Disebalik Dinara
Disebalik Dinara
Disebalik Dinara
C) Bab 3 - Syarikat Rosman dan Farisha telah menerima satu projek lumayan
daripada Soft Lab. Aqram telah menjemput Farisha dan Rosman ke Puchong
bagi berjumpa dengan seorang penyelidik dan pencipta yang tekemuka di Soft
Lab. Kedatangan Farisha telah disambut baik oleh Doktor Maxi yang merupakan
orang penting dalam Soft Lab. Doktor Maxi telah menerangkan projek yang
bernilai RM1.5 juta yang telah ditawarkan kepada Secured Shell. Tugasan
tersebut menuntut Farisha menggodam tiga kelompok komputer Soft Lab yang
merupakan infrastruktur kepada sistem kemudahan awam. Doktor Maxi yakin
Farisha dan Rosman mampu menyudahkan projek yang diberi mengikut tempoh
masa yang diberi berdasarkan kebolehan Farisha yang mempunyai pengalaman
dalam menggodam dan melepasi sistem keselamatan Bank Sapurba. Doktor
Maxi meyakinkan lagi Farisha dengan menyatakan kumoulan yang dipilih bagi
menggantikannya gagal menembusi sistem Bank Sapurba. Setelah itu, Farisha
telah dibawa berjumpa dengan Karl. Karl telah mrenghidapi kanser usus, namun
beliau masih bergiat aktif dalam bidang penyilidikan. Projek terbaru beliau adalah
Dinara. Tetapi projek tersebut terpaksa diberhentikan kerana sel kanser Karl
telah merebak ke bahagian paru-parunya. Farisha diminta menggodam Dinara,
Farisha berasa ragu-rag, kerana dia menyedari ada suatu tugasan berat
disebalik projek tersebut.
e) Bab 5 - Alia telah ditugaskan bagi membantu Farisha bagi mengkaji seni bina
Dinara. Kehebatan Alia membuat pembentangan tanpa cacat cela memelikkan
Farisha, Shida juga berasa hairan apabila Alia tidak pernah berkelip dan raut
wajahnya seperti tidak asli. Farisha memberitahu bahawa Akram juga
mempunyai kesempurnaan pada anggota badannya. Karl telah membangunkan
sebuah teknologi hypervisor. Aqram meberitahu Farisha yang Soft Lab amat
memerlukan bantuan Farisha bagi meningkatkan sistem keselamatan Dinara.
Aqram telah berterus-terang dengan menyatakan sistem Dinara telah diceroboh
dengan satu virus bom jangka yang mana akan menghancurkan sistem Dinara
dan sekali gus menjangkiti semua alat-alat yang dinguakan oleh syarikat-syarikat
telekomunikasi ini. Perkara ini disebabkan oleh perasaan dengki. Alia seperti
ciptaan yang tidak pernah siap. Sentiasa perlu dipertigkatkan dari masa ke
masa, perasaan cemburu akan muncul setiap kali ada perempuan yang
mendekati Karl. Contohnya, Alia berasa cemburu ketika Medina mulai rapat
dengan Karl.
f) Bab 6 - Farisha telah lewat datang ke Soft Lab kerana dia berasa pening. Alia
telah menawarkan bantuan bagi memicit kepalanya, tidak lama kemudian
Farisha yelah tertidur. Alia mengambil kesempatan ini dengan memasukkan dua
batang jarum mudah lentur pada kiri dan kanan tengkuk Farisha. Farisha berada
di bawah separa sedar tetapi dia masih mampu berkomunikasi dengan Karl.
Perkara ini menyebabkan Alia berasa tidak puas hati kerana dia tidak dibenarkan
berhubung bersama Karl. Karl memberitahu Farisha yang gadis itu mampu
menyelamatkan Dinara kerana Karl telah menyediakan Farisha bagi
berkomunikasi dengannya. Setelah Farisha sedar Akram berbincang mengenai
sistem Dinara bersamanya. Ternyata Farisha seorang gadis yang bijak kerana
dia mampu berdebat mengenai sistem Dinara waluapun dia baru sahaja belajar
mengenai Dinara. Tetapi dia berasa keliru mengapa dia dipilih bagi menggodam
Dinara. Perbualan Shida dan Farisha berkisar mengenai Dinara. Karl merupakan
seorang saintis yang hebat Dinara relah dicipta hasil kerjasama antara Medina
dan Karl, namun yang menjadi misteri adalah kehilangan Medina sebelum
Dinara berjaya disiapkan dan kemunculan pihak yang cuba memadamkan nama
Medina daripada syarikat tersebut.
