Perkembangan Perusahaan Bijih Timah Di Tanah Melayu

Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Unduh sebagai pptx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 36

Perkembangan

Perusahaan
Bijih Timah di Tanah
Melayu
Pengenalan
 Perusahaan bijih timah dijalankan oleh orang
Melayu berabad-abad lamanya sebelum abad
ke-19.
 Dipercayai sejak abad ke-9, perusahaan ini
dijalankan secara kecil-kecilan sebagai
pekerjaan sambilan dengan menggunakan
teknologi kuno terutamanya mendulang.
 Orang Melayu menguasai perusahaan bijih
timah sehingga tahun 1830-an.
 Sejak tahun 1840, pembesar-pembesar
Melayu seperti Long Jaafar dan Ngah Ibrahim
(Larut), Dato’ Kelana (Sungai Ujong), Raja
Abdullah (Kelang) telah membawa masuk
orang Cina dari Negeri-negeri Selat untuk
mengerjakan lombong bijih timah mereka.
 Sejak itu, perusahaan bijih timah dikuasai
oleh orang Cina.
 Serentak dengan penglibatan orang-orang
Cina, berlaku perkembangan perusahaan bijih
timah di Tanah Melayu.
 
Faktor-faktor
perkembangan
perusahaan
bijih timah
Bijih timah mula dilombong oleh pelombong Melayu pada pertengahan abad ke-18
1.    Revolusi perusahaan
 Perkembangan Revolusi Perusahaan sejak
awal abad ke-19 telah menyebabkan
permintaan bijih timah oleh industri di Eropah
dan Amerika Syarikat meningkat lebih-lebih
lagi selepas terciptanya teknologi mengetin
makanan oleh Peter Durar dan Nicholas Appot
pada tahun 1810.
 Permintaan bijih timah juga meningkat akibat
berlakunya Perang Saudara Amerika pada
tahun 1860-an.
 Bijih timah diperlukan untuk mengetin makanan
tentera yang terlibat dalam peperangan.
 Permintaan yang bertambah menyebabkan
harga bijih timah meningkat kepada lebih £7
pada tahun 1872.
 Harga yang meningkat telah menggalakkan
pengeluaran bijih timah di Tanah Melayu.
 Permintaan terhadap bijih timah juga meningkat
kerana bijih timah mempunyai kualiti tertentu
yang tidak terdapat pada logam-logam lain.
 Apabila bijih timah dicampurkan dengan logam
lain, ini akan menambahkan kegunaan logam
tersebut.
2.Campur tangan British
 Campur tangn British dan
perlaksanaan Sistem Residen sejak
tahun 1874 di negeri-negeri yang kaya
dengan bijih timah iaitu Perak dan
Selangor telah menamatkan
kekacauan seperti pergaduhan antara
pembesar, pergaduhan antara
pelombong Cina, ancaman lanun dan
sebagainya.
 Keamanan dan peraturan yang wujud
serta kestabilan politik telah
membolehkan kegiatan
perlombongan bijih timah dijalankan
tanpa gangguan.
 Selain itu, keadaan ini telah menarik
pelabur-pelabur sama ada dari Tanah
Melayu atau dari seberang laut untuk
menambah modal dalam perusahaan
bijih timah di Tanah Melayu.
3.Penubuhan Negeri-negeri
Melayu Bersekutu 1896
 Penubuhan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu 1896 yang menggabungkan
Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan
Pahang telah berjaya mewujudkan
keseragaman dalam Undang-undang
Tanah, cukai dan sebagainya di negeri-
negeri tersebut
 Keseragaman dan kecekapan dalam
pentadbiran, keamanan serta kestabilan
akibat penubuhan persekutuan tersebut
telah membolehkan kegiatan
perlombongan bijih timah dijalankan
dengan lebih giat.
 Penubuhan Negeri-negeri Melayu
Bersekutu juga telah menarik ramai
pelabur terutama dari Eropah untuk
menanam modal di Tanah Melayu.
4. Sistem perhubungan
 Pembinaan sistem perhubungan jalan raya dan
keretapi telah memudahkan pengangkutan bijih
timah dari kawasan perlombongan ke pelabuhan
utama untuk dieksport.
 Jalan keretapi pertama dibina pada tahun 1885 untuk
menghubungkan Taiping dengan Port Weld, 1886
Kuala Lumpur – Kelang, 1891 Port Dickson –
Seremban, 1893 Ipoh – Teluk Anson.
 Menjelang 1903, terdapat jalan keretapi
menghubungkan Perai ke Seremban dan
disambungkan ke Johor Bahru pada tahun 1909. Pada
tahun 1911, sudah terdapat jalan raya dari Perai ke
Singapura.
5. Penubuhan bandar
 Penubuhan bandar-bandar di kawasan
perlombongan bijih timah telah menyediakan
pelbagai kemudahan seperti pejabat kerajaan,
klinik, sekolah dan sebagainya.
 Kemudahan-kemudahan ini telah memberikan
kebaikan kepada penduduk di kawasan yang
terlibat di kawasan perlombongan.
 Contohnya, kemudahan kesihatan yang disediakan
dapat menjamin kesihatan pekerja-pekerja dan
membolehkan kegiatan perlombongan bijih timah
dapat dijalankan tanpa gangguan.
6.Kilang melebur bijih timah
 Pada tahun 1890-an, kilang melebur
bijih timah telah didirikan di Pulau
Pinang dan Singapura.
 Pembinaan kilang ini menyebabkan
bijih timah tidak perlu dihantar ke
Eropah untuk dileburkan.
 Bijih timah dapat dilebur di Tanah
Melayu dan dieksport ke Eropah dan
Amerika dalam bentuk jongkong.
7.Kapal korek
 Pengenalan kapal korek sejak 1912 telah
memberikan sumbangan dalam
perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.
 Penggunaan kapal korek telah
menambahkan pengeluaran bijih timah
kerana kapal korek dapat digunakan di
kawasan yang teknik-teknik lain tidak
dapat digunakan terutamanya kawasan
berpaya.
KAPAL KOREK
 Pada peringkat awal, kapal korek
hanya mampu dimiliki oleh pemodal
Eropah kerana harganya mahal.
 Kapal korek yang pertama
digunakan dengan jayanya pada
tahun 1912 oleh Malayan Tin
Trading, Batu Gajah (Perak).
 Menjelang tahun 1929 terdapat 105
buah kapal korek di Tanah Melayu.
8.Dasar British yang liberal
 Dasar British yang liberal terhadap kemasukan
imigran-imigran juga memberikan sumbangan
terhadap perusahaan bijih timah.
 British bukan sahaja tidak menyekat kemasukan
imigran malah menggalakkan lagi kedatangan
mereka.
 Buktinya, British telah menandatangani
perjanjian dengan pemilik kapal dan saudagar-
saudagar Cina bahawa British akan memberikan
subsidi sebanyak $5 terhadap setiap imigran Cina
yang dibawa masuk ke Tanah Melayu.
 Untuk menggalakkan kedatangan orang Cina,
British menyediakan pelbagai kemudahan.
 Pada tahun 1877, Jabatan Perlindungan
Orang-orang Cina telah ditubuhkan bagi
mengurus hal-ehwal orang Cina terutamanya
yang berkaitan dengan kemasukan,
pekerjaan, perlindungan dan sebagainya.
 Untuk mendapat keyakinan orang Cina,
Jabatan Perlindungan Orang-orang Cina
diketuai oleh W.A. Pickering yang dapat
bertutur dalam 4 jenis dialek Cina.
9.Bantuan modal
 Pelombong-pelombong Cina bukan sahaja
mendapat bantuan modal daripada saudagar
Negeri-negeri Selat, tetapi juga daripada
pihak British.
 Contohnya, pada tahun 1883, Frank
Swettenham telah memberikan pinjaman
sebanyak $52 000 kepada pelombong Cina di
Selangor dan pada tahun 1890, Maxwell telah
memberikan pinjaman sebanyak $57 000
kepada pelombong Cina di Perak.
10. Sistem ekonomi orang Cina
 Perkembangan perusahaan bijih timah di Tanah
Melayu berkait rapat dengan kejayaan sistem
ekonomi orang Cina.
 Dalam sistem ekonomi orang Cina terdapat 4 aspek
penting yang memberikan sumbangan kepada
perkembangan perusahaan bijih timah, iaitu tenaga
buruh, teknik peleburan, modal dan pengusaha.
 Tenaga buruh didapati dengan mudah dan murah
hasil daripada usaha-usaha mereka untuk
membawa imigran-imigran Cina dari Selatan Cina
terutama dari Kwantung, Kwangsi, Fukkien
 Terdapat antara buruh ini yang sudah
mempunyai pengalaman dalam kegiatan
perlombongan di negara mereka.
 Merekalah yang kemudiannya menjadi
tenaga mahir dan separuh mahir dalam
perlombongan bijih timah di Tanah
Melayu.
 Orang Cina juga telah memperkenalkan
teknik-teknik melombong yang lebih
baik daripada orang Melayu.
 Antara teknik tersebut ialah lombong dedah,
enjin wap, pam berantai dan lain-lain.
 Orang-orang Cina juga telah memperkenalkan
teknik roda air yang dapat mengelakkan banjir
di kawasan perlombongan.
 Saudagar-saudagar Cina di Negeri-negeri Selat
pula telah memberikan sumbangan modal
bagi menjalankan perusahaan bijih timah di
Negeri-negeri Melayu.
 Selain itu, terdapat pengusaha-pengusaha
yang berkebolehan dalam menjalankan
perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.
11.Kanun Galian 1896
 Kanun Galian 1896 meletakkan hal ehwal
perlombongan bijih timah di bawah 2 orang
penguasa galian persekutuan.
 Di bawah mereka terdapat merinyu-merinyu yang
ditugaskan untuk melicinkan kegiatan
perlombongan bijih timah seperti mengeluarkan
lesen dan menentukan kawasan perlombongan.
 Pada tahun 1893, seorang ahli kaji bumi telah
dilantik untuk menjalankan kerja-kerja saintifik
yang berkaitan dengan perlombongan bijih timah
terutamanya bagi menentukan kawasan-kawasan
yang kaya dengan bijih timah.
12.Perang Dunia Pertama
 Perang Dunia Pertama yang meletus di
Eropah pada tahun 1914 hingga 1918 juga
memberikan sumbangan kepada perusahaan
bijih timah di Tanah Melayu.
 Peperangan tersebut menyebabkan
permintaan bijih timah meningkat kerana
diperlukan untuk mengetin makanan tentera
yang terlibat dalam peperangan dan untuk
membuat senjata.
13.Undang-undang Tanah yang liberal
 Undang-undang Tanah yang liberal telah
membolehkan pengusaha-pengusaha asing
memiliki tanah untuk menjalankan
perlombongan bijih timah.
 British berjaya menghapuskan hak pemilikan
tanah oleh pembesar.
 Tanah menjadi hak kerajaan dan sesiapa
sahaja dibenarkan memohon untuk
mendapatkan tanah terutamanya bagi
menjalankan perusahaan bijih timah.
14.Sistem pengukuran
 Sistem pengukuran tanah yang
tepat dan hak milik yang jelas
telah menamatkan pertikaian
merebut tanah terutamanya
tanah perlombongan.
 Ini membolehkan kegiatan
perlombongan bijih timah dapat
dijalankan tanpa gangguan.
15.Pembukaan Terusan Suez 1869

 Pembukaan Terusan Suez 1869


telah memendekkan perjalanan laut
dari Eropah ke Tanah Melayu.
 Keadaan ini menarik ramai pelabur
Eropah untuk datang ke Tanah
Melayu dan melabur dalam
perusahaan bijih timah.
16.Penglibatan firma Eropah
 Penglibatan firma-firma Eropah telah memajukan lagi
perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.
 Kekuatan modal mereka membolehkan lebih banyak
lombong bijih timah dibuka.
 Antara firma itu ialah Syarikat Peterson and Simons,
Syarikat Bijih Timah Sungai Ujong dan Syarikat Bijih
Timah Selangor, Syarikat Tin Trading dan sebagainya.
 Selain itu, terdapat juga firma kuasa Barat lain yang
menjalankan kegiatan perlombongan bijih timah di
Tanah Melayu.
 Sebagai contoh, firma Perancis yang menjalankan
perlombongan bijih timah di Tapah – Do Societe des
Mines d’Etains.
17.Dasar Kerajaan British
 Dasar Kerajaan British di Tanah Melayu dan di England
memberikan sumbangan kepada perkembangan
perusahaan bijih timah di Tanah Melayu.
 Untuk menggalakkan eksport, Kerajaan British di
Tanah Melayu telah mengurangkan cukai eksport ke
atas bijih timah.
 Kerajaan British juga berjaya menghalang pembesar-
pembesar mengenakan cukai ke atas bijih timah yang
dibawa melalui kawasan mereka.
 Kerajaan British di England pula menghapuskan cukai
import ke atas bijih timah pada tahun 1823.
Kesimpulan
 Mulai pertengahan abad ke-19, perusahaan
bijih timah di Tanah Melayu telah berkembang
dengan pesat.
 Menjelang tahun 1883, Semenanjung Tanah
Melayu merupakan pengeluar bijih timah
yang terbesar di dunia.
 Hasil daripada perusahaan bijih timah
membolehkan British memodenkan Tanah
Melayu.
Jelaskan faktor-faktor yang
Mempengaruhi perkembangan
perusahaan bijih timah di
Negeri-negeri Melayu dari tahun
1840-an hingga 1920-an.

[STPM 2004]
Bincangkan perkembangan
perusahaan bijih timah di
Tanah Melayu hingga tahun
1941.

[STPM 2007]

Anda mungkin juga menyukai