Latihan Tatabahasa SPM

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

LATIHAN TATABAHASA AYAT PASIF & AYAT AKTIF LATIHAN SPM 1 Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat

aktif. 1. 2. 3. 4. 5. 6. Tugas itu patut anda selesaikan sekarang juga. Jawatan yang dipegang oleh mereka sangat penting. Sedikit garam dimasukkan oleh kakak ke dalam gulai yang sangat saya gemari. Pokok-pokok itu dipangkas oleh para pekerja supaya sentiasa rendah. Nota pelajaran dikemaskinikan oleh mahasiswa itu supaya mudah membuat ulang kaji. Orang yang lurus bendul itu tidak harus kamu peralat sewenang-wenangnya.

LATIHAN SPM 2 Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif. 1. Pelajar itu ditahan oleh guru disiplin selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah. 2. Anak-anak sewajarnya dikawal oleh ibu bapa supaya mereka tidak bergaul dengan budakbudak nakal. 3. Pelajar itu dihadiahi oleh guru bahasa Melayu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM. 4. Satu misi dilaksanakan oleh mereka bersama-sama. 5. Alat pendingin hawa itu dijualnya dengan harga yang tinggi. 6. Komputer itu saya beli untuk adik di kolej.

LATIHAN SPM 3 Tukarkan ayat-ayat pasif berikut kepada ayat aktif. 1. Permukaan air itu dilitupi pokok teratai yang berwarna-warni. 2. Majalah bercorak akademik kurang diminati oleh golongan remaja meskipun bahan di dalamnya memberikan ilmu kepada mereka. 3. Pondok buruk yang didiami oleh orang tua itu beratapkan rumbia dan berdinding buluh. 4. Adik perempuan saya dijahitkan baju kurung oleh kakak pada hujung minggu yang lalu. 5. Rumah itu tidak berani kami hampiri kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah tersebut. 6. Kerja-kerja memperdalam Sungai Kinta itu akan ditangguhkan oleh mereka bermingguminggu.

LATIHAN TATABAHASA- CAKAP AJUK DAN CAKAP PINDAH Latihan SPM 1 Tulis semula perbualan di bawah ke dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Bagaimana dengan rancangan awak ? tanya Salleh. Rancangan apa? jawab Ani. Rancangan mendaki gunung yang awak kata pada saya tempoh hari, kata Salleh. Oh, itu akan dibincangkan dalam mesyuarat Sabtu depan. jelas Ani. Bagus Ani, bagus. Saya sokong rancangan itu ! Ani tersenyum puas apabila mendengar katakata sahabat karibnya itu. [ 6 markah ]

Latihan SPM 2 Tukarkan cakap ajuk di bawah ini kepada cakap pindah. Norhayati Norasyikin Norhayati Norsyikin : : : : Syikin, mengapa Syikin tidak datang ke sekolah semalam? Syikin minta maaflah. Semalam Syikin ada hal di rumah. Apa halnya? Ceritakanlah kepada Yati. Andainya susah, sama-samalah kita tanggung. Bukankah kita sudah lama berkawan? Sebenarnya ibu Syikin sakit. [ 6 markah ]

ULANGKAJI TATABAHASA SPM Memisahkan ayat Pisahkan ayat-ayat majmuk di bawah ini kepada ayat-ayat tunggal: 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Mereka bertepuk tangan sambil bersorak. Pengajaran guru itu mudah difahami, tambahan pula penyampaiannya sangat menarik. Saya tidak pernah menceritakan keburukannya, justeru saya sering memujinya. Ibu ke pasar dahulu, kemudian ke kedai runcit. Ayah dan ibu akan menghadiri majlis itu. Yogeswaran otak cair tetapi malas berusaha. Kehadiran murid sangat baik pada hari biasa, tetapi kehadiran murid pada hari Sabtu sangat tidak memuaskan. 8. Saya akan ke Kuala Lumpur, manakala abang akan ke Seremban. 9. Harga pakaian itu terlalu mahal, pada hal kualitinya rendah. 10. Kita mesti bertolak sekarang kerana hari semakin gelap, sementelahan tempat perkehemahan itu masih jauh.

Mengenal Jenis Kata Nyatakan jenis kata bagi perkataan yang bercetak tebal dalam ayat-ayat di bawah ini sama ada kata nama, kata kerja, kata adjektif atau kata tugas. i. ii. iii. iv. v. vi. Mereka berbicara tentang bioteknologi. Kami telah menyaksikan perlawanan yang hebat pada malam itu. Guru menghadiahi kami sebuah buku cerita. Kami sekeluarga berada dalam keadaan sihat. Hadiah ini disediakan untuk ibuku yang tersayang. Dia bimbang akan keadaan ibunya yang masih belum sedar.

