Karangan Berkaitan Nilai Murni

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

Pada era globalisasi ini, sama ada kita sedar ataupun tidak lantaran terlalu dihidangkan

dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia, kita acapkali tersentak
dengan pelbagai masalah sosial yang beronal dalam masyarakat kita. Masyarakat kita pada
masa kini seolah-olah tidak lagi mempedulikan kepentingan nilai-nilai murni yang seyogianya
ada dalam dalam diri kita masing-masing. Tidak dapat dinafikan bahawa masyarakat pada hari
ini terlalu materialistik dan mementingkan kemewahan. Oleh itu, tanggapan sesetengah pihak
yang menganggap kononnya nilai kasih sayang yang boleh ditukar ganti dengan harta benda
merupakan satu kesilapan besar. Sebenarnya, gejala sosial yang semakin berleluasa ini
berpunca daripada kekurangan pengajaran nilai murni daripada ibu bapa mereka. Ibu bapa
terlalu sibuk dan tiada masa untuk menerapkan nilai-nilai murni kekeluargaan seperti
kesopanan, adab dan kelakuan yang baik kepada anak-anak. Oleh itu, dalam usaha memupuk
nilai murni dalam diri setiap warganegara Malaysia, setiap masyarakat perlu mengamalkan
nimai murni bagi membina sebuah negara yang harmoni.Penerapan nilai-nilai murni dapat
mempengaruhi diri seseorang itu menjadi seorang yang berhati mulia. Nilai-nilai murni
merupakan amalan baik yang perlu ada pada setiap orang supaya segala tindakan mereka
tidak menyeleweng dari norma-norma sosial yang dikehendaki dalam masyarakat. Nilai-nilai
murni ini dapat melahirkan insan yang unggul dan utopia demi merealisikan misi nasional
negara. Lantaran itu, subjek Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam telah diajar di sekolah-
sekolah untuk membentuk generasi muda yang sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan mereka. Nilai-nilai murni penting dalam kehidupan untuk melahirkan insan yang
berakhlak mulia. Sesungguhnya berakhlak mulia amat dituntut dari sudut budaya, peradaban
dan agama kita. Amalan nilai-nilai murni dapat membentuk insan yang seimbang dari segi
jasmani, emosi, rohani dan intelek. Kini, bilangan pelajar di negara kita sejumlah 5 juta orang,
jika tidak diterapkan dengan nilai-nilai murni sejak di bangku sekolah maka mereka akan
menjadi generasi yang akan merugikan negara pada masa kelak. Hal ini kerana, nilai-nilai
murni akan mencerminkan suasana kehidupan yang harmoni di Malaysia. Selain itu, perlu
adanya nilai-nilai murni dalam kehidupan adalah untuk membentuk masyarakat yang
berpegang teguh kepada ajaran agama. Kepatuhan kepada agama dapat membentuk insan
mulia yang sentiasa patuh kepada Tuhan dan setia kepada negara. Masyarakat di Negara kita
terdiri daripada pelbagai kaum dan agama.Setiapa kaum di Malaysia mempunyai budaya yang
unik dan warisan budaya tersendiri.Contohnya terdapat perbezaan antara tarian,muzik,bahasa
dan dialek yang digunakan oleh pelbagai kaum.Oleh itu, penting bagi masyarkat Malaysia
mempraktikkan nilai murni dalam kehidupan seharian mereka.
Antara nilai murni yang patut diamalkan oleh masyarakat Malaysia ialah saling
menghormati. Nilai hormat-menghormati ini penting bagi rakyat Malaysia kerana rakyat
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum. Setiap rakyat Malaysia mesti menghormati budaya,
adat resam, dan agama kaum lain. Sesungguhnya, sikap hormat-menghormati ini akan dapat
memupuk perpaduan kaum dan menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang
aman.Penerapan nilai-nilai murni mampu melahirkan masyarakat yang saling menghormati
antara satu sama lain. Nilai hormat-menghormati amat penting dan merupakan satu perkara
yang patut diteladani oleh masyarakat Malaysia, Sebagai contoh, masyarakat Malaysia boleh
saling bertegur sapa tanpa mengira usia, jantina mahupun warna kulit malah mempraktikkan
lirik lagu “senyum tak perlu kata apa-apa”, maka secara automatik mereka dapat menzahirkan
rasa hormat dalam diri masing-masing. Sudah terang lagi bersuluh bahawa apa yang
dinyatakan dalam peribahasa Melayu adalah tepat, bak kata pepatah ” yang tua dihormati, yang
muda disayangi”. Kata orang, “terlajak perahu boleh diundur, terlajak laku atau kata buruk
padahnya”. Cetusan gagasan Konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Dato Sri Mohd
Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia yang keenam merupakan langkah yang
