Peranan Murid Sebagai PRS

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 3

Peranan Murid Sebagai PRS

Sebagai seorang PRS, peranan yang perlu mereka lakukan adalah:

Menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
Membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Sebagai salah satu sumber rakan untuk mendapat bantuan.
Sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan kaunseling seperti membuat
rujukan jika perlu.
Sebagai peninjau rasa kepada Kaunselor/Guru Bimbingan dan Kaunseling menjalankan
strategi intervensi jika perlu.
Sebagai Role Model kepada pelajar lain.
Menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan percaya diri, berasa selesa dan
berempati.
Menernima rakan secara terbuka dan tanpa syarat.
Mendengar, menjelas dan membantu rakan melihat beberapa alternatif sebelum
membuat keputusan.
Mmeberi galakan dan sokongan untuk rakan mengambil langkah positif.
Mematuhi etika kerahsiaan.
Menyedari bahawa bukan semua masalah boleh diatasi.
Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah biasa/normal.
Memimpin rakan melihat masalah dengan objektif dan menggalakkanya mencari
penyelesaian sendiri supaya ia belajar melalui pengalamannya.
Menjalankan program membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan
diri.
Mengutamakan kesejahteraan diri dan memahami batsan diri untuk membantu.

Etika
Sebagai PRS mereka perlu sentiasa ingat dan patuh kepada etika ,iaitu:

a.Amanah dan menyimpan rahsia.

b.Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.

c.Memahami batasan dan keupayaan diri.

d.Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.

e. Melapor kepada guru bimbingan dan kaunseling tentang kes yang boleh merosakkan diri
dan/orang lain.

f.Merujuk kes rumit kepada Guru Bimbingan dan Kaunseling.

g.Mematuhi peratran sekolah, norma masyarakat dan agama.


Ikrar
Saya/kami dengan ini berikrar dan menerima dan mematuhi serta mengamalkan teras-teras
perkhidmatan semasa berkhidmat sebagai Pembimbing Rakan Sebaya(PRS) sesi _____ .
Menerima jawatan ini dan sanggup memikul tanggungjawab serta amanah yang
diberikan tanpa mengira masa dan rakan.
Berpegang teguh kepada etika Pembimbing Rakan Sebaya.
Berusaha menjadi pelajar contoh.
Berazam meningkatkan mutu akademik dan disiplin diri.
Berkhidmat dengan penuh kemesraan dan kasih sayang.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan PRS.

Misi
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani,emosi,rohani,intelek dan
cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing Rakan Sebaya.

Visi
Sistem pengurusan Perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang cemerlang dan berkualiti.

Falsafah
" BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN "

PRS harus dilengkapi dengan ilmu pengetahuan ,perlakuan , perhubungan, kemahiran, kreativiti
dan keimanan.

Matlamat
Melahirkan PRS yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan,
berkemahiran berketrampilan antaranya :
1) membina budaya kasih mesra dan saling membantu dalam kalangan murid.

2) membina murid yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan kepada
kepercayaan kepada Tuhan.

3) memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka , bertimbangrasa ,


rela , taat , menolong dan berupaya hidup selesa dalam masyarakat majmuk.

4) melalu pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain , PRS dapat memainkan peranan
membantu mengurangkan masalah salah laku di kalangan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai