktor ini sering dikaitkan dengan faktor dalaman iaitu sejauh mana
usahawan dapat menanamkan rasa keinginan pengguna untuk mencuba ataupun
untuk membeli produk yang kita tawarkan.
7

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

A (Action) langkah yang terakhir sekiranya pengguna akan terus membeli produk
tersebut sekiranya mereka berminat dan berkeinginan memilikinya.

Menentukan sasaran pengguna


Mereka bentuk mesej yang ingin disampaikan
Memilih media yang hendak dijadikan saluran penyampaian mesej
Menyediakan kos promosi
Penilaian terhadap aktiviti promosi yang dijalankan

c) Harga
Harga adalah didefinisikan sebagai nilai yang harus dibayar oleh pengguna/pembeli
kepada peniaga sebagai pulangan kepada barangan yang ditawarkan oleh
perniagaan.
Beberapa faktor perlu dipertimbangkan di dalam menetapkan harga barangan yang
ditawarkan oleh usahawan. Di antaranya ialah:Jumlah harga kos sebenar produk yangditawarkan
Menilai harga jual yang ditawarkan oleh pesaing
Menilai struktur diskaun yang akan diperkenalkan
Menilai tanggapan pengguna sasaran terhadap nilai produk kita dengan pesaing.
d) Tempat Pengedaran
Tempat atau saluran pengedaran adalah merupakanelemen pemasaran untuk
memastikan produk sampai kepada pengguna.
Aspek yang penting dalam strategi tempat ialah pengguna mendapat akses kepada
produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Produk yang ditawarkan perlu berada
di tempat yang sesuai dengan kualiti dan kuantiti yang penggunamahukan.
Pengedaran boleh dilakukan secara langsungatau tidak langsung.Pengedaran
langsung ialah pengedaran di mana pemasar berhubung terus dengan pengguna
atau terus dari pengeluar kepada pengguna. Manakala pengedaran tidak langsung
melibatkan pemborong, peruncit dan orang tengah yang lain.
Faktor-faktor penting di dalam pemilihan saluran pengedaran ialah seperti:
o Saiz pasaran
o Ciri-ciri produk dan perkhidmatan yang ditawarkan
o Strategi pemilihan orang tengah
o Saluran pengedaran yang digunakan oleh pesaing
o Keupayaan usahawan di dalam merancang saluran pengedaran tersebut.
1.10Belanjawan Pemasaran
Belanjawan ialah anggaran pendapatan yang diperolehi dan perbelanjaan yang akan
dibuat untuk suatu tempoh masa tertentu dimasa akan datang. Tujuannya ialah
untuk mendapatkan keseimbangan antara pendapatan dan perbelanjaan.Penyediaan
belanjawan
pemasaran
adalah
berbeza-beza
mengikut
keperluan
pemasaranperniagaan. Satu belanjawan komprehensif yang mengandungi satu siri
belanjawan yang meliputi setiap aktiviti operasi sesebuah organisasi untuk sesuatu
tempoh perlu dibuat bagi memastikan keseimbangan pendapatan perniagaan
terkawal.

1.10.1 Tujuan belanjawan

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Membolehkan perniagaan / individu membuat perbandingan antara


pendapatan dan perbelanjaan wang yang sebenar dengan anggaran yang
dibuat.

Menjadi panduan kepada pihak tertentu untuk menilai permohonan


pembiayaan syarikat / individu.

Memberi maklumat tunai di bank , amaun perlu dibayar kepada


pembekal, amaun belum terima pelanggan.

Mengawal perancangan dan belanjawan.

Mengesan perbelanjaan.

Meramal Pendapatan.

Mengesan sumber kewangan dan kestabilan kewangan.

Mengesan kebolehan dan keupayaan perniagaan membayar hutang.

1.10.2 Asas pengurusan belanjawan

Menetapkan matlamat kewangan.

Menganalisa sumber-sumber yang dimiliki.

Meramalkan pendapatan yang diperolehi.

Mencatat perbelanjaan yang dibuat.

Membezakan keperluan dan kehendak.

Merekod aktiviti kewangan harian.

Menilai kewangan secara berkala.

Memantau / mengawal kewangan secara berkala.

Memberi maklumbalas untuk penambahbaikan.

Berikut merupakan belanjawan Belanja Jualan dan Pentadbiran.Ia adalah garis


panduan perbelanjaan untuk aktiviti bukan perkilangan.

contoh :
Syarikat Sentiasa Untung Sdn. Bhd. Belanjawan Belanja Jualan dan PentadbiranUntuk
Tahun Berakhir 31 Dis 2005

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

1 (RM)

2 (RM)

3 (RM)

4 (RM)

Tahun

Belanja Berubah:

9,000

10,500

12,000

13,500

45,000

Komisen jualan

3,000

3,500

4,000

4,500

15,000

12,000

14,000

16,000

18,000

60,000

Belanja Tetap:

5,000

5,000

5,000

5,000

20,000

Iklan

15,000

15,000

15,000

15,000

60,000

Gaji(jualan)

7,500

7,500

7,500

7,500

30,000

Gaji(pejabat)

1,000

1,000

1,000

1,000

4,000

Susutnilai

1,500

1,500

1,500

1,500

6,000

Jum Belanja Tetap

30,000

30,000

30,000

30,000

120,000

Jum Belanja

42,000

44,000

46,000

48,000

180,000

Angkutan keluar

Jum
Berubah

Belanja

Cukai harta benda

Jualan
Pentadbiran

1.11

&

Masalah Pemasaran

Cabaran-cabaran pemasaran masa kini akan melihat bahawa pemasaran itu


membawa maksud yang begitu luas. Aktiviti pemasaran masa kini beroperasi dalam
persekitaran global yang dinamik, ia memerlukan pengurus-pengurus pemasaran
yang berfikiran waras tentang strategi dan amalan pemasaran mereka. Keadaan ini
telah menyebabkan pengurus-pengurus pemasaran mengubahsuai strategi
pemasaran mereka.

10

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Di antara cabaran-cabaran pemasaran dalam abad ke dua puluh satu adalah nilai
dan orientasi pelanggan yang sering berubah, ekonomi yang lembab, kemerosotan
persekitaran, peningkatan dalam persaingan global, masalah-masalah ekonomi,
politik dan sosial, inilah yang dinamakan dunia tanpa sempadan.
Walau bagaimanapun masalah-masalah tersebut telah mewujudkan peluang
pemasaran. Kini kita dapat menyaksikan terdapat beberapa aliran dan kuasa utama
yang mengubah dan mencabar strategi pemasaran seperti pertumbuhan pemasaran
bukan untung, peningkatan teknologi maklumat, penglobalisasian yang pesat,
ekonomi dunia yang berubah dan seruan-seruan ke arah sikap beretika dan
bertanggung jawab terhadap masyarakat.
1.11.1 Pertumbuhan Pemasaran Organisasi Bukan Untung.
Kebelakangan ini organisasai bukan untung seperti bahagian pendidikan, perubatan,
pos dan ketenteraan telah mula menggunakan strategi pemasaran untuk beroperasi.
Sebagai contoh, Pos Malaysia telah membentuk rancangan pemasaran inovatif
dengan menjual setem kenangan sempena pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-12.
Penglibatan organisasi bukan untung mengaplikasikan strategi pemasaran telah
memberikan cabarancabaran baru yang menarik kepada pengurus-pengurus
pemasaran.
1.11.2 Penglobalisasian
Kesan daripada kemajuan yang pesat di dalam bidang telekomunikasi dan teknologi
maklumat, budaya dan jarak sesuatu tempat dapat dihubungkan dengan lebih
mudah dan cepat. Ini telah membolehkan syarikat meluaskan liputan pasaran
geografi, pembelian dan pengeluaran mereka. Hasilnya, persekitaran pemasaran
menjadi lebih kompleks untuk kedua-dua syarikat dan pengguna.
Kini, syarikat-syarikat bukan sahaja cuba menjual produk tempatan mereka kepada
pasaran antarabangsa tetapi membeli lebih komponen dan bekalan dari luar negara.
Contohnya melalui operasi Segitiga Emas: Malaysia-Indonesia-Thailand (IMT-GT), ia
telah memberikan peluang kepada para peniaga untuk bergerak dengan lebih bebas
di negara-negara berkenaan. Situasi begini dapat menggalakkan syarikat untuk
merebut peluang bagi membuka pasaran yang lebih luas dan bukan hanya tertumpu
kepada pasaran tempatan sahaja.
Banyak syarikat telah membentuk rangkaian strategik dengan syarikat-syarikat
asing dan juga pesaing, yang bertindak sebagai pembekal atau rakan pemasaran. Ini
membolehkan rangkaian global terbaik dapat dibentuk.
1.11.3 LedakanTeknologi Maklumat.
Kemajuan di dalam bidang teknologi maklumat dan telekomunikasi telah memberi
kesan ke atas cara syarikat memberi nilai kepada pelanggan-pelanggan mereka.
Ledakan teknologi maklumat membolehkan pengurus-pengurus pemasaran
mempelajari dan menjejaki pelanggan, mencipta dan merekabentuk produk dan
perkhidmatan yang dapat memenuhi keperluan pelanggan, mengagih produk
dengan lebih cekap dan efektif serta berkomunikasi dengan pelanggan sama ada
dalam kumpulan yang besar atau orang perseorangan. Contohnya, dengan
menggunakan komputer yang berkeupayaan tinggi, pemasar boleh mewujudkan
pangkalan data yang terperinci untuk mensasar tawaran-tawaran kepada pelangganpelanggan mereka.

11

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Internet
Internet ialah satu rangkaian global jaringan komputer yang besar dengan
tiada pengurusan atau milikan berpusat. Ia dicipta pada akhir 1960-an oleh
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat. Pada asalnya ia berfungsi untuk
menghubungkan makmal-makmal kerajaan, kontraktor dan ketenteraan.
Internet telah menghubungkan pengguna komputer ke seluruh dunia.
Sesiapa sahaja yang mempunyai komputer peribadi , modem dan perisian
yang betul boleh meninjau internet untuk mendapatkan atau berkongsi
maklumat mengenai sebarang subjek serta berinteraksi dengan penggunapengguna lain. Kini, internet telah berkembang dengan pembangunan World
Wide Web yang mesra pengguna. World Wide Web telah membolehkan
syarikat menghubungkan jutaan pelanggan baru dengan kos yang hanya
suku daripada kos pengiklanan menggunakan media cetak dan televisyen.
1.11.4 Perkembangan Ekonomi Dunia
Ekonomi dunia yang meleset telah mengakibatkan kesukaran kepada pengguna dan
pemasar. Di seluruh dunia, keperluan manusia semakin bertambah, tetapi dalam
banyak perkara , individu kekurangan wang untuk membayar barangan keperluan.
Ekonomi negara maju banyak mempengaruhi ekonomi negara-negara yang sedang
membangun.
Situasi ekonomi semasa telah mewujudkan masalah dan peluang kepada pemasar.
Sesetengah syarikat menghadapi permintaan yang berkurangan dan menghadapi
masalah untuk mengembangkan syarikat mereka.
1.11.5 Permintaan Terhadap Tanggungjawab Sosial dan Etika
Pada masa sekarang pihak pemasar perlu bertanggung jawab terhadap kesan
tindakan mereka ke atas sosial dan persekitaran. Etika korporat telah menjadi isu
yang hangat diperkatakan di dalam dunia perniagaan. Masalah-masalah seperti
penghapusan hutan, kehangatan ruang atmosfera , pencemaran udara dan air serta
ancaman-ancaman lain perlu diselesaikan dengan cara yang lebih berkesan. Di
samping mereka memperolehi keuntungan daripada aktiviti-aktiviti pemasaran dan
pengeluaran mereka, tanggungjawab sosial kepada masyarakat perlu diutamakan.
1.11.6 Lanskap Pemasaran Baru
Syarikat-syarikat domestik telah sedar bahawa mereka tidak boleh mengabaikan
pasaran dan pesaingan global. Firma-firma berjaya dalam industri matang sedar
bahawa mereka perlu mengambilkira pasaran dan teknologi yang muncul dengan
pendekatan pengurusan terkini. Syarikat-syarikat dari berbagai sektor semakin
menyedari bahawa mereka perlu menekankan kepada aspek keperluan pelanggan
dan persekitaran. Mereka akan gagal di dalam perniagaan sekiranya tidak
memahami pasaran yang kian berubah. Contohnya, pembinaan KLIA ekspres telah
menyediakan kemudahan pengangkutan yang pantas dari KL Sentral ke KLIA iaitu
dalam masa 28 minit.
Di akhir unit ini seharusnya anda telah memahami apa yang dimaksudkan dengan
pemasaran, mengetahui elemen-elemen di dalamnya, mempelajari berkenaan
dengan perkembangan konsep pemasaran serta dapat menerangkan apakah
cabaran-cabaran pemasaran pada masa kini. Diharapkan unit ini dapat membantu
anda memahami unit-unit yang seterusnya. Semoga berjaya.

12

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Anda telah menghampiri kejayaan. Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri
ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan. Jika ada masalah
yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba , semoga
berjaya.

TAJUK 2

Persekitaran Kewangan Di Malaysia

2.0 Sipnosis
Tajuk ini memberi pendedahan tentang kewangan di Malaysia yang merangkumi sistem
kewangan, sistem perbankan, pasaran kewangan, instrumen tabungan dan kewangan
syarikat.
2.1 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
2.1.1 Menerangkan sistem kewangan Malayasia dengan ringkas.
2.1.2 Menyenaraikan sistem perbankan dan jenis-jenisnya
2.1.3 Menghuraikan komponen-komponen dalam pasaran kewangan
2.1.4 Mengenal pasti instrumen tabungan dan pelaburan.
2.2

Kerangka Tajuk 2

Sistem
Kewangan

Sistem
Perbankan

Kewangan
Syarikat

Pasaran
Kewangan

Instrumen Kewangan

13

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

2.3 Sistem Kewangan


Perkembangan pesat dalam ekonomi, perdagangan dan pembangunan perusahaan-perusahaan
di negara ini melahirkan pelbagai bentuk institusi kewangan. Institusi kewangan wujud untuk
memenuhi peranan asasnya sebagai pengantara kewangan antara unit lebihan (surplus) dengan
unit kurangan (defisit).
Bank Negara Malaysia membentuk persekitaran kewangan negara yang boleh dilihat daripada
dua perspektif iaitu :-

Struktur Sistem Kewangan Malaysia

Pasaran Kewangan

Sistem Perbankan

Rajah 2.1 : Struktur Sistem Kewangan Malaysia


Peranan Sistem Kewangan
Sistem kewangan seluruh dunia termasuk di negara kita mendukung suatu fungsi asas ekonomi
yang utama iaitu sebagai saluran pemindahan dana daripada unit lebihan kepada unit kurangan.
Proses pemindahan dana dalam ekonomi berlaku menerusi dua keadaan seperti dalam rajah 2.2
PEMINDAHAN SECARA LANGSUNG
UNIT
LEBIHAN

UNIT KURANGAN

Isi rumah, Firma, Swasta dan Kerajaan

Isi rumah, Firma, Swasta dan Kerajaan

PEMINDAHAN SECARA TIDAK LANGSUNG


UNIT
KURANGAN

UNIT
LEBIHAN
Isi rumah, Firma, Swasta dan Kerajaan

Pengantara
Kewangan

Isi rumah, Firma, Swasta dan Kerajaan

14

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Rajah 2.2 : Proses Pemindahan Dana

Pemindahan danasecara langsung berlaku terus antara unit lebihan kepada unit kurangan.
Dalam kaedah ini, pihak yang memerlukan dana mencari pihak yang mempunyai lebihan dana
untuk dipinjamkan. Sebagai jaminan suatu instrumen atau sekuriti dikeluarkan oleh pihak
peminjam yang membolehkan pemberi pinjaman menikmati faedah atau membuat tuntutan atas
aset syarikat peminjam dimasa hadapan.

Pemindahan dana secara tidak langsung menerusi pengantara kewangan bermaksud, pihak
yang mempunyai lebihan dana menyimpan wang mereka kedalam akaun simpanan yang
dikeluarkan oleh pengantara kewangan. Pengantara kewangan akan menjadi pihak yang akan
mengagihkan dana kepada pihak yang memerlukan dalam bentuk pinjaman.
2.4 Sistem Perbankan
Sistem perbankan memainkan peranan penting dalam menggerakkan ekonomi negara. Bermula
dengan Bank Negara Malaysia yang berperanan sebagai pengeluar mata wang tunggal dan
bank-bank perdagangan yang menjadi pengambil deposit terbesar dalam negara ini. Sistem
perbankan berkembang maju menjadi lebih produktif bagi menguruskan kewangan yang lebih
kompleks dan moden.
Sistem perbankan dikelaskan kepada dua bahagian seperti berikut dalam rajah 2.3.

Sistem Perbankan

Institusi
Perbankan

Pengantara Kewangan Bukan Bank

Rajah 2.3 : Sistem Perbankan


Institusi perbankan adalah kumpulan institusi yang mana tanggungan utamanya diterima adalah
wang. Ianya terdiri daripada Bank Negara Malaysia, bank perdagangan, bank saudagar, bank
Islam, bank luar pesisir, syarikat kewangan dan bank asing. Kesemua institusi perbankan
dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia.

15

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Pengantara kewangan bukan bank terdiri daripada institusi tabungan, syarikat insurans, syarikat
saham amanah, syarikat pemajakan, syarikat kredit kewangan, dan syarikat modal usaha niaga
dan lain-lain. Pengantara kewangan bukan bank diselia oleh pelbagai agensi dan jabatan
kerajaan. Hanya syarikat insurans sahaja yang di kawal oleh Bank Negara Malaysia.
Pengkelasan sistem kewangan merangkumi sistem perbankan dan pasaran kewangan
dirumuskan dalam rajah 2.4

Sistem Kewangan

Sistem Perbankan

Institusi Perbankan
1. Bank Negara Malaysia
2. Institusi Bank
Bank perdagangan
Bank saudagar
Bank Islam
Bank luar pesisir
Syarikat kewangan
3. Lain-lain
Syarikat diskaun
Bank asing

Pasaran Kewangan

Pengantara kewangan bukan bankPasaran Wang & Pertukaran asing


1.Kumpulan wang
amanah dan pencen
2.Syarikat insurans
3.Institusi pembiayaan pembangunan
4.Institusi tabungan
Bank Simpanan Nasional
Pertubuhan koperasi
Pasaran Modal
5.Lain-lain
Saham amanah
Lembaga Tabung Haji
Institusi kredit perumahan
Syarikat pemajakan
Syarikat pemfaktoran
Pasaran Derivatif
Syarikat modal usahaniaga

Rajah 2.4 : Sistem Kewangan : Sistem Perbankan dan Pasaran Kewangan

16

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Pasaran Kewangan wujud akibat perkembangan dan kepelbagaian dalam sistem kewangan
negara.
Perkembangan ekonomi dan perusahaan-perusahaan penting dalam ekonomi
meningkatkan keperluan atas pasaran kewangan yang mantap supaya dana dapat dialirkan
daripada unit lebihan kepada unit kurangan dengan lebih cekap dan murah.
2.5 Pasaran Kewangan
Pasaran Wang dan Pertukaran Asing

Tempat dimana urusniaga jangka pendek berlaku


Tidak mempunyai premis(tempat) yang tetap seperti pasaran ekuiti (Bursa Saham)
Peserta dihubungi melalui telefon dan internet untuk membuat pesanan

Dalam pasaran wang, instrumen yang didagangkan ialah instrumen kewangan dan
deposit
Pasaran wang menggunakan kadar faedah
Pasaran pertukaran asing menggunakan kadar pertukaran mata wang asing

Operasi pasaran wang dan pertukaran asing berlaku antara pihak yang mempunyai
lebihan dana jangka pendek dengan pihak yang mengalami kekurangan dana jangka
pendek
Pihak yang mempunyai lebihan memasuki pasaran bagi memperoleh hasil faedah yang
lebih tinggi
Pasaran ini juga terlibat dengan urus niaga pembelian dan penjualan surat-surat hutang
jangka pendek supaya dibeli oleh unit-unti lebihan
Instrumen hutang yang diniagakan meliputi bil perbendaharaan, bil pertukaran,
penerimaan jurubank, nota janji, sijil deposit boleh niaga, sijil pelaburan kerajaan, bon
Cagamas, dan Bil Bank Negara Malaysia

Urus niaga kesemua instrumen berlaku dalam dua peringkat


Pertama:
Pasaran dana antara syarikat diskaun, broker pasaran wang dan
pengantara-pengantara kewangan lain
Contoh: Syarikat besar seperti Telekom, Tenaga Nasional BHd yang
mempunyaidana lebihan akan menyimpan dalam instrumen-instrumen
pasaran wang bagi mendapatkan pulangan daripada lebihan dana
tersebut.
Kedua:

Melibatkan urus niaga dana jangka pendek antara bank dan juga institusi
kewangan sesama sendiri. Urus niaga adalah dalam bentuk urus niaga
wang semalaman, tujuh hari dan sebagainya

Pasaran Modal

Pasaran modal merujuk kepada pasaran formal yang memperdagangkan aset-aset


kewangan jangka panjang seperti bon kerajaan atau swasta dan saham korporat
Mempunyai struktur organisasi dan premis yang formal dikenali sebagai Bursa Saham
Kuala Lumpur (BSKL)
Dari segi operasi, ia bertindak menemukan pembeli dan penjual sekuriti pada sesuatu
masa dengan diurus oleh broker pasaran modal
Terdapat dua peringkat urus niaga iaitu : Peringkat Prima dan Sekunder. Urus niaga
Prima melibatkan urus niaga sekuriti-sekuriti yang baru pertama kali diterbitkan

17

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Dua bentuk terbitan saham bagi pasaran prima iaitu ; terbitan awam permulaan(IPO) dan
terbitan bermusim (seasonal issue)
Pasaran sekunder melibatkan urus niaga jual-beli sekuriti yang sudah disenaraikan di
bursa saham

Pasaran Derivatif

Pasaran opsyen dan niaga hadapan kewangan diwujudkan pada awal 90an. Ia bertujuan
untuk menarik pelabur-pelabur asing dengan skop yang lebih luas dan tidak tertumpu
kepada BSKL sahaja.
Pada tahun 1995, Bursa Opsyen dan Kewangan Hadapan Kuala Lumpur (KLOFFE) mula
diperkenalkan. Pada masa yang sama, Kontrak Niaga Hadapan kadar tawaran 3 bulan
antara bank Kuala Lumpur (KLIBOR) didagngkan di Bursa Kewangan Malaysia (MME)
Pada tahun 1996, Bursa Kewangan Malaysia ditukar kepada Bursa Komoditi dan
Kewangan Malaysia (COMMEX)
Pada tahun 1995, Rumah Penjelasan Derivatif diwujudkan.
Pada tahun 2002, semua bursa-bursa ini disatukan menjadi Bursa Derivatif Malaysia
(MDEX)

2.6 Instrumen Tabungan Dan Pelaburan


Institusi perbankan dan bukan perbankan menawarkan kepada penyimpan pelbagai jenis produk
tabungan kewangan yang terdiri daripada akaun semasa, akaun tabungan, akaun deposit tetap
dan sebagainya. Dengan memahami semua instrumen yang terlibat, kita dapat melihat
bagaimana proses pemindahan dana dapat berjalan lancar bagi menjana pertumbuhan ekonomi.
Instrumen-instrumen tabungan dan pelaburan yang terlibat adalah seperti berikut :

Akaun Semasa
Akaun Deposit Tetap
Sijil Deposit Boleh Niaga
Perjanjian Beli Balik (Repo)
Saham Biasa
Bon

Cari maklumat tentang ciri-ciri instrumen-instrumen di atas


2.7 Kewangan Syarikat
Pengurusan kewangan adalah satu bidang yang berkaitan dengan bidang perakaunan. Ahli-ahli
kewangan dan pengurus kewangan menggunakan maklumat daripada jabatan perakaunan bagi
membuat keputusan-keputusan kewangan pada setiap masa.
Rekod-rekod perakaunan
dijadikan sebagai alat utama bagi mengukur prestasi serta kedudukan semasa syarikat
berbanding pesaing-pesaing lain dalam pasaran.
Maklumat kewangan sesebuah syarikat menunjukkan hal operasi dan kos yang dilibatkan dalam
sesuatu jangka masa. Maklumat tersebut berbentuk kewangan (monetary terms) dan boleh
digunakan oleh pihak dalaman dan luaran. Laporan kewangan didokumenkan dalam bentuk
penyata kewangan yang merangkumi tempoh 6 hingga 12 bulan.
2.4.1

Pengguna Maklumat Kewangan


18

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Sesebuah syarikat wujud dalam persekitaran yang melibatkan pelbagai pihak. Pihak-pihak yang
terlibat boleh dikategorikan kepada pihak dalaman syarikat dan pihak luaran.

PEKERJA
PELABUR
DALAMAN

PENGURUSAN

PEMIUTANG

LUARAN
PENGGUNA MAKLUMAT KEWANGAN

KERAJAAN

Rajah 2.5 : Pengguna Maklumat Kewangan

TAJUK 4

Perancangan dan Ramalan Kewangan

4.0 SINOPSIS
Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar tentangkaedah merancang dan menggunakan
kemahiran dalam peramalan pendapatan, kewangan berkaitan proforma penyata pendapatan,
lembaran imbangan dan belanjawan tunai.
4.1 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
1.
2.
3.
4.

Menghuraikan maksud dan peranan pengurusan kewangan bagi sebuah


perniagaan.
Menjelaskan kepentingan penyata kewangan dalam sesebuah perniagaan.
Menerangkan komponen-komponen utama penyata kewangan sesebuah
perniagaan.
Mempelajari cara penyediaan belanjawan tunai.

4.2 Kerangka Tajuk 4

19

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

PENGURUSAN KEWANGAN

PENYATA KEWANGAN

PENYATA PENDAPATAN

LEMBARAN IMBANGAN

BELANJAWAN TUNAI

4.3 Pengenalan
Penyata kewangan merupakan dokumen rasmi sesebuah perniagaan yang melaporkan secara
berkala tentang kedudukan kewangan pada hujung sesuatu tempoh kewangan. Tiga komponen
utama dalam penyata kewangan yang perlu difahami adalah penyata pendapatan, lembaran
imbangan dan belanjawan tunai.

4.1

Maksud Pengurusan Kewangan


Pengurusan kewangan merujuk kepada aktiviti merancang, menyusun, mengarah dan
mengawal segala aspek dalam perniagaan yang mempunyai nilai kekayaan atau nilai
wang, untuk mencapai matlamat yang disasarkan.