bertepatan dengan suasana dan cita rasa rakyat yang semakin goyah akibat fahaman politik
yang berbeza. Konsep ini membawa aspirasi untuk membaiki hubungan kaum bagi memastikan
rakyat Malaysia dapat menjalin perpaduan yang lebih erat. Perkara asas yang perlu diwujudkan
dalam semangat perpaduan adalah perasaan hormat-menghormati. Apabila wujud sikap saling
menghormati, masyarakat akan dapat hidup dalam suasana yang harmoni dan gembira
walaupun hidup dengan masyarakat yang berbeza budaya, adat dan kepercayaan. Dalam pada
itu, perselisihan faham antara kaum atau rusuhan kaum seperti peristiwa 13 Mei 1969 dapat
dielakkan. Ulang tahun kemerdekaan yang ke-51 iaitu pada tahun 2008 yang bertemakan
‘Perpaduan Teras Kejayaan’ jelas menunjukkan pentingnya perpaduan kaum dalam negara kita
yang terdiri daripada rencaman bangsa. Pepatah ada menyatakan bahawabersatu teguh
bercerai roboh justeru apabila masyarakat bersatu, negara dapat berkembang dengan maju
dan anasir-anasir luar tidak dapat menggugat kestabilan negara dengan mudah. (P)Tegasnya,
konsep perpaduan dapat dicapai dengan mudah sekiranya nilai saling menghormati
dipraktikkan oleh masyarakat Malaysia.
Di samping itu, nilai murni seterusnya yang patut diamalkan oleh masyarakat Malaysia
ialah nilai kerjasama. Masyarakat berbilang kaum yang tinggal di negara Malaysia hidup dalam
keadaan aman dan harmoni.Tanpa kerjasama dalam kalangan masyarakat,negara akan
menjadi huru-hara dan tidak stabil.Akibatnya,pembangunan sektor ekonomi,politik dan sosial
akan terbantut ekoran rapuhnya semangat perpaduan dalam kalangan pelbagai
pihak.Hakikatnya,beberapa langkah proaktif boleh diambil bagi mengekalkan dan mengukuhkan
lagi semangat kerjasama yang telah wujud dalam kalangan masyarakat.Antaranya,rakyat
Malaysia sering meraikan hari perayaan bersama-sama.Sebagai contoh semua kaum bersama-
sama meraikan Hari Raya Aidilfitri. Sudah menjadi lumrah dalam kehidupan manusia, kita perlu
hidup saling bergantungan antara satu sama . Asas yang perlu ada dalam diri setiap individu
adalah sikap ingin bertanya dan menambah ilmu pengetahuan. Bak kata pepatah 'malu
bertanya sesat jalan'.Walaupun kita yakin pada diri sendiri dalam melakukan sesuatu, tidak
mungin perkara tersebut dapat dilakukan dengan jayanya tanpa bantuan daripada pihak lain.
Contoh, kita merancang untuk mengadakan sebuah program baktisiswa. Sebagai pengarah
program atau ketua, kita perlu menubuhkan jawatankuasa untuk mengendalikan program
tersebut. Kejayaan program ini akan dikecapi apabila kita mendapat kerjasama daripada semua
pihak yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung.Nilai murni 'kerjasama' dapat
didefinisikan sebagai usaha yang dilakukan bersama-sama atau saling membantu antara dua
atau beberapa pihak. Kita lebih mudah untuk bekerjasama dengan pihak luar apabila
mempunyai kemahiran bahasa yang baik. Seseorang yang pandai dan bijak berkata-kata
mampu menjalinkan kerjasama yang erat dengan semua pihak. Penggunaan bahasa yang
lembut dan kata-kata yang indah mampu meyakinkan pihak luar untuk bekerjasama dengan
kita. Oleh itu, jelaslah bahawa penggunaan bahasa penting dalam menjalinkan kerjasama
dengan pihak lain. Penggunaan bahasa merupakan salah satu aspek yang penting dalam
komunikasi. Apabila kita ingin menarik minat orang lain, kata-kata yang dituturkan perlulah
mengikut tahap pendidikan atau latar belakang orang yang kita ingin berinteraksi. Maka,
kerjasama yang ingin kita jalankan dapat berjalan dengan baik dan lancar. Perkara utama yang
kita perlu titik beratkan adalah jangan membezakan orang yang ingin kita lakukan kerjasama
berdasarkan bangsa dan agamanya. Kita perlu ada semangat perpaduan dan menjalinkan
kerjasama dengan semua kaum yang ada di Malaysia. Sekadar selingan untuk pembaca :
‘Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing’ - sesuatu pekerjaan yang dilakukan bersama-
sama.Selain itu,aktiviti bergotong-royong akan mewujudkan semangat kerjasama antara
kaum.Sebagai contoh,masyarakat bergotong-royong membersihkan kawasan tempat
tinggal.Hasilnya kualiti hidup masyarakat dapat ditingkatkan melalui persekitaran yang
bersih.Selain itu,bantuan dan sokongan yang dihulurkan dapat meringkan bebanan yang dipikul
oleh setiap anggota masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai