BM
BM
1. _____________ dinasihatkan agar menjawab semua soalan dalam tempoh satu jam tiga
puluh minit.
A. Awak
B. Engkau
C. Anda
D. Tuanku
2. _____________ berdua tiba malam tadi dengan menaiki kereta api, kata Syukur dan
isterinya kepada Pak Long.
A. Kita
B. Kalian
C. Saya
D. Kami
3. ___________tidak dapat datang untuk merasmikan pelancaran majlis itu kerana ada
urusan penting di pejabat Menteri Besar.
A. Dia
B. Beliau
C. Ia
D. Mereka
5. Titah perintah ___________ itu telah patik laksanakan, kata Bendahara Melaka kepada
Sultan Mansur Shah.
A. patik
B. tuanku
C. hamba
D. beliau
6. Dalam titah ucapan sempena Kembara Mahkota Perak, _____________ sultan mahu agar
semua rakyat di negeri ini dapat menikmati kemudahan dan pembangunan yang
disediakan oleh kerajaan negeri.
A. baginda
B. beta
C. tuanku
D. paduka
1
7. _____________ mahu Laksamana bersembunyi di hujung negeri ini, kata Bendahara
Tun Perak kepada Laksamana hang Tuah.
A. Beta
B. Hamba
C. Tuan hamba
D. Tuanku
10. _________ pacal yang hina, datang menghadap ___________, sembah Hang Tuah
kepada Sultan Melaka.
A. Beta..hamba
B. Patik..tuanku
C. Patik .baginda
D. Hamba.tuanku
Kata Adjektif
2. Seharian membanting tulang di kebun sawit menyebabkan Pak Abu berasa sangat
____________ dan ingin tidur awal agar lebih segar pada esok hari.
A. lemah
B. capik
2
C. lesu
D. letih
4. Hari Kebangsaan pada tahun ini disambut dengan ____________ oleh semua lapisan
masyarakat di negara kita.
A. meriah
B. gembira
C. seronok
D. megah
6. Kakak memasak nasi ____________ untuk adik kerana dia belum tumbuh gigi.
A. halus
B. empuk
C. lembut
D. lembik
7. Ubi kayu yang direbus oleh Alia masih belum _____________ kerana apinya terlalu
perlahan.
A. rangup
B. empuk
C. rapuh
D. lembik
8. Baju yang dipakai oleh Sarimah kelihatan ____________ kerana telah lama digunakan.
A. luntur
B. lusuh
C. koyak
D. kabur
10. Tangkai bunga itu __________ semasa disunting oleh Tuan Puteri Mayang Sari.
A. genting
B. senget
C. bengkok
D. gentas
Kata Hubung
1. _____________ menanti padi masak, Pak Mail menanam jagung untuk menambah
pendapatan keluarganya.
A. Ketika
B. Semasa
C. Tatkala
D. Sementara
3. Puan Hasnah tetap cekal menghadapi segala cabaran dalam dunia perniagaan
______________ terpaksa bersaing dengan usahawan lelaki.
A. jika
B. hingga
C. apabila
4
D. kendatipun
5. Kamu boleh memilih untuk pergi ke pameran lukisan ________ ke pusat kraf tangan.
A. atau
B. ketika
C. semoga
D. semenjak
Penanda Wacana
2. Sejak kecil lagi, Pak Abas sudah gerun akan laut ________________ pada usianya yang
semakin lanjut ini.
A. oleh sebab itu
B. namun demikian
C. lebih-lebih lagi
D. biarpun demikian
3. Kehidupan Anita sungguh sempit bagaikan kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. _________ semangatnya masih kukuh untuk berusaha mencapai cita-citanya.
A. Biarpun demikian
B. Lebih-lebih lagi
C. Oleh sebab itu
D. Tambahan pula
Bahasa Istana
Penjodoh Bilangan
1. Mak Munah membeli _______________ rebung dan beberapa __________ petai dari
pasar malam itu.
