1 .Laporan Transisi & Guru Penyayang - 281219
1 .Laporan Transisi & Guru Penyayang - 281219
1 .Laporan Transisi & Guru Penyayang - 281219
TRANSISI
DAN
GURU PENYAYANG
TAHUN 1
SK FELDA TENGGAROH 4
2020
PENGENALAN
Program Transisi dan Guru Penyayang Tahun Satu merupakan satu program yang
bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal
di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam
masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang
datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat
memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir
sama.
MATLAMAT PROGRAM
1. Membimbing murid melalui fasa alam tadika kepada alam persekolahan secara
formal.
3. Menarik minat murid agar berasa seronok datang ke sekolah untuk belajar.
4. Penglibatan para ibubapa (KSIB) murid tahun satu juga memberi impak yang
mendalam kepada semua murid dan juga pihak sekolah.
OBJEKTIF
Di akhir program,
TEMA PROGRAM
MINDA CERDAS :
Kemampuan murid Tahun 1 membina dan mengaplikasikan kemahiran berfikir
secara aktif melalui aktiviti berkumpulan dan saling membantu di antara satu
dengan yang lain serta penglibatan yang menyeluruh dalam aktiviti-aktiviti
terancang menunjukkan minda cerdas
MATA BERCAHAYA :
Murid Tahun 1 ini dapat merasakan satu keseronokan untuk terus belajar
bersama-sama dengan kawan-kawan, suasana, persekitaran dan guru-guru
baru.
AHLI JAWATANKUASA
PROGRAM TRANSISI & GURU PENYAYANG
TAHUN SATU
2020
PENGERUSI
Puan Fadzlun Bt Jamali (Guru Besar)
NAIB PENGERUSI 1
En. Lukman Bin Yunus (GPK Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI 2
En. Anuar Bin Ahmad (GPK HEM)
NAIB PENGERUSI 3
En.Rashidi Bin Rahmat (GPK Kokurikulum)
Merangka dan menyelaras aktiviti untuk tiga minggu (sepanjang Program Transisi
dijalankan).
Merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, Majlis Suai kenal Tahun Satu 2020 dan
Majlis Penutupan Minggu Transisi 2020.
Mencari sumber kewangan untuk melaksanakan aktiviti yang hendak dirancang.
Mengumpul rekod serta laporan untuk dirumuskan kepada pihak pentadbir.
Mengemaskini fail pelaksanaan program transisi secara berterusan.
Membantu menyedia dan mengedar bahan edaran kepada ibu bapa penjaga.
Membantu memantau sepanjang perlaksanaan program.
Bertindak sebagai pakar rujuk.
Mencatat minit mesyuarat dan taklimat yang dilakukan secara formal atau tidak.
Membantu merancang aktiviti untuk hari pendaftaran, minggu transisi, majlis suai kenal
murid Tahun Satu dan Majlis Penutup Minggu Transisi.
Menyedia dan mengedarkan aturcara bagi setiap majlis formal sepanjang program
diadakan.
Mengedar surat edaran dan jemputan kepada pihak yang berkenaan.
Memastikan maklumat disampaikan jelas dan mendapat maklumbalas seperti yang
dikehendaki.
Menyimpan fail dan rekod pelaksanaan program.
Menyediakan laporan bertulis mengenai pelaksanaan program di akhir tahun.
Laporan Sebelum Program:
Pembentukan ahli jawatankuasa bagi Program Transisi dan Guru Penyayang tahun 1 2020
telah diadakan semasa mesyuarat profesional guru kali pertama pada 28 Disember 2019.
Pelantikan guru kelas tahun 1 juga telah diadakan didalam mesyuarat tersebut.Mesyuarat
bersama dengan KSIB tahun satu juga diadakan semasa sesi taklimat dan pendaftaran
murid tahun satu untuk membincangkan proses perjalanan transisi yang memerlukan kos
untuk menjalankan aktiviti kepada murid,Selain itu pelantikan pengerusi KSIB terus dilantik
supaya memudahkan guru kelas untuk melakukan keceriaan kelas tahun 1. Selepas
jawatankuasa dibentuk, perbincangan diteruskan dengan pengisian program pendaftaran
yang diadakan pada 31 Disember 2019 dan program transisi yang akan dijalankan bermula
1 Januari 2020 sehingga 16 Januari 2020. Guru-guru yang mengajar tahun 1 juga telah
diberi taklimat pelaksanaan program transisi pada 29 Disember 2019.
Program Transisi Tahun 1 telah dijalankan bermula 1 Januari 2020. Segala aktiviti guru
bersama murid berjalan dengan lancar mengikut jadual. Murid-murid memberikan
kerjasama dan reaksi yang positif sepanjang mengikuti program transisi ini. Bukan itu
sahaja, pujian turut diberikan kepada ibu bapa murid-murid kerana memberikan kerjasama
yang baik dan turut mengambil berat tentang perjalanan program ini. Sepanjang tiga
minggu program ini dijalankan, guru-guru yang terlibat telah menjalankan pelbagai aktiviti
yang bertujuan untuk memupuk sifat berani, yakin diri dan kerjasama dalam diri murid-
murid. Murid-murid juga telah diperkenalkan dengan suasana dan latarbelakang sekolah
melalui aktiviti yang dijalankan. Selain itu, aktiviti yang dijalankan diharapkan dapat
memberi gambaran awal kepada murid-murid sekaligus memberi persediaan kepada
mereka untuk belajar di tahun satu.
Program Minggu Transisi dan Guru Penyayang tahun 1 2020 telah memberikan banyak
kesan kepada murid, guru dan sekolah.
1. Murid cepat berasa bosan dengan aktiviti mewarna yang banyak dalam jadual
transisi.
2. Aktiviti yang dijalankan terlalu umum dan kurang aktiviti yang menjurus kepada
aktiviti subjek.
1. Kekurangan guru semasa program dijalankan juga turut menjadi faktor aktiviti yang
dijalankan kurang menarik.
Penambahbaikan:
1. Aktiviti mewarna boleh ditukar kepada aktiviti hands-on atau permainan kecil yang
menarik.
2. Guru boleh membuat aktiviti yang lebih menarik dan lebih kepada menjana idea
murid.
………………………………………. ……………………………..
(SHARIFAH RABIAH BT IBRAHIM) (PUAN FADZLUN BT JAMALI)