4.2

Kepentingan Pengurusan Kewangan


1. Memastikan hasil kewangan bukan sahaja dapat menampung segala perbelanjaan
malah memperoleh keuntungan
2. Memastikan sumber kewangan yang terhad diagihkan daan dibelanjakan dalam
aktiviti perniagaan yang boleh menjanakan keuntungan dan meningkatkan
produktiviti.
3. Memastikan organisasi mempunyai aliran wang yang mencukupi untuk
menjalankan operasi perniagaan agar operasi perniagaan tidaak tergendala.
4. Memastikan organisasi tidak dibebani hutang yang banyak dan memastikan
hutang dapat dibayar balik dalam tempoh yang ditetapkan.

20

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4.3

Peranan Pengurus Kewangan

PERANAN
PENGURUS
KEWANGAN

Membuat
analisis dan
perancangan
kewangan

Mengurus
struktur aset

Mengurus
sumber dana
secara
berkesan

Mengawal
dan
menyelaras

Menjaga
kecairan dan
keberuntunga
n syarikat

Rajah 4.1 : Peranan pengurus kewangan

4.4

Peranan Pengurusan Kewangan


PERANAN
PENGURUSAN
KEWANGAN

Merancang hal-hal
Mengawal
yang berkaitan
Mengagihkan
penggunaan
dengan kewangan
sumber kewangan
sumber kewangan
organisasi
Rajah 4.2 : Peranan pengurusan kewangan

4.5

Penyata Kewangan
Penyata kewangan merupakan dokumen rasmi sesebuah perniagaan yang melaporkan
secara berkala tentang kedudukan kewangan pada hujung sesuatu tempoh kewangan.

21

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

PENYATA KEWANGAN

Penyata pendapatan

menunjukkan hasil dan


belanja, untung dan
rugi

Lembaran imbangan

menunjukkan aset,
liabiliti, ekuiti pemilik
pada satu tarikh
tertentu

Belanjawan tunai

menganggarkan
penerimaan tunai dan
pembayaran tunai
bagi tempoh tertentu

Rajah 4.3 : Komponen utama penyata kewangan

4.5.1

Pihak Yang Berkepentingan Terhadap Penyata Kewangan

22

4.6

23
1. Penyata pendapatan juga dikenali sebagai penyata untung rugi.
2. Penyata pendapatan merupakan penyata yang mengukur prestasi perniagaan bagi
suatu tempoh kewangan.
3. Penyata pendapatan disediakan untuk melaporkan untung rugi sesebuah perniagaan.
Proforma Penyata Pendapatan
Jadual 4.1 : Kegunaan penyata kewangan kepada pihak yang berkepentingan
Agensi kerajaan

Suruhanjaya Syarikat Malaysia mewajibkan syarikat


perniagaan menyerahkan penyata kewangan kepadanya
pada setiap tahun
Lembaga Hasil Dalam Negeri menggunakan penyata
kewangan syarikat sebagai asas pengiraan cukai
Jabatan Statistik menggunakan penyata kewangan untuk
mengumpulkan data untuk kegunan awam

Kesatuan
sekerja, pekerja

Menjadi asas kepada tuntutan untuk mendapatkan bonus,


kenaikan gaji dan sebagainya

Menilai kemampuan membayar balik sebelum memberi atau


memperbaharui kemudahan kredit

Membuat keputusan perniagaan yang tepat


Mengawal dan mengambil tindakan untuk membetulkan
kelemahan dan kesilapan
Membuat perancangan masa depan sama ada jangka
pendek atau jangka panjang

Mengetahui pencapaian perniagaan kerana kedudukan


kewangan mempengaruhi harga saham syarikat berkenaan
Mengekalkan pegangan saham syarikat yang berprestasi
baik
Bakal pelabur ingin mengetahui prestasi perniagaan
sebelum membuat keputusan untuk melabur

Memastikan modal dilaburkan dengan cekap


Menilai prestasi pihak pengurusan dalam mengurus
perniagaan
Melihat keberuntungan perniagaan

KEGUNAAN PENYATA KEWANGAN

Pemiutang,
bank, pembekal /
vendor
Pihak
pengurusan
Pelabur / bakal
pelabur
Pemilik /
pemegang
saham
PENGGUNA

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4. Penyata pendapatan menunjukkan hasil, belanja dan untung bersih atau rugi bersih
sesebuah perniagaan.
5. Penyata pendapatan merupakan gabungan akaun perdagangan dan akaun untung
rugi.
6. Akaun perdagangan disediakan untuk mengesan sama ada perniagaan memperoleh
untung kasar atau mengalami rugi kasar.
7. Akaun untung rugi disediakan untuk mengesan sama ada perniagaan memperoleh
untung bersih atau mengalami rugi bersih.
8. Untung atau rugi sesebuah perniagaan diperoleh melalui perbandingan antara hasil
perniagaan dengan belanja perniagaan dalam suatu tempoh tertentu.
9. Jadual 4.2 menunjukkan contoh penyata pendapatan Syarikat Teraju Perintis Sdn.
Bhd bagi tahun berakhir 31 Disember 2012.

SYARIKAT TERAJU PERINTIS


Penyata Pendapatan
Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2012
2011
(RM)

2012
(RM)

Jualan
Tolak : Kos barang dijual

30 120
20 400

28 680
20 000

Untung kasar

9 720

8 680

Belanja operasi:
Belanja am dan pentadbiran
Belanja pemasaran
Belanja pelbagai
Belanja susut nilai

2 000
1 200
800
200

2 000
1 200
800
200

Jumlah belanja operasi

4 200

4 200

Pendapatan sebelum faedah dan cukai


Tolak : Belanja faedah

5 520
520

4 480
480

Pendapatan sebelum cukai


Tolak : Cukai

5 000
1 500

4 000
1 200

Untung bersih

3 500

2 800

Jadual 4.2 : Penyata pendapatan Syarikat Teraju Perintis Sdn. Bhd bagi tahun berakhir 31
Disember 2012
4.7

Proforma Lembaran Imbangan


1. Lembaran imbangan turut dikenali sebagai kunci kira-kira.
2. Lembaran imbangan menunjukkan kedudukan kewangan sesebuah perniagaan pada
satu tarikh tertentu.
24

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

3. Lembaran imbangan menyenaraikan aset, liabiliti dan ekuiti pemilik sesebuah


perniagaan.
4. Lembaran imbangan memberikan gambaran kasar tentang pelaburan sesebuah
perniagaan ke atas aset-aset serta sumber kewangan yang digunakan bagi
membiayai aset-aset tersebut.
5. Jadual 4.3 menunjukkan contoh kunci kira-kira Syarikat Teraju Perintis Sdn. Bhd bagi
pada 31 Disember 2011 dan 2012.
SYARIKAT TERAJU PERINTIS
Kunci Kira-kira
pada 31 Disember 2012
2012
(RM)

2011
(RM)

Aset Semasa
Tunai
Penghutang
Inventori

1 640
5 900
5 300

1 840
4 800
4 000

Jumlah aset semasa

12 840

10 640

Aset bukan semasa:


Aset bukan semasa
Tolak : susut nilai terkumpul

21 000
6 740

19 600
6 540

Jumlah aset bukan semasa

14 260

13 060

27 100

23 700

LIABILITI DAN EKUITI PEMILIK

(RM)

(RM)

Liabiliti Semasa:
Pemiutang
Pinjaman jangka pendek
Belanja terakru

2 000
2 000
2 500

1 600
1 800
1 900

Jumlah liabiliti semasa

6 500

5 300

Hutang jangka panjang

7 600

6 600

Jumlah liabiliti

14 100

11 900

Ekuiti pemilik:
Saham biasa
Premium saham
Pendapatan tertahan

2 000
5 800
5 200

2 000
5 800
4 000

Jumlah ekuiti pemilik

13 000

11 800

27 100

23 700

ASET

Jumlah Aset

Jumlah Liabiliti dan Ekuiti

Jadual 4.3: Kunci kira-kira Syarikat Teraju Perintis Sdn. Bhd bagi pada 31 Disember
2011 dan 2012.

25

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4.8

Proforma Belanjawan Tunai


1. Setiap perniagaan perlu mengendalikan wang perniagaan secara cekap untuk
memastikan tunai yang cekap.
2. Untuk tujuan itu, peniaga perlu membuat perancangan kewangan dengan
menyediakan belanjawan tunai.
3. Belanjawan Tunai merupakan penyata yang menganggarkan penerimaan tunai dan
pembayaran tunai serta kedudukan tunai bagi beberapa tempoh yang telah
ditetapkan.
4. Belanjawan Tunai boleh disediakan bagi sebulan, suku tahun, setengah tahun,
setahun dan sebagainya.
5. Belanjawan Tunai menunjukkan jumlah wang yang diperlukan oleh perniagaan untuk
beroperasi.

4.8.1

Kepentingan Belanjawan Tunai


1. Membantu perniagaan merancang pembiayaan dan perbelanjaan.
2. Menjadi panduan untuk institusi kewangan mempertimbangkan permohonan
pinjaman.
3. Mengawal aliran tunai perniagaan supaya mempunyai wang yang cukup untuk
membuat pembayaran.
4. Mengukur keupayaan tunai untuk membuat pembayaran.

4.8.2

Penyediaan Belanjawan Tunai


1. Belanjawan tunai disediakan dalam format berlajur
2. Setiap lajur menunjukkan anggaran penerimaan dan pembayaran tunai bagi suatu
bulan atau minggu.
3. Antara butiran anggaran penerimaan tunai adalah:
a. Modal tambahan dalam bentuk tunai.
b. Pinjaman bank
c. Bayaran oleh penghutang
d. Jualan tunai
e. Faedah atas simpanan
f. Dividen atas pelaburan
g. Jualan tunai aset bukan semasa
4. Antara butiran anggaran pembayaran tunai adalah:
a. Ambilan tunai
b. Belian tunai
c. Bayaran kepada pemiutang
d. Bayaran balik pinjaman
e. Gaji dan upah
f. Sewa
g. Kadar bayaran (elektrik dan air)
h. Insurans
5. Jadual 4.4 menunjukkan contoh format belanjawan tunai.

26

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Butir

Bulan 1

Baki awal

Bulan 2

Bulan 3

Penerimaan tunai

Jumlah penerimaan

Pembayaran tunai

Jumlah pembayaran

Lebihan (kurangan)

Baki akhir

Jadual 4.4 : Contoh format belanjawan tunai

Langkah Penyediaan Belanjawan Tunai Adalah Seperti Berikut:


a. Bermula dengan baki awal tunai (seperti A dalam Jadual 4.4).
b. Masukkan semua anggaran penerimaan tunai dan jumlahkan (seperti B dalam
Jadual 4.4).
c. Masukkan semua anggaran pembayaran tunai dan jumlahkan (seperti C dalam
Jadual 4.4)
d. Dapatkan lebihan atau kurangan tunai pada suatu bulan (seperti D dalam Jadual
4.4)
e. Baki akhir bulan diperoleh (seperti E, iaitu A + D dalam Jadual 4.4)
f. Baki akhir bulan berkenaan menjadi baki awal bulan yang berikutnya (seperti E
dalam Jadual 4.4)

27

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Contoh Penyediaan Belanjawan Tunai


Kedai Buku Wawasan mula beroperasi pada 1 Januari 2012 dengan modal tunai di bank
RM 25 000. Maklumat perancangan perniagaannya bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2012
adalah seperti berikut:
i)

Anggaran jualan tunai:


RM
10 500
14 000
18 000

Januari
Februari
Mac
ii) Anggaran belian tunai:
Januari
Februari
Mac

RM
6 000
8 000
7 500

iii) Pada bulan Februari perniagaan akan membeli lengkapan kedai bernilai
RM 2
500.
iv) Perniagaan menerima komisen jualan buku sebanyak RM 1 200 pada bulan Mac.
v) Sewa kedai untuk 6 bulan pertama berjumlah RM 2 400 akan dibayar pada awal
bulan
Januari.
vi) Belanja bulanan yang tidak berubah:

Kadar bayaran
Gaji
Belanja am

RM
150
450
100

vii) Pada awal bulan Februari perniagaan memperoleh pinjaman bank sebanyak
RM 8 000. Pinjama dibayar balik mulai bulan Mac dengan ansuran RM 400 sebulan.
Sediakan Belanjawan Tunai bagi 3 bulan berakhir 31 Mac 2012.

28

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Penyelesaian:
Butir

Januari

Februari

Mac

Baki awal

RM
-

RM
26400

RM
37200

Penerimaan tunai
Modal masuk
Jualan tunai
Pinjaman bank
Komisen

25 000
10 500
-

14 000
8 000
-

18 000
1 200

Jumlah Penerimaan

35 500

22 000

19 200

Pembayaran tunai
Belian tunai
Kadar bayaran
Gaji
Belanja am
Sewa kedai
Lengkapan kedai
Ansuran bank

6 000
150
450
100
2 400
-

8 000
150
450
100
2 500
-

7 500
150
450
100
400

Jumlah Pembayaran

9 100

11 200

8 600

Lebihan (kurangan)

26 400

10 800

10 600

Baki akhir

26 400

37 200

47 800

TAJUK 5

Matematik Kewangan

29

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

5.0 Sinopsis
Tajuk ini membincangkan tentang kefahaman konsep kewangan yang merangkumi nilai masa
wang, konsep faedah dan dividen, nilai masa depan, nilai masa kini dan anuiti. Ia juga
menekankan mengaplikasikan pengetahuan kepada pelaburan wang.
5.1 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
5.1.1
5.1.2

Mengkaji, merancang, menyelesai dan merumuskan aspek dalam matematik


kewangan. Nilai masa wang, kadar faedah, nilai masa depan, nilai masa kini dan
anuiti
Mengira dan menganalisis nilai masa depan, nilai masa kini dan anuiti

5.2 Kerangka Tajuk-Tajuk Modul Ini

Anuiti

Nilai Masa Wang

Matematk Kewangan
Nilai
Masa Kini

Kadar Faedah dan


Dividen

Nilai
Masa Depan

5.3 Nilai Masa Wang


Pengurus perlu membuat keputusan yang melibatkan nilai wang pada masa akan datang (future)
dan juga nilai wang pada masa kini (present). Ini disebabkan nilai wang berubah mengikut
masa.
Contoh sekiranya pelaburan berjumlah RM100,000 dalam suatu projek dilakukan dengan
dijanjikan pulangan RM25,000 setahun selama tujuh tahun. Pengurus perlu mengetahui jumlah
wang yang terkumpul pada penghujung tahun ketujuh. Nilai tersebut adalah nilai masa hadapan.
Selepas itu amuan tersebut perlu ditolak dengan kos pelaburan asal supaya mengetahui tahap
keuntungan atau kerugian dijangka bagi projek berkenaan. Oleh yang demikian, konsep dan
aplikasi nilai masa wang memainkan peranan penting dalam membuat keputusan dalam
perakaunan, kewangan dan pelaburan.
Nilai masa wang dapat menyelesaikan perkara-perkara yang tidak diketahui seperti kadar
faedah, bayaran berkala, bilangan tempoh masa, nilai sekarang (present value) dan nilai masa
depan (future value).

30

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

5.4 Konsep Kadar Faedah dan Dividen


Para pengurus perlu berupaya menentukan kadar faedah atau kadar pulangan efektif masa kini
yang tepat supaya dapat digunakan sebagai asas pendiskaunan aliran tunai masa hadapan.
Konsep kadar faedah dan dividen adalah dua elemen penting yang perlu difahami sebelum
konsep nilai masa wang dapat dijelaskan. Kedua-dua elemen adalah suatu bentuk pulangan ke
atas pelaburan dan wang simpanan yang dibuat oleh firma dan orang awam. Walau
bagaimanapun, sekiranya firma kita yang meminjam atau menjual saham kepada orang lain
maka eleman tersebut akan dikelasifikasikan sebagai kos kepada firma.Begitu juga dengan
dividen bergantung kepada keadaan ia juga boleh menjadi pendapatan atau kos bagi firma atau
individu.

Simpanan / Pelaburan
FIRMA /
ORANG AWAM

BANK
Pulangan

Pulangan ke atas pelaburan atau wang simpanan

Pinjaman
FIRMA /
ORANG AWAM

BANK
Kos Tambahan

Kos Tambahan atas pinjaman

5.5 Konsep Nilai Masa Depan (Future value/FV)


Nilai masa depan wang tidak akan sama dengan nilai masa kini akibat inflasi.
kepada kesan inflasi dibayar kepada pelabur dalam bentuk kadar faedah tertentu.

Pampasan

Contoh sekiranya sesaorang melabur sebanyak RM10 dengan kadar faedah 15% setahun, maka
pada penghjung tahun beliau akan menerima bayaran balik berjumlah RM11.50 (Pokok =
RM10.00 ; Faedah = RM1.50)
Nilai masa depan (FV) adalah nilai wang masa kini (PV) yang dikompaunkan pada satu kadar
faedah ( i) dalam sesuatu tempoh masa tertentu ( n )
Ali melabur RM100 dengan kadar 6% setahun. Beliau melabur selama 3 tahun
31

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Pengiraan :Kaedah Pertama : Mengguna rumus (formula)


FV
FV
FV
FV
FV

=
=
=
=
=

PV (1 +i)n
100 (1 + 6%)3
100 (1 +0.06)3
100 (1.1910)
119.10

Dimana
i = 0.06 (Kadar faedah)
n = 3 tahun (Tempoh)

Kaedah Kedua : Mengguna Faktor Jadual Nilai Masa Depan (Dalam bentuk Jadual)
FV =
=
=
=

PV (FVIF i,n)
PV (FVIF 6,3)
100 (1.1910)
119.10

Nilai 1.1910 diperolehi


drp jadual. Lihat lajur
masa (3) dan baris kadar

Ada kalanya pihak bank akan memberi pembayaran faedah lebih daripada sekali setahun.
Keadaan ini dikenali sebagai pembayaran kadar kompaun bukan tahunan.
Ali melabur RM100 selama 3 tahun. Pihak bank memberikan kadar faedah 6% setahun, dengan
pembayaran faedah dibuat 2 kali setahun.
Kirakan jumlah wang pelaburan terkumpul pada penghujung tahun ketiga
Pengiraan :Kaedah Pertama : Mengguna rumus (formula)
FV =
=
=
=
=
=

PV (1 + i/m)nm
100 (1 + 6/2)3x2
100 (1 + 3%)6
100 (1 + 0.03)6
100 (1.1941)
119.41

Kaedah Kedua : Mengguna Faktor Jadual Nilai Masa Depan (Dalam bentuk Jadual)
FV = PV (FVIF i/m,nm)
= PV (FVIF 6/2,3x2)
Nilai 1.1941 diperolehi
= PV (FVIF 3, 6)
drp jadual masa depan.
= 100 (1.1941)
Lihat lajur tempoh (6)
= 119.41
Semakin tinggi kekerapan tempoh pengkompaunan, semakin besar nilai masa depan yang
akan diperolehi bagi sejumlah simpanan yang sama. Ini disebabkan proses pengkompaunan
berlaku berkali-kali ke atas bayaran faedah yang diterima, dengan syarat kesemua faedah yang
diterima dilabur semula.

5.6 Konsep Nilai Masa Kini (Present value/PV)

32

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Nila masa kini adalah nilai sekarang yang perlu digunakan dalam sesuatu pelaburan. Sekiranya
diketahui nilai masa depan wang terkumpul serta kadar faedah dan tempoh, maka nilai masa kini
boleh dikirakan.
Anda berpeluang memperolehi RM30,000, empat tahun dari sekarang. Anda perolehi kadar
faedah 12 peratus terhadap pelaburan anda. Berapakah wang pelaburan yang perlu anda
sediakan pada masa kini?
Pengiraan :Kaedah Pertama : Mengguna rumus (formula)
FV = PV (1 + i)n
P
V

FV
(1 + i)n

P
V

30 000
(1 + 0.12)4

P
V

30 000
(1.5735)

Dimana
i = 0.12
(Kadar faedah)
n = 4 tahun (Tempoh)

PV = 19 065.78

Kaedah Kedua : Mengguna Faktor Jadual Nilai Masa Kini (Dalam bentuk Jadual)
PV = FV (PVIF i,n)
= 30 000 (PVIF 12, 4)
= 30 000 (0.6355)
= 19065

Nilai 0.6355 diperolehi


drp jadual masa kini.
Lihat lajur masa (4) dan

Bagaimana keadaannya sekiranya faedah dibayar empat kali setahun dengan nilai masa depan
wang adalah RM30,000 dalam masa empat tahun dengan kadar faedah 12 peratus.
Pengiraan : Mengguna Faktor Jadual Nilai Masa Kini (Dalam bentuk Jadual)
PV = FV (PVIF i/m,nm)
= 30 000 (FVIF 12/4, 4x4)
= 30 000 (FVIF 3, 16)
= 30 000 (0.6232)
= 18 696

Dimana
i = 12
(Kadar faedah)
n = 4 tahun (Tempoh)
m = 4 kali (Kekerapan)

Semakin tinggi kekerapan pembayaran faedah berlaku, maka semakin rendah nilai masa kini
yang diperolehi bagi sejumlah aliran tunai yang masuk
5.7 Aliran Tunai Anuiti
Konsep anuiti merujuk kepada suatu siri pembayaran atau penerimaan tunai secara berkala
dalam jumlah dan jeda masa yang sama.
Contoh anuiti adalah bayaran sewa bangunan, cukai tanah dan cukai pintu.
Anuiti dibahagikan kepada dua (2) jenis sepertiANUITI
dalam rajah di bawah.

33
ANUITI
BIASA

ANUITI
MATANG

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Anuiti Biasa
Anuiti yang berlaku di penghujung
tempoh
Pembayaran atau penerimaan tunai
yang berlaku pada setiap akhir
tempoh
Contoh : Cukai pintu

Anuiti Matang
Anuiti yang berlaku di awal tempoh
Bayaran sewa bulan yang dibayar sebelum
menduduki premis.
Contoh : Sewa bangunan

5.8 Konsep Nilai Masa Depan Anuiti (FVA)


Konsep nilai masa depan anuiti digunakan bagi mendapatkan nilai wang masa depan apabila
sesuatu amaun pelaburan atau simpanan yang sama dilakukan secara berulang-ulang dalam
tempoh tertentu. Peningkatan amaun terkumpul berlaku akibat pengkompaunan pada satu
kadar pulangan tertentu.
Sebuah syarikat pengurusan dana saham amanah membuat pelaburan dalam bil
perbendaharaan Malaysia dengan amaun sebanyak RM100,000 setiap tahun selama lima tahun.
Berapakah amaun terkumpul di akhir tempoh tersebut sekiranya faedah dibayar adalah 6 %
setahun.
Pengiraan : Mengguna Faktor Jadual Nilai Masa Depan Anuiti (FVIFA dalam bentuk Jadual)
FVA =
=
=
=

PMT (FVIFA i,n)


PMT (FVIF 6,5)
100 000 (5.6371)
RM563,710.00

Nilai 5.6371 diperolehi


drp jadual masa depan
anuiti. Lihat lajur masa

Bagi konsep nilai masa depan anuiti matang, kita boleh mengambil contoh dimana seorang
pengusaha dikehendaki membayar sewa kedainya pada setiap awal bulan kepada pemilik
bangunan. Amaun bayaran sewa adalah RM500 sebulan selama 12 bulan. Sekiranya kadar
kompaun ditetapkan pada kadar 8% setahun, berapakah nilai masa depan bagi anuiti matang.
FVA = PMT (FVIFA i,n) (1 + i)
= 500 (FVIF 8,1)(1 + 0.08)
= 500 (18.977) (1.08)
= 100 000 (5.6371)
= RM 10,247.58

5.9 Konsep Nilai Masa Kini Anuiti (PVA)


34

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Proses pendiskaunan alir tunai anuiti bertujuan menentukan nilai wang pada masa kini. Ianya
penting dalam mendapatkan kos pelaburan asal atau modal asas yang dikeluarkan ketika
pelaburan dibuat.
Sebuah syarikat berpeluang melabur RM20,000 hari ini dan akan menerima hasil tahunan
sebanyak RM4,000 selama 6 tahun. Tentukan sama ada projek ini menguntungkan syarikat
sekiranya kadar diskaun adalah 12% setahun.
PVA =
=
=
=

PMT (PVIFA i,n)


4 000 (PVIF 12, 6)
4 000 (4.1114)
RM16,445.60

Nilai 4.1114 diperolehi


drp jadual masa kini
anuiti. Lihat lajur masa

Berdasarkan jawapan di atas, kita dapati bahawa projek ini tidak menguntungkan kerana nilai
masa kini anuiti adalah RM16,445.60 sedangkan pelaburan asal yang dibuat adalah RM20,000.
Nilai masa kini anuiti bagi anuiti matang.
Firma XYZ mendapat bayaran sewa sebanyak RM8,000 setiap awal tahun selama 5 tahun.
Peratusan pulangan yang diperolehi daripada pelaburan hartanah tersebut adalah 10% setahun.
Nilai kini anuiti matang boleh dikira seperti berikut :PVA = PMT (PVIFA i,n) (1 + i)
= 8 000 (PVIFA 10, 5) (1 + 0.10)
= 8 000 (3.7908) (1.10)
= RM 33,359.04

35

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

TAJUK 6

Pengenalan Perdagangan Elektronik

6.0 Sinopsis
Tajuk ini memperkenalkan kepada konsep perdagangan elektronik daripada pelbagai perspektif.
Ia juga membincangkan tentang peranan teknologi dalam integrasi perniagaan
6.1 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
6.1.1
Menerangkan konsep perdagangan elektronik daripada pelbagai perspektif
6.1.2
Membincangkan bagaimana teknologi dan automosi memngubah dunia korporat
6.1.3
Mengaplikasi e-dagang antara organisasi
6.2

Kerangka Tajuk-Tajuk Modul Ini

sIntegrasi Perniagaan

Pengenalan
Perdagangan
Elektronik

sPeruncitan

sTeknologi & Masyarakat

6.3 Pengenalan e-perdagangan


Perdagangan elektronik mempunyai pelbagai tafsiran bergantung kepada siapa anda tanya.

