Kertas Kerja Program Transisi Tahun 1 2019

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI TELOK

1 JANUARI 2019 – 17 JANUARI 2019

KERTAS KERJA
PROGRAM TRANSISI
TAHUN 1
KERTAS KERJA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 | SK SERI TELOK | 2019 2

1.0 PENGENALAN

Program transisi bertujuan untuk membantu murid baru menghadapi perubahan dalam keadaan
transisi dan pendidikan yang tidak formal di rumah atau di Prasekolah ke arah pendidikan yang
lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Program ini memastikan semua murid tahun satu
yang datang dari pelbagai latar belakang dan pengalaman yang berbeza memulakan proses
pembelajaran mereka di Tahun Satu yang sama. Program ini dirancang supaya proses
pembelajaran dapat dijalankan dengan lancar dan dalam masa yang sama murid dapat mengikuti
pembelajaran dalam suasana gembira.

Program ini dijalankan selama 3 minggu dan pelbagai aktiviti secara individu atau
berkumpulan dijalankan. Murid juga berpeluang merasai pengalaman baru berada dalam
kawasan persekitaran sekolah yang ceria dan kondusif yang tersedia untuk mereka. Dalam
program ini, mereka menyanyi pelbagai lagu yang berkaitan dengan sekolah, negeri, dan Negara.
Mereka juga diberi peluang mengambil bahagian dalam acara sukaneka yang dirancang untuk
mereka.

2.0 RASIONAL

Murid yang melangkah masuk ke tahun satu biasanya mempunyai pelbagai pengalaman dan latar
belakang yang berbeza. Keadaan ini mendatangkan kesan yang berterusan dalam aspek
pengurusan pembelajaran. Antaranya;

2.1 Tahap kematangan yang berbeza antara murid


2.2 Kesediaan untuk belajar
2.3 Pengetahuan dan kemahiran

Tahap kematangan mereka tidak sama kerana berpunca dari persekitaran mereka membesar iaitu,
persekitaran di rumah dan dalam masyarakat. Mereka bergaul dengan kumpulan yang lebih besar
berbanding kumpulan yang pernah mereka lalui semasa di Prasekolah. Pelbagai cabaran dan
dugaan akan mereka hadapi khasnya pada minggu pertama persekolahan. Bagi murid yang telah
mengikuti program prasekolah dan tadika bersedia untuk menerima pembelajaran formal
KERTAS KERJA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 | SK SERI TELOK | 2019 3

manakala bagi murid yang tidak pernah didedahkan dengan program ini belum bersedia
sepenuhnya. Oleh itu, bagi murid yang pernah mengikuti program prasekolah dan tadika lebih
mudah berkembang berbanding mereka yang tidak mengikuti proses pembelajaran awal yang
terancang.

3.0 TUJUAN PROGRAM

Program ini dirancang berdasarkan konsep Guru penyayang - Minda Cergas Mata Bercahaya.
Antara tujuannya ialah;

3.1 Murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran, guru-guru dan rakan-rakan baru
dalam masa yang singkat.
3.2 Guru dapat menyelaraskan keperluan murid dari segi kognitif, emosi dan jasmani
secara menyeluruh sebelum memulakan proses pembelajaran secara formal di tahun 1.
3.3 Meningkatkan semangat dan minat murid untuk terus belajar dalam suasana yang baru
3.4 Memperolehi kemahiran asas mengikuti sukatan pelajaran Tahun 1.
3.5 Membantu murid menyesuaikan diri dalam kelas Tahun 1.
3.6 Menyatupadukan pendekatan Prasekolah dengan Program KKSR di Tahun 1.

