Doa Mesyuarat 2019

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 2

DOA MESYUARAT 2019

Ya Allah Ya Karim Ya Wadud

Kami memanjatkan kesyukuran kepada-Mu kerana mengizinkan kami untuk

mengadakan dan menghadiri mesyuarat guru pada pagi yang penuh

keberkatan ini

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kurniakanlah kepada kami kesatuan hati dan perasaan dalam mengurus dan

mengemudi organisasi kami kearah memberikan kualiti pendidikan terbaik

sepertimana hasrat kerajaan yang didokong bersama tanpa mengira latar belakang

dan kepercayaan anak murid kami.

Jadikanlah kami para guru sentiasa ikhlas sewaktu melaksanakan Pengajaran dan

Pembelajaran, sentiasa memberi galakan dan pengharapan kepada anak didik

kami, bersaing kearah kecemerlangan secara sihat tanpa meninggalkan perasaan


sentiasa ingin menghulurkan bantuan demi merealisasikan institusi pendidikan

kami sebagai sebuah institusi yang cemerlang dan disegani.

Ya Allah, kurniakanlah kami kekuatan dan kesatuan, sehingga kami mampu

menunaikan segala tanggung jawab dan amanah menerusi kerja berpasukan ,

Suburkanlah hati-hati kami dengan berbaik sangka, berlapang dada, bantu

membantu, sokong mendokong rakan seperjuangan kami sehingga kami dapat

menyelesaikan sebarang permasalahan yang timbul.

Ya Allah , Ya Ghaniyyu Ya Hamid ,

Jadikanlah perhimpunan kami ini sebagai perhimpunan yang diberkati dan

dirahmati . Dan jadikanlah perpisahan kami selepas ini sebagai perpisahan yang

Engkau pelihara daripada mara bahaya dan keburukan.

Anda mungkin juga menyukai