Mengenal Jenis Frasa Nyatakan jenis frasa yang bercetak tebal dalam ayat-ayat di bawah ini sama ada Frasa Nama, Frasa Kerja, atau Frasa Sendi Nama. i. ii. iii. iv. v. vi. Mereka berkelah di tepi sungai. Pemuda itu kehujanan ketika pulang dari pejabat. Saya ke Hotel Nikko pada petang esok. Ibu saya akan pergi ke Mekah pada tahun ini. Jika mereka ada, saya pun ada. Beliau amat gembira apabila memenangi Anugerah Tinta Kencana 2004

Mengenal jenis ayat Nyatakan jenis-jenis ayat di bawah ini sama ada ayat penyata, ayat tanya, ayat seruan, atau ayat perintah. i. ii. iii. iv. v. vi. Siapakah pemuda yang sedang berdiri di tepi jalan itu? Dia bertanya kepada saya tentang perkara itu. Oh, cantik sungguh bunga-bunga di taman itu! Jangan merokok di dalam kawasan sekolah. Dia menulis cerpen itu? Pengetua menanyai pelajar itu tentang ketidakhadirannya semalam.

[6 Markah]

Latihan Tatabahasa Ayat Pasif & Ayat Aktif JAWAPAN LATIHAN SPM1 Anda patut menyelesaikan tugas itu sekarang juga. Mereka memegang jawatan yang sangat penting. Kakak memasukkan sedikit garam ke dalam gulai yang sangat saya gemari. Para pekerja memangkas pokok-pokok itu supaya sentiasa rendah. Mahasiswa itu mengemaskinikan nota pelajaran supaya mudah membuat ulang kaji. Kamu tidak harus memperalat orang yang lurus bendul itu sewenang-wenangnya.

JAWAPAN LATIHAN SPM 2 Guru disiplin menahan pelajar itu selepas perhimpunan kerana melanggar peraturan sekolah. Ibu bapa sewajarnya mengawal anak-anak supaya mereka tidak bergaul dengan budakbudak nakal. Guru bahasa Melayu menghadiahi pelajar itu sebatang pen setelah berjaya memperoleh A dalam peperiksaan percubaan SPM. Mereka melaksanakan satu misi bersama-sama. Dia menjual alat pendingin hawa itu dengan harga yang tinggi. Saya membeli komputer itu untuk adik di kolej.

JAWAPAN LATIHAN SPM3 Pokok teratai yang berwarna-warni melitupi permukaan air itu. Golongan remaja kurang meminati majalah bercorak akademik meskipun bahan di dalamnya memberikan ilmu kepada mereka.. Orang tua itu mendiami pondok buruk yang beratapkan rumbia dan berdinding buluh. Kakak menjahitkan adik perempuan saya baju kurung pada hujung minggu yang lalu. Kami tidak berani menghampiri rumah itu kerana takut akan anjing peliharaan tuan rumah tersebut. Mereka akan menangguhkan kerja-kerja memperdalam Sungai Kinta berminggu-minggu. Latihan Tatabahasa Ayat Pasif & Ayat Aktif JAWAPAN LATIHAN SPM1 1. Salleh bertanya kepada Ani tentang rancangannya itu. 2. Ani meminta kepastian tentang rancangan yang dimaksudkan oleh Salleh. 3. Seterusnya Salleh menjelaskan bahawa yang dimaksudkannya itu berhubung dengan rancangan Ani mendaki gunung yang diperkatakannya suatu hari dahulu.

4. Ani menjelaskan bahawa rancangan itu akan dibincangkan dalam mesyuarat pada hari Sabtu akan datang. 5. Salleh memuji dan sangat bersetuju dengan rancangan Ani itu/ dan menyokongnya. 6. Ani tersenyum puas/ bangga atas sokongan kawan karibnya itu.

JAWAPAN LATIHAN SPM 2 1) Norhayati bertanya kepada Syikin mengapa dia tidak hadir ke sekolah semalam.

2) Norasyikin meminta maaf kepada Norhayati kerana tidak memberitahunya dan menjelaskan bahawa dia menghadapi masalah di rumah. 3) Norhayati bertanya kepada Norasyikin masalah yang dihadapi dan meminta dia menceritakan perkara yang berlaku kepadanya. Norhayati berjanji akan bersama-sama menanggung kesusahan kerana menggangap mereka sudah lama berkawan. 4) Norasyikin menjelaskan kepada Norhayati bahawa ibunya sakit.

Anda mungkin juga menyukai