A. batang ... papan
B. ruas... keping
C. pucuk ...papan
D. pucuk...biji
3. Amin hanya makan ____________ kuih seri muka dan ______________ karipap sabagai
sarapan.
A. ketul .. ketul
B. biji ... ketul
C. ketul ... biji
D. potong ... biji
7
Kata Ganda
1. Sejak berhijrah ke Sabah, Alfian tidak ____________ lagi tentang perkembangan yang
berlaku di kampung asalnya di Perak.
A. tahu-menahu
B. tanya-menanya
C. kenal-mengenal
D. tengok-menengok
3. Adik bongsu Maisarah ________________ meminta dibelikan mainan di pasar raya itu.
A. merayu-rayu
B. meracau-racau
C. merengek-rengek
D. merungut-merungut
4. Pelajar yang berbadan gempal itu ____________ semasa menaiki anak tangga untuk ke
bilik darjahnya di aras tiga blok A.
A. terkial-kial
B. terkocoh-kocoh
C. tergopoh-gopoh
D. tercungap-cungap
Kata Kerja
8
1. Encik Aiman ______________ rumahnya untuk memberi keselesaan kepada anak-
anaknya sepanjang mereka bercuti di kampung.
A. membaiki
B. meluaskan
C. melebarkan
D. membesarkan
3. Kakak sedang __________ bawang merah untuk menumis sayur sambil mendengar
siaran radio kegemarannya.
A. mengerat
B. menghiris
C. mengupas
D. memotong
5. Sang Kancil yang cerdik itu berjaya __________ sungai yang dalam dengan tipu
helahnya.
A. melepasi
B. melangkahi
C. mengharungi
D. menyeberangi
6. Guru Pendidikan Seni mengajar kami cara-cara ______________ batik di bilik seni lukis.
A. mencalar
B. mencalit
C. melukis
D. mencelup
9
7. Puan Aishah menjemur kain sambil ____________ anaknya dengan sehelai kain batik
lepas.
A. mengendong
B. mendukung
C. mengelek
D. memikul
8. Anggota pasukan polis merin itu sedang ______________ samudera dan mengejar
dengan laju bot lanun di perairan Malaysia.
A. merempuh
B. meredah
C. mengharung
D. melanggar
9. Kakak segera ________________ lantai dapur yang basah selepas adik tergelincir ketika
melintas di situ.
A. menyapu
B. mengelap
C. menggilap
D. menggosok
10. Pak Majid ___________ pukat yang rosak ketika musim tengkujuh.
A. menyirat
B. membubul
C. menjahit
D. menjalin
10
2. Shahrul sangat gemar _________ laksa Pulau Pinang yang dibuat oleh ibu saudaranya.
A. kepada
B. akan
C. tentang
D. terhadap
4. Bapa membeli segugus buah anggur __________ buah tangan ketika menziarahi
kawannya di hospital.
A. dengan
B. selain
C. seperti
D. sebagai
5. Pak Cik Zainal tidak bersetuju _________ cadangan anaknya untuk menjual tanah
bendang di hujung kampong mereka.
A. akan
B. untuk
C. dengan
D. tentang
Kata majmuk
2. ____________ bahan asid dalam ujikaji itu telah menukarkan warna kertas litmus biru
kepada warna merah.
A. Tindak tanduk
B. Timbang rasa
C. Tindak balas
D. Tingkah laku
11
3. Pengalaman ___________ semasa zaman pemerintahan tentera Jepun masih segar dalam
ingatan Pak Andak Hassan.
A. pahit getir
B. salah laku
C. penat lelah
D. susah payah
4. Kerja-kerja _________ di pelantar minyak itu tidak dapat dijalankan kerana cuaca amat
buruk.
A. mencari gali
B. membaik pulih
C. penyusun atur
D. mengemas kini
Imbuhan
2. Cikgu Hasnah telah diamanahkan oleh pihak pengurusan untuk ______________ mata
pelajaran Bahasa Melayu kepada sekumpulan pelajar Cina.
