Kertas Kerja Watikah Pelantikan Badan Sokongan Sekolah 2018
Kertas Kerja Watikah Pelantikan Badan Sokongan Sekolah 2018
Kertas Kerja Watikah Pelantikan Badan Sokongan Sekolah 2018
1.0 Matlamat.
Lembaga Disiplin dan Pengawas Sekolah merupakan tunjang utama dalam menentukan
dan meningkatkan disiplin murid-murid ke tahap yang maksimum. Selain itu,
pengawas-pengawas juga dibentuk untuk menjadi pemimpin yang berwibawa dan
berketerampilan.
Badan Pengawas Pusat Sumber Sekolah (PSS) adalah satu unit yang terdiri daripada
murid-murid sekolah. Badan ini akan membantu PSS menjalankan pelbagai aktiviti
untuk mencapai matlamat dan objektif PSS.
Program Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) adalah untuk melatih para murid untuk
menguasai kemahiran membantu agar mereka dapat membantu rakan murid yang
memerlukan pertolongan dari segi emosi, sosial mahupun mental di samping melatih
mereka membantu diri sendiri.
Pengawas SPBT yang dilantik akan membantu guru SPBT melicinkan lagi operasi
SPBT sekolah. Selain Itu, membantu melaksanakan kerja-kerja pengagihan dan
pemulangan buku serta menjalankan aktiviti kebersihan dan keceriaan bilik BOSS.
Pengawas Koperasi memainkan peranan penting membantu pihak sekolah dalam jualan
barang keperluan sekolah bagi kegunaan pembelajaran.
2.0 Objektif.
Memberi pengiktirafan dan semangat kepada Pengawas Sekolah ,Pengawas PSS,
PRS, SPBT dan pengawas koperasi supaya melakukan tugas yang diamanahkan oleh
pihak sekolah dengan dedikasi dan penuh bertanggungjawab.
Meningkatkan tahap motivasi murid yang terpilih untuk menjalankan tugas dengan
baik.
Menggalakkan murid lain agar dapat mencontohi rakan – rakan yang terpilih.
4.0 Sasaran
Pengawas Sekolah , Pengawas PSS, PRS, pengawas koperasi dan pengawas SPBT
5.0 Perbelanjaan
Sijil peserta RM 50.00
Makanan VIP RM 100.00
JUMLAH RM 150.00
AJK :
9.0 Penutup
Diharapkan majlis ini dapat berlangsung dengan lancar dan dapat meningkatkan motivasi
Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber , PRS, SPBT dan Koperasi untuk
menjalankan tugas dengan baik dan penuh dedikasi.
Di samping itu, para pelajar dapat membentuk diri menjadi pemimpin yang berilmu,
berakhlak tinggi dan berketerampilan. Semoga majlis ini juga dapat melahirkan
pemimpin yang dapat bertindak dan melaksanakan tugas berdasarkan ilmu dan
pertimbangan yang rasional.
……………………...... ………………………….............
( AZRINI BT. ADAM ) ( MOHD JALANI B. KASMURI )
Kaunselor Pelajar Pengetua
SMK Ulu Bernam SMK Ulu Bernam