Racangan Pemasaran1

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 28

PENGHARGAAN

Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kurniaNya dapat juga saya
menyiapkan tugasan yang diberi. Sekalung penghargaan dan terima kasih saya ucapkan
kepada En. Mohamad bin Abdullah selaku pensyarah saya yang mengajar subjek Asas
Perakaunan dan Perniagaan (RBTS 3123). Tanpa beliau tidak dapatlah saya menyiapkan
tugasan yang diberikan ini dengan jayanya. Beliau banyak memberi tunjuk ajar kepada saya
dalam menyiapkan tugasan yang diberi.

Tempoh yang diberi dalam menyiapkan tugasan ini adalah selama 1 bulan. Saya amat
bersyukur dan berterima kasih sekali lagi kerana dapat menyelesaikan tugasan ini dengan
baik. Sepanjang tempoh yang diberikan,saya berusaha sedaya upaya saya untuk menyiapkan
kerja kursus ini dengan sebaik mungkin. Saya banyak mendapatkan tunjuk ajar dalam
menyempurnakan tugasan yang diberi.

Setinggi-tinggi terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa saya yang banyak
menolong dan memberi sokongan serta dorongan kepada saya dalam menyelesaikan
tugasan ini. Mereka banyak membantu saya dengan menyumbangkan idea tentang sesuatu
yang saya kurang fahami maksudnya. Mereka tidak jemu untuk memberi nasihat kepada saya
supaya menyiapkan tugasan yang diberi dengan kemas dan jayanya. Jasa mereka akan saya
ingat dan kenang sampai bila-bila.

Seterusnya, tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan saya yang
telah banyak menolong saya sepanjang menyiapkan projek yang diberikan. Kami tidak lokek
untuk menolong antara satu sama lain. Kami juga turut bertanyakan kepada pensyarah kami
sekiranya ada yang kami kurang jelas. Kami bertungkus-lumus dalam menyiapkan tugasan
yang diberikan ini supaya kami dapat menghantar tugasan kami dengan kemas,teratur dan
sempurna.

Kami berharap agar tugasan kami ini dapat keputusan yang cemerlang dan
memberangsangkan. Segala tunjuk ajar yang diberikan kami amat kami hargai dan berterima
kasih kerana jika tidak kerana tunjuk ajar yang diberi,kami mungkin tidak dapat menyiapkan
tugasan ini dengan sempurna. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung mahupun tidak langsung. Jasa kalian amatlah saya hargai. Sekian.

2
SENARAI KANDUNGAN

Tajuk Muka Surat


1 Profil Pelajar 1
2 Penghargaan 2
3 Senarai Kandungan 3
4 Pengenalan 4–6
5 Ringkasan Eksekutif 7
6 Sasaran Pasaran 7
7 Saiz Pasaran 8
8 Trend Pasaran 9
9 Pertumbuhan Pasaran 10 – 11
10 Analisi SWOT 12
11 Persaingan 13
12 Syer Pasaran 14
13 Ramalan Jualan
14 Strategi Pemasaran
15 Belanjawan Pemasaran
16 Penyelidikan Pemasaran
17 Tindakan Kawalan
18 Kesimpulan
13 Refleksi 15 – 16
14 Rujukan 17 - 19
15 Lampiran 20

2
PENGENALAN

Pelan pemasaran ialah dokumen bertulis yang memperincikan tindakan-tindakan yang diperlukan
untuk mencapai satu atau lebih tujuan pemasaran bagi produk atau perkhidmatan, jenama,
atau rangkaian produk. Perancangan pemasaran merangkumi satu atau lima tahun dan ia boleh
menjadi sebahagian daripada keseluruhan daripada pelan perniagaan. Strategi pemasaran yang
kukuh ialah asas kepada perancangan pemasaran yang ditulis dengan baik. Perancangan
pemasaran yang mengandungi senarai tindakan tanpa rancangan pemasaran yang baik tidak
berguna.

Proses merangka Perancangan pemasaran

Dalam kebanyakan organisasi, "perancangan strategik" ialah proses tahunan, biasanya


merangkumi tahun mendatang. Ada juga beberapa organisasi yang merangka pelan yang
merangkumi sehingga tiga atau lebih tahun.

Bagi lebih berkesan, perancangan ini harus dalam bentuk rasmi biasanya dalam bentuk
bertulis, sebagai "pelan pemasaran". Proses ini bergerak daripada umum kepada khusus;
daripada keseluruhan tujuan organisasi kepada tindakan terperinci setiap satu untuk membentuk
satu program pemasaran. Ia juga merupakan proses interaktif, agar hasil daripada setiap tahap
dapat diperiksa untuk melihat kesan yang ia berikan kepada tahap-tahap sebelumnya dan
seterusnya dipinda.