Daripada perspektif ahli ekonomi (economist), perdagangan elektronik dapat membantu


pembeli dan penjual mengurangkan kos sementara meningkatkan mutu barangan dan
mempercepatkan

Pihak pengurusan pula, perdagangan elektronik adalah penggunaan teknologi ke arah


otomasi urusniaga perniagaan dan perjalanan kerja

Pemasaran pula, perdagangan elektronik merupakan alat baru untuk menyediakan


maklumat kepada sasaran pasaran melalui pengiklanan, promosi dan publisiti

Perspektif teknologi pula, perdagangan elektronik adalah cara untuk menyampaikan


maklumat, produk, perkhidmatan dan pembayaran melalui jaringan komputer

36

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

6.4 Integrasi Perniagaan (Enterprise Integration)


Perisian komputer yang hanya khusus untuk sesuatu jabatan sahaja sudah tidak mencukupi
kerana perluberhubung dengan pelbagai jabatan dalam sesuatu perniagaan. Untuk mengurus
dengan lebih cekap dan berkesan satu kelas perisian intergrasi perniagaan dibangunkan.
Sistem ini mengandungi tiga bahagian
1Pengkalan data teknologi ( technnology database)
Satu pengkalan data (repository) perkongsian yang mengandungi maklumat
terperinci dan spesifikasi semua bahan (materials), produk dan peralatan
2

Sistem Perancangan (Planning system)


Pengaturan pengeluaran untuk tempoh tertentu yang mengandungi jadual kerja
kakitangan (personnel) dan keperluan bahan mentah

Pengukuran Prestasi (Performance measurement)


Membandingkan prestasi sebenar dengan yang dirancang
Sistem ini melangkaui batasan satu organisasi sahaja. Ia dapat menyepadukan kontraktor,
pembekal dan pelanggan.
Mematuhi standard akan mengurangkan ketidakpastian dan
memastikan ketepatan jangkaan /unjuran. Ketelusan maklumat dan komunikasi yang kerap
menghasilkan kerjasama yang berkesan. Secara keseluruhan dengan adanya jaringan yang
berkesan perniaagan juga akan berkembang maju
6.5 Peruncitan
Adakah imej secara maya (virtual images) dapat menyelesaikan perkara-perkara berikut :rasa deria mengangkat sesuatu produk ; merasa sesuatu bahan dan
teksturnya serta kekuatannya ;mencubanya seperti pakaian ; atau duduk di
atas sofa atau tilam sebelum buat keputusan membeli
Peruncit menghadapi cabaran-cabaran di atas dalam penggunaan internet untuk menjual produk
mereka.Dalam dunia nyata, urusniaga di atas berlaku disebabkan wujudnya peraturan, adat-adat
dan amalan-amalan yang membentuk kepercayaan. Satu cabaran asas adalah untuk mengguna
prinsip-prinsip asas daripadadunia nyata ke dalam dunia maya,untuk membentuk satu proses
yang selari.
Selain daripada isu-isu prosedur meningkatkan keyakinan pengguna terhadap imej digital dan
memudahkan proses memulangkan barangan yang rosak atau tidak diperlukan, peruncitan
secara maya mesti juga menyelesaikan masalah keselamatan data dan kerahsiaan pengguna
(consumer privacy).
Masalah keselamatan dalam internet mempunyai pelbagai bentuk. Virus dalam fail, lampiran
email yang merbahaya (malicious email attachment), pentadbir sistem yang cuai dan pelbagai
lagi isu keselamatan.Masalah ini mesti diterima dan diselesaikan supaya pengguna yakin dan
percaya dengan sistem rangkaian komputer. Mengguna perisian anti-virus, tidak membuka
email yang tidak dipercayai sumbernya, dan membuat pertimbangan yang wajar terhadap
pembayaran mengguna web adalah langkah-langkah keselamatan yang boleh diambil oleh
pengguna.
Lain-lain masalah diselesaikan secara sistematik, contohnhya sistem penyampaian digital.
Pelanggan memulakan pembelian dengan memuat turunkan agen penyampaian syarikat
( company's agent delivery).Agen mengarah pelanggan mengisi maklumat peribadi dan kad
kredit. Seterusnya agen akan mengesahkanurusniaga, memuat turun dan memasang (install)
perisian yang dibeli kepada sistem pengguna. Urusniaga menjadi selamat sebab agen
37

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

penyampaian mengguna saluran komunikasi sendiri dengan pelayan (server). Urusniaga yang
diurus oleh agen adalah tepat sebab dapat membandingkan fail-fail yang dipasang dengan yang
disimpan dalam pelayan. Maka ia dapat menjamin penyampaian elektronik bagi setiap
pembelian perisian, serta memudahkan pengguna dengan tidak payah memuat turun dan
memasang sendiri perisian tersebut.
Pengguna memerlukan tahap kepercayaan yang tinggi terhadap integriti dan keselamatan
sesuatu sistem, sebelum mengemukakan maklumat/data peribadi ke dalam web. Maklumat
peribadi yang diguna dalam internet atau disimpan dalam pengkalan data adalah dikawal melalui
kod rahsia (encryption).
6.6 Teknologi dan Masyarakat
Masyarakat memerlukan keyakinan bahawa dunia maya ciptaan teknologi dapat
menguatkuasakan perundangan dan standard moral yang tinggi demi keselamatan pengguna.
Ini mesti dilaksanakan mengguna juga teknologi
Ada lima cara mencipta nilai daripada maklumat :1mengumpulkannya
(gather it)
2 mengorganisasikannya (organise it)
3 memilihnya
(select it)
4mensintesiskannya
(synthesize it)
5mengagihkannya
(distribute it)
Maklumat peribadi boleh diperolehi secara sukarela atau automatik dalam web. Peniaga
membuat profil-profil pengguna untuk membantu menjayakan matlamat perniagaan. Pelawat
diminta memberikan maklumat peribadi secara sukarela melalui tawaran insentif seperti
perkhidmatan percuma apabila menjadi ahli. Pelayan web (web servers) menjejak corak lawatan
dan pendedahan kepada pengiklanan secara terperinci tentang profil pengguna.
Data peribadi yang dikumpul akan dijual kepada pihak tertentu. Sejak ianya dicipta Internet
mempunyai tradisi untuk menukar maklumat (information barter) dimana maklumat ( spt. Reka
bentuk, penyelesaian,dokumentasi). Maklumat merupakan komoditi yang didagangkan dan juga
sebagai medium pertukaran.Perkara yang merisaukan pengguna adalah maklumat peribadi yang
didagangkan, tidak ada pengawalan dari segi ketepatan, integritii dan penggunaannya.
Dalam dunia perdagangan berasaskan pengetahuan digital, persepsi kita terhadap kekayaan
(wealth) perlu diubah. Kesan web dirasai di semua sektor dalam masyarakat. Teknologi dan
automasi dapat meningkatkanproduktiviti. Ia juga membuka peluang-peluang baru manakala
yang lama akan pupus/hilang. Kerajaan akan mengenalpasti bagaimana kekayaan dibentuk
serta dimana ia berlaku, mereka akan mencari cara baru untuk engenakan cukai dan
mengagihkan kekayaan baru ini. Kekayaan baru ini adalah hasil ciptaan rangkaian global digital.

38

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

TAJUK 7

Persekitaran Teknologi, Ekonomi dan Organisasi Dan Pengguna

7.0 Sinopsis
Tajuk ini membincangkan tiga sub-topik iaitu persekitaran teknologi, persekitaran organisasi dan
ekonomi, dan persekitaran pengguna
7.1 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
7.1.1 Mengintegrasi dan menilai persekitaran e-dagang; teknologi, organisasi dan
ekonomi dan pengguna
7.1.2 Mendefinisikan dan memberi contoh perlakuan-perlakuan oportunistik
7.1.3 Menerangkan empat fasa urusniaga ekonomik dari perspektif pembeli dan
penjual

7.2

Kerangka Tajuk-Tajuk Modul Ini

sEkonomi dan Organisasi

sTeknologi

Pengguna

Persekitaran
Perdagangan
Elektronik

7.3 Persekitaran Teknologi


Pada masa lampau kemajuan dalam bidang telekomunikasi dan pengkomputeran berlaku secara
berasingan. Pada masa kini, kedua-dua bidang ini saling bergantung antara satu sama lain
dalam rangkaian komputer. Semua teknologi maklumat menjadi sebahagian daripada sistem
komunikasi yang menghubung perniagaan, individu dan agensi kerajaan.
Kini kebanyakan bentuk maklumat boleh disimpan dan diproses secara elektronik. Maklumat
yang amat banyak dengan implikasi ekonomik dan kerahsiaan boleh dilihat melalui rangkaian
komputer. Maklumat ini juga perlu disimpan dan dijaga(protect) mengikut tempoh masa yang
berbeza-beza. Contoh pelbagai tempoh masa adalah seperti berikut :

39

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Pemindahan dana elektronik berjumlah berjuta dan berbillion, dimana


keselamatan jangka pendek diperlukan dalam tempoh masa yang
singkat

Perancangan strategik sesebuah syarikat dimana ia perlu disimpan dan


kerahsiaan dijaga untuk beberapa tahun

Kunci-kunci untuk tandatangan digital yang ada implikasi perundangan


mesti disimpan dandijaga supaya tidak berlaku salahguna semasa ianya
masih sah.

Hakmilik resipe sesuatu produk atau rumus tertentu yang perlu disimpan
dan dijaga selagi ianya berguna, kadang-kadang sehingga berpuluh
tahun

Maklumat peribadi sesaorng individu ( keadaan perubatan, penilaian


prestasi pekerjaan)perlu disimpan dan dijaga sepanjang hayat individu
tersebut

Rumusannya adalah dalam perdagangan elektronik :

Keperluan untuk mengurus maklumat dengan berhati-hati (management of


information)
Pilihan yang mesti dibuat tentang teknologi rangkaian (network technology)

Quality of service
"the collective effect of service performance which determine the degree of satisfactionof
a user of the service"
Infrastruktur dan Prestasi Rangkaian
Perkara penting tentang rangkaian komunikasi (communication networks)
1. Kenal pasti secara unik
2. Ada Sistem Kumpulan (Contoh: Kod negara, negeri dan nombor sebenar)
3. Direktori yang merekod nombor untuk individu
4. Telefon peribadi boleh berhubung dengan sistem swis pengantaraan (intermediate
switching sys)
5. Perhubungan boleh sementara atau kekal (Telefon awam / rumah)
Rangkaian Kawasan Luas (Wide Area Network)
WAN adalah rangkaian pelanggan dengan pelayan (client/server). Dimana satu komputer
berperanan sebagai pelanggan dan satu lagi sebagai pelayan. Pelayan (server) meawarkan
perkhidmatan kepada pelanggan-pelanggannya. Perkhidmatan yang ditawarkan adalah data
yang disimpan, pemerosesan atau akses kepada peranti lain seperti pencetak.
Pelayan dengan pelanggan berhubung mengguna mesej melalui hubungan fizikal. Internet
menggunakan sistem telefon untuk berhubung.
Rangkaian lain seperti VAN menggunakan sistem lain iaitu sistem pendawaian khas, komunikasi
satelit, atau kombinasi beberapa kaedah.

Bandwidth (Kelebaran Jalur)


Adalah keupayaan saluran komunkasi dan ianya diukur berdasarkan jumlah maklumat yang
dapat dipindahkan dalam masa tertentu (bits per second)
40

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Pertukaran maklumat antara pelayan dengan pelanggan mempunyai pelbagai saiz ada yang
kecil dan ada yang besar. Bagaimana maklumat ini di pindahkan (transported) daripada sumber
ke destinasinya bergantung kepada:
infrastrukut rangkaian (network infrastructure)
intermediate switching points
interconnections between service provider
Kewujudan internet memisahkan perkhidmatan perkhidmatan daripada kemudahan
Sebagai satu rangkain umum dan terbuka internet dapat menyediakan saluran komunikasi yang
mudahantara rangkaian. Ia memberikan sedikit jaminan QoS.
Tiga ciri utama yang membezakan internet dengan jenis WAN yang lain adalah :Connectionless
Tiada perhubungan yang berterusan antara pelayan dengan pelanggan
Maklumat dipecahkan kepada kumpulan kecil dikenali sebagai packets.
Mesej ini mengandungi alamat perjalanan (routing address) Rangkaian
lain berorientasikan hubungan iaitu ia akan berhubung sehingga anda
tamatkan perhubungan
Stateless
Setiap mesej berdiri sendiri.Kedua-duanya iaitu pelanggan dan pelayan
memasukan maklumat dalam rangkaian dan tunggu tindakabalas.
Mereka tidak ada cara untuk mengetahui sama ada mesej sampai atau
tidak.Tindakan mengawasi siri mesej yang menjadi perbualan bukan
tanggungjawab internet.Internet hanya mengawal dan mengawasi siri
paket-paket yang membentuk satu mesej dan menyusun semula apabila
semua bahagian tiba

Best-Effort
Sistem tidak memberi jaminan bahawa mesej akan disampaikan-ia akan
membuat yang terbaikSekiranya pelanggan / pelayan tidak dapat
dihubungi, paket akan dibuang
Istilah global untuk rangkaian yang connectionless, stateless dan best-effort adalah unreliable
(tidak boleh dipercayai). Jenis WAN lain adalah lebih baik seperti VPN (Virtual Private Network)
menyediakan teknologi perjalanan yang kompleks untuk memastikan hubungan yang baik dan
stabil
Rangkaian VAN (Value Added Network) pula mempunyai keyakinan dan pengalaman untuk
memastikan bahawa maklumat akan sampai ke destinasi mengikut jadual dan selamat (intact).
Syarikat yang mengharapkan perkhidmatan berkualiti risau bahawa internet tidak dapat memberi
jaminan yang diharapkan
Mission Critical Network
Syarikat akan memilih rangkaian yang mampu memberikan perkhidmatan yang memberi
jaminan bahawa maklumat akan sampai ke destinasi, tepat pada waktu dan selamat. Selain itu
rangkaian juga boleh mengawal dan memberi keutamaan kepada maklumat penting yang perlu
disampaikan dahulu.
Rangkaian menjadi lebuhraya elektronik untuk mengangkut maklumat pergi dan balik di antara
organisasi

41

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

dengan pihak yang berkepentingan seperti penjual, pembeli, pembekal dan rakan kongsi.
Pertukaran maklumat merangkumi pesanan, pertanyaan, pembayaran, perkhidmatan dan
sokongan, reka bentuk, pelan-pelan dan lain-lain maklumat.
Perkhidmatan rangkaian kritikal juga merangkumi menyediakan akses kepada maklumat gudang
untuk sokongan pemasaran pada masa sebenar (real time) ; sokongan kepada wakil
perkhidmatan pelanggan ; membekalkan maklumat video kepada kepada pedagang kewangan
untuk membaiki keputusan pelaburan ; dan berkongsi gambar/imej perubatan untuk kolaborasi
dalam diagnosis
yang kompleks
Dalam keadaan tertentu prestasi rangkaian akan menentukan kejayaan atau kegagalan syarikat.
Prestasirangkaian mempengaruhi operasi sesuatu syarikat. Pertalian antara pihak yang
berkepentingan (stakeholders) akan menjadi lebih baik melalui hubungan(connection) yang
berprestasi baik dan sebaliknya akan tergugat dengan prestasi yang kurang baik
Pergantungan kepada rangkaian semakin meningkat untuk menjalankan perniagaan. Kita perlu
memastikan keutamaan dalam aliran trafik rangkaian. Ini memerlukan keupayaan untuk
menentukan kelas-kelas trafik dan pengguna serta teknologi untuk mengenakan keutamaan dan
peraturan dalam trafik maklumat. Adalah diandaikan bahawa semua trafik mesti disampaikan
kepada destinasinya, dalam keadaan sesak trafik kritikal perlu diutamakan berbanding dengan
trafik lain
Rangkaian yang dapat memberikan jaminan mutu perkhidmatan (Quality of Service) mempunyai
mekanisme untuk membuat peraturan dan keputusan aliran trafik rangkaian.

Pengurusan dan Pemilihan Rangkaian (Network Management and Network Choice)


Syarikat perlu mendapat jaminan bahawa data mereka sentiasa selamat. Berikut adalah kategori
maklumat :Data Awam (Public Data)
Data jenis ini tiada sekatan keselamatan dan boleh digunakan oleh sesiapa
sahaja.Data ini perlu dijaga (protect) daripada diubahsuai oleh pihak yang tidak
diberikan kuasa
Data Hak Cipta (Copyright Data)
Data jenis ini telah didaftarkan sebagai hakcipta sesaorang atau pihak tertentu
tetapi bukan rahsia.Pemilik membenarkan ianya digunakan tetapi dibayar
apabila digunakan. Untuk mendapatkanhasil yang maksmum, keselamatan
mesti ketat / rapi
Data Sulit (Confidential Data)
Data ini kandungannya adalah rahsia, tetapi kewujudannya tidak. Contoh data
adalah nombor akaun bank dan fail peribadi
Data Rahsia (Secret Data)
Kewujudan data ini adalah rahsia dan mesti sentiasa dirahsiakan. Adalah
penting mengawal akses kepada maklumat ini. Ia perlu dipantau dan merekod
(log) semua akses dan percubaan untuk mengakses data rahsia
Rangkaian yang selamat mempunyai mekanisme untuk mengawal akses kepada data. Produk
enkripsi yang canggih dan firewalls digunakan untuk memastikan kerahsiaan dan keselamatan
urusniaga internet
Lain-lan syarikat pula bergabung untuk menyediakan VAN yang selamat. Contoh ANX bagi
industri automotif menyediakan satu rangkaian untuk e-dagang dan pemindahan data bagi
42

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

semua rakan perniagaan. Pemimpin industri memutuskan struktur pengurusan dan peraturan
perniagaan bagi memastikan rangkaian memenuhi keperluan-keperluan prestasi,
kebolehpercayaan dan keselamatan.
Perancangan Luar Jangkaan (Contingency Planning)
Business Impact Analysis dilaksanakan untuk mengenalpasti fungsi-fungsi penting perniagaan.
Langkah-langkahnya adalah seperti berikut:

Kenal pasti aktiviti-aktiviti penting perniagaan serta pemilik aktiviti.


Aktiviti-aktiviti perniagaan adalah proses-proses dan fungsi-fungsi
utama pengeluaran yang menentukan perkhidmatan diberikan kepada
pelanggan.Pemlik adalah orang yang bertanggungjawab terhadap
operasi harian.

Kenal pasti sistem-sistem dan maklumat yang kritikal

Menganggarkan satu tempoh masa henti yang munasabah

Kenal pasti risiko-risiko, menentukan magnitud mereka dan mengenal


pasti perlindungan.

7.4 Persekitaran Ekonomi dan Organisasi


Kitaran pengeluaran (production cycle) melibatkan pemerolehan bahan mentah atau komponen
untuk menghasilkan produk yang diterima oleh pelanggan. Setiap langkah dalam kitaran
pengeluaranmenambahkan nilai kepada bahan asal. Menghuraikan pilihan yang dibuat oleh
sesuatu syarikat untuk membeli komponenatau perkhidmatan daripada pasaran terbuka, atau
membuat secara dalaman, adalah persoalan-persoalan untuk bidang ekonomik dan sosiologi
organisasi.
Sebagai contoh, kita ambil sebuah syarikat yang membuat dan menjual majalah.
Langkah-langkah dalam kitaran pengeluaran adalah :Laporan
Menulis
Menyunting

Reporting
Writing
Editing

Fotografi
Tipografi

Photography
Typography

Reka bentuk

Layout

Kertas
Cetakan
Perkhidmatan
langganan
Pelabelan surat
Agihan fizikal

Paper
Printing
Subscription
services
Mailing label
Physical
distribution

Syarikat perlu membuat keputusan sama ada hendak menghasilkan setiap barangan atau
perkhidmatan secara sendirian atau membelinya daripada pembekal tertentu. Kebanyakkan
syarikat majalah tidak mempunyai kilang kertas dan kilang percetakan sendiri. Mereka
mengupah penyunting (editor) dan pekerja lain. Syarikat akan mengarah pasukan pemberita
(reporters) untuk menulis cerita atau menulis semula cerita daripada syarikat berita atau
mengupah daripada pemberita sambilan. Gambar pula boleh datang daripada jurugambar
sendiri atau dibeli daripada syarikat lain (stock house).
Faktor-faktor sosial seperti nepotism, protectionism dan affirmative action akan mempengaruhi
sama adauntuk membuat sendiri atau membeli daripada pihak luar. Dua faktor penting yang
mempengaruhi keputusan "buat-atau-beli" adalah :
43

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

pengaruh perlakuan oportunistik syarikat-syarikat lain


kos urusniaga (transaction costs)

Penjual akan berkelakuan oportunistik (iaitu meminta harga yang lebih tinggi daripada
sepatutnya) apabila pembeli bergantung kepada mereka dan tidak mudah memperolehi apa
yang diperlukan di tempat lain.
Firma akan dipengaruhi oleh oportunisma dalam keadaan-keadaan berikut :Pengkhususan lokasi (site specificity)
Produk contohnya bahan mentah hanya ada pada lokasi tertentu sahaja
Pengkhususan aset fizikal (Physical asset specificity)
Produk tidak boleh digunakan untuk tujuan lain, maka ia hanya berguna untuk
satu pelanggan sahaja
Pengkhususan aset manusia (Human asset specificity)
Kemahiran-kemahiran tertentu diperlukan untuk mengguna atau menghasilkan
sesuatu produk
Pengkhususan Masa (Time Specificity)
Produk boleh digunakan pada masa tertentu sahaja (contoh: bahan mudah
rosak/busuk)
Produk yang kompleks (Product complexity)
Maklumat tentang produk adalah kompleks.Pelanggan menghadapi masalah
untuk menjelaskan apa yang dikehendaki dan terpaksa mencari pelbagai alternatif
untuk mendapatkan pembekal terbaik.
7.4.1

Pasaran dan Hierarki ( Markets and Hierarchies)

Pasaran bertujuan untuk memudahkan urusniaga antara pelbagai pembeli dengan pelbagai
pembekal.
Manakala hieraki pula adalah perhubungan jangka panjang antara pembekal dengan pelanggan,
diuruskan oleh pihak pengurusan bukannya kuasa pasaran.
Kriteria
Sifat
Skop
Komunikasi
Darjah
keluwesan
Tahap
Perhubungan

Pasaran
Bebas
Satu
urusniaga
Perundingan

Hieraki
Bergantung
Satu siri
urusniaga
Rutin

Tinggi

Rendah

Rendah

Pertengahan Tinggi

Pasaran
Pasaran bertujuan untuk memudahkan
urusniaga di antara pelbagai pembeli
dengan pelbagai pembekal

Hierarki
Hierarki adalah perhubungan jangka
panjang di antara pembeli dengan
pembekal, diuruskan oleh pengurusan
dan bukannya pengaruh pasaran.

44

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Mekanisma pasaran adalah dimana


pembeli membeli daripada pembekal
yang dapat memberikan tawaran yang
terbaik.(harga, kuantiti, standard
kualiti, jadual penyampaian)

Mekanisma hierarki, pembeli tidak


memilih daripada pelbagai pembekal
yang berpotensi. Firma membeli
barangan/perkhidmatan daripada
pembekal yang telah ditetapkan. Firma
membuat urusniaga berterusan.
Perhubungan ditentukan oleh
perjanjian

Keadaan pasaran dimana pelanggan


boleh memilih kombinasi terbaik dari
segi harga, kualiti dan lain-lain kriteria
yg dikehendaki. Persaingan antara
pembekal menghasilkan pelbagai
pilihan, maka pembeli tidak terikat
dengan sifat oportunistik pembekal.

Hierarki terbentuk akibat kos


urusniaga yang tinggi. Pembekalan
mesti di sediakan dan/atau pembekal
tidak begitu kompetitif untuk
menghalang oportunisme.
Mengekalkan perhubungan jangka
panjang dan stabil antara pembeli
dengan pembekal akan
mengurangkan kos urusniaga

7.4.2
Pasaran Elektronik
Dalam pasaran pembeli mencari penjual. Mengguna rangkaian elektronik akan mengurangkan
kos mencari barangan dan perkhidmatan. Proses ini dikenali sebagai "the electronic brokerage
effect".Dalam pasaran elektronik wujud perkhidmatan yang menghubungkan antara pembeli
dengan pembekal melalui sumber maklumat berkongsi (shared information resource). Sumber ini
menyediakan alat untuk mencari data. Ia membantu pembeli untuk mencari tawaran daripada
pelbagai pembekal dengan cepat,mudah dan murah.
Kemudahan rangkaian seperti perkhidmatan direktori memudahkan untuk mengenalpasti
bilangan yang menjelaskan tentang sesuatu buku. Firma membentuk perhubungan pasaran
dengan rakan niaga apabila mengguna rangkaian untuk mengurangkan kos. Teknologi
memudahkan syarikat untuk mencari pelbagai pilihan. Mereka menggunakan rangkaian untuk
membentuk satu kumpulan pembekal yang besar. Ini mengakibatkan pembeli tidak perlu setia
kepada mana-mana pembekal kerana pilihan yang banyak untuk berurusniaga.
7.4.3
Hierarki Elektronik
Firma menggunakan rangkaian untuk mengurangkan kos integrasi membentuk perhubungan
hierarki jangka panjang dengan rakan perniagaan. Perhubungan hierarki menggunakan sistem
maklumat dan rangkaian tele-komunikasi untuk integrasi antara pembeli dengan pembekal.
Pelbagai cara mengintegrasi hubungan antara pembekal dan pembeli dalam perhubungan
hierarki adalah seperti berikut :
Electronic Data
Interchange

Sistem ini menghubungkan terminal jualan pembeli


dengansistem penyampaian pembekal supaya tidak
berlaku kekurangan stok pembeli

Just In Time Inventory


Management System

7.4.4

Sistem ini membentuk perhubungan dengan


pembekal dan pelanggan untuk memberi dan
menerima pesanan melalui dokumen pesanan
pembelian, invois dan maklumat perkapalan dengan
cekap dan berkesan.
Urusniaga Perdagangan (Commercial Transaction)

45

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Model Empat Fasa untuk urusniaga perdagangan adalah berikut :Penerokaan Sebelum Membeli
Prepurchase Discovery
Pemilihan dan Keputusan Membeli
Selection and Commitment
Proses Pembelian
Purchase Consummation
Interaksi Selepas Pembelian
Post Purchase Interaction
Penerokaan Sebelum Membeli
Persediaan Sebelum Membeli adalah penting untuk pasaran dan hierarki. Keperluan pelanggan
ditentukan dari segi produk, masa dan kehendak ; pembekal yang dapat memenuhi keperluan ini
dicari. Maklumat tentang produk dan syarat serta terma urusniaga dicari, tetapi tiada komitmen
diminta atau diberi.
Pada peringkat ini proses pengumpulan maklumat dan penilaian dijalankan. Pelanggan tidak
bergantung kepada pembekal sahaja. Mereka akan meminta pendapat daripada mereka yang
pernah membeli produk.
Proses membuat keputusan akan menjadi panjang apabila produk adalah rumit atau maklumat
tentang produk susah untuk ditafsirkan.
Pemilihan dan Keputusan Membeli
Pemilihan tentang pembekal dan keputusan untuk membeli memerlukan perundingan tentang
terma dan keperluan yang tidak diketahui semasa proses pencarian. Pembekal ingin menjual
dan mengadakan beberapa urusniaga atau menjual stok yang berlebihan. Manakala pembeli
pula meletakan keutamaan pada syarat penyampaian dan kualliti.
Proses Pembelian
Proses Pembelian melibatkan pihak-pihak lain selain daripada pembeli dan penjual. Produk
(barangan atauperkhidmatan) perlu diagihkan kepada pembeli/penjual yang melibatkan
pengangkutan diuruskan oleh pihak lain. Proses pembayaran juga melibatkan pihak ketiga dari
segi pengurusan pembayaran dan pengesahan instrumen pembayaran.
Akhir sekali pembeli dan penjual mesti bersetuju tentang syarat-syarat urusniaga yang sudah
dipersetujui.Kuantiti, kualiti dan masa penyerahan sudah dipenuhi atau gantirugi diminta.
Penjual mahu menggalakkan pembeli membeli barangannya lagi. Ini memerlukan perhubungan
pemasaran untuk mewujudkan kesetiaan jenama.
Interaksi Selepas Pembelian
Interaksi melibatkan perkhidmatan pelanggan dan sokongan untuk mengurus aduan pelanggan,
pemulangan barangan dan kecacatan barangan.
7.4.5
Aliran Kerja (Work flow)
Mengguna teknologi dalam perdagangan memerlukan strukur yang jelas dan tetap. Komputer
dan rangkaianmesti diselaraskan serta tugas-tugas dibahagikan antara pembeli, penjual dan
pemberi perkhidmatan sokongan. Perspektif ekonomi dan pasaran adalah abstrak, maka
perspektif dan pengurusan teknologi mesti konkrit (jelas dan tetap)
Dalam teori sistem pengurusan pengkalan data (Database Management System) memberikan
definisikhusus tentang urusniaga. Definisi ini yang membuatkan mesin teler automatik( ATM)
dapat berfungsi dengan cekap dan berkesan serta dapat bekerja dengan sistem-sistem lain
dalam sesuatu bank.
Definisi ini menyatakan sesuatu urusniaga mesti mempunyai prosedur berikut: Mempunyai proses permulaan dan tamat yang berstruktur dan jelas

