Latihan Tatabahasa

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 32

15 latihan tatabahasa bersempena dengan cuti wabak Covid-19.

1. Kita dinasihati____ menekup mulut dengan sapu tangan ketika bersin dan batuk.
A. agar
B. untuk
C. supaya
D. bagi

2. Semua penutup hidung yang terdapat di pasaran_______ mendapat kelulusan


daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.
A. akan
B. boleh
C. mesti
D. pernah

3. Terdapat________ masyarakat yang masih berkeliaran di luar_______perintah


kawalan pergerakan diumumkan oleh kerajaan.
A. seluruh...meskipun
B. segenap...kendatipun
C. segelintir...waima
D. beberapa...sungguhpun

4. Pembelian panik di pasar raya_________negara telah mendapat_______luas


daripada media massa.
A. semua...liputan
B. seantero...litupan
C. seluruh...liputan
D. segala...litupan

5. Perdana Menteri ___ semua anggota masyarakat agar patuh_____arahan kerajaan.


A. menyuruh...pada
B. menyeru...akan
C. menggesa...kepada
D. mengumumkan...pada

6. Kita_______supaya menggunakan pensanitasi tangan dari masa ke masa


bagi_______kuman pada tangan.
A. disuruh....melupuskan
B. digesa...membasmi
C. diseru...menghapuskan
D. diminta...menghancurkan

7. _______air serbuk kunyit ____daun semambu mampu dijadikan sebagai bahan


antikuman semula jadi.
A. Bancuhan...dengan
B. Sebatian...dan
C. Gandingan...dan
D. Campuran...dengan

8. _______jalan yang_________oleh pihak polis mampu mengekang pergerakan


penduduk di luar.
A. Halangan...diadakan
B. Hadangan...dibuat
C. Sekatan...dilakukan
D. Pemeriksaan...dilakukan

9. ______penutup hidung yang melonjak hingga mencecah RM2 sekeping amat


membimbangkan semua pihak.
A. Nilai
B. Kadar
C. Tarif
D. Harga

10. Angkatan Tentera Malaysia telah diarahkan untuk___________pergerakan


penduduk agar________jangkitan virus dapat diputuskan.
A. memerhatikan...kitaran
B. mengawal...gelungan
C. memantau...rantaian
D. mengawasi...gelombang

11._________orang peserta acara itu dikuarantin kerana_________positif ujian


saringan itu.
A. Sesetengah...disetujui
B. Sebilangan...dibuktikan
C. Semua...diyakini
D. Beberapa...dipercayai

12. Perdana Menteri__________semua anggota masyarakat agar


tidak_________maklumat palsu tentang jangkitan wabak Covid-19.
A. menggesa...merebakkan
B. menyuruh...menyalurkan
C. meminta...menularkan
D. melarang...menyebarkan

13. Semua penumpang yang_______di India akibat _____ wabak Covid-19 telah
berjaya dibawa pulang ke tanah air.
A. tertinggal...perusuhan
B. terkandas...penyebaran
C. terbantut...pembabitan
D. terbiar...penularan

14. Selain menonton televisyen di rumah, anak-anak_________ menggunakan masa


terluang untuk__________cerpen supaya meningkatkan daya imaginasi mereka.
A. perlu...menulis
B. boleh...mengarang
C. dapat...mengarang
D. mesti...mencipta

15. Novel Tawanan Komander Caucasus karya Ruzaini Yahya ____tentang


pengembaraan ____murid ke dimensi alam kumbang.
A. berkaitan...segerombolan
B. berperi...seangkatan
C. bercerita...sekumpulan
D. bertema...sepasukan

1. Pengurus besar syarikat____Encik Jamil tugasan mengedit kertas kerja itu.


A. menyerahi
B. menyerahkan
C. menyerah
D. berserah

2. Ibu___________abang yang berada di luar negara surat tawaran kemasukan kolej.


A. mengirimkan
B. berkirim
C. berkirimkan
D. mengirimi

3. Kerajaan___________masyarakat supaya mematuhi perintah kawalan pergerakan.

A. menasihatkan
B. dinasihatkan
C. dinasihati
D. menasihati

4. Profesion______dianggap sebagai kerjaya yang mulia dalam semua masyarakat.


A. guru
B. bergurukan
C. perguruan
D. keguruan

5. Usahanya untuk________ilmu kejuruteraan itu menemukan kegagalan.


A. mendalami
B. mendalamkan
C. mendalam
D. memperdalam

6. Potret yang cantik dari Istanbul itu______dinding ruang makan rumahnya.

A. menghias
B. menghiasi
C. menghiaskan
D. berhias

7. ____sungai di kawasan itu semakin meningkat akibat _____ yang dilakukan oleh
sebuah syarikat konsesi swasta.
A. pedalaman...pendalaman
B. pendalaman...pedalaman
C. kedalaman...pendalaman
D. dalaman...pendalaman

8. Encik Ariffin_________kerja pembacaan pruf buku baharunya kepada Encik Tan.


A. menugaskan
B. menugasi
C. bertugas
D. tugasan

9. Filem itu tidak dibenarkan untuk________umum.


A. tontonan
B. mempertontonkan
C. ditonton
D. tonton

10. Encik Latif melantik seorang juruukur untuk mengukur________tanah sawahnya.


A. perluasan
B. peluasan
C. keluasan
D. meluaskan

11. Puan Hashimah bersyukur apabila_______keuntungan yang berlipat ganda dalam


perniagaannya hasil usahanya yang tidak mengenal erti putus asa.
A. perolehan
B. beroleh
C. memperoleh
D. peroleh

12. Profesor Haikal membuat kajian lanjutan dengan berdasarkan________kajian


yang dilakukan_________50 orang responden.
A. dapatan...terhadap
B. pendapat...dengan
C. pendapatan...kepada
D. kedapatan...pada

13. Seorang penyelia luar dilantik oleh pihak universiti bagi


memantau________penuntut tahun akhir fakulti perubatan.
A. pengajian
B. pengkajian
C. kajian
D. mengkajikan
14. Setelah kematian suaminya, Puan Husna tidak mahu_________rumah pusaka itu
kerana anak-anaknya sudah_________di luar negara.

A. mendiamkan...berdiam
B. berdiam...berhuni
C. mendiami...bermastautin
D. mendiami...mendiang

15. Cerita seram yang disiarkan dalam televisyen itu_________cerita lama tentang
sebuah rumah usang yang tidak________.
A. berlandaskan...berpenghuni
B. berkonsepkan...berpenghuni
C. bertemakan...berpenghuni
D. berjudulkan...berpenghuni

1.A
2.D
3.D
4.D
5.A
6.B
7.C
8.A
9.C
10.C
11.C
12.A
13.B
14.C
15.A

1. Kereta Toyota Vios yang hilang kawalan itu ______ke dalam gaung yang curam
itu.
A. terperosok
B. terbabas
C. Terjunam*
D. tergelincir

2. Encik Ali_________akar pokok ketika berjoging di taman rekreasi.


A. terhantuk
B. terkecur
C. Tersadung*
D. tersentuh

3. Kata-kata yang________daripada mulutnya telah menggores perasaan ibunya.


A. terdetik
B. terdetus
C. terdetak
D. Terpacul*

4. Osman_______apabila namanya dipanggil oleh guru disiplin di perhimpunan.


A. terkejur
B. tercengang
C. tersedak
D. Tersentak*

5. Ibu berasa teramat sedih apabila melihat


abang yang________di atas katil selepas pembedahan kaki di wad kecemasan itu.
A. terlelap
B. terbaring
C. Terlantar*
D. tertidur

6. Adik suka pulang ke kampung untuk melihat sawah padi datuk yang________luas.
A. tertanam
B. terbungkam
C. Terhampar*
D. terlentang

7. Para pelancong mengerumuni kawasan tepi pantai untuk melihat kapal laut
yang________di situ.
A. terletak
B. terbiar
C. terbantut
D. Tersadai*

8. Aiman jatuh_______ketika menuruni anak tangga itu dengan perlahan.


A. tersembam
B. terjerumus
C. Terjelepok*
D. terperosok

9. Kaki Nek Sinah______ke dalam lubang tandas kerana jatuh tergelincir.


A. terhantuk
B. Terjerlus*
C. terjunam
D. terhumban

10. Selepas menamatkan larian merentas desa sejauh lapan kilometer, Afiqah
jatuh______di hadapan khemah rumah sukannya.
A. tertiarap
B. terlentang
C. Terlunjur*
D. Tersembam
1.C
2.C
3.D
4.D
5.C
6.C
7.D
8.C
9.B
10.C
1.Inang permaisuri agong menyatakan bahawa permaisuri masih di dalam kamar tidur
kerana baginda masih belum_________.

A. beradu
B. bersiram
C. bertitah
D. bersemayam

2.Sultan Jamil Abdillah_____________untuk mencemar duli ke upacara pembukaan


perasmian bangunan baharu itu.

A. bertakhta
B. bertitah
C. berkenan
D. bertatah

3.Rakyat dan nakhoda kapal menghadap Sultan Ibrahim di istana ketika baginda
sultan_________ di atas__________.

A. bertakhta...pancapersada
B. bersemayam...tandu
C. beradu...cokmar
D. berarak...panji-panji

4.Petugas istana membawa________yang bertatahkan perak ketika perarakan masuk


Sultan Alauddin Riayat Syah ke balairuang seri.

A. singgahsana
B. tandu
C. ubur-ubur
D. cogan alam

5.Semua masyarakat_________sumbangan yang diberikan oleh baginda ketika


negeri ditimpa bencana.
A. menjunjung tinggi
B. menjunjung duli
C. menjunjung titah
D. menjunjung perintah

6."________telah mendapat perintah daripada________untuk memperketat kawalan


di sempadan kota," kata Temenggung kepada Syah Bandar.
A. hamba...tuan hamba
B. tuan hamba...patik
C. hamba...baginda
D. tuan hamba...patik

7."Adakah_____________berhajat untuk mengikuti_________ke Gunung Ledang?,"


tanya Bendahara kepada Syah Bandar.
A. tuan hamba...tuanku
B. tuanku...tuan hamba
C. hamba...tuan hamba
D. hamba...tuanku

8.Sultanah Aminah memakai________yang bertatahkan emas pada dahi ketika


upacara pertabalan putera baginda.

A. gandik
B. jogar
C. kaus
D. mutiara

9.Tuan Bendahara menyusun sirih dan kapur ke dalam______ emas untuk


dipersembahkan kepada tetamu di istana.

A. jorong
B. jemala
C. junjung
D. puadai

10.Sultan Aminuddin Bakar menaiki_______untuk menghadiri upacara keagamaan di


Istana Kayangan.

A. takhta kerajaan
B. takhta rawan
C. peterana
D. pancapersada

Jawaban Soalan Bahasa Istana Edisi Distingtif


1.B
2.C
3.A
4.D
5.A
6.C
7.A
8.A
9.A
10.B
10 soalan kata nama am

A. merujuk tempat

1.Beberapa orang murid sedang menjalani latihan bola keranjang di________sekolah.

A. padang
B. gelanggang
C. dewan
D. tapak

2. Ukiran yang menarik dan halus pada__________kota itu menarik perhatian para
pengunjung dari dalam dan dari luar negara.

A. gerbang
B. gerigi
C. pasar
D. kedai

3. Puan Hamidah meletakkan beberapa helai daun sirih dan segenggam pinang
di_______sirih untuk diperjamukan kepada tetamu.

A. junjung
B. tapak
C. tepak
D. teratak

4. Pasangan pengantin itu kelihatan amat cocok ketika bersanding di


atas_____pelamin.

A. jinjang
B. junjung
C. jenjang
D. pentas

5. ____yang dibina Pak Ali di tengah-tengah kebun durian itu roboh akibat tiupan
angin kencang beberapa hari yang lalu.

A. astaka
B. dangau
C. gerobok
D. gudang

6. Encik Shamsuddin membeli ubat-ubatan di________pandu lalu semasa anaknya


menghidap demam dan selesema.

A. klinik
B. lorong
C. farmasi
D. perubatan
7. Para pengunjung pasar raya itu menggunakan___kecemasan apabila bahagian
hadapan bangunan itu kebakaran.

A. eskalator
B. lif
C. tangga
D. pintu

8. Ali berasa gayat apabila melalui__________Jalan Pintas Rawang yang tinggi itu
ketika dalam perjalanan ke Cameron Highlands.

A. jejambat
B. jejantas
C. terowong
D. terusan

9. Kanak-kanak__________di SJK(T) Batang Kali akan mengikuti lawatan sambil


belajar ke Zoo Negara.

A. sekolah
B. prasekolah
C. universiti
D. tuisyen

10. Ceramah ketatabahasaan kendalian Cikgu Tan itu diadakan di____________agar


dapat menampung jumlah murid dari seluruh daerah Gombak.

A. makmal
B. bengkel
C. stor
D. auditorium
Kata Nama Am

1. Warganegara yang pulang dari negara luar diminta untuk


menjalani________kesihatan sebelum memasuki negara.
A. Saringan *
B. pemeriksaan
C. ujian
D. rawatan

2. Semua orang dinasihatkan agar mendapatkan khidmat pakar apabila


terdapat_______jangkitan Coronavirus.
A. kesan
B. ciri
C. tanda *
D. punca

3. Angkatan Tentera Malaysia(ATM) bekerjasama dengan pihak polis untuk


mengadakan________jalan raya untuk mengekang pergerakan orang ramai ke sesuatu
tempat.
A. halangan
B. sekatan*
C. rintangan
D. tahanan

4. Semua warganegara diminta untuk mematuhi_________kerajaan demi menghalang


penularan penyakit berjangkit di negara kita.
A. pedoman
B. seruan*
C. desakan
D. suruhan

5. Pesakit yang positif jangkitan Covid-19 dikuarantinkan demi


memutuskan________jangkitan kepada orang lain.
A. aliran
B. kitaran
C. Rantaian*
D. pusingan

6. Kita haruslah duduk di rumah dan mematuhi Perintah Pergerakan Kawalan(PKP)


agar________ketiga jangkitan ini tidak meledak di negara kita.
A. arus
B. Gelombang*
C. medan
D. wahana

7. Pesakit diminta untuk menceritakan perkara sebenar kepada doktor sekiranya


mempunyai sejarah______dengan orang berjangkit sebelum ini.
A. sentuhan
B. geseran
C. hubungan
D. Kontak*

8. Ibu bapa boleh mendapatkan bahan_______yang berkualiti untuk anak-anak


melalui laman sesawang sepanjang musim PKP ini.
A. telahan
B. hafalan
C. Bacaan*
D. taakulan

9. Orang ramai diseru agar berdiri pada_______semeter daripada orang lain ketika
membeli-belah di pasar raya atau di pasar.
A. selang
B. langkah
C. Jarak*
D. langkau

10. Orang ramai dapat melayari laman sesawang rasmi Kementerian Kesihatan
Malaysia(KKM) dari masa ke masa untuk mendapatkan______terkini tentang jumlah
bilangan kes jangkitan ini.
A. tip
B. maklumat
C. pesanan
D. Perangkaan*

1. A
2.C
3.B
4.B
5.C
6.B
7.D
8.C
9.C
10.D

1. Beberapa ekor berterbangan di tepi tasik yang jernih itu.


A. sesumpah
B. pepatung
C. jejentik
D. kekupu
2. Puan Rohana meletakkan di rumahnya untuk membezakan antara ruang tamu
dengan dapur.
A. sesendal
B. kekuda
C. sesekat
D. kekisi

3. Ramai yang tidak tahu bahawa bawang menyimpan makanan di _ nya.


A. bebawang
B. rerambut
C. bebola
D. jejari

4. Encik Anand memasang _ tingkap pada rumah baharunya untuk keselamatan.


A. tetingkap
B. kekuda
C. sesiku
D. kekisi

5. Pada zaman dahulu, __ atau dikenali sebagai kincir angin, digunakan untuk
mengisar gandum.
A. bebaling
B. bebalai
C. bebuluh
D. kekuda

6. Pegawai penyiasat itu gemar memakai kot labuh yang ber_______.


A. kekepuk
B. kekabu
C. tetulang
D. kekisi

7. Aidil merupakan salah seorang _ yang membawa barang hantaran semasa istiadat
peminangan itu.
A. bebalang
B. bebaling
C. jejawat
D. jejari

8. Tukang kayu itu menggergaji papan di atas sebelum dijadikan perabot.


A. tetulang
B. sesiku
C. kekisi
D. kekuda

9. Ayah menggantikan _ di rumah kami dengan yang baru kerana sudah reput.
A. tetulang
B. tetupai
C. tetikus
D. sesiku

10. Kereta sorong itu tidak digunakan lagi kerana nya telah rosak.
A. sesendal
B. sesondol
C. tetulang
D. kekuda

11. Puan Wong berasa sakit hendak melahirkan anak apabila air nya pecah.
A. tetulang
B. pepejal
C. tetuban
D. cecair

12. Kos untuk membina _ di sepanjang pantai itu ditanggung sepenuhnya oleh
kerajaan.
A. tetambak
B. kekuda
C. bebola
D. kekisi

13. Penyanyi itu memakai pada rambutnya sebagai hiasan.


A. gegelang
B. rerambut
C. jejurai
D. bebuli

14. Tumbuh-tumbuhan yang mempunyai akar _ boleh menyimpan air dengan banyak.
A. bebawang
B. rerambut
C. reranting
D. kekabu

15. _ menumpang hidup pada batang tumbuhan yang lain.


A. Sesungut
B. Dedaun
C. Pepohon
D. Dedalu

16. Terdapat sebuah gerai yang menjadi air cendol di bawah pohon _ itu.
A. pepohon
B. jejarum
C. deduit
D. jejawi

17. Hakim memasukkan semua anak kunci pada __ supaya mudah dicari.
A. gegelung
B. sesendal
C. cecincin
D. jejari
18. Kami menenbang pohon di tepi sungai untuk dibuat lemang.
A. pepohon
B. bebuluh
C. kekuda
D. cecawi

19. Ibu menyusun pinggan mangkuk di atas supaya kelihatan kemas.


A. sesendal
B. kekuda
C. lelangit
D. pepara

20. ___ saya berasa pedih setelah makan buah nanas yang masam itu.
A. Lelangit
B. Sesiku
C. Jejentik
D. Jejari

1B
2C
3C
4D
5A
6C
7A
8A
9B
10A
11B
12A
13D
14A
15C
16A
17B
18C
19B
20C

1. Beberapa ekor berterbangan di tepi tasik yang jernih itu.


A. sesumpah
B. pepatung✅
C. jejentik
D. kekupu
2. Puan Rohana meletakkan di rumahnya untuk membezakan antara ruang tamu
dengan dapur.
A. sesendal
B. kekuda
C. sesekat✅
D. kekisi

3. Ramai yang tidak tahu bahawa bawang menyimpan makanan di _ nya.


A. bebawang✅
B. rerambut
C. bebola
D. jejari

4. Encik Anand memasang _ tingkap pada rumah baharunya untuk keselamatan.


A. tetingkap
B. kekuda
C. sesiku
D. kekisi✅

5. Pada zaman dahulu, atau dikenali sebagai kincir angin, digunakan untuk mengisar
gandum.
A. bebaling✅
B. bebalai
C. bebuluh
D. kekuda

6. Pegawai penyiasat itu gemar memakai kot labuh yang ber_____.


A. kekepuk✅
B. kekabu
C. tetulang
D. kekisi

7. Aidil merupakan salah seorang _ yang membawa barang hantaran semasa istiadat
peminangan itu.
A. bebalang
B. bebaling
C. jejawat✅
D. jejari

8. Tukang kayu itu menggergaji papan di atas sebelum dijadikan perabot.


A. tetulang
B. sesiku
C. kekisi
D. kekuda✅

9. Ayah menggantikan _ di rumah kami dengan yang baru kerana sudah reput.
A. tetulang✅
B. tetupai
C. tetikus
D. sesiku

10. Kereta sorong itu tidak digunakan lagi kerana nya telah rosak.
A. sesendal
B. sesondol✅
C. tetulang
D. kekuda

11. Puan Wong berasa sakit hendak melahirkan anak apabila air nya pecah.
A. tetulang
B. pepejal
C. tetuban✅
D. cecair

12. Kos untuk membina _ di sepanjang pantai itu ditanggung sepenuhnya oleh
kerajaan.
A. tetambak✅
B. kekuda
C. bebola
D. kekisi

13. Penyanyi itu memakai pada rambutnya sebagai hiasan.


A. gegelang
B. rerambut
C. jejurai✅
D. bebuli

14. Tumbuh-tumbuhan yang mempunyai akar _ boleh menyimpan air dengan banyak.
A. bebawang✅
B. rerambut
C. reranting
D. kekabu

15. _ menumpang hidup pada batang tumbuhan yang lain.


A. Sesungut
B. Dedaun
C. Pepohon
D. Dedalu✅

16. Terdapat sebuah gerai yang menjadi air cendol di bawah pohon _ itu.
A. pepohon
B. jejarum
C. deduit
D. jejawi✅

17. Hakim memasukkan semua anak kunci pada supaya mudah dicari.
A. gegelung
B. sesendal
C. cecincin✅
D. jejari
18. Kami menebang pohon di tepi sungai untuk dibuat lemang.
A. pepohon
B. bebuluh✅
C. kekuda
D. cecawi

19. Ibu menyusun pinggan mangkuk di atas supaya kelihatan kemas.


A. sesendal
B. kekuda
C. lelangit
D. pepara✅

20. _ saya berasa pedih setelah makan buah nanas yang masam itu.
A. Lelangit✅
B. Sesiku
C. Jejentik
D. Jejari

Latihan Kata Kerja Edisi 2

1 Cikgu Mat______________slaid nota yang berwarna-warni ketika bersiaran


langsung dalam laman Facebook.
A menyiarkan
B menyuakan
C memaparkan*
D menonjolkan

2 Cik Kamsiah________para tamu yang hadir ke majlis pertunangan anak sulungnya


dengan beberapa hidangan tradisi.

A menjamah
B menjamu*
C mencekut
D mencecah

3 Pak Jiji __beberapa keping papan agar kelihatan licin sebelum membuat gerobok
pakaian yang ditempah pelanggannya.

A menggergaji
B membanting
C menggeser
D mengetam*

4 Abang Lee________buku sampel karangan itu


dengan rakan-rakannya di bilik bacaan.

A mengamati*
B menukangi
C menekuni
D menuruti

5 Nakhoda kapal mengarahkan anak kapalnya supaya_______sauh kerana kapal itu


akan memulakan perjalanan sebentar lagi.

A membongkar*
B menyelongkar
C menyelinar
D melabuhkan

6 Peragut itu______rantai emas di leher wanita tua dalam sekelip mata.

A mengelar
B memangkas
C meretas
D merenggut*

7 Ular sawa batik itu_______seorang penoreh getah yang pergi ke kebunnya pada
awal pagi.

A mencium
B melapah
C menyiat
D melulur*

10 soalan kata adjektif diberikan di bawah ini.

1 Puan Hasnah membuang pinggan seramik yang________itu kerana dapat


mengakibatkan kecederaan.
A tajam
B tumpul
C rapuh
D rompes

2 Nasi yang ditanak kakak menjadi ___kerana kelebihan air.


A hangit
B tengik
C lembap
D benyek

3 Buah pisang yang masih dalam keadaan ___tidak enak dibuat pisang rendang.
A ranum
B mengkal
C kelat
D kontot

4 Bunga raya yang______pada waktu pagi mampu menenangkan emosi seseorang.


A tegar
B tegap
C kekar
D kuncup

5 Wajahnya kelihatan_________selepas dimarahi ibu kerana gagal memperoleh


keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.
A kuyu
B masyghul
C gusar
D terang

6 Badan Haznin kelihatan______kerana dia kurang bersenam sejak bekerja di syarikat


itu.
A tambun
B bulat
C ramping
D kurus

7 Berat badan Aini semakin_______setelah menjalani pembedahan itu.


A surut
B susut
C singkat
D kurang

8 Kemarahan terhadap anak tunggalnya semakin ____ setelah Pak Atan mengetahui
perkara sebenar.
A suram
B surut
C suam
D susut

9 Air Sungai Klang kelihatan _akibat hujan lebat beberapa hari yang lalu.
A pekat
B likat
C cetek
D dangkal

10 Ubi kayu itu masih_____walaupun telah direbus selama 30 minit.


A empuk
B liat
C mangkar
D lembut

Paparan Jawaban
1.D
2.D
3.B
4.C
5.A
6.A
7.B
8.B
9.B
10.C

KATA BANTU

1 Irdiana________dipilih sebagai olahragawati sekolah pada tahun 2018.

A masih
B pernah
C belum
D dapat

2 Irman_______menelaah pelajaran meskipun hari sudah larut malam.

A masih pernah
B masih sedang
C akan dapat
D belum dapat

3 Aisyah_______melawat Kellie's Castle yang terletak di Perak walaupun


berkesempatan untuk melawatnya pada tahun lalu.

A sedang pernah
B masih pernah
C telah pernah
D belum pernah

4 Mansur_____melayakkan diri ke pusingan akhir pertandingan itu jika melepasi dua


pusingan saringan ini.

A telah dapat
B belum dapat
C akan dapat
D pernah dapat

5 Kita_______memperolehmaklumat tentang bilangan kes berjangkit melalui laman


sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

A harus
B mesti
C dapat
D boleh

KATA GANDA SEPARA

1 Encik Harun membersihkan sarang_____di stor rumahnya.

A lelabah
B pepijat
C rerama
D bebiri

2 Pengguna komputer riba haruslah memastikan jarak yang selamat antara mata
dengan_______peranti itu agar keselamatan mata mereka terpelihara.

A tetingkap
B tetikus
C tetangga
D tetampan
3 Para murid diminta untuk menggunakan______ketika mahu melintas jalan yang
sibuk itu.

A tetambak
B jejantas
C jejambat
D jejari

4 Deodoran dalam botol berbentuk_______itu dibelikan untuk abang.

A bebuas
B bebaru
C bebola
D bebuli

5 Cikgu Faris memberitahu murid bahawa mereka dapat melihat_____ serangga


dengan jelasnya di bawah kanta mikroskop.

A lelayang
B lelabi
C sesungut
D rerambut

KATA GANDA BERENTAK

1 Peperangan yang berlaku antara kedua-dua buah negara itu telah mengakibatkan
keadaan___________di negara tersebut.

A huru-hara
B hiruk-pikuk
C porak-peranda
D riuh-rendah

2 Badan beberapa orang peserta kembara hutan itu kelihatan_______kerana terpaksa


meredah kawasan semak samun ketika ekspedisi itu.

A kusut-masai
B compang-camping
C calar-balar
D comot-momot

3
Puan Seetha________di ruang tamu kerana anaknya masih belum pulang ke rumah.

A ulang-alik
B bolak-balik
C mundar-mandir
D lalu-lalang
4
Halimah dimarahi oleh guru kerana tulisannya masih_______walaupun sudah ditegur
beberapa kali.

A lintang-pukang
B incang-incut
C herot-berot
D keluh-kesah

Soalan Peribahasa

1 Syamsuddin berasa______apabila mendengar khabar angin tentang dirinya


diceritakan oleh rakan karibnya kepada orang lain.

A iri hati
B jatuh hati
C jauh hati
D berat hati

2 Aiman tidak terpilih untuk mewakili sekolah dalam perlawanan bola sepak kerana
dia____________.

A kaki ayam
B kaki botol
C kaki bangku
D kaki judi

3 Encik Harun sentiasa mengambil berat tentang kebajikan _____ di bawah


bimbingannya.

A anak dagang
B anak emas
C anak buah
D anak angkat

4 Walaupun sudah beberapa kali ditegur, Hanidah masih _____untuk mematuhi


nasihat ibunya itu.

A hati batu
B hati kaudu
C hati mati
D hati muda

5 Suresh dianggap seorang yang_______kerana dia dapat memahami sesuatu


pembelajaran dengan mudahnya.

A kecut hati
B kata hati
C terang hati
D makan hati

6 Pertolongan yang diberikan oleh Hanisah ketika Lee ditimpa masalah kewangan
tidak dibalas oleh Lee apabila Hanisah memohon bantuan daripadanya beberapa bulan
yang lalu.

Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah

A seperti anjing menyalak bukit


B seperti anjing mengonggong tulang
C seperti anjing dengan kucing
D seperti melepaskan anjing tersepit

7 Fikri dipilih sebagai pengerusi persatuan bahasa Melayu kerana tiada calon yang
bertanding untuk jawatan tersebut.

Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah


A seperti tikus membaiki labu
B seperti tikus jatuh ke beras
C seperti labu ditebuk tikus
D marahkan tikus, lengkiang dibakar

8 Semua murid didenda oleh Cikgu Guna meskipun hanya dua orang murid berbuat
bising di dalam kelasnya.

Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas adalah seperti

A ikan kena tuba


B ikan pulang ke lumpur
C ikan seekor rosakkan ikan setajau
D ada air adalah ikan

9 Walaupun dilahirkan dalam keluarga berada, Tengku Farisha terpaksa mengikuti


resam dan budaya keluarganya pada setiap masa.

Peribahasa yang sesuai dengan situasi di atas ialah

A burung terbang dipipiskan lada


B harapkan burung terbang tinggi, punai di tangan dilepaskan
C ibarat burung, mata lepas badan terkurung
D kuat burung kerana sayap

10 Laluan ke rumah pengantin perempuan bersilang-siur dan berliku-liku


seperti______.

A ular kena palu


B ular menyusur akar tiada akan hilang bisanya
C sudah tampak kaki ular
D sekerat ular, sekerat belut

8 soalan kata kerja tak transitif


(EDISI DISTINGTIF)

1. Pemuda yang_______pepat itu ialah abang sulung saya.


A. berkumis
B. bertocang
C. berbaju
D. berkain

2. Semut dan lalat_______pada titisan air gula di atas meja makan itu.
A. berkerubung
B. berkumpul
C. berjumpa
D. bersidang

3. Hamidah senantiasa________sejak ibu bapanya meninggal dunia dalam


kemalangan jalan raya pada bulan lalu.
A. tersedak
B. tersentap
C. terkesima
D. terpegun

