Teks Doa Harian

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 1

DOA PENUTUP PERHIMPUNAN

Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami
panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah
kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati
kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para
guru-guru kami yang kami kasihi.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan
menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah
kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.

Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru
kami, pemimpin-pemimpin kami, warga-warga Madrasah Tahfiz Al Iman terus beristiqamah
berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama serta
menjadi huffaz yang berjaya dijalan-Mu.

Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan
rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

Anda mungkin juga menyukai