Kesan Gaya Kepimpinan Guru Besar Dalam Memotivasikan Kerja Guru Di Sekolah Rendah

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

KESAN GAYA KEPIMPINAN GURU BESAR DALAM MEMOTIVASIKAN KERJA

GURU DI SEKOLAH RENDAH

MOHANARAJ A/L GANASEN

ABSTRAK
Gaya kepimpinan guru besar penting dalam membentuk sekolah berprestasi tinggi dan
meningkatkan komitmen guru dalam menjalankan tugas pendidik. Dalam institusi sekolah,
peranan dan pengaruh guru besar dalam menunjukkan gaya kepimpinan amat penting untuk
menjadi suri teladan. Ini adalah untuk membolehkan guru besar memainkan peranan penting
dalam membentuk sekolah yang cemerlang. Pemerhatian yang dijalankan mendapati bahawa
terdapat beberapa masalah di kalangan guru seperti penulisan laporan pengajian harian guru
tidak lengkap, amalan pengurusan masa, stress guru yang kurang sistematik dan sikap guru yang
kurang berintegriti. Pengkaji akan menjalankan kajian ini dengan guru-guru sekolah rendah
seramai 50 orang. Borang soal selidik akan digunakan sebagai kaedah kuantitatif dalam
mengumpul data dan maklumat kajian. Setiap item soal selidik akan dinilai berdasarkan kepada 5
skala Likert.

1.0

PENGENALAN

Pemimpin adalah individu yang boleh mempengaruhi subordinat dalam sesuatu organisasi.
Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan hala tuju yang sistematik
dan terancang. Pencapaian yang cemerlang dalam sesuatu organisasi memerlukan strategic yang
dirancang oleh pemimpin bagi mendorong subordinat meningkatkan tekat dan keazaman ke arah
kecemerlangan organisasi tersebut. Menurut Lussier, 2002 kepimpinan adalah proses pengaruhmempengaruhi antara pemimpin dan pengikut untuk mencapai objektif organisasi melalui
objektif organisasi melalui perubahan-perubahan yang mereka lakukan. Menurut Taylor (1911)
kepimpinan kurikulum adalah satu proses merekabentuk dan menterjemahkan wawasan ke dalam
kurikulum formal dengan cara mengoptimumkan segala sumber yang ada melalui strategistrategi rancangan pendidikan.

Seorang pemimpin yang dinamik sangat komited terhadap kerjaya, prihatin dan ambil
berat kebajikan guru-gurunya, akan menjadi suri teladan kepada warga sekolah dan komuniti
luar, menjadi pakar rujuk dan menerima perubahan serta mempunyai misi dan visi yang
terancang dan sistematik. Pemimpin juga perlu mempunyai sikap kebolehpercayaan.
Tanggungjawab seorang pemimpin terhadap organisasinya ialah memastikan segala tenaga dan
usaha guru adalah ke arah pencapaian program pendidikan berkesan selaras dengan matlamat
sekolah dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Ini akan menggerakkan jentera sekolah ke arah
kecemerlangan.

Manakala McNulty et at.(2005) menegaskan bahawa tugas guru besar di sekolah tidak
terhad hanya kepada tugas rutin pentadbiran sahaja malah mereka perlu menggerakkan segala
bentuk sumber dan modal insan di bawah pentadbirannya terutamanya guru supaya mereka
dapat menyumbang khidmat dengan komited dan efektif. Kepimpinan sekolah merekod semua
aktiviti yang guru-guru laksanakan melalui kaedah pemerhatian dan soal selidik.

Setiap warga pendidik, mestilah bertanggungjawab untuk memiliki dan mengekalkan


ketrampilan serta amanah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran. Untuk menuju ke
arah sekolah berkesan, Peter Mortimore (1995) telah menyenaraikan sebelas ciri-ciri sekolah
berkesan mengikut faktor-faktor kepimpinan, guru dan proses pengajaran dan pembelajaran.
Kesemua faktor tersebut mempengaruhi kualiti output.
2.0

LATAR BELAKANG MASALAH

Kepimpinan guru besar sangat besar dalam membentuk dan mengubah organisasi sekolah ke
arah yang lebih cemerlang. Oleh itu, pelaksanaan kajian ini akan mengenal pasti gaya
kepimpinan guru besar dan kesannya ke atas motivasi kerja dalam kalangan guru. Amalan dan
gaya kepimpinan yang akan dilihat dari segi corak pengurusan aktiviti pengajaran guru, arahan
yang diberikan kepada guru, cara guru besar mengendalikan aktiviti sekolah, bidang tugas yang
diberikan dan sebagainya.
Menerusi pelaksanaan kajian ini, maka kesan gaya kepimpinan guru besar akan dapat
diteliti dan dinilai sama ada mampu meningkatkan motivasi kerja dalam kalangan guru atau
sebaliknya. Peranan guru besar dalam membentuk motivasi guru juga akan dianalisis sama ada
amalan kepimpinan yang ditunjukkan oleh guru besar mempunyai kesan dan pengaruh ke atas
motivasi kerja dalam kalangan guru. Dengan demikian, maka proses untuk membantu dan
meningkatkan kualiti kerja guru menerusi motivasi yang tinggi akan dapat dilakukan dengan cara
yang paling berkesan.
3.0

PERNYATAAN MASALAH

Peranan guru besar yang kurang memuaskan dan kurang baik dalam mengurus sekolah.

Sikap guru yang tidak memberikan komitmen menyeluruh dalam melaksanakan tugas,
perhubungan di antara guru yang tidak memuaskan, pelaksanaan aktiviti dan program
tidak dapat sambutan yang memberangsangkan daripada warga sekolah.

Guru besar kurang membuat pemantauan dan penilaian terhadap semua aktiviti sekolah,
menghabiskan masa di luar sekolah berbanding mengurus tadbir sekolah.

Guru yang tidak menyempurnakan kerja harian dengan sistematik dan berkesan dan
kurang berlaku komunikasi antara guru-guru secara kolektif.

Guru yang tidak dapat mengawal stres dengan baik.

4.0

OBJEKTIF KAJIAN
1. Mengenal pasti amalan gaya kepimpinan guru besar yang mampu mempengaruhi
tahap motivasi kerja guru.
2. Mengenal pasti kesan gaya kepimpinan guru besar ke atas motivai dan prestasi murid,
guru dan sekolah.
3. Mengenal pasti beberapa cadangan yang boleh digunakan dalam membantu
meningkatkan keberkesanan gaya kepimpinnan guru besar agar dapat membantu
meningkatkan motivasi kerja dalam kalangan guru.

5.0

PERSOALAN KAJIAN
1. Apakah elemen gaya kepimpinan guru besar yang mampu mempengaruhi motivasi
kerja dalam kalangan guru?
2. Apakah kesan gaya kepimpinan guru besar ke atas motivasi dan prestasi murid, guru
dan juga sekolah?
3. Apakah cadangan yang boleh digunakan dalam membantu meningkatkan
keberkesanan gaya kepimpinan guru besar agar dapat membantu meningkatkan
motivasi kerja dalam kalangan guru?

6.0

HIPOTESIS KAJIAN
Gaya kepimpinan guru besar mempengaruhi motivasi kerja dalam kalangan guru

7.0

RASIONAL KAJIAN
Kajian ini dijalanakan oleh pengkaji untuk mengetahui gaya kepimpinan guru besar yang
mempengaruhi motivasi kerja dalam kalangan guru sekolah rendah daerah Kuala Lipis.
Kajian ini dijalankan daripada rungutan para guru serta pemerhatian daripada pengkaji di

mana guru-guru jemu dengan kerja ekoran daripada sikap pemimpin yang tidak
memuaskan.
8.0

KEKANGAN/SKOP KAJIAN
Kajian dijalankan untuk mengkaji gaya kepimpinan guru besar dalam memotivasikan
kerja guru sekolah rendah. Kajian dijalankan untuk mengenal pasti jenis

gaya

kepimpinan yang mempengaruhi motivasi kerja dalam kalangan guru serta kesan
motivasi kerja.
Skop kajian tertumpu kepada guru-guru di sekitar Daerah Kuala Lipis. Kajian lebih
kepada gaya kepimpinan guru besar.
9.0

DEFINISI ISTILAH
Kepimpinan ditakrifkan sebagai kemampuan individu untuk memotivasikan diri sendiri
dan bertahan dalam menghadapi kegagalan, dapat mengendalikan kegembiraan dan
dorongan serta dapat mengatur tekanan yang dihadapi. (Lussier, 2002)

10.0

KERANGKA KONSEP DAN TEORI


1. Teori Transformasi diasaskan oleh J.M Burns (1978) dalam buku leadership.
Andaian teori ini ialah kepimpinan sebagai satu proses yang dinamik apabila pengikut
rela menerima pengaruh pemimpin.
2. Model kepimpinan situasi Hersey dan Blanshard banyak memberi perhatian kepada
perbezaan tanggungjawab tetapi kurang memberi perhatian kepada faktor-faktor
struktur, sejarah, saiz kumpulan dan latar belakang kumpulan.
3. Teori Karismatik diketengahkan oleh Robert House (1970) mempunyai ciri-ciri yang
luar biasa dalam aspek kepimpinan. Mereka bukan saja dapat menawan hati pengikut
supaya setia tetapi dapat juga memenuhi keperluan emosi pengikut pada masa-masa
kritikal.

Anda mungkin juga menyukai