4. Adriana dan kawan-kawannya __seketika apabila melihat guru disiplin mereka


tercegat di muka pintu kelas.
A. terjerlus
B. terhumban
C. terpempan
D. terpampang

5. Angkatan Tentera Malaysia ___dengan pasukan polis untuk menjalankan sekatan


jalan raya di seluruh negara.
A. berkongkalikung
B. berkolaborasi
C. berkolaboratif
D. bercangkaliwang

6. Kereta api itu masih belum_______ketika kami tiba di stesen.


A. beralih
B. bergerak
C. bertolak
D. belayar

7. Nanah pada lututnya__keluar apabila doktor memicit bahagian lututnya yang


tercedera itu.
A. terkucil
B. terkecai
C. tersimbah
D. terhambur

8.Kapal tangki yang belayar di Lautan Pasifik itu __dipukul ombak.


A. terkuak
B. terkulai
C. terkual
D. Terkesan
Koleksi 25 latihan distingtif pelbagai golongan kata

Garisi pilihan jawaban yang paling tepat.

1 Kanak-kanak itu berlari__untuk mendapatkan


ibunya.
(terhegeh-hegeh/terkedek-kedek)
2 Sampan yang tertambat pada tunggul kayu itu______dipukul ombak.
(tercapik-capik/terolang-aling)

3 Peserta lumba lari itu berjalan_______selepas kakinya tersadung pada akar pokok.
(terincut-incut/terhuyung-hayang)

4 Azri kelihatan_________untuk mencapai dahan pokok itu ketika mahu


menyelamatkan rakannya yang lemas itu.
(tertarik-tarik/terkapai-kapai)

5 Setelah menamatkan larian maraton, Siva kelihatan______dan penat amat.


(terhungap-hungap/terhendap-hendap)

6 Beberapa orang remaja di kawasan itu bercadang untuk membersihkan sampah


sarap yang_____di permulaan sungai itu.
(terkinjak-kinjak/terjumbul-jumbul)

7 Cat pada bangunan lama itu kelihatan_______


kerana tidak tahan panas.
(luntur/lekang)

8 Ibu membuang mangkuk seramik yang______


itu kerana dapat mengakibatkan kecederaan.
(lancip/sumbing)

9 Pakaian yang___itu digunakan oleh Pak Ali ketika pergi ke kebun getah.
(usang/lusuh)

10 Langsir rumah Puan Jaya kelihatan_________


kerana masih belum berjahit pada bahagian bawah.
(singkat/labuh)

11 Mi goreng yang disediakan ibu semalam sudah______.


(busuk/basi)

12 Badan Faezah berbau_______________selepas menamatkan latihan bola jaring di


sekolahnya.
(hanyir/hamis)

13 Maklumat yang diperoleh____________laman sesawang perlu diperiksa


kesahihannya sebelum disebarkan kepada orang lain.
(dari/daripada)

14 Sepasang baju kebaya dibelikan oleh Aisyah


____ibunya di kampung.
(bagi/untuk)

15 Punca pendapatan Pak Shahir bergantung


_hasil laut yang ditangkapnya pada setiap hari.
(kepada/pada)

16 Tindakan undang-undang akan diambil____


orang ramai yang tidak mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan(PKP).
(kepada/terhadap)

17 Kita haruslah berbelanja secara berhemat ____tidak berlaku kesempitan wang pada
hujung bulan.
(untuk/supaya)

18 Dengan ini dimaklumkan__Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) fasa kedua telah


bermula pada 1 April 2020 secara rasminya.
(yang/bahawa)

19 Mak Kiah____baju abang yang koyak dengan secebis kain yang berwarna hijau.
(menjahit/menampal)

20 Beberapa ekor angsa kelihatan____makanan


di dalam bekas itu.
(menyudu/memagut)

21 Ibu_________bawang cina itu untuk membuat jemput-jemput.


(mencencang/memayang)

22 Kontraktor itu_______cat pada dinding rumah sebelum menampal lubang-lubang


dengan simen.
(mengikir/mengikis)

23 Gadis yang comel itu_______senyuman yang manis apabila melihat Cikgu Azizi.
(melakar/mengukir)

24 Puan Hamidun tidak____kenyataan bahawa masalah itu berpunca daripada


kelalaian pihak pengurusan pejabat.
(menyangga/menyangkal)

25 Lee____tanah setelah menanam tin-tin dan tayar terpakai di lubang itu.


(mengorek/menimbus)

Anda mungkin juga menyukai