Soalan Pat BM k2 t4 2018

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 12

PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 1103/2

Soalan 1 : Rumusan
[30 Markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang faktor-faktor
obesiti dan langkah untuk menangani masalah obesiti . Panjangnya rumusan hendaklah
tidak melebihi 120 patah perkataan.

Obesiti berkaitan dengan pengumpulan lemak yang menimbun dalam badan


seseorang. Kegemukan ditakrifkan sebagai penyakit dan dianggap lebih serius apabila
mengganggu dan mencederakan organ-organ badan hingga menyebabkan masalah kesihatan.
Hal ini disebabkan seseorang itu terlalu memanjakan tubuh dan tidak melakukan sebarang
aktiviti fizikal. Individu yang mengalami obesiti tidak menikmati kehidupan mereka dengan
sepenuhnya kerana badan terlalu berat, di samping mengalami tekanan akibat perasaan malu
dan rendah diri.
Obesiti berpunca daripada gaya hidup tidak sihat seperti tidak menjaga pemakanan
kerana pengambilan makanan berlemak dan terlalu manis. Hal ini tidak dipandang serius dan
makanan diambil secara berlebihan kerana mereka beranggapan bahawa makanan itu tidak
menjejaskan kesihatan serta sudah terbiasa begitu. Selain itu,nasib mereka bertambah malang
apabila mengamalkan sikap malas dan tidak suka bersenam. Hal ini menyebabkan lemak
yang berkumpul itu menjadikan badan yang kecil menjadi tembam, gempal, dan gemuk
sehingga mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial. Golongan yang terlalu memanjakan badan
ini, bergerak ke mana-mana pun menggunakan kenderaan hingga tidak memberikan peluang
kepada badan untuk berpeluh kerana berpeluh dianggap merimaskan manakala badan berasa
melekit.
Kita tidak menafikan bahawa manusia memerlukan makanan yang berkhasiat sebagai
sumber tenaga dan tumbesaran selain mengekalkan kesihatan. Namun begitu tidak dinafikan
bahawa terdapat sebahagian daripada mereka yang tidak mengambil makanan seimbang
berdasarkan piramid makanan. Hal ini dikatakan demikian kerana kebanyakan orang tidak
dapat mengawal nafsu makan dan rakus melahap makanan. Oleh sebab itu, sangat wajar kita
tidak gelojoh apabila berhadapan dengan makanan. Perkara itu agak sukar bagi sesetengah
orang tetapi keinginan itu tidak wajar dilayan kerana makin kerap seseorang itu makan
dengan kadar yang banyak akan memudahkannya berhadapan dengan penyakit kronik yang
berkaitan dengan obesiti. Golongan yang terlibat ini sebahagian besar daripadanya tidak
mematuhi nasihat pakar kesihatan khususnya dalam hal yang berkaitan dengan pemakanan
terutama makanan kegemaran mereka.
Masalah obesiti dalam kalangan rakyat di negara ini tidak wajar dipandang ringan
kerana hal ini akan mendatangkan pelbagai kesan kepada negara. Kita harus berpandangan
positif bahawa usaha mengelakkan obesiti bukanlah sesuatu yang sukar kerana kita sendiri
yang akan menentukannya. Perkara ini tidak dapat diatasi jika kita tidak berkata “tidak”
kepada penyebab obesiti dalam kehidupan harian hingga memudaratkan kesihatan seperti
“menarik rambut dalam tepung, rambut jangan putus, tepung jangan berserak”.
Kebijaksanaan dan kesabaran mereka sangat dituntut apabila berhadapan dengan karenah
anak-anak yang bersifat sangat sensitif ketika meniti usia remaja.
(Dipetik dan diubah suai daripada “Antara Kemewahan dan Obesiti”
oleh M.Jasni Majed, Utusan Malaysia, 17 Ogos 2016)

1
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 1103/2

Soalan 2 : Pemahaman
[35 Markah]

Soalan 2(a) – Petikan Umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat
anda sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata dipandang ringan.


[2 markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa kesan negatif yang dihadapi oleh seseorang
berpunca daripada obesiti.

Nyatakan kesan-kesan tersebut.


[3 markah]

(iii) Tabiat makan secara berlebihan dan tidak terkawal dikatakan menjadi punca
utama masalah obesiti dalam kalangan masyarakat.

Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang mendorong seseorang itu makan
secara berlebihan?
[4 markah]

2
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 1103/2

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Cenderamata untuk diri sendiri, memadailah jika aku dapat membeli beberapa buah
buku yang diterbitkan di Turki dan mengambil seberapa banyak gambar dengan
menggunakan kamera digitalku. Aku menganggarkan perbelanjaan sekitar USD50
kerana harga buku biasanya mahal. Sebenarnya, setiap kali bepergian, aku berpeluang
mengumpulkan banyak cenderamata secara percuma. Dari hotel, biasanya aku
memperoleh botol syampu, botol sabun buih, poskad, mancis, selipar, pen, pensel,
uncang teh, uncang gula, atau apa-apa sahaja termasuk alat pengilat kasut.

Senarainya pasti bertambah panjang jika aku memasukkan bekas botol mineral,
pembungkus coklat, pembungkus gula-gula, resit pembelian, tiket feri, tiket muzium,
beg plastik, dan baki duit syiling negara luar, ke dalam kategori cenderamata.

Jika semuanya dicampurkan, jumlah yang akan dibelanjakan sekitar USD300.


Masih ada baki sebanyak USD100. Sengaja aku ketepikan untuk perkara-perkara yang
tidak dijangkakan. Contohnya barangkali ada persembahan kebudayaan yang perlu
kubayar sendiri dan tidak termasuk dalam harga pakej lawatan. Rugi berjalan ke tempat
orang kalau tidak sempat melihat kebudayaan dan kesenian mereka. Selain itu, aku
mungkin ditimpa musibah dan perlu mendapatkan rawatan segera dengan menggunakan
wang sendiri. Namun, aku berdoa agar ubat-ubatan homeopati seperti Arnica 30c,
Arsenik 30c Arconite 30c Rhus Tox 30c, dan Nux Vomica 30c yang terdapat di dalam
beg dapat membantuku bertahan daripada sebarang alahan seperti cuaca sejuk,
perbezaan makanan, serta aktiviti lasak. Aku juga sedar akan keadaan rambang mataku
yang satu ini pantang berjumpa bahan bacaan. Biasanya, aku akan menghabiskan seluruh
duitku untuk membeli buku dan majalah di mana-mana lapangan terbang di luar negara
sebelum pulang ke tanah air.

(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


oleh Maskiah Haji Masrom
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
(i) Dewandaripada
Nyatakan alasan penulis menyimpan baki sebanyak USD100 Bahasa wang
dan Pustaka
perbelanjaannya.

3
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 1103/2

(a) Nyatakan alasan penulis menyimpan baki sebanyak USD 100 daripada wang
perbelanjaannya. [ 2 markah]

(b) Aktiviti melancong ke luar negara banyak kebaikannya.


Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang akan didapati oleh pelancong apabila
melancong ke negara lain?
[3 markah]

(c) Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan cerpen di atas dan satu
latar masyarakat lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 markah]

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional

Baca prosa tradisional di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula sebuah rumah
saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia pun kembali pada
tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar yang kaya-kaya itu
dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun masuk menghadap raja
berdatang sembah, ‘ Ya tuanku, patik mohon ampun, adapun patik sekalian ini habis
kecurian tinggal sehelai sepinggang.”
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut seraya
menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “ Wah! Datanglah pula bala atas
negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang
binasalah negeri ini.”
Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “ Hai Temenggung, suruh orang
berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampunnya!” Maka Temenggung pun
menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada
kampunnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orang berkawal,
terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun masing-masing berkawal
pada kampungnya.
Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh Kertala
Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala Sari pun
membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun pergi ke
rumah seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu dibawanya kembali
dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali pada tempatnya.
Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam
antologi Jaket Kulit dari Istanbul, Dewan
Bahasa dan Pustaka

4
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 1103/2

(i) Berikan maksud rangkai kata beroleh harta. [2 markah]

(ii) Nyatakan reaksi raja setelah mendengar sembah segala saudagar dan orang kaya-
kaya yang masuk menghadap baginda. [3 markah]

Perbuatan mencuri merupakan perbuatan yang melanggar undang-undang dan


bertentangan dengan norma masyarakat.
(iii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong seseorang itu
melakukan perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang dan bertentangan
dengan norma masyarakat tersebut? [3 markah]

Soalan 2(d) – Puisi Tradisional (Sajak)

Baca sajak di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Sang Gembala Kuda

Dia lelaki bergelar perkasa Dia lelaki sang gembala kuda


Dengan cemeti keberanian di tangan Hanya mengenal pantas tunggangan
Rembat angkuhnya memacu takut Tanpa membaca keletihannya
Menghalau kuda-kuda di padang Dia lelaki sang gembala kuda
Berebutan memburu kandang. Hanya tahu mengejar kehebatannya
Dan kuda-kuda itu ditunggangi
Rumput dan jerami yang terhidang ditunggangi dan ditunggangi !
Adalah kanun janji kesetian
Dimamah rakus kala lapar
Tak peduli nasib diri setelah kenyang
Jadi tunggangan memburu rakan.

