BM Karangan

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 14

Cara-cara Menggembirakan Ibu Bapa

Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam sesebuah


keluarga. Tanpa mereka, kita tidak akan lahir ke dunia ini.
Merekalah yang memberikan kita kasih sayang yang sejati
hingga sanggup berkorban harta dan nyawa demi
kebahagiaan kita. Oleh sebab itu, wajarlah kita sentiasa
berusaha untuk menggembirakan hati mereka.

Semua ibu bapa mengharapkan anak-anak mereka


berakhlak mulia. Akhlak mulia akan menyebabkan
seseorang itu mentaati perintah agama, menghormati
orang lain, bertanggunjawab, berdisplin dan sebagainya.
Anak-anak yang berakhlak mulia juga akan sentiasa
menjaga nama baik ibu bapa dan keluarga. Hal yang
demikian, sudah tentu akan menggembirakan hati ibu
bapa.

Ibu bapa juga tentu gembira apabila mendapati anak-anak


mereka belajar bersungguh-sungguh. Anak-anak yang
rajin belajar kebiasaannya akan mendapat keputusan
yang cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, kita mestilah
rajin belajar agar ibu bapa kita gembira serta memperoleh
masa depan yang lebih cerah.

Di samping itu, kita juga haruslah membantu mereka. Kita


boleh membantu mereka dengan melakukan kerja-kerja
yang sesuai seperti mendidik adik, mengemas rumah dan
sebagainya. Dengan itu, kita dapat meringankan beban
mereka dan ini tentu menggembirakan hati mereka.
Selain itu, Ibu bapa juga tentu gembira jika anak-anak
menghormati mereka. Bercakap dengan sopan,
bersalaman dan mencium tangan, mendengar teguran
dan nasihat, mengucapkan salam dan senyum semasa
berhadapan dengan mereka antara contoh kita
menghormati ibu bapa. Amalkan sikap ini agar ibu bapa
kita sentiasa gembira bersama anak-anak.

Kesimpulannya, sebagai seorang anak sudah pasti kita


ingin melihat ibu bapa kita sentiasa gembira. Justeru,
sentiasalah berazam dan berusaha untuk
menggembirakan hati kedua-dua ibu bapa agar hidup kita
lebih diberkati.

Cara-cara Memupuk Semangat


Kejiranan.
Jiran ialah orang yang tinggal bersebelahan dengan
rumah kita. Jiran memberi kesan baik atau buruk kepada
kita dan keluarga. Ini kerana jiran yang baik akan
mengembirakan kita, manakala jiran yang sebaliknya akan
menyebabkan kita sengsara seperti pergaduhan dan
sebagainya. Oleh itu, sewajarnyalah kita sentiasa
memupuk semangat kejiranan.

Antara cara memupuk semangat kejiranan adalah dengan


saling tegur-menegur dan kunjung-mengunjungi sesama
jiran. Aktiviti ini boleh dilakukan semasa perayaan, jiran
sakit, kelahiran anak, kenduri dan lain-lain lagi. Ini akan
mengeratkan hubungan kejiranan kerana kita saling
mengambil berat antara satu sama lain.
Selain itu, semangat kejiranan dapat dipupuk dengan
kegiatan gotong-royong. Melalui aktiviti ini, kita dapat
berkenalan, bertanya khabar berbual-bual dan
sebagainya. Justeru, kita dapat mengenali jiran dengan
lebih rapat lalu mengeratkan hubungan sesama jiran.

Di samping itu, kita mestilah mempunyai sikap perihatin


terhadap masalah jiran. Apabila jiran kita mengalami
kesusahan seperti kereta rosak dan sebagainya, kita
mestilah bersedia menghulurkan bantuan sekadar mampu
jika diperlukan. Dengan itu, lahirlah sikap hormat-
menghormati dan kasih sayang sesama jiran.

Kesimpulannya, kita mestilah berbuat baik kepada jiran


tetangga. Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk
mengeratkan kejiranan seperti mengada aktiviti hari
keluarga sesama jiran terdekat. Pupuklah semangat
kejiranan agar hubungan kita dengan jiran tetangga
sentiasa aman dan harmoni.

Cara-cara Memperoleh Kejayaan


Cemerlang Dalam Pelajaran.
Setiap pelajar mempunyai impian untuk berjaya dalam
pelajaran. Bagaimanapun, ramai pelajar gagal
menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mencapai
hasrat tersebut.
Antara cara untuk memperoleh kecemerlangan dalam
pelajaran ialah membuat jadual aktiviti harian. Jadual ini
akan memudahkan pelajar menguruskan aktiviti harian
dan membolehkan mereka memanfaatkan masa dengan
sebaik mungkin.

Selain itu, para pelajar perlulah rajin mengulang kaji


pelajaran bagi memastikan mereka terus mengingati dan
memahami topik pelajaran yang telah dipelajari. Mereka
juga harus rajin membaca kerana membaca dapat
menambahkan ilmu pengetahuan dan pembendaharaan
kata.

Di samping itu, pelajar juga mestilah menghadiri aktiviti-


aktiviti kecemerlangan yang diadakan oleh pihak sekolah
seperti kelas tambahan, kelas motivasi dan sebagainya.
Aktitivi seperti ini akan memantapkan pemahaman dan
kemahiran para pelajar dalam pelajaran.

Seterusnya pelajar juga hendaklah menumpukan


perhatian kepada pengajaran guru di kelas bagi
mengelakkan ketinggalan dalam pelajaran. Jika kurang
faham akan sesuatu topik, pelajar harus segera
bertanyakan guru supaya masalah tersebut dapat
diselesaikan segera.

Kesimpulannya, setiap pelajar inginkan kejayaan yang


cemerlang dalam pelajaran. Oleh itu, pelajar haruslah
bijak memilih cara-cara yang sesuai, selain berusaha
dengan tekun dan gigih demi mencapai impian tersebut.
Menjaga Kebersihan
Bina sebuah karangan berdasarkan gambar dan
rangkai kata di bawah.

*Menjaga kebersihan -elakkan penyakit

*Mencuci tangan -sabun


*Mencuci sayur-sayuran -tiada kuman -kotoran

*Memastikan kebersihan -belas -air bersih

*Menutup makanan -lalat

*****
Kebersihan diri amat penting untuk kesihatan kita. Orang
yang bersih tidak akan terdedah dengan kekotoran
penyebab penyakit seperti demam, selsema, batuk dan
sebagainya.

Sebelum makan, kita mestilah membasuh tangan dengan


menggunakan sabun yang sesuai. Gosok kedua-dua
belah tangan kita termasuk di celah-celah jari supaya
tangan kita menjadi benar-benar bersih.

Selain itu, makanan seperti sayur-ayuran, buah-buahan


dan sebagainya mestilah dibasuh terlebih dahulu sebelum
dimasak. Ini penting agar kita tidak mengambil makanan
yang tercemar dengan bahan-bahan yang merbahaya
kepada kesihatan kita.

Di samping itu, bekas makanan yang kotor akan


mencemarkan makanan kita. Oleh itu, basuhlah bekas
makanan kita selepas digunakan.

Seterusnya, kita perlu menyimpan makanan di tempat


yang tertutup. Ini untuk menghalang serangga atau
haiwan seperti lalat dan tikus daripada mencemari
makanan kita.

Hidup kita akan lebih gembira apabila kita sihat. Oleh itu,
sentiasalah menjaga kebersihan agar kita terus sihat dan
gembira sepanjang hari.

Ucapan: Cara-cara Menjaga Kebersihan


Diri
Sekolah kamu telah mengadakan kempen menjaga
kebersihan diri. Kamu sebagai ketua murid diminta
menyampaikan ucapan tentang cara-cara menjaga
kebersihan diri.

Yang Dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Guru Besar, guru-


guru serta rakan-rakan seperjuangan sekalian. Tajuk
ucapan saya pada pagi ini ialah "Cara-cara Menjaga
Kebersihan Diri".

Hadirin sekalian,

Menjaga kebersihan diri amat penting untuk kebahagiaan


hidup kita. Kita mesti memastikan telinga sentiasa bersih
kerana telinga juga boleh mengalami pelbagai penyakit
jika tidak dibersihkan dengan sebaiknya. Kita perlu
membersihkan telinga sekurang-kurangnya tiga kali
seminggu dengan menggunakan putik kapas yang lembut.

Selain itu, kita mesti mandi pada setiap hari supaya badan
kita bersih serta mengelakkan daripada terkena penyakit
kulit dan berbau. Badan yang bersih akan menjadi kita
sihat dan selesa.

Kita perlu menggosok gigi sekurang-kurangnya tiga kali


sehari. Kebersihan gigi amat penting untuk mengelakkan
daripada kerosakan gigi serta menjadikan kita lebih
berkeyakinan semasa bergaul dengan orang ramai.

Kita hendaklah memotong kuku kerana kuku yang


panjang boleh menyimpan kekotoran. Kotoran yang
melekat pada kuku yang panjang itu mengandungi kuman
yang boleh tersebar ke dalam badan kita semasa kita
makan. Ini akan menyebabkan kita terkena penyakit
seperti cirit-birit dan sebagainya.

Hadirin sekalian,

Kita perlu menjaga kebersihan rambut dengan


menggunakan syampu untuk membersihkan rambut kita.
Rambut yang bersih tidak mudah dihinggapi kelemumur,
kutu dan penyakit kulit kepala.

Kesimpulannya, menjaga kebersihan diri amat penting


kepada manusia. Oleh itu, kita mestilah mengambil berat
tentang kebersihan diri untuk keselesaan dan
kebahagiaan hidup kita.

Sekian, terima kasih.

Ucapan: Ucapan Hari Guru


Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang
Dihormati Guru Besar Sekolah Kebangsaan Cahaya
Pintas, Encik Nor Razif bin Mohd. Adib. Guru-guru dan
rakan-rakan sekalian.

Hadirin sekalian,

Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih


kerana memberi kesempatan kepada saya untuk berucap
dalam majlis yang berbahagia ini. Hari guru disambut
seluruh negara pada 16 Mei setiap tahun untuk
menghargai jasa guru kita yang membimbing, mengajar
dan mendidik kita menjadi seorang insan dan sanggup
menjadi pelita untuk menerangi hidup kita gelap-gelita.

Jasa guru tidak dapat kita gambarkan. Seperti saya


katakan tadi, membimbing, mengajar dan mendidik adalah
antara jasa-jasa seorang insan yang bergelar guru. Guru
juga perlu memikul tanggungjawab yang tinggi contohnya
menjadi ibubapa kita di sekolah.

Dalam kesempatan ini juga, saya ingin berpesan kepada


rakan-rakan sekalian, hormati, sayang dan anggaplah
guru itu umpama ibu bapa kita. Kita juga mempunyai
tanggungjawab untuk menjadi seorang anak dan murid
yang sempurna.

Guru-guru sekalian,

Saya mewakili rakan-rakan saya, berjanji agar


menghormati dan menyayangi guru-guru sekalian dan
kami juga ingin menyusun sepuluh jari supaya guru-guru
dapat memaafi kesemua kesalahan kami dari hujung
rambut hingga hujung kaki.

Saya berharap dan berdoa agar guru-guru sekalian sihat


dan terus membimbing dan mendidik lebih lagi anak muda
bagi membentuk insan yang berguna untuk negara dan
bangsa serta agama.

Akhir kata, saya mewakili rakan-rakan memohon maaf


sekali lagi andai kata kami terkasar kata atau tidak
beradap kepada guru sekalian. Sesungguhnya, yang baik
itu datang daripada Allah dan yang buruk itu datang
daripada kami. Sebelum saya mengakhiri ucapan saya,
terimalah serangkap pantun yang berbunyi

Hati masih terburu-buru,


Setiap adrenalin seperti matu,
Terima kasih guru-guru,
Menjadi lilin penerang hati.

Sekian, terima kasih.

Ucapan: Tanggungjawab Anak-anak


Terhadap Ibu Bapa
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang berusaha
Tuan Guru Besar, guru-guru, serta rakan-rakan sekalian.
Tajuk Ucapan saya pada pagi ini ialah "Tanggungjawab
anak-anak terhadap ibu bapa".
Hadiran sekalian,

Anak-anak mestilah bertanggungjawab kepada kedua-dua


ibu bapa yang telah membesarkan mereka dengan penuh
kasih sayang. Antara tanggungjawab tersebut ialah
menghormati ibu bapa dengan sepenuh hati.