A. mengajar
B. mengajarkan
C. mengajari
D. mempelajari
4. Ceramah umum tentang Konsep 1 Malaysia itu telah dipengerusikan oleh seorang tokoh
_______________ yang tidak asing lagi dari Universiti Kebangsaan.
A. sasterawan
B. karyawan
C. wartawan
D. cendekiawan
5. Pegawai itu sedang __________ pelan rumah yang dihantar kepadanya untuk diberi
kelulusan.
A. menghalusi
B. memperluas
C. memperhalusi
D. memperhaluskan
Kata Penguat
13
3 I Betul cantik tulisan kamu.
II Ibu jatuh sakit kerana sangat sedih setelah kematian ayah.
III Saya berasa senang sungguh apabila awak dapat membantu saya.
IV Pertumbuhan ekonomi negara meningkat ke tahap yang paling tinggi.
A. I dan II
B. II dan III
C. I, III dan IV
D. II, III dan IV
14
Sinonim
2. Kita wajar menghargai pengorbanan perwira negara yang gugur di medan perang.
Perkataan seerti bagi gugur ialah
A. jatuh
B. luruh
C. mati
D. tumbang
4. Asyraf sanggup bekerja himgga waktu malam asalkan mendapat bayaran yang setimpal
dengan tempoh masanya.
Perkataan seerti bagi setimpal ialah
A. sepadan
B. secocok
C. selaras
D. secukup
5. Sebaik-baik sahaja sampai di dusun, ayah menebas semak samun yang tumbuh melata.
Perkataan seerti bagi menebas ialah
A. menghiris
B. mencantas
15
C. memotong
D. mencencang
Antonim
5. Farhan menundukkan kepalanya apabila dimarahi oleh bapanya sambil kakinya menguis-
nguis hujung tikar.
Perkataan berlawan bagi menundukkan ialah
A. menegakkan
B. mengangakan
C. mendongakkan
D. menggelengkan
Simpulan Bahasa
16
1. Budak perempuan itu kelihatan cantik tetapi mempunyai budi pekerti yang tidak sopan.
A. Rambang mata
B. Buah hati
C. Bunga dedap
D. Ibu keladi
2. Zainal tidak mahu bertanggungjawab atas perbuatannya itu kerana malu kepada kedua-
dua orang tuanya.
A. Tutup mata
B. Angkat kaki
C. Lepas tangan
D. Bacar mulut
3. Zahari tidak menyebelahi mana-mana pihak kerana kedua-dua lelaki yang bertengkar itu
kawan baiknya.
A. Buruk siku
B. Atas pagar
C. Ayam tambatan
D. Bidan terjun
4. Puan Salmah sering memenangkan anak sulungnya setiap kali mereka bergaduh adik-
beradik.
A. Pilih kasih
B. Mata duitan
C. Rambang mata
D. Ambil berat
5. Dalam msyarakat itu, Sudin telah memberikan ________ yang cukup bernas.
A. Buah hati
B. Buah nmulut
C. Buah fikiran
D. Buah tangan
6. Arman telah terambil duit syarikatnya yang banyak sejak dia bekerja di situ.
A. Mata duitan
B. Gelap mata
C. Wang muka
D. Wang saku
8 . Nazmi segera __________ setelah menyedari kehadiran Jefri yang selalu menghinanya.
A. angkat diri
B. angkat bakul
C. angkat kaki
D. angkat muka
9. Untuk memastikan peniaga mengaut keuntungan yang banyak, mereka dinasihati agar
tidak
mengambil __________.
A.jalan mati
B.jalan tengah
C.jalan belakang
D.jalan keluar
10. Saya tidak setuju dengan __________Hani yang menyokong budaya moden.
A.buah tangan
B.buah mulut
C.buah fikiran
D.bulat fikiran
11. _________awak membiarkan anak kucing itu kesejukan dan kelaparan, kata Husnina
Dayani
kepada kawannya.
A .Ada hati
B.Berat hati
C.Busuk hati
18
D.Sampai hati
12. Mak Mila suka __________ ke seluruh kampung untuk menceritakan keburukan perangai Pak
Raof.