2
RANCANGAN PEMASARAN

1.0 RINGKASAN EKSEKUTIF

Syarikat Moon Cookies mengeluarkan produk yang boleh memenuhi keperluan dan
kehendak penduduk di sekitar Bandar Baru Bangi, Selangor. Syarikat kami terletak di No 17,
Jalan 2/1A, Seksyen 2, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Syarikat ini menjual biskut dan
menerima tempahan serta penghantaran untuk memberi kemudahan kepada penduduk yang
tinggal di sekitar kawasan tersebut. Syarikat penjualan biskut kami sedia menerima tempahan
mengikut jumlah yang diminta oleh pihak pelanggan. Kami menjual pelbagai jenis biskut serta
sedia menerima pelbagai jenis bentuk biskut mengikut kehendak dan tempahan daripada
pihak pelanggan. Di samping itu juga, kami sedia berkhidmat untuk memenuhi keperluan
pelanggan kami dan kami akan memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk setiap
pelanggan kami. Bahkan kami turut menawarkan harga mengikut pakej yang telah ditetapkan
seperti pakej A : 30-150 keping biskut – RM20-RM100, pakej B : 300-600 keping biskut –
RM200-RM400, pakej C : 900 ke atas keping biskut – RM600 mengikut permintaan
pelanggan. Malahan, pihak kami sedia menerima tempahan dalam pelbagai jenis majlis dan
acara dan sedia menerima tempahan mengikut kehendak pihak pelanggan.

Konsep kami adalah kami bersedia memenuhi setiap permintaan pelanggan dan
memberikan perkhidmatan yang berkualiti untuk pelanggan kami. Demi menjaga hasil dan
mutu syarikat jualan kami, kami mengusahakan yang terbaik dengan memperbaiki segala
kelemahan untuk memenuhi permintaan dan keutamaan kepada pihak pelanggan. supaya
kami dapat memberi kepuasan kepada semua pihak terutama pihak pelanggan dan
meningkatkan hasil syarikat jualan kami.

Produk biskut yang kami tawarkan adalah mengikut atas permintaan pihak pelanggan.
Kami sedia menerima tempahan mengikut pelbagai majlis dan kami akan mengusahakan
promosi dengan terbaik untuk menarik pelanggan. Promosi ini akan kami lancarkan
bersempena dengan pembukaan syarikat perniagaan kami. Melalui promosi tersebut, kami
akan membuat tawaran istimewa tentang produk perniagaan kami. Antaranya, kami
menggunakan bahan-bahan dan perasa-perasa yang bermutu tinggi serta berkualiti yang
diimport dari negara-negara yang terkenal seperti Amerika Syarikat yang terkenal dengan
biskut berjenama Ferrero Rochel yang digemari ramai dan mendapat jualan permintaan yang
tinggi serta mendapat sambutan yang hangat terutamanya dalam golongan muda remaja dan

2
kanak-kanak. Biskut ini juga diperbuat daripada campuran buahan-buahan dan perasa yang
istimewa dan lazat yang diimport dari beberapa buah negara seperti vanilla, rose, oreo, coklat,
beri, jagung, pandan dan strawberi. Perasa ini mendapat sambutan yang hangat dan tersohor
terutama dalam kalangan remaja. disebabkan keunikkan rasanya yang tersendiri. Ianya amat
popular dan telah mencipta nama di mata dunia dan persada antarabangsa keitimewaan dan
keunikan yang dimiliki.

2
2.0 PASARAN SASARAN

Syarikat Moon Cookies pengeluar produk yang memenuhi kehendak dan keperluan
penduduk sekitar Bangi, Selangor. Memandangkan pada hari ini kita sedia maklum bahawa
produk-produk biskut menjadi perbualan hangat dalam kalangan masyarakat terutama
golongan muda dan kanak-kanak, Maka, saya memfokuskan kepada pihak setempat yang
berada di sekitar Bandar Bangi, Selangor bagi memberi kemudahan dan memenuhi kehendak
mereka. Justeru, saya memilih untuk membuka perniagaan di tengah-tengah bandar kerana
kawasannya yang strategik dan berdekatan dengan taman-taman perumahan serta terdapat
pelbagai institusi. Malahan berdekatan dengan kedai saya, terdapat kawasan perumahan,
instituisi, sekolah serta pejabat. Saya memfokuskan kepada penduduk setempat di kawasan
ini yang terdiri daripada murid sekolah, mahasiswa, guru-guru serta penduduk di kawasan
perumahan di kawasan ini. Oleh sebab itu, hal ini memberi kemudahan mahasiswa dan guru-
guru serta pegawai awam pejabat untuk mendapat bekalan makanan biskut di kedai saya dan
menempah dengan perkhidmatan kami terutama jika terdapat majlis-majlis atau acara-acara
yang akan diadakan diinstituisi, perumahan, pejabat mahupun sekolah yang hanya berada
berdekatan dengan kedai permis perniagaan kami.