h) Bab 8 - Semasa sesi perjumpaan antara Farisha dan Karl, Farisha telah jatuh
pengsan. Farisha telah dikejarkan ke hospital kerana tekanan darah yang tinggi,
Doktor Maxi telah menemaninya. Aqram dan Khairul pula mempunyai sesi
perbincangan bersama shida. Perkara yang menimpa Farisha mengejutkan
Shida kerana Farisha jarang-jarang sakit kecuali demam atau selesema. Aqram
bertanya seandainya Shida mempunyai masa lapang pada peang itu kerana
mereka perlu berbincang mengenai sesuatu bersama Doktor Maxi. Doktor Maxi
telah menghantar mesej untuk memberitahu Aqram yang Farisha telah sedar.
Farisha juga telah meghantar mesej bagi memaklumkan Shida yang dia terpaksa
ditahan selama tiga hari. Shida telah berjumpa dengan Doktor Maxi,
perbincangan mereka lebih berkisar mengenai kesihatan Farisha. Doktor Maxi
cuba mengumpulakan sebanyak mungkin maklumat mengenai Farisha,
sedangkan Shida pula berasa bimbang seandainya kontrak Farisha ditarik atas
alasan masalah kesihatan rakanya itu.
I) Bab 9 - Menurut Doktor Maxi, Farisha pengsan kerana tidak dapat menahan
sesuatu di dalam badannya. Perkara ini pasti mengganggu peracangan yang
telah dirancang. Khairul Anwar mencadangkan agar mereka mengikuti plan B
Iaitu menggantikan Shida ditempat Farisha. Doktor Maxi sukar membuat
keputusan kerana terdapat banyak perbezaan antara Farisha dan Shida. Selain
itu, mereka bimbang seandainya Karl mengesan wanta itu bukan
Farisha,.Kerana Karl telah memberikan amanah, sekiranya berlaku sesuatu ke
atas dirinya, hanya Farisha yang mampu menyiapkan tugas yang belum selesai
itu. Karl telah meyediakan Farisha dengan mereka satu mikrocip yang khas
pada tubuh Farisha. Perkara ini membenarkan Karl menyalurkan pemikirannya
kepada Farisha. Kajian ini memakan masa selama 20 tahun. Ciptaan Karl ini
mendorong pihak lain untuk memilikinya. Lantas mereka telah melakukan
pencerobohan di dalam sistem Dinara. Shida telah menyelongkar bagi mencari
persoalan mengenai perihal diri sebenar Farisha. Akhirnya, Shida telah menemui
fail yang menjelaskan bahawa Farisha merupakan seorang anak angkat. Pada
masa yang sama dua orang lelaki, Amin dan Farid tlah berjaya menceroboh
pemikiran Farisha yang ketika itu dalam keadaan yang lemah. Azraai telah
membohongi doktor bahawa mikrocip yang tertanam pada tubuh Farisha adalah
bertujuan sebagai uji kaji. Azraai terpaksa berbohong kerana ingin menunaikan
amanah yang telah diberi oleh arwah ayah dan ibunya. Farisha mesti berkerja di
dalam Soft Lab jika diperlukan.
N) Bab 14 - Karl terbarig lemah di atas katil.Aktiviti otaknya menurun dan dia
tidak mampu bertindak balas. Farisha berasa sedih kerana ini adalah kali terakhir
dan kali pertama dia menatap wajah ayahnya. Beberapa orng diberi kebenaran
bagi menatap wajah Karl. Aqram sebagai orng pertama yang masuk
mengucapkan terima kasih kerana Karl menjadikan kehidupnnya lebh baik.
Selepas itu, giliran Khairul Anwar, dia kelihatan seperti masih menyimpan
dendam terhadap Karl keran Karl telah mengubah diri Khairul Anwar tidak
mengikut cara yang dikehendakinya walaupun kehidupannya kinijauh lebih baik.
Orang yang terakhir masuk melawat Karl adalah Farisha, dia mengucapkan
selamat tinggal kepada Karl. Tepat pada pukul 7.00 malam, Karl telah
menghembuskan nafasnya terakhir. Dalam wasiatnya, Karl meminta agar
mayatnya dibakar da abunya ditaburkan di Selat Melaka. Upacara menabur abu
mayat Karl dilakukan di Port Dickson. Aqram msenyoroti perwatakan Karl yang
mana merupakan seorang sainits yang tegas , pandai berfalsafah dan kerja-
kerjanya pula perlu disiapkan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Kkejutan
berlaku apabila Shida mengungkapkan kata-kata yang pernah diucapkan oleh
Karl. Farisha terkesima apabila mengetahui Karl berkata-kata melalui Shida.
Tema
Tema novel Di Sebalik Diinara adalah cabaran dan rintangan yang dihadapi oleh
para saintis dalam menjalankan penyelidikan dan ciptaan sainsnya. Misalnya
cabaran Karl adalah untuk melindungi perisiannya yang dinamakan Dinara,
Akibat persaan dendam, Dinara telah diceroboh oleh musuh-musuh dan mereka
telah memasukkan virus bagi memusnahkan Dinara, hanya Farisha yang mampu
membantu untuk menyelamatkan Dinara. Hal ini demikian kerana di dalam tubuh
Farisha telah ditanam pelbagai implan bagi menjadikan Farisha gadis yang
istmewa. Karl cuba menjejaki Farisha dan memintanya agar menyelematkan
Dinara. Karl juga telah mencipta beberapa orang prototaip. Antaranya ialah Alia
yang menjadi cacat kerana diseksa oleh Karl. Nama sebenarnya adalah
Rusmina namun hasil kerja Karl terhadap Alia kurang sempurna. Cabaran juga
wujud antara Medina dan Karl apabila masing-masing mahu membuktikan drir
mereka lebih hebat. Medina berdendam terhadap kerana Karl telah mensabotaj
Medina ketika mereka sedang melakukan uji kaji sehinggakan Medina hampir
gila.
PERSOALAN
3) Persoalan kasih sayang seorang anak kepada ayah dan ibunya. Contohnya,
walaupun baru kali pertama Farisha bertemu dengan ayahnya, iaitu Karl, Farisha
tetap menyayangi ayahnya. Farisha berasa sedih kerana pertemuan tersevur
merupakan pertemuan terakhir sebelum Karl menghembuskan nafas yang
terakhir.
Watak utama
Farisha
- Berusia 28 tahun
- Abangnya bernama Azraai dan Ibunya bernama Marilyn yang berketurunan
Portugal
- Seorang yang memiliki keistimewaan. Buktinya pelbagai mikrocip dan implan
telah ditanam dalam tubuh Farisha sejak kecil bagi menjadikannya seorang
gadis yang genius. Selain itu, minda Farisha juga telah dilengkapi dengan perisai
yang dipanggil WALL
- Seorang wanita yang bijak. Buktinya, Farisha berjaya menembusi sistem Bank
Sapurba. Selain itu, Farisha juga mampu berdebat mengaenai sistem Dinara
walaupun dia baru belajar mengenai sistem itu.
Watak sampingan
Shida
- Merupakan rakan serumah Farisha
- Seorang yang mempunyai gaya hidup mudah. Buktinya, ketika bangun pagi
Shida akan terus minum kopi tanpa memberus gigi terlebih dahulu,
- Shida telah ditawarkan RM40 ribu bagi menulis satu artikel mengenai Dinara
- Shida telah menjadi perantaraaan perhubungan Karl ketika di bawah sedar.
Karl
- Merupakan seorang saintis yang berjaya kerana banyak menghasilkan
penyelidikan dan kajian.
- Pernah memenangi anugerah inovasi peringkat kebangsaan
- Merupakan ayah kandung kepada Farisha dan suami Medina
Azraai
- Merupakan abang angkat kepada Farisha
- Seorang yang penyayang dan prihatin. Buktinya dia tetap mementingkan
keselamatan Farisha walaupun dia tahu Farisha bukanlah adik kandungnya.
- Seorang yang amanah. Buktinya, Azraai berpegang kepada amanah arwah ibu
dan ayanhnya iaitu semua mikrocip mesti berada di dalam badan Farisha dan
Farisha harus berkhidmat kepada Soft Lab seandainya diperlukan.
Latar tempat
3) Hentian Pagoh. Farisha telah diculik oleh dua orang lelaki ketika Azraai
memberhentikan kereta sebentar.
4) Port Dickson. Upacara menabur abu mayat Karl dilakukan di Port Dickson
LATAR MASA
1) 7.45 pagi. Rosman berjanji akan menjemput Farisha pada waktu itu,
2) Lima belas saat. Pen yang mengandungi penetrator perlu berada d tangan
Farisha sekurang-kurang lima belas saat,
3) 8.00 malam. Aqram suadah tercegat menunggu Farisha dan Rosman di luar
dewan simposium pada waktu itu.
LATAR MASYARAKAT
2) Masyrakat yang menjadi bahan ui kaji. Contohnya, Alia dan Aqram telah diberi
imej yang baharu oleh Karl sabagai sebahagian daripada uji kajinya.