A.isi mulut
B.bawa mulut
C.ringan mulut
D.mulut tempayan
13. Zailina pitam walaupun baru lima minit sahaja beratur di bawah panas di tengah-tengah
padang.
A.Puteri lilin.
B.Patah hati
C. Panas hati.
D. Putih mata.
19
A.untung bersih
B.untung batu
C.untung sabut
D.untung bersih
Peribahasa
1. Rahman dan Ramzan berselisih faham tentang pembahagian harta peninggalan bapa
mereka tetapi setelah dinasihati akhirnya mereka berbaik-baik semula.
A. Ada air adalah ikan
B. Air pun ada pasang surutnya
C. Air dicencang tidak akan putus
D. Air digenggam tidak tiris
20
2. Puan Ani berang akan sikap pembantu rumahnya yang hanya membuat kerja apabila
disuruh sahaja.
A. Belakang parang jika diasah lagikan tajam
B. Pahat dengan penukul
C. Mencurahkan air ke daun keladi
D. Aur dengan tebing
3. Pada bulan Ramadhan setiap tahun, penduduk Kampung Boyan akan bergotong-royong
memasak bubur.
A. Ada udang di sebalik batu
B. Bagai kacang lupakan kulit
C. Bagai aur dengan tebing
D. Ada gula ada semut
5. Wabak H1N1 yang merebak serata dunia dengan cepat namun proses pemulihannya agak
lambat.
A. Sediakan payung sebelum hujan
B. Sekali air bah sekali pantai berubah
C. Datang seperti rebut pergi seperti semut
D. Indah khabar dari rupa
7. Roslan telah diamanahkan untuk menguruskan kewangan syarikat itu sebaliknya dia telah
menggelapkan wang tersebut.
A. Harapkan pegar, pegar makan padi
B. Melentur buluh biarlah dari rebungnya
C. Siapa makan cili akan terasa pedasnya
D. Kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa
21
8. Kampung Jambu terpilih sebagai Kampung Contoh selama tiga tahun berturut-turut
kerana penduduknya saling bekerjasama dan bersatu hati.
A. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung
B. Bagai menatang minyak yang penuh
C. Bulat air kerana pembentong, bulat manusia kerana muafakat
D. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
9. Adam merupakan anak tunggal dalam keluarga. Oleh itu, dia di jaga__________.
A.bagai haruan makan anak
B.seperti ikan pulang ke lubuk
C.bagai menatang minyak yang penuh
D.seperti harimau menyembunyikan kukunya
10. Kerja menganyam tikar semakin mudah dilakukan apabila selalu dibuat kerana
__________.
A.jauhari juga yang mengenal manikam
B.makin murah makin menaawar
C.alah bisa tegal biasa
D.ada sampan hendak berenang
11. Ahmad seorang yang berpengalaman dalam bidang penulisan novel, tetapi dia tidak suka
menunjukkan kelebihannya. Keadaan ini ___________.
A.bagai haruan makan anak
B.seperti ikan pulang ke lubuk
C.bagai menatang minyak yang penuh
D.seperti harimau menyembunyikan kukunya
12. Penduduk kampong bergotong-royong mendirikan balai raya untuk kemudahan mereka
menjalankan aktiviti . Perumpamaan yang sesuai untuk pernyataan di atas
ialah__________.
A.seperti cincin dengan permata
B.seperti tikus jatuh ke beras
C.bagai aur dengan tebing
22
D.bagai isi dengan kuku
13. Semua jemputan majlis perkahwinan itu terpaku apabila melihat pasangan pengantin
yang sama lawa dan sama padan__________sedang berarak menuju ke pelamin.
A.bagai mentimun dengan durian
B.bagai cincin dengan permata
C.bagai emas baharu disepuh
D.bagai langit dengan bumi
14. Kakak amat gembira apabila menerima tawaran untuk bekerja sebagai jurutera, iaitu
pekerjaan yang memang dihajatinya selama ini.
A.seperti kera mendapat bunga.
B.seperti orang mengantuk disorongkan bantal.
C.bagai mendapat durian runtuh.
