Michael Fullan Rumusan Video
Michael Fullan Rumusan Video
Michael Fullan Rumusan Video
pendidikan iaitu Pedagogi,Teknologi dan Perubahan yang mana 8 pengetahuan pemacu utama
perubahan yang penting yang mesti diambil perhatian.
Michael Fullan, menjelaskan terdapat lapan pengetahuan pemacu utama dalam pengurusan
perubahan pendidikan yang menjadi kekuatan/daya, strategi atau idea untuk perubahan. Lapan
pemacu utama proses perubahan dalam menjayakan amalan perubahan adalah:
Pemancu kedua ialah membina kapasiti yang melibatkan dasar, strategi, sumber, dan lain-lain
tindakan yang direka untuk meningkatkan kuasa kolektif rakyat untuk bergerak ke hadapan
sistem di sekolah, daerah dan peringkat negeri . Ini akan melibatkan pembangunan kolektif
dalam pengetahuan baru, kemahiran dan kecekapan atau kompetensi, sumber-sumber baru
( masa, idea, bahan,kewangan ) dan perkongsian identiti baru dan motivasi untuk bekerjasama
dalam membuat perubahan yang lebih besar. Akauntibiliti juga dititikneratkan dan bergerak
seiring dengan pembangunan kapasiti.
Untuk melakukan perubahan bekerjasama, kita memerlukan tenaga, idea, komitmen dan
pemilikan semua orang yang terlibat dalam melaksanakan penambahbaikan dalam proses
perubahan. Di sini kita perlu ada perkongsian visi ( share vision ), tingkahlaku dan kepercayaan
( behaviors and beliefs ) untuk berubah . Proses ini adalah perubahan wawasan yang dinamik,
inovatif dan secara berterusan. Perkongsian visi bukanlah setakat memahami visi sahaja kerana
visi adalah matlamat akhir tetapi lebih kepada memahami dan tindakan mencapai visi, manakala
perubahan kepada sikap akan membawa kepada perubahan kepercayaan.
Ia melibatkan strategi yang direka membentuk budaya belajar (learning culture). Orang belajar
daripada satu sama lain secara berinteraksi dalam komuniti secara kalobratif . Disini maklumat
dan pengetahuan sentiasa bertukar. Membangunkan komuniti budaya pembelajaran di sekolah
dan juga pelbagai peringkat komuniti . Salah satu budaya pembelajaran melibatkan belajar dari
rakan-rakan, sekolah lain dan sebagainya terutama mereka yang lebih berjaya dalam
melaksanakan idea-idea baru. Kita belajar dari satu sama lain dan beralih dari pengetahuan
kepada tindakan. Membina budaya belajar dalam ,luar dan antara organisasi.
Budaya penilaian dan kapasiti menambahkan apa yang dipelajari dengan menggunakan
peningkatan teknologi. Terdapat dua strategi penilaian dalam perubahan pendidikan iaitu
penilaian pembelajaran ( Accessment of learning) dan penilaian untuk pembelajarn ( Accessment
for learning). Kedua-dua penilaian ini saling berkaitan dan menjadi pelengkap kepada satu sama
lain. Penilaian untuk pembelajaran adalah lebih berkesan dimana ia boleh dinilai dan membuat
penambahbaikan prestasi murid. Penilaian ini boleh dikenalpasti dengan segera untuk membuat
penamahbaikan. Maklumat dari penilaiaan ini digunakan untuk tindakan penambahbaikan.
Dari Teks:
Pemimpin yang berkesan memupuk kepimpinan yang berkarisma, inovatif, effektif , mempunyai
idea dan fikiran terbuka , berani memikul risiko dalam melaksanakan proses perubahan.
Perubahan memerlukan pemimpin yang mahir dan cekap dalam pengetahuan perubahan.
Disini budaya kerja berpasukan perlu diamalkan. Pengetahuan perubahan tidak tentang
pembangunan sejumlah besar inovasi, tetapi mencapai corak baru kepaduan yang
membolehkan orang ramai memberi tumpuan lebih kepada bagaimana perkara itu saling
berkaitan.
Kita perlu memupuk pembangunan dalam tiga peringkat iaitu bagaimana membuat perubahan di
sekolah, daerah dan peringkat negeri. Kita perlu membuat perubahan pada individu sebelum
membuat perubahan pada organisasi dan sistem.
4. Bertenang ( Relax)