Teknik plot
PLOT NOVEL
1) Bahagian Permulaan
Pada bahagian permulaan pembaca diperkenalkan dengan watak utama yang
berumur 28 tahun, iaitu Farisha. Farisha merupakan seorang gadis yang
dikatakan memiliki keistimewaan. Kepakaran yang ada pada Farisha dikatakan
mampu menyelamatkan sebuah syarikat komputer yang besar bernama Soft
Lab. Usaha menjejaki Farisha gagal kerana gadis itu telah memadam maklumat
yang berkaitan dengan dirinya di dalam komputernya. Akhirnya Farisha berjaya
dikesan Aqram apabila dia menempah tiket penerbangan untuk berlepas dari
Lapangan Terbang Senai menuju Kuala Lumpu. Namun Aqram gagal menerobos
ingatan Farisha kerana WALL yang dimiliki oleh Farisha mampu melindungi
dirinya.
3) Bahagian Perumitan
Diceritakan Farisha yang berasa pening kepala lalu terlelap. Peluang ini telah
diambil oleh Alia untuk memasukkan dua batang jarum mudah lentur pada kiri
dan kanan tengkuk Farisha. Kesannya, Farisha berada dalam keadaan bawah
sedar. Hal ini membolehkannya berkomunikasi dengan Karl. Karl, iaitu seorang
saintis terkenal bersama-sama dengan Medina telah mecipta suatu prototaip
bernama Alia. Alia telah diciptakan lebih 20 tahun yang lalu dan memiliki ingatan
dan persaan. Perkara yag menjadi misteri adalag Medina telah menghilangkan
diri sebelum Dinara berjaya disiapkan.Tmabahan pula ada pihak yang cuba
memadamkan nama Medina daripada syarijat tersebut. Aqkram menjeaskan
punca dendam Medina terhadap Karl kerana Karl telah mensabotaj uji Medina.
Sehinggakan Medina hampir menjadi gila. Pernah suatu ketika Median telah
mencekik anaknya; Farisya tapi mujurlah Aqram dam Doktor Maxi dapat
menyelmatkan Farisha. Selain itu, Azraai telah memberitahu suatu yang
mengejutkan kepada adiknya. Pertamanya adalah Azraai yang telah disahkan
menghidapi masalah jantung.
4) Bahagian Klimaks
Azraai telah menunjukkan satu fail peninggalan arwah ayanhnya. Fail tersebut
mengandungi dokumen peromohonan pengambilan Farisha sebagai anak
angkat. Azraai menyatakan nama sebenar ibu Farisha adakah Mearilyn seorang
wanita Portugal. Nama ayahnya pula tidak dirrekodkan di dalam fail tersebut.
Azraai segera membawa Farisha keluar dari hospital dan mencari tempat
persembunyian untuk Farisha. Hal ini demikian kerana ada pihak yang cuba
mengancam keselamatan Farisha. Azraai menerangkan Farisha sedang diburu
oleh ibu kandungnya sendiri. Medina menyatakan bahawa 30 tahun yang lalu
Karl telah mengubah Marilyn menjadi Medina. Karl menjadkan Farisha sebagai
bahan uji kajnya. Karl telah menanam pelabagai jenis implan dan mikrocip bagi
menjadikan Farisha sebagai seorang anak yang genius. Aqram pula
membocorkan rahsia dirinya yang telah diberi identiti baharu. Umur sebenarnya
adalah 60 tahun bukannya 30 tahun. Nama asalnya adalah Akeem dan
merupakan adik kandung Karl ynag terencat akal.
5) Bahagia pelaraian
Bermula pada pukul 7.00 malam apabila Karl menghembuskan nafasnya yang
terakhir. Dalam wasiatnya, Karl meminta agar mayatnya dibakar da abunya
ditaburkan di Selat Melaka. Upacara menabur abu mayat Karl dilakukan di Port
Dickson. Semasa mahu pulang, kejutan berlaku apabila Shida mengungkapkan
kata-kata yang pernah diucapkan oleh Karl. Farisha terkesima apabila
mengetahui Karl berkata-kata melalui Shida.
5 gaya bahasa
3) Nilai kemaafan. Contohya, Farisha tidak berdendam dengan Karl, iaitu ayah
kandungnya yang banyajk merencanakan kehidupannya melalui penyelidikan
sains
4) Nilai kepasrahan. Contohnya, Farisha akur bahawa dirinya anakidak sah taraf
kerana tiada pengenalan ayanhnya tidak tercacat dalam fail.
4 PENGAJARAN
4) Kita hendaklah setiap pada janji yang telah dibuat. Contonhya Azraai ingin
menunaikan janjinya pada arwah ayah dan ibunya dahulu, iaitu semua implan
dan mikrocip harus kekal di dalam badan Farisha.