Nama : Muhd Emir Iqbal bin Hishamudin

Umur : 10 tahun

Pekerjaan: Murid sekolah

Jantina : Lelaki

Nama : Fairul Hafiz bin Abdullah

Umur : 22 tahun

Pekerjaan : Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia

Jantina : Lelaki

2
Nama : Shalelawati Binti Hussin

Umur : 45 tahun

Pekerjaan : Guru

Jantina : Perempuan

Nama : Ahmad bin Musa

Umur : 50 tahun

Pekerjaan : Pegawai am kerajaan

Jantina : Lelaki

2
3.0 SAIZ PASARAN

Jumlah mahasiswa di instituisi = 30,658 orang

Diandai bulan pertama beroperasi 10% dari saiz pasaran akan membeli dan berbelanja
sebanyak RM20 seminggu di Syarikat Moon Cookies

10% x 30,658 x RM20

= RM61,316/ seminggu

= RM262,782.86 / sebulan

2
4.0 TREND PASARAN

Perniagaan produk biskut amat pesat tahun demi tahun. Statistik penjualan bakeri
biskut menunjukkan peningkatan tahun demi tahun. Pada tahun 2016, permintaan bakeri
biskut adalah 68%, pada tahun 2017 menurun 13%, manakala pada tahun 2018 meningkat
sebanyak 16% dan pada tahun 2019 meningkat sebanyak 22%. Bakeri biskut mendapat
permintaan yang amat tinggi dalam kelompok masyarakat menurun dan meningkat selama 4
tahun.

Pada masa kini, golongan remaja amat menggemari makanana berupa bakeri seperti
kek dan biskut. Antara yang paling digemari adalah bakeri biskut. Syarikat saya berdekatan
dengan kawasan perumahan. Setelah saya meninjau tempat di lokasi ini sebelum membuka
perniagaan, saya mendapati ramai remaja serta kanak-kanak yang tinggal di kawasan
tersebut.

Saya mendapati bahawa masyarakat pada masa kini menggemari makanan ringan
yang sedap dan lazat selain keropok, makanan ringan yang digemari kanak-kanak. Mereka
sering membeli makanan ringan yang tidak berkhasiat seperti keropok ringan, air bergas dan
makanan-makanan ringan yang lain yang boleh menyebabkan mereka mengalami masalah
kesihatan. Oleh sebab itu, saya bercadang untuk membuka sebuah perniaagaan menjual
biskut, kerana telah menjadi perbualan hangat pada hari ini bahawa biskut menjadi salah satu
makanan kegemaran masyarakat golongan muda dan mendapat permintaan yang tinggi
apabila diperlukan dalam majlis-majlis dan acara-acara. Permintaan tinggi yang sering
mengambil tempahan adalah guru-guru sekolah, pejabat dan penduduk kawasan perumahan
sendiri. Hal ini sekaligus dapat mengatasi masalah yang melanda penduduk perumahan dan
institusi-institusi di sekitar ini.

2
• 2019 • 2016

93% 68%

71% 55%
• 2018 • 2017

Rajah 1 : Carta Pai Statistik Perniagaan Bakeri Biskut

2
5.0 PERTUMBUHAN PASARAN

Persaingan semakin sengit hari saban hari. Oleh itu, saya perlu menggunakan
pelbagai jenis resepi dan mempertingkatkan lagi jenis dan perasa yang sedia ada. Biskut ini
juga diperbuat daripada campuran buahan-buahan dan perasa yang istimewa dan lazat yang
diimport dari beberapa buah negara seperti pandan, vanilla, oreo, rose, coklat, jagung beri,
strawberi dan lain-lain lagi. Setelah saya kaji perasa-perasa ini amat popular serta mendapat
sambutan yang hangat dan tinggi serta tersohor dalam kalangan kanak-kanak dan para
golongan muda remaja. Selain itu, tidak kurang juga amat dan paling digemari dalam kalangan
dewasa. Perasa-perasa dan bahan-bahan ini mempunyai keunikkan rasanya yang tersendiri.
Ianya amat popular serta telah mencipta nama di mata antarabangsa dan dunia dengan
rasanya yang unik dan mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.

Terdapat juga syarikat-syarikat lain yang sedang membangun seiring dengan syarikat
perniagaan bakeri biskut saya. Antara syarikat yang menjalankan perniagaan biskut juga
adalah Syarikat Intan Heaven, Syarikat Bsikut Cinta, Syarikat Nina’s Cookies dan Syarikat
Mikean Biscuit. Saya perlu mengambil langkah unttuk memperbanyakkan lagi jenis dan perisa
biskut supaya saya dapat mengatasi syarikat-syarikat lain.