D.bagai si kudung mendapat cincin
15. Selamat tinggal pak long dan mak long. Saya amat terhutang budi terhadap pak
long dan mak long yang telah bersusah payah membesarkan dan mendidik saya
sejak kecil. Doakan agar saya berjaya di universiti nanti, ya, pak long,mak long,
ucap Adlin dengan nada hiba sebelum meninggalkan kampong halamannya 10 tahun
yang lalu. Kini, setelah bergelar usahawan muda yang berjaya, Adlin tidak pernah
kembali ke rumah ibu dan bapa saudaranya itu.
23
Kata banyak makna
1. I Buku Strategi UPSR saya yang terbaharu akan terbit tidak lama lagi.
II Mentol itu tidak terbit cahaya kerana bekalan elektrik terputus sejak petang tadi.
III Kami menunggu kepulangan nelayan dari laut sejak dinihari sampai matahari
terbit.
IV Pokok mempelam harum manis itu telah terbit buah yang sangat lebat pada
musim ini.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan III
D. III dan IV
25
C. I, II dan IV
D. I. II dan III
7. I Nelayan itu membuat beberapa sawang pada perahunya untuk mengeluarkan air.
II Sawang burung tempua itu tergantung dengan elok pada dahan pokok jambu.
III Para pelancong sedang asyik menyaksikan tarian sawang yang dipersembahkan
semasa majlis perasmian itu.
IV Riduan dan adik-adiknya sedang membersihkan sawang yang terdapat pada
bahagian dinding rumah mereka.
A. I dan III
B. I dan IV
C. II dan III
D. II dan IV
8. I Rambut budak itu menjadi kusut kerana ditiup angin yang kencang.
II Fikirannya bertambah kusut memikirkan masalah keluarganya.
III Muka Aminah kelihatan kusut sahaja hari ini.
IV Badan Lingam kusut sedikit setelah keluar dari hospital.
A. I dan II
B. I dan IV
26
C. II dan III
D. III dan IV
.
9. I Banyak perajurit kita gugur sewaktu mempertahankan negara.
II Adik Athirah yang masih kecil itu gugur dari atas kerusi.
III Buah cempedak itu gugur kerana sudah ranum.
IV Wang syiling Haikal gugur kerana kocek seluarnya berlubang.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
10. I Baru lapang dada Puan Rohani setelah masalah itu dapat diatasi.
II Zukry dan Amir bermain layang-layang di kawasan lapang.
III Adibah gemar membaca novel pada masa lapang.
IV Hafizuddin amat meminati lapang sukan sejak kecil lagi.
A. I dan II
B. I, II dan III
C. II, III dan IV
D. I, II, III dan IV
27
Ayat sama maksud
2. Lina menyiapkan kerja yang diberikan oleh Cikgu Zul itu dalam masa setengah jam.
A. Cikgu Zul telah memberikan kerja kepada Lina untuk disiapkan dalam masa
setengah jam.
B. Kerja Cikgu Zul itu disiapkan oleh Lina dalam masa setengah jam yang diberikan.
C. Lina mengambil masa setengah jam untuk menyiapkan kerja yang diberikan oleh
Cikgu Zul itu.
D. Masa setengah jam diberikan oleh Cikgu Zul kepada Lina untuk menyiapkan
kerja itu.
28
3. Nur Azwina menyertai Program Kembara Merdeka Berbasikal itu setelah dia
memperoleh keizinan daripada ibu bapanya.
A. Nur Azwina mendapat kebenaran ibu bapanya setelah menyertai Program
Kembara Merdeka Berbasikal itu.
B. Program Kembara Merdeka Berbasikal itu disertai Nur Azwina apabila dia dan
ibu bapanya mendapat kebenaran.
C. Kebenaran daripada ibu bapanya mengizinkan Nur Azwina untuk mengikuti
Program Kembara Merdeka Berbasikal itu.
D. Sebaik-baik sahaja mendapat kebenaran daripada ibu bapanya Nur Azwina pun
memulakan Program Kembara Merdeka Berbasikal.
