Kerja Kursus GSB 1012

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 13

1.

0 PENGENALAN
Orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa. Peribahasa tersebut sudah
begitu sinonim dengan budaya timur khususnya masyarakat Malaysia. Frasa pertama
peribahasa ini, iaitu orang berbudi kita berbahasa membawa maksud sekiranya seseorang
menunjukkan sikap dan budi yang baik kepada kita, maka kita sewajarnya membalasnya
dengan katakata yang baik. Frasa orang memberi kita merasa pula bermaksud jika
seseorang menghulurkan sesuatu kita wajar menerimanya.
Budi bahasa amat tinggi nilainya dalam masyarakat Malaysia, Budi bahasa sering
dianggap sebagai amalan yang penting dan saling melengkapi. Oleh sebab itu orang yang
berbudi bahasa dihormati dalam masyarakat sekelilingnya. Hal ini kerana orang yang
berbudi bahasa akan disenangi oleh orang ramai. Sehubungan dengan itu, amalan budi
bahasa sangat baik diamalkan dalam kehidupan seharian kita.

2.0 KONSEP BUDI BAHASA


Apa itu budi? Definisi yang terdapat di dalam kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)
Edisi ketiga, budi didefinisikan sebagai akal, kebijaksanaaan atau sifat baik, perbuatan baik
dan kebajikan. Menurut Majid, budi bermakna akhlak, perangai, kesopanan, atau tabiat. Dari
sudut pengertian, budi mempunyai pengertian yang amal luas. Teuku Iskandar, melalui
pendapatnya pada tahun 1970, budi berasal daripada kata Sanskrit Buddhi bermaksud
bijak, baik pekerti dan mulia atau intelektual. Tambahan pula, jika kita kaji dan tinjau dengan
lebih mendalam melalui ajaran agama, budi merupakan sesuatu yang sangat penting.
Sebagai contoh, agama islam merupakan agama yang sangat mementingkan budi. Hal ini
dapat dibuktikan dengan riwayat Nabi SAW yang bermaksud: "Paling dekat dengan aku
kedudukannya pada hari kiamat adalah orang yang paling baik budi pekertinya dan sebaikbaik kamu adalah yang paling baik terhadap keluarganya." (riwayat ar-Ridha).
Apa itu bahasa? Menurut Owen (2006) bahasa dapat didefenisikan sebagai kode
yang diterima secara sosial atau sistem konvensional untuk menyampaikan konsep melalui
simbol-simbol yang dikehendaki dan kombinasi simbol-simbol yang diatur oleh ketentuan.
Menurut Plato, bahasa ialah suatu pernyataan fikiran seseorang dengan perantaraan nama
benda atau sesuatu dan ucapan yang merupakan cermin kepada idea seseorang tersebut.
Bahasa berfungsi sebagai alat komunikasi antara anggota masyarakat seperti simbol bunyi
yang dihasilkan oleh alat ucap manusia (Smarapradhipa, 2005). Bahasa ialah sesuatu
ciptaan yang dimiliki oleh manusia yang membezakan manusia dengan makhluk yang lainlain. Bahasa juga dapat didefinisikan dengan pelbagai cara bergantung kepada sifat-sifat
bahasa, peranan serta fungsinya. Sebagai tambahan pula, menurut buku yang berjudul
Kesantunan Rakyat Malaysia, bahasa juga diertikan sebagai satu sistem bunyi yang terdiri
daripada alat-alat artikulasi yang ada pada mereka.
Budi bahasa ialah satu etika, adab sopan santun, pekerti akhlak yang mulia dan
berbahasa (Ainon Mohd, Abdullah Hassan, Tesaurus Bahasa Melayu). Budi bahasa merujuk
kepada tutur kata, kelakuan yang sopan dan juga tatatertib seseorang individu tersebut.
Selepas itu, budi bahasa juga merupakan sebuah amalan yang diamalkan oleh semua
lapisan masyarakat yang ada di negara kita iaitu Malaysia. Di samping mewujudkan sebuah
suasana yang aman, harmoni serta hormat menghormati antara satu sama lain amalan budi
bahasa mestilah diterapkan dalam setiap aspek kehidupan tidak mengira bangsa serta
agama yang dianuti. Tuntasnya, kita mestilah mengamalkan tingkah laku yang mampan
agar negara kita kekal harmoni. Menurut tokoh dunia iaitu Mahatma Ghandi, terdapat
beberapa contoh tingkah laku yang mampan iaitu:

a)
b)
c)
d)