4.0 OBJEKTIF

Antara objektif program ini dijalankan adalah untuk mencapai aspirasi berikut, iaitu :

4.1 Mengembangkan sosio-emosi dan menyesuaikan diri kepada persekitaran


pembelajaran yang formal.
4.2 Memperoleh pengetahuan dan kemahiran asas mengikut sukatan pelajaran Tahun 1.
4.3 Mencapai tahap pencapaian kognitif yang hampir sama untuk memudahkan proses
pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
4.4 Murid dapat meningkatkan kemahiran tematik, bersepadu dan belajar melalui kaedah
didik hibur.
4.5 Memantapkan kefahaman tentang kesinambungan pengajarandan pembelajaran serta
tingkah laku murid.
KERTAS KERJA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 | SK SERI TELOK | 2019 4

5.0 SASARAN
5.1 Program ini diadakan khas untuk murid-murid Tahun Satu yang akan memulakan sesi
persekolahan mereka pada tahun 2018.

6.0 VISI
6.1 Merealisasikan Program transisi dan Guru Penyayang dengan berkesan.

7.0 MISI
7.1 Menyusun pendekatan dan strategi yang berkesan berdasarkan kepada keperluan serta
kemampuan sekolah bagi mencaapai kecemerlangan.

8.0 MINDA CERDAS MATA BERCAHAYA

8.1 Minda Cerdas


KERTAS KERJA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 | SK SERI TELOK | 2019 5

Kemampuan murid-murid Tahun 1 membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir


secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling bantu membantu di antara satu sama
lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti yang dirancang awal
lagimenunjukkan minda cerdas. Dalam masa yang sama murid-murid juga diharapkan
dapat meningkatkan perasaan ingin tahu mereka melalui aktivit-aktiviti yang mencabar
serta bersesuaian dengan tahap umur dan pencapaian sedia ada. Selain daripada itu,
melalui aktiviti-aktiviti tersebut akan wujud proses komunikasi yang dapat meningkatkan
tahap keyakinan diri dalam kalangan murid serta dapat memantapkan pemupukan nilai-
nilai murni yang sedia ada.

8.2 Mata Bercahaya

Murid-murid Tahun 1 ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar bersama
dengan kawan-kawan, suasana persekitaran dan guru-guru yang baru. Semangat dan
minat mereka akan terus meningkat dari semasa ke semasa melalui aktiviti-aktiviti yang
disediakan tanpa menimbulkan sebarang masalah kepada sekolah, guru mahupun ibu
bapa dan penjaga mereka. Keadaan ini dapat diterjemahkan melalui sinar mata mereka
yang sentiasa bercahaya pada setiap masa dan ketika untuk meneruskan proses
pembelajaran mereka di Tahun 1.

JAWATANKUASA PELAKSANAAN
PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 2019
SK SERI TELOK
KERTAS KERJA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 | SK SERI TELOK | 2019 6

Penasihat : EN NOOR AZMI BIN MOIN

Pengerusi : PN ZARINA BINTI JAMESERI

Naib Pengerusi 1 : EN MAHAFIZ BIN AHMAD

Naib pengerusi 2 : EN AMRI BIN MISRAN

Guru Penyelaras : CIK NAJWA BINTI MD NASIR

Setiausaha : CIK MOHANA A/P VISVANATHAN

AJK : Semua Guru Tahun 1

Senarai Guru Tahun 1 2019

Guru Kelas : PN NORFAHANA BINTI ABD HAMID / PN NORAYA BINTI KAMAN

Guru Pembantu : EN MUHAMMAD HAFIZULLAH BIN MOHD ROSLAN

EN AZIZUL HAKIM BIN AB SAMAD

PN SITI MAIMUNAH BINTI SANIP

PN NOR SUZILAH BINTI SHARIF

PN HAFIZAH BINTI JAAFAR

PN AFIFAH BINTI MANSOR

EN NAHAR BIN AHMAD

PN ANITA BINTI JUHDI

PELAN TINDAKAN

PROGRAM TRANSISI DAN GURU PENYAYANG


TAHUN 12019
KERTAS KERJA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 | SK SERI TELOK | 2019 7

BIL PERKARA MASA CATATAN


1 Menubuhkan Jawatankuasa pelaksanaan
Program Transisi :
Pengerusi :
Penyelaras :
Setiausaha :
Bendahari :
Guru Ketua Panitia
Guru-guru Tahun 1
Guru Pemulihan
2 Merancang Akktiviti Program Transisi AJK program
oleh Jawatankuasa Pelaksanaan Transisi
Aktiviti Minggu Orentasi
3 Program Penyediaan Fizikal Program Penolong Kanan
- Bilik/Kelas Tahun 1 HEM/ Guru Tahun 1

4 Mesyuarat Staf Pertama/Agihan Tugas Penolong Kanan


HEM/ Guru-guru
5. Pendaftaran Tahun 1 Penolong Kanan
- Taklimat ibu bapa HEM/ Guru-guru
Tahun 1
7. Pelaksanaan Program Transisi 2018 Guru Besar, PK 1,
(3 minggu) PK HEM, PK KK,
Guru-guru Tahun 1.
PELAKSANAAN PROGRAM

Minggu Transisi
Minggu transisi berjalan selama 3 minggu dan harus mempunyai perisian programyang
mantap dan bersesuaian supaya tujuan dan objektif yang ditetapkan tercapai. Pelaksanaan
aktiviti berbeza sepanjang dua minggu pertama persekolahansebagi persediaanmurid umtuk
proses pembelajaran dalam suasana yang menyeronokkan. Pada minggu ketiga murid akan
KERTAS KERJA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 | SK SERI TELOK | 2019 8

menjalani pra membaca dan menulis berdasarkan tema mengikut mata pelajaran masing-
masing. Objektif setiap minggu ialah:

 Minggu Pertama : Minggu Orentasi


 Mengenali dan membina hubungan mesra dalam kalangan kanak-kanak
dan guru dalam masa yang singkat.
 Mengurangkan rasa malu, segan dan takut dalam kalangan murid yang
berlainan latar belakang pengalaman dan sosioekonomi.
 Meningkatkan hubungan mesra dalam kalangan murid-murid Tahun 1.
 Memupuk semangat bekerjasama dengan cara menetap dan mencapai
matlamat yang kolaboratif.

 Minggu Kedua : Gerak Kerja Kumpulan


 Meningkatkan hubungan mesra dalam kalangan murid-murid Tahun 1.
 Memupuk semangat bekerjasama dengan cara menetap dan mencapai
matlamat yang kolabaratif.

 Minggu Ke Tiga : Pra Tulisan


 Mendedahkan murid dengan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan.
 Meningkatkan potensi diri dalam bidang kognitif dan bahasa, psikomotor
dan fizikal dan sosioemosi secara beransur-ansur dan bersistematik.
 Menggunakan kemahiran yang ada untuk perkembangan diri yang
berterusan.
 Membina dan meningkatkan kemahiran murid yang lemah dan potensi diri
mereka.
 Menurangkan perbezaan yang ketara tentang perkembangan kognitif dan
hubungan sosial antara murid.
 Memulakan pengajaran dan pembelajaran KSSR yang bersepadu melalui
pendekatan temati.
KERTAS KERJA PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 | SK SERI TELOK | 2019 9

PENUTUP

Pada keseluruhannya, Program Transisi Tahun 1 pada tahun ini diharapkan dapat dijalankan
dengan baik hasil kerjasama semua pihak. Pihak sekolah berharap semua ibu bapa dan penjaga
dapat menghantar anak-anak mereka yang telah cukup umur untuk daftar di kelas PraSekolah
untuk pendidikan secara formal. Semoga segala perancangan yang telah dirancang oleh pihak
sekolah dapat dijalankan dengan jayanya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Najwa
( NAJWA BINTI MD NASIR )
Guru Penyelaras Transisi 2019,
SK Seri Telok
Parit Yaani.

Anda mungkin juga menyukai