2
6.0 ANALISIS SWOT

Senarai Kekuatan Kelemahan


Kedai

 Rasa yang sedap dan lazat  Tenaga pekerja yang tidak


mencukupi
 Menerima tempahan mengikut
majlis-majlis  Kurang perabot

 Mempunyai perkhidmatan yang


baik

 Mempunyai budaya kerja yang


mesra

Peluang Ancaman

Moon
Cookies

 Terbuka kepada orang awam yang  Terdapat banyak persaingan


ingin menjana pendapatan
 Terdapat banyak kedai lain
 Menigkatkan resepi bahan
pembuatan

 Mengenakan harga yang


berpatutan

2
10.0 PERSAINGAN

Persaingan yang wujud dalam perniagaan merupakan fenomena baharu pada masa
kini. Persaingan dalam perniagaan banyak menumpukan kepada jenis produk, harga,
kelebihan serta kelemahan produk. Elemen ini memberi persaingan yang hebat dalam
perniagaan sekaligus memperbanyakkan lagi jenis produk ekoran dari semasa ke semasa
ekoran daripada persaingan yang kian hebat melanda di pasaran pada hari ini.

Syarikat saya terletak di Bandar Baru Bangi, Selangor dan saya mempunyai pesaing
yang agak ramai dalam memajukan produk perniagaan saya. Terdapat pesaing yang
menawarkan barangan ataupun perkhidmatan yang serupa dengan barangan syarikat saya.
Barangan produk yang serupa dengan perniagaan syraikat saya adalah produk biskut.
Terdapat 4 buah syarikat yang menjalankan perniagaan biskut di sekitar Bandar Baru Bangi
dan salah satu syarikat mempunyai persaingan yang tinggi dengan syarikat saya. Syarikat
Intan Heaven menawarkan produk yang sama dengan saya serta mempunyai daya saing
yang kuat dengan syarikat saya.

Syarikat Intan Heaven telah beroperasi terletak di luar kawasan syarikat saya dan
berada agak tidak jauh dengan syarikat saya. Syarikat mereka sering kali mengeluarkan
biskut-biskut yang berlainan jenis dan rasa dan kualiti barangan mereka dari segi bahan juga
adalah berkualiti tinggi. Syarikat mereka telah beropearsi 10 tahun dan syarikat mereka juga
telah dikatakan terkenal di seluruh bandar Shah Alam. Hal ini lebih merunsingkan saya
memandangkan syarikat saya baru sahaja ingin bermula. Walaupun banyak kelebihan
berpihak pada Syarikat Intan Heaven namun syarikat mereka tidak kurang juga terdapat sisi
kelemahannya yang dapat diketahui.

Antaranya syarikat mereka mengenakan harga yang terlalu tinggi yang menyebabkan
kperluan mereka tidak dapat dipenuhi pelanggan di sebabkan ketidakmampuan penduduk
untuk membeli yang rata-ratanya yang gemar membeli adalah kanak-kanak dan para siswa
di istituisi yang terdapat di kawasan syarikat mereka. Namun, terdapat juga pendudukan
perumahan yang mempunyai pendpatan yang lebih tinggi mampu untuk membayar produk
mereka tetapi mereka sering mendapat banyak tempahan. Hal ini meyebabkan sehingga
terjejasnya operasi penempahan yang dibuat pihak pelanggan. Mereka sering tidak dapat
menunaikan kehendak pelanggan untuk menempah mengikut permintaan pihak pelanggan.

2
NAMA PESAING KEKUATAN KELEMAHAN

Intan Heaven  Sudah beroperasi 10 tahun  Harga agak tinggi

 Sudah terkenal di Bandar Shah  Banyak menerima tempahan


Alam hingga menjejaskan operasi

Biskut Cinta  Sudah beroperasi 5 tahun  Perkhidmatan kurang


memuaskan
 Mempunyai pekerja yang
mencukupi  Kurang pekerja yang terlatih

Nina’s Cookies  Mempunyai suasana kedai yang  Mempunyai kuantiti bilangan


cantik dan kondusif keadaan kedai biskut yang sedikit
yang biskut yag rasa sedap dan
lazat

 harga yang murah

Mikean Biscuit  Bentuk rupa biskut yang cantik  Tidak mempunyai tanda
halal

 Terlalu banyak perabot

2
11.0 SYER PASARAN

SENARAI KEDAI %(SYER PASARAN) JUMLAH SYER PASARAN

Intan Heaven
Cookies
43 RM8,210.00

Biskut Cinta 16 RM 418.00

Milean Biscuit 18 RM 640.00

Nina’s Cookies 23 RM 830.00

2
12.0 RAMALAN JUALAN

BULAN ANGGARAN

Januari 800

Februari 1620

Mac 2450

April 4500

Mei 4800

Jun 5400

Julai 6500

Ogos 7800

September 8500

2
Oktober 8800

November 9010

Disember 10,000

JUMLAH 53,8880

2
7.0 STRATEGI PEMASARAN

4P – PRODUCT, PRICE, PROMOTION, PLACE

Elemen produk, tempat, harga dan promosi atau lebih dikenali sebagai 4P yang meliputi
Product (Produk), Price (Harga), Promotion (Promosi) dan Place (Lokasi) adalah merupakan
unsur pemasaran yang digabungkan dan dibentuk menjadi strategi pemasaran perniagaan.
Empat elemen ini dikenali juga sebagai campuran pemasaran.

