Kertas Kerja Makan Dan Alat Tulis Semasa Peperiksaan Upsr

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CUEPACS

BATU 9, 43200 CHERAS,


SELANGOR DARUL EHSAN

KERTAS KERJA

PROGRAM KECEMERLANGAN UPSR 2018

ANJURAN

JAWATAN KUASA TAHUN ENAM


SK TAMAN CUEPACS
KERTAS KERJA

PROGRAM KECEMERLANGAN CALON UPSR 2018

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN CUEPACS

1.0 PENGENALAN

Peperiksaan UPSR adalah peperiksaan rasmi yang akan diambil oleh murid-murid tahun 6.
Peperiksaan ini akan diadakan pada 24 hingga 27 September 2018. Peperiksaan adalah penentu
masa depan anak-anak ini.

2.0 TUJUAN

2.1 Tujuan Kertas Kerja ini adalah untuk memohon sumbangan berupa wang tunai untuk

makan dan minum serta set alat tulis pada hari peperiksaan nanti. Kami berharap agar

permohonan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan.

Dengan sumbangan ini dapatlah kami menjamu sedikit makanan dan minuman serta

memberikan set alat tulis untuk anak-anak tahun 6 pada hari peperiksaan UPSR.

3.0 OBJEKTIF DAN MATLAMAT

3.1 Menghargai kebolehan murid.

3.2 Menggalakkan perkembangan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu bagi

melahirkan insan yang bersahsiah tinggi, berdaya saing dan berwawasan.

3.3 Memberikan tenaga dan kecerdasan minda kepada murid semasa menjawab soalan

peperiksaan.
3.0 CADANGAN

3.1 Tarikh : 24 – 27 September 2018


3.2 Hari : Isnin - Khamis

4.0 SASARAN
Semua murid Tahun 6 SK Taman Cuepacs

5.0 SUMBER KEWANGAN


- Sumbangan daripada mana-mana pihak

6.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

BIL PERKARA JUMLAH

1 Sarapan pagi – RM 3.00 x 120 orang x 4 hari RM 1440.00

2 Set alat tulis - RM10.00 x120 orang RM 1200.00

JUMLAH RM 2640.00

9.0 JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Tn Hj. Ishak bin Abdullah


Pengerusi 1 : En. Mohamad Abdul Latif bin Abdul Majid
N/Pengerusi : Pn. Hasida bt Ali
En. Mohammad Razalli bin Mohd Noor
Penyelaras : Pn. Norazlina bt Nizal
Setiausaha : Pn. Sabidah bt Masikon
10.0 PENUTUP
Harapan kami semoga pihak tuan dapat mempertimbangkan dan meluluskan kertas kerja
ini supaya hari peperiksaan yang akan dijalankan dapat dilaksana sebagaimana yang
dirancang.

Disediakan oleh:-

(NORAZLINA BT NIZAL)
Penyelaras Tahun 6,
Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs.

Disemak oleh:-

(MOHAMAD ABDUL LATIF BIN ABDUL MAJID)


Guru Penolong Kanan Pentadbiran,
Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs.

Disah oleh:-

(TN HJ ISHAK BIN ABDULLAH)


Guru Besar,
Sekolah Kebangsaan Taman Cuepacs.

Anda mungkin juga menyukai