Aqbal 2017 (Kertas Kerja)
Aqbal 2017 (Kertas Kerja)
Aqbal 2017 (Kertas Kerja)
Kem ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Parit Serong. Ia
dirangka bagi mengisi aktiviti murid tahun 6 selepas menghadapi peperiksaan UPSR. Program ini
adalah satu inisiatif sebagai persediaan untuk menghadapi alam remaja terutama dari aspek
kerohanian & keagamaan.
1. OBJEKTIF UMUM
Menyediakan program permulaan kepada perubahan kendiri ,pembentukan jati diri seiring dengan
keperluan syariat dengan menekankan aspek aqidah, kesedaran beribadah yang tinggi, pengurusan
dan tanggungjawab sebenar sebagai hamba Allah ,manusia, anak dan pelajar.
Ia juga sebagai proses membangunkan kemahiran-kemahiran tersebut yang sudah lama ada dalam diri
pelajar supaya dapat direalisasikan dengan lebih bermakna ,efektif, memberi ruang dan peluang
melalui aktiviti yang disediakan secara terpimpin. Seterusnya akan mampu meninggalkan impak
positif kepada sekolah, masyarakat dan negara.
2. OBJEKTIF KHUSUS
4. SASARAN
Seramai 26 orang murid yang telah selesai menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah ( UPSR )
5. RASIONAL
Terancangnya program ini adalah berdasarkan kepada rasional berikut :
a) Kejayaan pengaruh-pengaruh yang tidak sihat yang menjadi daya tarikan kepada golongan
pelajar ini menyebabkan golongan ini amat memerlukan bimbingan kepada pembentukan
kendiri yang kukuh. Bimbingan menyeluruh hendaklah diberi bukan sahaja kepada aspek
fizikal melalui aktiviti out door dan kesedaran tingkahlaku semata tapi memerlukan tunjuk
ajar kepada keperluan asas fardhu ain juga kerohanian sebagai pendorong kepada segala
perubahan yang diharapkan.
b) Kegagalan menjadikan syariat ,asas agama ,zikir munajat sebagai benteng pertahanan jati diri
seorang remaja menyebabkan mereka sering berada diluar landasan yang telah disyariatkan.
Oleh yang demikian bantuan berbentuk bimbingan kejiwaan ,pendedahan agama disamping
aktiviti latihan dalam kumpulan ,permainan ,aktiviti lasak adalah bantuan menyeluruh yang
diperlukan kepada mereka bagi memulakan semula tindakan rasional yang selama ini mereka
tidak sedar kepincangannya.
6. AHLI JAWATANKUASA
TENTATIF PROGRAM
A. Perbelanjaan
JUMLAH RM 152.00
B. Sumber Pendapatan
Jumlah RM 152.00
PENUTUP
Usaha murni secara berterusan yang serius serta sokongan padu amatlah diperlukan bagi menentukan
bahawa program yang akan dilaksanakan ini berkualiti dan benar-benar memberi manfaat besar kepada
individu pelajar golongan sasar. Ini adalah selaras dengan matlamat untuk melahirkan pelajar yang
mempunyai sahsiah peribadi mantap yang mampu membuat perubahan seterusnya memberi kesan yang
besar kepada diri sendiri, warga sekolah, masyarakat dan agama.
……………………………… ………………………………………
( ALI BIN MOHD IKHWAN ) (ABD SAMAD BIN SEDARI)
Setiausaha AQBAL GPK Pentadbiran SKPS
Disahkan oleh,
.............................................................
(NORSIAH BT KHALIL )
GURU BESAR
SK PARIT SERONG