PRODUK

Sebelum saya menggunakan bahan-bahan pembuatan biskut, saya mengkaji terlebih


dahulu cita rasa kehendak pelanggan yang menginginkan bagaimana dan apakah jenis perisa
yang disukai dan diminati oleh pihak pelanggan. Produk penggunaan saya menggunakan
bahan-bahan yang berkualiti dan diimport dari luar negara. Antara bahan-bahan yang diimport
adalah kacang. Perisa yang saya gunakan juga dari luar negara. Perisa-perisa yang saya
gunakan adalah perisa beri, coklat, jagung, strawberi, dan vanilla. Perisa yang saya gunakan
adalah perisa yang terkenal dan tersohor di dalam kalangan masyarakat penduduk di luar
negara. Tambahan pula, saya juga turut menggunakan campuran buah-buahan supaya ia
menjadi lebih sedap dan lazat. Biskut saya juga terdiri daripada pelbagai jenis dan bentuk.
Saya menggunakan resepi nenek saya dan resepi ini adalah hasil resepi turun-temurun
keluarga saya. Saya juga menggunakan pelbagai hiasan yang eksklusif dan cantik untuk
menarik perhatian pelanggan.

Ruang di kedai saya amat luas dan dilengkapi dengan perabot di setiap sudut kedai.
Produk-produk disusun dan diletakkan dengan kemas di atas meja. Biskut-biskut disususun
dan diletakkan dengan kemas di dalam balang. Biskut disusun mengikut pakej jumlah
bilangan kepingan biskut yang telah ditetapkan. Biskut-biskut juga disusun di atas meja yang
bertingkat-tingkat bagi menampakkan biskut-biskut tersusun dengan rapi dan kemas di atas
meja.

Selain itu, produk-produk ini dilabel mengikut nama dan perisa beserta harga produk-
produk tersebut supaya pelanggan lebih mudah untuk membeli serta mengenal nama produk-
produk tersebut supaya tidak tertukar semasa membuat pembayaran. Harga dilabel mengikut
jumlah kepingan biskut mengikut pakej yang telah ditetapkan. Syarikat saya turut

2
menyediakan ruang sebagai ruang kanopi di satu sudut ruang kedai untuk orang awam
beristirahat.

HARGA

Strategi penetapan harga menjadi penting di atas kesedaran pemasar bahawa faktor
harga berperanan dalam mempengaruhi pengguna untuk membeli dan kekal sebagai
pelanggan sesuatu produk. Di masa yang sama penetapan harga mesti berasaskan kepada
objektif yang hendak dicapai daripada pemasaran itu sendiri. Samaada memperkenalkan
produk baharu ke pasaran, memasuki segmen baharu pasaran, menstabil harga atau
menandingi harga pesaing, jualan penghabisan stok, jualan produk yang spesifik, dan
sebagainya. Strategi harga sepatutnya mempunyai kriteria yang berbeza kepada pemasar,
harga merupakan kaedah menghasilkan pendapatan dan mencipta keuntungan. Kepada
pembeli pula ianya melibatkan aspek seperti kemampuan membeli, berpatutan dan
berfaedah. Insentif lain seperti diskaun, jumlah ansuran dan tempoh bayaran dapat
mempengaruhi minat pengguna untuk membeli produk.

Harga jualan produk biskut syarikat Moon Cookies menawarkan pakej-pakej tertentu.
Kami menawarkan pakej jualan mengikut bilangan biskut yang ingin ditempah oleh pihak
pelanggan. Pakej kami mempunyai 4 pakej iaitu pakej A : 30-150 keping biskut – RM20-
RM100, pakej B : 300-600 keping biskut – RM200-RM400, pakej C : 900 ke atas keping biskut
– RM600. Hal ini bagi memudahkan pihak pelanggan untuk mengetahui harga biskut dengan
tepat iaitu dengan membeli mengikut jumlah bilangan kepingan biskut yang diingini oleh
mereka.

