Soalan 2 (Perjanjian Pankor) Esei Rahima
Soalan 2 (Perjanjian Pankor) Esei Rahima
Soalan 2 (Perjanjian Pankor) Esei Rahima
0 Pengenalan
Kemunculan kapitalisme di negeri- negeri Melayu, terutama Perak, Selangor dan Sungai Ujong
bermula lebih awal lagi sebelum adanya campur tangan British secara rasmi di Tanah Melayu
pada 1874.1 Permulaan pertapakan British di Tanah Melayu agak berlainan dengan keadaan
pertapakannya di kawasan lain kerana ia dicetuskan oleh perubahan- perubahan yang ada di
Tanah Melayu khususnya dalam pengeluaran logam timah dan bukannya penanaman
pertanian.2
Tanah Melayu telah diperintah atau dijajah oleh pelbagai negara sebelum kewujudan
kerajaan Melayu Melaka lagi. Misalnya dari Srivijaya, Portugis, British, Belanda dan Jepun.
Kesemua negara penjajah ini melakukan penjajahan ke atas Tanah Melayu hanyalah semata-
mata untuk kepentingan negara mereka sendiri. Hal ini disebabkan oleh kekayaan hasil bumi
yang ada di Tanah Melayu pada waktu tersebut ekoran penemuan bijih timah terutamanya di
kawasan Perak, Sungai Ujong dan Selangor. Pada abad ke 19, Eropah dan Tanah Melayu telah
berlaku beberapa perubahan yang mendorong British campur tangan terhadap pentadbiran
Revolusi perusahaan yang berlaku di England sebagai sebuah perusahaan yang penting.
Ledakan revolusi ini telah membawa kepada keperluan bahan mentah dan memaksa British
meluaskan pasarannya untuk mencari pasaran baru. Dasar perluasan kuasa ke Alam Melayu
telah menarik British untuk menjajah Tanah Melayu.3 Di Eropah, setiap negara penjajah akan
menjadi kaya dan dipandang seluruh dunia apabila mereka mempunyai hasil kekayaan yang
1
P.l Burns, “Kapitalisme dan Negeri- Negeri Melayu”, (terj.) Hashim Hussin Yaacob, Kajian Malaysia IV, 2,
(Disember, 1996) : 1.
2
Ibid
3
Qasim Ahmad, Revolusi Industri Pertama : Sejarah Permasalahan sosioekonomi dan politik, (Kota Kinabalu :
Universiti Malaysia Sabah, 1999), ms.19.
1
dibawa dari negara yang dijajah dan didagangkan semula kepada negara- negara Eropah yang
lain.
Ketidakstabilan politik dan peperangan seperti Perang Saudara dan Perang Napoleon
ketidakstabilan ekonomi di pasaran dunia dan politik negara- negara di sekitarnya. Keadaan ini
telah mendorong negara lain seperti British untuk mencari dan menjalankan dasar kolonimisme
ke atas Tanah Melayu bagi menstabilkan ekonomi dan mengaut keuntungan negara terbabit.
Keadaan ini seiring dengan konsep gold, glory dan gospel yang digunakan oleh negara Barat
seperti British untuk menguasai tanah jajahan seperti Tanah Melayu. Gold beerti kekayaan
yang mana kekayaan tersebut diperoleh dengan mengaut kekayaan ekonomi di negara
jajahannya, manakala glory pula bermaksud kejayaan. Kejayaan ini melambangkan kejayaan
mereka merampas segala kekayaan hasil bumi di tanah jajahan. Gospel pula bermaksud agama
di mana mereka berusaha untuk menyebarkan agama Kristian mereka dan melenyapkan agama
Dasar perluasan kuasa British ke Tanah Melayu dilihat seiring dengan konsep gold,
glory dan gospel bermula apabila tercetusnya Perjanjian Pangkor 1874 yang mana ia
merupakan penglibatan secara rasmi British ke Alam Melayu. Oleh hal yang demikian, saya
bersetuju bahawa matlamat Perjanjian Pangkor 1874 semata – mata untuk menguasai ekonomi
Tanah Melayu khususnya bijih timah. Namun, faktor lain juga seperti ingin mengecilkan
pengaruh agama islam dan ketidakstabilan politik Tanah Melayu khususnya Perak serta
keadaan huru hara di Tanah Melayu telah membuka peluang kepada British untuk masuk ke
Tanah Melayu sehingga termeterainya Perjanjian Pangkor 1874 yang melihatkan penglibatan
2
2.0 Apakah yang mendorong tercetusnya Perjanjian Pangkor 1874
Perjanjian Pangkor yang dimeterai pada 1874 ini telah membuka lembaran sejarah baru
perjanjian ini telah menyebabkan pertapakan secara rasmi British di Tanah Melayu. Perjanjian
Pangkor yang tercetus ini bukan semata – mata untuk menguasai ekonomi Tanah Melayu
khususnya bijih timah tetapi ianya turut meliputi pelbagai aspek yang membolehkan British
Matlamat utama Perjanjian Pangkor 1874 dilihat semata- mata untuk menguasai ekonomi
Tanah Melayu khususnya bijih timah. Hal ini demikian kerana, Tanah Melayu pada waktu
dahulu kaya dengan bijih timah yang dilihat telah lama berperanan dalam pertumbuhan
ekonomi. Pertumbuhan dalam permintaan timah ini mulai meluas pada abad ke 18 sebaik
sahaja Belanda, British dan saudagar- saudagar Asia Tenggara menggunakan logam timah ini
dalam dagangan tempatan, dagangan antara Asia dan dagangan antara Eropah yang semakin
meningkat saban tahun.4 Barangan logam ini menjadi penting dalam dagangan antara wilayah
khususnya dengan negara China kerana nilai dan komposisi serta corak dagangannya menjadi
kapitalisme British kerana ianya berkait rapat dengan asas perindustrian ekonomi di negara
tersebut. Hal ini didorong oleh ekonomi perindustrian kapitalisme British dan pertumbuhan
ekonomi “keping-timah” di negara Wales dan England yang telah meningkatkan permintaan
timah lanar dan nilai timah itu sendiri di mana negeri – negeri Melayu seperti Perak, Selangor
dan Sungai Ujong dilihat mempunyai keupayaan untuk menampung permintaan timah di
4
Ibid, ms. 61
5
Wong Lin Ken, Western Enterprise and The Development of The Malayan Tin Industry to 1914 dalam Economic
Development of South East Asia. Disunting oleh C. Cowan (London : G. Allen dan Unwin, 1964) ms. 55.
3
pasaran dunia.6 Keadaan ini ditambah lagi apabila berlaku pengurangan dan pemansuhan
sekatan- sekatan terhadap pengimportan timah ke Britain sejak 1853. Hal ini telah
membolehkan “timah-selat” untuk megatasi timah Cornish dan Banka, Indonesia sejak 1880-
Sebelum kedatangan dan campur tangan British di Tanah Melayu, negeri – negeri
Melayu telah mengusahakan lombong – lombong lama bijih timah secara insentif lagi.
Perusahaan perlombongan bijih timah ini dipergiatkan lagi secara meluas apabila pencarian
logam yang meluas di pasaran dunia yang menyebabkan permintaan terhadap bahan logam
tersebut meningkat melebihi penawaran. Dahulunya, bijih timah digunakan sebagai mata wang
di kebanyakan negeri di Tanah Melayu dalam bentuk “jongkong”.8 Keperluan bijih timah di
Tanah Melayu ini meningkat secara mendadak apabila berlaku revolusi perindustrian di Eropah
yang mendesak British untuk mencari tanah jajahan yang baru bagi menampung kekurangan
timah di Britain.
Perlombongan timah di Tanah Melayu telah diperluaskan dalam pelbagai bentuk secara
bersungguh- sungguh dari 1840-an di Perak, Selangor dan Sungai Ujong. Sebelum tahun 1840-
an, Perak terkenal dengan hasil bijih timah yang banyak sejak Zaman Kesultanan Melayu
Melaka lagi di sepanjang kiri dan kanan Sungai Perak.9 Sejak 1870-an timah dilombongkan
secara besar- besaran di Perak terutamanya di Lembah Kinta dan Larut di mana seramai antara
20000 hingga 40000 pekerja – pekerja China yang melombong di kawasan tersebut.10
Kepesatan kegiatan perlombongan ini membuatkan British tertarik dan menganggap Perak
sebagai sebuah negeri yang penting untuk meluaskan kuasa dan mengaut keuntungan ekonomi
6
Ibid, ms.61
7
Ibid, ms.61
8
Alvi Sudin, “Kemasukan Orang Cina Dan Perlombingan Bijih Timah Di Kaki Bukit, Perlis “ , Jurnal Warisan
Indera Kayangan (Bil.3- 1991) : 2
9
Mohd Zamberi A. Malek, Larut Daerah Terkaya ( Bangi, Selangor : Universiti Kebangsaan Malaysia, 2001),
ms.25.
10
Ibid
4
Tanah Melayu. Keadaan ini ditambah pula dengan perkembangan utama yang
mentranformasikan industri timah di Tanah Melayu sebagai pengeluar utama dunia iaitu
kemasukan beramai-ramai imigran Cina ekoran penubuhan Negeri- Negeri Selat dan
Perusahaan perlombongan timah di Perak telah diusahakan oleh Long Jaafar apabila
beliau menemui lokasi bahan bijih timah sewaktu mandi di sungai tersebut.11 Pada tahun 1840,
beliau mengusahakan perlombongan timah secara besar- besaran dengan membawa masuk
Resende, sejumlah lebih kurang 400 kati bijih timah dijadikan sebagai pembayaran ufti dan
Perak menjadikan timah sebagai bahan bernilai untuk berunding dengan kuasa luar. 12 Di
Selangor pula, kepesatan perlombongan berlaku di tiga kawasan sungai iaitu sungai Selangor,
sungai Klang dan sungai Langat. Kawasan Lembah Klang merupakan tempat perlombongan
yang diusahakan oleh pelombong- pelombong Cina iaitu sebanyak 15000 orang.13 Bilangan
untuk plat timah. Plat timah ini dikeluarkan menerusi proses tining. 90% plat tin ini digunakan
dalam industri pembungkusan dan pengetinan makanan selain untuk produk lain seperti
pengilangan sudu dan teleskop serta penyimpanan minyak petroleum dalam tong. 14 Selain itu,
plat tin juga digunakan pateri (solder), pelapis gangsa dan aloi daripada berkarat. Dalam dekad
ke 2, abad ke 19 telah berlaku siri peperangan di Eropah dan keadaan ini menekan peningkatan
11
Mohd Zamberi Malek, Larut Daerah Terkaya, ms.25
12
Ibid, ms.26
13
P.L.Burns (terj.) Hashim Hussin Yaacob, Kapitalisme Dan Negeri- Negeri Melayu, ms. 62
14
Wong Lin Ken. The Malayan Tin Industry To 1914: With Special Reference To The States Of Perak Selangor,
Negeri Sembilan and Pahang. (Tucson : University of Arizona Press, 1965). ms.5
5
keperluan mengetin makanan bagi golongan tentera di medan peperangan. Negara Britain
dilihat tidak mampu untuk menampung kekurangan ini. Jadi British terpaksa mencari kawasan
baru untuk mengaut keuntungan serta menstabilkan harga bahan komoditi tersebut. Maka,
dengan melihat kekayaan yang ada di Tanah Melayu khusunya Perak mampu untuk
Jadi, dapat disimpulkan bahawa matlamat utama Perjanjian Pangkor adalah semata –
mata bertujuan untuk mengaut keuntungan ekonomi khususnya bijih timah. Perlu diingatkan
bahawa, British atau negara lain tidak akan menjajah sesebuah negara jika ianya tiada
kepentingan buat mereka. Faktor ekonomi dilihat faktor utama dasar kolonomisme British
Namun begitu, faktor lain juga seperti ingin mengecilkan kuasa perundangan agama Islam turut
1874. Kedatangan British bukan sahaja semata – mata untuk mengaut keuntungan ekonomi
khususnya bijih timah tetapi usaha untuk mengecilkan kuasa perundangan agama Islam turut
menjadi agenda dalam pertapakan mereka ke Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana, agama
Islam merupakan agama rasmi masyarakat Melayu dan ia dilihat sebagai penghalang kepada
British untuk menjalankan perniagaan seperti perjudian dan pelacuran di Tanah Melayu.
