Doa Disiplin

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 1

Ya Allah Ya Tuhan Kami

Kami panjatkan rasa kesyukuran kami kepada-Mu kerana dengan izinMu kami
dapat sama-sama berada di sini pada pagi yang indah ini demi menjayakan
Program Jom Ke Sekolah dan bulan sahsiah disiplin murid, peringkat Sekolah
Kebangsaan Sri Adika Raja, bagi tahun 2017

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini dengan satu


tujuan, iaitu mendidik dan membimbing anak anak didik kami bagi
mengembangkan potensi mereka dalam kecemerlangan hidup bahagia dunia
dan akhirat. Justeru itu hadirkanlah dalam hati-hati anak anak didik kami ini,
rasa seronok, rasa cinta dan rasa rindu untuk berada di sekolah khususnya
sekolah ini.
Berkati dan rahmatilah majlis kami ini. Kurniakanlah kepada kami ilmu-Mu Ya
Allah.Sinarilah hati-hati anak anak didik kami dengan cahaya akhlak sahsiah
terpuji dan hidayah-Mu. Semoga dengannya anak anak didik kami mudah
menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Allah , Ya Hayyu Ya Qayyum ,


Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami
dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan
sempurnakanlah keindahan diri kami dengan kesihatan.

Ya Allah , Ya Faarijal Hammi wa Ya Kaashifal Ghammi ,


Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini
akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati,
sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang gemilang dalam aspek akademik
mahupun kokurikulum serta berjaya di dunia mahupun di akhirat .

Anda mungkin juga menyukai