Soalan PPT BM k2 t4 2018

Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Unduh sebagai docx, pdf, atau txt
Anda di halaman 1dari 8

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BM 1103/2

Soalan 1 : Rumusan
[ 30 Markah ]

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang punca-punca
remaja mesti memilih rakan yang baik dan kesan tersalah memilih rakan sebaya.
Panjang rumusan hendaklah tidak melebihi 120 patah perkataan.

Permasalahan sosial dalam kalangan remaja dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh
mereka sebahagian besar daripadanya berpunca daripada peranan rakan sebaya. Rakan
sebaya menjadi pendorong sama ada remaja berdepan dengan masalah sosial atau
sebaliknya. Hal ini dikatakan demikian kerana rakan sebaya ialah orang yang berada dalam
lingkungan usia yang hampir sebaya dengan remaja.

Dalam hal-hal yang berkaitan dengan tanggungjawab moral, keberanian, kejujuran


dan kemesraan, tindakan remaja dipengaruhi oleh pendapat rakan sebaya yang pengaruhnya
lebih ketara berbanding dengan ibu bapa dan keluarga. Situasi inilah yang menimbulkan
pergeseran dan konflik yang sambung-menyambung bagai mata rantai antara remaja dan
keluarganya. Sehubungan dengan itu, dapatlah dikatakan bahawa peranan rakan sebaya
sangat dominan dalam pembentukan sahsiah remaja pada hari ini sehingga mengatasi
keupayaan ibu bapa untuk membentuk identiti dan akhlak anak mereka. Pengaruh rakan
sebaya menyebabkan mereka mengetepikan ibu bapa sebagai suri teladan apabila rakan
sebaya dijadikan sandaran tingkah laku dalam kehidupan. Oleh sebab itu, wajarlah remaja
memilih rakan yang positif dalam aspek kehidupan agar dapat mengikut jejak mereka
seterusnya memiliki tingkah laku yang positif, demikian juga sebaliknya.

Rakan sebaya yang terdiri daripada lingkungan latar belakang yang sama dapat
mencorakkan identiti atau personaliti seseorang. Dengan itu, tepat sekali jika dinyatakan
bahawa penerapan nilai dan pembentukan sahsiah didominasi oleh rakan sebaya melalui
tingkah laku, nasihat dan pedoman yang disampaikan secara langsung atau tidak langsung.
Hal ini amat tepat dengan pernyataan bahawa rakan yang kita pilih merupakan cerminan
peribadi kita. Jika kita bergaul dengan orang yang bijaksana, pasti kita memiliki sifat yang
demikian. Untuk mencari sahabat yang sesuai, remaja tidak perlu tergesa-gesa mahu
bersahabat dengan seseorang kerana tindakan itu tidak mendatangkan keuntungan
kepadanya. Sehubungan dengan itu, remaja perlu sedar bahawa rakan sebaya akan
mencorakkan dimensi diri mereka seterusnya. Oleh sebab itu, pilihlah sahabat yang sama
pendirian dengan diri kerana seseorang itu tidak mahu dipengaruhi oleh tindakan orang lain
yang tidak disukainya.

Jika seseorang itu tidak mempunyai sahabat bererti dia tidak mempunyai apa-apa.
Namun demikian, berwaspada dengan sahabat di sekeliling kita serta sentiasalah berpegang
terhadap kepercayaan bahawa sahabat yang terbaik perlu dimiliki oleh setiap individu
khususnya golongan remaja. Hal ini dikatakan demikian kerana rakan berperanan sebagai
agen peneguhan diri untuk mengharungi pelbagai rintangan kerana rakan sebaya menjadi
peneladan kehidupan, pemikiran dan tindakan seseorang.

Dipetik dan diubah suai daripada


“Rakan Sebaya Cerminan Kepada Remaja untuk Mendepani Gejala Sosial “
Oleh Azhar Salleh, Dewan Siswa, Februari 2017

1
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BM 1103/2

Soalan 2 : Pemahaman
[ 35 Markah ]

Soalan 2(a) – Petikan umum


Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan
ayat sendiri.

(i) Berikan maksud rangkai kata mengikut jejak. [2 Markah]

(ii) Pengarang menyatakan beberapa pertimbangan yang harus diambil oleh remaja
apabila hendak memilih rakan.

Nyatakan pertimbangan-pertimbangan tersebut. [3 Markah]

(iii) Golongan remaja lebih cenderung menghabiskan masa bersama-sama rakan


sebaya berbanding dengan orang lain.