Sebagaimana yang kita ketahui, negeri – negeri Melayu sebelum masuknya pengaruh
kerajaan British, undang- undang asas atau undang – undang negeri ialah undang undang Islam
bersama adat Melayu.15 Hal ini dapat diperjelaskan lagi jika dilihat di zaman kerajaan Melayu
15
Muhamad Yusoff Hashim, Kesultanan Melayu Melaka (Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989),
ms.219.
6
Melaka di mana Melaka merupakan sebuah kerajaan Melayu tertua di Semenanjung Tanah
Melayu yang pertama mempunyai undang – undang bertulis.16 Oleh hal yang demikian,
penghukuman Islam sejak dari zaman Melaka telah dijadikan tunjang undang- undang kepada
negeri –negeri Melayu yang lain di Tanah Melayu.17 Hal ini terbukti apabila Hukum Kanun
Melaka yang terkandung ciri – ciri dan perundangan Melayu - Islam telah dijadikan rujukan
misalnya dalam Undang- undang Johor, Undang- undang Kedah dan Undang – undang 99
Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka, Islam berada di puncak kegemilangan yang
mana Islam dilihat telah membawa kepada ramai kedatangan pedagang Arab dan India untuk
membuat urusan perdagangan di Melaka.18 Hal ini jelas melihatkan agama Islam memainkan
peranan penting dalam sejarah perundangan Islam di Tanah Melayu sehingga dapat menarik
ramai negara- negara Islam untuk berdagang. Keadaan ini telah membentuk satu badan
perundangan Islam yang kuat iaitu sistem kehakiman dan pentadbiran yang berasaskan Islam.
Ekoran daripada hal ini, British cuba untuk mengecutkan kuasa perundangan agama Islam di
Tanah Melayu yang semakin hari semakin kuat kerana dilihat boleh menggugat kemaraan
mereka. Justeru itu, banyak pembaharuan yang telah dilakukan oleh British dalam usaha untuk
mengecilkan status agama Islam sebagai agama utama dalam kalangan masyarakat di Tanah
Melayu.
bagi struktur mahkamah sebelum kedatangan British dan Carta 2 menunjukkan sistem
kehakiman Kesultanan Melayu pada zaman pertengahan penjajahan British di Tanah Melayu
16
Ibid, ms.219
17
Ibid,ms. 222
18
Syed Naquid al- Attas, Preliminary Sratement on a General Theory of the Islamization of the Malay, 1969
dalam Ramizah Wan Muhammad, “ Sejarah Pentadbiran Kehakiman Islam di Malaysia: Satu Sorotan”, 21
(Kanun) (1) (Mac 2009) : 4
7
(1800-1900). Melalui carta ini, kita dapat lihat perbezaan struktur kehakiman sebelum dan
semasa penjajahan British yang sedikit demi sedikit merombak institusi yang sebelum ini.
