Kertas Cadangan Solat Dhuha (Edited)

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

KERTAS KERJA

SOLAT SUNAT DHUHA

TARIKH :
JAN- OKT 2017

TEMPAT:
MUSOLLA AS-SYAKIRIN
SK SULAIMAN

ANJURAN:
MUSOLLA AS-SYAKIRIN DENGAN
KERJASAMA PANITIA PENDIDIKAN
ISLAM.
PROGRAM SOLAT DHUHA, SK SULAIMAN 2017

Tarikh : Jan - Oktober 2017


Hari : Jumaat (Minggu ke 2 & 4)
Masa : 7.40 pagi 8.10 pagi
Tempat : Musolla As-Syakirin, SK Sulaiman

PENDAHULUAN

Program Solat Sunat Dhuha ini diadakan adalah merupakan salah satu
pengisian aktiviti yang dianjurkan oleh Musolla As-Syakirin bertujuan untuk
mendidik murid-murid agar sentiasa mendekatkan diri kepada Allah serta
memohon rezeki, kemudahan dan pertolongan hanyalah kepadanya semata
tanpa bergantung harap selain daripada Allah. Semoga dengan ini jiwa murid-
murid selalu dalam ketenangan dan berjaya menggapai kebahagiaan dan
kejayaan yang cemerlang dalam segenap aspek kehidupan terutamanya di
bidang pelajaran.

RASIONAL

Penganjuran program ini adalah bertujuan bagi membantu para pelajar


agar dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah serta
dapat menghayati ajaran Islam dengan sebaiknya dalam menjalani kehidupan
seharian.

OBJEKTIF :

1. Mendidik murid-murid agar sentiasa melaksanakan Solat Sunat


Dhuha dan memohon pertolongan dan perlindungan hanya
kepada Allah sahaja.
2. Sebagai persediaan murid-murid untuk menghadapi Peperiksaan
UPSR dengan penuh keyakinan dan percaya pada kebolehan diri
sendiri.
3. Mendidik jiwa murid-murid agar sentiasa beriman dan bertawakkal
kepada Allah.
4. Dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama nurid dan guru-
guru agar segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan
sebaiknya.
SASARAN
Semua murid-murid tahun 6 dan guru-guru yang berkelapangan.

LOKASI
Surau As-Syakirin, SK Sulaiman.

PENGISIAN PROGRAM

1. Solat Sunat Dhuha


2. Bacaan Doa
3. Zikir Munajat
4. Ribat Ukhuwah

JAWATANKUASA PROGRAM

Penasihat : Puan Arbina binti Abdul Rahman


(Guru Besar SK Sulaiman)

Pengerusi : Pn. Zahidah binti Daud


(GPK HEM SK Sulaiman)

Naib Pengerusi : En. Zihan bin Mohd Zaki


(GPK Pentadbiran SK Sulaiman)

Setiausaha : Usth. Zaidiah binti Muhamad

Bendahari : Ustzh. Siti Umrah binti Sanusi

JAWATANKUASA KECIL

Penyelaras
Musolla : Ustzh. Suhaila binti Halib

AJK Musolla : Guru-guru Pendidikan Islam


: Guru-guru Tahun 6
: Daie Cilik (terdiri dripada murid-murid tahap 1 & 2 seramai
25 orang)
TENTATIF PROGRAM

Tarikh : Minggu ke 2 & 4 setiap bulan (Jumaat)


Masa : 7.40- 8.10 pagi
Tempat : Musolla As-Syakirin SK Sulaiman

Aturcara

7.20 pagi : Bacaan Yaasin


7.40 pagi : Solat Sunat Dhuha
: Bacaan Doa
: Zikir Munajat
: Ribat Ukhuwah
8.10 pagi : Majlis bersurai

BUTIRAN PROGRAM

JADUAL IMAM BERTUGAS

Tarikh Nama Imam bertugas


27.01.2017 Ust. Muhammad Afiq Firdaus
10.02.2017 C.gu Naeman
24.02.2017 Wan Al Amin (6 Arif)
10.03.2017 Che Wan Zulqarnain (6 Arif)
21. 04.2017 Mohd Hazmi Izzat (6 Bestari)
12.05.2017 Cikgu Wan Huzairul
19.05.2017 Mohd Syafiq Nazran (6 Bestari)
23.06.2017 Ustz. Asif Pahmi
14.07.2017 Ust. Sufian As- Thauri
28.07.2017 Ust. Roszaidi
11.08.2017 Muhammad Nor Azizuddin Fanshuri
25.08.2017 Wan Al Amin
08.09.2017 Cikgu Naeman
22.09.2017 Ust. Muhd Afiq Firdaus
13.10.2017 Mohd. Syafiq Nazran (6 Bestari)
27.10.2017 Che Wan Zulqarnain (6 Arif)
PENUTUP

Pihak penganjur program, Musolla As-Syakirin amat berharap agar


program yang dilaksanakan ini berjalan dengan lancar dan dapat kerjasama
yang sepenuhnya daripada semua yang terlibat terutamanya murid-murid
tahun 6 dan semua guru yang berkenaan. Besar harapan agar Program Solat
Sunat Dhuha ini dapat menjadi satu program yang berkesan untuk
merealisasikan kemenjadian murid dan dapat membantu murid-murid tahun 6
agar mampu mencapai kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR
yang akan menjelang nanti.

Disediakan oleh, Diluluskan oleh,

________________________ ______________________________
( ZAIDIAH BT MUHAMAD) (PN.ARBINA BT ABDUL RAHMAN
Guru Besar.
Setiausaha Musolla As-Syakirin
SK Sulaiman
SK Sulaiman

Anda mungkin juga menyukai