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong remaja lebih selesa
berada dalam lingkungan rakan sebaya? [4 Markah]

2
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BM 1103/2

Soalan 2(b) – Petikan Prosa Moden

Baca petikan berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah. “Yang Arif, apabila raja
meminta bertukar ayam, adakah Pak Kaduk boleh membantah perintah raja? Dia akan
dituduh sebagai penderhaka dan mungkin kepalanya akan dipancung. Hal ini
bermakna, Kaduk telah menyerahkan ayamnya Si Kunani kepada raja tanpa
kerelaannya. Tidak wujud sebarang bukti, atau sebarang tandatangan, atau MoU yang
mengesahkan pertukaran ayam itu. Jadi, si Kunani menang dalam persabungan,
bererti Pak Kaduklah yang menang dan berhak menerima apa-apa hadiah yang telah
ditawarkan dalam perjanjian persabungan mengikut terma dan syarat yang
diperuntukkan, termasuklah mengekalkan hak milik tanah yang dituntut oleh anak
guam saya.
Mahkahmah mengumumkan keputusannya hari ini. Tidak perlu aku ceritakan
butiran hujah dan beberapa helaian muka surat yang dibaca oleh tuan hakim di kamar
pengadilan. Yang pentingnya, tanah empat ekar di hujung kampung dan di tepi
belukar itu kini sah menjadi milik Hakim Bin Hassan Bin Kaduk. Alhamdulillah.
Hakim sedar bahawa tanah empat ekar itu bukanlah luas kalau dibandingkan
dengan tanah yang dimiliki oleh para orang kaya yang ada di seluruh negara. Tanah itu
pun tidaklah tinggi nilainya seperti tanah-tanah di bandar yang melambung naik.
Namun, dia amat bersyukur kerana berjaya menebus kembali tanah itu dan yang lebih
penting lagi dia juga dapat membersihkan nama dan menebus maruah datuknya,
Kaduk, yang sudah bertahun-tahun menjadi mangsa ejekan bangsa.

Dipetik daripada cerpen “Kaduk, Ayam dan Raja” oleh Zurinah Hassan
Dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Apakah tawaran yang diperolehi jika Pak Kaduk menang dalam persabungan ?
[2 Markah]

(ii) Seseorang peguam memainkan peranan yang amat penting untuk membela
nasib anak guamnya. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang perlu ada pada
diri seorang peguam ?
[3 Markah]

(iii) Huraikan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan dan satu pengajaran lain
daripada keseluruhan cerpen yang tidak terdapat dalam petikan.
[4 Markah]

3
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BM 1103/2

Soalan 2(c) – Petikan Prosa Tradisional


Baca petikan prosa tradisional di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang
berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Hatta maka hari pun malamlah. Maka Kertala Sari pun masuk mencuri pula
sebuah rumah saudagar yang lain. Setelah sudah banyaklah ia beroleh harta, maka ia
pun kembali pada tempatnya pula. Dengan demikian habislah segala harta saudagar
yang kaya-kaya itu dicurinya. Maka segala saudagar dan orang kaya-kaya itu pun
masuk menghadap raja berdatang sembah. “Ya tuanku, patik mohonkan ampun,
adapun patik sekalian ini habis kecurian tinggal sehelai sepinggang.”
Setelah baginda mendengar sembah orang itu, maka baginda pun terkejut
seraya menampar-nampar pahanya. Maka titah baginda, “Wah, datanglah pula bala
atas negeriku! Baiknya ada Laksamana; jikalau Laksamana kuutuskan ke negeri orang,
binasalah negeri ini.”
Maka baginda pun bertitah kepada Temenggung, “Hai Temenggung, suruh
orang berkawal dan segala saudagar berkawal pada kampungnya!” maka Temenggung
pun menyuruhkan orangnya berkisah orang kaya-kaya dan saudagar berkawal pada
kampungnya. Setelah hari malam, maka Temenggung pun menyuruh orangnya
berkawal, terlalu banyak dengan lembing perisai dan segala saudagar pun berkawal
pada kampungnya.
Sebermula maka Kertala Sari pun masuk ke dalam. Maka dilihatnya oleh
Kertala Sari orang berkawal terlalu banyak dengan alat senjatanya. Maka Kertala
Sari pun membaca pustakanya lalu berjalan di tengah orang banyak itu. Maka ia pun
pergi ke rumah seorang kaya. Maka dicurinya harta yang kemas-kemas itu lalu
dibawanya kembali dan bini orang kaya-kaya itu dicabulinya. Maka ia pun kembali ke
tempatnya.
Dipetik daripada “Kepimpinan Melalui Teladan” dalam
Antologi Jaket Kulit dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan petikan, mengapakah saudagar-saudagar dan orang kaya-kaya itu


menghadap baginda raja?
[2 Markah]

(ii) Nyatakan tindakan Temenggung selepas menerima titah daripada sultan ?


[3 Markah]

(iii)
Seseorang yang didapati mencuri akan dikenakan hukuman mengikut undang-undang

Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang mendorong seseorang itu


mencuri walaupun mereka menyedari bahawa mereka akan dikenakan
hukuman? [3 Markah]

4
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BM 1103/2

Soalan 2(d) – Puisi Tradisional


Baca petikan gurindam di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut
dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Apabila terpelihara mata


Sedikit cita-cita.

Apabila terpelihara kuping,


Khabar yang jahat tiadalah damping.

