Teks Perasmian Watikah

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

TEKS UCAPAN

PERASMIAN
MAJLIS PELANTIKAN
WATIKAH PEMIMPIN
KECIL

TAHUN 2021

PUAN SANIAH BINTI


ABDUL KARIM
GURU BESAR
SK TUDM SUBANG

1
TEKS UCAPAN PERASMIAN MAJLIS PELANTIKAN WATIKAH PEMIMPIN KECIL

Terima kasih pengacara majlis.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha
Puan Noorhayati binti Mohamad
Penolong Kanan Pentadbiran SK TUDM Subang

Encik Zaidi bin Zakariya


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SK TUDM Subang

Encik Md Khaironnizam bin Ishak


Penolong Kanan Kokurikulum SK TUDM Subang

Encik Noor Azman bin Hashim


Penolong Kanan PPKI

Barisan guru-guru dan semua murid SK TUDM Subang yang dikasihi


sekalian.

Terlebih dahulu, saya mengucapkan seribu kesyukuran kepada Tuhan


kerana dengan limpah inayah-Nya, maka kita semua dapat berkumpul
meraikan Majlis Pelantikan Watikah Pemimpin Kecil pada pagi ini. Tidak
lupa juga saya mengucapkan sekalung bunga terima kasih kepada pihak
jawatnkuasa majlis yang sudi mengundang saya bagi merasmikan majlis
pada pagi ini.
2
Murid-murid yang dikasihi sekalian,

Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan


setinggi-tinggi tahniah kepada semua pemimpin kecil yang dipilih dan
dilantik pada hari ini. Saya yakin murid- murid yang dilantik pada hari ini
telah melalui satu proses pemilihan yang rapi agar mereka yang terpilih
memiliki ciri-ciri kepimpinan untuk membimbing rakan-rakan mereka di
sekolah serta dapat membantu guru- guru melaksanakan tugas dan
tanggungjawab mereka di samping memberi pendidikan yang berkualiti.
Hanya dengan pendidikan yang berkualiti sahaja dapat melahirkan
warganegara yang efisen dan menjadi modal insan negara yang produktif.
Sesungguhnya pengawas-pengawas yang dilantik harus berasa bertuah
dengan perlantikan ini. Saya memohon kepada mereka agar berasa syukur
kepada Allah dan sentiasa mengingatiNya semasa memikul tugas dan
tanggungjawab itu nanti. Sehubungan itu, pada hari yang bersejarah ini
mereka patut diraikan.

Pemimpin murid berperanan sebagai pemimpin kecil yang dipilih


untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab, membantu guru dan
pentadbir sekolah agar dapat mewujudkan satu persekitaran sekolah yang
kemas dan teratur. Persekitaran yang dimaksudkan adalah untuk
menentukan suasana yang damai, situasi yang terkawal dan menumpukan
kepada fungsi utama sebuah sekolah iaitu untuk melahirkan murid-murid
yang berpotensi menjadi pemimpin negara masa hadapan dan tonggak
pembangunan negara dalam apa jua bidang yang mereka minati. Saya juga
berharap pemimpin yang dilantik pada hari ini dapat menjalankan tugas dan
3
tanggungjawab mereka dengan penuh amanah, jujur, ikhlas dan
bertanggungjawab.

Murid-murid yang disayangi sekalian,

Bagi murid-murid lain pula, saya ingin berpesan agar sentiasa


memberi kerjasama kepada semua pemimpin sekolah yang dilantik. Saya
ingin menasihati murid-murid agar mematuhi dan menghayati peraturan
sekolah supaya guru-guru dan pentadbir sekolah dapat menumpukan
kepada usaha dalam membangunkan infrastruktur dan fasiliti sekolah serta
pembangunan akademik bagi menentukan kecemerlangan dan
kegemilangan sekolah dapat dipertingkatkan. Jauhi sikap-sikap negatif
seperti perbuatan merosakkan kemudahan sekolah, perbuatan membuli
dan bergaduh serta tidak menghormati guru-guru dan kawan-kawan
sekolah.

Saya juga ingin menasihatkan semua murid agar mengutamakan


pelajaran di sekolah. Hanya dengan memiliki pengetahuan dan kelulusan
yang tinggi sahaja dapat menjamin kehidupan kita pada masa hadapan.
Ianya sungguh penting dalam kehidupan. Ilmu pengetahuan dapat
mengubah taraf hidup sesebuah keluarga, pengetahuan dapat memenuhi
apa yang kita cita-citakan, pengetahuan dapat membezakan yang baik
dengan buruk. Untuk memperolehi pengetahuan, murid-murid harus belajar
bersungguh-sungguh, berdisiplin ketika belajar kerana disiplin asas
kejayaan, sentiasa berusaha tanpa mengenal putus asa.

4
Murid-murid sekalian,

Pada kesempatan ini, saya berdoa agar sekolah ini sentiasa


mendapat kerahmatan dan diberi perlindungan agar sentiasa berupaya
melahirkan insan-insan yang menjadi kebanggaan negara dan dijauhi dari
segala bencana atau musibah. Saya berharap guru-guru dan pentadbir
sekolah akan melipat gandakan usaha mereka dalam membentuk dan
memberi pelajaran kepada semua murid sekolah ini. Saya juga berdoa
agar murid- murid sekolah ini sentiasa beroleh kejayaan di dalam pelajaran
dan peperiksaan yang mereka bakal hadapi.

Akhir kata, marilah kita bersama-sama berdoa agar sekolah ini


sentiasa cemerlang, gemilang dan terbilang dalam aktiviti akademik dan
ko-kurikulum dan menjadi sekolah contoh di daerah ini. Saya ingin
mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi
penghargaan dan syabas kepada semua guru-guru dan ahli jawatankuasa
yang bertungkus lumus dalam usaha memastikan program ini berjalan
dengan lancar bagi menjayakan majlis ini.

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, sukacita saya merasmikan dan


melancarkan Majlis Pelantikan Watikah Pemimpin Kecil SK TUDM Subang
bagi tahun 2021. Selamat Menjalankan Tugas Dengan Penuh Amanah !
Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai