Health System Research

Unduh sebagai pdf atau txt
Unduh sebagai pdf atau txt
Anda di halaman 1dari 13

BAB 1

PENGENALAN

1.0 PENGENALAN
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
Hipertensi atau tekanan darah tinggi didefinisikan sebagai peningkatan tekanan
darah yang melebihi bacaan normal dan ia juga adalah penyakit dalam diam yang
mengakibatkan banyak komplikasi dan juga kematian jika tidak dirawat. Di Malaysia,
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan III menunjukkan peratus kejadian penyakit
ini adalah 32.3%. Komplikasi-komplikasi tekanan darah tinggi akan menyebabkan
tekanan ke atas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan
mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa
cepat tekanan darah meningkat. (MOH, 2012)

Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Institut Hati, Paru-paru dan Darah
Kebangsaan Amerika Syarikat (US NHLBI) menunjukkan lebih 65 juta atau satu
daripada setiap tiga orang dewasa di Amerika Syarikat menghidap tekanan darah tinggi,
sementara 59 juta lagi warga Amerika mengalami peringkat awal darah tinggi. Kajian
juga meramalkan menjelang tahun 2025, dianggarkan 1.56 bilion penduduk dunia
menghidap tekanan darah tinggi. Ia adalah pembunuh senyap kerana lazimnya ia tidak
memberikan sebarang amaran atau simptom. Berikutan itu, ramai yang tidak menyedari
kehadirannya. (Wan Amir Nizam, 2010)

Berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi, 30.3 peratus rakyat


Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas menghadapi penyakit hipertensi. Kementerian
Kesihatan Malaysia telah menyasarkan untuk mengurangkan kelaziman berlakunya
hipertensi kepada kurang dari 24 peratus. Pesakit hipertensi perlu mengambil ubat yang
diberi kepada mereka pada masa yang ditentukan dan mengamalkan budaya hidup sihat
seperti bersenam. (Dr. Bharathan Thevarajah, 2016)

1
1.2 PERNYATAAN MASALAH

Hipertensi lazimnya dianggap masyarakat sebagai penyakit tanpa simptom. Sebab


itulah ia menjadi cabaran lebih-lebih lagi untuk menerangkan kepada mereka yang
mengalami hipertensi tentang keperluan mengambil ubat sepanjang hayat. Maka perkara
lebih praktikal untuk memperbaiki keadaan ini adalah dengan membuat perubahan dalam
gaya hidup seharian. Mereka perlu bersenam, mengurangkan berat badan, mengurangkan
pengambilan garam serta menitikberatkan makanan sihat. Walaupun hipertensi
merupakan faktor risiko penyakit kardiovaskular yang mudah dirawat, ramai pesakit
hipertensi gagal didiagnosis. Lebih membimbangkan, terdapat jumlah yang besar mereka
yang sudah didiagnosis tidak mengambil perubatan yang betul seperti yang dinasihatkan
doktor. (Datuk Dr. Azhari Rosman, 2015)

Realitinya, penyakit tekanan darah tinggi adalah masalah umum di negara ini, namun
perkara ini membimbangkan kerana ramai penghidap tidak tahu bahawa dia
menghidapinya dan antara sebabnya ialah kerana penyakit berkenaan tidak mempunyai
gejala yang akan menyebabkan pesakit sering mengabaikan rawatan. Bagi pesakit yang
sedar, tidak ramai mendapatkan rawatan dan ada dalam kalangan mereka diberi rawatan
namun segelintir sahaja dapat mengawal tekanan darah mereka. Oleh itu, tidak sampai
separuh daripada penghidap tekanan darah tinggi berjaya dirawat menerusi pengambilan
ubat. (Datuk Dr. Zaki Morad, 2012)

Dianggarkan 32.7 peratus rakyat Malaysia atau 5.8 juta orang yang berusia 18 tahun
ke atas menghidap penyakit tekanan darah tinggi yang merupakan penyumbang utama
kematian di negara ini. Perkara ini didorong oleh pengambilan garam secara berlebihan
iaitu secara purata seorang dewasa mengambil sebanyak 8.7 gram garam sehari, iaitu 1,7
kali ganda lebih tinggi berbanding saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu
5 gram sehari atau sesudu teh sehari. (Datuk Seri S. Subramaniam, 2014)

2
1.3 Objektif Kajian
1.3.1 Objektif Am
Mengkaji pengetahun tentang penyakit hipertensi dalam kalangan penduduk di
Kampung Masjid Lama, Spaoh pada tahun 2017.
1.3.2 Objektif Spesifik
1. Menentukan sosio demografi penduduk.
2. Mengenal pasti pengetahuan responden tentang penyakit hipertensi.
3. Menilai pengetahuan responden tentang penyakit hipertensi.
4. Menilai pengetahuan responden tentang komplikasi-komplikasi penyakit hipertensi.

1.4 Skop Kajian

Kajian ini akan dilakukan terhadap 30 orang responden yang dipilih secara rawak
dalam kalangan penduduk di Kampung Masjid Lama, Spaoh. Pemilihan ini dilakukan
dalam kalangan penduduk yang berumur 18-50 tahun. Pemilihan ini juga tidak mengira
bangsa, status kesihatan dan status perkahwinan. Penyelidikan ini akan bermula dari
bulan Januari hingga Mei pada tahun 2018. Penyelidikan ini juga dilaksanakan secara
Non-invasive iaitu dengan hanya menggunakan borang soal selidik.

3
BAB 2

KAJIAN SEMULA

2.1 Takrifan dan maklumat mengenai penyakit hipertensi

Hipertensi atau tekanan darah tinggi merupakan satu keadaan di mana saluran
darah berterusan mengalami tekanan yang tinggi. Tekanan darah normal dalam kalangan
orang dewasa ialah 120/80 mmHg. Apabila tekanan darah adalah sama atau melebihi
140/90 mmHg, ia dianggap naik atau tinggi. Dalam hal ini, lebih tinggi tekanan darah
maka lebih tinggi risiko kerosakan kepada jantung dan saluran darah dalam organ-organ
utama seperti otak dan buah pinggang. Tekanan darah tinggi juga dikenali sebagai
pembunuh senyap kerana tidak mempamerkan sebarang gejala. Jika dibiarkan tidak
terkawal, boleh membawa kepada serangan jantung dan akhirnya kegagalan jantung.
Bukan itu sahaja, penyakit ini juga boleh menyebabkan kegagalan buah pinggang, buta
dan kerosakan kognitif. (Dr. Chee Kok Han, 2015)

Saluran darah adalah fleksibel dan dapat mengendur atau mengecut untuk
memastikan pengaliran darah berlaku dengan lancar. Saluran darah menerima kuasa
tolakan terhadap dinding saluran yang berterusan disebabkan oleh mekanisme pam
jantung. Disebabkan oleh sebab-sebab tertentu, aliran darah mula mengenakan tolakan
yang berlebihan terhadap dinding saluran darah. Apabila ini berlaku, bermulalah
hipertensi. (Heartfailurematters.org, 2007)

Kebanyakan orang yang menghidap hipertensi tidak akan menunjukkan gejala


penyakit. Sakit leher atau bahu bukanlah gejala hipertensi yang biasa. Walau
bagaimanapun, mereka yang mempunyai sakit leher atau bahu mungkin mempunyai
tekanan darah yang tinggi disebabkan oleh kesakitan yang dialami. Golongan ini
mungkin tidak menghidap hipertensi. Namun demikian, hipertensi masih berisiko untuk
mendapat serangan penyakit jantung, kegagalan ginjal dan strok. Di Malaysia, terdapat
enam kes baharu strok dirawat setiap hari. Malaysia mempunyai kadar pesakit yang
mendapat rawatan dialisis yang tinggi dengan negara lain. (Rahman A.R., 2008)

Klasifikasi tekanan darah untuk umur 18 tahun ke atas (National Health and Morbidity
Survey, 2006)

4
Klasifikasi Sistolik Diastolik

Normal Bawah 120 Bawah 80


Prahipertensi 120-139 80-89
Hipertensi tahap 1 140-159 90-99
Hipertensi Tahap 2 160+ 100+
Tekanan sistolik merupakan bacaan semasa jantung mengepam darah kepada saluran
arteri; tekanan diastolic merupakan bacaan semasa jantung diisi semula dengan darah
semasa jantung mengendur. Semua unit dalam mmHg

Tekanan darah mungkin berbeza bergantung kepada masa mengambil bacaan darah
tersebut. Mengambil bacaan tertinggi akan mengakibatkan kerisauan, manakala
mengambil bacaan terendah memberi keselesaan yang palsu. Purata antara bacaan ini
adalah lebih bermakna. Bacaan sekali-sekala yang terlalu tinggi atau terlalu rendah boleh
diendahkan. Pemeriksaan tekanan darah sekali setahun adalah mencukupi untuk
seseorang yang mempunyai tekanan darah normal. (Bavanandan S., 2008)

2.2 Mengenal pasti pengetahuan tentang penyakit hipertensi dalam kalangan responden.
Survei yang dilakukan terhadap 2526 pesakit hipertensi menunjukkan 94%
daripada responden menyedari kepentingan dalam mengawal tekanan darah tinggi. 504
daripada 2526 pesakit tidak mengambil ubat anti hipertensi manakala majoriti 2022
pesakit sedang mengamalkan rawatan ubat anti hipertensi. 80% daripada jumlah itu
bukan penghidap hipertensi namun mesti datang ke pusat perubatan untuk rawatan
susulan. Baki 20% adalah pesakit yang telah didiagnosis hipertensi dan mesti menjalani
rawatan. Walau bagaimanapun, 38 responden menolak untuk menerima rawatan
manakala 63 subjek bersetuju untuk menerima rawatan. Sebab utama mereka menolak
rawatan hipertensi adalah kurang motivasi (38%), nasihat daripada doktor (20%), kesan
sampingan (19%) dan kebimbangan mengenai kesan sampingan (10%).
(K. L Khoo, 1999)

5
Anggaran sebanyak 0.97 bilion orang menghidap tekanan darah tinggi di seluruh
dunia. Jumlah itu dijangka meningkat kepada 1.56 bilion orang menjelang tahun 2025.
Walau bagaimanapun, hanya 35.8 peratus yang prihatin bahawa mereka mempunyai
hipertensi. Namun begitu, yang lebih yang lebih membimbangkan lagi adalah daripada
4.8 juta rakyat Malaysia yang menghidap penyakit hanya lapan peratus daripada mereka
dapat mengawal tekanan darah mereka supaya berada dalam julat yang boleh diterima.
(Dr. Azani Mohamed Daud, 2010)

Statistik dalam Kaji Selidik Morbiditi Kesihatan Kebangsaan menunjukkan pada


tahun 1996 mencatatkan peratusan sebanyak 33 peratus daripada penduduk Malaysia
menghidap penyakit hipertensi manakala pada tahun 2006 pula adalah sebanyak 42
peratus penduduk di Malaysia menghidap hipertensi. Mungkin ramai yang mula
mengambil berat tentang penyakit darah tinggi, namun tidak semua yang tahu tentang
peningkatan tekanan darah pada waktu pagi yang ternyata lebih membimbangkan kerana
boleh menyebabkan serangan yang tidak dijangka. Langkah-langkah pencegahan perlu
dimulakan dengan lebih awal terutamanya bagi pesakit yang menghidapi hipertensi untuk
mengurangkan risiko kejadian strok dengan melakukan langkah pertama iaitu
pemantauan tekanan darah yang kerap sekurang-kurangnya dua kali sehari yang
dimulakan dengan bacaan pada awal pagi. (Prof. Datin Dr. Chia Yook Chin, 2017)

80% daripada jumlah 2022 responden yang menghidap penyakit hipertensi


adalah sedang dalam rawatan hipertensi. Ubatan anti hipertensi yang diberikan adalah
ubat beta blocker iaitu antara ubat yang terbanyak diberikan (40%), diikuti dengan
calcium antagonists (26%), ACE Inhibitors (12%), dan vasodilator/lain-lain ubat (6%).
Majoriti responden (75%) daripada jumlah 2022 adalah sedang dalam rawatan dalam
tempoh kurang daripada lima tahun. 11% adalah mengambil rawatan dalam tempoh 5-10
tahun manakala 10% lebih daripada 10 tahun. 44% responden didapati terdapat sejarah
dalam penukaran ubat anti hipertensi. Faktor-faktor ubat ditukar adalah kerana kesan
sampingan ubat anti hipertensi (40%), tekanan darah tidak dapat dikawal (33%), ditukar
atas nasihat pegawai perubatan (16%) dan masalah kesihatan yang lain (3%). (Y.
M. Liew, 1999)

6
2.3 Menilai faktor-faktor penyumbang kepada penyakit hipertensi.

Faktor-faktor yang mempengaruhi terjadinya hipertensi dibahagi dalam dua


kelompok besar iaitu faktor yang mendorong atau tidak dapat diubah seperti faktor
jantina, umur, genetik dan faktor yang dapat diubah seperti obesiti, kurang aktiviti
senaman dan lain-lain. Walau bagaimanapun, satu faktor risiko sahaja tidak dapat
menyebabkan timbulnya kejadian hipertensi. Hipertensi memerlukan faktor risiko yang
banyak untuk didiagnosa sebagai penyakit hipertensi (common underlying risk factor).
(Jabatan Kesihatan Republik Indonesia, 2003)

Faktor risiko kardiovaskular boleh dikelaskan kepada dua jenis iaitu faktor yang
boleh diubah suai dan faktor yang boleh diubah suai. Pertama sekali adalah dari
perspektif yang boleh dicegah termasuk merokok, dislipidemia, diabetes mellitus, obesiti,
tidak aktif secara fizikal, pengambilan alcohol yang berlebihan dan pengambilan natrium
yang tinggi. Pengamalan gaya hidup sihat boleh mencegah daripada penyakit hipertensi
ini. Faktor risiko yang tidak dapat diubah suai pula bukan bergantung dengan gaya hidup
kita. Ia melibatkan faktor genetik dan sejarah keluarga yang menghidapi penyakit
hipertensi. (Isabel C. Pinto, 2017)

Perbezaan antara faktor pemakanan dan bukan pemakanan dalam kalangan


pesakit hipertensi dan bukan pesakit hipertensi di kawasan bandar (2068 responden
adalah berumur antara 35-64 tahun). Umur, Body Mass Index (BMI), berat badan
berlebihan dan sejarah keluarga yang didapati positif hipertensi dikaitkan dengan tekanan
darah yang tinggi. Selain itu, seluruh penduduk melaporkan pengambilan natrium yang
tinggi dan pengambilan natrium-potassium yang rendah. Tahap pendidikan dalam
kalangan wanita dan aktiviti fizikal dalam kalangan lelaki adalah berkaitan dengan tahap
tekanan darah. (Hu dan Tian, 2001)

7
2.4 Menilai pengetahuan responden tentang komplikasi-komplikasi penyakit hipertensi.

Komplikasi penyakit hipertensi yang berkekalan adalah seperti hipertrofi


ventrikel kiri, angina pektoris, kegagalan jantung, penyakit koronari arteri, infarksi
miokardium, dan kematian mengejut. Hipertrofi miokardium adalah sebagai tindak balas
kepada hipertensi di mana beberapa bahan neurohormonal sebagai perantara. Hipertrofi
dicirikan oleh perubahan protein myocyte, apoptosis myocyte dan pemendapan kolagen
dalam otot jantung yang menyebabkan ia menjadi tebal dan tidak mampu untuk berehat
semasa diastole yang boleh membawa kepada kegagalan jantung diastolik. (Beevers
Sharkness C.M., 1992).

Hipertensi dan perkembangan ateroskeloris akan mempengaruhi saiz arteri pada


seluruh badan. Ia akan menyebabkan pengurangan aliran atau pecah salur darah yang
lemah di dalam otak dan boleh menyebabkan strok. Strok iskemia dikaitkan dengan
ateroskeloris di mana hipertensi merupakan faktor risiko utama untuk strok hemoragik.
Jenis strok ini boleh menyebabkan kematian yang tinggi. (Hollenburgh N.K., 1987)

Ciri-ciri perubahan retina termasuk penyempitan arteriolar, perubahan


arteriovenous, perubahan refleks cahaya pada arteriol, cotton-wool spot,
mikroaneurisme, pendarahan retina, edema retina dan cakera margin yang kabur. (Jones
J.K, 1995)

8
BAB 3

METODOLOGI

3.1 Reka Bentuk Kajian

Penyelidik mendapati bahawa kajian ini perlu diberi perhatian mengenai bentuk atau
cara untuk melakukan kajian ini. Oleh ituk, kajian yang dijalankan ini adalah kajian yang
berbentuk deskriptif iaitu pendekatan menggunakan keratan rentas dengan menggunakan
kaedah kuantitatif dan segala penemuan dibuat melalui tinjauan ataupun survei. Kaedah
ini sesuai dijadikan sebagai reka bentuk kajian kerana ia dapat menggambarkan dan
menginterpretasikan objek atau data dengan lebih sesuai dan tepat dengan kenyataan
yang disediakan. Penggunaan kaedah ini boleh menjimatkan masa dan pengkaji boleh
mendapatkan maklumat yang mencukupi dalam masa yang telah ditetapkan. Ia juga
sesuai kerana dapat menginterpretasikan suatu objek yang bersesuaian dengan kenyataan
yang dinyatakan. Corak kajian ini juga dapat menjimatkan kos penyelidikan, tidak
memerlukan perbelanjaan yang tinggi dan jangka masa dapat disingkatkan kerana tidak
melibatkan sebarang eksperimen. Reka bentuk kajian ini adalah lebih sistematik dan
dapat membantu pembaca untuk memahami dengan lebih mendalam berkenaan segala
maklumat yang diperolehi.

Satu komponen yang besar dalam kajian ini adalah kajian semula. Secara umumnya,
kajian semula akan mengkaji dan mengembangkan secara terperinci tentang beberapa
kajian yang pernah dijalankan oleh para pengkaji terlebih dahulu. Hal ini bermaksud,
kajian-kajian yang terdahulu dijadikan sumber rujukan bagi membuktikan bahwa kajian
yang akan dijalankan mempunyai nilainya.

3.2 Persampelan

Dalam menentukan responden yang akan dipilih, beberapa kriteria harus diteliti
bagi menjadikan kajian ini menghasilkan keputusan yang baik dan memberangsangkan.
Kriteria seperti julat umur, golongan yang berkaitan serta faktor-faktor luar yang
mempengaruhi sesebuah komuniti itu turut diambil kira. Ini perlu bagi merealisasikan
kajian dan untuk mencapai objektif yang telah dinyatakan.

9
Persampelan kajian ini adalah daripada kalangan penduduk di Kampung Masjid
Lama yang berumur 18-50 tahun tanpa mengira bangsa, status kesihatan dan status
perkahwinan yang dating ke Klinik Kesihatan Spaoh. Dalam kajian ini, penyelidik akan
menggunakan probabillity sampling iaitu systematic sampling. Kaedah ini akan
memilih seramai 30 orang responden yang terdiri daripada orang dewasa yang berumur
18-50 tahun tanpa mengira bangsa, status kesihatan dan status perkahwinan serta
daripada pelbagai latar belakang iaitu tidak mengira status akademik, ekonomi, agama
dan sosial.

3.3 Instrumen Kajian

Borang ataupun kajian soal selidik akan digunakan sepanjang pengkajian ini. Borang
soal selidik akan direka sendiri dan dibincangkan terlebih dahulu untuk mendapatkan
pengesahan dan persetujuan daripada mentor. Bentuk dan corak soalan adalah soal selidik
yang dirangka mengikut kepentingan maklumat yang hendak dikumpul. Soalan yang
dinyatakan adalah ringkas dan mudah difahami serta Bahasa yang digunakan adalah
Bahasa Melayu.

Pengkaji secara tidak langsung dapat berinteraksi dan berkomunikasi dengan


berkesan dengan responden melalui kaedah borang kaji selidik ini. Soalan dalam borang
kaji selidik ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu bahagian A dan bahagian B.

Bahagian A adalah berkaitan dengan sosio demografi (latar belakang) responden.


Soalan di bahagian B pula adalah berkaitan dengan objektif kajian yang ingin dicapai
iaitu menilai tahap pengetahuan tentang penyakit hipertensi dalam kalangan penduduk di
Kampung Masjid Lama Spaoh pada tahun 2017. Selain itu, penyelidik juga dapat
menentukan sosio demografi responden dan menilai pengetahuan reponden tentang
faktor-faktor penyumbang kepada penyakit hipertensi.

3.4 Kaedah Pengumpulan Data

Borang soal selidik akan diedarkan kepada responden yang telah dipilih. Ini adalah
merupakan kaedah yang telah dipilih untuk mengumpul data. Responden akan diberi
penerangan untuk mengisi borang soal selidik sebelum memberikan jawapan pada borang

10
yang telah disediakan. Hal ini akan memudahkan responden menjawab soalan dan
responden akan lebih faham akan kehendak soalan. Semua maklumat dan data yang
diperoleh akan dianalisa. Kaedah borang soal selidik adalah baik kerana jika responden
tidak memahami soalan yang dinyatakan, maka soalan tersebut akan diterangkan dengan
lebih jelas kepada responden. Oleh itu, jawapan yang diberikan oleh responden akan
dijadikan sebagai maklumat penyelidikan ini. Borang soal selidik yang dihasilkan adalah
mempunyai banyak soalan yang merangkumi semua aspek daripada objektif kajian
tersebut. Lain-lain sumber yang diperoleh untuk persembahan dan pengumpulan data
adalah daripada buku-buku ilmiah, jurnal-jurnal kesihatan, internet dan sebagainya.

3.5 Pilot Study

Sebelum borang kaji selidik diberikan kepada responden, satu Pilot study akan
dilakukan kepada 4 orang responden yang dipilih secara rawak. Kaedah ini dilakukan
adalah untuk menguji borang soal selidik yang diberikan adalah bersesuaian untuk
diajukan kepada responden. Pendapat daripada responden boleh diguna pakai untuk
memperbaiki borang kaji selidik. Sekiranya terdapat komen dan pandangan daripada
responden percubaan, beberapa soalan telah diperbaiki dan diperbaharui bagi memenuhi
kehendak responden. Pilot study dilakukan untuk mengenal pasti soalan-soalan yang
tidak sesuai diajukan kepada responden dan soalan-soalan yang tidak sesuai akan
diperbaharui dan dibaik pulih. Oleh itu, soalan yang bersesuaian akan dimasukkan ke
dalam borang soal selidik. Justeru itu, penyelidikan ini akan dapat berjalan dengan lancar
tanpa sebarang masalah.

3.6 Kaedah Penganalisan Data

Analisis data akan menggunakan kaedah kuantitatif seperti yang terdapat dalam reka
bentuk kajian. Kaedah kuantitatif merupakan kaedah pengiraan yang digunakan secara
manual iaitu dengan menggunakan kalkulator. Data-data yang telah dikumpul dan
dianalisis akan dibuat dalam bentuk jadual, carta dan graf dengan menggunakan perisian
Microsoft Excel untuk memudahkan analisis dan tafsiran data.

11
3.7 Pertimbangan Etika

Dalam melakukan kajian ini, beberapa isu perlu dijaga di dalam memastikan setiap
maklumat seperti latar belakang dan butiran peribadi responden adalah sulit dan rahsia.
Setiap maklumat peribadi tidak boleh didedahkan secara terbuka tanpa persetujuan
daripada responden sama ada secara lisan atau bukan lisan bagi memastikan tidak ada
dalam kalangan pihak responden yang tersinggung. Pengkaji juga tidak mengganggu atau
mempertikaikan setiap jawapan daripada para responden dan sekali tidak menyinggung
atau mengganggu perasaan, tugas mahupun personality serta keperibadian responden
yang dipilih dalam menjalankan kajian. Disertakan sekali, surat rasmi permohonan
kebenaran untuk melakukan kajian di kawasan Kampung Masjid Lama, Spaoh..

3.8 Limitasi

Limitasi kajian ini adalah hanya kepada penduduk di Kampung Masjid Lama, Spaoh,
berwarganegara Malaysia dan tidak terencat akal serta berfikiran waras. Umur responden
hendaklah daripada 18 hingga 50 tahun. Selain itu, responden mestilah seorang yang
boleh memberikan kerjasama kepada penyelidik.

Kekangan masa pelatih yang menjalani latihan klinikal merupakan satu limitasi bagi
mengadakan perjumpaan dengan mentor. Hal ini demikian kerana kebiasaannya pelatih
akan berada di luar kawasan kolej bagi menjalani latihan klinikal.

12
BIBLIOGRAFI

1. Institute of Public Health (IPH). (2012). The Third National Health and Morbidity
Survey 2006 Vol Ministry of Health Malaysia (199316). doi: ISBN 978-983-3887-30-
9.

2. Kok Han, C. (2015, Mac 10). Hipertensi Semakin Membebankan. Utusan Online.
Dipetik daripada http://www.utusan.com.my.

3. Rahman, A.R., Bavanandan, S., Kamaruddin A.S., et al. (2008). Clinical Practice
Guidelines: Management of Hypertension, Third Edition. Ministry of Health Malaysia.

4. Isabel, C.P. (2017, Januari 29). Department of Diagnostic and Therapeutic


Technologies: Prevalence and Risk Factor of Arterial Hypertension. Polytechnic
Institute of Braganca, Portugal.

5. Khoo, K.L. (1991). Cardiovascular Mortality in Peninsular Malaysia 1950-1989. Med


J. Malaysia; 46(1): 7-20.

6. Daud, A.M. (2010, Ogos 10). Penyakit darah Tinggi: Statistik Penyakit Hipertensi.
Dipetik daripada http://www.utusan.com.my.

7. Liew, Y.M. (1994). A Review of Blood Pressure Profile and Hypertension Studies in
Malaysia. The Family Physician: 6(2): 36-45.

8. Beevers, D.G. (1996). A Survey of The Current Practice of Treating Hypertension in


Primary Care: The Rational Evaluation and Choice in Hypertension Study. Drug Dev
Clinical Practice; 8: 161-169.

9. Sharkness, C.M. (1992). The Patients View of Hypertension and Compliance. Am J.


Prev Med; 8(3): 141-146.

10. Hollenburgh, N. K. (1987). Initial Therapy in Hypertension: Quality of Life


Considerations. J Hypertension; 5(10): 7-53.

11. Jones, J. K. (1995). Discontinuation of and Changes in Treatment After Start of New
Courses of Anti-Hypertensive Drugs: A Study of United Kingdom Population. Br. Med
J; 311: 293-299.

13

Anda mungkin juga menyukai