Laporan Aktiviti Hari Guru
Laporan Aktiviti Hari Guru
Laporan Aktiviti Hari Guru
Ulasan : Hari Guru disambut pada tarikh 16 Mei saban tahun bagi mengenang jasa
dan pengorbanan guru-guru di Malaysia dalam mendidik anak bangsa. Ini
bertepatan dengan tema Hari Guru pada tahun ini iaitu Guru Pembina
Negara Bangsa. Kerjaya suci dan murni seorang guru sememangnya
tiada tandingan dan tidak dapat dijual beli dengan apa jua sekali pun.
Sambutan Hari Guru SK Kuala Klawang disambut dengan meriah dan
menyeronokkan. Pertandingan dan sambutan seperti ini dapat
menghilangkan kepenatan guru dan tekanan kerja guru. Murid-murid
telah menyediakan pelbagai hadiah untuk diserahkan kepada guru
mereka. Pertandingan bola jaring dan bola tampar telah dimenangi oleh
kumpulan para guru. Murid tahun 1 dan tahun 4 telah melakukan
persembahan nyanyian dan lakonan. Anugerah guru juga dikendalikan
oleh badan pengawas sekolah di mana mereka telah melakukan
pengundian kepada semua murid.
Kelemahan : Tiada
Penambahbaikan : Tiada
.. ..
(SITI ZALWANIZA BT WAN CHEK)
Setiausaha Kokurikulum,
Sek. Keb. Kuala Klawang
Gambar sekitar Majlis Sambutan Hari Guru