Carta 1 : Kesultanan Melayu Lama di Malaysia (1511- 1800) bagi struktur mahkamah
Sultan
Mahkamah Balai
Sultan
Berdasarkan Carta 1 dan Carta 2 di atas, dapat kita lihat perbezaan antara sistem
kehakiman dan pentadbiran sebelum kedatangan British dan zaman pertengahan penjajahan
British di Tanah Melayu. British telah mengecilkan kuasa perundangan Islam apabila kuasa
mahkamah balai dihapuskan pada 1920. Ini telah membuktikan bahawa British sememangnya
19
Ibid, ms.4
20
Ibid, ms.5
8
berniat untuk campur tangan dalam hal ehwal agama islam kerana tindakan mereka yang
merombak segelintir struktur kehakiman perundangan Tanah Melayu yang diwarisi sejak
Kesultanan Melayu Melaka lagi. Tindakan British ini bertujuan untuk mengecilkan kuasa
perundangan Islam kerana ianya dilihat akan menghalang perniagaan perjudian dan pelacuran
yang ingin diketengahkan oleh mereka. Hal ini dilihat bertentangan dengan agama Islam kerana
Islam menghalang sekeras- kerasnya kegiatan tersebut daripada berleluasa. Oleh itu, jelaslah
bahawa selain kepentingan ekonomi, keinginan untuk mengecilkan kuasa perundangan islam
juga merupakan agenda British untuk menjajah Tanah Melayu sehingga tercetusnya Perjanjian
Pangkor 1874.
Selain itu, ketidakstabilan politik di Tanah Melayu khususnya di Perak turut menjadi
Pangkor 1874. Ketidakstabilan politik ini telah membuka peluang kepada British untuk masuk
campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran Tanah Melayu. Sepanjang awal abad ke-19, negeri
Perak menjadi huru hara kerana berlaku perselisihan dalam negeri.21 British pada awalnya,
mengamalkan dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal masyarakat tempatan, tetapi apabila
berlakunya pergaduhan dalam kalangan pembesar Perak dan pemerintah iaitu sultan, di mana
berlaku perebutan takhta kerajaan Perak selepas kemangkatan Sultan Ali pada 20 Mei 1871 di
21
Khoo Kay Kim, Negeri – Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873 ( Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn. Bhd, 1984),
ms.32.
22
Abdullah Zakaria Ghazali, Pasir Salah Pusat Gerakan Menentang British di Perak (Kuala Lumpur : Penerbit
Universiti Malaya, 1997), ms.11.
9
Apabila Sultan Ismail ditakhtakan sebagai Sultan Perak telah menimbulkan rasa tidak
puas hati Raja Muda Abdullah kerana baginda mengatakan bahawa takhta pemerintahan Perak
selepas kemangkatan Sultan Ali adalah baginda kerana selaku Raja Muda. Namun, sewaktu di
upacara pemakaman jenazah Sultan Ali, Raja Muda Abdullah tidak dapat hadir kerana
beberapa alasan. Kegagalannya untuk hadir ke upacara tersebut, menyebabkan para pembesar
membuat keputusan untuk melantik Raja Muda Bendahara Ismail sebagai Sultan Perak.23 Hal
ini telah menimbulkan rasa marah dan tidak puas hati dalam diri Raja Abdullah. Dalam
usahanya untuk menduduki takhta kerajaan Perak tersebut, baginda cuba untuk mendapatkan
pertolongan daripada saudagar di Pulau Pinang dan pegawai British. Keadaan ini telah
dimanfaatkan sepenuhnya oleh British kerana ini dilihat sebagai satu peluang yang besar untuk
mereka masuk dan bertapak secara rasmi ke kawasan yang kaya dengan bijih timah. Tindakan
Raja Abdullah yang meminta jasa baik Munshi Ibrahim untuk memaklumkan bahawa baginda
sanggup melayani kehendak British kepada C.J.Irving telah memberikan impak besar kepada
Perak.24 Tambahan pula, keadaan di Perak yang kacau bilau dengan berlakunya pergaduhan
antara kongsi gelap telah mendorong British untuk campur tangan dalam menyelesaikan
pertelingkahan tersebut kerana bagi mereka, keamanan penting untuk kelancaran ekonomi
Pada 4 November 1973, Sir Andrew Clarke tiba di Singapura dan memegang jawatan
sebagai Gabenor Negeri – Negeri Selat menggantikan Sir Harry Ord. Lee Kim Ching
mengambil peluang kedatangan Gabenor ini untuk melaporkan tuntutan Raja Muda Abdullah
yang meminta Gabenor untuk menjadi orang tengah dalam meyelesaikan persengketaan beliau
dengan Ngah Ibrahim serta sanggup membuat perjanjin dan menerima Residen British.25
Tindakan Raja Abdullah ini melihatkan satu tindakan yang memakan dirinya sendiri dan
23
Ibid, ms. 5.
24
Ibid, ms. 10.
25
Ibid, ms. 13.
10
keamanan rakyat kerana telah tercetus Perjanjian Pangkor 1874 yang menyebabkan Perak
menerima Residen British yang pertama sehingga melibatkan percampuran secara langsung
British dalam pentadbiran dan pemerintahan negeri Perak pada waktu itu.
Hal ini secara jelas menunjukkan ketidakstabilan politik khususnya di Perak, telah
memudahkan British untuk campur tangan secara rasmi di Tanah Melayu. Tindakan Raja
Abdullah itu sendiri yang mengundang kemaraan British di mana baginda telah meminta
mentakhtakan baginda sebagai Sultan Perak yang baharu dengan pelbagai syarat. Sir Andrew
Clarke pernah menyuarakan cita- citanya kepada W.H. Read untuk campur tangan di negeri –
negeri Melayu apabila tiba masanya.26 Masa itu tiba apabila berlaku ketidakstabilan politik di
dalam negeri Perak yang sebelum ini menjadi tumpuan utama British untuk menjajah Tanah
Melayu. Hal ini dapat menjelaskan bahawa kedatangan British ke Tanah Melayu bukan semata
– mata untuk mengaut keuntungan ekonomi Tanah Melayu tetapi hasrat untuk campur tangan
dalam pemerintahan dan pentadbiran Tanah Melayu semakin meningkat kerana ianya
Seterusnya, keadaan huru hara di Tanah Melayu turut mendorong kedatangan dan campur
tangan British ke Tanah Melayu sehingga mencetuskan Perjanjian Pangkor 1874. Keadaan
huru hara ini disebabkan oleh pergaduhan antara kongsi gelap yang melibatkan pelombong –
pelombong Cina. Di negeri – negeri Melayu, kongsi gelap mula muncul di pusat pusat
perlombongan di Sungai Ujong, Lukut dan Linggi sekitar rahun 18820-an lagi. Kongsi Gelap
26
Ibid, ms 13
11
yang pertama ditubuhkan ialah Tian Ti Hoey.27 Pelbagai masalah yang berlaku sehingga
meninmbulkan kekacauan di Larut, Negeri Sembilan dan negeri – negeri Selat iaitu Pulau
Pinang.
Misalnya di larut, sewaktu pemerintahan Long Jaafar di Larut, keadaan masih stabil
dan boleh dikawal tetapi apabila Ngah Ibrahim meneruskan polisi ayahnya dengan membawa
masuk pelombong Cina dari Pulau Pinang, keadaan menjadi kacau bilau.28 Kebanyakkan
pertubuhan kongsi gelap. Pada 1860-an kebanyakan pelombong Cina menganggotai dua
pertubuhan terbesar dab berpengaruh iaitu pertubuhan Ghee Hin yang terdiri daripada golongan
Cina yang berketurunan kantonis dan Hai San yang terdiri daripada keturunan Hakka.29 Kedua
– dua pertubuhan kongsi gelap ini sering bersengketa dan bertindak ganas sehingga dapat
berlarutan telah menyebabkan berlakunya beberapa siri peperangan seperti Perang Larut I
British melihat keadaan ini sebagai satu peluang keemasan untuk mereka masuk
campur dalam pentadbiran Tanah Melayu sebagai pendamai untuk menyelesaikan masalah ini.
Padahal ini merupan helah British semata – mata kerana jika mereka tidak menyelesaikan
pertikaian dan keadaan huru hara di Larut, sudah pasti ekonomi bijih timah akan terjejas teruk
dan mereka tidak berkesempatan untuk mengaut keuntungan yang ada di Tanah Melayu.
