Teks Ucapan Pengetua HAC 2021

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 6

2

Teks Ucapan Pengetua

Hari Anugerah Kecemerlangan Akademik

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Terima kasih saudara / saudari Pengacara Majlis,


Yang Berbahagia Dato’ Haji Ramli bin Haji Norani , Yang Dipertua PIBG
SMK Sungai Besar.

Yang saya hormati,


Barisan guru- guru Penolong Kanan, guru-guru Kanan Mata pelajaran, guru-
guru Cemerlang, guru-guru, pelajar-pelajar yang diraikan dan seterusnya ibu
bapa serta para hadirin yang saya muliakan.

      Izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah


SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayah-Nya maka kita dapat
berkumpul di perkarangan Foyer yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi
agenda pendidikan yang diatur oleh pihak pengurusan sekolah. Ucapan
syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis ini yang tentunya
telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan dengan lancar dan
teratur walaupun kita sedia maklum bahawa kita semua masih lagi terikat
dengan SOP pendemik covid-19 dalam fasa yang ke tiga. Kita sedar, majlis
seumpama ini perlu dilaksanakan untuk memberikan makna kepada
kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan negara.
2

Para hadirin yang dihormati sekalian,

      Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk
meraikan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum
mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk
meraikan para ibu bapa yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan
kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi
pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan
tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal menerima
anugerah malahan ibu bapa dan juga para guru yang menjadi nadi atau
tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka.
   

Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha


dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedia
maklum bahawa kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh guru-guru di
peringkat sekolah ketika negara dilanda pendemik covid -19 amat
memberikan satu tekanan. Bukan sahaja para guru , malah ibu bapa dan
murid-murid juga turut merasainya. Pada ketika itu guru hanya perlu
‘Memberi’, agar para pelajar bersedia untuk ‘Menerima’. Selain sebagai
insan ibarat lilin yang membakar diri ini, ibu bapa juga sentiasa memainkan
peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka.
Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada saya yang paling utama kejayaan
adalah terletak pada diri para pelajar itu sendiri, agar sentiasa mempunyai
komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi
kecemerlangan walaupun apa jua cabaran yang mendatang dapat ditempuhi
dengan jayanya.
2

Syukur kehadrat ilahi berkat usaha yang tidak pernah mengenal erti
lelah dan putus asa, pencapaian peperiksaan SPM 2020 peratus lulusnya
84.68 peratus dan gred purata sekolah ialah 4.96. Walaupun berlaku sedikit
penurunan tetapi keputusan ini masih boleh dibanggakan kerana terdapat
seorang pelajar mendapat straight 11A+ dan 4 orang pelajar mendapat
straight 11A, 3 orang 10A, 2 orang 9A,1 orang 8A , 4 orang 7A, 2 orang 6A,
dan 19 orang 5A. Jumlah pelajar yang menerima anugerah pada hari ini ialah
seramai 56 orang.

     Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak,


banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Pepatah Melayu selalu
mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, “Hendak
seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya.” Oleh itu para hadirin sekalian, marilah kita sama-
sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-
anak kita. Pada saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan
merupakan satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-
tuan dan puan-puan sebagai ibu bapa mereka.

Tuan-tuan dan puan-puan,


.   Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan
syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat
berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan
menjadi pemangkin untuk para pelajar mempertingkat mutu pencapaian
mereka dalam bidang akademik dan koakademik pada masa hadapan.
Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak
sekolah kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang
dalam pembelajaran pada tahun ini. Tahap pencapaian yang ditunjukkan
2

sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada para pelajar lain untuk
meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang.

       Saya pasti bahawa seluruh warga yang berada dihadapan saya pada
hari ini sedia maklum bahawa pelajar-pelajar yang kita raikan ini merupakan
waris yang bakal mendukung impian dan harapan negara. Untuk itu, saya
menyeru kepada hadirin sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu
meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang
dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan
kesihatan minda supaya harapan dan impian tuan-tuan dan puan-puan akan
direalisasikan sama seperti harapan dan impian seperti mana yang telah
termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Maka saya ingin menyeru
kepada diri saya dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, marilah kita saling
bergandingan bagi memastikan para penerima anugerah ini bakal menjadi
sebahagian warna-warna kegembiraan negara pada masa hadapan dan
bukan merupakan secalit warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan
kita. Insya-Allah.

Hadirin dan hadirat yang saya hormati,

Dalam majlis ini juga saya ingin mengambil kesempatan untuk


memaklumkan kepada semua yang hadir pada hari ini bahawa sekolah SMK
Sungai Besar telah terpilih sebagai Transformasi Sekolah 2025 (TS25).
Program Transformasi Sekolah 2025 ini merupakan sebahagian daripada
usaha Kementerian Pendidikan Malaysia ke arah meningkatkan kemenjadian
murid dan sekolah berkualiti serta mengaplikasikan amalan terbaik dalam
pelaksanaan pengurusan dan kepimpinan dalam pembelajaran dan
pengajaran selari dengan hasrat yang terkandung dalam Pembangunan
Pendidikan Malaysia 2013-2025
2

Saya selaku pengetua di sekolah ini dan semua guru berharap agar
apa sahaja hasrat yang diinginkan dalam program sekolah TS25 ini
mendapat kerjasama dan sokongan yang padu dari semua pihak terutama
PIBG, masyarakat setempat dan murid-murid SMK SG Besar. Bak kata
pepatah Melayu bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu merealisasikan hasrat
Kementerian Pendidikan dalam melahirkan Modal Insan Unggul.

Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah
kepada semua penerima anugerah dan juga syabas kepada semua warga
kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Anugerah Kecemerlangan
Akademik Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Besar pada hari ini.

Sebelum saya mengundur diri, saya juga ingin menarik perhatian para

hadirin sekalian dengan beberapa rangkap gurindam;

Jika murid mendengar kata


Tidak guru berkata cela

Jika ibu bapa bekerjasama


Tidaklah anak berduka cita

Jika kita seia sekata


Tiada timbul sengketa

Jika seiring kita berusaha


Pasti semua akan Berjaya

Dengan lafaz Bismilahhirrahmannirahim, saya merasmikan Majlis Hari


Anugerah Kecemerlangan SMK Sg Besar tahun 2020.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi
Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.


2

Anda mungkin juga menyukai