Dia lelaki punya kuasa


Sesekali suaranya lebih gempita
Daripada ringkik kuda sekandang
Pacuannya diiringi seribu keberanian
Meredah onak di rimba perburuan
Meraduk lumpur di paya penindasan
Sambil melibas cemeti durjana
Dia melampar muslihat
Aku penyelamat maruah
Berjuang di atas dasar kebenaran
Menentang semua kebrobrokan.

Mohd Hashim Othman


Anotologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka

5
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 1103/2

(i) Berikan maksud cemeti keberanian di tangan.


[2 markah]

(ii) Masalah penyalahgunaan kuasa telah menjadi permasalahan sosial yang telah
sekian lama menular dalam kehidupan masyarakat.

Pada pendapat anda apakah implikasi kepada negara jika permasalahan tersebut
tidak dibendung dengan sebaik-baiknya?
[3 markah]

(iii) Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam sajak di atas.
[4 markah]

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]
Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap frasa di bawah ini bagi menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i. tingkah laku
ii. diancam kebuluran
iii. menjelaskan kedudukan
iv. mengubah haluan
v. pandangan serong
vi. calon persendirian [6 markah]

6
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 1103/2

(b) Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah ini kepada ayat bersusunan songsang
tanpa mengubah maksud asalnya.

i. Kepentingan proses pembangunan sudah diterangkan oleh Encik Halim kepada


penduduk kampung.

ii. Koleksi buku cerita Siti Sara tersusun dengan kemas di dalam almari buku
rumahnya.

iii. Sajak yang dideklamasikan oleh Safura bersempena dengan Sambutan Hari Guru
di sekolahnya sungguh menyentuh perasaan.
[ 6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesilapan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan.Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat
anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

i. Instituisi kekeluargaan tidak boleh mengabaikan peranan untuk mengukuh


hubungan kejiranan, bukannya cenderung mementingkan hubungan sesama
anggota keluarga sahaja.

ii. Kebanyakan individu yang berjaya kepunyaan sejarah hidup yang penuh cabaran
dan mereka tidak pernah menyerah kalah selain semangat juang yang ketal.

iii. Tali perpaduan yang tersimpul erat dan kukoh dalam kalangan rakyat Malaysia
tidak boleh dibiarkan terlerai oleh hasutan dan penghianat pihak asing serta
tindakan rakyat negara ini sendiri.
[6 markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

i. Syarikat yang menggunakan bas ternama sama eksekutif atau perdana perlu
mematuhi peraturan tambang dan kawalan harga tambang seperti lain-lain bas.

ii. Kesedaran demi kepentingan mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat


pelbagai kaum dapat memanjangkan keamanan negara.

iii. Stres yang dialami secara bertubi-tubi dalam jangka masa panjang tanpa ditangani
dengan bijak tentu sekali masih memudaratkan seseorang yang mengalaminya.
[6 markah]

7
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 1103/2

(e) Baca ayat-ayat di bawah ini dengan teliti, kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai
dengan ayat-ayat tersebut.

i. Kita tidak sewajarnya bertindak mengikut perasaan untuk mengelakkan


penyesalan pada kemudian hari kerana pada ketika itu segala-galanya sudah tidak
berguna lagi.

ii. Setiap orang perlu bijak dan pandai menyesuaikan diri walau di mana-mana
sahaja kita berada agar kehadiran kita akan sentiasa diterima dengan baik oleh
masyarakat setempat.

iii. Kita tidak sewajarnya mengikut kehendak orang lain tanpa usul periksa sehingga
memudaratkan diri kita sendiri.
[6 markah]

Soalan 4:Novel
[15 markah]

Jawab solan-soalan di bawah ini berdasarkan novel-novel berikut:

Jendela Menghadap Jalan Karya Ruhaini Matdarin


Leftenan Adnan Wira Bangsa karya abdul Latip Talib
Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
Pantai Kasih karya Azmah Nordin

(a) Karya sastera merupakan cerminan pemikiran penulis tentang pergolakan yang
berlaku dalam masyarakat.

