Kertas Kerja Ladap Tahsin Al-Quran

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

KURSUS KONSULTASI DALAMAN


LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN
(LDP)

TAJUK:
TAHSIN AL-QURAN

12 FEBRUARI 2011
(SABTU)

Muqaddimah
Membaca Al-Quran adalah amalan yang amat dituntut dilakukan oleh
semua muslim. Ganjaran yang dijanjikan Allah adalah amat besar bagi orang
yang mengamalkannya. Walau bagaimanapun, pembelan yang diharapkan
dari Al-Quran akan bertukar menjadi pendakwaan sekiranya ia hanya
dijadikan perhiasan di dalam almari atau dengan susunan yang teratur dan
rapi tanpa dibaca, difahami, diamalkan dan dipatuhi segala ajaran, perintah
dan larangan yang terkandung di dalamnya. Untuk itu Jabatan Pendidikan
Islam bercadang mengadakan kursus konsultasi dalaman berkaitan Al-Quran,
sejarah dan penyusunannya serta cara bacaan Imam Hafs dari sudut tajwid
dan tarannum sebagai menambah ilmu pengetahuan dalam bidang
pembacaan dan penghayatan Al-Quran.
Matlamat
Melahirkan muslim dan muslimah yang boleh menguasai bacaan AlQuran dengan baik, memahami dan mengamalkan semua ajaran yang
terkandung di dalamnya dan menjadikan membacanya sebagai amalan
harian yang dilakukan sepanjang hayat insya Allah.
Objektif
1. Membolehkan guru-guru SMKASAS dapat membaca Al-Quran dengan
tajwid yang betul.
2. Menjadikan guru-guru SMKASAS sebagai pewaris generasi Al-Quran yang
sentiasa
Mengamalkan ajaran Al-Quran dalam semua aspek kehidupan.
3. Menanam rasa cinta terhadap Al-Quran.
Sasaran

Semua guru SMKASAS

Tarikh, masa, tempat


Tarikh
Masa
Tempat

: 12 Februari 2011 (Sabtu)


: 7.30 pagi 1.30 petang
: Bilik Kluster Kecemerlangan

Tentatif Program
7.30 pagi

Pendaftaran

8.00 pagi

Slot 1
Tajuk : Al-Quran, sejarah dan bacaan khusus Imam Hafs
Penceramah : Us. Husin Al-Syukri Abdul Rahman
Us. Mohd Zulkifli Wan Ibrahim

10.00 pagi

Rehat dan minum pagi

10.30 pagi

Slot 2
Bengkel pembacaan Al-Quran
Pembimbing : Us. Husin Al-Syukri Abdul Rahman
Us. Mohd Zulkifli Wan Ibrahim

1.00 tgh

Makan tengahari

1.30 tgh

Bersurai

Anggaran Perbelanjaan
B
il
1.
2.

Perkara
Minum pagi
Makan tengahari

Anggaran Kos
60 orang x RM3.00
60 orang

JUMLAH

Jumlah
RM 180.00
Sumbangan
peribadi
RM 180.00

Sumber Kewangan
Sumbangan Koperasi SMKASAS

RM 180.00

Penutup
Semoga kita diberi kekuatan da kesungguhan untuk melaksanakan
progam ini dengan penuh keikhlasan kerana Allah SWT dan diberi
kemudahan oleh-Nya untuk mencapai objektif dan matlamat yang
diharapkan. Dan semoga usaha murni ini akan mendapat keberkatan dan
keredhaan Allah SWT agar kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Amin.
Disediakan oleh,
Disahkan oleh,

.
.
(NOR RADZIAH JAMALUDDIN)
Setiusaha LADAP,
SMKA Sultan Azlan Shah Seri Iskandar
32600 Bota, Perak.
Jawatankuasa Kursus Konsultasi Dalaman,
SMKA Sultan Azlan Shah Seri Iskandar,
32600 Bota,
Perak
7 Februari 2011
Kepada,
Tuan Pengetua Kanan,
SMKA Sultan Azlan Shah Seri Iskandar,
32600 Bota,
Perak
MEMOHON SUMBANGAN UNTUK MINUM PAGI KURSUS KONSULTASI
DALAMAN
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
2. Dimaklumkan bahawa Jawatankuasa LADAP SMKASAS akan mengadakan
Kursus Konsultasi Dalaman pada 12 Februari 2011.
3. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik tuan untuk
memberi sumbangan sebanyak RM 180.00 bagi menampung perbelanjaan
minum pagi para peserta.
4. Bersama ini disertakan kertas kerja program untuk makluman pihak tuan.
Segala kerjasama dan perhatian pihak tuan, didahului dengan ucapan
berbanyak terima kasih.
Sekian, terima kasih.
Yang menjalankan tugas,
..
(NOR RADZIAH JAMALUDDIN)

Setiausaha LADAP,
SMKA Sultan Azlan Shah Seri Iskandar,
32600 Bota,
Perak.

Anda mungkin juga menyukai