Mengikut proses yang ditetapkan (Satu siri langkah-langkah)


46

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

7.5

Peringkat akhir adalah berjaya atau gagal

Boleh silap dengan pelbagai cara, tetapi betul/berjaya dengan hanya satu cara
sahaja

Ubah data dalam pengkalan data sekiranya berjaya, dan tidak berubah data
sekiranya gagal/silap

Pengguna

Industri-industri besar mengguna pengkomputeran untuk memajukan aspek-aspek


kualiti
perkhidmatan
inovasi
kepantasan
Perniagaan melabur dalam teknologi maklumat dan perdagangan elektronik untuk
meningkatkan produktiviti
mengurangkan kos, dan
memajukan perkhidmatan pelanggan
Pengguna suka membeli atas talian (online) kerana dapat mencari pelbagai produk berbanding
kedai tradisional. Mutu perkhidmatan pelanggan juga dapat ditingkatkan. Pengguna yang sibuk
dapat menjimatkan masa dan rasa lebih mudah kerana penjual dapat memenuhi keperluan
individu. Pengguna boleh peroleh pelbagai maklumat apabila membuat keputusan pembelian.
Maklumat yang baik (better information) dan pilihan yang pelbagai (greater selection) serta kos
operasi yang rendah membantu perniagaan internet untuk menurunkan harga atau membaiki
kualiti
7.5.1

Perkhidmatan Pelanggan

Jurujual hanya mampu menjaga akaun pelanggan yang mampu mereka berjumpa dan
menghubungi melalui telefon. Apabila jumlah pelanggan (akaun) meningkat maka bilangan
jurujual juga meningkat. Malah syarikat jualan langsung juga perlu meningkatkan pekerja
apabila pesanan melalui telefon meningkat.
Bagi syarikat yang menggunakan komputer (web-based), ia boleh menambah pelanggan baru
dengan kos yang rendah atau tanpa kos langsung. Ini kerana urusan jualan dilakukan dalam
komputer (server), bukannya kedai secara fizikal atau jurujual. Pencapaian syarikat hanya
dibatasi keupayaan komputer untuk melayan pertanyaan dan pesanan pelanggan.
Internet juga boleh membuatkan syarikat jualan tradisional, jualan mengguna katalog dan
pengiklanan menjadi lebih cekap.
Pesanan secara automatik melalui komputer membolehkan jurujual untuk memberi tumpuan
terhadap pembinaan dan mengekalkan perhubungan dengan pelanggan. Tanpa komputer,
jurujual terpaksa menghabiskan masa mengisi borang-borang pesanan pelanggan.
Katalog elektronik dapat memberikan lebih banyak maklumat dan pilihan berbanding dengan
katalog kertas.
Jualan langsung atas talian (online) dapat memendekan masa pembelian semula yang
memudahkan untuk menambah barangan untuk dijual
47

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Dengan mengguna internet (perniagaan atas talian) sesebuah syarikat dapat mencipta pasaran
baru menguntungkan pada peringkat tempatan dan global.
7.5.2
Kepelbagaian (Variety)
Pembeli /pengguna memperoleh menafaat yang amat baik daripada internet dari segi pilihan
produk dan perkhidmatan berbanding dengan saluran tradisional. Sama ada di rumah atau
pejabat, penggunaboleh akses beribu laman web untuk mendapat maklumat tentang berita,
peristiwa, produk, penyelidikandan boleh membeli hampir apa sahaja.
Pemilihan tidak terhad kepada produk dan perkhidmatan yang boleh disampaikan secara digital,
malah laman web juga menjual alat elektronik, perkebunan, bekalan pejabat dan lain-lain produk
fizikal. Ia juga menyediakan pilihan yang pelbagai berbanding jualan secara tradisional.
Contoh, satu kedai buku yang besar menyediakan 150,000 pelbagai buku, manakala kedai maya
boleh menyediakan 2.5 juta tajuk merangkumi buku yang diterbitkan dan juga buku yang tidak
diterbitkan.Selain kedai buku biasa, kedai buku khas menyediakan buku-buku tentang antik,
buku dalam bahasa asing, edisi luar biasa, dan buku-buku lain yang mungkin memerlukan
panggilan telefon dan terpaksamelakukan perjalanan untuk mendapatkannya. Sebaliknya
mengguna internet, pembaca hanya perlutaipkan kata kunci untuk mengenalpasti laman yang
sesuai, lawat laman terpilih dan cari inventori, buat pemilihan dan lakukan proses pembelian.
Buku akan sampai kepada anda dalam beberapa hari.
7.5.3
Pilihan Berdasarkan Maklumat (informed Choice)
Antara Kelebihan terbaik pasaran terbuka elektronik adalah kesediaan boleh dapat maklumat
dan pembentangan maklumat.
Pembelian yang memerlukan kajian latarbelakang yang
mendalam atauperbandingan antara pilihan yang pelbagai menjadi mudah apabila kompleksiti
diturunkan dan kesediaan maklumat meningkat.
Membeli sebuah kereta adalah satu contoh yang memerlukan banyak dan pelbagai maklumat
untuk memenuhi keperluan dan kehendak pembeli. Antara maklumat yang perlu dipertimbangkan adalah :-

Pembuat kereta

Model
Aksesori
Prestasi

Pembiayaan
kewangan
Polisi insuran
Harga (perundingan)

Melalui internet semua maklumat yaang diperlukan untuk membeli sebuah kereta boleh diperolehi. Rangkaian(web) memberikan peluang kepada pengguna dengan pelbagai maklumat
tentang harga dan pilihan yang boleh dibuat. Keputusan yang akan dibuat lebih tepat
berdasarkan maklumat yang diperolehi.
Rangkaian memberikan pengetahuan (maklumat) yang banyak dan terperinci tentang pilihanpilihan serta harga yang wujud. Pengguna boleh membuat keputusan daripada pilihan yang
termaklum (informed choice) sebelum membeli sesuatu produk.

48

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

TAJUK 8

Aplikasi Antara Organisasi

8.0 Sinopsis
Tajuk ini membincangkan topik-topik tentang kos pembelian, pengurusan inventori, kitaran masa,
asimilasi teknologi dan penyesuaian teknologi
8.1 Hasil Pembelajaran
Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:
8.1.1 Menerangkan bagaimana kos pembelian, pengurusan inventori dan kitaran masa
mempengaruhi harga sesuatu produk dan bagaimana integrasi membantu
8.1.2 Menerangkan empat fasa dalam proses mengguna teknologi baru dan tiga
halangan yang menghalang proses tersebut
8.1.3 Menerangkan perbezaan antara rangkaian terbukan dengan rangkaian nilai
tambah (VAN) serta bagaimana rangkaian membantu perniagaan
8.2

Kerangka Tajuk Ini

Kos
Pembelian

Penyesuaian
Teknologi

Pengurusan
Inventori
Aplikasa
Antara
Organisasi

Asimilasi
Teknologi

Kitaran
Masa

49

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

8.3 Pengenalan
Persaingan antara industri adalah sistem komputer yang canggih. Contoh sistem komputer yang
digunakan oleh industri tertentu adalah seperti di jadual berikut:Industri
Syarikat penerbangan,
Hotel dan Kereta Sewa

Sistem Komputer
Sistem tempahan berkomputer
Computerised reservation system

Industri pemborongan hospital

Pesanan secara automatik dan sistem pengagihan


Automated order entry and distribution system

Pasaran kewangan

Perdagangan berkomputer dan sistem pembayaran


Computerised trading and settlement system

Pengeluaran

Reka bentuk berbantukan komputer dan Pertukaran


data elektronik
Computer aided design & Electronic data
interchange

E-dagang berkembang dengan pantas. Syarikat pelbagai saiz berkomunikasi antara satu sama
lain secara elektronik. Perhubungan dilakukan mengguna internet awam dan juga rangkaian
swasta seperti rangkaian nilai tambah (Value added network). Ditunjukkan secara grafik seperti
di bawah:-

E-Dagang

Komunikasi

Rangkaian

Awam
internet

Swasta
Rangkaian Nilai Tambah

Teknologi Maklumat dan Komunikasi membantu organisasi menyusun semula struktur


organisasi. Penyusunan semula ini bertujuan untuk mengatasi masalah dari segi jarak dan
masa. Kecekapan dari segi koordinasi dan kawlan dapat ditingkatkan.

50

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Syarikat

Guna TMK

TMK bantu penstrukturan semula perhubungan antara organisasi


Meningkatkan koordinasi dan kawalan

Objektif

Mencapai matlamat organisasi


Penggunaan sumber yang cekap (Kecekapan)
Penerokaan pasaran baruMeningkatkan
(Inovasi)
mutu produk dan perkhidmatan
(Keberkesanan)

Dalam e-dagang, perhubungan perniagaan-perniagaan melibatkan penggunaan komputer dan


rangkaian. Komputer dan rangkaian menghubungkan antara pembekal dengan pelanggan.
Perhubungan ini melibatkan bahagian-bahagian tertentu dalam sesuatu organisasi dengan
bahagian lain serta organisasi luar seperti ditunjukkan dalam jadual di bawah:Bahagian Dalam Organisasi
Operasi pembelian
Perancang logistik dalam
syarikat
Bahagian jualan dengan

sesuatu

Bahagian perkhidmatan pelanggan


Syarikat

Bahagian Dalaman Atau Organisasi Luar


Pembekal
Syarikat pengangkutan yang menyimpan
dan menghantar produk mereka
Pemborong atau peruncti yang menjual
produk mereka
Bahagian penyelenggaraan
Pelanggan

Dalam semua perhubungan ini, tiga perkara penting diambil berat iaitu : Kos Pembelian
(Purchasing cost)
Pengurusan Inventori
(Inventory management)
Kitaran masa
(Cycle time)
Tiga perkara diatas memberi kesan terhadap kos overhed.
dikurangkan, ia mengakibatkan
Penggunaan modal yang lebih cekap
Pengurangan cukai
Produktiviti meningkat

Sekiranya kos overhed dapat

8.4 Kos Pembelian


Membeli barang atau perkhidmatan bagi syarikat yang besar adalah satu proses yang kompleks.
Ia adalah proses yang kompleks kerana melibatkan pelbagai langkah (multi step process)
51

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Langkah-langkah pembelian adalah seperti berikut :-

Pembekal

Cari pembekal yang dapat memenuhi keperluan dari segi kuantiti, penyampaian, kualiti dan harga

Pertukaran
Lukisan Maklumat
yang terperinci serta maklumat mengikut spesifikasipelanggan. Maklumat adalah rahsia jika ia melibatkanproses pengeluara

Sampel Produk
Diperakukan Pembeli berpuas hati bahawa pembekal dapatmenyediakan produk yang dipesan mengikutspesifikasi yang ditet

Pesanan
Pembelian

Pembeli memesan kuantiti barangan yang spesifik

Pesanan
Diterima

Pembekal mengesahkan bahawa pesanan pembelian diterima

Mengesahkan pesanan
boleh dipenuhi Pembekal mengesahkan pesanan boleh dipenuhi samaada daripada stok sedia ada atau melalui proses pengelua

Notis Penghantaran
Invois

Pembeli menerima dokumen daripad pembekal

Menerima Penghantaran Invois


Pembeli mengesahkan menerima barangan mengikut spesifikasi pesanan. Bahagian kewangan semak invois dan pastikan ia sama d

Pembayaran
Dilaksanakan

Jika perubahan berlaku, proses bertambah

Syarikat menurunkan kos pembelian melalui : membaiki pembelian dengan mendapat diskaun melalui pembelian berkuantiti (volume
discounts)
integrasi yangl ebih baik dengan pembekal utama dalam proses pengeluaran
Pemprosesan pesanan yang cekap akan mengurangkan masa dan usaha terlibat dalam
memastikan bahawa perkara-perkara berikut antara pembeli dan pembekal adalah tepat dan
padan :52

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Pesanan Pembelian, Pesanan Perubahan, Notis Penghantaran / Penyampaian dan Invois-invois


8.5 Pengurusan Inventori
Menyimpan inventori bermakna kos operasi meningkat dan keuntungan berkurangan. Selain
kos produk ada kos-kos lain yang terlibat iaitu :
Kos penyimpanan (storage cost)
Kos insurans
(insurance cost)
Menyimpan inventori berlebihan boleh berlaku dalam keadaanikeadaan berikut :Keadaan 1 : Model / Stail

Jika produk yang disimpan adalah khusus untuk model atau stail tertentu, inventori yang
berlebihan terpaksa dihapus kira bila model ditamatkan atau stail sudah berubah

Keadaan 2 : Pengeluaran

Syarikat menyimpan bahan mentah untuk memastikan proses pengeluaran berjalan lancar.
Masalah ketidakcekapan dari segi : jadual pengeluaran lambat dibuat (diproses)
pesanan kepada pembekal juga lambat diproses
mengakibatkan syarikat terpaksa menyimpan inventori lebihan kerana kelewatan dan kesilapan.
Selain berlaku lebihan stok, syarikat juga tidak mampu untuk bertindakbalas dengan perubahan
permintaan

Keadaan 3 : Produk Siap

Ada syarikat menyimpan produk siap untuk dihantar kepada pelanggan. Menyimpan inventori
berlebihan tidak bermakna syarikat dapat meningkatkan perkhidmatan pelanggan. Contohnya
kasut saiz 10 tidak bermakna bagi pelanggan yang memerlukan kasut saiz 8. Apabila pelanggan
memerlukan reka bentuk dan warna tertentu sesuatu produk, tetapi syarikat tidak dapat
memenuhinya kerana belum sampai. Sudah pasti pelanggan tersebut akan pergi mencarinya
daripada pesaing.

Rumusan
Mengurus inventori dengan cekap akan menghasilkan : penurunun kos operasi syarikat, dan
perkhidmatan pelanggan yang lebih baik
Meningkatkan pusingan ganti inventori di gudang atau kedai dengan menjual atau menggunanya
untuk pengeluaran akan mengurangkan kos-kos yang berkaitan dengan insuran, urusan
menyusun dan menyimpan
8.6 Pusingan Masa
Pusingan masa adalah jumlah masa yang diperlukan untuk membina sesuatu produk siap yang
boleh dijual kepada pelanggan.
53

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Ada kos-kos tetap yang tidak berubah dengan jumlah pengeluaran, seperti : susut nilai peralatan
kos utiliti
kos bangunan
masa (upah) pengurus dan penyelia
Koordinasi yang cekap dan berkesan antara pembeli dan pembekal akan mengurangkan
pusingan masa.Contohnya jika purata masa untuk menghasilkan sesuatu produk dapat
dikurangkan daripada 8 jam kepada 6 jam. Kos tetap seunit dapat dikurangkan kerana jumlah
masa dipendekkan.
Kesan ini amat jelas dalam kawalan mutu (quality control). Komponen yang bermutu tinggi
mengurangkan kadar kecacatan (defect rates), kurangkan masa untuk diuji yang secara
keseluruhan memendekkan masa bagi proses pengeluaran menghasilkan produk untuk
dipasarkan.
Kebaikan mengurangkan pusingan masa adalah seperti berikut : komponen sudah diperakukan (certified) sebelum digunakan
Pengeluaran yang cekap mengurangkan pelaburan yang perlu dibuat untuk
mesin baru
Produk cacat dapat dikurangkan bermakna lebih produk boleh dipasarkan
daripada
8.7 Asimilasi Teknologi
Pada awal tahun tujuh puluhan, syarikat mula melakukan kerja automasi untuk kerja-kerja yang
berulang-ulang. Penyelidik mendapati bahawa teknologi maklumat bermula secara kecil-kecilan
tetapi berkembang dengan pesat sehingga menjadi satu perkara asas dalam syarikat
Penyelidik mendefinisikan empat fasa dalam proses teknologi baru digunakan dalam sesuatu
organisasi. Selain fasa untuk menerima dan mengguna teknologi baru, ada tiga halangan yang
mungkin menghalang penggunaan teknologi baru.

4 Fasa dan 3 halangan yang menyokongan dan menghalang penggunaan teknologi baru

Menyokong

Menghalang

Mengenal pasti dan Melabur Dalam Teknologi


(Technology Identification and Investment)
Hilang Minat dan Kos Bertambah
(Loss Interest, Cost Overruns)
Penyesuaian Dan Pembelajaran Teknologi
(Technological Learning and Adaptation)
Tumpuan yang Sempit dan Kurang Sesuai
(Narrowly focused, Inappropriate Fit)
Rasionalisasi dan Kawalan Pengurusan
(Rationalisation & Management Control)
Hanya Mementingkan Kecekapan Sahaja
(Too Efficiency Dominated)
Transformasi Teknologi Yang Menyeluruh

Fasa 1 : (WidespreadTechnology
Mengenal pasti dan
melabur
dalam Teknologi (Technology Identification
Transfer)
Investment)
and Investment)

54

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Permulaan Projek Teknologi Baru (Initiation of a new technology project)


Peringkat dimana keputusan dibuat untuk memulakan pelaburan dalam teknologi baru. Faedah
dan kos teknologi belum dikenal pasti. Skop projek terhad untuk menguji dan dilakukan melalui
projek rintis. Apabila projek berkembang pengendali lebih berpengalaman dan latihan di
mulakan kepada kumpulan kecil dahulu. Ini bertujuuan untuk menguji kesesuaian teknologi
dengan keperluan organisasi.
Fasa ini adalah peringkat mencuba (experimental) maka halangan mudah berlaku kerana
pelbagai sebab. Antara sebab adalah : Teknologi tidak sesuai dengan organisasi
Kegagalan pembekal / vendor
Penglibatan pekerja (pengguna teknologi) yang rendah
Kos melebihi dari yang sepatutnya (cost overruns)
Perubahan strategik organisasi
Perancangan dalam fasa ini terbahagi kepada mengenal pasti teknologi (technology
identification) dan sumber manusia. Masalah teknikal teknologi mesti diselesaikan supaya ia
memberi faedah kepada organisasi. Manakala sumber manusia pula mesti diberi latihan khas
supaya dapat mengguna teknologi baru.
Apabila organisasi memperolehi pengalaman mengguna teknologi baru, minat akan
berkembang. Penggunaan teknologi yang sesuai dengan keperluan organisasi juga akan
berkembang menandakan perkembangan penggunaan teknologi baru akan masuk ke dalam
fasa dua.
Fasa 2 : Penyesuaian Dan Pembelajaran Teknologi (Technological Learning and Adaptation)

Apabila teknologi baru terbukti boleh berfungsi dalam organisasi, proses beralih kepada proses
pembelajaran bagaimana mengguna teknologi tersebut. Pada peringkat ini lebih ramai
pengguna terlibat dengan teknologi baru. Usaha untuk mencari faedah dan kebaikan teknologi
serta bagaimana untuk mengaplikasinya ke bahagian-bahagian lain dalam organisasi.
Kelembapan akan berlaku sekiranya pendekatan dalam peringkat adalah terlalu konservatif.
Kejayaan bergantung kepada komunikasi yang berkesan dan kesanggupan mencari kesesuaian
penggunaan teknologi kepada pekerja organisasi.
Fasa 3 : Rasionalisasi dan Kawalan Pengurusan(Rationalisation & Management Control)

Peringkat ini bermula dengan pembangunan kawalan yang tepat untuk membimbing reka bentuk
dan pelaksanaan. Peranan pengguna dan pekerja sokongan menjadi lebih jelas dan kadar
inovasi dan pengubahsuain menjadi perlahan. Perancangan pada peringkat ini tertumpu kepada
kecekapan iaitu kecekapan kos. Ia merangkumi melengkapkan dan membaiki aplikasi,
mmeningkatkan tahap kecekapan pekerja dan menstruktur semula untuk mengguna teknologi
baru dengan lebih cekap.
Halangan berlaku kerana terlalu tertumpu kepada kecekapan bukannya keberkesanan teknologi
baru tersebut. Terlalu banyak tertumpu kepada skala ekonomi boleh mematikan projek. Satu lagi
sebab gagalnya disebabkan ia dianggap sebagai tahap akhir pelaksanaan jadi projek akan
berada pada tahap penggunaan yang terhad.

55

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Fasa 4 : Transformasi Teknologi Yang Menyeluruh(WidespreadTechnology Transfer)


((Rationalisation & Management Control)

Peringkat dimana teknologi digunakan secara meluas dalam organisasi. Selalunya ini berlaku
dimana satu jabatan dalam syarikat menyebarluaskan teknologi ke seluruh organisasi.
Perancangan pada peringkat ini tertumpu kepada operasi. Persoalan dimana teknologi ini boleh
digunakan dan berapakah kos untuk melaksanakannya. Menjangkakann tempoh penggunaan
teknologi baru ini adalan penting dan kritikal. Ini disebabkan sesetengah teknologi tidak sampai
ke peringkat 4 ini, kerana ia akan diganti dengan pantas oleh teknologi baru peringkat 3 daripada
bahagian lain dalam organisasi.
Peringkat 1 dan 2 bersifat inovasi, peringkat 3 dan 4 dikenali dengan kawalan (control). Dalam
fasa inovasi pihak pengurusan mesti menyediakan sumber-sumber untuk mendapat hasil yang
belum pasti (uncertain). Manakala untuk peringkat kawalan pula, kewangan dan sistem
pengurusan prestasi diperlukan untuk menjayakan teknologi baru.

56

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

TAJUK 10

Penilaian dan Pemesanan

Objektif pembelajaran
Dapat menerangkan bagaimana perkhidmatan internet dapat membaiki perkhidmatan pelanggan
dan proses penilaian produk
Dapat menerangkan bagaiman pengumpulan data pengguna individu boleh digunakan untuk
meningkatkan perkhidmatan pelanggan
Pengenalan
Topik ini merangkumi bagaimana pengguna membuat penilaian dan keputusan untuk membeli
sesuatu produk daripada internet. Perhubungan antara pengguna dengan laman akan
mempengaruhi kesetiaan pengguna dengan laman serta produk yang disediakan. Kepercayaan
dan kepuasan pengguna akan menghasilkan lawatan dan urus niaga yang berulangkali dengan
laman yang akan menghasilkan kesetiaan pelangan terhadap jenama.
Dua kriteria digunakan oleh pengguna untuk membuat penilaian dan keputusan terhadap
sesuatu produk iaitu :
Kriteria Membuat Keputusan

Faktor
Produk

Faktor
Manusia

Faktor Harga, Kesesuaian,


Boleh didapati atau tidak

Faktor Reputasi syarikat,


perkhidmatan pelanggan dan
kepercayaan

10.3Pengurusan Perhubungan (Relationship Management)


Pembentangan dan reka bentuk sesuatu katalog produk dalam rangkaian tidak mencukupi untuk
memastikan kejayaan sesuatu syarikat. Suatu perhubungan berdasarkan kepercayaan perlu
diwujudkan antara pelanggan dengan peniaga. Kepercayaan ini akan memberikan kredibiliti
kepada maklumat yang dipamerkan.
Berdasarkan ini wujud satu fenomena iaitu kesetiaan kepada jenama (brand). Jenama akan
mengenalpasti mutu perhubungan dan juga produk. Kesetiaan pelanggan (customer loyalty)
iaitu kesetiaan kepada jenama dikaitkan dengan mutu produk dan penyampaian maklumat.

Kesetiaan Pelanggan

Mutu
Produk

Penyampaian
Maklumat

57

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Syarikat yang berniat untuk mewujudkan satu kumpulan pelanggan yang setia mesti mencari
cara-cara bagaimana untuk memberikan perkhidmatan secara peribadi dalam rangkaian.

Pelanggan Yang Setia

Menyediakan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan pelanggan

10.4Social Interaction
Pelanggan menjangkakan
perkhidmatan daripada internet adalah lebih responsif berbanding
Urus Pelanggan
Matlamat
akhir adalah
untuk menukarkan
produk
kepada perkhidmatan
panjang
Jualan Ini disebabkan
dengan kedaiBukan
fizikal.
tiada
perhubungan
secara
langsung
dengan jangka
pekerja
syarikat dan tindakbalas pantas rangkaian. Oleh sebab itu, interaksi sosial memainkan peranan
yang besar untuk memudahkan maklumbalas pelanggan pembekal dan menyokong
penyelidikan pemasaran. Akibatnya wujud laman yang memberi peluang untuk pelanggan dan
pembekal membincangkan dan memberi maklumbalas tentang sesuatu produk.

