Masakan Rimba

Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Unduh sebagai doc, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 5

MASAKAN RIMBA

K ebiasaannya seorang kadet yang menghadiri sesuatu perkhemahan membawa periuk


dan cerek sendiri. Peralatan ini membolehkan kita menjerang air, menanak nasi dan
memasak sayur-sayuran. Sesetengah orang yang belum pernah memasak akan
mendapatinya sebagai suatu pekerjaan yang menyusahkan.
Seorang kadet dilatih memasak tanpa menggunakan periuk atau lain-lain peralatan
memasak. Cara ini dikenali sebagai masakan hutan/rimba atau backwoodsman. Memasak
cara ini lebih sukar jika berbanding dengan menggunakan periuk. Namun begitu, masakan
rimba akan menjadi suatu aktiviti yang senang dan menyeronokkan apabila sentiasa dilatih
apabila berkhemah di luar. Kita boleh memasak nasi dengan pelbagai cara dengan
menggunakan bahan seperti buluh, buah-buahan tertentu, kerajang aluminium, lumpur, tanah
dan sebagainya.

Memasak Dengan Menggunakan Buluh

Buluh dalam pergerakan Kadet Remaja Sekolah sangat penting untuk membuat gajet,
pioneering dan projek penerokaan. Buluh juga sesuai dijadikan bekas (container) untuk
memasak nasi. Potong seruas buluh yang nipis dan besar saiznya. Buluh yang dipilih
seharusnya tidak retak. Basuh bahagian dalam buluh sehingga bersih. Kita perlu terlebih
dahulu menyukat isipadu keseluruhan buluh tersebut contohnya isipadu buluh tersebut ialah
satu cupak air.
1
Basuh lebih kurang sebanyak cupak beras (isipadu keseluruhan buluh dibahagi
2
dua) sehingga bersih. Kemudian masukkan beras yang bersih ke dalam buluh tersebut. Jika
pokok pisang senang didapati, kita boleh memasukkan daun pisang di bahagian dalam tepi
buluh sebelum memasukkan beras (seperti membuat lemang). Hasilnya nasi yang dimasak
1
lebih enak dan wangi. Setelah kesemua beras dimasukkan, masukkan lebih kurang cupak
2
air ke dalam buluh tersebut. Sukatan beras dan air yang belum dibasuh adalah sama banyak.
Adunan ini akan menghasilkan nasi yang baik atau tidak mentah.
Selepas itu tutupkan bahagian atas buluh tersebut dengan daun pisang atau
sebagainya. Kemudian letakkan buluh tersebut berhampiran dengan nyalaan seperti
membakar lemang. Sekali sekala kita perlu membalikkan kedudukan buluh itu agar semua
bahagian buluh tersebut terkena panas api dengan sekata. Apabila air di dalam buluh hampir
kering, api yang menyala seharusnya dikurangkan supaya berbara sahaja. Ini disebabkan
beras di dalam buluh itu hampir masak. Kita boleh mengetahui sama ada nasi sudah cukup
masak dengan mencungkil sedikit nasi di bahagian atas. Jika sudah masak, alihkan buluh
tersebut. Belah buluh dengan menggunakan pisau atau parang. Buluh juga boleh digunakan
untuk memasak bahan-bahan makanan lain secara merebus.

Memasak Dengan Menggunakan Buah Kelapa

Nasi juga boleh disediakan dengan menggunakan buah kelapa muda. Potong bahagian
atas buah kelapa dengan cermat. Bahagian atas ini akan digunakan sebagai penutup. Jangan
buang air kelapa muda ini sebaliknya masukkan beras yang sudah dibasuh bersih ke
dalamnya. Sukatan beras hendaklah sama dengan sukatan air kelapa muda tersebut (sama
seperti kaedah memasak nasi dengan buluh). Letakkan buah kelapa muda ini di atas nyalaan
api sehingga masak. Hasilnya, nasi yang ditanak amat enak kerana mempunyai rasa lemak
manis buah kelapa muda.

Memasak Dengan Menggunakan Kerajang Aluminium

Kita juga boleh memasak dengan menggunakan kerajang aluminium yang sudah
dibawa terlebih dahulu dari rumah. Kerajang aluminium ini boleh digunakan untuk memasak
bahan makanan seperti ikan, telur atau daging. Basuh makanan yang hendak dimasak dan
adunkan rempah secukupnya. Kemudian bungkuskan bahan makanan itu dengan
menggunakan kepingan aluminium. Letakkan bungkusan tersebut ke dalam nyalaan api
(aluminium tidak akan terbakar atau cair kerana mempunyai takat lebur yang tinggi). Setelah
lebih kurang 20 hingga 30 minit, keluarkan bungkusan tersebut daripada api dan buka
bungkusan itu dengan cermat (awas: bungkusan akan menjadi terlampau panas). Makanan
tersebut sudah pun masak.
Memasak Dengan Menggunakan Ubi Kentang

Kita juga boleh memasak telur dengan menggunakan ubi kentang. Potong ubi kentang
dengan cermat kemudian buangkan isi ubi kentang seberapa yang boleh. Selepas itu
masukkan telur yang telah diadukan ke dalam isi kentang. Kemudian tutup dengan
menggunakan bahagian ubi kentang yang telah dipotong. Kemaskannya dengan
menggunakan bilah buluh atau kayu. Letakkan ubi kentang di atas api sehingga isi
kandungannya masak.

Memasak Dengan Menggunakan Lumpur/Pasir/Tanah/Tanah Liat

Lumpur atau tanah liat juga boleh dijadikan bekas untuk memasak. Contohnya untuk
memasak ikan dan telur. Ambil lumpur atau tanah liat yang bersih dan balutkan telur atau
ikan yang sudah bersih untuk dimasak. Selepas itu masukkan balutkan lumpur atau tanah liat
ini ke dalam api lebih kurang 10 hingga 20 minit.
Jika lumpur atau tanah liat sukar didapati, pasir atau tanah boleh digunakan sebagai
medium untuk memasak. Kaedah ini digunakan untuk memasak nasi, telur, ubi dan
sebagainya. Untuk memasak nasi, basuh dan rendamkan beras ke dalam air selama lebih
kurang 2 jam. Selepas itu, isikan beras ke dalam kain yang bersih dan diikat dengan kemas.
Kemudian sediakan lubang dan masukkan bahan yang hendak dimasak (contohnya beras,
telur dan ubi) ke dalam lubang dan ditimbuskan. Nyalakan api pada bahagian atas lubang
selama lebih kurang 30 minit. Masa memasak bergantung kepada keadaan api dan jenis
bahan yang dimasak.
Memasak Menggunakan Daun

Daun yang lebar seperti daun pisang


dan daun kunyit boleh digunakan untuk
memasak terutamanya ikan dan telur.
Memasak ikan dengan menggunakan daun
kunyit lebih sedap dan wangi baunya.

Basuh dan bersihkan ikan yang hendak


dimasak. Kemudian bungkuskan dengan daun.
Sepitkan bungkusan daun di celah kayu atau
buluh pemanggang. Bungkusan itu diletakkan
di atas panas bara api sehingga cukup masak.
Apabila sudah masak, kita boleh membuka
bungkusan daun tersebut dan menikmati ikan
yang telah dimasak.

Menyediakan Roti Lilit

Kita juga boleh menyediakan roti lilit di kawasan perkhemahan. Campurkan tepung
gandum dengan sedikit garam, air secukupnya dan ibu roti. Jika ada marjerin atau mentega,
bahan ini boleh dicampurkan sekali untuk mengenakkan adunan roti. Selepas itu uli dengan
sebati.
Sediakan sepotong kayu kecil sebesar ibu jari dan bersihkan kulitnya. Bentukkan
tepung gandum yang diuli tadi supaya lebarnya kira-kira 5 cm dan tebalnya 1.5 cm (panjang
pula tanpa had). Lilitkan adunan tadi pada kayu. Selepas itu letakkan adunan yang telah dililit
rapat dengan bara api sehingga garing. Pusingkan bahagian kayu tersebut sekali sekala
supaya semua bahagian roti lilit itu masak sekata.

Anda mungkin juga menyukai