Menghormati orang tua


Tidak meninggikan suara dengan orang yang lebih tua
Duduk dengan cara yang sopan serta beradab
Bertegur sapa dengan jiran-jiran

Sebagai seorang peka kepada perkembangan ilmu serta seorang yang cinta akan ilmu
kita perlu tahu bahawa terdapat enam ciri budi bahasa yang kita perlu kenali iaitu tidak
mementingkan diri sendiri, bersopan santun, bertimbang rasa, bertoleransi, bertolak ansur,
ramah mesra. Keenam-enam ciri budi bahasa ini menggambarkan keunggulan budi bahasa.
Perkara ini demikian kerana, orang yang hebat adalah orang yang elok budi pekertinya.
Sebagai contoh, jika seseorang individu yang mengamalkan keenam-enam ciri budi bahasa
tersebut, maka dia akan menjadi seorang yang mantap budi pekertinya. Hal ini demikian
kerana akhlak yang mulia atau budi bahasa yang unggul merupakan sesuatu yang perlu ada
dalam seseorang yang hebat.

3.0 TAKRIFAN KESANTUNAN DARIPADA TOKOHTOKOH DUNIA


3

Pelbagai teori dan takrifan daripada tokohtokoh dunia tentang konsep kesantunan melalui
dimensi yang berbeza. Menurut pandangan Rustono (1999:67 68) konsep atau prinsip
kesantunan adalah pelbagai sifatnya kerana terdapat konsep kesantunan yang dirumuskan
dalam bentuk kaedah membentuk prinsip kesantunan, manakala dalam bentuk strategi
membentuk teori kesantunan. Takrifan kesantunan daripada tokoHtokoh dunia dapat
dikategorikan kepada tiga kategori dalam Rajah 1 di bawah.

Takrifan
kesantunan
menurut
pandang
tokoh
Melayu

Takrifan
kesantunan
daripada
tokoh - tokoh
dunia
Takrifan
kesantunan
menurut
tokoh
barat

Rajah 1: Katogeri takrifan kesantunan tokoh tokoh dunia.

4.0 TAKRIFAN KESANTUNAN MUNURUT PANDANGAN TOKOH MELAYU


Pandangan orang Melayu tentang konsep kesantunan merujuk kepada definisi yang
dikemukakan oleh tokohtokoh Melayu sama ada di Malaysia ataupun Indonesia.
Sehubungan dengan itu, takrifan konsep kesantunan menurut pandangan Melayu turut