Contoh: Perkhidmatan
Atas Talian
PerbankanBank
atas talian
memberikan katalog produk serta nasihat kewangan berdasarkan keperluan pelanggan (maklumat diberika

Dua teknologi internet yang digunakan untuk interaksi sosial adalah:Teknologi Untuk

Perkhidmatan Berkualiti
Tingkatkan Kesetiaan

Interaksi
Sosialproduk, sokongan teknikal dan maklumat status pesanan atas talian
Perkhidmatan seperti
penerangan

Kakitangan Beri Tumpuan


Kepada Pelanggan

Kakitangan dapat melayan pelanggan yang seterusnya memberi kepuasan kepada pelanggan

Newsgroup

Chat

Atas Talian
Usenet adalah sistemSokongan
papan buletin
terkumpul (Collective bulletin
Chat ialah
board)
satu perkhidmatan yang membenarkan komunikasi spontan
(on-line Support)

Sokongan terbahagi kepada Sokongan Urus niaga dan Sokongan Teknikal

ngguna pos mesej melalui mel elektronik kepada kotak mel


Pengguna
terkumpul.
taipSesiapa
mesej yang
sahaja
diposkan
boleh tambah
ke bilik chat dan sesiapa yang berhubung boleh member

Jawapan atau komen kepada pos membentuk satu perbincanganKelebihan


yang berkait(threaded)
chatroom ialah kespontanan komunikasi dan peserta yang pelbagai

Syarikat boleh menggunakan teknologi untuk memberi perkhidmatan yang pantas dan cekap
kepada pengguna.
10.3Collecting Customer Profiles
Syarikat telah lama mengumpul dan menyimpan maklumat tentang pelanggan dan produk.
Maklumat ini disimpan dalam pengkalan data yang boleh diakses oleh pekerja yang dibenarkan.
Dengan adanya maklumat tentang profail pelanggan,, ianya boleh digunakan oleh syarikat untuk
memberi perkhidmatan-perkhidmatan berikut:-

58

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Wakil Perkhidmatan
Pelanggan
Dapat membantu
pelanggan yang ingin mencari maklumat tentang produk yang telah dibeli atau tentang akau

WakilDapat
Sokongan
Teknikal
membantu
pelanggan dengan pantas dan cekap sebab tahu maklumat produk yang telah dibeli oleh pela
Atas Talian

Syarikatdijawab
boleh beri
Layanan
Pelanggan
dengan
namaIstimewa
mereka apabila berhubung sesuatu laman sebab syarikat ada teknologi yang menyimpan m

Menyediakan cadangan untukSyarikat


pembelian
berdasarkan
pelanggan
beribaru
cadangan
tentangminat
produk
baru yang sesuai berdasarkan minat dan rekod pembelian lampau pelan

Isu yang paling penting tentang pengumpulan maklumat pelanggan ialah keselamatan dan
kerahsiaan maklumat individu. Pengguna risau dimana syarikat boleh mengguna dan menjual
maklumat pelanggan tanpa had dan kawalan.
Penggunan ingin tahu
Siapa yang mengumpul maklumat
Maklumat yang dikumpulkan diguna untuk apa
Cara/Kaedah bagaimana menghadkan pendedahan maklumat peribadi
Untuk menyelesaikan masalah ini, World Wide Web Consortium telah membina teknologi baru
dikenali sebagai Platform for Privacy Preferences atau P3. Teknologi akan menghalang laman
yang dasar maklumatnya tidak selari dengan kehendak atau citarasa pengguna. Satu lagi cara
ialah untuk meletakkan tanda kepercayaan (trust marks) pada laman-laman yang mempunyai
dasar maklumat yang baik.

10.4Automated Order Entry


Pembelian secara automatik melibatkan pelanggan dan pembekal. Dalam internet
10.5The ThreeTier Client/Server System At Work
10.6Delivering Customized Products
10.7Making Order Entry Work

59

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

10.8Order Forms

TAJUK 12

Perundangan e-Dagang Di Malaysia

PENGENALAN
Sistem perundangan Malaysia mempunyai beberapa peruntukan .yang berperanan
dalam mengatasi dan mencegah jenayah-jenayah yang berakaitan dengan e-dagang atau
jenayah siber. Beberapa akta dan sekyen diperuntukkan bagi melindungi perkara ini seperti Akta
Jenayah Komputer
, Akta Perlindungan Data Personel, Akta Aktiviti Elektonik dan Akta
Transaksi Elektorik.
AKTAJENAYAH KOMPUTER
Jenayah yang biasanya berlaku adalah seperti penipuan mesin ATM, memalsukan
mesin ATM, dan sistem perbankan kewangan.
Berbeza dengan jenayah siber iaitu skim cepat kaya, pornografi, judi siber dan
sebagainya.
Seksyen 3 , Akta Jenayah Komputer 1997,
Adalah berkenaan capaian tanpa kuasa. Sesuatu kesalahan dikatakan berlaku apabila
seseorang menyebabkan sesebuah komputer melaksanakan apa-apa fungsi dengan niat untuk
mendapat capaian kepada mana-mana atur cara atau data yang disimpan dalam mana-mana
komputer. capaian yang diniatkan itu adalah tanpa kuasa dan beliau mengetahui tidak
mempunyai kuasa sedemikian.
Oleh kerana itu, kesalahan di bawah peruntukan ini adalah seperti yang berikut:
1. Mengubah atau memadamkan atur cara atau data.
2. Menyalin atau mengalihkannya ke mana-mana bahan antara storan selain tempat ia
disimpan atau ke tempat lain dalam bahantara storan di mana ia disimpan.
3. Menggunakannya atau menyebabkan ia dioutput daripada komputer di mana ia disimpan
sama da dengan mengakibatkan ia dipaparkan atau mengikut apa-apa cara lain.
HUKUMAN
Bagi kesalahan yang disabitkan di bawah pertuduhan seksyen ini, hukumannya adala boleh
didenda tidak melebihi RM50000 atau penjara tidak lebih 5 tahun atau kedua-duanya sekali.
Seksyen 4 , Akta Jenayah Komputer 1997,
1. Seseorang adalah melakukan statu kesalahan di bawah seksyen ini jika dia melakukan
satu kesalahan yang disebut dalam seksyen 3 Akta Jenayah Komputer 1997 dengan
niat:
- untuk melakukan suatu kesalahan yang melibatkan fraud atau kecurangan atau
yang menyebabkan kecederaan sebagaimana yang ditakridkan dalam Kanun
Keseksaan; atau
- untuk memudahkan berlakunya suatu kesalahan itu sama ada olehnya sendiri
atau orang lain.
2. Bagi maksud seksyen ini, adalah tidak material sama ada kesalahan yang seksyen ini
terpakai dilakukan pada masa yang sama apabila capaian tanpa kuasa itu didapati atau
pada bila-bila masa hadapan.

60

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

3. Dalam mensabitkan kesalahan di bawah seksyen 4 ini, seksyen 3 hendaklah dibuktikan


terlebih dahulu. kesalahan yang dinyatakan ini termasuklah kesalahan fraud dan
kecurangan atau yang menyebabkan kecederaan seperti yang ditakrifkan dalam Kanun
Keseksaan.
4. Bagi kesalahan di bawah seksyen ini, dendanya tidak melebihi Rm 150000 atau penjara
tidak lebih daripada 10 tahun atau kedua-duanya sekali.

SEKSYEN 5 akan terpakai.


1. Seseorang adalah melakukan suatu kesalahan jika dia melakukan apa-apa perbuatan
yang dia tahu akan menyebabkan pengubahsuaian tanpa kuasa atau kandungan manamana komputer.
2. Bagi maksud sekyen ini, adalah tidak material bahawa perbuatan berkenaan tidak
ditujukan kepada:

(i) Mana-mana atur cara atau data yang tertentu.

(ii) Apa-apa bentuk atur cara atau data.


(iii) Suatu atur cara atau data yang disimpan dalam mana-mana komputer yang
tertentu.
3. Bagi maksud seksyen ini, adalah tidak material sama ada suatu pengubahsuaian tanpa
kuasa berlaku, atau yang dikehendaki berlaku, kekal atau hanya sementara.
4. Pengubahsuaian kandungan komputer dijelaskan dalam seksyen 2(7) dan (8) Akta
Jenayah Komputer 1997. Dalam perkara ini, pengubahsuaian tanpa kuasa terhadap
disket 3 1/2 yang masih berada di dalam sesebuah komputer terjumlah kepada
kesalahan di bawah peruntukan ini. Penyebaran virus menerusi komputer juga
merupakan suatu kesalahan di bawah seksyen ini.
HUKUMAN
1. Bagi kesalahan ini, penalti yang dIkenakan ialah denda tidak melebihi RM 10000 atau
penjara tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya sekali. Bagi kesalahan dengan niat
untuk menyebabkan kecederaan
2. Sebagaimana takrifan Kanun Keseksaan, denda tidak melebihi RM 150000 atau penjara
tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya sekali.
RANG UNDANG-UNDANG PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2009
Rang Undang-Undang Perlindungan Data Peribadi antara lain bertujuan mengawal selia
pemprosesan data peribadi individu yang terlibat dalam transaksi komersial oleh pengguna data
untuk mengadakan perlindungan kepada data peribadi individu itu, dan dengan itu melindungi
kepentingan individu berkenaan.
Akta ini bukan bertujuan membayar pampasan kepada mana-mana pihak yang
terkilan dengan tindakan mana-mana syarikat yang menggunakan data peribadi
mereka tanpa kebenaran.
Pihak-pihak yang terkilan boleh ambil tindakan sivil terhadap mereka yang salah
menggunakan data peribadi jika ia dikategori sebagai transaksi komersil
Menurut rang undang-undang itu seseorang pengguna data yang melanggar
peruntukan Seksyen 5(1) telah melakukan satu kesalahan dan berdepan
hukuman maksimum penjara dua tahun, denda RM200,000 atau kedua-dua
sekali.
AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK ATAU ELECTRONIC GOVERNMENT ACTIVITY
ACT (EGAA) 2007
AKTA AKTIVITI KERAJAAN ELEKTRONIK ATAUEGAA adalah suatu Akta untuk
mengadakan peruntukan bagi pengiktirafan undang-undang mesej elektronik dalam urusan
antara Kerajaan dengan orang awam, penggunaan mesej elektronik untuk memenuhi kehendak
61

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

undang-undang dan untuk membolehkan dan memudahkan urusan melalui penggunaan cara
elektronik dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya.
Bila EGAA berkuatkuasa?
EGAA telah berkuatkuasa pada 1 Januari 2008
Tujuan EGAA diwujudkan
EGAA diwujudkan bagi membolehkan Kementerian/Agensi Kerajaan melaksanakan sesuatu
aktiviti di dalam sesuatu Akta secara elektronik.
Pemakaian EGAA
EGAA hanya terpakai bagi Undang-undang Persekutuan yang ditetapkan mengikut seksyen 6 di
dalam EGAA tersebut.
Peranan Jabatan/Agensi di dalam melaksanakan EGAA
Jabatan/Agensi yang ingin melaksanakan EGAA perlulah mengenal pasti aktiviti-akitiviti
yang hendak dilaksanakan secara elektronik dan mendapat nasihat daripada Penasihat
Udang-Undang Kementerian/Agensi dan MAMPU.
Jabatan/Agensi hendaklah menyediakan aplikasi secara elektronik dan memastikan
keberkesanan aplikasi tersebut seperti yang ditetapkan di dalam Arahan Teknologi
Maklumat sebelum EGAA dikuatkuasakan.
AKTA TRANSAKSI ELEKTRONIK
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan belum
ada satu akta khusus bagi melindungi kepentingan hak-hak pengguna yang menjalankan
urusan perniagaan melalui e-dagang.
Akta Perlindungan Pengguna (APP) 1999 akan dipinda untuk memberi perlindungan
kepada pengguna yang menjalankan urusan secara elektronik, kata: Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob.

KEBERKESANAN e-Dagang DI MALAYSIA

Bidang penerbangan : Air Asia,Malaysia Airline


Penerbitan akhbar atas talian: Utusan Malaysia,Berita Harian,Sinar Harian
Bidang Peruncitan: pasaraya maya e-mall
Pelancongan:Promosi perhotelan,inap desa
Pendidikan:Score A

KEBOLEHPERCAYAAN e-Dagang
Pencerobohan dalam transaksi semakin berleluasa.
Peniaga-peniaga bimbang, maklumt-maklumat sulit terutamanya dalam B2B akan
diceroboh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kegagalan mempertimbangkan keadaan pesaing
Sesebuah syarikat kadangkala mempunyai kebolehan untuk melibatkan diri dalam sistem
edagang. Tetapi, kekurangan maklumat mengenainya boleh menyebabkan ianya tidak
dapat bersaing dengan pesaing lain.
Kesukaran bagi pelanggan untuk melakukan pembelian sekiranya tiada ilmu dalam
teknologi maklumat
Kesukaran bagi pengguna sekiranya pengguna tidak mempunyai ilmu dalam bidang
teknologi maklumat. Selain itu, pengguna tersebut harus mengetahui alamat elektronik
perniagaan tersebut secara spesifik dan ini menyukarkan pengguna.
Kegagalan memahami kehendak pengguna
- iaitu apa yang hendak dibeli dan bagaimana hendak membeli. Namun, masalah ini
dapat diatasi sekiranya peniaga menjalankan kajian pemasaran seperti kaedah
tradisional.
62

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Kelembapan internet (heavy internet traffic)


TOKOH USAHAWAN INTERNET
Dato Seri Tony Fernandes (CEO Air Asia dan Tune Company)
Christopher Chan (CEO The Media Shoppe Bhd)
Irfan Khairi (Pengasas Idea Bubble)

TAJUK 13

Undang-undang Perniagaan

13.0Sinopsis
Tajuk ini membincangkan undang-undang perniagaan. Ia bermula dengan jenis dan sumber
undang-undang. Seterusnya perbincangan berfokus kepada lima undang-undang iaitu undangundang kontrak, undang-undang jualan barang, undang-undangsewa beli, undang-undang alam
sekitar dan undang-undang hak cipta
Undang-undang Perniagaan
Jenis dan sumber undang-undang
Undang-undang kontrak
Undang-undang jualan barang
Undang-undang sewa beli
Undang-undang alam sekitar
Undang-undang hak cipta
Rujukan
Akta Kontrak 1950 ( Akta 136) & Akta Kontrak Kerajaan 1949 ( Akta 120 ),( 2002)Akta Paten
1983 ( Akta 291) ,(2006) Akta Sewa Beli 1967 ( Akta 212 ) & Peraturan-peraturan.
(2003)Undang-undang Siber Malaysia.
Aktiviti Kumpulan:
Bincangkan kepentingan setiap undang-undang perniagaan dalam menjaga keluhuran etika dan
perniagaan di Malaysia.
JENIS DAN SUMBER UNDANG-UNDANG
Takrif: Undang-undang ditakrifkan sebagai satu set peraturan sah yang dikuatlkuasakan oleh
pihak berkuasa ke atas rakyat
Matlamat Undang-undang
1. Untuk menegakkan keadilan
2. Mempertahankan hak asasi manusia
3. Mengatur sistem pemerintahan negara
4. Mengatur sistem sosial masyarakat
5. Mewujudkan keamanan dan keharmonian
PEMBAHAGIAN UNDANG-UNDANG
Dari sudut skop penglibatan pihak-pihak yang bertikaian
63

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Dibahagikan kepada
A. Undang-undang awam (Public Law)
1. Undang-undang perlembagaan
2. Undang-undang Pentadbiran
3. Undang-undang Jenayah
B. Undang-undang Persendirian (Private Law)
1. Undang-undang Kontrak
2. Tort
3. Amanah
4. Tanah
5. Syarikat
6. Keluarga
7. Perkongsian
8. Agensi
Dari sudut prosedur dan kaedah penyelesaian.Dibahagikan kepada
Undang-undang Sivil
Melibatkan hak dan tanggungan dua atau beberapa pihak yang bertelingkah yang tidak
melibatkan kesalahan jenayah. Ia melibatkan tuntutan hak oleh satu pihak (Planintif) dan
penafian oleh pihak yang satu lagi (Defenden)
Undang-Undang Jenayah
Undang-undang yang boleh melibatkan kesalahan kesalahan yang boleh dikenakan tindakan
oleh pihak berkuasa. Kesalahan itu melibatkan diri, hartabenda, keselamatan negara dan
keharmonian awam. Pihak yang terbabait ialah Pendakwaraya lawan tertuduh.
SUMBER UINDANG-UNDANG
Sumber merujuk kepada sumber undang-undang, iaitu kaedah-kaedah undang-undang yang
mengumpulkan undang-undang.
1. Perlembagaan Persekutuan
2. Perlembagaan Negeri
3. Undang-undang persekutuan yang dibuat oleh Parlimen
4. Undang-undang negeri yang dibuat oleh Dewan Undangan Negeri
5. Undang-undang Subsuidiari Persekutuan dan Negeri
6. Keputusan Kehakiman dari Mahkamah-mahkamah atasan
7. Undang-undang Islam (yang digunakan untuk umat Islam sahaja)

64

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

SISTEM PERUNDANGAN MALAYSIA


INSTITUSI UNDANG-UNDANG
MAHKAMAH PERSEKUTUAN

MAHKAMAH RAYUAN

MAHKAMAH TINGGI

MAHKAMAH MAJISTRET

PENGENALAN KEPADA UNDANG-UNDANG KONTRAK


TAKRIF KONTRAK
Seksyen 2 (h) Akta Kontrak 1950 mentafsirkan kontrak sebagai satu perjanjian yang boleh
dikuatkuasa oleh undang-undang
Seksyen 2 (g) Sesuatu perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang adalah
batal
Seksyen 10 (1) Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak
yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan sesuatu tujuan
yang sah, dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan akta ini bahawa ianya batal.
ELEMEN-ELEMAN KONTRAK
1.

PERJANJIAN (TAWARAN DAN PENERIMAN)

2.

BALASAN

3.

NIAT

4.

KEUPAYAAN

5.

KETENTUAN

6.

KERELAAN BEBAS

7.

TUJUAN YANG SAH

65

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

PERJANJIAN (TAWARAN DAN PENERIMAAN)


Ia bermula apabila satu pihak memberi cadangan dan satu pihak lagi menerima
cadangan itu. Elemen cadangan dan penerimaan adalah penting untuk mewujudkan
persetujuan yang akan membentuk satu perjanjian diantara kedua-dua pihak.
Merupakan keperluan utama sesuatu kontrak. Dua pihak diperlukan bagi membuat
perjanjian; satu pihak sebagai pembuat tawaran atau pembuat janji dan satu pihak lagi sebagai
penerima tawaran atau penerima janji. Kewujudan satu pihak sahaja tidak memadai
TAWARAN
1. Seksyen 2 (a) menerangkan bahawa tawaran terbentuk apabila seseorang
menyatakan kepada seseorang yang lain akan kesediaanya untuk melakukan atau tidak
melakukan sesuatu dengan harapan untuk mendapat persetujuan pihak yang satu lagi untuk
melakukan atau tidak melakukan sesuatu pula.
2. Sesuatu tawaran mestilah dikomunikasikan kepada pihak yang satu lagi. Tawaran
boleh ditujukan kepada seseorang secara lisan, bertulis, atau perlakuan. Ia boleh ditujukan
kepada seseorang yang tertentu atu khusus atau keoada sekelompok atau sekumpulan
orang atau seluruh dunia. Sekiranya tawaran ditujukan kepada orang tertentu atau sesuatu
kumpulan tertentu maka orang itu atau individu atau kumpulan yang tertentu itu sahaja boleh
menerimanya.
Penerima
tawaran
boleh
tampil
untuk
menerimanya
dengan
mengkomunikasikan penerimaanya atau cukup dengan melakukan atau memenuhi syarat
syarat tawaran sahaja
Contoh: Azizi telah kehilangan jam tangannya dan mengiklankan di facebook bahawqa
sesiapa yang menjumpai dan memulangkan dompet itu akan dihadikahkan RM 200. Oleh itu
tawaran Azizi terbuka kepada dunia luas dan sesiapa sahaja yang terbaca iklan itu berhak
menerimanya.
3. Satu tawaran itu mestilah jelas, lengkap dan muktamad. Tawaran yang kabur dan
tergantung maksudnya tidak akan menjadikan tawaran tersebut sebagai mengikat si penerima
di sisi undang-undang
4. Sesuatu tawaran perlu dibezakan daripada pelawaan untuk membuat tawaran.
Suatu tawaran apabila diterima akan mewujudkan perjanjian tetapi pelawaan untuk membuat
tawaran apabila diterima hanya mewujudkan tawaran. Contohpelawaan tawaran adalah
i. Pamiran barang-barang bersama-sama harga di kedai bukanlah merupakan tawaran
tetapi hanya pelawaan kepada pelanggan kepada pengguna untuk membuat tawaran untuk
membeli.
ii. Jualan lelong dimana pelelong hanya mempelawa orang ramai membuat tawaran
kepadanya untuk bersetuju membeli barang-barang yang dilelongnya dan kuasa penerima
terletak kepada pelelong sendiri untuk menerima mana-mana tawaran yang dingininya.
iii. Jualan melalui katalog atau risalah merupakan pelawan tawaran bukannya tawaran.
Peneriman terletak kepada penjual. Penjual boleh menolak untuk menjual barang tersebut
iv. Iklan/ Prospektus syarikat dan tender yang dikeluarkan dalam akhbar juga
merupakan pelawaan untuk membuat tawaran.
PENERIMAAN
1. Suatu peneriman mesti dibuat ketika tawaran masih dibuka. Penerimaan itu mestilah secara
mutlak dan menyeluruh -Seksyen 7 (a)
Contoh: Jika A membuat tawaran kepada B yang berbunyi saya ingin menjual komputer ini
kepada awak dengan harga RM 300. Adakah awak setuju? B mestilah menyahut saya setuju
untuk membelinya dengan harga tersebut.

66

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

2. Seksyen 2 b memperuntukn bahawa peneriman berlaku apabila penerima tawaran


menyatakan persetujuannya. Penerimaan persetujuan boleh berlaku melalui pernyataan
persetujuan samada secara lisan, bertulis atau melalui perlakuan. Peneriman mestilah
dilakukan menerusi komunikasi atau secara positif. Penerimaan mental sahaja tidak
mencukupi. Sesuatu penerimaan dianggap telah dikomunikasikan apabila hah penerimaan itu
sampai kepada pengetahuan penawar. Kontrak terbentuk pada masa dan tempat penerimaan
itu diterima dan diketahui oleh penawar.
Seksyen 4 (1) Komunikasi cadangan adalah lengkap apabila cadangan itu sampai kepada
pengetahuan pihak, iaitu kepada siapa cadangan itu dibuat
Seksyen 4 (2( Komunikasi penerimaan adalah lengkap
(a) terhadap pencadang, apabila komunikasi penerimaan itu telah dimasukkan dalam
perjalanan pengiriman kepadanya, supaya berada diluar kuasa penerima
(b) Terhadap penerima, apabila komunikasi penerimaan itu telah sampai kepada pengetahuan
pencadang.
3. Penerimaan juga hendaklah dibuat dalam jangkawaktu yang munasabah. Ini bermaksud
satu tawaran tidak akan terbuka untuk selama-lamanya.
Contoh: A bersetuju untuk menjual buah rambutan yang sedang masak dikebunnya kepada B.
Lima bulan selepas itu baru B membuat penerimaan. Penerimaan oleh B tidak dibuat dalam
tempoh yang munasabah
Jika pembuat tawaran menghendakki penerimaan dibuat dalam tempoh masa tertentu,
penerimaan hendaklah dibuat dalam tempoh tertentu tersebut. Jika melepasi tempoh tersebut,
secara automatik tawaran tadi adalah batal atas keluputan waktu
4. Penerima tawaran wajib untuk membuat penerimaan menurut cara munasabah yang
dikehendaki oleh pembuat tawaran jika pembuat tawaran telah menyatakan cara penerimaan
yang dikehendakkinya.
Contoh : A bersetuju menjual Komputernya kepada B dengan syarat B datang pada waktu
siang beserta wang tunai. B mesti datang pada waktu siang.
BALASAN
Balasan adalah harga, nilai atau perbuatan yang diberikan oleh satu pihak untuk
membalas janji atau perbuatan pihak yang lain. Satu perjanjian tanpa balasan adalah batal
tetapi balasan tidak perlu cukup tetapi perlu memadai seperti yang dipersetujui dalam
perjanjian

1. Seksyen 2 (d) Akta Kontrak 1950 mendefinisikan balasan sebagai satu perbuatan atau
penahanan diri. Penerima janji atau siapa sahaja yang telah membuat atau telah menahan dari
membuat sesuatu menurut kehendak pembuat janji, maka perbuatan atau penahanan diri atau
janji itu adalah disebut balasan untuk janji itu
Contoh : A menawarkan RM 100 kepada sesiapa yang menjumpai dan
angsanya. B menjumpai angsa tersebut dan memulangkannya kepada A

memulangkan

A telah membuat janji. B telah membuat sesuatu menurut kehendak pembuat janji.
2. Balasan tidak perlu memadai tetapi mencukupi. Balasan yang diberikan oleh penerima janji
tidak semestinya berharga dan mempunyai nilai yang berpadanan dengan sesuatu yang diberi
oleh pembuat janji.
67

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Kes: Phang Swee Kim lwn Beh I Hock (1964) MLJ 383
Responden bersetuju memindahkan milik tanah kepada perayu dengan harga RM 500
walaupun tanah itu bernilai lebih dari jumlah itu. Responden kemudian tidak mahu menjualnya
dengan memberikan hujah bahawa janji itu tidak boleh dikuatkuasakan kerana RM 500 tidak
memadai berbanding dengan nilai tanah tersebut. Mahkamah Persekutuan memutuskan
perjanjian itu sah walaupun balasannya tidak berpadan.
3. Balasan tidak boleh menyalahi undang-undang
Mahkamah tidak akan membenarkan tindakan kerana pecah kontrak yang balasannya
bertentangan dengan peraturan undang-undang atau tidak bermoral
Contoh
i. Kontrak untuk mengupah A membunuh B
ii. Kontrak untuk menipu JHDN
iii.Kontrak A membayar kepada B seorang perempuan simpanan untuk perkhidmatan yang
diberikannya
iv. Kontrak untuk memberi adik perempuan untuk melupuskan hutang
NIAT UNTUK MENGADAKAN HUBUNGAN YANG MENGIKAT
Pihak-pihak kepada sesuatu perjanjian mestilah mempunyai niat untuk memasuki
kontrak dan mewujudkan hubungan di sisi undang-undang serta terikat dengan terma-terma
kontrak tersebut
1. Niat merupakan satu yang ada pada hati berbeza dengan perlakuan atau perbuatan.
2. Dalam membuat penentuan samada wujud niat atau tidak mahkamah akan melihat
perjanjian yang dimasuki oleh pihak-pihak tersebut samada ia melibatkan
(a) Perjanjian-perjanjian domestik, keluarga dan sosial
Merujuk kepada perjanjian yang dimasukki oleh pihak-pihak yang mempunyai tali
kekeluargaan. Contonhya antara suami dengan isteri. Perjanjian sebegini selalunya tidak
diniatkan oleh kedua-dua pihak untuk mengikat diri masing-masing disisi undang-undang
Contoh; Suami berjanjia menghadiahkan Banglo kepada isteri. Perjanjian ini tidak diniatkan
untuk mengikat disisi undang-undang dipihak isteri, jika suami gagal mengotakan janjinya isteri
tiada niat untuk mendakwa suaminya dimahkamah
(b) Perjanjian-perjanjian perniagaan
Perjanjian yang dimasuki dalam pengurusan perniagaan dimana terdapat niat bahawa
perjanjian tersebut akan mengikat disii undang-undang. Contohnya perjanjian perkongsian,
perjanjian sewa beli, perjanjian peruimahan dan lain-lain
KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK
Pihak-pihak kepada sesuatu kontrak mesti lah mempunyai keupayaan untuk berkontrak
yakni mereka bukanlah daripada golongan orang tidak sempurna akal, kanak-kanak dan
seumpamanya.
Seksyen 11 Akta Kontrak menyatakan bahwa seseorang yang lawak membuat kontrak mestilah
dewasa, berakal sempurna dan tidak hilang kelayakan berkontrak
1. Dewasa
Pengecualian dewasa- bawah 18 tahun boleh memasukki kontrak

68

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

a. Kontrak untuk keperluan hidup. Sekiranya seseorang kanak-kanak membeli sesuatu barang
keperluan, orang yang membekalkan barang tersebut berhak dibayar ganti daripada harta
kanak-kanak tersebut (jika ada)
b. Kontrak biasiswa. Kanak yang menandatangani kontrak nmana-mana perjanjian biasiswa,
perjanjian tersebut sah. Pindaan 1976 menyatakan bahawa hanya kontrakbiasiswa dengan
kerajaan sahaja yang sah.
c. Kontrak Insuran. Dibawah akta insuran 1966 kanak-kanak melebihi 10 tahun boleh
memasukki kontrak insuran tetapi kurang dari 16 tahun mesti meminta kebenaran ibubapa
2. Berakal sempurna
Hendaklah seorang yang berakal waras dan memahami syarat dan terma-terma
3. Tidak hilang kelayakan berkontrak.
Mestilah tidak ada mana-mana undang-undang yang melarangnya berkontrak
KETENTUAN
Kontrak mestilah mempunyai syarat dan terma yang jelas dan tidak samar-samar atau
tidak tentu maknanya. Dalam setengah-setengah kes suatu peraturan yang tertentu mesti
diikuti bagi mewujudkan kontrak yang sah. Contohnya, kontrak mesti dibuat secara bertulis dan
didaftarkan. Hal ini biasanya melibatkan kes jual beli tanah menurut Kanun Tanah Negara dan
perjanjian sewa beli di bawah peruntukan Akta Sewa Beli 1967
1. Adalah penting bagi sesuatu kontrak mempunyai terma dan syarat yang jelas, nyata, terang
dan tertentu kepada siapa ia di tujukan. Seksyen 30 Akta Kontrak 1950 mengatakan bahawa
perjanjian-perjanjian yang mana maknanya tidak tentu atau tidak boleh ditentukan adalah batal
Contoh; A bersetuju menjual 100 lori minyak kepada B .Tiada apa-apa ketentuan yang boleh
menunjukkan jenis minyak. Perjanjian ini adalah batal kerana tetidaktentuan.
2. Selalunya ketidaktentuan sesuatu kontrak itu berlaku dalam dua keaadaan iaitu bahasa yang
digunakan adalah kabur dan kegagalan untuk mencapai persetujuan terhadap perkara-perkara
pokok atau syarat utama perjanjian.
KERELAAN BEBAS
Pihak yang memasuki kontrek mestilah tidak dipaksa untuk merlakukannya.
Kerelaan dikatakan wujud apabila dua orang atau lebih bersetuju berkenaan dengan sesuatu
perkara yang sama dalam pengertian yang sama menurut seksyen 13 Akta Kontrak 1950.
Seksyen 14 menperuntukan bahawa sesuatu kerelaan itu mesti dibuktikan dibuat secara
bebas. Ia tidak dikatakan diberi secara bebas jika disebabkan oleh keaadaan yang berikut:
i. Paksaan :- sebagaimana ditakrifkan oleh seksyen 15 Akta Kontrak:melakukan atau mengancam untuk melakukan keseksaan kepada sesiapa.

