Kertas Kerja Program Awal Remaja 2017

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

SK SUNGAI MACHANG, LENGGENG NEGERI SEMBILAN

KERTAS KERJA AWAL REMAJA

PROGRAM BIMBINGAN AWAL REMAJA

TARIKH

6 OKTOBER 2017

MASA

8.00 – 10.00 PAGI

TEMPAT

DEWAN SK SUNGAI MACHANG, LENGGENG

ANJURAN

HAL EHWAL MURID

KERJASAMA

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1.0 PENDAHULUAN

Remaja adalah merupakan suatu peralihan masa daripada alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula
daripada usia 10 hingga 19 tahun. Walau bagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang individu dengan
individu yang lain. Ketika ini remaja-remaja lelaki dan perempuan secara sedar atau tidak akan mengalami perubahan
dari segi bentuk tubuh badan dan emosi. Perubahan-perubahan ini berlaku akibat tindakan hormon dalam badan yang
lazimnya dialami sewaktu berada dalam lingkungan umur remaja.

2.0 OBJEKTIF

2.1 Memberi pendedahan kepada murid-murid dalam menempuhi alam remaja.

2.2 Membantu murid membuat persediaan diri dengan lebih awal bagi menempuhi alam remaja dengan penuh yakin.

2.3 Supaya murid dapat menerima dan memahami akan perubahan fizikal, mental dan emosi diri

dengan sebaik mungkin.

2.4 Murid mengetahui akan kepentingan menjaga keselamatan diri dan adab sopan.

2.5 Supaya murid boleh menjaga kebersihan dan kesihatan diri dengan sempurna.

3.0 TARIKH

6 Oktober 2017

4.0 TEMPAT

Dewan SK Sungai Machang

5.0 SASARAN

Murid tahun 3, 4, 5 dan 6.


6.0 JAWATANKUASA PELAKSANAAN PROGRAM

Penasihat : En. Mohd. Aniza Bin Mohd. Yunus (GB)

Timbalan Penasihat : Pn. Malini a/p Vesuvanathan ( PK HEM)

Pn. Siti Zubaidah binti Ahmad Don (PK PENTADBIRAN)

: Pn. Faridah Bt Hamid (PK KOKO)

Penyelaras : Pn. Noorhayati binti Ahmad (Unit Bimbingan Dan Kaunseling)

Setiausaha : Pn. Suriya binti Mohd Said

Urusetia : Semua AJK Unit Kesihatan

AHLI JAWATANKUASA

PA System : En. Rosli Khan bin Illadad Khan

En. Mohd. Azman bin Kamari

Dokumentasi : Pn. Noorhayati binti Ahmad

En. Mohd Hatta bin Zulkapli

Penyediaan Dewan/Peralatan : En. Khairul Nizam bin Mustafa

Pn. Faridah binti Hamid

Pn. Noor Aslina binti Ludin

Kawalan Murid : En. Noorul Azman bin Zakaria

Pn. Asikin binti Said

Juruacara Majlis : Pn. Syuhada binti Buhollia

Cenderahati Penceramah : Pn. Suriya binti Mohd Said

Jamuan : Pn. Norhazan binti Malek

Pn. Rokiah binti Yaacob


7.0 TENTATIF PROGRAM

MASA ATURCARA
7.40 pagi Peserta mengambil tempat
7.40 pagi Nyanyian lagu negaraku
Bacaan doa (Ustaz Khairul Nizam)
Taklimat ringkas mengenai program
8.00 pagi Sesi ceramah bermula
(Penceramah: Wakil dari Klinik Kesihatan Mantin)
9.30 pagi Sesi soal jawab bersama murid
10.00 pagi Majlis penutupan program oleh Guru Besar SK Sungai
Machang (En. Mohd Aniza bin Mohd. Yunus)
Penyampaian cenderahati kepada penceramah
10.30 pagi Bersurai ( murid rehat)

8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

1. Jamuan Murid ( 131 orang x RM2.50 x 1 hari) = RM327.50

9.0 PENUTUP

Semoga Program Bimbingan Awal Remaja yang diadakan mendapat kerjasama daripada semua pihak dan murid
dapat mengaplikasikan ilmu yang diperolehi daripada program ini dalam kehidupan seharian kelak.

Disediakan Oleh, Disemak Oleh, Disahkan Oleh,

(NOORHAYATI BINTI AHMAD) (MALINI A/P VESUVANATHAN) (MOHD ANIZA BIN MOHD YUNUS)
Setiausaha, GPK HEM, Guru Besar,
Unit Bimbingan & Kaunseling, SK Sungai Machang SK Sungai Machang.
SK Sungai Machang.

Anda mungkin juga menyukai