Kotak Beracun

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 2

KOTAK BERACUN

Konsep: Outdoor (Pantai)


Slot: Permainan Alam Sekitar
Peralatan: i. Bola / Buah Kelapa
ii. Muzik (Tape/ Player)
iii. Kertas Undi (ditulis no.1 hingga 5) digulung.
Masukkan dalam kotak.
iv. Senarai denda no.1 hingga 5(disertakan dibawah)

Anggota: i. Fasilitator
ii. Pengawal Muzik
iii. Hakim (Membaca denda/arahan)

Anggota: i. Menghilangkan rasa malu dikalangan peserta dan


menambah keyakinan diri disamping aktiviti ceria.
ii. Menerapkan nilai cintakan alam sekitar melalui penghayatan
dimana akan melakukan aksi dan tabiat sesuatu spesis.
iii. Peserta akan berfikir dan mencari idea dalam penjagaan
alam sekitar.
iv. Memupuk kesedaran tentang isu-isu alam sekitar.

Kaedah Pelaksanaan:

i. Semua peserta berada dalam satu bulatan besar. Fasilitator ditengah


bulatan.
ii. Salah seorang peserta memegang bola. Apabila muzik start peserta
yang memegang bola hendaklah melambung bola kepada peserta di
kanannya. Seterusnya bola akan bergerak sehingga muzik berhenti.
iii. Peserta yang memegang bola semasa muzik dihentikan dikehendaki
mencabut undi dalam kotak beracun.
iv. Sekiranya undian no. 1 Hakim akan membacakan denda no.1.

Reflek:

Fasilitator perlu mengucapkan tahniah dan memuji keupayaan peserta yang


telah melaksanakan denda dengan mengaitkan mereka adalah pencinta alam
yang sebenar kerana berupaya menghayati alam.
DENDA KOTAK BERACUN

No.1 Anda berada di Hutan Simpan Sepilok, Sabah. Sedang anda


berjalan-jalan menikmati keindahan alam tiba-tiba anda disergah
seekor Orang Utan yang mengamuk kerana habitat mereka
diceroboh pembalak haram. Lakonkan semula watak Orang Utan
yang sedang mengamuk.

No.2 Anda bersama ekspidisi kajian penyu di Pulau Tinggi, Johor. Pada
suatu malam anda bertuah kerana bertemu seekor penyu betina
yang sedang naik ke darat untuk bertelur. Lakonkan semula
bagaimana penyu merangkak naik daripada lautan ke pantai dan
bertelur.

No.3 Anda sedang bercuti seorang diri di Pulau Tenggol. Suatu petang
ketika di pantai anda merenung ke laut yang tenang, damai dan
bersih. Sebagai seorang pencinta alam timbul ilham kepada anda
untuk ciptakan sebuah sajak. Deklemasikan satu rangkap sajak
tersebut dengan penuh perasaan.

No.4 Anda mempunyai kesedaran tentang penjagaan alam sekitar.


Suatu ketika anda melihat seorang budak meletakkan 3 buah beg
plastik yang berisi pampers yang telah digunakan di hadapan
rumah anda. Pilih seorang rakan anda dan lakonkan bagaimana
anda memarahi budak tersebut dalam loghat anda sendiri.

No.5 Anda seorang wartawan. Suatu hari anda diarahkan untuk


membuat liputan tentang muara sungai Mersing yang dipenuhi
sampah sarap. Lakonkan watak Karam Singh Walia sedang
membuat laporan berita di televisyen.

Anda mungkin juga menyukai