Paksaan adalah

ii. Pengaruh tidak wajar:- Jika pertalian antara kedua-dua puhak adalah dalam keadaan yang
satu pihak berada dalam kedudukan boleh menguasai kemahuan pihak yang satu lagi dan
menggunakan kedudukan itu untuk memperoleh faedah tidak saksama terhadap pihak yang
satu lagi itu.
iii. Fraud :- Rujuk seksyen 17 Akta Kontrak
iv. Salahnyataan:- Rujuk Seksyen 18 Akta Kontrak
v. Khilaf: Rujuk seksyen 21, 22, 23, akta kontrak

69

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

TUJUAN YANG SAH


Kontrak yang sah juga perlu ada tujuan atau objek yang sah serta tidak menyalahi
undang-undang untuk boleh dikuatkuasakan.

Sesuatu kontrak adalah sah dan boleh dikuatkuasakan jika mempunyai semua unsur di atas.
Ketiadaan unsur-unsur yang diperlukan di atas akan menyebabkan kontrak menjadi batal,
boleh batal, atau tidak boleh dikuatkuasakan.
Kontrak batal bermakna tidak pernah wujud suatu kontrak antara pihak-pihak yang berkenaan.
Apabila kedua-dua pihak kepada perjanjian adalah khilaf berkenaan dengan sesuatu perkara
fakta yang mustahak dengan perjanjian itu maka kontrak adalah batal.
Perjanjian-perjanjian yang balasan atau tujuannya adalah dilarang oleh undang-undang, atau
mahkamah menganggapnya tidak bermoral atau bertentangan dengan muslihat awam adalah
tidak sah dan batal menurut peruntukan seksyen 24 Akta kontrak.
Perjanjian-perjanjian juga adalah batal jika melibatkan perjanjian yang;
i.Menghalang perkahwinan secara keseluruhan. Seksyen 27. Contoh Santhi membuat
perjanjian dengan ayahnya untuk tidak berkahwin selama-lamanya dengan balasan RM
200.000. Perjanjian ini walaupun dibuat dengan kerelaan bebas Shanti, perjanjian tersebut
adalah batal kerana menghalang kewujudan institusi perkahwinan secara total.
ii.Menghalang perdagangan-Seksyen 28. Sebarang perjanjian yang menghalang seseorang
daripada menjalankan profesion atau apa-apa perniagaan yang sah secara keseluruhan adalah
batal.
iii.Menghalang tindakan undang-undang- Seksyen 29. Jika terdapat sebarang perjanjian
yang menghalang satu-satu pihak daripada menguatkuasakan haknya secara mutlak di bawah
atau berkenaan dengan mana-mana kontrak atau menghadkan masa yang beliau boleh
menguatkuasakan haknya maka perjanjian tersebut adalah batal.
iv. Ketidaktentuan- seksyen 30. Sesuatu perjanjian yang dimasuki yang maknanya tidak
ditentukan atau tidak boleh ditentukan adalah batal.
v. Khilaf berkenaan dengan fakta- seksyen 21. Apabila kedua-dua pihak dalam satu
perjanjian adalah khilaf berkenaan dengan perkara fakta yang mustahak untuk perjanjian itu
maka perjanjian adalah batal.
Kontrak boleh batal
Kontrak yang dimasukki akibat paksaan, pengaruh tak wajar, penipuan, salahnyataan,
termasuk dalam kategori kontrak boloeh batal.
Kontrak boleh batal bereti kontrak itu berkuatkuasa dalam segala hal secara sah kecuali
dan sehingga pihak yang satu lagi mengambil tindakan pengenepian atau membatalkannya.
Perjanjian tidak boleh dikuatkuasa. Merupakan satu kontrak yang sah tetapi tidak boleh
dikuatkuasakan dimahkamah kerana kegagalan pihak-pihak tertentu mematuhi prosedur
undang-undang yang berkaitan dengannya. Contohnya penjualan tanah rezab Melayu kepada
pembeli bukan Melayu, perjanjian sewa beli dibuat tanpa bertulis, perjanjian berkenaan
penjualan tanah yang tidak ditandatangani secara bertulis mengikut Kanun Tanah Negara
merupakan perjanjian yang tidak boleh dikuatkuasakan

70

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

PELEPASAN KONTRAK
Sesuatu kewajipan di bawah kontrak dianggap dilepaskan apabila pihak-pihak berkenaan
dianggap tidak lagi dikehendakki melaksanakan kewajipan tersebut
Sesuatu kontrak boleh dilepaskan dengan
1. Persetujuan semua pihak yang berkontrak
2. Pelaksanaan syarat-syarat kontrak
3.Kemungkiran kontrak:- Seksyen 40 menyatakan jika salah satu puhak enggan melaksanakan
kintrak yang dipersetujui pihak yang ssatu lagi boleh menamatkan kontrak tersebut. Pihak yang
terkilan diberi dua pilihan samada memilih untuk menamatkan kontrak dan pada masa yang
sama menuntut gantirugi atau meneruskan kontrak tetapi masih menuntut gantirugi setakat
pecah kontrak sahaja
4. Dengan kekecewaan kontrak:- Satu kontrak yang pada mulanya boleh dilaksanakan
dioanggap dikecewakan jika berlaku keadaan yang menjadikannya mustahil untuk
dilaksanakan. Antara keadaan tersebut adalah perkara penting dalam kontrak musnah seperti
berlaku kematian tau ketidakupayaan pihak dalam kontrak, apabila terdapat perubahan
keadaan penting yang memberi kesan besar kepada kontrak seperti bencana alam, taufan,
peperangan dan sebagainya.

REMEDI-REMEDI AKIBAT KEMUNGKIRAN KONTRAK


Remedi merupakan hak yang boleh dituntut oleh satu pihak terhadap pihak yang lain yang
telah melakukan kemungkiran atau pech kontrak. Pihak yang mengalami kerugian berhak
kepada salah satu atau lebih relif yang berikut:
1. GANTI RUGI
i. Ganti Rugi Substantial- Ia akan meletakan pihak yang menanggung kerugian pada tempat
yang sepatutnya ia berada sekiranya tidak berlaku kemungkiran tersebut.
ii. Ganti rugi norminal- Diberikan sebagai sagu hati apabila plantif telah membuktikan
berlakunya kemungkirqan kontrak tetapi tidak berlaku sebarang kerugian
iii. Ganti rugi dendaan Apabila jumlah pampasan yang diberikan adalah jauh lebih besar
daripadda nilai yang ditanggung oleh plantif. Ganti rugi ini seperti kes kemungkiran janji untuk
mengahwini seseorang.
2. PELAKSANAAN SPESIFIK
Pelaksanaan spesifik meripakan dekri mahkamah mengarahkan supaya pihak dalam kontrak
melaksanakan secara spesifik terma-terma kontrak
3. INJUNKSI
Injunksi ialah satu remedi dalam bentuk arahan mahkamah yang ditujukan kepada orang
tertentu untuk menghalangnya daripada melakukan sesuatu atau menyuruh menerus
melakukan sesuatu. Injunksi dalam bentuk menyuruh dinamakan injunksi mandatori dan
injunksi menghalang sesuatu dinamakan injunksi prohibitori.

71

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4. QUANTUM MERIT
Quantum merit bermaksud tuntutan ganti rugi untuk satu jumlah yang munasabah bagi bayaran
atas perkhidmatan atau pekerjaan yang dilakukan tetapi nilainya tidak ditentukan Ialah satu
pampasan berbentuk bayaran yang boleh dituntut oleh pihak yang dimungkiri di dalam kontrak
terhadap apa yang telah dilakukannya sebelum kontrak itu dimungkiri. Dalam kebanyakan kes
pihak yang memungkiri selalunya telah mendapat faedah daripada pihak yang memungkirinya
itu.

UNDANG-UNDANG JUALAN BARANG


AKTA JUALAN BARANG 1957
Takrif barang:
Barang ertinya setiap jenis harta alih selain dari tuntutan dan wang dan termasuk stok dan
saham, tanaman, rumput dan barang yang bercantum kepada tanah atau menjadi
sebahagiannya yang dipersetujui akan dipisahkan sebelum dijual atau dipisahkan dibawah
kontrak jualan (sek 2)
Tanah tidak termasuk dalam takrif barang kerana tanah adalah harta tak alih. Mengikut seksyen
5 Kanun Tanah Negara 1965, apa sahaja yang bercantum dengan tanah (seperti rumah dan
kilang) atau menjadi sebahagian daripada tanah (seperti jentera yang diletakan dilantai kilang,
pokok dan buah-buahan serta tumbuhan seperti padi) adalah dianggap sebagai tanah jua.
Daripdad seksyen 2, amatlah jelas bahawa semua jenis harta alih termasuk stok san saham
merupakan barang. Manakala tanaman, rumput, dan apa-apa yang bercantum pada tanah
tidak dianggap sebagai barang kecuali penjual bersetuju memisahkan atau telah
memisahkannya daripada tanah pada masa kontrak jualan dibuat. Wang juga tida merupakan
barang kerana wang merupakan satu perantara yang membentuk satu kontrak jualan barang.
Hanya wang antik atau logam yang bukan merupakan harga jualan barang-barang boleh
dinamakan sebagai barang.
JENIS-JENIS BARANG
Menurut seksyen 6 Akta Jualan Barang, sesuatu barang yang menjadi hal perkara kontrak
boleh merupakan barang sedia ada atau barang masa hadapan. Barang sedia ada adalah
barang yang telah dimilikki atau disimpan oleh penjual. Ia mungkin barang tertentu (barang
yang telah dikenalpasti dan dipersetujui semasa kontrak dibuat) atau barang yang belum
ditentukan (barang yang belum dikenalpasti, belum dipastikan kuantitinya, harganya belum
dilihat dan dipersetujui oleh kontrak). Barang-barang masa hadapan iaitu barang-barang yang
akan dikilangkan atau dihasikan atau diterima oleh penjual setelah kontrak jualan dibentuk
Seksyen 6(1) menerangkan bahawa barang-barang yang menjadi perkara kontrak boleh
merupakan samada barang sedia wujud, dimiliki oleh penjual atau barang masa hadapan

Takrif kontrak jualan barang

satu kontrak dimana penjual memindahkan atau bersetuju memindahkan hak milik barang
kepada pembeli dengan suatu harga sek. 4(1)
Harga bermaksud balasan wang
Pembentukan kontrak
72

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Kontrak jualan wujud apabila satu pihak membuat tawaran untuk membeli atau menjual
barang dengan harga tertentu dan pihak lain menerima tawaran tersebut.

Erti tawaran

Tawaran adalah satu janji, pengakuan atau cadangan yang dibuat oleh seorang yang
dipanggil pembuat tawaran (offeror) kepada penerima tawaran (offeree) dengan niat
bahawa ia akan mengwujudkan satu hubungan yang erkuatkuasa disisi undang-undang
apabila janji, pengakuan atau cadangan diterima oleh pihak lain.

Erti peneriman

Sesuatu penerimaan handaklah mutlak dan tidak bersyarat sek. 7 (a)

Sekiranya penerimaan itu bersyarat, jika niat pihak pihak berkenaan menunjukkan
bahawa pembentukan kontrak itu menghendaki sesuatu perkara dilaksanakan, maka
perjanjian demikian adalah perjanjian bersyarat dan selagi syarat berkenaan elun
terlaksana perjanjian yang sah dan mengikat disisi undang-undang belum lagi wujud.

Membatalkan tawaran

Suatu cadangan boleh dibatalkan


pada bila-bila masa sebelum komunikasi
penerimanya lengkap terhadap pencadang, tetapi tidak selepasnya. sek 5(1)
Contoh

A mencadangkan melalui surat yang dihantar melalui pos untuk menjual rumahnya
kepada B. B menerima cadangan itu secara surat melalui pos. A boleh membatalkan
cadangannya bila-bila masa sebelum atau pada saat B mengirim surat penerimaannya
melalui pos, tetapi tidak selepas itu

Pembatalan cadangan. Sek 6


Satu cadangan adalah dibatalkan:
a. Dengan mengkomunikasikan notis pembatalan oleh pencadang kepada pihak yang lain
itu
b. Dengan luputnya waktu yang telah ditetapkan dalam cadangan itu mengenai
penerimaannya, atau, jika waktu tidak ditentukan, dengan luputnya waktu yang
munasabah, tanpa komunikasi peneriman
c. c. Atas kegagalan penerima untuk memenuhi syarat terdahulu mengenai penerimaan
d. d. Atas kematian atau kekacauan mental pencadang, jika fakta kematian atau
kekacauan mental itu diketahui oleh penerima sebelum penerimaan
SYARAT-SYARAT KONTRAK JUALAN BARANG
Secara amnya syarat kontrak jualan barang terbahagi dua iaitu syarat nyata dan syarat
tersirat. Sesuatu syarat dikatakan nyata jika disebut secara nyata dalam perjanjian. Syarat
tersirat pula ialah perkara-perkara yang tidak disebut secara nyata dalam perjanjian tetapi
disiratkan oleh kedua-dua pihak sebagai wujud dalam perjanjian mereka. Menurut undangundang jualan barang, syarat merupakan satu stipulasi (perkara utama) utama kontrak.
Seksyen 12 (2) mentakrifkan syarat sebagai satu stipulasi yang penting atau perlu bagi maksud
kontrak yang mana jika berlaku pelanggaran syarat, kontrak tersebut boleh ditamatkan.
Waranti pula ialah satu stipulasi sampingan kepada tujuan utama kontrak di mana jika berlaku
pelanggaran waranti, ia hanya memberi hak kepada pihak yang tidak bersalah untuk menuntut
gantirugi tetapi tidak boleh menamatkan kontrak-kontrak tersebut. Seksyen 12 (3)
Pelanggaran syarat merupakan pelanggaran perkara pokok kontrak yang menyebabkan
kontrak itu tidak boleh diteruskan lagi. Pihak yang menanggung kerugian mempunyai hak untuk
menamatkan kontrak dan seterusnya memberi hak kepadanya untuk menuntut ganti rugi.
Pelanggaran waaranti merujuk kepada pelanggaran perkara sampingan yang masih tidak

73

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

menjejaskan perkara pokok kontrak. Oleh itu remedinya hanya menuntut gantirugi sahaja
tetapi tidak menamatkan kontrak.
SYARAT TERSIRAT DALAM KONTRAK JUALAN BARANG-BARANG
1. Syarat tersirat mengenai hak milik
Sek. 14 memperuntukan bahawa terdapat satu syarat dipihak penjual bahawa penjual mestilah
mempunyai hak milik yang sah terhadap barang yang hendak dijual atau yang hendak
dipindahkan kepada pembeli.
2. Syarat tersirat mengenai jualan mengikut diskripsi
Seksyen 15 menyatakan syarat tersirat wujud dalam jualan berasaskan deskripsi yang diberi
oleh penjual. Ini termasuk jualan melalui katalog, iklan atau jualan langsung di mana pembeli
tidak berpeluang memeriksa barang tersebut dan hanya bergantung kepada deskripsi yang
diberi oleh penjual. Wujud pelanggaran syarat tersirat jika barang tersebut hanya berpadanan
dengan sampel tetapi tidak berpadanan dengan deskripsi
3. Syarat tersirat mengenai mutu atau sesuai bagi maksud.
Seksyen 16 (1) menyatakan bahawa penjual tidak berkewajipan untuk memastikan bahawa
barang yang dijualnya mestilah berkualiti atau dapat memenuhi sesuatu tujuan.
Ini
berdasarkan klepada prinsip caveat emptor yang bermaksud pembeli perlu memeriksa dan
berhati-hati terhadap barang yang dibeli. Walau bagaimanapun terdapat dua pengecualian
kepada prinsip caveat emptor di mana syarat tersirat mengenai mutu dan kesesuaian
Pengecualaian pertama Seksyen 16 (1) (a)
Seseorang pembeli boleh mendakwa bahawa terdapat syarat tersirat sesuatu barang mestilah
sesuai dengan maksudnya jika:
(i) Pembeli secara nyata dan tersirat memberitahu penjual tujuan/ maksud tertentu beliau
mengehendaki barang tersebut
(ii) Pembeli menunjukkan ia bergantung pada pertimbangan dan kemahiran penjual
(iii) Barang yang dikehendaki ialah jenis yang biassa dibekalkan oleh penjual
Pengecualian kedua Seksyen 16 (1) (b)
Seseorang pembeli boleh mendakwa bahawa sesuatu barang itu mestilah mempunyai kualiti
boleh dagang jika barang dibeli berasaskan jualan melalui diskripsi dan penjual sememangnya
menjual barang tersebut. Jika syarat itu dipenuhi, wujud syarat tersirat dipihak penjual bahawa
barang yang dijualnya mestilah mempunyai kualiti boleh dagang.
Kualiti dagangan bermaksud sesuatu barang itu haruslah memiliki kualiti atau kebaikan yang
sesuai untuk didagangkan dimana tidak terdapat kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai
untuk di jual. Walau bagaimanapun, jika pembeli telah memeriksa barang yang ingin dibelinya
dan daripada pemeriksaan yang munasabah akan ketara kecatatannya tetapi pembeli gagal
mengesan kecacatan akibat kecuaiannya sendiri, maka pembeli tidak boleh mendakwa barang
tersebut tidak mempunyai kualiti boleh dagang.
4. Syarat tersirat jualan melalui sampel (Seksyen 17)
Sesuatu jualan dikatakan sebagai jualan mengikut sampel jika pembeli telahpun diberikan
sampel daripada penjual dan pembeli kemudian membuat pembelian berdasarkan sampel
yang diberi oleh penjual. Satu kontrakpula dikatakan mengikut sampel jika terma kontrak
(samada secara tersurat atau tersirat) bermaksud sedemikian.
Syarat tersirat wujud dalam jualan melalui sampel di mana:
a. Keseluruhan barang itu hendaklah berpadanan dengan sampel tentang mutu
b. Pembeli di beri peluang yang berpatutan untuk membandingkan keseluruhan baraang
dengan sampel sebelum membuat penerimaan
Daripada pemeriksaan munasabah, tiada kecacatan yang boleh menjadikannya tidak bermutu
dagangan.
Jika barang dihantar serah kepada pembeli sepadan dengan sampel tetapi tidak bermutu
dagangan, pembeli boleh memilih untuk;
74

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

a. Menerima keseluruhan barang dan menuntut gantirugi


b. Menolak kesemuanya dan menuntut gantirugi
WARANTGI TERSIRAT KONTRAK JUALAN BARANG
1. Waranti tersirat mengenai barang boleh dinikmati dengan aman sentosa (seksyen 14
(b)
Di bawah kontrak jualan barang terdapat waranti tersirat bahawa pembeli berhak untuk
menikmati barang yang telah dibelinya dengan aman damai tanpa gangguan daripada pihakpihak lain. Sekiranya peruntukan ini dilanggar, pembeli hanya boleh menuntut ganti rugi sahaja
dan tidak boleh menamatkan kontrak
2. Waranti tersirat barang bebas daripada gadaian atau bebanan pihak ketiga yang tidak
diketahui oleh pembeli Seksyen 14 (c)
Seseorang penjual yang ingin menjual dan memindahkan barang-barangnya kepada pembeli ia
seharusnya memastikan bahawa barang-barang tersebut tidak mempunyai sekatan yang
menyebabkannya dituntut oleh pihak ke tiga.
UNDANG-UNDANG SEWA BELI
Sewa beli bermaksud memberi sewaan kepada pengguna serta memberi opsyen kepadanya
untuk membeli barang yang disewa itu pada akhir tempoh sewaan a setelah semua bayaran
ansuran dijelaskan. Selagi ansuran belum dijelaskan sepenuhnya hak milik barang itu adalah
tetap dengan pemilik barang tersebut.
Seksyen 2 Akta Sewa Beli 1967 mentakrifkan perjanjian sewa beli sebagai:
Termasuk penyewaan barang dengan opsyen untuk membeli san perjanjian untuk pembelian
barang melalui ansuran tetapi tidak termasuk mana-mana perjanjian di mana harta diddalam
barang-barang yang terkandung berpindah milik sebelum penyerahan barang-barang dan
orang yang menyewa atau membeli barang merupakan orang yang terikat di dalam tred atau
perniagaan menjual barang yang sama jenis seperti barang-barang yang terkandung dalam
perjanjian
Kerosakan atau kemusnahan barang yang disewabelikan bukanlah menjadi sebab terhentinya
liabiliti penyewa untuk menjelaskan bayaran yang kena dibayar di bawah perjanjian. Ini
bermaksud penyewa masih terikat untuk meneruskan pembayaran sepenuhnya tanpa
mengambil kira berlakunya kerosakan atau kemusnahan terhadap barangan.
PEMBENTUKAN PERJANJIAN SEWA BELI
Dalam Akta Sewa Beli 1967 barang yang dikategorikan dibawah Jadual Satu iaitu semua jenis
barang pengguna dan kenderaan-kenderaan bermotor sahaja yang akan dikuatkuasakan oleh
akta ini.
Perkara-perkara yang perlu semasa pembentukan perjanjian sewa beli
1. Seksyen 4A (1) Semua perjanjian sewa beli hendaklah dibuat secara bertulis
2. Seksyen 4 B (1)- semua perjanjian sewa beli mestilah ditanda tangani oleh atau bagi
semua pihak yang terlibat dalam perjanjian tersebut. Hanya perjanjian yang telah siap
diisi sahaja yang dibenarkan ditandatangani
3. Seksyen 4 C (a) Kandungan perjanjian mestilah mengandungi perkara-perkara
berikut;
i. Tarikh bermulanya sewaan
ii. Bilangan ansuran yang dipersetujui
iii. amaun setiap ansuran
iv. Tempat dan masa bayaran
v. Perihal barang-barang
vi. Alamat dimana barang berada
75

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4. Seksyen 4 D memperuntukan perjanjian sewa beli yang berasingan untuk setiap barang
yang disewabelikan
5. Seksyen 5 (1) menyatakan bahawa satu salinan perjanjian sewa beli yang telah
ditandatangani hendaklah diserahkan kepada penyewa dan penjamin-penjaminya
dalam masa 14 hari selepas perjanjian ditandatangani.
WARANTI DAN SYARAT-SYARAT TERSIRAT PERJANJIAN SEWA BELI
1. Waranti bahawa penyewa berhak mendapat dan menikmati milikan barang dengan
aman. Milikan aman bermaksud tidak ada gangguan daripada penjual atau individu lain.
2. Waranti bahawa barang adalah bebas daripada apa-apa gadaian atau bebanan bagi
pihak ke tiga pada masa harta itu patut dilepaskan
3. Syarat bagi pihakpemilik bahaa pemilik mempunyai hak untuk menjual barang kepada
penyewa pada masa harta itu patut dilepaskan kepada penyewa
4. Syarat tersirat mengenai kualiti boleh dagang kecuali;
i.
Dimana penyewa sendiri telah memeriksa barang atau contohnya berhubung
dengan kecacatan dan kecacatan tersebut dapat dilihat daripada
pemeriksaan biasa
ii.
Dimana barang tersebut merupakan barang terpakai dan pemilik telah
memberitahu semua syarat dan waranti berkenaan kelayakan dan
kesesuaian barang terpakai tersebut dan penyewa telah menerimanya
secara bertulis pengtahuan mengenai keterangan tersebut
5. Syarat tersirat sesuai bagi maksud. Mengikut seksyen 7 (3) apabila penyewa secara
nyata atau implikasi memberitahu pemilik tujuan tertentu sesuatu barang diperlukan,
maka wujud syarat tersirat bahawa barang tersebut hendaklah sesuai dan munasabah
bagi tujuan tersebut, kecuali telah ada dalam perjanjian bahawa barang itu merupakan
barang terpakai dan penyewa mengakui ketidaklayakan dan ketidaksesuaiannya
HAK DAN TANGGUNGAN PENYEWA
1. Mendapat maklumat lanjut dan dokumen mengenai jumlah pembayaran yang telah
dibuat, jumlah bayaran tertangguh, dan jumlah yang diperoleh daripada faedah atau
hutang yang tertangguh. Setelah menerima permohonan ini pemilik mestilah
menyerahkannya kepada penyewa dalam masa 14 hari selepas permohonan dibuat.
2. Hak untuk menyerah hak dan kepentingan penyewa kepada pihak lain dengan
kebnaran pemilik. Seseorang penyewa didalam perjanjian sewa beli berhak untuk
menyerahkan haknya kepada orang lain dengan izin pemilik. Tetapi jika pemilik enggan
memberi kebenaran tanpa sebab munasabah, penyewa boleh berbuat demikian tanpa
persetujuannya.
3. Hak untuk melaksanakan opsyen untuk mendapat/ membeli barang lebih awal
daripada tempoh yang telah dipersetujui (penyelesaian awal).
Penyewa juga
mempunyai hak untuk menamatkan perjanjian sewa beli dengan menjelaskan segala
bayaran dan kos yang telah dipersetujui di bawah perjanjian swa beli mereka.
4. Hak untuk memindahkan barang ke tempat lain dengan izin mahkamah.
5. Hak untuk menamatkan perjanjian jika penyewa tidak mampu atau tidak mahu
meneruskan
bayaran.
Penyewa
berhak
menamatkan
perjanjian
dengan
memperkenalkan pihak ketiga kepada pemilik yang akan meneruskan perjanjian
tersebut mengikut syarat-syarat yang dikehendaki pemilik.

