Latihan Topikal Sains f1

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 32

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA SAINS

1. (a) Syahid mempunyai tiga jenis termometer seperti yang ditunjukkan dalam rajah

di bawah. Namakan termometer klinik atau termometer makmal dalam petak

yang disediakan.

(i) (ii) (iii)


i)

(i) (ii) (iii)

(3 markah)

(b) Padankan situasi yang melibatkan pengukuran suhu dengan jenis termometer

yang betul.

SITUASI JENIS TERMOMETER

(i) Suhu air mendidih Termometer makmal

(ii) Suhu di dalam makmal Termometer klinik

(iii) Suhu badan manusia


(3 markah)
2 Rajah di bawah menunjukkan label pada tiga botol reagen.

P Q R

(a) Tuliskan P, Q dan R di dalam petak yang disediakan untuk memadankan


simbol pada botol reagen dengan contoh yang diberi.

i. Asid Sulfurik pekat, Kalium Hidroksida pekat

ii. Gas Hidrogen, Gas Butana

iii. Alkohol, Aseton

(3 markah)

(b) Ramesh menemani neneknya ke hospital. Dia ternampak tanda seperti yang
ditunjukkan dalam rajah di bawah pada satu pintu.

Anda adalah seorang doktor pelatih di hospital tersebut. Terangkan kepada

Ramesh dan neneknya tentang simbol itu.

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

_______________________________________________________________

(3 markah)
3. (a) Alat radas L dan M dalam rajah di bawah digunakan oleh pelajar untuk membuat

pengukuran di dalam makmal sains.

L M

(i) Apakah perbezaan antara kedua-dua alat itu?

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

(2 markah)

(ii) Apabila alat M digunakan di kutub utara untuk membuat pengukuran, didapati

nilainya berbeza dengan pengukuran di kawasan khatulistiwa. Berikan alasan

anda.

_________________________________________________________________

_________________________________________________________________

(2 markah)

(iii) Daya graviti bulan adalah satu perenam daripada daya graviti bumi. Suatu

objek dengan berat 600N di bumi adalah berukuran _____________ di bulan.

(1 markah)
(b) Nyatakan samada pernyataan di bawah adalah jisim atau berat pada ruangan yang

disediakan.

i. Berubah-ubah mengikut tempat

ii. Tidak dipengaruhi oleh daya tarikan graviti

iii. Kilogram

iv. Newton

v. Dipengaruhi oleh daya tarikan graviti

(5 markah)
BAB 2 : SEL SEBAGAI UNIT ASAS HIDUPAN

1.

Penyataan Langkah
Kikis bahagian dalam pipi dengan pencungkil gigi. P
Tambah setitik larutan metilena biru. Q
Perhatikan sel pipi di bawah mikroskop. R
Serap larutan berlebihan di sekeliling penutup kaca dengan kertas S
turas.

Letakkan sel pipi di atas sekeping slaid di dalam titisan air suling. T

Gunakan jarum untuk menurunkan penutup kaca ke atas sel pipi. U

(a) Susunkan langkah langkah berikut mengikut urutan yang betul. Tuliskan huruf
yang betul dalam petak yang disediakan.

(2 markah)

(b) Nyatakan fungsi larutan metilena biru.


___________________________________________________________________
(1 markah)

(c) Jadual di bawah menunjukkan tiga struktur sel, P, Q dan R dalam sel haiwan dan sel
tumbuhan serta fungsinya.

Struktur Tempat proses kimia Mengekalkan bentuk


Mengawal aktiviti sel
sel berlaku sel
P X X
Q X X
R X X
Daripada jadual di atas, kenal pasti struktur-struktur sel P, Q dan R bagi sel haiwan dan
tumbuhan ini.
P : ___________________________
Q : ___________________________
R : ___________________________
(3 markah)

2. (a) Apakah yang dimaksudkan dengan mikroorganisma?


_______________________________________________________________
(1 markah)

(b) Ahmad memerhatikan pelbagai gambar organisma di dalam ensikopledia sains.

(i) Berdasarkan gambar di atas, bagaimanakah pengelasan mikroorganisma ini boleh


dibuat?
______________________________________________________________________
_____________________________________________________________________
(1 markah)
(ii) Nyatakan ciri organisma X dan organisma Y.
X : ________________________________________________________________
Y : ________________________________________________________________
(2 markah)

(iii) Berikan satu contoh lain bagi organisma X dan organisma Y.


X : ________________________________________________________________
Y : ________________________________________________________________
(2 markah)

3. (a) Hazmi telah memerhatikan empat jenis sel A, B, C dan D di bawah mikroskop.
Pemerhatian direkodkan dalam jadual di bawah.

Sel
Komponen sel
A B C D
Kloroplas Ada Tiada Tiada Ada
Dinding sel Ada Tiada Ada Tiada
Membran sel Ada Ada Ada Ada
Nukleus Ada Ada Ada Ada

(i) Sel yang manakah merupakan sel haiwan? Terangkan jawapan anda.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(2 markah)

(ii) Terdapat membran sel dalam sel tumbuhan dan sel haiwan. Pada pendapat anda,
apakah yang akan terjadi kepada sel sekiranya membran sel dikeluarkan daripada sel.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(1 markah)
(b) Manusia merupakan organism multisel yang kompleks kerana mempunyai pelbagai
jenis sel yang diorganisasi kepada sel, tisu, organ dan sistem.

Berdasarkan organisasi sel manusia yang diberikan:

(i) Nyatakan dua organ lain selain daripada organ yang ditunjukkan dalam rajah di atas
untuk membentuk sistem pencernaan. Nyatakan fungsi sistem ini dalam badan
manusia.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(3 markah)

(c) Setiap sistem dalam tubuh manusia perlu dijaga dengan berhati-hati supaya proses
kehidupan manusia tidak terganggu dan manusia dapat meneruskan kelangsungan
hidup dengan baik. Terangkan langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan
sistem di dalam badan kekal sihat.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(4 markah)
BAB 3 : JIRIM

1 (a) Rajah di bawah menunjukkan susunan zarah-zarah dalam tiga bahan P, Q dan R.

P Q R

Labelkan P, Q dan R dengan menggunakan perkataan yang diberikan di bawah

Oksigen Air Ais

(3 markah)
(b) Padankan keadaan jirim dengan cirinya yang sesuai.

SIFAT KEADAAN JIRIM

i. Mengikut bentuk dan isipadu bekas Pepejal

ii. Bergerak secara rawak Cecair

iii. Zarah-zarahnya hanya bergetar Gas

(3 markah)

2. Syazwani menjalankan satu aktiviti seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah

(a) Syazwani mendapati bahawa kapas itu tidak basah. Terangkan mengapa?.

________________________________________________________________

________________________________________________________________

(2 markah)
(b) Syahmi pula menjalankan satu lagi aktiviti seperti yang ditunjukkan dalam rajah
di bawah

Nyatakan pemerhatian anda apabila udara dipam ke dalam belon

_________________________________________________________________

(1 markah)

(c) Berdasarkan aktiviti yang dilakukan oleh Syazwani dan Syahmi, tuliskan
kesimpulan tentang ciri udara.
_________________________________________________________________
(1 markah)
(d) Adakah udara adalah jirim? Terangkan jawapan anda.
_________________________________________________________________

(2 markah)
3. (a) Indra membuat perbandingan antara ketumpatan air, ais dan minyak masak.

Rajah (X) di bawah menunjukkan kedudukan ketulan ais apabila dimasukkan ke

dalam bikar yang mengandungi minyak masak. Rajah (Y) menunjukkan

kedudukan ketulan ais apabila ia mula cair.

Ais

Minyak Ais mula cair Minyak


masak
Masak

Rajah X Rajah Y

(i). Bandingkan ketumpatan ketulan ais dan minyak masak

__________________________________________________________________

(1 markah)

(ii). Terangkan pemerhatian anda pada rajah Y

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

__________________________________________________________________

(3 markah)
(iii). Lukiskan apa yang boleh diperhatikan pada akhir aktiviti iaitu apabila semua ais

telah cair.