4. Saya tidak mampu membeli telefon bimbit model terkini yang amat mahal itu, kata
Khuzaimah kepada Qistina.
A. Khuzaimah berkata Qistina tidak mampu untuk membeli telefon bimbit model
terkini yang amat mahal itu.
B. Qistina berkata Khuzaimah tidak mampu untuk membeli telefon bimbit model
terkini yang amat mahal.
C. Khuzaimah memberitahu Qistina, dia tidak mampu membeli telefon bimbit model
terkini yang mahal itu.
D. Qistina memberitahu Khuzaimah, dia tidak mampu membeli telefon bimbit model
terkini amat.
29
bendera di kediaman masing-masing.
D. Bagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan, rakyat diarahkan untuk mengibarkan
bendera di kediaman masing-masing.
31
1. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.
Penduduk di taman perumahan itu bergotong-royong membersihkan longkang yang
tersumbat untuk mengelakkan nyamuk aedes membiak.
A. Bilakah penduduk taman perumahan itu bergotong-royong?
B. Siapakah yang membersihkan longkang di taman perumahan itu?
C. Mengapakah penduduk di taman perumahan itu membersihkan longkang?
D. Bagaimanakah penduduk taman perumahan itu membersihkan longkang?
32
A. Boleh saya berjumpa dengan kakak kamu?
B. Kakak dan ibu kamu pergi ke pusat beli-belah?
C. Siapakah yang menemani kakak kamu membeli-belah?
D. Benarkah kakak kamu pergi ke pusat beli-belah di bandar Taiping?
33
Pilih ayat yang betul.
2. A. Mungkin ada setengah perkara yang engkau cuba sembunyikan daripada kami.
B. Segala pemain dinasihatkan supaya mengambil rehat yang secukupnya menjelang
perlawanan esok.
C. Doktor David tengah memberi rawatan kecemasan kepada pesakit itu.
D. Empat-empat orang anaknya telah berjaya memasuki universiti tempatan.
A. I dan II
B. I dan IV
C. II dan II
D. III dan IV
34
5. I Adik Sari masih lagi menggunakan susu botol untuk minum walaupun sudah
berusia lima tahun.
II Ainun menggunakan papan tanda sebagai panduan untuk ke destinasi yang
ditujuinya.
III Pekerja buruh itu mengangkut batu-batu kerikil itu menggunakan sorong kereta.
IV Walaupun sudah lama digunakan, namun lampu suluh itu masih berfungsi dengan
baik.
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV
35
Petikan 1
Baca rencana di bawah, kemudian jawab soalan yang berikutnya.
Daneng anak orang asli merupakan murid yang pintar dalam pelajaran. Tetapi dia enggan
meneruskan pelajarannya. Cikgu Jo yang merupakan guru Daneng sanggup meredah hutan untuk
memujuk Daneng.
Tentu sekali ! hutan ini sememangnya satu anugerah. Tetapi dunia sentiasa berubah.
Manusia sentiasa mengejar kemajuan. Jika tidak, manusia itu menempah kepupusan. Cikgu Jo
berhenti seketika dan kemudian menyambung.
Setiap kali cikgu melihat kereta-kereta besar melalui jalan besar di tepi kampungmu,
cikgu berasa sedih. Kaummu masih jauh ketinggalan.
Daneng kamu terlalu sayang akan hutan ini, bukan? Tanya cikgu Jo.
Demi hutan malar hijau yang kamu cintai, kamu perlu belajar. Hutan ini memerlukan
kamu, kata Cikgu Jo.
Tidakkah kamu tahu bahawa di seluruh dunia, hutan diancam aktiviti pembalakan.
Sindiket yang gila akan duit menceroboh serta membunuh flora dan fauna di kawasan hutan
simpan. Bukan sahaja di Malaysia, malah hutan malar hijau di seluruh dunia juga terancam.
Kata Cikgu Jo.
Pohon-pohon tembusu padang, meranti seraya dan meranti tembaga di kawasan hutan
simpan, 20 kilometer dari sini sudah tiada lagi cikgu,kata Daneng terputus-putus.