Kita mestilah sentiasa menunjukkan rasa hormat kepada


ibu bapa seperti bersalaman dengan mencium tangan
apabila berjumpa atau semasa ingin berpisah dengan
mereka. Bertuturlah dengan sopan apabila berbual
dengan ibu bapa sebagai tanda menghormati mereka.

Sebagai anak, kita mestilah menjaga nama baik ibu bapa


dengan menjaga tingkah laku atau moral. Elakkan
daripada memalukan ibu bapa seperti melanggar disiplin
sekolah dan sebagainya.

Rakan-rakan sekalian,

Ibu bapa terlalu banyak tugas dalam mengurus keluarga


setiap hari. Oleh itu, kita mesti membantu ibu bapa seperti
membasuh pinggan, mengemas rumah, dan sebagainya
lagi. Dengan ini, beban kerja yang ditanggung oleh
mereka akan menjadi lebih ringan, di samping dapat
menambahkan kasih sayang antara setiap ahli keluarga.

Anak-anak juga perlulah berusaha mengembirakan hati


ibu bapa. Antara caranya ialah dengan belajar
bersungguh-sungguh kerana ibu bapa sudah pasti ingin
melihat anak-anak mereka berjaya dalam pelajaran.
Janganlah mengecewakan harapan mereka dengan
bermain-main semasa belajar dan sebagainya.

Di samping itu, anak-anak mestilah senantiasa


mendoakan kesejahteraan ibu bapa. Sesungguhnya jasa
mereka tidak akan terbalas dengan apa cara sekalipun.
Oleh hal yang demikian, amat wajarlah kita mendoakan
kesejahteraan mereka terutamanya setiap kali selepas
sembahyang.

Sebelum saya mengundur diri, saya ingin menyeru rakan-


rakan agar hormatilah dan sayangilah ibu bapa kita.
Janganlah kita lupa akan jasa mereka apabila besar atau
berjaya dalam kehidupan nanti. Ingatlah, pemergian ibu
bapa kita tidak akan ada gantinya.

Sekian, terima kasih.

Ucapan: Majlis Perpisahan Tahun


Enam.
Anda selaku ketua darjah diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan untuk murid-murid
Tahun Enam.
____________________________________________________________________________

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berusaha


Tuan Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan sekalian.
Terima kasih saya ucapkan kepada rakan-rakan kerana
memberi peluang kepada saya untuk berucap dalam
majlis perpisahan ini.
Hadirin sekalian,

Sudah hampir 6 tahun kami berada di sekolah ini. Jika


menghitung hari persekolahan, bermakna tinggal 6 hari
lagi kami menjadi warga sekolah ini. Justeru, kami
terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada guru-guru
dan adik-adik yang dikasihi walaupun kami masih terlalu
sayang untuk meninggalkan sekolah ini.

Kami amat menghargai akan jasa guru-guru di sekolah ini


yang mendidik kami dengan penuh dedikasi, sabar, dan
penuh kasih sayang. Dengan didikan dan bimbingan
gurulah kami telah tahu membaca, menulis, dan megira.
Kami akan sentiasa mengingati pesanan guru-guru yang
ingin melihat kami menjadi insan yang berakhlak dan
berguna kepada masyarakat dan negara.

Hadirin sekalian .

Budi yang guru-guru taburkan tidak mampu kami


membalasnya. Hanya doa untuk kesejahteraan sahaja
yang mampu kami lakukan sebagai membalas segala jasa
guru-guru itu. Kami berjanji akan terus belajar dengan
bersungguh-sungguh sehingga mencapai kejayaan yang
cemerlang di sekolah menengah nanti.

Akhir kata saya mewakili rakan-rakan memohon maaf atas


segala kesilapan dan kesalahan sepanjang kami berada di
sekolah ini. Halalkan segala ilmu yang guru-guru curahkan
kepada kami. Kami berasa sangat sedih kerana terpaksa
meniggalkan sekolah ini. Jasa dan bakti guru-guru akan
kami kenang sehingga akhir hayat kami.

Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap pantun


daripada saya;

Ramai orang menanam padi,


Padi ditanam hingga ke seberang,
Banyak budi perkara budi,
Budimu guru dikenang orang.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai