Kesantunan Bahasa - MUHD - FADHLAN
Kesantunan Bahasa - MUHD - FADHLAN
Kesantunan Bahasa - MUHD - FADHLAN
1. Antaranya, tokoh tanah air yang terlibat dalam memberikan takrifan ini adalah Dr. Asmah
Hj. Omar (2000). Menurut beliau, kesantunan merupakan kaedah atau strategi yang
digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu. Kaedah ini juga dikaitkan dengan
tingkahlaku dan tutur kata penuh santun yang perlu diikuti. Terdapat dua jenis kesantunan;
kesantunan asas dan kesantunan berkala. Kesantunan asas merujuk kepada pedoman bagi
masyarakat berhubung antara satu sama lain. Kesantunan sebegini juga menunjukkan sikap
yang berbaik antara satu sama lain yang mengkehendaki masyarakatnya agar sentiasa
bersopan antara satu sama lain. Hal ini kerana masyarakat yang bertamadun ada kesopanan
asas yang dikaitkan dengan didikan awal yang terdapat dalam agama Islam atau agama lain.
Kesantunan yang kedua ialah kesantunan berkendala. Kesantunan jenis ini menggambarkan
ucapan yang dilakukan oleh setiap lapisan masyarakat dalam hubungan antara satu sama
lain. Antara kendala adalah taraf dan pandangan orang yang bercakap, di mana dan dalam
keadaan yang bagaimana, apakah jenis percakapan, mengapakah ianya berlaku dan cara
percakapan itu disampaikan. Oleh sebab itu, penerapan sikap bersopan santun ini masih
diamalkan oleh masyarakat Melayu terutamanya melalui pendidikan dan asuhan yang
berterusan. Melalui cara ini, sikap sopan santun ini telah menjadi satu budaya dalam
kalangan masyarakat Melayu dan menjadi tunjang dalam agama mereka.
2. Selain itu, Tokoh Al-Qahthani (2005) juga telah menyamakan makna kearifan dan
kesantunan pada takrif yang lebih mudah difahami. Kearifan dan kesantunan itu merupakan
terjemahan kata Bahasa Arab ‘halim-halima-hilman’ yang membawa maksud perlahan,
tenang ketika sedang emosi memuncak (marah) atau ketika berhadapan dengan hal yang
tidak menyenangkan dengan mengarahkan kemampuan sikap pemaaf dan nalar sihat untuk
melawannya.
4. Di samping itu, J. Ferguson dan Das Gupta (1968) pula menyatakan bahawa kesantunan itu
berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar sebagai usaha
mengekalkan komunikasi yang harmoni tanpa menimbulkan sebarang konflik. Sebagai
contoh, wujud persetujuan bersama dalam masyarakat dan mewujudkan etika dan
peraturan bermasyarakat. Biasanya hal ini diamalkan oleh masyarakat yang mengamalkan
budaya yang sama serta ingin melahirkan masyarakat yang harmoni dan aman.
5. Selain itu, Grice (1975) menyatakan bahawa kesantunan merujuk kepada komunikasi secara
santun dan hendaklah memperlihatkan prinsip kerjasama dan prinsip kesantunan. Beliau
juga telah membahagikan kesantunan kepada empat maksim iaitu maksim kuantiti, maksim
kualiti, maksim kekeluargaan (pertalian) dan maksim cara.
6. Di samping itu, Brown and Levinson (1987) menyatakan bahawa kesantunan dianggap
sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka (TAM) dalam perbualan terhadap
pendengar.
7. Selain tu, Hamka menyatakan bahawa kesantunan meliputi kata-kata yang lembut dan
beradab sehingga mampu melembutkan hati seseorang
8. Seterusnya, Aristotle menyatakan bahawa ketinggian darjat seseorang diukur melalui akal
dan adabnya, bukan asal keturunannya. Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa adab
dan sopan itu lebih penting daripada makan dan minum. Hal ini menunjukkan bahawa
kesantunan memainkan peranan yang sangat penting dinilai terhadap seseorang individu
bagi menentukan seseorang itu berakhlak terpuji atau mempunyai akhlak yang tercela.
10. Selain itu, Rustono(1990) mentakrifkan kesantunan sebagai kaedah yang dapat membentuk
diri dan menjadi prinsip kesantunan seseorang.
11. Di samping itu, Fraser dan Nolan (1981) menyatakan bahawa Kesantunan berlaku apabila
kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan pendengar bagi mengekalkan hubungan
yang harmoni dalam komunikasi.
12. Selain itu, Goffman(1955) menyatakan bahawa kesantunan adalah sikap ambil berat atau
peduli tentang wajah penutur dan pendengar.
14. Selain itu, Holmes(2002) menyatakan bahawa kesantunan adalah pemilihan ujaran yang
dianggap sesuai dengan mengambil kira perasaan orang lain semasa bertutur terutamanya
terhadap pendengar atau orang yang dilawan bertutur pada masa tersebut.
15. Seterusnya, Thomas(1995) mentakrif kesantunan sebagai sikap ambil berat atau peduli
tetang wajah penutur dan pendengar.