Unduh sebagai DOCX, PDF, TXT atau baca online dari Scribd
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8
skrip lakonan
samad merupakan kawan baik kepada mail. Samad
mempunyai anak lelaki bernama aiman manakala mail mempunyai seorang anak perempuan bernama husna. Aiman dan husna telah berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Husna menjadi perhatian para pelajar disebabkan kecantikan yang dimiliki olehnya. Setelah tamat persekolahan, masing-masing meneruskan pelajaran dan berjaya mendapat kerja yang bagus.
Babak 1 :
Pada suatu hari,
Aiman : abah, em abah rasa aiman dah cukup
bersedia ke nak mendirikan rumah tangga? Samad : hmm, semua itu terletak pada diri kamu la anakku. Kalau kamu rasa kamu dah bersedia, dah mampu menggalas tanggungjawab, dah mampu untuk hidup berkongsi, kamu teruskanlah. Maklumlah, kamu ni mana reti berkongsi (gelak kecil) Aiman : (tergelak kecil) hmm saya ada minat dengan seorang perempuan ni abah.. (malu-malu kucing) Ali : ha baik kamu bagitahu abah, mana la tahu abah boleh tolong-tolong sikit Aiman : em.. aiman ada la macam minat dekat anak pakcik mail imam masjid tu (malu- malu kucing) Samad : oh begituuuu, kenapalah tak cakap awal awal, ayah ni kawan baik dia kot, (gelak besar) takpa aiman, nanti kita pergi merisik bersama ya, nak petik bunga di taman ni Nampak mudah, tapi kena la buka kunci pagar taman bunga tu dulu.
Babak 2 :
Samad : assalamualaikum daus,gembira hati
dapat bertemu engkau setelah sekian lama aku tiada di kampung yang indah ini.Aku datang bersertakan hasrat yang besar untuk aku sampaikan kepadamu wahai sahabat lama. Mail : Bunyinya macam mendebarkan je.hahaha…,kalau begitu jemputlah masuk dulu.Seeloknya hasrat mu sahabat dibincangkan dengan lebih selesa di dalam.Tapi minta maaflah rumah aku ni bersepah sikit.Maklumlah,anak bukan nak tolong kemas rumah pun,menghadap skrin jer 24 jam.hahahaha…
Samad : Hahaha…,benar katamu itu daus,zaman
sekarang zaman teknologi,budak- budak sekarang macam tak boleh hidup tanpa teknologi.Apapun,terima kasih kerana sudi menerima kunjungan kami.
Mail : Tetamu memang kena layan dengan
baik,baru rezeki murah dan senang datang. Mail : husna, tolong sediakan minuman sikit, ni ada tetamu datang ziarah ni. (jerit sedikit) Samad : eh takperlulah susah-susah daus, aku ni datang niat nak jenguk sahabat lama sahaja Mail : eh tidak mengapa wahai sahabatku, kan sudah menjadi adab masyarakat kita, sediakan minum minuman untuk tetamu yang berkunjung. Ha husna, gorenglah pisang goreng sikit untuk tetamu ni. Kawan sekolah lama kamu juga kan.
Samad : Beginilah (separa berbisik),aku
terus ke topik utama la ya, aku ni sebagai ayah si aiman , ingin mewakili anak aku untuk merisik anak kau untuk mencari pasangan hidup si Aiman ini. Maklumlah, perigi kena la cari timba ya dak? Hahaha (gelak kecil) Mail : Itukah hasrat kau Ali? Hahaha kenapa tak habaq awai boleh aku mintak isteri aku masak sedap sikit untuk kamu berdua.