Sebab itulah kamu harus belajar, Daneng. Dengan ilmu yang kamu peroleh,
mungkin hutan akan terselamat. Masa depan pohon tualang pujaanmu juga terjamin. Hujah
Cikgu Jo.
36
1 Mengapakah Cikgu Jo sanggup meredah hutan ?
B. Sumber ubat-ubatan
37
5 Frasa malar hijau bermaksud
A. terus segar.
B. kekal menghijau.
C. bertukar warna.
38
Petikan 2.
18 Mac 2015.
Menemui sahabatku, Hilmi. Semoga saudara berada dalam keadaan sihat walafiat.
Saudara,
Terima kasih kerana menceritakan pengalaman saudara tentang majlis perkahwinan abang
saudara yang diadakan di Resort Ayer Keroh baru-baru ini. Saya turut berasa bangga kerana
Perbadanan Pelancongan Negeri Melaka memilih abang saudara dan pasangannya sebagai model
adat istiadat perkahwinan Melayu. Tentu ramai pelancong asing hadir untuk menyaksikan majlis
yang penuh tradisi itu.
Saya juga ingin menceritakan pengalaman menarik saya. Seminggu yang lalu saya dan
keluarga telah melawat rumah panjang suku kaum Iban di Sarawak. Mereka tinggal di rumah
panjang sejak beratus-ratus tahun dahulu. Penghuni rumah panjang terdiri daripada beberapa
keluarga dan diketuai oleh Tuai Rumah.
Rumah panjang terbahagi kepada beberapa petak. Satu petak untuk sebuah keluarga. Di
dalam petak pula terdapat beberapa buah bilik, dapur, ruai dan tanju. Tanju digunakan untuk
menjemur hasil tanaman seperti padi, lada hitam dan hasil hutan lain. Ruai pula ialah tempat
berlangsungnya upacara perkahwinan, kematian dan acara rasmi lain. Pengalaman melawat rumah
panjang tidak mungkin saya lupakan sepanjang hidup saya.
Itu sajalah yang dapat saya coretkan buat kali ini. Semoga berjumpa di lembaran lain.
Sekian.
Sahabatmu,
Mira
2 Pada pendapat kamu, mengapakah Resort Ayer Keroh dipilih untuk mengadakan majlis
perkahwinan itu?
4 Apakah pekerjaan utama suku kaum Iban yang tinggal di rumah panjang itu?
A. Nelayan
B. Peneroka
C. Pegawai Kerajaan
D. Petani
5. Jika ada pelancong asing yang datang melawat rumah panjang, di manakah majlis
sambutan pelancong itu akan diadakan?
Petikan 3
40
Persatuan Penduduk Taman Seri Tanjung,
54300 Kuantan,
Pahang Darul Makmur.
_________________________________________________________________________
Yang Dipertua,
Majlis Perbandaran Kuantan,
54400 Kuantan,
Pahang Darul Makmur. 7 JULAI 2012.
Tuan,
Aduan Tentang Kerja-Kerja Pemungutan Sampah
2. Untuk makluman pihak tuan, kami tidak berpuas hati dengan jadual kutipan sampah
sekarang. Dahulu sampah dipungut tiga kali seminggu, iaitu pada hari Ahad, Selasa dan
Jumaat tetapi sekarang sampah hanya dipungut dua kali seminggu. Adakalanya sampah hanya
dipungut sekali seminggu sahaja.
3. Keadaan ini menimbulkan rasa kurang selesa penduduk di sini kerana bau busuk daripada
sampah yang tidak dikutip itu. Suasana seperti ini bertambah teruk apabila terdapat anjing
dan kucing liar yang menyelongkar sampah sarap ini.
4. Lori sampah juga selalu datang pada waktu petang. Pada waktu ini banyak kanak-kanak
beriadah di halaman rumah. Hal ini membahayakan mereka.
Sekian,terima kasih.
Mazlan
A. bersenam
B. bersembang
C. berkumpul
D. beristirahat
42