Penulisan Ilmiah Alat Muzik Woodwind
Penulisan Ilmiah Alat Muzik Woodwind
Penulisan Ilmiah Alat Muzik Woodwind
BMW 3032
PENULISAN ILMIAH :
1.0 PENGENALAN
2.0 SERULING
Instrumen tiupan tiup kayu ‘woodwind’ dapat diklasifikasikan dalam keluarga aerofon,
instrumen ini menghasilkan bunyi apabila udara atau angin yang dihembuskan bervibrasi pada
‘mouth piece’ (bahagian alat muzik yang diperbuat daripada kayu, plastik atau besi) atau pada
bibir pemain. Terdapat empat keluarga instrumen yang berbeza telah terbentuk apabila berada
di dalam sebuah orkestra simfoni moden termasuklah Seruling, Oboe, Klarinet, Saksofon dan
Basson. Pada masa kini, beberapa instrumen ini keseluruhannya tidak lagi diperbuat daripada
kayu, tetapi masih lagi disebut sebagai alatan tiup kayu ‘woodwind’, dan dapat dibahagikan
kepada dua jenis bergantug kepada bentuk lubang sama ada silinder atau kon. Mouthpiece
adalah bahagian hujung instrumen tiup yang bersambung pada badan alat muzik untuk
dimasukkan ke dalam mulut dan menghasilkan getaran daripada angin.
Instrumen tiup kayu yang berbentuk ‘curtal’ (sebuah dulcian atau bassoon pada akhir
abad ke-16 hingga awal abad ke-18), Shawm (instrumen tiupan abad pertengahan dan
Renaissance, pelopor kepada oboe, dengan buluh berganda ‘double reed’ dilampirkan di dalam
‘mouthpiece’ dan Rackett (instrument tiupan pada zaman Renaissance, pelopor kepada
bassoon) yang bukan sahaja sukar untuk dimainkan malah menghasilkan nada yang lebih besar
dan kasar. Instrumen – instrumen ini tidak popular seperti alatan tiupan yang lain dan pada
pertengah abad XVII, Lully (Komposer Perancis) telah mengeluarkan instrumen ini daripada
‘band’ (kumpulan muzik) beliau.
Kemudian, pembuat alat muzik tiup kayu yang terkemuka yang berasal dari Perancis,
Jean Hotteterre (1605-1690) dan seorang pemuzik Istana, Michel Danician Philidor (1600-
1659) telah menghasilkan instrumen gaya baharu, termasuklah seruling melintang ‘transverse
flute’ . Shawm telah dirancang semula dan telah menghasilkan sebuah alat muzik baharu iaitu
Oboe, dan manakala Curtal pula telah dijadikan sebagai Basson. Instrumen baru yang telah
dihasilkan memiliki kebaikan dan fleksibaliti yang mampu bertahan di dalam orkestra Lully
dan beliau telah menerima semula alat muzik ini di dalam kumpulan muziknya. Namun pada
era 1830-an intrumen muzik tiup kayu ‘woodwind’ ini telah dirancang kembali oleh Theobald
Boehm (pemain flute German) dengan mengembangkan sebuah mekanisme sistem kunci dan
penjarian yang baru dan telah digunakan secara meluas oleh pembuat alat muzik selepasnya.
2.0 SERULING
Selain daripada alat perkusi (alat muzik ketuk), seruling juga merupakan instrumen
yang paling tua yang terkenal dan banyak contoh instrumen kuno yang telah ditemukan di
seluruh dunia. Pada awalnya seruling ditiup pada hujung alat (vertikal) dan diperbuat dari
tulang-tulang haiwan, seperti tanduk Rusa atau tulang kering kambing (tibia), yang dibuat
lubang untuk lubang tiup dan lubang penjarian. Seruling mampu menghasilkan bunyi kasar,
melengking atau seperti suara siulan. Sumber bunyi seruling berada di bahagian tidak jauh dari
puncak kepala. Di situ terdapat lubang tiupan kira-kira sebesar hujung jari. Suara di produksi
ketika dalam posisi melintang, lubang itulah yang kita tiup. Udara kita tiupkan masuk ke dalam
tabung, mengalir dan membentur sepanjang dinding tabung yang berfungsi sebagai resonator.
Keras lembutnya hembusan akan menghasilkan frekuensi nada yang berbeza-beza, tinggi atau
rendah.
Di Hierankonpolis terdapat sebuah lukisan Mesir Kuno yang berusia 5000 tahun
meggambarkan seekor Musang yang sedang bermain seruling dan ditemani seekor Kambing
hutan dan seekor Zirafah yang sedah menari. Seruling Mesir sudah ada sebelum pemerintahan
Fir’aun dan diperbuat daripada rotan atau logam. Seruling ini turut dikenali sebagai m’atsdan
sudah ada sejak 2000 SM, panjang alat muzik ini mencapai 90 – 100 cm atau 36 – 39 inci.
Bentuk bagi seruling ini termasuklah mempunyai dua hingga enam lubang jari dan dimainkan
dengan cara meniup di tepi hujung buluh. Kemudian, sebuah turunan dari m’at dikenali dengan
sebutan n’ay dan sehingga hari ini alat muzik ini masih dimainkan di beberapa Negara Muslim.
Seruling melintang (transverse flute) telah dikenalkan di Etruria dan Yunani lebih
kurang pada abad IV SM, perkara ini dibuktikan apabila gambar alat muzik ini ditemui di batu
pusara Etruscan dari tempoh yang sama dengan seni Yunani kontemporari. Rujukan awal untuk
alat muzik ini dan kaedah permainannya muncul dalam Metamorphosis karya Apuleius yang
ditulis pada abad II M.
Dari dimensi yang berbeza, di Eropah Barat turut terdapat penggunaakan seruling
melintang. Rujukan awal yang jelas tentang penggunaan alat muzik ini terjadi pada
pertengahan abad XII dari sebuah manuskrip zaman pertengahan iaitu Hortus deliciarum oleh
Abbess Herrad dari Landsberg. Sepanjang abad XIV seruling telah tersebar ke sebahagian
besar wilayah Eropah teutama sekali di Sepanyol, Perancis dan Flanders. Rujukan tertulis
pertama yang masih ada untuk alat muzik ini muncul di dalam House of Fame, karya Chaucer
(1378 – 1380).
Bertitik tolak daripada itu, Theobald Boehm (1794-1881) merupakan seorang pemain
seruling dari Munich. Beliau telah memperkenalkan instrumen berlubang besar yang mengatasi
kekurangan bunyi akustik yang tidak boleh dipisahkan di dalam seruling asal. Pada tahun 1830-
an. Perubahan boehm diklasifikasikan sebagai revolusioner apabila mereka menukar kunci atau
nada terbuka yang dikawal dengan cincin dan seruling jenis ini dimainkan hari ini.
2.2 PEMBUATAN SERULING
Bahan utama yang digunakan untuk membuatan seruling ini adalah daripada pokok
boxwood, namun terdapat juga beberapa seruling juga diperbuat daripada perak. Henry VIII
mempunyai tiga seruling yang diperbuat daripada kaca. Kaca turut menjadi bahan untuk
pembuatan alat muzik ini dan digunakan oleh pembuat seruling di Perancis pada era 1800-an.
Seiring dengan pertumbuhan perdagangan pada abad XIX, seruling telah mula diperbuat
daripada kayu yang lebih keras seperti kayu granadilla, pallisando dan rosewood dari Amerika
Selatan dan kayu Eboni dari Afrika. Namun pada masa kini, seruling yang diperbuat daripada
kayu jarang digunakan lebih- lebih lagi dalam sebuah orkestra. Hal ini kerana, Seruling yang
diperbuat daripada perak mahupun logam yang lebih padat seperti campuran emas dan
platinum dapat menghasilkan ton warna atau nada yang lebih ekspresif.
Seruling melintang diyakini digunakan pertama kali di dalam orkestra pada tahun 1681,
sebagai pengiring balet Lully untuk Istana perancis. Pada tahun 169, seruling telah dibawa
masuk ke dalam kumpulan muzik Istana (Chapel) Kerajaan Perancis dan selama 50 tahun akan
datang, ditambah dengan kemajuan konsert awam di Perancis, Jerman dan Inggeris, insterumen
ini menjadi ahli orkestra yang sangat diperlukan. Kemudian pada tahun 1702, Michel de la
Barre telah memperkenalkan kepada dunia tentang karyanya, ‘Pieces pour la flute traversiere
avec la basse- continue-‘ yang merupakan muzik terbitan pertama untuk seruling solo. Pada
tahun 1717, instrumen itu menerima meterai kelulusan apabila J.S Back membuat lembaran
muzik khas untuk seruling melintang. Walaupun begitu, beliau masih menyukai alat muzik
rekoder (recorder) iaitu sebuah seruling jenis lama yang mempunyai nada yang lebih manis
berbanding bunyi seruling yang tinggi. Pada akhir abad XVIII posisi seruling melintang adalah
selamat namun instrumen itu telah digantikan sepenuhnya oleh rekorder di dalam orkestra.
Kemudian, sekitar tahun 1750 rekorder yang dikenali di Perancis sebagai flute d’Angleterre
telah dibuang kerana berpihak kepada seruling melintang yang menawarkan rangkaian yang
lebih dinamik dan kawalan corak nada yang lebih baik dan pada 1790 rekorder telah
dihilangkan sepenuhnya di dalam orkestra.
2.4 SERULING ALTO DAN BES
Tanda nada dalam G dan satu per empat lebih rendah daripada seruling konsert
(seruling melintang), seruling alto telah dikembangkan pada era 1890-an oleh Theobald
Boehm. Instrumen ini popular di Perancis dan bunyi yang dikeluarkan lebih menyenangkan
dan tidak tajam. Seruling alto ini merupakan versi besar daripada seruling standard dan
panjangnya mencapai 87 cm/ 34 inci, khusus disesuaikan untuk membolehkan pemain
mencapai lubang dengan ruang yang lebih luas. Seruling alto pernah dikatakan menjadi
instrumen kegemaran boehm yang berkaitan dengan gaya lagu yang berbeza, instrumen ini
menghasilkan bunyi yang tidak diragukan, nada yang penuh dengan suara yang sering timbul
di semua peringkat nada, dan digunakan untuk efek keindahan dalam tiga karya terkenal yang
digubah antara 1912 dan 1916: Daphnis et Chloe karya Ravel (1912), The Rite of Spring karya
Stranvisky (1913) dan The Planet karya Holst (1916). Seruling alto terbaru digunakan dalam
karya Britten untuk pentas, dalam komposisi oleh Boulez dan Stochausen dan dalam muzik
yang disusun untuk televisyen.
Seruling bes memiliki pola nada satu oktaf lebih rendah dibawah seruling biasa.
Ukurannya lebih kurag 130 cm/ 51 inci, dan mempunyai badan yang melengkung seperti huruf
J ke belakang berhampiran mouthpiece untuk kegunaan yang lebih mudah. Biasanya alat ini
hanya digunakan dalam paduan suara seruling, kerana mudah ditenggelamkan oleh instrumen
lain yang standing dengannya seperti klarinet. Namun masa kini seruling bes jarang ditemukan.
Piccolo dalam bahasa Itali memberi maksud kecil. Oleh itu Piccolo ialah seruling
separuh saiz daripada seruling konsert dan merupakan ahli keluarga alat muzik woodwind.
Piccolo moden menggunakan penjarian yang sama seperti saudaranya yang lebih besar,
seruling melintang tetapi suara yang dihasilkan adalah satu oktaf lebih tinggi daripada yang
ditulis di dalam skor.
Dari segi sejarah, piccolo tidak mempunyai tanda nada, dan tidak boleh dikelirukan
dengan fife, yang mempunyai lubang yang lebih kecil dan oleh itu lebih nyaring. Piccolo
digunakan bersamaan dengan pancaragam dalam pembentukan tradisional di Karnival Basel,
Switzerland. Terdapat satu mitos bahawa salah satu karya paling awal menggunakan piccolo
ialah Ludwig van Beethoven Symphony No. 5 dalam C minor, yang di persembahkan pada
Disember 1808. Walaupun Joseph Haydn dan Wolfgang Amadeus Mozart menggunakannya
dalam simfoni mereka, namun terdapat beberapa orang sezamannya tidak termasuklah Franz
Anton Hoffmeister, Franz Xaver Süssmayr dan Michael Haydn. Mozart turut menggunakan
piccolo dalam opera Idomeneo.
Fife adalah alat muzik di dalam keluarga aerophone yang bersaiz kecil, nada tinggi,
melintang, sama seperti piccolo. Ukurannya lebih kecil dari seruling dan memiliki lubang yang
lebih kecil kerana suaranya yang lebih nyaring dan keras. Fife berasal dari Eropah, abad
pertengahan dan sering digunakan di dalam angkatan perang Inggeris sehingga 1890-an, unit
ketenteraan dan pancaragam. Alat muzik ini tidak dimainkan di dalam orkestra malah hanya
digunakan di dalam pancaragam .