Bincangkan dua kritikan sosial pengarang terhadap sikap masyarakat yang


diketengahkan dalam sebuah novel yang anda pelajari.
[7 markah ]

(b) Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, huraikan dua latar masyarakat yang
terdapat dalam novel tersebut. [8 markah]

SOALAN TAMAT
SEMOGA BERJAYA

8
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 1103/2

SKEMA JAWAPAN KERTAS 2 - PAT Tingkatan 4, 2018

Soalan 1 Rumusan

Pendahuluan:
Petikan membincangkan punca-punca/sebab obesiti dalam kalangan di masyarakat.
Petikan membincangkan (tukar KT1 /sinonim) dan ( salin semua KT2 )
Rumusan membincangkan ( tukar KT1/sinonim) dan (salin semua KT2)

Isi Tersurat/faktor obesiti


1.Terlalu memanjakan tubuh dan tidak melakukan sebarang aktiviti fizikal
2.Obesiti berpunca daripada gaya hidup tidak sihat
3.Obesiti tidak dipandang serius dan makanan diambil secara berlebihan
4.Mengamalkan sikap malas dan tidak suka bersenam
5.Bergerak ke mana-mana pun menggunakan kenderaan
6.Mereka tidak mengambil makanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan.

Isi tersirat/ Langkah menangani masalah obesiti


1.Banyak makan buah-buah dan sayur-sayuran dalam diet harian.
2.Kegiatan bersenam hendaklah dilakukan mengikut jadual yang ditetapkan
3.Mengubah gaya hidup dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
4.Mematuhi nasihat pakar kesihatan tentang amalan pemakanan.

Kesimpulan
Kesimpulannya, obesiti hendaklah diekakkan agar tidak menghidap penyakit sejak usia masih
muda.

Soalan 2 (a)
[i] Maksud mendarah daging adalah sesuatu yang sudah sebati dalam kehidupan.

[ii]Kesan-kesan negatif yang berpunca daripada gangguan emosi adalah –hilang minat
terhadap aktiviti harian, mudah terjebak dalam suasan berasa diri tidak berguna dan
menghadapi tekanan perasaan.

[iii] Langkah-langkah yang patut dilakukan untuk membuka mata masyarakat agar
mengutamakan senaman walaupun dalam kesibukan mereka dengan pelbagai aktiviti harian
ialah.1..ibu bapa perlu menjadi suri teladan kepada anak-anak dengan melakukan senaman
dan. 2.. menggalakkan anak-anak terlibat dengan aktiviti senaman.3 Selain itu, ibu bapa
haruslah menyediakan peralatan senaman di rumah.4 Jurulatih senaman juga perlu
memberikan galakan dan dorongan supaya timbul minat bersenam dalam kalangan
masyarakat.

9
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 1103/2

2[b]
I] Penulis menyimpan baki sebanyak USD100 daripada wang perbelanjannya ..1..untuk
membayar kos bagi perkara-perkara yang tidak dijangka serta sebagai persediaan jika ditimpa
musibah dan perlu mendapatkan rawatan segera.

[ii] Pada pendapat saya kebaikan yang akan didapati apabila melancong ke negara lain
termasuklah..1...dapat menenali budaya masyarakat di negara lain dan ..2..dapat menambah
pengalaman.Selain itu,..3..dapat berjumpa dan mengenali rakan baharu.Seterusnya,..4.. dapat
melawat ke tempat-tempat yang menarik.

[iii] satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan ialah..1..masyarakat yang suka
membaca.Sebagai contoh,penulis suka menghabiskan duitnya untuk membeli buku dan
majalah. Satu latar masyarakat lain daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam
petikan ialah ..2..masyarakat yang murah hati.Buktinya, penulis membelikan cenderahati
untuk keluarga,rakan-rakan dan pensyarahnya.

2[c]
[i] Maksud beroleh harta adalah mendapat kekayaan

[ii] Reaksi raja setelah mendengar sembah saudagar dan orang-orang kaya ialah baginda
sangat terkejut seraya menampar-nampar pahanya.Baginda bertitah bahawa negeri baginda
telah dilanda bala namun baginda gembira kerana Laksamana ada di dalam negeri untuk
mengatasi perkara tersebut.Seterunya, baginda menitahkan Laksamana agar menyuruh orang-
orangnya berkawal.