Antara faktor perlu dipertimbangkan dalam menetapkan harga barangan yang


ditawarkan oleh pengusaha adalah jumlah harga kos sebenar produk yang ditawarkan. Kos
aset bukan semasa iaitu mesin dan peralatan, papan tanda, perabot dan kelengkapan adalah
RM31,600.00. Lain-lain perbelanjaan seperti kad perniagaan risalah, pendaftaran perniagaan,
lessen perniagaan dan muffin cake semuanya berjumlah RM2,770.00. Jumlah kedua-dua
perbelanjaan adalah RM34,370.00. Perbelanjaan bulanan seperti kadar bayaran, sewa, gaji
pengurus dan gaji pekerja adalah RM61,200.00.

Seterusnya, menilai harga jual yang ditawarkan oleh pesaing. Harga yang ditawarkan
oleh pesaing kebanyakannya adalah terlalu mahal dan terlalu murah. Syarikat Intan Heaven
menawarkan harga yang terlalu tinggi manakala Syarikat Nina’s Cookies menawarkan harga

2
yang terlalu rendah. Kedua-dua syarikat ini memberi peluang kepada syarikat saya untuk
menawarkan harga yang berpatutan dan mampu milik pihak pelanggan.

Selain itu, menilai tanggapan pengguna sasaran terhadap nilai produk pengusaha
dengan pesaing. Pesaing-pesaing di syarikat lain terdapat lebih banyak kekurangan dan
kelemahan berbanding syarikat saya. Syarikat Intan Heaven mempunyai kekurangan dengan
meletakkan harga yang tinggi dan mendapat permintaan yang terlalu banyak sehingga
menjejaskan operasi. Syarikat Biskut Cinta pula perkhidmatan kurang memuaskan dan
kurang pekerja yang terlatih manakala Syarikat Nina’s Cookies mempunyai bilangan biskut
kuantiti yang sedikit dan Syarikat Mikean Biscuit tidak mempunyai logo halal yang mana
kebanyakan penduduk setempat di kawasan tersebut adalah berbangsa Islam.

PROMOSI

Pengiklanan melalui media massa utama, antara kaedah mempromosi yang termahal,
menjadi pilihan industri yang berkemampuan. Walaupun tahap keberkesanannya agak sukar
diukur, tetapi yang lebih penting di sini adalah faktor penyebaran maklumat produk yang
meluas. Di samping pengiklanan, kaedah promosi yang lain-lain boleh digunakan, samaada
serentak mahupun berasingan, bersesuaian dengan objektif pemasaran serta faktor-faktor
seperti kos, peluang dan kebolehan berinteraksi yang lebih terbuka dengan pelanggan.

Bentuk promosi yang saya jalankan adalah berbentuk iklan melalui kain rentang. Hal ini
bertujuan untuk menarik perhatian orang ramai supaya mengetahui tentang kehebatan dan
kewujudan syarikat saya. Selain itu, untuk berkunjung ke lokasi perniagaan saya. Melalui kain
rentang ini saya meletakkan gambar-gambar semua jenis biskut dan turut meletakkan unsur-
unsur animasi berupa kartun untuk menarik perhatian dan minat kanak-kanak supaya turut
membeli biskut tersebut.

Seterusnya, saya juga turut membuat ‘food-tester’ di bahagian tepi kedai pelanggan-
pelanggan datang dan merasai sendiri biskut kami dan sekiranya mereka ingin terus membeli,
kami turut menyediakan biskut-biskut yang telah siap disusun di dalam bekas dan sedia untuk
dijual sejurus mereka mencuba biskut tersebut. Di samping itu, kami juga akan memberitahu
mereka bahawa biskut yang kami jual adalah diperbuat daripada bahan-bahan yang segar
dan berkualiti tinggi serta mendapat nama sama ada dalam mahupun luar negara. Selain itu,
untuk menarik perhatian pelanggan, saya turut menyediakan potongan harga atau diskaun

2
20% kepada setiap pelanggan dengan penjimatan RM5.00, hanya RM20.00/540 gram iaitu
700 keping biskut.

Tambahan pula, saya turut mempromosikan perniagaan saya dalam bentuk


‘brochure’. Melaluinya, saya mengedarkan kepada orang ramai supaya mereka dapat
mengenali dan mendapat maklumat secara lebih dekat tentang produk daripada syarikat
perniagaan saya. Malahan melalui kaedah ini, saya turut menjemput orang ramai supaya
datang beramai-ramai ke syarikat perniagaan saya untuk mendapatkan produk kami dan dan
kami akan memenuhi cita rasa kehendak mereka. Kaedah brosher ini lebih bersifat mesra
pelanggan kerana orang ramai akan mendapat maklumat secara lebih jelas dan tepat. kami
juga turut mengerdarkan ‘brochure’ di kawasan perumahan, hotel-hotel, rumah-rumah sewa,
sekolah serta pejabat untuk mendapatkan maklumat tentang syarikat perniagaan biskut Moon
Cookies kami.