Samad : Sudah lama langsatnya condong
Barulah kini batangnya rebah Sudah lama niat dikandung Baru sekarang diizinkan Allah
Dari Pauh singgah Permatang
Singgah merapat papan kemudi Dari jauh saya datang Kerana tuan yang baik budi
Kalau gugur buah setandan
Sampai ke tanah baru tergolek Kami bersyukur kepada Tuhan Datang kami disambut baik
Berapa tinggi pucuk pisang
Tinggi lagi asap api Berapa tinggi Gunung Ledang Tinggi lagi harapan hati
Kabung enau tebang satu
Tebang sekali dengan sigainya Tinggi gunung tinggi lagi harapanku Harapan dalam tutur katanya
Besar api Teluk Gadung
Anak buaya mengonggong bangkai Niat hati nak peluk gunung Apakan daya tangan tak sampai
Sudah lama langsatnya condong
Dahannya rebah ke ampaian Sudah lama niat dikandung Baru sekarang disampaikan
Mail : Perahu kolek ke hilir tanjung
Sarat bermuat tali temali Salam tersusun sirih junjung Apa hajat sampai kemari?
Malam-malam pasang pelita
Pelita dipasang atas peti Kalau sudah bagai dikata Sila terangkan hajat di hati
Tidak pernah rotan merentang
Kayu cendana dijilat api Tidak pernah tuan bertandang Tentu ada maksud di hati
Tumbuk lada di atas para
Ada kasut simpan di hati Tepuk dada tanya selera Apa maksud di dalam hati
Samad : Daun raya di atas bukit
Tempat raja menanam pala Harap kami bukan sedikit Sebanyak rambut di atas kepala
Sudah lama kami ke tasik
Tali perahu terap belaka Sudah lama kami merisik Baru kini bertatap muka
Tinggi-tinggi si matahari Anak kerbau mati tertambat Sekian lama kami mencari Baru sekarang kami mendapat
Raja Hindu raja di Sailan
Singgah berenang di persiraman Bagai pungguk rindukan bulan Kumbang merindu bunga di taman
Cendrawasih burung yang sakti
Singgah hinggap di atas karang Kasih berputik di dalam hati Dari dahulu sampai sekarang
Singgah berenang di persiraman
Mayang terendam di dalam tasik Kumbang merindu bunga di taman Bintang merindu cendrawasih Samad : ini saya sertakan sekali cincin rotan sebagai tanda sudah selesai merisik bagi pihak lelaki. Harapnya jikalau kome semua setuju, roger awal ah boleh set Tarikh pinangan hehe Mail : insyaAllah, kami akan serahkan sepenuhnya keputusan kepada husna.Kalau ada apa-apa berita aku akan hubungi kau secepat mungkin. Babak 3 :
Beberapa hari kemudian,
Mail : husna, mari sini sekejap, ayah ada
perkara nak bincang dengan kamu. Husna : ya ayah, kenapa? (duduk di sebelah ayah) Mail : ayah cuma mahu kamu berterus terang husna, berkenaan hal merisik tempoh hari. Kamu kena cepat bagi keputusan, kesian si Aiman tertunggu-tunggu. Husna : sebenarnya ayah.. masa sekolah dulu saya ada la juga minat dekat aiman tu. (malu) Mail : ha dah kalau macamtu senang lah kerja ayah kan? Hish lah kamu ni Husna : bukan begitu ayah, husna takde niat nak buat aiman tertunggu-tunggu, Cuma husna tengah fikir betul ke keputusan yang husna nak ambil ni. Mail : jadi kamu setuju la ni? Sekarang jugak ayah call si samad tu hahaha. Samad: (telefon berdering) hello assalamualaikum? Mail : waalaikumussalam, Samad, aku ni. Samad: jadi macam mana dengan husna? Apa respon dia? Mail: Husna setuju samad, bolehla kita jumpa lagi sekali untuk tetapkan langkah yang seterusnya pula, hehehe. Samad : alhamdulillah, semoga segalanya dipermudahkan untuk anak-anak kita. Nanti kita jumpa ya mail assalamualaikum.
Teori Kontrak Sosial Menurut Pandangan Ahli Teori Demokratik Eropah Seperti Thomas Hobbes Dan John Locke Ialah Bahawa Manusia Mewujudkan Negara Sebagai Satu Perjanjian Bersama Di Mana Setiap Individu Itu Ber