mengambil kira definisi yang dikemukakan oleh kamus Melayu yang terkemuka seperti
Kamus Dewan yang tentunya disusun oleh tokohtokoh Melayu termasuk Noresah Baharom
iaitu ketua editornya.
Menurut Kamus Dewan (1984), kesantunan merujuk kepada perihal seperti sifat
santun, kesopanan, kehalusan budi bahasa atau budi pekerti. Asmah Haji Omar (2000) pula
membahagikan kesantunan kepada dua jenis, iaitu kesantunan asas dan kesantunan
berkala. Kesantunan asas bermakna kesantunan sedia ada dalam masyarakat yang
dijadikan pedoman dalam pergaulan seperti yang diberi penekanan dalam ajaran agama.
Kesantunan berkala bermaksud kesantunan yang menggambar ucapan yang dilakukan
dalam masyarakat berdasarkan situasi tertentu misalnya laras dan tempat berlainan dan
pangkat seseorang.
Menurut Awang Sariyan (2007), definisi kesantunan ialah penggunaan bahasa yang
baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan
kepada pihak yang menjadi teman bicara. Dengan kata lain, kesantunan didefinisikan
sebagai peraturan perlakuan yang ditetapkan dan dipersetujui bersama oleh sesuatu
masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam masyarakat tertentu.
Menurut Hamka (2002) pula, kesantunan merujuk kepada adab dan ketinggian ilmu
seseorang, bukan terletak pada wajah dan pakaian seseorang. Kesantunan turut meliputi
katakata yang lemah dan beradab hingga dapat melembutkan hati seseorang. Noriati A.
Rashid (2004) pula berpendapat bahawa kesantunan terbina apabila manusia menjaga air
mukanya sebagai mengekalkan hubungannya dengan tuhan.
Selain itu, Zaitul Azma Zainon Hamzah (2012) menyatakan bahawa kesantunan
merujuk kepada penggunaan bahasa yang halus dan santun yang dapat melambangkan
nilai sosial dan budaya sesuatu masyarakat. Kesantunan turut diklasifikasikan sebagai etika
sosial, iaitu sesuatu yang asas dan perlu diamalkan untuk mewujudkan kemarahan dan
penghormatan kepada tetamu. Sebuhungan itu, Radiah Yusoff (2005), mentakrifkan
kesantunan sebagai fenomena sejagat manusia yang memainkan peranan untuk
mengekalkan hubungan harmoni antara ahli masyarakat.
Indirawati Wahid (2012) berpendapat bahawa kesantunan melibatkan pengguna dan
konteks, iaitu pengguna ialah penutur dan pendengar, manakala konteks ialah situasi
berlangsungnya sesuatu aktiviti ataupun interaksi antara ahli masyarakat. Dengan kata lain,
kesantunan merupakan lakuan bahasa yang diterima pakai dalam masyarakat yang mana
setiap masyarakat punutur di dunia ini mempunyai norma tertentu yang menentukan gaya
hidup yang diamalkan.

5.0 TAKRIFAN KESANTUNAN MENURUT PANDANGAN TOKOH BARAT


J. Ferguson dan Das Gupta (1968) menyatakan bahawa kesantunan itu berlaku apabila
penutur dan pendengar mengikuti semua peraturan dalam perbualan. Dengan kata lain,
kesantunan berlaku apabila terdapat komunikasi dan hubungan yang harmoni antara
penutur dan pendengar. Leech (1983) pula mendefinisikan kesantunan sebagai strategi
untuk mengelakkan persengketaan dalam interaksi manusia dalam kehidupan seharian kita
agar pergaduhan dapat dielakkan.
Strategi utama yang perlu dipatuhi untuk mencapai sifat santun adalah penggunaan
bahasa yang halus, beradab sopan, sikap yang lemah lembut dan budi pekerti. Leech(1983)
seterusnya berpendapat bahawa kesantunan bukan sekadar bermaksud berbaik-baik sahaja
tetapi yang penting adalah menjalinkan prinsip kerjasama dengan menghubungkannya
dengan maksud dan kuasa. Hal ini melibatkan pemilihan strategi untuk mengelakkan konik.
Beliau telah mengemukakan Prinsip Kesantunan Leech yang memberi penekanan kepada
enam aspek atau maksim seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.5.

jh
m
:b
-H
c
rk
e
p
n
a
litu
g
fK
M
P
d
B
s
o
S

Rajah 1.5 Prinsip kesantunan Leech


Menurut Thomas (1995), kesantunan adalah kesedaran tentang jarak sosial. Perkara
ini bermaksud bahawa seseorang penutur perlu sentiasa mengamalkan sopan apabila
berhubung dengan orang lain kerana adanya had antara seorang penutur dengan yang lain.
Dengan perkataan lain, darjah kesopanan perlu mengambil kira jarak sosial. Misalnya,
perbualan dengan seseorang yang rapat pastinya berbeza daripada seseorang yang baru
dikenali.
Pelbagai pandangan dan takrif kesantunan telah mewujudkan satu teori keasantunan
yang terkemuka seperti yang dinyatakan oleh Brown dan Levinson (1987). Teori kesantunan
berasal daripada pendapat Goffman (1955) tentang ekspresi wajah. Berdasarkan prinsip
ekspresi wajah, kesantunan didefinisikan sebagai mengambil berat ataupun peduli tentang
wajah penutur dan pendengar. Wajah bukan sahaja bermaksud rupa tetapi turut melibatkan
harga diri seseorang.
Menurut Siti Hajar Abdul Aziz (2008), konsep wajah ini sebenarnya berasal dari
China dan dikembangkan oleh Confucius untuk memperkatakan nilai nilai kemanusiaan.
Konsep wajah, iaitu harga diri dalam tradisi CIna adalah amat penting kerana berkait rapat
dengan penghargaan yang diberikan oleh masyarakat atau dimiliki secara individu. Wajah
ataupun harga diri seseorang dianggap satu kurnia dan amat bernilai dalam masyarakat.
Oleh itu, apabila bertutur seseorang perlu memelihara wajahnya dan pendengar agar tidak

serong pada pandangan masyarakat. Jika wajah telah tercalar, penutur dan pendengar yang
terbabit pastinya akan disisihkan oleh masyarakat.
Selain itu, Brown dan Levinson (1987) menyatakan bahawa wajah merupakan
kurniaan peribadi yang dimiliki oleh setiap insan dan bersifat universal. Dalam teori ini,
wajah dibahagikan kepada dua jenis iaitu wajah positif (positive face) dan wajah negatif
(negative face). Wajah positif adalah berkaitan dengan nilai perpaduan, tidak formal,
keikhlasan dan keakraban sementara wajah negatif merujuk kepada keinginan seseorang
untuk berdikari, bebas daripada gangguan luar tetapi sentiasa mengharapkan penghargaan
daripada orang lain terhadap sikap berdikari yang ditunjukkannya seperti yang diperkatakan
oleh Siti Hajar Abdul Aziz (2008).
Lakoff (1977) mengatakan kesantunan termasuklah perlakuan yang mengurangkan
pergeseran dalam sesuatu interaksi manakala Fraser dan Nolan (1981) mendefinisikannya
sebagai usaha mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa konflik. Definisi yang agak
sama turut dikemukakan oleh Bayraktaroglo (1997) iaitu perlakuan yang diamalkan untuk
membina persefahaman. Kesantunan juga dikatakan sebagai suatu fenomena bahasa yang
boleh dikaji secara empirikal menerusi pemerhatian terhadap komunikasi lisan yang
melibatkan interaksi bersemuka antara penutur dengan pendengar Held (1992:1313).
Watts et. Al. (2000) mentakrifkan kesantunan sebagai perlakuan bahasa yang
digunakan untuk mengekalkan keseimbangan hubungan interpersonal dalam kumpulan
sosial. Walaubagaimanapun, Watts menyempitkan konsep kesantunan menjadi istilah yang
lebih terperinci, iaitu konsep perlakuan politik verbal. Beliau menganggap, keupayaan untuk
mengelakkan konik bergantung kepada sosiobudaya sesuatu masyarakat. Di samping itu
juga, cara berbahasa itu banyak bergantung kepada peristiwa bahasa.
Aktiviti sosial dan darjah perkongsian terhadap set-set jangkaan budaya di kalangan
mereka yang terlibat dalam sesuatu percakapan. Konsep Perlakuan Politik Verbal oleh
Watts merujuk Teori Relevan (Sperber & Wilson, 1986) yang menegaskan bahawa apa yang
ditekankan dalam sesuatu ujaran ialah kerelevanannya dan bukan kebenaran harahnya.
Watts merujuk Teori Relevan dalam mengutarakan konsep Perlakuan Politik Verbal kerana
berpendapat bahawa perlakuan yang santun itu bergantung kepada sifat interaksi.
Seseorang yang terlibat dalam interaksi perlu menyesuaikan ujarannya dengan
suasana. Keupayaan dan kebolehan penutur menggunakan kemahirannya dalam
berbahasa yang sesuai dengan suasana interaksi merupakan perlakuan yang bijak dan
disebut sebagai Perlakuan Politik Verbal. Hal ini supaya negara kita dapat berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain dan supaya negara kita iaitu
Malaysia dapat mengekalkan nama harumnya di pentas dunia.

6.0 KEPENTINGAN BUDI BAHASA DAN SANTUN DALAM KALANGAN MASYARAKAT


MALAYSIA YANG PELBAGAI
Pada era globalisasi ini, sikap tidak menghormati orang lain dan tidak berbudi bahasa dalam
kalangan masyarakat negara kita semakin meningkat bagai cendawan tumbuh selepas
hujan. Hal ini kerana, mereka tidak diberi kesedaran terhadap pentingnya tahap budi pekerti
yang elok sejak merah tapak kaki lagi. Namun tidak dapat dinafikan bahawa masih ada
segelintir masyarakat yang masih mengamalkan budi pekerti yang baik apabila
berkomunikasi dengan orang lain. Hal ini demikian kerana, mereka sedar bahawa sikap
yang baik adalah selaras dengan tuntutan agama. Persoalannya, apakah kepentingan budi
bahasa dan santun dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai ?
Setelah dikaji dan diteliti dengan mendalam kita dapat tahu bahawa institusi keluarga
merupakan institusi yang peting dalam kehidupan di negara kita dan institusi keluargalah
yang akan mendidik dan mencorak seseorang tersebut. Oleh itu, terdapat banyak
kepentingan budi bahasa dalam institusi kekeluargaan antaranya iaitu mengeratkan
silaturahim antara ibu bapa dan anak-anak. Hal ini akan menyebabkan ibu bapa yang telah
membesarkan seseorang itu dengan baik bagai menatang minyak yang penuh akan sejuk
hati memandang anaknya yang berbudi bahasa. Selain itu, ketaatan antara anak dan ibu
bapa dapat ditingkatkan kerana ianya merupakan salah satu ciri-ciri anak yang berbudi
bahasa. Oleh itu jelaslah kepentingan budi bahasa antara ibu bapa dan anak-anak.
Dalam masa yang sama juga, tidak dapat dinafikan bahawa dengan adanya budi
bahasa dalam hubungan sesebuah kekeluargaan tersebut maka hubungan antara adik
9

beradik akan bertambah mesra dan rapat. Hal ini demikian kerana, seperti yang kita sedia
maklum, adik yang berbudi bahasa akan memanggil adik beradiknya yang lebih tua dengan
panggilan yang lebih baik dan hormat seperti kakak ataupun abang. Biar kita ambil contoh,
pangilan Kaklong akan digunakan untuk memanggil kakak yang pertama dalam keluarga.
Jesteru, hubungan mereka akan kekal utuh umpama Tembok Besar Cina yang masih berdiri
hingga ke hari ini kerana abang atau kakaknya akan berasa selesa dengan panggilan
tersebut serta merasa diri mereka dihormati sekaligus boleh mengelakkan persengketaan..
Selepas itu, konsep bertegur sapa haruslah diamalkan antara saudara mara bagi
mengelakkan perbuatan sombong atau mendabik dada dalam kalangan keluarga tersendiri.
Kita sebagai manusia yang berpendidikan haruslah menjauhi sifat ini. Hal ini kerana,
pergaduhan antara satu sama lain boleh terjadi kerana apabila seseorang itu tidak bertegur,
maka datanglah hasutan dan bisikan negatif tentang apa sahaja yang akan menyebabkan
pergaduhan. Maka dengan itu, jika sikap berbudi bahasa diamalkan, iaitu konsep bertegur
sapa hubungan antara saudara-mara akan kekal stabil malah akan bertambah baik dari
masa ke semasa. Jelaslah amalan berbudi bahasa penting bagi memastikan hubungan
yang baik antara saudara mara malah amalan berbudi bahasa juga merupakan amalan
yang dituntut oleh agama kita
Amanah dan integriti merupakan salah satu contoh amalan berbudi bahasa.
Kepentingan berbudi bahasa kepada negara kita jika amalan berbudi bahasa ini diamalkan
adalah sudah tentu negara kita akan menjadi sebuah negara yang bebas dari rasuah. Hal
ini demikian kerana, seorang pemimpin yang berbudi bahasa akan memastikan dirinya dan
rakyatnya tidak memberi dan mengambil rasuah. Selain itu, kepentingannya ialah tugas
seorang pemimpin akan menjadi lebih mudah kerana rakyat akan taat kepada pemimpin.
Generalisasinya, jelaslah bahawa terdapat beberapa kepentingan berbudi bahasa antara
pemimpin dan juga rakyat.
Jika budi bahasa lenyap dalam kalangan kita maka tidak lagilah Malaysia
dapatnhidup dalam keadaan yang amal malah peristiwa 13 Mei berkemungkinan untuk
berulang kembali. Oleh itu, pada masa yang sama, bagi mengelakkan peristiwa 13 Mei
berulang kembali kita sebagai warga Malaysia haruslah bersikap prihatin terhadap semua
golongan masyarakat di malaysia. Perkara ini juga merupakan salah satu kepentingan
berbudi bahasa terhadap masyarakat pemimpin. Sebagai contoh, kita mestilah bersikap
prihatin terhadap orang kurang upaya dan kita juga mesti rajin menghulurkan bantuan
kepada warga kurang upaya supaya beban harian mereka dapat dikurangkan.
Dalam pada itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing serta
mengelakkan sikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dalam
10

menanam amalan berbudi bahasa dalam diri setiap masyarakat. Kempen Budi Bahasa dan
nilai-nilai murni perlulah diimplementasikan dari semasa ke semasa untuk meningkatkan
kesedaran rakyat. Kita mengharapkan agar menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti
gengsterisme, dan bercakap kesat sudah lupus dari memori setiap rakyat Malaysia supaya
negara akan lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

7.0 RUMUSAN
kesimpulannya,sudah terang lagi bersuluh, sifat-sifat luhur dan amalan berbudi bahasa yang
dahulunya menjadi kebanggaan masyarakat timur tetapi kian terhakis ini wajarlah dipulihkan
dan dihidupkan semula. Mantan Perdana Menteri, DatukSeri Abdullah Ahmad Badawi
pernah menyatakan yang negara kita akan mudah dikalahkan jika kita mempunyai
infrastruktur kelas pertama tetapi mentali kelas ketiga. Oleh itu, dapatlah disimpulkan
bahawa pembangunan nilai dan budaya yang betul amat mustahak untuk negara mencapai
cita-citanya yakni untuk mencapai taraf negara maju yang duduk sama rendah dan berdiri
sama tinggi dengan negara-negara gergasi lain di dunia. Dalam pada itu, semua pihak
haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing dan mengelakkan sikap bagai enau dalam
belukar melepaskan pucuk masing-masing. Dalam menanam amalan berbudi bahasa dalam
diri setiap individu.Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni perlulah diimplementasikan
dari semasa ke semasa untuk meningkatkan kesedaran rakyat. Kita mengharapkan agar
menjelang tahun 2020, tabiat buruk seperti gengsterisme, dan bercakap kesat sudah lupus
dari memori setiap rakyat Malaysia supaya negara akan lebih cemerlang, gemilang dan
terbilang

11

8.0 RUJUKAN

Asmah Haji Omar, 1986. Bahasa Dan Alam Pemikiran Melayu.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
A Samad Ahmad, 2003. Sulatus Salatin Sejarah Melayu: Edisi Pelajar.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azizi Yahya dan Jaafar Sidek Latif, 2005. Membentuk Identiti Remaja.
Pahang: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Khairul Bariah Binti Muda, 2006. Penggunaan Bahasa di Kalangan Motivator Lelaki dan
Wanita dalam Wacana Pertuturan.
Tesis Sarjana. Universiti Malaya.
Dr. Faridah, 2014. Kesantunan Masyarakat Malaysia
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.
Mohd. Ashraf Ibrahim, 2015. Cabaran dan Isu Semasa Dunia.
Selangor : Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

12

Mah Chee Wai, 2014. Adat Bersantun Melayu modern


Shah Alam : Sasbadi Sdn. Bhd
Saiful Manan, 2012. Pengertian Budi
Diperoleh pada september 16, 2016 dari http://dwnbahasa.dbp.my/?p\=986
Rabiatul, 2010. Konsep Budi Bahasa.
Diperoleh pada september 16, 2016 dari
http://blp2014sopansantun.blogspot.my/2014/08/bab-1-konsep-budi-bahasadalam_31.html
Syaifah, 2008. Sepuluh Pengertian Bahasa Menurut Tokoh-Tokoh
Diperoleh pada september 17, 2016 dari
https://wismasastra.wordpress.com/2009/05/25/apa-bahasa-itu-sepuluh-pengertianbahasa-menurut-para-ahli/

13

Anda mungkin juga menyukai