Apabila terpelihara lidah,


Nescaya dapat daripadanya faedah.

Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,


Daripada segala berat dan ringan.

Apabila perut terlalu penuh,


Keluarlah fiil yang tiada senonoh.

Anggota tengah hendaklah diingat,


Di situlah banyak orang yang hilang semangat.

Hendaklah peliharakan kaki,


Daripada berjalan yang membawa rugi.

Dipetik daripada gurindam Dua Belas (Fasal yang Ketiga)


Antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul, Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Berdasarkan gurindam, mengapakah kita perlu memelihara anggota diri?


[2 Markah]

(ii) Kemunculan media sosial seperti WhatsApp, We Chat dan Facebook menjadi
wadah kepada individu yang tidak bermoral untuk menyebarkan berita-berita
yang dapat mempengaruhi minda pembacanya.

Pada pendapat anda, apakah tindakan yang akan anda ambil sekiranya anda
menerima sesuatu berita yang diragui kebenarannya ?
[3 Markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam gurindam tersebut.


[4 Markah]

5
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BM 1103/2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa


[30 markah]

Jawab semua soalan.

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.

(i) bercampur
(ii) percampuran
(iii) bercampur-campur
(iv) berpindah
(v) perpindahan
(vi) berpindah-pindah [6 Markah]

(b) Kenal pasti dan tulis subjek dan predikat yang lengkap bagi setiap ayat yang
berikut:

Subjek : ............................................................................................................
Predikat : ............................................................................................................

(i) Kami diberi potongan harga istimewa oleh pemilik inap desa tersebut.

(ii) Menyanyi ialah bakat Siti Nurhalizah sejak dia kecil lagi.

(iii) Pada setiap hujung tahun, Ary dan keluarganya akan bercuti bersama-sama.

(iv) Pasaran hartanah di kawasan bandar semakin meningkat harganya tahun


demi tahun.

(v) Remaja lelaki yang merupakan orang kurang upaya itu berkebolehan dalam
bidang reka cipta.

(vi) Generasi muda ialah aset negara yang bakal menerajui barisan kepimpinan
negara pada masa hadapan.

[6 Markah]

6
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BM 1103/2

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan
dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap
ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahn dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Institusi kekeluargaan pemain peranan penting dalam setiap peringkat


perkembangan sakhsiah anak-anak secara positif semenjak mereka masih
kecil hingga mereka dewasa.

(ii) Instituisi kekeluargaan tidak boleh mengabaikan peranan untuk mengukuh


hubungan kejiranan, bukannya cenderung mementingkan hubungan sesama
anggota keluarga sahaja.

(iii) Kebanyakan individu yang berjaya kepunyaan sejarah hidup yang penuh
cabaran dan mereka tidak pernah menyerah kalah selain memiliki semangat
juang yang ketal.
[6 Markah]

(d) Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau istilah
dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Jurusolek dalaman melakukan beberapa pendekatan agar dapat memenuhi


kehendak pelanggan tentang kaedah hiasan rumah atau pejabat berdasarkan
kepada perubahan dan perkembangan semasa.

(ii) Pak Cik Salleh sedang mentafsir kerugian yang dialaminya setelah
tanamannya musnah di dalam kejadian banjir semalam.

(iii) Pemegang kad kredit mempunyai sikap mahu berbelanja dengan sesuka hati
tanpa memikirkan bencana akan diisytiharkan sebagai muflis bila tidak
mampu membayar hutang.
[6 Markah]

(e) Berikan peribahasa yang bersesuaian dengan maksud di bawah ini.

(i) Setiap pekerjaan yang dilakukan biarlah sempurna, bukan separuh jalan
sahaja.

(ii) Keuntungan yang diharapkan tidak diperoleh, sedangkan yang telah ada
hilang pula.

(iii) Jika tidak memiliki keupayaan yang cukup, jangan lakukan pekerjaan yang di
luar kemampuan.
[6 Markah]

7
PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN BM 1103/2

Soalan 4 : Novel
[15 markah]

Jawab soalan-soalan di bawah berdasarkan salah sebuah novel yang berikut :

(i) Jendela Menghadap Jalan karya Ruhaini Matdarin


(ii) Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib
(iii) Di Sebalik Dinara karya Dayang Noor
(iv) Pantai Kasih karya Azman Nordin

(a) Berdasarkan novel yang anda telah pelajari, huraikan tema dan contoh peristiwa
yang terdapat dalam novel tersebut.
[7 Markah]

(b) Pengarang ingin menyampaikan beberapa pengajaran melalui novel untuk dijadikan
teladan oleh pembaca. Huraikan dua pengajaran beserta contoh yang terdapat
dalam novel yang anda pelajari.
[8 Markah]

KERTAS PEPERIKSAAN TAMAT.


SEMOGA BERJAYA.

MASA BERMAIN, MAINLAH BERSUNGGUH-SUNGGUH.


TAPI, MASA BELAJAR... JANGAN MAIN-MAIN !

Anda mungkin juga menyukai