[iii] Pada pendapat sayafaktor yang mendorong seseorang itu melakukan perbuatan yang
bertentangan dengan undang-undang dan norma masyarakat ialah ..1.. kurang didikan
agama/iman tidak kuat/pegangan agama yang lemah ..2.. pengaruh daripada rakan sebaya
atau media massa.Seterusnya,..3.. mereka kesempitan dan kemiskinan hidup. Akhir
sekali,..4..Mereka suka mengamalkan cara hidup mewah walaupun kurang berkemampuan.

2 [d]
[ i ] Maksud cemati keberanian di tangan ialah pemimpin mempunyai kuasa atau autoriti.

[ii] Pada pendapat saya implikasi kepada negara jika masalah penyalahgunaan kuasa tidak
dibendung ialah..1..rasuah semakin berleluasa.Di samping itu, ..2..negara akan mundur dan
rakyat akan lebih miskin akibat penindasan.Seterunya,..3..akan berlaku penentangan rakyat
terhadap pemerintah.

[iii] nilai pertama yang terdapat dalam sajak tersebut ialah keberanian.Contohnya sang
gembala kuda berani memacu kuda peliharaannya. Seterusnya, nilai tanggungjawab,buktinya
sang gembala kuda memberi kuda peliharannya makan jerami.Nilai ketiga ialah
ketabahan.Contohnya, sang gembala kuda gigih menunggang kuda tanpa letih.Nilai

10
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 1103/2

ketabahan juga ada dalam sajak ini.Contohnya, sang gembala kuda tabah menghadapi
kesakitan yang ditanggungnya.

3 [a]
(i) Tingkah laku: Gerak geri; kelakuan; perbuatan
(ii) Diancam kebuluran: menghadapi masalah untuk mendapatkan bekalan makanan.
(iii) Menjelaskan kedudukan: menerangkan keadaan atau situasi sesuatu perkara.
(iv) Mengubah haluan: menukar arah atau cara hidup.
(v) Pandangan serong: mengangap tidak jujur; tidal mempercayai.
(vi) Calon persendirian: orang yang akan mengambil peperiksaan tanpa menerima
bantuan daripada mana-mana pihak.
3 [b]

(i) Sudah diterangkan kepentingan proses pembangunan oleh Encik Halim kepada
penduduk kampung.
(ii) Tersusun dengan kemas di dalam almari buku di rumahnya koleksi buku cerita
Siti Zulaikha.
(iii) Sungguh menyentuh perasaan sajak yang dideklamasikan oleh Safura bersempena
dengan sambutan Hari Guru di sekolahnya.

3 [c]

(i) Instuitusi- Institusi


Mengukuh- Mengukuhkan
(ii) Ketal – Kental
Kepunyaan- Mempunyai
(iii) Theori- Teori
Memenuhkan- memenuhi

3 [d]

(i) Ternama – Mewah


Lain-lain bas – bas-bas lain

(ii) Memanjangkan- Mengekalkan


Demi – Tentang

(iii) Bertubi-tubi – berterusan


Masih- Akan

4[a] Dua kritikan sosial


...Pengarang mengkritik sikap masyarakat yang terlalu taasub terhadap sains dan
teknologi untuk kepentingan diri. Contohnya, Karl dan Medina/Marilyn sanggup

11
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 1103/2

menggunakan anak mereka, Farisha sebagai bahan uji dengan memasang mikrocip
pada tubuh Farisha.

...Pengarang mengkritik sikap masyarakat yang tamak haloba. Contohnya, Karl


bersikap tamak dengan mencipta pelbagai ciptaan sains seperti manusia cyborg untuk
kepentingan dirinya sendiri.

4[b] Latar masyarakat


...Masyarakat yang celik teknologi maklumat. Contohnya, Karl menguasai teknologi
maklumat dan membina sistem Dinara yang digunakan untuk menyimpan hasil
penyelidikannya. Farisha melaksanakan tugasnya untuk membersihkan sistem Dinara
daripada serangan virus.

...Masyarakat yang penyayang. Contohnya, Azraai sangat menyayangi adik


angkatnya, Farisha dan mengambil berat akan keselamatan Farisha dengan memasang
retinal scanner dan interkom di rumah Farisha.

SOALAN TAMAT

SOALAN TAMAT.
SEMOGA BERJAYA.

12

Anda mungkin juga menyukai