Jelaslah bahawa, keadaan huru hara yang berlaku di Tanah Melayu akibat pergaduhan dua
kongsi gelap ini mengundang kemaraan British ke Tanah Melayu sehingga tercetusnya
27
Khoo Kay Kim, Negeri – Negeri Melayu Pantai Barat, ms. 132
28
Mohd Zamberi A.Malek, Larut Daerah Terkaya, ms. 44.
29
Ibid,ms. 46
12
3.0 Kesimpulan.
Secara umumnya, dasar kapitalisme British di Tanah Melayu ialah semata- mata untuk
mengaut keuntungan daripada hasil kekayaan bumi Tanah Melayu pada waktu itu. Kepesatan
perlombongan bijih timah di beberapa buah negeri khususnya di Perak, Selangor dan Sungai
Ujong telah menaikkan lagi semangat imperialisme mereka untuk menjajah Tanah Melayu.
Namun tidak ketinggalan juga faktor seperti ingin menegcilkan kuasa perundangan islam dan
ketidakstabilan politik di Tanah Melayu itu sendiri telah membuka ruang dan peluang kepada
British untuk masuk campur dalam pemerintahan dan pentadbiran Tanah Melayu.
Dasar meluaskan kuasa ke tanah jajahan bukan sahaja berfungsi untuk membekalkan
bahan mentah tetapi untuk memasarkan bahan mentah. Kekacauan yang berlaku di negeri –
negeri Melayu dilihat boleh menjejaskan pelaburan modal oleh saudagar – saudagar Selat
dalam aktiviti perdagangan. Kekacauan yang ditimbulkan oleh pelombong- pelombong Cina
yang terlibat dengan kongsi gelap serta perebutan takhta di kalangan pemimpin Melayu telah
memaksa British untuk campur tangan bagi menyelesaikan pertikaian demi menjamin kegiatan
Hal ini telah mencetuskan Perjanjian Pangkor 1874 di antara British dan Raja Abdullah
serta para pembesarnya. Hal ini secara tidak langsung membawa kepada pengukuhan kuasa
British di Tanah Melayu kerana perjanjian tersebut secara rasminya melibatkan campur tangan
secara langsung British di Tanah Melayu apabila sistem residen diperkenalkan. Tindakan
British ini tidak lain tidak bukan hanyalah untuk mengaut keuntungan dan kekayaan Tanah
Melayu hasil daripada kekayaan bijih timah di samping faktor lain yang turut menyumbang
tercetusnya Perjanjian Pangkor 1874 kerana ianya dilihat boleh memberi keuntungan besar
13
4.0 Bibliografi
Abdullah Zakaria Ghazali, Pasir Salak Pusat Gerakan Menentang British di Perak (Kuala
Alvi Sudin, “Kemasukan Orang Cina Dan Perlombingan Bijih Timah Di Kaki Bukit, Perlis“ , Jurnal
Khoo Kay Kim.1984. Negeri - Negeri Melayu Pantai Barat 1850-1873, (Petaling Jaya :
Mohd Zamberi A. Malek. 2001. Larut Daerah Terkaya ( Bangi, Selangor : Penerbit Universiti
Kebangsaan Malaysia).
Prof. A. Ray, 1968, Study Of History Of Malaysia, 1400-1963 ( Kuala Lumpur : Syarikat
A.S.A. Rasheed).
Qasim Ahmad, 1999. Revolusi Industri Pertama : Sejarah Permasalahan sosioekonomi dan politik,
Wong Lin Ken. 1965. The Malayan Tin Industry to 1914 : With Special reference to the states
of Perak, Selangor, Negeri Sembilan and Pahang. (Tucson: University of Arizona Press).
Wong Lin Ken, 1964. Western Enterprise and The Development of The Malayan Tin Industry to 1914
dalam Economic Development of South East Asia. Disunting oleh C. Cowan (London : G. Allen dan
Unwin,)
14