76

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

PENGAMBILAN SEMULA MILIKAN BARANG OLEH PEMILIK


Sebelum pengembilan semula barang boleh diteruskan tiga syarat mesti dipenuhi
1. Berlaku dua ingkar berterusan atau
2. Satu ingkar bayaran akhir dan
3. Tempoh notis di dalam Jadual 4 berakhir
Jika berlaku keadaan 1 atau 2 di atas, pemilik dikehendaki terlebih dahulu menyerahkan notis
bertulis dalam jadual 4, iaitu notis tentang niat pemilik untuk mengambil semula milikan barang
selepas berakhirnya tempoh 21 hari selepas serahan notis. Walau bagaimanapun, jika
penyewa telah meninggal dunia, pemilik hanya boleh mengambil semula milikan barang jika
berlaku empat ingkar berterusan. Notis dalam jadual 4, tidak perlu diberi jika terdapat alasan
yang munasabah bahawa barang yang disewabelikan itu akan dipindahkan atau
disembunyikan oleh penyewa.
KEWAJIPAN PEMILIK SELEPAS PENGAMBILAN SEMULA BARANG
Dalam masa 21 hari selepas pemilik mengambil milikan barang, pemilik hendaklah
menyerahkan notis bertulis di dalam jadual 5 kepada penyewa dan penjamin-penjaminnya
yang mengatakan bahawa barang telah diambil semula milikan, tetapi penyewa boleh
mendapatkannya semula daripada pemilik jika penyewa menyelesaikan bayaran tertangguh
dan bakinya dalam masa 21 hari dari tarikh serahan notis. Walau bagaimanapun pemilik tidak
boleh tanpa kebenaran bertulis daripada penyewa, menjual atau melupuskan barang sehingga
tempoh 21 hari yang terdapat dalam Jadual 5 berakhir
HAK-HAK PENYEWA SELEPAS PENGAMBILAN SEMULA MILIKAN BARANG
1. Penyewa boleh di dalam tempoh 21 hari setelah penyerahan notis Jadual 5, memberi
notis bertulis kepada pemilik menghendaki barang itu dikembalikan semula kepadanya
jika didalam tempoh 21 hari itu penyewa menjelaskan semua jumlah yang ia kena bayar
dan memulihkan segala pecah perjanjian serta menjelaskan semua kos berkaitan
pengambilan semula milikan barang.
2. Penyewa boleh sebagai alternatif meminta pemilik menjual barang itu kepada orang
yang diperkenalkan kepadanya yang bersedia membelinya secara tunai pada harga
yang ditetapkan oleh pemilik mengikut anggaran penilaian pemilik terhadap barang itu.
3. Penyewa boleh mendapatkan kembali daripada pemilik apa-apa amaun, jika apabila
dicampurkan nilai bayaran (semasa pengambilan semua milikan dibuat) dengan jumlah
yang telah dibayar oleh penyewa menunjukkan bahawa jumlahnya melebihi amaun
yang perlu dibayar oleh penyewa mengikut perjanjian yang dibuat

77

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

TAJUK 14

Keusahawanan dan Perniagaan Kecil

SINOPSIS
Modul ini memberi penekanan kepada konsep keusahawanan, keusahawanan dan
perniagaan kecil (pk), usahawan bersepadu sumbangan pk faedah dan masalah pk
Hasil Pembelajaran
1.

Menghuraikan konsep keusahawanan, keusahawanan bersepadu dan perniagaan


kecil.

2.

Menjelaskan sumbangan perniagaan kecil.

3.

Menerangkan kepentingan perniagaan kecil.

4.

Membincangkan masalah dan kekangan perniagaan kecil.

KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN KECIL

KERANGKA KONSEP KEUSAHAWANAN DAN PERNIAGAAN KECIL

1.0

DEFINISI

SUMBANGAN
PERNIAGAAN
KECIL

1. KEUSAHAWANAN
2. PERNIAGAAN KECIL
3. USAHAWAN BERSEPADU

1.
2.
3.
4.
5.

6.

INOVASI
KEHARMONIAN MASYARAKAT
DAYA SAING
PENGALAMAN
PELUANG KERJA
SUMBANGAN EKONOMI

MASALAH
PERNIAGAAN
KECIL

1. KURANG MODAL
2. PERALATAN
3. JARINGAN PERNIAGAAN
4. AKAUN
5. PASARAN
6. TENAGA KERJA
7. BAHAN MENTAH
8. KEPAKARAN TEKNIKAL
9. PENGURUSAN AM

Pengenalan
78

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Definisi usahawan
Perkataan usahawan berasal dari perkataan enterprendre dalam bahasa Perancis,
bermaksud between-taker iaitu seseorang yang sanggup mencuba sesuatu.
Menurut Richard Cantillon (1725),usahawan adalah seorang yang sanggup
memikul tugas.
Bagi Adam Smith(1776) dalam bukunya Wealth of Nations, mengangap usahawan
sebagai individu yang membentuk organisasi bagi tujuan komersial.
Jean Baptise Say (1803), usahawan dianggap sebagai individu yang memerlukan
wang
Joseph

Schumpeter

(1934)

melihat

usahawan

sebagai

individu

yang

memperkenalkan sesuatu yang baru dan membangunkan teknologi yang belum


pernah dicuba.
Definisi keusahawanan
Berbagai definisi diberikan berkaitan keusahawanan.
Knight(1921), melihat keusahawanan sebagai penghasilan keuntungan kesan
daripada kesanggupan mengambil risiko.
Schumpeter (1934), keusahawanan mereka yang menjalankan kombinasi baru
seperti produk, sumber, kaedah, pasaran dan organisasi baru.
Cole (1959), usahawan sebagai aktiviti yang bertujuan bagi memulakan dan
membangunkan perniagaan yang berorientasikan keuntungan.
Albert Shapero(1975) dikira sebagai satu perjanjian yang mengambil kira gelagat
seperti berinisiatif, mengorganisasikan mekanisme ekonomi sosial bagi menukar
sumber dan situasi kepada tindakan praktikal dan penerimaan risiko kegagalan.
Perniagaan Kecil Sederhana (PKS)
Mengikut Bank Dunia, PKS adalah firma yang mempunyai pekerja sepenuh masa di
antara 5 hingga 199 orang (United Nations, 1978)
Mengikut Majlis Eropah seperti yang dilaporkan oleh Mulhern (1995), PKS sebagai
firma yang mempunyai bilangan pekerja kurang 500 orang.
Mengikut Majlis Koordinasi bagi Pembangunan Industri Kecil di Bahagian Perniagaan
Kecil Kementerian Perdagangan dan Industri, mendefinisikan pks sebagai perniagaan
yang mempunyai aset tetap berjumlah kurang daripada RM 250 000.
Mengikut Perbadanan Jaminan Kredit Malaysia Bhd (CGC), PKS sebagai sebuah
perniagaan yang memiliki aset bersih kurang dari RM 500 000.
Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana, mengelaskan Perniagaan
kecil sebagai perniagaan yang mempunyai modal berbayar kurang RM 500 000 dan
79

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

jumlah pekerja tidak lebih 50 orang. Perniagaan Sederhana, pula sebagai perniagaan
yang mempunyai modal berbayar di antara RM 500 000 RM 2.5 juta, dan jumlah
pekerja 51-75 orang.
Definisi oleh Majlis Pembangunan PKS Kebangsaan:
Industri
Pembuatan

Mikro
Jualan

Perkhidmatan berkaitan

250 000 dengan 5 RM 10 juta dengan

juta

pertanian
Perkhidmatan,

pekerja
Jualan kurang

51-150 orang
Jualan antara RM 1

pertanian,

asas

maklumat,

komunikasi

dan

kurang

RM

RM

Kecil
Jualan RM 250 000pekerja 5-50
Jualan Rm 200 000-

Sederhana
Jualan RM 10-RM 25
dengan

pekerja

250 000 dengan 5 RM 1 juta dengan

juta-5juta

pekerja

pekerja 20-50 orang.

pekerja 5-19 orang

dengan

teknologi

Jenis Perniagaan Kecil dan Sederhana


Kajian oleh Majlis Sosial dan Ekonomi Asia Pasifik di PBB (1992) mengenalpasti tiga
jenis PKS. PKS Moden, PKS Tradisional dan PKS Berasaskan Pertanian. Memberi
tumpuan kepada aktiviti berasaskan kemahiran dan pengetahuan dan lebih berupaya
menyesuaikan dengan sekitaran perniagaan terkini.
PKS Moden berkaitan dengan pks yang mempunyai hubungkait atau menjadi
subkontraktor dengan firma-firma besar. Terlibat dalam industri logam, makanan, cat
barangan plastik dan kayu
PKS Tradisional, berkisar kepada bengkel, pertukangan dan artisan. Teknologi yang
digunakan adalah rendah, pasaran berfokus kepada pasaran yang fragmen serta
berintensif buruh.
PKS Berasaskan Pertanian bertumpu di kawasan separuh bandar dan menggunakan
input seperti bahan mentah pertanian.

Konsep Usahawan Bersepadu


Merupakan gabungan tiga elemen utama iaitu sikap atau nilai diri yang positif,
pengetahuan atau ilmu perniagaan dan kemahiran keusahawanan bagi memastikan
kejayaan perniagaan (Abu Bakar, 1991, Mohd. Salleh, Abu Bakar, Abd. Isa, Aini Hayati,
Hanissah & Salniza, 1997)

80

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

1.

Bincangkan apakah ciri-ciri positif usahawan berdasarkan tokoh usahawan yang


anda kenalpasti?

2.

Kenalpastikan bidang ilmu pengurusan yang berkaitan dengan perniagaan?

3.

Kemahiran diri usahawan

menjadi

perkara asas

bagi

setiap usahawan.

Bincangkan?
Keusahawanan dan PKS
Perbincangan tentang usahawan dan peniaga banyak dibincangkan. Megginson et al.
(1997) memberikan perincian berikut. Peniaga adalah seorang yang melibatkan diri
dalam pembelian atau pemprosesan barangan dan penjualan barangan atau
perkhidmatan. Tujuan utamanya adalah untuk mendapatkan keuntungan. Namun
pertumbuhan

perniagaan

mereka

agak

perlahan.

Manakala

nusahawan

pula

menunjukkan ciri-ciri keusahawanan yang lebih jelas atau menonjol (Mohd. Salleh, Abu
Bakar, Shahrol & Azhari,2002)
Konsep keusahawanan dan perniagaan kecil (Megginson et al., 1990) agak jelas.
Perniagaan kecil merupakan sebarang perniagaan yang dimiliki dan operasinya adalah
secara bebas, tidak dominan dalam bidang perniagaan yang diceburi, dan tidak banyak
mengamalkan amalan baru dan inovatif. Pemilik adalah pengurus syarikat dan terlibat
secara langsung dengan aktiviti syarikat. Pemilik tidak bercadang membesarkan
perniagaan, pendekatan perniagaan kurang agresif. Menguruskan perniagaan secara
biasa. Gemar kepada saiz yang kecil dan operasinya di kawasan setempat.
Sementara itu konsep keusahawanan pula merujuk kepada perniagaan usahawan
yang bermatlamat keuntungan dan pertumbuhan. Mereka mungkin memulakan
perniagaan secara kecil-kecilan. Usahawan mencirikan perniagaan mereka dengan
amalan dan strategi inovatif. Mementingkan pertumbuhan yang cepat dan pulangan
yang tinggi. Usahawan biasanya memulakan dan menguruskan perniagaan dengan
matlamat yang menyeluruh, keuntungan dan pertumbuhan.
Jelasnya perniagaan kecil boleh menjadi perniagaan berorientasikan usahawan jika
mereka merubah kepada ciri keusahawanan.

Sumbangan PKS
81

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Menggalakkan inovasi dan penciptaan teknologi


Mewujud dan mengekalkan keharmonian masyarakat
Membantu mengekal daya saing syarikat besar
Menyediakan pengalaman kepada pekerja
Penyediaan peluang pekerjaan kepada masyarakat
Memberi sumbangan kepada ekonomi negara

Kepentingan Memiliki Perniagaan Sendiri


Ganjaran kewangan atau menjana pendapatan
Kebebasan dan dapat mencorak masa depan
Kepuasan cara hidup
Berupaya menggunakan kebolehan dan keupayaan
Memberi sumbangan kepada masyarakat
Masalah dan Kekangan PKS
Masalah kurang modal
Kekurangan pekerja mahir
Kesukaran untuk mendapatkan bahan mentah
Kekurangan infrastruktur
Kekurangan kepakaran pengurusan serta teknikal
Kekurangan pengetahuan pemasaran
Penggunaan teknologi baru secara terhad
Menurut (Abu Bakar, Siti Nabiha & Rusmala, 1998) antara masalah yang dihadapi oleh
PKS di Malaysia:
Kekurangan modal
Mesin dan peralatan
Jaringan perniagaan
Masalah simpan kira
Pasaran
Tenaga kerja
Bahan mentah
Kepakaran teknikal
Pengurusan am

82

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

TAJUK 15

PERSEKITARAN DAN JARINGAN

SINOPSIS
Modul ini mendedahkan tentang sumber keusahawanan, persekitaran perniagaan, unsur
persekitaran luaran dan dalaman perniagaan, perniagaan sebagai satu sistem terbuka, konsep
jaringan usahawan, jenis jaringan, ciri-ciri hubungan perniagaan, faedah jaringan usahawan dan
mengurus jaringan usahawan.
HASIL PEMBELAJARAN
1.

Menyenaraikan sumber keusahawanan.

2.

Menerangkan persekitaran luaran dan dalaman perniagaan

Menghuraikan konsep jaringan usahawan

4.

Membincangkan dimensi jaringan usahawan

KERANGKA KONSEP

PERSEKITARAN DAN
JARINGAN
SUMBER
KEUSAHAWANAN

PERSEKITARA
N PERNIAGAAN

JARINGAN
USAHAWAN

15.1

Sumber keusahawanan
Terdapat beberapa jenis sumber:
Usahawan merupakan sumber utama perniagaan. Untuk menjadi usahawan

seseorang perlu mempunyai kekuatan diri dan kompeten. Usahawan dikatakan sumber
utama kepada perniagaan kerana memiliki dan menyumbangkan sikap, tenaga, idea,
83

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

kemahiran, pengetahuan dan pengalaman dalam menjayakan aktiviti perniagaan.


Sumber kewangan merupakan sumber yang perlu disediakan oleh usahawan bagi
memulakan perniagaan dan bagi tujuan pembesaran perniagaan serta bagi membiayai
operasi perniagaan.Usahawan mungkin juga memerlukan bantuan modal dari institusi
kewangan.
Sumber fizikal seperti bangunan, peralatan, mesin dan bahan mentah bagi membantu
aktiviti perniagaan. Bagi memperolehi sumber ini usahawan perlu berinteraksi dengan
pelbagai pihak. Usahawan menggunakan teknologi moden dalam proses pengeluaran bagi
menukar input kepada produk akhir.
Sumber manusia atau pekerja bagi membantu usahawan melaksanakan aktiviti
perniagaan.
Sumber reputasi (Dollinger, 1995) merupakan persepsi pihak persekitaran seperti
pelanggan, pembekal, bank dsb terhadapa syarikat atau perniagaan usahawan. Usahawan
harus membina imej syarikat yang baik agar pelanggan lebih setia.
Sumber organisasi pula merujuk kepada struktur organisasi. Sistem dalam
organisasi (sistem ganjaran, penilaian, motivasi, pampasan dll), corak pengurusan, gaya
kepimpinan dsb.
Secara keseluruhannya semua sumber tersebut perlu diuruskan dengan cekap
oleh usahawan abagi memberi sumbangan dan pulangan yang baik kepada perniagaan.

15.2

Persekitaran Perniagaan
Dua bentuk persekitaran; iaitu persekitaran luaran dan persekitaran dalaman.
Persekitaran Luaran, ia merujuk kepada semua unsur di luar organisasi yang

relevan kepada operasi sesebuah perniagaan (Robbin & Coulter 1995).


Persekitaran luaran, terbahagi kepada sekitaran luaran khusus (mikro) dan
sekitaran luaran umum (makro)
Persekitaran luaran khusus dikenali juga sebagai persekitaran tugas atau mikro.
Persekitaran tugas ini secara langsung mempengaruhi aktiviti keusahawanan atau
perniagaan dari luar organisasi perniagaan. Ini kerana, golongan tersebut berada diluar
organisasi dan usahawan agak sukar mempengaruhi aktiviti dan prestasi perniagaan. Antara
kumpulan sekitaran tersebut adalah; pelanggan, pembekal, pihak kerajaan, institusi
kewangan, pesaing dan pertubuhan bukan kerajaan.
Persekitaran luaran umum (makro), secara tidak langsung mempengaruhi
organisasi perniagaan. Ini melibatkan faktor sosial, ekonomi, politik dan teknologi. Cuba anda
terangkan lebih lanjut berkaitan dengan setiap satu faktor tersebut?

84

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

15.3

Perniagaan Sebagai Suatu Sistem


Proses perniagaan merupakan siri kerja mengikut bidang yang perlu dilaksanakan

untuk menghasilkan barangan atau perkhidmatan. Pelbagai fungsi perniagaan diperlukan


untuk menukarkan input kepada output atau produk akhir. Fungsi tersebut meliputi
mendapatkan modal, bahan mentah, mesin, proses pengeluaran barangan, pembungkusan,
penstoran penjualan dsb. Dalam proses pengeluaran, bahan mentah akan mengalami
perubahan bentuk dan nilainya akan bertambah apabila ia menjadi produk akhir. Produk
akhir akan dijual kepada pelanggan. Proses ini melibatkanninterksi antara usahawan dengan
unsur persekitaran dalaman dan luaran organisasi.
Input atau sumber asas perniagaan merupakan faktor pengeluaran yang akan
digunakan oleh kilang untuk mengeluarkan barangan. Proses pengeluaran memerlukan
bahan mentah, mesin, wang, manusia dan peralatan lain. Pengusaha pula akan berinteraksi
dengan persekitarannya.
Dengan teknologi, input akan diproses.Aktiviti dalam proses pengeluaran akan
diagihkan untuk dilaksanakan oleh pekerja. Output yang terhasil daripada proses
pengeluaran akan dijual kepada pelanggan bagi mendapatkan keuntungan. Keuntungan
akan dimasukkan semula kedalam syarikat bagi membayar gaji dsb.
Semua aktiviti tersebut melengkapkan satu pusingan sistem perniagaan.

15.4

Konsep Jaringan Usahawan


Jaringan usahawan ditakrifkan sebagai semua hubungan yang wujud dan

dikekalkan oleh seseorang usahawan dengan masyarakat disekelilingnya. Hubungan ini


adalah untuk faedah bersama.
Jenis jaringan usahawan.
Jaringan Peribadi
Merujuk kepada jaringan tidak formal yang melibatkan hubungan personal secara
langsung dan bersemuka antara usahawan dengan pihak tertentu. Ini termasuklah ibu bapa,
rakan, keluarga, guru, ahli persatuan dsb. Aktiviti perniagaan tidak menjadi asas kepada
jaringan peribadi. Hubungan peribadi ini menjadi ikatan yang kuat (Granovettor, 1973).
Jaringan peribadi ini dapat membantu usahawan dari aspek modal, sokongan moral, khidmat
nasihat dan maklumat perniagaan (Cooper, Folta & Woo, 1991; Abu Bakar, 1965, 1995)
Jaringan Awam
Jaringan awam merujuk kepada sumber awam (Cooper, Folta & Woo, 1991) di
mana usahawan dapat menggunakan sumber ini untuk meningkatkan pengetahuan,
mendapatkan maklumat serta sebagai kontek kepada jaringan perniagaan. Sumber awam

85

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

meliputi majalah, buku, radio, televisyen, vedio, internet dan bahan lain. Sumber awam juga
melibatkan program latihan, seminar dan bengkel yang ahlinya adalah usahawan.
Jaringan Perniagaan
Jaringan perniagaan (Larson, 1992; Baker, 1994; Holmlund & Tornroos, 1997) atau
jaringan formal (Dollinger, 1995) atau extended network, (Aldrich, 1989) hubungan yang
berasaskan aktiviti perniagaan. Pihak yang terlibat dengan usahawan dalam jaringan ini ialah
seperti pelanggan, pembekal, bank, akauntan, pihak kerajaan, persatuan perniagaan, badan
profesional dsb. Empat ciri asas hubungan dalam jaringan perniagaan, iaitu kepentingan
bersama, sifat jangka masa panjang, tabii proses dan kontek kebergantungan.
a)

Sifat kepentingan bersama, merujuk kepada keperluan kerjasama antara usahawan

dengan pihak persekitaran. Terdapat lima sifat berkaitan dengan kepentingan bersama.
Pertama, darjah kepentingan bersama. Jaringan hubungan usahawan mungkin berdasarkan
kepentingan ekonomi, teknikal, perancangan, sosial dan ikatan perundangan. Misalnya
hubungan usahawan dengan institusi kewangan.
Kedua, hubungan semetrik, di mana hubungan usahawan dengan pihak tertentu adalah
seimbang. Tidak boleh ada pihak yang mendominasi hubungan kerana ini akan
menyebabkan berlaku keadaan disadvantage
Ketiga, berkaitan dengan struktur kuasa yang saling bergantungan. Misalnya hubungan
usahawan dengan pembeli adalah saling memerlukan atau hubungan usahawan dengan
pembekal dsb.
Keempat, merujuk kepada pergantungan sumber. Usahawan dan pihak tertentu mempunyai
sumber yang boleh ditukar dan berguna antara satu dengan lain. Misalnya, usahawan
mempunyai wang dan pembekal mempunyai bahan mentah.
b)

Sifat jangka masa panjang. Ia melibatkan ciri penerusan di mana usahawan

memerlukan hubungan berterusan dengan pihak tertentu bagi memajukan perniagaannya.


Ini seterusnya mewujudkan kekuatan hubungan yang berkaitan dengan hubungan
perniagaan antara usahawan dengan pihak tertentu bertambah kukuh dan saling percaya.
Hubungan selanjutnya melibatkan hubungan yang menyeluruh multipleksiti. Ia melibatkan
hubungan bukan saja antara usahawan dengan ahli jaringan tetapi merangkumi kepada
hubungan sosial, kekeluargaan, mentor dsb.
c)

Proses Tabii. Ia melibatkan hubungan antara usahawan dengan pihak tertentu

berdasarkan intisari tertentu misalnya hubungan untuk memperolehi bahan mentah,


melibatkan wang dan bahan mentah membawalah kepada hubungan yang dinamik yang
86

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

melibatkan potensi kepada kegunaan pemerolehan sumber dsb.


d)

Kontek kebergantungan. Ia melibatkan percampuran hubungan peribadi, sosial

dan perniagaan bagi satu jangka masa tertentu. Hubungan ini akhirnya mewujudkan satu
rangkaian njaringan usahawan yang luas.
15.5

Dimensi Jaringan
Jaringan usahawan merupakan suatu hubungan yang dinamik dan
berubah mengikut masa tertentu. Perubahan hubungan boleh juga berlaku sekiranya
terjadi insiden yang tidak diduga.Perubahan hubungan antara usahawan dengan
jaringan boleh dilihat daripada beberapa dimensi (Abu Bakar, 1995).
Pertukaran
Kandunganatau intisari hubungan akan berubah mengikut masa antara
usahawan dengan ahli jaringannya, seperti pembekal, pelanggan dan

institusi

kewangan. Diperingkat awal hubungan antara usahawan dengan pembekal adalah


hubungan yang ringkas.
Hubungan Pertukaran Wajib dan sukarela
Hubungan usahawan dengan pembekal dianggap wajib apabila usahawan
mendapat

bahan mentah dan menjual barang kepada pembeli. Suatu hubungan

sukarela menjadi wajib apabila ada keperluan bantuan kewangan timbul antara
usahawan dengan pihak bank.
Hubungan lemah dan kuat
Peringkat permulaan hubungan usahawan dengan ahli jaringan agak
lemah tetapi hubungan ini menjadi satu hubungan yang kuat apabila masing-masing
saling memerlukan dan saling memerlukan.
Ringkas dan Multipleksiti
Kepelbagaian kandungan

akan meningkat dalam proses pembinaan

hubungan. ngan mudah kepada hubungan yang lebih komplek., berubah dari satu
dimensi kepada pelbagai dimensi.
Kepercayaan
Diperingkat awal hubungan adalah diperingkat ada keraguan, sehinggalah
setelah sekian lama hubungan itu barulah wujud kesefahaman dan kepercayaan.
Saiz Jaringan
Diperingkat awal jaringan usahawan adalah terlalu kecil, sehinggalah
apabila perniagaan ini telah berjaya, maka saiz jaringan bertambah selaras dengan
perkembangan

perniagaan.

Usahawan

perlu

mewujudkan

hubungan

dengan

pelanggan, pembekal, bank, kerajaan dsb


87

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

15.6

Faedah Jaringan
Ini melibatkan sokongan kewangan, sumber maklumat, peluang pasaran,
idea perniagaan, promosi, maklumat pasaran, maklumat pembekal, sokongan moral
dan

motivasi,

sumber

pengetahuan

dan

kemahiran,

nasihat

perniagaan,

perantara/kontek (Johannisson, 1987; Abu Bakar, 1995; Mohd. Salleh et al., 1997)
15.7

Mengurus Jaringan Usahawan


Empat langkah mengurus jaringan menurut (Abu Bakar, 1995) pertama
merancang (plan), mewujudkan(form), hubungan (develop) dan mengekalkan (maintain)
Merancang : menyenarai ahli jaringan, cara menghubungi, simpan maklumat ahli
Mewujudkan hubungan: latihan, seminar ekspo, mesyuarat, perjumpaan di pejabat
Hubungan dipupuk dengan baik: kekerapan berinteraksi
Mengekalkan: elakkan sesuatu yang buruk atau negatif dari berlaku.

88

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

TAJUK 16

PENERAPAN UNSUR PEDAGOGI

SINOPSIS
Modul ini memberi pendedahan kepada pelajar memahami tentang penerapan unsur pedagogi
dalam pengajaran perniagaan dan keusahawanan. Ia bertujuan untuk membantu guru dalam
mempelbagaikan teknik dan kaedah pengajaran yang berkesan sesuai dengan keperluan
semasa.
Hasil Pembelajaran
8. Mengetahui definisi pembelajaran kontekstual dalam perniagaan dan keusahawanan
9. Mengaplikasikan pembelajaran konstruktivisme dalam perniagaan dan keusahawanan
10. Menerangkan pengajaran reflektif
11. Mengetahui definisi pembelajaran masteri l
12. Meaplikasikan kaedah pembelajaran penyelesian masalah
13. Mengaplikasikan kaedah pembelajaran berbentuk lawatan dan kerja luar.

Kerangka Konsep Tajuk 16

Pembelajaran Kontekstual

Pembelajaran Konstruktivisme

pengajaran reflektif
PENERAPAN UNSUR
PEDAGOGI

pengajaran Masteri Learning

Penyelesaian masalah

Lawatan & kerja luar

16.1

Pengenalan
Guru seharusnya perlu bijak memilih strategi, kaedah dan teknik dalam
pedagogi

pendidikan.Pedagogi yang sesuai menggunakan pelbagai strategi


89

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

pengajaran dan pembelajaran supaya pembelajaran menjadi lebih bermakna


kepada murid-murid.Guru menggunakan pengajaran kerana terdapat aras
perbezaan yang agak ketara dalam diri murid
16.2

Pembelajaran Kontekstual
Menurut Kolb (1976) dan Mc Carthy (1980), pelajar mempunyai empat stail
(kuadaran) pembelajaran yang utama iaitu feeling, watching,
thingking dan doing. Kebanyakan individu mempunyai keupayaan untuk
menggunakan kesemua cara pembelajaran ini, tetapi Kebiasaannya
seseorang itu menunjukkan satu cara yang domain untuk dirinya. Namun
dalam sistem pendidikan tradisional lebih sesuai untuk pelajar
kuadrantmelaksanakan (doing).
Objektif Pembelajaran Kontekstual
1. Untuk menyediakan pelajar menghadapi pekerjaan selepas persekolahan
menengah dan kehidupan dewasa nanti.
2. Untuk menarik lebih ramai pelajar dalam kerjaya kesihatan, perniagaan,
komputer, media, teknologi maklumat, elektronik dan kejuruteraan.
Konsep pembelajaran kontekstual
1. Menurut teori pembelajaran kontekstual, pembelajaran hanya berlaku
apabila pelajar memproses maklumat atau ilmu pengetahuan baru dengan
cara tertentu sehingga ia membawa maksud atau bermakna kepada
mereka dalam kerangka rujukan mereka sendiri.
2. Ia mengandaikan minda akan mencari maksud dalam konteks dengan
cara semulajadi iaitu berkait dengan persekitaran semasa seseorang itu.
3. Membina persekitaran pembelajaran melalui proses pengalaman,
penemuan, pengukuhan dan menghubungkait
4. Pembelajaran melibatkan pelajar berfikir dan hands on
5. Ahli pendidik lain menggunakan istilah experiental learning, real-world
education, active learning dan learner-centred instruction
Pembelajaran kontekstual memenuhi keperluan pelajar dalam semua stail
pembelajaran. Berikut adalah lima mod pembelajaran kontekstual yang
menyokong stail pembelajaran yang pelbagai;

90

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Ciri-Ciri Pembelajaran Kontekstual


1. MENGHUBUNGKAIT (Relating)- menghubungkaitkan pengajaran dalam
konteks pengalaman hidup dan menghubungkaitkan pengetahuan baru
dan pra-pengetahuan pelajar dan bidang pekerjaan
2. MENGALAMI (experiencing)- memberi pendedahan, penemuan dan
penciptaan kepada pelajar. Pelajar aktif membuat ujikaji dan menemui
sendiri idea dan fakta.
3. MENGAPLIKASI (applicating)- pelajar menggunakan maklumat yang
ada untuk menyelesaikan masalah.aplikasi aktiviti dalam kelas dengan
akitiviti di luar sama ada dalam kehidupan atau pekerjaan pada masa
akan datang.
4. BEKERJASAMA (cooperating)- pembelajaran dalam konteks
perkongsian dan berkomunikasi antara satu sama lain bagi mewujudkan
sikap kerjasama. Individu akan dapat mengenalpasti minat dan keperluan
pembelajaran yang unik, perbezaan individu dan pelajar memahami
aspirasi kumpulan
5. MEMINDAHKAN (transfering)- pelajar menemui pengetahuan baru
memalui penerokaan, pengujian dan mencari jawapan. Pelajar lebih
mudah membuka peluang sedia ada mereka melalui pelbagai situasi
pembelajaran

Pembelajaran secara hands-on; merujuk kepada pembelajaran secara aktif


(active learning) selain dari aktiviti pensil dan kertas. Aktiviti hands-on
91

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

mungkin melibatkan peralatan, penggunaan bahan, aktiviti penyenggaraan


mesin dan sebagainya.
Pendekatan berasaskan projek; Ini melibatkan aktiviti yang memerlukan
beberapa langkah tertentu serta jangka masa yang lebih panjang dan
kerjasama kumpulan. Pelajar perlu membuat perancangan aktiviti, membuat
penyelidikan, menyelesaikan masalah, mengumpul serta menganalisa
maklumat.
Perkaitan kontekstual; Kaitan di antara konsep akademik dengan konteks di
mana digunakan terutama dalam alam pekerjaan.
Aplikasi; Pelajar mengaplikasi sesuatu konsep seperti menjalankan ujian
kualiti air, mereka bentuk dan sebagainya. Krieteria atau format
persembahan yang digunakan mestilah sama seperti seperti yang digunakan
industri.

7 PRINSIP KELAS PEMBELAJARAN KONTEKSTUAL


1. Prinsip berobjektif: Guru membantu pelajar memahami tujuan
mempelajari sesuatu tajuk; bukan sahaja apa yang mereka harus belajar
tetapi mengapa tajuk itu harus dipelajari
2. Prinsip membina: Pengetahuan baru dihubungkan kepada prapengetahuan pelajar supaya pembelajaran baru dibina di atas
pengalaman lama pelajar
92

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

3. Prinsip aplikasi: Pengetahuan baru dihubungkan secara spesifik kepada


aplikasinya dalam peranan pelajar sekarang dan masa depan sebagai
rakyat, pengguna, pekerja, ahli keluarga, ahli masyarakat yang berguna
4. Prinsip penyelesaian masalah: Pelajar digalak menjadikan pembelajaran
aktif dengan menggunakan pengetahuan baru untuk menyelesaikan
masalah
5. Prinsip berpasukan: pelajar membina semangat berpasukan dan
kerjasama apabila bekerja bersama untuk menyelesaikan masalah
6. Prinsip penemuan: pelajar sentiasa digalakkan untuk cubalah. Mereka
dibimbing ke arah menemui pengetahuan baru dan bukan menerimanya
secara pasif. Guru membantu pelajar meneroka, menguji dan mencari
jawapan
7. Prinsip hubungan: guru membantu pelajar melihat hubungan antara isi
kandungan pelajaran dan konteks, pengetahuan dan aplikasi satu bidang
dengan bidang yang lain.
STRATEGI PENGAJARAN
1. Objektif- menerangkan bahawa pada akhir pengajaran, pelajar
seharusnya boleh mencapai objektif yang ditetapkan
2. Langkah pembelajaran- memerlukan proses pengajaran mengikut langkah
yang telah digariskan iaitu membaca teks, ambil bahagian dalam
perbincangan kelas dan membuat latihan
3. Idea utama- Pelajar didedahkan dengan proses berkaitan dengan isi
pelajaran
4. Teks- isi pelajaran yang dijelaskan secara keseluruhan
LANGKAH PEMBELAJARAN

93

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Induksi

set

Mempelajari
kemahiran
Mempraktik
kan
kemahiran
Renungan
kembali
KEPENTINGANNYA
1. Berasaskan maksud kontekstual, mampu membawa pelajar ke
matlamat pembelajaran isi dan konsep yang berkenaan atau releven
bagi mereka dan juga memberi makna dalam kehidupan seharian
mereka.
2. Memudahkan mereka mengaitkannya dengan suasana dan juga dalam
menempuh kehidupan masyarakat di mana tempat mereka menjalani
kehidupan dan bekerja.
3. Menggalakkan pendidik memilih dan/atau membina persekitaran
pembelajaran yang menggabungkan seberapa banyak bentuk
pengalaman yang boleh termasuk aspek sosial, fizikal, psikologikal ke
arah mencapai hasil pembelajaran yang diingini
4. Membantu guru mengaitkan bahan
5.

subjek yang dipelajari dengan situasi dunia sebenar dan


memotivasikan pelajar untuk membuat perkaitan antara pengetahuan
dengan aplikasinya dalam kehidupan harian mereka sebagai ahli
keluarga, warga masyarakat san pekerja.

6. Mencetuskan impak yang mendalam kepada pengalaman dan


perkembangan diri pelajar
16.3

Pembelajaran Konstruktivisme
16.3.1 Definisi
1. Konstruktivisme bermaksud pembinaan pengetahuan.
94

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

2. Individu sentiasa membina pengetahuan sendiri berasaskan


premis pengetahuan/pengalaman sedia ada kepada
pengetahua/pengalaman baru.
16.3.2 Konsep Konstruktivisme
1. Teori pembelajaran yang melihat sebagai pembina pengetahuan,
bukannya sebagai penerima pengetahuan.
2. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari
dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau
pengalaman sedia ada masing-masing, bukannya menerima
bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan.
16.3.3 Corak Pemikiran
1.

Konstruktivisme peribadi: Memproses kognitif dan ingatan.

2.

Konstruktivisme sosial:kumpulan yang membina proses


kognitif dan ingatan.

16.3.4 Konstruktivisme dalam KHSR


1. Penglibatan murid secara aktif melalui pengalaman praktikal dan
mencari penerangan mengenainya. Pelajar menggunakan
pengalaman sedia ada untuk mencipta pengalaman dan
pengetahuan baru.
16.3.5 Ciri-Ciri Pembelajaran SecaraKonstruktivisme
1. Menggalakkan murid bertanya dan berdialog dengan murid dan
guru
2. Memberi peluang kepada murid untuk membina pengetahuan
baru dengan memahaminya melalui penglibatan murid dengan
situasi dunia yang sebenar
3. Menyokong pembelajaran secara koperatif
4. Menganggap pembelajaran sebagai satu proses yang sama
penting dengan hasil pembelajaran
5. Menggalakkan proses inkuiri murid melalui kajian dan
eksperimen

16.3.6 Aplikasi Konstruktivisme(5 fasa Needham)


95

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Bi

Fasa

Tujuan

Kaedah

Orientasi

Menimbulkan

1.Amali
2.Penyelesaian

l
1

minat

masalah
3.Tunjuk cara
4.Tayangan video
5.Keratan akhbar
2

Pencetus Idea

Sedar idea dulu

1.Amali
2.Pebincangan
3.Peta Konsep
3.Laporan

Penstrukturan

Mewujudkan

semula
i.Penjelasan
ii.Pendedahan
iii.Pembinaan

kesedaran

idea
iv.Penilaian

yang berbentuk

1.Input guru
2.Perbincangan
3.Amali
4.Laporan
5.Kerja Projek
6.Eksperimen
7.Tunjuk cra

Penggunaan

Pengukuhan

Penulisan sendiri

Idea

idea kepada

kerja projek

tentang idea
alternative
sainstifik

situasi baru
5

Renungan

Mendapat buat

Kembali

refleksi tentang

1.Penulisan kendiri
2.Perbincangan
3.Catatan

idea asal
mereka
16.3.7 Implikasi Daripada Pendekatan Konstruktivisme
1. Pengajaran dan pembelajaran akan berpusatkan murid
2. Pengetahuan yang dipunyai oleh murid adalah hasil daripada
aktiviti yang dilakukan oleh murid
3. Guru berperanan sebagai fasilitator, pemudah cara dan
perancang, sedagkan pelajar memainkan peranan utama dalam
aktiviti pembelajaran
4. Guru akan mengenal pasti pengetahuan sedia ada murid.
5. Model Pembelajaran yang sesuai digunakan ialah pembelajaran
secara koperatif dan kolaboratif.
6. Pengalaman dan kesediaan pelajar adalah faktor penting yang
mempengaruhi proses pembentukan ilmu.

16.3.8 Kelebihan Pembelajaran Secara Konstruktivisme


96

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

1. Lebih berfikir
2. Lebih faham
3. Lebih seronok
4. Lebih yakin
5. Lebih ingat
6. Lebih kemahiran sosial
16.4

.0 Pengajaran Reflektif
Menurut For Boud, Keogh dan Walker (1985) refleksi adalah aktiviti di mana
seseorang itu mengimbau kembali pengalaman lampau, memikirkan tentang
pengalaman itu, meneroka semula dan menilai kembali. Tiga aspek utama
yang menjadi fokus terhadap tindakan ini ialah;
1. Mengimbau pengalaman
2. Menghadirkan perasaan
3. Menilai pengalaman

.
16.4.1 Empat ciri Pengajaran Reflektif
1. Mengutamakan tujuan dan kesan serta kerberkesanan teknikal
2. Memberikan cadangan-cadangan baru dalam penggubalan kurikulum baru
3. Guru akan dapat memainkan peranan yang aktif dalam proses pengajaran
dan pembelajaran
4. Sikap minda keterbukaan, tanggungjawab dan kesungguhan hati
16.4.2 Ciri-Ciri Guru Reflektif
1.

Keterbukaan Minda

2. Tanggung Jawab
3. Kesungguhan
4. Seorang guru yang terbuka mindanya sering bersedia untuk membuat
refleksi dan mencabar andaian-andaian, prasangka, ideologi tersendiri
dan juga orang lain.
5. Guru membuat rancangan mengajar dan terus bersedia
6. Guru perlu memantau, memerhati dan mengumpul data berkaitan
dengan hasrat, tindakan dan perasaan pelajar.
7. Guru perlu merancang, membuat persediaan, bertindak, mengumpul
data, menganalisis data serta menilai data

97

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

8. Guru yang reflektif merupakan seorang yang sering menyoal mengenai


tujuan-tujuannya, memantau amalan dan hasilan, mempertimbangkan
kesan jangka pendek dan jangka panjang terhadap setiap kanak-kanak

16.5

Pengajaran Masteri Learning

Merupakan suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang


memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang
dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit
pembelajaran seterusnya.

Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan


proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.

Pendekatan pembelajaran yang memfokuskan kejayaan pelajar


menguasai sesuatu perkara yang diajar.

Semua pelajar perlu dipastikan menguasai hasil pembelajaran dalam


satu unit sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya.

Pembelajaran Masteri memerlukan masa yang mencukup proses P&P


yang berkualiti

guru menyedari bahawa :

pelajar mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza

pelajar perlukan pendekatan yang sesuai

pelajar perlu pengetahuan , kemahiran dan sikap yang di ajarkan

Prinsip asas Pembelajaran Masteri ialah pelajar normal boleh menguasi


apa yang diajar oleh guru

Proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan jika


pelajar dipecahkan kepada kumpulan yang kecil

Pelajar memerlukan masa yang menguasai pengetuahuan dan


kemahiran

Arahan P&P bagi setiap kumpulan dan proses mestilah jelas


Ciri-ciri Pembelajaran masteri Hasil pembelajaran mestilah ditentukan
Hasil pembelajaran mestilah berurutan mengikut hiraki atau dari unit
ke unit

Aktiviti P&P mestilah menarik, menyeronokkan dan berkesan

Kemahiran guru dalam pembelajaran masteri:


1. Mendiagnosis murid untuk mengetahui tahap pencapaian murid.
2. Mengetahui perbezaan antara murid.
3. Menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.
98

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

4. Menjalankan penilaian sumatif untuk mengesan hasil pembelajaran.


5. Merancang serta melaksanakan aktiviti pemulihan dan pengayaan
yang sesuai.
Kelemahan
1. Mengambil masa yang lama, perlu menunggu murid-murid menguasai
sesuatu tajuk.

16.6

2.

Mungkin menyebabkan sukatan pelajaran tidak dapat dihabiskan.

3.

sesuai untuk tahap murid yang lebih pandai.

Penyelesaian Masalah
Pembelajaran Berasaskan Masalah atau dikenali sebagai Problem Based

Learning dan singkatan yang sering digunakan adalah PBL.PBL lebih sinonim
penggunaannyamemandangkan para akademik telah maklum ia merujukpada
Pembelajaran Berasaskan Masalahatau Problem Based Learning.
Dalam Perkembangan Pembelajaran terkini berasaskan kumpulan pelajar
dalam menyelesaikan sesuatu topik melalui kaedah pembelajaran sering dirujuk
kepada keberkesanan konsep pembelajaran yang digunakan.Perkembangan
Pembelajaran Berasaskan Masalah atau Problem Based Learning
dikembangkan penggunaanya kerana ia lebih efektif dalam
penyelesianpemasalahan berkaitan pembelajaran teori & Pengiraan.
Pembelajaran berasaskan masalah adalah merupakan satu pendekatan
pembelajaran yang digunakan bersandarkan kepada penyelesaian masalah yang
akan diberikan oleh guru kepada pelajar. Permasalahan yang akan diberi kepada
pelajar akan dirangka dan dirancang terlebih dahulu agar setiap strategi yang
diambil oleh pelajar untuk menyelesaikan masalah tersebut akan dapat meliputi
keseluruhan kurikulum yang ada. Pembelajaran berasaskan masalah adalah
disokong oleh konsep pembelajaran secara kendiri bagi memudahkan para
pensyarah dan pelajar melalui proses pembelajaran yang lebih berkesan dan
efaktif. Pembelajaran berasaskan masalah adalah merangkumi cabaran kepada
keadaan penyelesaian masalah sebenar berkaitan topik yang dibincangkan,
melibatkan peggunaan akal dan fikiran yang kritikal dan sepenuhnya, kemahiran
meyelesaikan pemasalahan yang berkaitan, memenuhi keperluan dan disiplin
kerja atau tugasan, pembelajaran yang kendiri, gerak kerja berpasukan dan
menguasai kemahiran komunikasi, serta bertanggungjawab dan gigih dalam
menyelesaikan sebarang masalah yang berkaitan.

99

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Pembelajaran berasaskan masalah merupakan alternatif yang lebih menarik


berbanding pembelajaran tradisional. Guru akan memberikan masalah dan
bukan kuliah atau latihan. Disebabkan murid tidak diberikan isi kandungan,
pembelajaran akan menjadi aktif apabila meneroka dan menemui maklumat
yang yang diperlukan untuk menyelesaikan masalah. Guru akan bertindak
selaku fasilitator dan bukan sumber penyelesaian masalah.
Pembelajaran berasaskan masalah membolehkan murid berpeluang untuk:
1. Menyemak dan mencuba apa yang diketahui
2. Menemui apa yang ingin dipelajari
3. Membina kemahiran sosial untuk memperolehi pencapaian yang lebih
baik dalam pasukan.
4. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
5. Menyatakan dan mempertahankan keadaan menggunakan bukti dan
hujah yang mantap
6. Menjadi lebih fleksibel semasa memproses maklumat dan menunaikan
tanggungjawab
7. Mengamalkan kemahiran yang diperlukan selepas tempoh persekolahan
tamat

Proses Penyelesaian Masalah

100

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Langkah-langkah penyelesaian masalah

Bentangkan masalah. Sebagai guru, anda perkenalkan masalah atau senario


kepada murid. Masalah atau senario berkenaan berfungsi sebagai titik permulaan
untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan pendorong pembelajaran. Berikan masa
secukupnya untuk proses memahami masalah. Anda mungkin perlu memberikan
latar belakang isu, menjelaskan terminologi dan menjawab beberapa soalan asas
tentang masalah daripada murid.
Murid seharusnya mempunyai pengetahuan terbatas (pengetahuan sedia ada)
untuk menyelesaikan masalah. Untuk menyelesaikan masalah, murid perlu
pengetahuan yang lebih mendalam mengenai sesuatu isu.
Selepas masalah atau senario diperkenalkan, murid akan bertanyakan beberapa
soalan asas: Apa yang saya perlu tahu? Apakah sumber yang boleh diakses dan di
mana?
101

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Senaraikan apa yang telah diketahui. Semasa menjawab soalan-soalan asas,


murid akan menyenaraikan apa yang telah mereka ketahui. Dengan cara ini masalah
akan dapat didefinisikan dengan jelas sebelum pernyataan masalah boleh ditulis.

Senaraikan apa yang diperlukan. Dengan lengkapnya penulisan pernyataan


masalah, maka murid perlu meneroka maklumat berkaitan untuk melengkapkan
data yang masih kurang atau diperlukan. Satu senarai baru di bawah tajuk Apa
yang perlu kami ketahui? mula disediakan. Soalan yang dibina dan jawapan yang
akan diperolehi akan membantu murid menuju ke arah yang membolehkan mereka
menyelesaikan masalah.
Soalan-soalan dan jawapan ini akan menjadi garis panduan untuk mengumpulkan
maklumat dan data yang diperlukan (oleh individu atau pasukan pembelajaran
koperatif). Analisis data akan dilaksanakan secara serentak dalam proses ini. Setelah
beberapa pusingan pengumpulan maklumat dan data dilakukan di samping
analisisnya dilakuan, maka segala kemungkinan jalan penyelesaian masalah akan
dirumuskan. Jalan penyelesaian yang praktikal dan berpotensi berpandukan
maklumat dan data yang telah dikumpulkan akan dipilih.

Semasa menggunakan maklumat, murid perlu berhati-hati ketika membuat penilaian


agar maklumat yang penting dan terkini tidak diabaikan, di samping mula menolak
maklumat lama yang tidak tepat atau telah tidak lagi relevan akan dibuang.

Senaraikan kemungkinan-kemungkinan langkah tindakan, cadangan, jalan


penyelesaian atau hipotesis. Di bawah tajuk Apa yang kami perlu lakukan, murid
akan menyenaraikan semua tindakan yang akan diambil dan dilaksanakan
(contohnya, berkolaborasi dengan pakar), dan membina serta menguji hipotesis.
Murid mesti membina penyelesaian kepada masalah dan menyusun maklumat
dengan cara yang baru.
Untuk membantu murid dalam proses penyusunan maklumat dan data, mereka
boleh menggunakan buku log masalah untuk mematuhi dan merekodkan senarai
102

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

perkara yang perlu dilakukan, garis masa, pemerhatian, soalan-soalan berbangkit,


senarai sumber dan sebagainya. Log masalah menggambarkan kesemua inkuiri
murid, soalan baru yang timbul serta pemikiran mereka tentang masalah. Log
masalah ini juga akan membantu guru mengikuti perkembangan murid ke arah
penyelesaian masalah. Dengan bantuan guru sebagai pembimbing dan
pemudahcara, murid akan terus terlibat dalam perbincangan mengenai apa yang
telah mereka temui, apa yang mereka tahu dan mahu tahu.

Membentang dan menyokong jalan penyelesaian. Sebagai sebahagian


daripada penutup, lazimnya guru akan meminta murid membentangkan dapatan
dan cadangan mereka. Laporan pembentangan perlu meliputi pernyataan masalah,
soalan-soalan, data yang dikumpulkan, analisis data, sokongan kepada jalan
penyelesaian atau cadangan-cadangan. Segala pengalaman yang dialui akan
menjadi sangat berharga apabila dikongsikan bersama rakan, di samping penilaian
dapat dibuat untuk membolehkan proses refleksi dijalankan
16.7

Lawatan Dan Kerja Luar


Satu kaedah pengajaran yang dan pembelajaranyang boleh memberikan

kesempatan kepada murid untuk memerhati dan membuat pertimbangan


tentang sesuatu perkara atau keadaansecara langsung di luar bilik darjah.Ia juga
dapat menimbulkan kesedaran, keinsafan,dan perasaan tanggungjawab supaya
nilai moralyang dikehendaki dapat disampaikandenganberkesan. Untuk
melaksanakan lawatan, garis panduan pelaksanaan lawatan perlu diikuti. berikut
adalah garis panduan yang sesuai untuk diikuti ketika lawatan.
Sebelum Lawatan

Memilih tempat yang sesuai dengan nilai yanghendak ditekankan.


Menyediakan panduan tentang perkara yang perludiberi perhatian.
Menerangkan perkara-perkara yang perludicatatkan.
Mendapatkan kebenaran daripada ibubapa.

Semasa Lawatan

Memberi keterangan kepada murid.


Sentiasa memandu dan mengawal murid.

Selepas Lawatan

Mengumpulkan gambar mengenai pusat lawatanuntuk dipamerkan.


Bersama dengan murid membuat rumusanmengenai nilai-nilai moral
yang dapat dipelajari.
103

RBT 3110 PERNIAGAAN DAN KEUSAHAWANAN

Kebaikan Kaedah Lawatan:


1. meningkatkan pemahaman sesuatu konsep kerana pengalaman secara
langsung
2. menggalakkan penggunaan pelbagai deria dan ini membawa kesan
kepada pembelajaran
3. memberi peluang kepada pelajar untuk memerhati perkaitan antara bahan
maujud dan proses-proses yang berlaku
4. menggalakkan pelajar untuk mengaitkan pengalaman diluar bilik darjah
dengan pembelajaran kandungan disekolah
5. menggalakkan pembelajaran eksperential dan lebih menyeronokkan
kerana perbincangan bermakna berlaku dalam proses mengumpul
maklumat.
6. memberi peluang pelajar mengalami situasi sebenar dan ini akan
mengekalkan ingatan pelajar terhadap perkara-perkarayang diajar

104

Anda mungkin juga menyukai