(3 markah)

(b) Rajah di bawah menunjukkan satu aktiviti untuk membandingkan bahan W, X dan

Y. Setiap bahan itu mempunyai isipadu yang sama.

W X Y

X W

Nyatakan ketumpatan bagi bahan W, X dan Y menggunakan maklumat di bawah

0.9 gcm-3 1.4 gcm-3 2.0 g cm-3


Bahan Ketumpatan

(3 markah)
BAB 4 : KEPELBAGAIAN SUMBER DI BUMI

1. (a) Bumi mengandungi berbagai-bagai sumber yang penting untuk menyokong


kesinambungan hidupan. Nyatakan sumber di bumi seperti yang digambarkan oleh pernyataan
berikut :-

i). Mengandungi air, udara, humus dan bahan

mineral yang penting untuk kehidupan.

ii).Terdiri daripada campuran gas seperti oksigen,

nitrogen, karbon dioksida, gas nadir dan wap air.

iii). Membekalkan makanan, pakaian, bahan api

dan bahan binaan kepada manusia.

iv). Diperlukan untuk membolehkan sistem-sistem

dalam badan manusia, haiwan dan tumbuhan

berfungsi dengan baik.


(4 markah)

( b) Ramalkan kehidupan manusia sekiranya sumber-sumber asas yang dinyatakan di atas


tiada atau kehabisan.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
(2 markah)
2. (a) Berdasarkan rajah di bawah, nyatakan sama ada bahan X, Y dan Z adalah unsur,

sebatian atau campuran.

X : Y : Z :

(3 markah)

(b) Padankan bahan-bahan berikut dengan komposisinya.

Bahan Komposisi

Terdiri daripada dua atau lebih unsur


X yang bergabung secara fizikal

Y Terdiri daripada satu jenis zarah sahaja.

Z Terdiri daripada dua atau lebih unsur


yang bergabung secara kimia

(3 markah)
3. Baca petikan yang berikut

Unsur ialah bahan yang paling ringkas dan tidak boleh diuraikan secara kimia kepada dua
atau lebih bahan yang lebih ringkas lagi. Unsur-unsur yang terdapat di bumi boleh
dikelaskan kepada dua iaitu unsur logam dan bukan logam.

Secara tradisional, logam mempunyai sifat-sifat fizikal tertentu: Ia biasanya berkilau,


mempunyai ketumpatan tinggi, adalah mulur dan mudah ditempa, biasanya mempunyai
takat lebur dan takat didih yang tinggi, biasanya keras serta dapat mengalirkan elektrik dan
haba. Akan tetapi ini sebahagian besarnya kerana logam-logam yang mempunyai
ketumpatan rendah, lembut dan mempunyai titik lebur rendah adalah juga reaktif, dan kita
jarang sekali menemui logam-logam jenis ini dalam bentuk unsur kelogamannya. Logam
mengalirkan bunyi dengan sangat baik.

Logam yang merupakan pengalir elektrik, unsur bukan logam biasanya bersifat
penebat atau separa pengalir. Unsur bukan logam juga mempunyai permukaan
yang pudar, bersifat rapuh dan tidak boleh ditempa. Manakala dari segi takat didih
dan takat leburnya pula, unsur bukan logam mempunyai takat suhu yang lebih
rendah berbanding unsur logam.
(a) Berdasarkan petikan di atas, lengkapkan jadual untuk menunjukkan empat
perbezaan antara unsur logam dan bukan logam.

Ciri-ciri Logam Ciri-ciri Bukan Logam

(4 markah)

(b) Ahmad ingin menjalankan satu eksperimen untuk mengkaji sifat kekonduksian
elektrik bagi objek X dan objek Y menggunakan susunan radas seperti di bawah.
Ahmad mendapati mentol menyala apabila objek X digunakan tetapi mentol tidak
menyala apabila dia mengulangi eksperimen menggunakan objek Y.

(i) Nyatakan satu sebab bagi pemerhatian tersebut.

____________________________________________________________________
(1 markah)

(ii) Berdasarkan pemerhatian di atas, nyatakan sama ada objek X dan objek Y adalah
logam atau bukan logam.

Objek X : ______________________________

Objek Y : ______________________________.

(1 markah)

(iii) Cadangkan satu contoh yang mungkin bagi objek X dan objek Y.

Objek X : ______________________________

Objek Y :______________________________

(2 markah)

(iv) Ahmad kemudiannya teringin membuat sebilah pisau menggunakan objek yang
diujinya tadi, objek manakah yang patut Ahmad pilih? Wajarkan jawapan anda.

______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
(2 markah)
BAB 5 : UDARA DI SEKELILING KITA

1. Ujian berikut dijalankan untuk menentukan sifat-sifat oksigen. Lengkapkan


pemerhatian dan kesimpulan untuk ujian tersebut.

Ujian Pemerhatian Kesimpulan


(a) Keterlarutan Aras air naik sedikit. Oksigen larut sedikit
di dalam air di dalam air.

(b) Keterlarutan Larutan natrium hidroksida di Oksigen tidak larut


di dalam dalam tabung uji __________ di dalam larutan
larutan natrium ________________________. natrium hidroksida.
hidroksida

(c) Kesan Kayu uji berbara __________ Oksigen


terhadap kayu _________________
uji berbara pembakaran.

(d) Kesan Kayu uji bernyala _________ Oksigen


terhadap kayu ________________________. _________________
uji bernyala pembakaran.

(e) Kesan Warna kertas litmus merah Oksigen adalah


terhadap kertas dan biru _________________. ___________.
litmus lembap

(f) Kesan Warna penunjuk bikarbonat Oksigen adalah


terhadap ________________________. ___________.
penunjuk
bikarbonat

(g) Kesan Air kapur ________________. Oksigen tidak


terhadap air mempunyai kesan
kapur terhadap air kapur.

(10 markah)
2. Ujian berikut dijalankan untuk menentukan sifat-sifat karbon dioksida. Lengkapkan
pemerhatian dan kesimpulan untuk ujian tersebut.

Ujian Pemerhatian Kesimpulan


(a) Keterlarutan di Aras air naik lebih tinggi Karbon dioksida
dalam air. sedikit berbanding lebih larut di dalam
oksigen. air berbanding
oksigen.
(b) Keterlarutan di Larutan natrium Karbon dioksida
dalam larutan hidroksida sangat larut di
natrium __________________ dalam larutan
hidroksida
di dalam tabung uji. natrium hidroksida.
(c) Kesan terhadap Kayu uji berbara Karbon dioksida
kayu uji berbara __________. ________________
(d) Kesan terhadap Kayu uji bernyala padam. Karbon dioksida
kayu uji tidak menyokong
bernyala pembakaran.
(e) Kesan terhadap Warna kertas litmus biru Karbon dioksida
kertas litmus bertukar adalah
lembap _________________. _______________
(f) Kesan terhadap Warna penunjuk Karbon dioksida
penunjuk bikarbonat berubah adalah berasid.
bikarbonat daripada
_____________________
(g) Kesan terhadap Air kapur menjadi keruh. Air kapur + karbon
air kapur dioksida
kalsium karbonat
+ air
(6 markah)
3. Lengkapkan jadual di bawah untuk membezakan komposisi dalam udara sedutan
dan udara hembusan.

Udara Sedutan Perbezaan


Komposisi Udara Hembusan

Karbon _______________
(a) 0.03 % dioksida

Oksigen _______________
(b) _______________

Wap air _______________


(c) Berubah

Haba _______________
(d) _______________

(6 markah)
BAB 6 : SUMBER TENAGA

1. (a) Tandakan () bagi sumber tenaga yang boleh diperbaharui

i Biojisim

ii Angin

iii Petroleum

(2 markah)

(b) Bahan api fosil adalah merupakan sejenis sumber tenaga yang tidak boleh
diperbaharui. Senaraikan 2 contoh bahan yang dikelaskan sebagai bahan api fosil.

ii

(2 markah)

(c) Terdapat 2 jenis sumber tenaga iaitu sumber tenaga yang boleh diperbaharui dan
sumber tenaga yang tidak boleh diperbaharui. Kelaskan sumber-sumber tenaga
berikut dalam kumpulan yang betul.

i Geoterma

ii Uranium

(2 markah)
2. Rajah di bawah menunjukkan seorang budak lelaki sedang bermain buaian.

(a) Namakan bentuk tenaga yang berlaku di kedudukan

(2 markah)

(b) Nyatakan kedudukan P, Q atau R di buaian itu dengan;


i Tenaga keupayaan sifar

ii Tenaga kinetik sifar

(2 markah)
(c) Tuliskan perubahan bentuk tenaga yang berlaku pada situasi di atas.

(2 markah)

3. (a) Rajah di bawah menunjukkan sumber-sumber yang terdapat di Bumi.

O
N Bahan api fosil

Mineral

M
L

Berdasarkan pernyataan di bawah,kenalpasti sumber-sumber yang bertanda L, M, N


dan O.

i L mengandungi mineral dan mikroorganisma untuk


pertumbuhan tumbuhan.Ia merupakan habitat semulajadi
bagi pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan

ii M mengandungi gas-gas yang berguna kepada benda hidup


untuk menjalankan proses kehidupan seperti fotosintesis
dan respirasi
iii N merupakan 70% kandungan badan kita dan sangat
penting untuk hidup

iv O terdiri daripada flora dan fauna.Ia membekalkan


makanan,bahan api,bahan untuk membuat pakaian dan
bahan binaan

(4 markah)

(b) Pemeliharaan dan pemuliharaan sumber adalah penting untuk memastikan


sumber sumber ini boleh bertahan untuk tempoh masa yang lama.Terangkan
beberapa langkah yang boleh dilaksanakan untuk pemeliharaan dan
pemuliharaan sumber itu.

________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
________________________________________________________________
(4 markah)

(c) Nyatakan sumber tenaga utama di bumi.

________________________________________________________________________

(1 markah)

(d) Berikan satu contoh bahan api fosil

________________________________________________________________________

(1 markah)
BAB 7 : HABA

1. Penggera kebakaran mengandungi jalur dwilogam besi dan loyang yang


disambungkan ke loceng penggera.

(a) (i) Nyatakan komponen P dalam rajah di atas.

(1 markah)

Rajah di bawah menunjukkan dua keadaan jalur dwilogam pada suhu bilik
dan apabila dipanaskan.

Suhu Bilik Apabila dipanskan


(ii) Nyatakan sama ada proses yang berlaku pada jalur dwilogam itu adalah
Pengembangan atau Pengecutan jirim dalam kotak di bawah.
Pada suhu bilik : _________________

Apabila dipanaskan : _________________


(2 markah)

(b) Terangkan bagaimana sistem penggera kebakaran berfungsi apabila


berlakunya kebakaran.

(3 markah)

2. Rajah di bawah menunjukkan sebiji kek yang sedang dibakar di dalam ketuhar.

(a) Terangkan bagaimana haba dipindahkan melalui proses perolakan daripada


rod pemanas ke kek.

(3 markah)
(b) Dulang logam membantu kek dimasak melalui pemindahan haba ke dalam
kek. Apakah kaedah pemindahan haba melalui dulang logam?

(1 markah)

(c) Apabila kek dikeluarkan daripada ketuhar, haba daripada kek terbebas ke
udara secara perlahan-lahan. Cadangkan dua faktor yang akan
mempengaruhi kadar pembebasan haba ke udara.
______________________________________________________________

(2 markah)

3. Suatu eksperimen dijalankan untuk menunjukkan permukaan hitam dan pudar


merupakan penyerap haba yang lebih baik daripada putih dan berkilat.

Radas disediakan seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah.


Penunu Bunsen dinyalakan dan nyalaan penunu dibalut dengan kasa
dawai.
Jam randik dimulakan.
Bacaan termometer direkodkan setiap 2 minit selama 10 minit.
Jadual di bawah menunjukkan keputusan eksperimen.

Tin Masa (min)/Suhu (celcius)

0 2 4 6 8 10
Permukaan 30C 38 48 54 60 70C
pudar, hitam

Permukaan 30C 34 40 42 48 55C


berkilat, putih

(a) Lengkapkan pernyataan di bawah.


Bacaan suhu termometer mewakili suhu __________________ di dalam tin.

(1 markah)

(b) Selain termometer, apakah alat lain yan boleh digunakan untuk merekodkan
suhu? Terangkan satu kelebihan alat itu.

(2 markah)
(c) Lukis dan labelkan dua garisan yang berbeza bagi keputusan eksperimen di
dalam kertas graf yang sama.

(ii) Daripada graf yang telah dilukis, terangkan perbezaan suhu dalam kedua-
dua tin dalam tempoh 10 minit.

(2 markah)
(d) Rajah di bawah menunjukkan dua loyang yang berlainan warna. Jika anda
merupakan seorang pembuat kek, loyang yang manakah sesuai digunakan
untuk membakar kek dengan lebih cepat? Wajarkah pendapat anda
menggunakan hasil dapatan daripada kajian yang dijalankan di (c).

(2 markah)

Anda mungkin juga menyukai