Selain itu, saya juga turut mempromosikan syarikat perniagaan saya melalui media
elektronik. Dengan kaedah ini saya menyebarkan maklumat syarikat perniagaan saya melalui
kaedah internet, contohnya melalui blooger. Melalui kaedah ini saya menarik pelanggan
dengan memberikan kemudahan keada pelanggan untuk melihat pelbagai jenis biskut kami
dengan lebih terperinci. Oleh yang demikian, pelanggan boleh membuat tempahan menerusi
laman web yang disediakan atau pun menghubungi kami melalui telefon di ‘brochure’ yang
telah diedarkan pada bila-bila masa yang sesuai.

Kedai kami beroperasi dari 8.00 pagi hingga 6.00 petang. Kedai kami beroperasi pada
hari Sabtu – Khamis. Pada hari Jumaat kami cuti. Segala rundingan akan dijalankan dengan
baik mengikut permintaan kehendak pelanggan. Kami juga menggunakan strategi harga iaitu
dengan menawarkan harga yang berpatutan. Selain itu saya turut menawarkan hadiah
istimewa kepada pelanggan yang membeli biskut sebanyak RM500.00 ke atas. Tawaran
hadiah tersebut berupa pemberian Biskut Cookies 240Gram secara percuma. Hakikatnya
melalui kaedah ini, saya dapat berinteraksi dengan pelangan mengenai produk saya secara
terus, bersemuka dan lebih bersifat mesra pelanggan.

PLACE (LOKASI)

Strategi penempatan memberi penekanan kepada aspek saluran pengedaran produk


yang berfungsi menyampaikan produk kepada pengguna sasaran. Ianya melibatkan aktiviti
perkhidmatan seperti transaksi, inventori, lojistik dan kelengkapan fasiliti. Disamping itu,

2
strategi ini juga perlu mengambilkira faktor liputan pengedaran dan kebolehan kakitangan
serta tahap perkhidmatan mereka. Menawarkan produk yang betul, di tempat atau lokasi yang
betul dan pada masa yang betul dan keberkesanan adalah tujuan kepada strategi ini.
Kesemua ini sangat bergantung kepada saluran-saluran pengedaran yang ditetapkan.
Bagaimana produk ditempatkan di kalangan pengguna, begitu jugalah penerimaan mereka.

Melalui kaedah memberi kemudahan dan memenuhi kehendak pelanggan, saya


memilih untuk membuka perniaagaan di tengah-tengah bandar kerana kawasannya yang
strategik dan berdekatan dengan perumahan dan instituisi. Hal ini memudahkan
perkhidmatan kami kerana terdapat kawasan perumahan dan sekiranya mereka ingin
mengadakan sesuatu majlis, mereka boleh menggunakan perkidmatan kami untuk
menempah pelbagai jenis biskut dan kami juga mengadakan proses penghantaran ke rumah
secara percuma dan kami akan menghantarnya ke depan pintu rumah mereka.

Selain itu, terdapat juga rumah sewa untuk mahasiswa yang sedang menginap di luar
kampus. Hal ini kerana disebabkan oleh bilangan mahasiswa junior yang ramai.
Kebiasaannya, bilangan yang menginap di luar kampus adalah mahasiswa senior kerana
mereka telah mengenali selok belok kampus dan bilangan mahasiwa yang ramai
menyebabkan mahasiswa senior perlu menginap di luar kampus bagi memberi kemudahan
kepada mahasiswa junior kerana mereka merupakan mahasiswa-mahasiwa baharu yang
baru sahaja belajar dan menuntut di instituisi tersebut.

Juga, instituisi mereka juga berdekatan dengan kedai kami yang hanya berhadapan
dengan Syarikat Moon Cookies dan mereka boleh dengan hanya berjalan kaki untuk ke kedai
kami. Kami memilih kawasan di sini kerana memudahkan penduduk untuk membeli dan
menempah bersama perkhidmatan kami terutama sekiranya mereka hendak mengadakan
sesuatu majlis. Saya telah mengkaji beberapa kehendak serta keperluan pelanggan bahawa
mereka memerlukan sajian makanan seperti biskut sebagai sajian tambahan atau utama
untuk sesuatu majlis dan hasil kajian saya bahawa permintaan biskut amat tinggi dalam
kalangan penduduk setempat.

Di samping itu, perkidmatan ini juga senang dan amat sesuai untuk diadakan di
sesuatu acara majlis seperti majlis sambutan ulang tahun kelahiran dan ulang tahun
perkahwinan, majlis perpisahan dan tidak ketinggalan juga majlis hari raya, majlis sambutan
tahun baharu dan majlis-majlis yang lain. kami juga menerima permintaan yang tinggi
pekhidmatan jualan biskut kami sebagai cenderahati untuk majilis-majlis tertentu. Selain itu,
kami juga membolehkan pelanggan menikmati makanan dan minuman di kedai saya.

2
14.0 BELANJAWAN PEMASARAN

JUMLAH PERBELANJAAN JUMLAH(RM)

Aset Bukan Semasa

Mesin dan Peralatan RM11,100.00

Papan tanda Perniagaan RM2,000.00

Perabot Rm3,500.00

Kelengkapan RM15,000.00

Lain-lain perbelanjaan

Kad syarikat RM200.00

Risalah RM120.00

Muffin Cake RM150.00

Pendaftaran perniagaan RM1,300.00

Lesen perniagaan RM1,000.00

JUMLAH = RM34,370.00

2
21.0 PENYELIDIKAN PEMASARAN

Syarikat saya mendapat sijil kelulusan daripada Majlis Perbandaran, Dewan Bandaraya. Yang
pasti, syarikat saya amat mementingkan aspek kebersihan, kekemasan dan keselamatan.
Sehubungan dengan itu pada bahagian dapur, kami memastikan bahawa dapur kami sentiasa
berada dalam keadaan bersih, kemas dan teratur. Hal sedemikian sama ada sebelum,
semasa dan selepas kami menggunakan kawasan tersebut.

Di samping itu, peralatan yang kami gunakan juga adalah selamat untuk digunakan.
Malahan, kami akan menyusun semula peralatan setelah digunakan supaya peralatan
tersebut kelihatan sentiasa dalam keadaan tersusun dengan kemas dan teratur. Paling
penting, bahan-bahan yang kami gunakan adalah selamat digunakan serta mendapat
pengesahan sijil daripada pihak Halal Jakim.

2
22.0 TINDAKAN KAWALAN

Syarikat saya amat mementingkan aspek keselamatan. Untuk itu, saya membuat
pagar syarikat yang diperbuat daripada pagar besi. Selain itu, kedai saya juga dilengkapi
dengan kamera litar tertutup yang dipasang di setiap penjuru kedai bagi memerhati keadaan
di dalam kedai supaya keselamatan kedai sentiasa terjamin. Di samping itu, kami juga
menggunakan perniagaan secara atas talian. Melalui perniagaan ini, kami membuka akauan
bank kami tersendiri iaitu Bank Maybank. Hal ini bagi memastikan agar keadaan pengurusan
kewangan perniagaan kami menjadi lebih kemas, sistematik, selamat dan dan terjamin.

2
KESIMPULAN

Perniagaan ini tidak memerlukan modal yang agak besar untuk menjalankannya.
Syarikat Moon Cookies juga telah mendapatkan pertimbangan dan kelulusan daripada
pihak bank. Di samping itu, untuk menjadi garis panduan menguruskan perniagaan
supaya menjadi lesih sistematik dan efisien. Seterusnya, melihat dan menilai perniagaan
secara objektif, kritikal dan praktikal. Juga, rancangan perniagaan juga ditulis untuk
mengkaji dan menilai sama ada perniagaan yang akan dilaksanakan mempunyai potensi
untuk terus maju atau sebaliknya.

2
RUJUKAN

BUKU

1) Zahari Mohamad, Pengurusan Pemasaran, Open University Malaysia, Kuala Lumpur,


2006

2) Abdullah Muhammad, Perniagaan, Kementerian Pendidikan Malaysia, Selangor, 2006

3) Roslan Syed Bulat, Success Perniagaan, OXFORD Fajar, Pulau Pinang, 2007

4) Suriani Abd. Majid, Focus SPM Perniagaan, Pelangi Sdn. Bhd., Kuala Lumpur, 2005

JURNAL

1)

INTERNET

1) Shahrin Hamid. Contoh Kertas Kerja Rancangan Perniagaan. Diperolehi pada 28


0ktober 2015 daripada
https://www.academia.edu./4913588/Contoh_Kertas_Kerja_Rancangan_Perniagaan

2) Fatin Najihah. Rancangan Perniagaan. Diperolehi pada 02 Julai 2013 daripada


https://www.slideshare.net/ppnkvl/rancangan-perniagaan

3) Sany Sanuri. Rancangan Pemasaran. Diperolehi pada 12 November 2016 daripada


https://www.slideshare.net/arhima/rancangan-pemasaran

4) Faridah Hanif. Kunci Kira-kira. Diperolehi pada 29 Disember 2015 daripada


https://kewanganbisnes.wordpress.com/2015/12/29/kunci-kira-kira/

2
5) Admin. Untung Bersih. Diperolehi pada 01 Disember 2017 daripada
https://umarvellous.com/mudahnya-kira-untung-bersih/

LAMPIRAN

Anda mungkin juga menyukai